Rabu, 5 Julai 2017

Sabbatical Hiatus










Sesiapa yg tak faham maksud Sabbatical dan Hiatus tu, boleh rujuk kamus atau wikipedia.

Cukuplah 7 tahun berblog. Kepada sesiapa yg ingin mendapatkan maklumat atau info tentang LOA, Penyakit Gangguan Minda seperti OCD, Anxiety Disorder, Tics, Lintasan Hati, Kemurungan dan lain-lain, silalah explore artikel2 dan perkongsian yg banyak terdapat di maya internet atau dari doktor dan pakar yang sah dan berkelayakan. Saya rasa sudah cukup banyak perkongsian yg telah saya kongsikan, lagipun bukan semua fakta perubatan dalam blog ini tepat malah ada yg bercanggah dengan fakta ilmiah kedoktoran seperti yg didakwa oleh beberapa pihak.

Terimakasih kepada semua pembaca, follower dan pengunjung yg selama ini setia membaca dan melawat blog ini.  Disini juga, saya menasihatkan kepada followers blog ini dan juga followers kpd

Page Sokongan Penderita Muslim utk OCD, Anxiety, Was2, Lintasan Hati dan Tics   

yg telah di REMOVE oleh Facebook Team setelah pihak Facebook Team menerima komplen dan report dari sekumpulan pihak-pihak yang saya tidak tahu apakah tujuan mereka itu, itu supaya jangan melakukan apa-apa perkara negatif seperti menghentam pihak-pihak yg tertentu.
We are better then them.

It's time for me to take care of myself, I am not selfish , but I am practicing Selfcare. I love myself just the way I am. This is my last writing in this blog. Good Luck everyone and take care!

Assalamualaikum,

Talhah Bin Haji Daud
your brothers in fighting mental illness





Selasa, 4 Julai 2017

Antara Testimoni Sessi 20


Samada Fraud, Tak Berkelayakan atau Tidak, yg penting kita lihat apakah hasil daripada perkongsian dalam sessi yg dikelolakan oleh seseorang itu. kerana matlamat utama sesebuah kaedah rawatan itu ialah untuk berusaha supaya pesakit itu sembuh.










Cukuplah dulu buat sementara ini antara beberapa testimoni peserta yg menghadiri sessi perkongsian yg saya jalankan selama ini, malaslah nak letak banyak-banyak sangat, kang orang kata riyak pulak. Tapi Syukur Alhamdulillah diatas semua kesembuhan dan perubahan yang dialami oleh mereka semua ini, dan perlu diingat, kita hanya berusaha dan berikhtiar, yang memberikan serta mengizinkan kesembuhan hanyalah Allah SWT,  BUKAN sessi saya, bukan Rawatan Psikiatrik, Bukan Program Psikoterapi atau apa pun, kerana hanya Allah SWT sahajalah Robb Yang Maha Menyembuhkan.

Syukur Alhamdulillah, kerana belum ada lagi kes peserta yang saya cuba bantu, menghilang  dan terbiar dengan lama dan  akhirnya dapat tahu pesakit tersebut telah berada di dalam penjara seperti patient yg dirawat oleh si  Riadz Raxy yg menuduh saya Fraud itu.

Setahu saya yg TIADA KELAYAKAN dlm bidang perubatan dan psikology ini, sebagai doktor. atau kaunselor. adalah MENJADI SATU KESALAHAN untuk mendedahkan identiti pesakit yg mendapatkan rawatan, apatah lagi mendedahkan perihal negatif yg dialami oleh pesakit tersebut seperti menghebahkan didalam laman sosial bahawa pesakit tersebut kini telah berada dalam penjara kerana terlibat dgn dadah (mungkin kemurungan yg tidak mendapat bantuan perubatan yg sewajarnya, sehingga pesakit mengambil dadah untuk mencari jalan keluar atau mengedar dadah ke, tak kiralah apa pun perbuatan negatifnya, tetapi tetap salah dan mengaibkan orang) dan kita sebagai orang yang bertanggungjawab merawat, sepatutnya lebih perihatin dan memahami situasi yg dialami oleh penderita gangguan minta, bukannya menyalahkan tindakan pesakit itu seratus peratus, dan sepatutnya, sekurang-kurangnya kita kena ada merasa bersalah kerana orang itu adalah pesakit yg mendapatkan rawatan dari kita, BUKANNYA dengan egonya menyalahkan pesakit tersebut seperti yang dilakukan oleh Riadz Raxy yang berpendidikan tinggi selama 5 tahun tahun itu.  



Inilah bezanya diantara Aktivis Gangguan Minda, dengan Doktor / Kaunselor .























Antara Testimoni Sessi 18

Samada Fraud, Tak Berkelayakan atau Tidak, yg penting kita lihat apakah hasil daripada perkongsian dalam sessi yg dikelolakan oleh seseorang itu. kerana matlamat utama sesebuah kaedah rawatan itu ialah untuk berusaha supaya pesakit itu sembuh.













Antara Testimoni Sessi 17

Samada Fraud, Tak Berkelayakan atau Tidak, yg penting kita lihat apakah hasil daripada perkongsian dalam sessi yg dikelolakan oleh seseorang itu. kerana matlamat utama sesebuah kaedah rawatan itu ialah untuk berusaha supaya pesakit itu sembuh.














Antara Testimoni Sessi 16

Samada Fraud, Tak Berkelayakan atau Tidak, yg penting kita lihat apakah hasil daripada perkongsian dalam sessi yg dikelolakan oleh seseorang itu. kerana matlamat utama sesebuah kaedah rawatan itu ialah untuk berusaha supaya pesakit itu sembuh.





Antara Testimoni Sessi 15

Samada Fraud, Tak Berkelayakan atau Tidak, yg penting kita lihat apakah hasil daripada perkongsian dalam sessi yg dikelolakan oleh seseorang itu. kerana matlamat utama sesebuah kaedah rawatan itu ialah untuk berusaha supaya pesakit itu sembuh.





Antara Testimoni Sessi 14

Samada Fraud, Tak Berkelayakan atau Tidak, yg penting kita lihat apakah hasil daripada perkongsian dalam sessi yg dikelolakan oleh seseorang itu. kerana matlamat utama sesebuah kaedah rawatan itu ialah untuk berusaha supaya pesakit itu sembuh.



Antara Testimoni Sessi 13

Samada Fraud, Tak Berkelayakan atau Tidak, yg penting kita lihat apakah hasil daripada perkongsian dalam sessi yg dikelolakan oleh seseorang itu. kerana matlamat utama sesebuah kaedah rawatan itu ialah untuk berusaha supaya pesakit itu sembuh.





Antara Testimoni Sessi 12

Samada Fraud, Tak Berkelayakan atau Tidak, yg penting kita lihat apakah hasil daripada perkongsian dalam sessi yg dikelolakan oleh seseorang itu. kerana matlamat utama sesebuah kaedah rawatan itu ialah untuk berusaha supaya pesakit itu sembuh.



Antara Testimoni Sessi 11

Samada Fraud, Tak Berkelayakan atau Tidak, yg penting kita lihat apakah hasil daripada perkongsian dalam sessi yg dikelolakan oleh seseorang itu. kerana matlamat utama sesebuah kaedah rawatan itu ialah untuk berusaha supaya pesakit itu sembuh.



Antara Testimoni Sessi 10

Samada Fraud, Tak Berkelayakan atau Tidak, yg penting kita lihat apakah hasil daripada perkongsian dalam sessi yg dikelolakan oleh seseorang itu. kerana matlamat utama sesebuah kaedah rawatan itu ialah untuk berusaha supaya pesakit itu sembuh.




Antara Testimoni Sessi 9

Samada Fraud, Tak Berkelayakan atau Tidak, yg penting kita lihat apakah hasil daripada perkongsian dalam sessi yg dikelolakan oleh seseorang itu. kerana matlamat utama sesebuah kaedah rawatan itu ialah untuk berusaha supaya pesakit itu sembuh.



Antara Testimoni Sessi 8

Samada Fraud, Tak Berkelayakan atau Tidak, yg penting kita lihat apakah hasil daripada perkongsian dalam sessi yg dikelolakan oleh seseorang itu. kerana matlamat utama sesebuah kaedah rawatan itu ialah untuk berusaha supaya pesakit itu sembuh.




Antara Testimoni Sessi 7

Samada Fraud, Tak Berkelayakan atau Tidak, yg penting kita lihat apakah hasil daripada perkongsian dalam sessi yg dikelolakan oleh seseorang itu. kerana matlamat utama sesebuah kaedah rawatan itu ialah untuk berusaha supaya pesakit itu sembuh.





Antara Testimoni Sessi 6

Samada Fraud, Tak Berkelayakan atau Tidak, yg penting kita lihat apakah hasil daripada perkongsian dalam sessi yg dikelolakan oleh seseorang itu. kerana matlamat utama sesebuah kaedah rawatan itu ialah untuk berusaha supaya pesakit itu sembuh.



Antara Testimoni Sessi 5

Samada Fraud, Tak Berkelayakan atau Tidak, yg penting kita lihat apakah hasil daripada perkongsian dalam sessi yg dikelolakan oleh seseorang itu. kerana matlamat utama sesebuah kaedah rawatan itu ialah untuk berusaha supaya pesakit itu sembuh.





Antara Testimoni Sessi 4

Samada Fraud, Tak Berkelayakan atau Tidak, yg penting kita lihat apakah hasil daripada perkongsian dalam sessi yg dikelolakan oleh seseorang itu. kerana matlamat utama sesebuah kaedah rawatan itu ialah untuk berusaha supaya pesakit itu sembuh.





Antara Testimoni Sessi 3

Samada Fraud, Tak Berkelayakan atau Tidak, yg penting kita lihat apakah hasil daripada perkongsian dalam sessi yg dikelolakan oleh seseorang itu. kerana matlamat utama sesebuah kaedah rawatan itu ialah untuk berusaha supaya pesakit itu sembuh.



Antara Testimoni Sessi 2

Samada Fraud, Tak Berkelayakan atau Tidak, yg penting kita lihat apakah hasil daripada perkongsian dalam sessi yg dikelolakan oleh seseorang itu. kerana matlamat utama sesebuah kaedah rawatan itu ialah untuk berusaha supaya pesakit itu sembuh.



Antara Testimoni Sessi 1

Samada Fraud, Tak Berkelayakan atau Tidak, yg penting kita lihat apakah hasil daripada perkongsian dalam sessi yg dikelolakan oleh seseorang itu. kerana matlamat utama sesebuah kaedah rawatan itu ialah untuk berusaha supaya pesakit itu sembuh.  Nak tahu jugak, , ada tak patient si Riadz Raxy  tu dapat bagi testimoni macam ni.







Isnin, 3 Julai 2017

Membuat TUDUHAN BERAT TANPA USUL PERIKSA


Menuduh seseorang itu sebagai FRAUD / PENIPU  adalah tuduhan yang berat jika tanpa usul periksa dan sekadar mendengar cakap-cakap orang sahaja. Apatah lagi jika diumumkan dilaman sosial yang boleh dibaca oleh jutaan orang, dan tuduhan jika tidak benar ianya adalah FITNAH dan mengikut ajaran Islam, Fitnah itu adalah lebih berat dari membunuh.

Di Malaysia kita ada Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957) yang mengawal selia tuntutan fitnah di bawah undang-undang sivil. Manakala bagi fitnah dalam undang-undang jenayah, kita akan merujuk kepada Kanun Keseksaan , Seksyen 499 hingga Seksyen 502. 



Fitnah atau Defamation yang dilakukan oleh individu ini boleh dikategorikan kepada fitnah libel 

Libel adalah fitnah-fitnah yang dilemparkan dalam bentuk yang kekal seperti di buku, majalah, video, LAMAN WEB, filem, tugu dan sebagainya. Dalam tuntutan saman fitnah libel, undang-undang menganggap kerugian telah dialami dan tuntutan boleh dibuat apabila sahaja yang dituntut membuat fitnah secara libel.

Terdapat  tiga persoalan yang harus dilihat dan ditanya dalam menentukan samada sesuatu tuntutan fitnah boleh dibuat atau tidak.

Tiga persoalan itu adalah:-

Adakah Terdapatnya Kenyataan Fitnah?  Ya, Ada
Adakah Kenyataan Itu Merujuk  Kepada Orang Yang Menuntut (Claimant)? Ya Ada
Adakah Kenyataan Itu Telah Diterbitkan Atau Sampai Ke Pengetahuan Pihak Ketiga?  Ya, Ada
Adakah Terdapatnya Kenyataan Fitnah? Ya, Ada

Tuduhan itu hendaklah berupa sesuatu yg boleh menjatuhkan reputasi seseorang di mata masyarakat atau telah mengakibatkan kerugian dari segi profesion seseorang. Oleh itu, setelah dikenalpasti akan sesuatu kenyataan itu sebagai satu fitnah, maka sebuah tuntutan boleh dilakukan dibawah Tuntutan Saman Liber[Rujukan: Sim V Stretch [1936] All ER 1237 (HL).




Di atas adalah komen dari samada seorang doktor psikiatrik atau kaunselor (rasanya baru setakat Kaunselor berdaftar aje lagi sebab hanya 5 tahun belajar).  yang ditujukan kepada saya dilaman peribadi facebooknya pada 12 May 2017, berikutan sebuah bengkel perkongsian tentang OCD dan Anxiety yang dianjurkan oleh beberapa orang aktivis gangguan minda  yang menjemput saya untuk memberikan perkongsian pada 13 May 2017  yg mendapat tentangan dari admin sebuah Group Survivor Kemurungan.  (kita dah lama gunakan istilah penderita gangguan minda tapi doktor yg budiman ini menggunakan perkataan ORANG MENTAL  - menunjukkan beliau tiada sensitivity terhadap perasaan penderita yg dirawat olehnya ~ bacalah kat atas tu)

Dari cara penulisan doktor/kaunselor ini, menunjukkan bahasa beliau tidak matang seperti kanak-kanak lagi. Doktor/kaunselor yg profesional tidak akan dgn mudahnya membuat sekadar "carian simple" sebelum mengeluarkan tuduhan yg berat seperti Fraud kepada seseorang.

Ada beberapa perkara yang menghairankan saya disini.

1. katanya dia telah membuat semakan tentang penulis blog,  semakan dari sumber apa? dari google?  kerana saya tidak pun pernah dihubungi oleh nya samada melalui email atau pun telefon sedangkan nombor telefon dan alamat email saya ada tertera di blog ini.

2. Saya memang mengakui saya tiada kelayakan atau kelulusan dlm bidang perubatan mahupun psikology selama "5 tahun" seperti dia, Selama ini, apa yg saya kongsikan kepada pembaca, dan juga didalam bengkel2 dan seminar yg menjemput saya bercakap adalah perkongsian dari pengalaman saya menderitai OCD, AD, Kemurungan dan Tics dlm usaha dan survival saya untuk menangani disorder ini.  Ianya adalah perkongsian tentang "Apa yg dirasakan oleh seorang pesakit", bukannya membuat perkongsian seolah2 saya seorang doktor dan umum memang mengetahui hal ini. Kenyataan beliau ini BERCANGGAH dgn komen beliau sendiri didalam sebuah post difacebooknya yg mengatakan PENGALAMAN ITU LEBIH BERHARGA DARIPADA BELAJAR DAN RESEARCH (bermakna kelulusan dan kelayakan atas kertas)



3. Jika benar beliau mengatakan telah membuat semakan tentang saya, tetapi mengapa link blog yang dipautkan dalam Facebooknya itu adalah BUKAN link blog ini?  Link yg dipautkannya itu adalah link blog Klinik Motivasi yg menyiarkan kisah liputan tentang saya yg diambil dari Harian Metro. Ini menunjukkan betapa dia tidak benar-benar melakukan apa2 semakan. atau hanya sekadar membuat homework cincai umpama seorang student, Atau dia telah berjumpa tetapi TAKUT untuk memautkannya kerana berkemungkinan jika orang membuka link blog ini, akan membuktikan bahawa dakwaan Fraud nya itu tidak berasas setelah membaca perkongsian dan aktiviti yg dikongsikan didalam blog ini. TAKUT KERANA SALAH

4.  Sepanjang seminar dan bengkel yg saya dijemput atau saya anjurkan, audien saya juga terdiri dari para doktor, pelajar fakulti psikology, dan selama ini semua yang saya kongsikan adalah DISOKONG oleh mereka. Mana-mana pandangan saya yg tidak tepat akan diperbetulkan oleh mereka secara profesional. Saya juga pernah dijemput oleh Fakulti Psikology dari UIA dan UNIKL untuk membuat perkongsian dan perbicangan oleh dekan fakulti sendiri. Terdapat juga sekumpulan pelajar jurusan psikology antarabangsa dari Indonesia, Singapura dan Malaysia yg dihantar secara rasmi oleh Pensyarah Fakulti untuk membuat perbincangan dan diskusi dengan saya tentang OCD dan Was-was.

 (sebagai salah satu contoh jemputan, yg lain-lain boleh cari sendiri didalam blog ini)


5, Beliau mengatakan fakta blog saya yg bercanggah dgn fakta perubatan, (ini seolah2 menunjukkan dia memang menjumpai blog ini, tetapi memautkan link blog lain pula) sedangkan segala fakta yg dikongsikan disini kebanyakkannya adalah diambil dari penulisan dan artikel oleh doktor, dan sememangnya ada yg ditulis oleh saya sendiri, tetapi itu adalah luahan apa yg dirasai oleh seorang pesakit, bukan fakta ilmiah kedoktoran, dan sebagai seorang doktor / kaunselor, dia sepatutnya bersikap profesional dalam menegakkan kebenaran, iaitu menghubungi saya dan memberitahu saya  sebagai seorang doktor/kaunselor yg berprinsip dan ikhlas tentang apa yg betul dan apa yg salah dan bercanggah, supaya boleh diperbetulkan. Bukan menghentam dari belakang, seolah-olah saya telah menggugat karier dia pulak. Memang tak profesional langsung. Macam budak-budak. Ini ke sikap seorang doktor/kaunselor? hahahahahah...nak tergelak la

6. Tentang LOA yang disebutnya menyembuhkan OCD, saya rasa dia membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa dan yang pasti, dia memang tidak tahupun LOA itu apa. Saya mengajarkan LOA adalah dengan harapan supaya pesakit gangguan minda dapat belajar untuk berfikiran positif dalam usaha merawat diri, DISAMPING MENGAMBIL UBAT DAN RAWATAN HOSPITAL kerana, jika ke hospital mendapatkan rawatan dan perubatan, tetapi minda kita TETAP NEGATIF, ini adalah menyukarkan proses kesembuhan. Mungkin LOA yg difahaminya seperti skim-skim cepat kaya yg menggunakan frasa2 LOA barat sedangkan LOA yg saya bawakan selama ini tidak langsung ada kena mengena dengan LOA seperti The Secret dan sebagainya.

7. Selama ini saya amat menyokong perubatan psikiatrik hospital, dan kebanyakan pesakit yg mendapatkan perkongsian dari saya yg selama ini MALU untuk ke hospital, telah pun pergi ke hospital setelah diterangkan oleh saya tentang kepentingan ubat-ubatan SSRI, dan juga rawatan2 berbentuk psikoterapi dihospital seperti CBT dan lain-lain.

8. Saya selama ini hanya cuba untuk membantu dan MEMBELA nasib semua golongan gangguan minda bukannya bertujuan mencari nama atau mencari keuntungan.  tetapi saya telah mengalami sendiri OCD / Depression / ADPA dizaman 90'an, tanpa adanya kumpulan sokongan, kurangnya maklumat, maka dengan harapan  supaya dapat meberikan PUBLIC AWARENESS / KESEDARAN UMUM kepada masayarakat SUPAYA TIDAK MEMANDANG SERONG ATAU MENGANGGAP PESAKIT PSIKIATRIK ADALAH ORANG GILA, dan ingin memberitahu masyarakat bahawa PENYAKIT PSIKIATRIK ADALAH SAMA SEPERTI PENYAKIT FIZIKAL CUMA BEZANYA IANYA TIDAK DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR, dan kepada penderita pula supaya dapat merasakan WE ARE NOT ALONE, dan supaya dapat mewujudkan komuniti2 pesakit minda seperti mana yg terdapat dinehgara2 maju seperti US, UK,Australia dan lain-lain yang kebanyakkannya adalah dipelopori oleh aktivis2 yg merupakan bekas pesakit, dan kegiatan mereka juga mengadakan bengkel2 dan perkongsian yang mana DISOKONG DAN DIGALAKKAN OLEH GOLONGAN PROFESIONAL SEPERTI DOKTOR, bukan seperti doktor / kaunselor yang menuduh saya FRAUD ini. 

Tuduhan FRAUD yang dibuatnya keatas aktiviti aktivis pesakit gangguan minda ini juga secara tidak langsung mensasarkan kepada aktivis-aktivis lain seperti Ustaz Syazwan, Virgin Rose VR, Hani Nazliekha, Seimura Aizawa, Hafizah Musa dan lain-lain lagi yang pernah bersama-sama dengan saya menjayakan beberapa siri bengkel diseluruh Malaysia ini dan juga kami menjalankan aktiviti2 "Support Group" dikalangan pesakit-pesakit yg mana kami semua TIADA kelulusan dalam bidang perubatan atau pskology, tetapi kami adalah bekas2 pesakit yg semakin pulih/ telah pulih, yang cuba membantu mereka2 yang sedang kronik dan meminta bantuan. Salah ke membantu dgn cara begini? 

9. Saya tidak langsung merasa tergugat atau kecewa dengan tuduhan Fraud ini, tetapi merasa sedih dengan apa yg berlaku dan amat terkejut kerana sebuah Group Survivor Kemurungan amat marah dan membenci diri saya yang selama ini amat perihatin dalam memberikan bantuan nasihat mahu pun kewangan kepada golongan yg mengalami kemurungan. Group Survivor Kemurungan inilah yang telah memulakan hal negatif ini dengan menuduh tentang "Kononnya Bemgkel LOA oleh seorang pengaut keuntungan (sayalah tu kononnya) dan kemungkinan admin grup itulah yg mengadukan hal ini kepada doktor /kaunselor terbabit dan tanpa usul periksa telah membuat tuduhan Fraud yg liar ini,

10. Selama 4 tahun saya membuat sesi secara personal mahupun bengkel, peserta sesi juga adalah terdiri dari DOKTOR PERUBATAN SENDIRI, Profesor, Golongan VIP, Politician, Pensyarah , Golongan Artis/ Celebriti, Guru, Engineer, Polis, Tentera, Pelajar dan lain-lain dari seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Singapore, yg mengalami kemurungan, OCD dsbgnya. saya BUKAN MEMBUAT RAWATAN, tetapi memberikan perkongsian tentang kepentingan mengamalkan pemikiran positif dan pergantungan kepada Allah dalam kita menghadapi penyakit ini, dan menerangkan tentang JANGAN MALU DENGAN SIKAP SKEPTIKAL MASYARAKAT UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DI UNIT PSIKIATRIK DIHOSPITAL-HOSPITAL sepertimana rawatan yg juga diberikan oleh doktor/kaunselor yg menuduh saya FRAUD itu. 

11. Saya ingin mengumumkan bahawa saya telah didiagnos sebagai severe OCD dan Tics oleh Doktor Daud dari Unit Psikiatrik HKL,  OCD dan Major Depression oleh YB Dr, Fuziah Saleh (sekarang ADUN Kuantan) dan juga oleh Dr, Benjamin  (Anxiety Neurosis) dan saya telah pernah di admit ke WAD MENTAL di HKL. Saya bukan sengaja membuat cerita yg saya kononnya bekas pesakit dan merawat hanya melalui LOA semata2.

Inilah tuduhan melulu dari admin Group SURVIVOR kEMURUNGAN YANG DENGAN TIBA-TIBA MENGAMUK didalam groupnya apabila salah seorang ahli groupnya memberitahu tentang bengkel yg akan mebjemput saya bercakap. Sememangnya ada dikenakan YURAN HANYA SEBANYAK RM50 -   BUKAN RM500 atau RM1000, yg mana yuran itu adalah untuk bayaran bilik seminar, untuk catering makanan dan juga nota2 dan fail yg disediakan, memang murah sangatlah, boleh nak free tapi kat bawah pokok tak payah ada aircond dan tak ada kemudahan tandas dan tempat solatlah. Hasil dari kemarahan admin Group Survivor Kemurungan yang tak pernah kenal, tak pernah berjumpa, dan tak pernah mendengar apa pun tentang saya.





Apabila ahli group tersebut cuba memberitahu sedikit info tentang diri saya pernah dijemput oleh pihak NONA TV3, Pihak Akhbar Harian Metro, dan juga Akhbar Inggeris The Heat, beliau mengatakan pula yg saya bersekongkol dgn TV3 membuat penipuan. Ini juga tuduhan berat kepada TV3 dan boleh diambil tindakan oleh TV3 jika pihak TV3 mengetahui hal ini dan saya juga telah memaklumkan hal ini beserta bukti tulisan admin tersebut kepada wartawan TV3 yg membuat liputan tentang OCD yg mewawancara saya dalam program tersebut. 




Untuk pengetahuan admin group itu, dalam program itu, bukan hanya saya seorang diwawancara, tetapi juga Dr. Safini Yaakob, seorang doktor pakar jiwa dari Unit Psikiatrik HKL dan seorang penderita OCD yg lain. Scammerkah Dr. Safini itu? Sedangkan saya TIDAK menerima apa-apa bayaran pun samada dari TV3, Akhbar Metro, atau pun The Heat, apatah lagi hendak membayar kepada mereka, Mereka menjemput saya untuk diwawancara kerana membaca perkongsian di blog ini, yg mana info dan maklumat tentang luahan oleh pesakit sendiri memang amat kurang di Malaysia ini. Bukan saya seorang pesakit minda yg pernah diwawancara di TV, Ustaz Shazwan  (rakan saya yg juga aktivis gangguan minda) juga baru-baru ini telah diwawancara oleh Astro tentang OCD. Apakah mereka akan menuduh Ustaz Shazwan juga sebagai scammer?



Admin Group Depression Survivor yang bernama Aisyah Munir ini pun boleh DIRAGUI kesahihah identitinya (ini bukan menuduh) kerana hasil semakan akaun Facebooknya menunjukkan gender beliau adalah MALE, tidak pastilah benar atau tidak, tak taula kot dia seorang khunsa (transgender / dua alam), tetapi biasanya, seseorang yg telah berjaya survive dari  penderitaan Depression tidak akan dengan tanpa segan silu menggunakan bahasa kesat dan kasar apatah lagi seorang wanita :


(dia telah menutup / deactivate akaun FB nya selepas mengetahui kewujudan artikel ini - takut kena saman oleh TV3 agaknya)

Saya tidak pernah mencari musuh apatah lagi untuk mengganggu kehidupan sesiapa, atau mencari keuntungan,  saya tak pernah memaksa sesiapa supaya datang ke sesi yg saya anjurkan, semuanya datang atas kerelaan sendiri dan selama ini saya mengadakan Sesi Perkongsian adalah TANPA BAYARAN HANYA SEIKHLAS HATI, ADA YG TAK BAYAR SESEN PUN, ADA BAGI RM10 dan ada yg hanya bagi kuih. Saya hanya mengenakan bayaran yuran  setelah dinasihatkan oleh seorang Doktor Pakar Psikiatrik (yg belajar lebih dari 5 tahun - tidak pula Doktor Pakar ini menuduh saya Fraud malah menggalakkan aktiviti yg saya lakukan) ,  pada akhir 2016,  itupun saya tetap menerangkan  kepada peserta jika tidak mampu,  tidak dikenakan bayaran, tetapi hanya sekadar seikhlas kemampuan. dan semenjak bulan April 2017, saya telah pun kembali memberikan sesi tanpa yuran.

Sesi itu menggunakan banyak kuasa elektrik kerana menggunakan projektor dan saya juga menyediakan kemudahan bilik rehat yg ada bathroom attached serta kemudahan tempat solat. Untuk pengetahuan, sesi ini hanya PERLU DATANGI SEKALI SAHAJA TAK PERLU ADA ULANGAN DAN SATU SESI MEMAKAN MASA 6 (ENAM JAM).  Saya rasa, doktor /kaunselor yg menuduh saya Fraud ini pun TIDAK MAHU MENGHABISKAN MASA SELAMA 6 JAM TERHADAP SEORANG PESAKIT TANPA BAYARAN, dan setelah sesi, saya masih membantui dari segi memberikan motivasi dan nasihat melalui Whatsapp, Telefon, SMS dan Group dalam FB , TANPA APA-APA BAYARAN, tanpa mengira waktu, ada yg menelefon pukul 3 pagi pun saya tetap layan sebab SAYA PERNAH MENGALAMI DAN SAYA TAHU BUKAN SEMUA ORANG INGIN MENDENGAR LUAHAN KITA YG SAKIT MINDA INI. 

Jika ingin bercakap tentang hasil sesi perkongsian pula, boleh baca sendiri didalam blog ini testimoni-testimoni mereka2 yg telah menghadiri sesi yg saya anjurkan yg menunjukkan perubahan positif malah ada juga yang berjaya memndapatkan kesembuhan total dengan izin Allah.

Tetapi kemarahan dan tanggapan negatif mereka terhadap saya masih tidak habis setakat itu, baru-baru ini saya telah menerima komen-komen yang menghentam sebuah artikel dalam Page FB saya, iaitu Page Sokongan Penderita Muslim Untuk OCD, Was-was, Anxiety Disorder, Lintasan Hati dan Tics yang mana, komen-komen itu tidak ada kena mengena dengan apa yg ditulis tetapi menghentam diri peribadi saya, dan beberapa jam setelah itu, sekumpulan individu telah beramai-ramai membuat Report ke Facebook Team  (berdasarkan mesej yg saya terima dari Facebook Team)sehingga page tersebut yg mempunyai lebih seribu dua ratus follower (memanglah tak ramai, tapi adalah jugakkan?) dan ditubuhkan lebih 4 tahun TELAH DI REMOVE OLEH FACEBOOK TEAM.



MESEJ DARI FACEBOOK TEAM:

Your Page has been deleted because we received several reports that content on the Page infringed others' intellectual property rights. For these reasons, we are not in a position to restore your Page.


Artikel yg mendapat kecaman peribadi terhadap saya itu masih boleh dibaca di link ini:


Bacalah sendiri, apakah salah jika saya menyeru agar penderita kemurungan supaya jangan terikut2 dengan sikap "INGIN MATI dan BERPUTUS ASA" serta bersikap kasar dengan orang lain dengan alasan aku sakit, - kerana kita adalah penderita Muslim yg ada kepercayaan kepada Allah SWT, bukan seperti penderita Kemurungan Barat yang langsung tak mengenal Allah. Salah kah begitu? Saya menulis artikel tersebut supaya jangan menjadi seperti saya yang telah pernah membuat percubaan membunuh diri dengan menelan pil tidur sebanyak 10 biji , (Syukur Allah masih panjangkan umur saya) kerana ketika itu saya mengalami kemurungan dan tiada siapa yg menyedarkan saya secara tepat tentang Hikmah di sebalik penyakit  dari segi Islam melainkan hanya memarahi saya dan menganggap saya bukan sakit tapi mengada-ngada. (tiada sokongan kerana diwaktu itu kurangnya pendedahan tentang kemurungan).


Mengapa kamu semua berhati durjana kepada manusia yg tak pernah kamu kenal apatah lagi tidak pernah mengganggu kehidupan kamu?

Kepada doktor/ kaunselor ini, saya juga ingin MENEGASKAN DENGAN SETEGAS-TEGASNYA, RAWATAN HOSPITAL PSIKIATRIK PUN TIDAK AKAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT APA PUN KERANA ITU HANYALAH IKHTIAR.   KESEMBUHAN HANYALAH DARI ALLAH. 

ALLAH IS THE ULTIMATE HEALER

Dan beliau serta admin Group Depression Survivor itu tidak perlu risau dan merasa tergugat lagi selepas ini kerana saya tidak akan lagi menjalankan sebarang aktiviti Aktivis Gangguan Minda seperti bengkel dan perkongsian, mahupun sesi perkongsian personal kerana saya sedar diri bahawa saya ini tiada kelayakan dan kelulusan, dan saya tidak sepatutnya membuat kerja-kerja sebegini. Saya memang pernah menderitai OCD, ADPA, Depression dan Tics, tetapi dgn izin Allah saya telah sembuh, dan matlamat semua orang yg sakit ialah untuk sembuh, dan setelah sembuh, adalah lebih baik saya menikmati kehidupan saya yg telah sihat dan normal ini dengan gembira, TANPA MEMPERDULIKAN ATAU MEMIKIRKAN masalah orang lain yg pernah mengalami penderitaan seperti saya kerana tugas membantu penderita gangguan minda adalah ditangan doktor / kaunselor bertauliah seperti anda. Selama ini saya bukan membuat kerja2 ini sebagai sumber pendapatan, kerana saya mempunyai perniagaan saya sendiri, saya melakukannya hanya kerana passion sahaja.

Saya sudah mengetahui tentang hal-hal ini sejak 13 May 2017 itu lagi tetapi saya tidak mengambil endah langsung, cuma setelah Page FB saya ditutup umpama terdapat pakatan sekumpulan individu yg saya tidak tahu apa tujuan mereka itu, barulah saya terasa ingin membangkitkan hal ini. Tujuan saya menulis ini adalah supaya dapat menjelaskan kekalutan yg berlaku, dan saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka ini walaupun saya TELAH DITAWARKAN BANTUAN UNTUK MEMBUAT LAPURAN POLIS DAN MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG dari seorang VVIP  yang sangat berpengaruh di Malaysia, kerana memikirkan beliau ini masih muda, dan tindakan mahkamah boleh membuatkan masa depannya rosak, lesennya boleh digantung dan juga firman Allah:

Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) yg dilakukan kepadamu dengan cara yang lebih baik, maka engkau akan mendapati, tiba-tiba orang yang membuat permusuhan dengan kamu akan menjadi seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar.
(QS Al-Fusilat : 34-35)



(penat den promote org sakit minda suruh pergi jumpa dia, dia senang2 jer fitnah aku) - meniru gaya bahasa doktor/kaunselor yg berpendidikan tinggi itu.

p/s: tapi biasala kan, kalau orang yg dah berminda negatif dan berhati hasad, bagila penjelasan beserta bukti apa pun, mereka akan menolak mentah-mentah segala penjelasan itu, dan tidak akan mengaku kekhilafan diri, sebab ego tinggi (ego tu sifat yg membuatkan iblis dihalau dari syurga),  Kalau lah baca penjelasan pun sambil bibir dan mulut mencebik dan takkan baca sampai habis, Tapi...hahaha jauh disudut hati tu mmg mengakui pun cuma takkanlah nak mengaku kan...hahahahahha

Ahad, 25 Jun 2017

Salam Aidilfitri

~Salam Aidifitri~

Dikesempatan ini, pihak admin blog ini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini, semuga anda semua beroleh ketenangan, kebahagiaan dan barakah di hari yang mulia ini walau dimana jua anda berada. Terimakasih diatas sokongan anda semua. Hati-hati ketika memandu.

Maaf Zahir dan Batin.







Isnin, 12 Jun 2017

SERONOK BERPUASA TAHUN INI?


Alhamdulillah, seronok rasanya, dapat buat ibadah sunat seperti tarawikh, bertadarus, banyak berzikir, seronok menunggu waktu nak berbuka, kadang kala pergi ke Bazar Ramadhan, beli jugakla beberapa juadah berbuka, tapi ala kadar je la, jangan la sampai membazir. Seronok rasanya. Sekarang ni dah hampir masuk 10 hari terakhir ramadhan, lagi la seronok nak tunggu ketibaan Aidilfitri, adala pergi shopping haritu, beli baju raya untuk keluarga serba sikit. Memang seronok, walau pun sederhana, tapi meriah.

MEMANGLA SERONOK!

Memangla seronok, sebab memang dah sedia tahu bila azan mahgrib berbunyi je, bermacam-macam makanan ada tersedia depan mata. Siap boleh tayang2 kat FB lagi.

Memangla seronok, sebab pukul 5 pagi ada makanan untuk sahur, siap minum susu kesihatan lagi.

Memangla seronok, sebab sebulan sahaja dilarang makan, siang sahaja yang tak boleh makan, bila malam makan sampai nak termuntah, lepas taraweh ada moreh lagi, kadang-kadang lepas tadarus sempat pulak pergi teh tarik.

Lapar dan dahaga pun tapi TIADA rasa risau atau bimbang tentang ada ke benda yang nak dimakan hari ini atau tidak.

Memang la seronok, duduk dalam pejabat berhawa dingin, memangla seronok dan seronok sangat-sangat.

Cuba kita fikir sejenak, apakah yang sepatutnya kita faham disebalik semua ini?

Bagaimana kalau kelaparan kita tu tiada penamat? maksudnya kita ini adalah fakir miskin, TIDAK TENTU BILAKAH lagi ada makanan untuk kita.

Bukan setakat waktu siang selama sebulan, tapi bertahun-tahun. Ada anak, nak bagi belanja sekolah pun terkial-kial, apatah lagi nak beli baju sekolah. Nak beli baju raya? lebih baik beli makanan kalau ada duit!!

Bekerja dengan perut kosong ditengah panas terik, dapat hanya cukup untuk makan malam anak-anak hari itu sahaja. Tiada sarapan, tiada makan tengahari, hanya teguk air paip, dan TIADA JAMINAN BAHAWA lepas maghrib ni ada makanan.....seronok?!

Seronok ke? seronok ke?!!

seronok ke mereka, seperti mana seronoknya kita berpuasa?....boleh feels tak?

Sedihnya bila tersedar selama ini dah berapa puluh tahun diajar berpuasa, tapi belum jugak faham untuk feels / menghayati dan memahami dengan jujur dan empatis tentang perasaan orang fakir miskin, sebab itu la hati ini masih lagi kedekut, bakhil, tahi hidung masin.

SEDARLAH WAHAI DIRI :(

Jika nak copy paste atau nak link ke, mintak izin dari blogger dulu atau letakkan link asal artikel yg dikongsikan. Hidup biar ada adab.

Sabtu, 10 Jun 2017

OCD - Jangan Di 'Hipster' kan



Salam.

Lately, banyak orang suka declare diri as having OCD. Mungkin ye, mungkin tak. Somehow, I felt like people did that on purpose because its suddenly 'cool and hipster' if you have OCD. Saya rasa ianya tidak adil kepada orang yang memang ada OCD. Suddenly kalau betul-betul kau ada OCD, people dont take it seriously, sebab hampir 'semua' orang ada OCD. "Biasa la tu." You people are turning OCD into a teenager's lingo or something. :(

Let me walk you through what OCD is.

OCD or Obsessive Compulsive Disorder isnt a disease but like its name, its rather a 'disorder'. What is the difference between a disorder and a disease?

Disease: a definite pathological process having a characteristic set of signs and symptoms.  It may affect the whole body or any of its parts, and its etiology, pathology, and prognosis may be known or unknown
Disorder: a derangement or abnormality of function; a morbid physical or mental state

Maka, panggil lah OCD as gangguan bukan penyakit. Pada suatu penyakit perjalanan timbul nya jelas, beserta gejala yang zahir. Bagaimanapun, konsep 'disease' and 'disorder' ni digunakan secara interchangeably dalam dunia perubatan. Dua dua pun berkongsi matlamat yang sama: to prevent, to control the impact on life quality, to find the cure.

Aku mula-mula ada OCD waktu umur 5 atau 6 tahun. I still remember I started to have fear, and anxious about my family getting harmed or dead or fingers cut off and then having this unexplainable need to touch things 7 times. Aku mesti tutup lampu 7 kali, or else aku rasa nanti something bad will happen dekat everyone. If aku lupa, aku akan start over. Semua tu aku buat dengan penuh cautious, anxious and tak faham kenapa, i just have to do it. Masa tu aku tau ini pelik, come on lah, Stop it- by it just keep on dissolving in myself. Aku ingat asyik kena 'sayang' bear and segala mainan aku sama rata, sama kali (selalunya 7 kenapa tah la 7) kalau tak aku rasa nyawa semua orang dalam bahaya. Sometimes aku tau itu tak logik dan pelik, tapi aku takut nak share my weird thoughts and plus that time aku rasa its something i have to do. Ada masa, aku habiskan waktu fikir pasal kematian and other bad stuff and then lari turun tangga to check my families are still alive. Masa adik aku ke asrama, aku pesan buat apa-apa hati-hati jangan sampai jari putus. Bila dia balik rumah, i remembered rasa lega and comforted sebab first thing i checked- he still  have his fingers. Bodo.

Aku dan perasaan ingin menyentuh memang solid hubungannya. Aku selalu catch myself touching and wanting to touch things. Masa kecik, aku suka kumpul kotak. All sizes of kotak- aku akan bersih and rapikan pastu aku susun dalam plastik. Orang ingat ah- budak kecik, suka main sampah. Tapi sebenarnya aku cukup suka- kotak sangat perfect, segi dia, line dia- everything is so arranged and symmetrical, and perfect. Kotak sangat PERFECT. It gives me this weird satisfaction menyentuh kotak- permukaan dan sisi dia. Antara salah satu sebab aku suka buku. Buku is like kotak. I love touching and tapping my fingers on books.

Forbidden thoughts- ini umpama bukak pekung di dada., aku taknak elaborate banyak-banyak. Aku paling stress dan malu dengan benda ni. Jijik dengan diri sendiri. But I cant help it. It just forms in my head- everyday, every few minutes. Ramai orang tegur aku selalu termenung- im not termenung, ada something sinister, disgusting, repulsive yang masuk otak aku. Stress dan malu that I can think of such heinous thing. Selalu aku akan fikir pasal benda lain to stop it.

Aku dan social life- is something I stressed about. Aku sangat takut orang find out pasal benda-benda yang memalukan dan make me feel worthless. I wish I  am NOT like this at all. I am scared they will look through me and see these bad things. Sebab tu, aku tak suka terlalu rapat- baik rapat as kawan rapat or body contacts yang rapat. I am uncomfortable dengan people's body. Contamination. Aku benci public toilet. Macam mana kalau aku terjangkit germs yang ada? Shaking hands.. Tapi semakin dewasa, bab yang ni agak berkurang. Sebaliknya fikiran aku yang semakin teruk.

Antara comorbid OCD adalah body dysmorphic disorder (BDD), mood and anxiety and ADHD. Now, I'm not sure whether my inability to stay put reading or listening or sitting in class for too long makes me an ADHD sufferer. I guess to confirm that, I need to see a qualified physician. As for mood and anxiety, I always carry it around with me all my life. It lives in me. Body dysmorphic disorder- this i started developing when i was a teenager. I hate me. But I get supports from my family, so sometimes I am OK- and i think it gradually lessen. Although this too, kena dapatkan opinion from a certified physician.

Orang selalu fikir OCD is doing something pembersih do. Like basuh pinggan and stuff. Its a lot diverse than that. It comes in pair- obsessing and compulsing. Aku tak tau la nak cakap macam mana- benda ni buat aku stress and cemas. Aku malu, benci, rasa nak marah- i have insecurities too ugly im scared orang akan find out.

OCD ni boleh berubah-ubah seiring perjalanan waktu. Aku dah tak menyentuh 7 kali sebab aku dah kurang fikir pasal bad stuff happening to my family. Instead aku salurkan ke doa banyak kali. And checking they are OK through phone. Tapi aku masih kumpul kotak sampai sekarang. It becomes more of a habit daripada obsessing. Aku masih takutkan germs, virus, bacteria- haritu aku ke klinik khas untuk HIV patients- my nightmare- habis sentuh satu fail aku basuh tangan. Sampai kering. Buat kerja dengan panik dan cemas. Stress- sebab takut, sebab benci, sebab malu aku kan nak jadi doktor, apa ni??

Cuma aku kesal dengan fikiran-fikiran aku sampai sekarang masih mengganggu aku. Yang dalam otak susah aku nak kawal. Tapi banyak benda dah tak seteruk time aku kecik dan remaja dulu. BDD dah hadiahkan aku gastrik. Tapi bila aku dikelilingi orang yang sayang aku- aku kurang fikir pasal badan and diri aku- mungkin sebab penerimaan diorang buat aku lebih hargai diri sendiri.

Tu je. Aku cuma nak tegak kan my symptoms maybe tak seteruk yang severe OCD, tapi i think i speak for people with mild, moderate and severe OCD out there jangan 'hipster' kan OCD. Selalu aku tengok orang cakap; 'Eh jangan letak baju ko kat situ, aku ada OCD sikit' - cakap je la ko tak suka sepah. Atau bila orang bercerita, you disregard it and take it lightly as 'ah sama la tu. aku pun kadang-kadang OCD sikit'. Apa tu "OCD sikit?"

Penghargaan kpd penulis atas keizinan menyiarkan penulisan ini.

Artikel ini adalah pautan dari:
http://weirdmonologues.blogspot.my/2016/03/ocd-jangan-dihipsterkan.html

Jumaat, 26 Mei 2017

Salam Ramadhan

Assalamualaikum

Dikesempatan ini, pihak admin page ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, selamat berpuasa, kepada semua pengunjung page ini, semuga Ramadhan kali ini dapat kita semua tempuhi dengan sebaiknya, semuga kita semua dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat dan memperolehi kesihatan yang baik dari segi ruh, jasad, fikiran, perasaan, jiwa, semangat hati dan kalbu,

Aamiin Ya Allah


Sabtu, 22 April 2017

Teori Air Teh Tawar sebagai penawar Kemurungan




Assalamualaikum,

Penulisan ini TIDAK bermaksud bahawa air teh yg tawar adalah ubat untuk kemurungan, tetapi hanya sebagai perbandingan kepada teori yg ingin aku ketengahkan.  Apa yg aku tulis ini cuma teori sahaja, bukanlah fakta yg boleh dipercayai kerana aku bukan kaunselor atau doktor psikiatrik. Aku hanya seorang penderita Kemurungan. Tapi aku hanya ingin kongsikan kepada sesiapa yg sudi baca sampai habis, manalah tahu jika dapat membawa apa2 makna atau kebaikan, Kalau salah, maaf dipinta.

Air Teh Tawar. Mengapa ia tawar? jawapan mudah adalah kerana kurangnya gula. Apakah solusi untuk memperbetulkan keadaan ait teh yg tawar ini? >>>>> ditambah gula secukup rasa, (tetapi bukan berlebihan). Setelah ditambah gula dengan kuantiti yg betul dan tepat, maka masalah air teh yg tawar ini pun selesai.

Apakah pengajaran yg dapat kita lihat disini? - Sesuatu masalah itu kebanyakkan dapat diselesaikan dengan KEADILAN DAN KESAKSAMAAN. Apakah definisi ADIL?  Menurut Dr, Yusof Al Qardhawi :

"Erti keadilan mengikut istilah syariat Islam; ialah MELETAKKAN SESUATU ITU DITEMPATNYA YANG BETUL (TEPAT)"

Apakah hubungkait Keadilan dengan solusi terhadap Kemurungan?

Untuk menjawap persoalan ini, kita cuba telusuri apakah antara punca-punca yg paling tinggi peratusannya yg menyebabkan Kemurungan. Antara punca-punca yg dikenalpasti ialah:

- Penderaan fizikal dan/ atau mental dalam tempoh yg berpanjangan
- Dibesarkan dalam suasana yg menerima terlalu banyak kritikan negatif dan penghinaan
- Sering dibanding2kan diri dgn adik beradik lain atau org2 lain
- Sering diibuli, dinafikan hak bersuara, sering diperlekehkan
- dan lain-lain yg seumpamanya.

Hasil dari semua keadaan yg dinyatakan diatas, boleh menyebabkan seseorang itu memiliki Rasa Rendah Diri yg keterlaluan, (inferiority complex),  Kurang/Hilang keyakinan pada diri sendiri, memiliki tanggapan negatif kepada dirinya sendiri, memiliki tanggapan negatif terhadap kehidupan, takdir dan keadilan Tuhan dan yg seumpamanya yg akhirnya membuahkan KEMURUNGAN.

Apakah keluhan yg sering kita dengar dari seseorang yg mengalami kemurungan ketika dia sangat down?
- Aku manusia tak berguna
- Aku ni memang bodoh, buruk, tak patut hidup
- Dunia ni kejam, semua orang benci aku,
- Aku nak mati!!
- Mati lagi baik dari hidup macam  ni
- dan lain-lain yg seumpamanya.

1. Apakah yg kita dapat pelajari dari apa yg telah saya tulis diatas? Cuba lihat dari skop yg besar dan jauh, bukan dari skop yg dekat dan kecil kerana, THE CLOSER YOU LOOK, THE LESS YOU WILL SEE.

2. Selalunya, apabila org2 terdekat mendengar keluhan  mengutuk diri sendiri seperti diatas, apakah yg akan mereka katakan atau nasihatkan? -- "Cuba kau bawak mengucap, cuba kau istighfar sikit. Ingatlah pada Tuhan,  Kau dah cukup bekal ke nak mati?" (because they look too closed)

Apa yang AKU lihat pula ialah:

1.Ada sesuatu yg TIADA disitu, umpama Air Teh Tawar tadi. Semua proses penderaan, buli, penghinaan, cacian, jugde yg diterima oleh penderita disepanjang hidupnya MENUNJUKKAN TERDAPAT SESUATU YG TIADA DALAM DIRINYA. APAKAH IA?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>PUJIAN, PENGHARGAAN, dan ALASAN UNTUK TERUS MEMILIKI HARAPAN (HOPE)

2. Mengapakah keluhan2 seperti diatas berlaku? >>>> kerana penderita ingin MENDENGAR SESEORANG BERKATA PERKARA YG BERLAWANAN DGN KELUHANNYA seperti

- Aku manusia tak berguna >>>>>>>>>>>>>>>>>Eh, awak sebenar bergunalah, ingat tak dulu? kau pernah tolong aku masa aku tgh ....... (dan seterusnya)
- Aku ni memang bodoh, buruk, tak patut hidup >>>>>>>> kau pandai sebenarnya, cuma mungkin kau tak diberikan perhatian yg sewajarnya, Bagi aku, kau cukup cantik, kau cukup handsome...

- Dunia ni kejam, semua orang benci aku, >>>>>> Aku setuju kalau kau kata dunia ni kejam sebab pengalaman yg kau tenpuhi menunjukkan begitu, tapi masih ada harapan untuk kita usahakan bersama mengubahnya, dan masih tetap ada org yg sayang pada kau,. Aku tetap sayang pada kau walau seburuk mana pun keadaan diri kau

- Aku nak mati!! >>>>>> Kalau kau mati, siapa akan jadi teman aku, aku perlukan kau dalam hidup ni

Semua ini menunjukkan PUJIAN atau PENGHARGAAN serta REASON TO HAVE A HOPE itu sangat-sangat didambakan/ diinginkan oleh penderita. Secara ilmiahnya, bukan penderita yg inginkan, tetapi biological dan spiritual needs seseorang penderita yg menuntut penghargaan dan pujian ini kerana hal inilah yg TIADA atau KURANG atau SERING DINAFIKAN dari diri mereka. Atau dalam ertikata yg lebih mudah, Minda Separa Sedar (Subconscious Mind) penderita yg sedang meminta PUJIAN , PENGHARGAAN dan HOPE ini.

Fahamilah, keluhan2 begitu bukan memerlukan jawapan seperti yg mula2 diatas iaitu:  "Cuba kau bawak mengucap, cuba kau istighfar sikit. Ingatlah pada Tuhan,  Kau dah cukup bekal ke nak mati?"  Tetapi ia ingin mendengarkan jawapan yang MELETAKKAN SESUATU DITEMPAT YG BETUL sepertimana Air Teh Tawar yg kurang gula itu tadi.

Cuba kita renungkan sejenak, jika seseorang itu, menjalani kehidupan biasa yg SEIMBANG / ADIL / SAKSAMA, atau bermaksud dia sering menerima kritikan, dan sesekali menerima penghinaan atau cacian, tetapi dia juga sering mendapat penghargaan, pujian, dan perhatian positif, maka keperluan biological dan spiritual needs serta Minda Separa sedarnya tidak akan begitu menuntut terhadap pujian atau penghargaan, dan TIDAK AKAN TERLALU MUDAH SENSITIF dengan kritikan, penghinaan atau kata2 berbentuk judgemental, kerana segalanya seimbang, adil dan berada ditempat yang sepatutnya.

Saya melihat keadaan saya sendiri, saya mengambil ubat2 rawatan psikiatrik mengikut dos, menepati sesi2 ulangan dan kaunseling, mengamalkan pelbagai nasihat ugama dan ilmu2 motivasi mempositifkan diri, TETAPI mengapa terlalu sukar untuk saya menyembuhkan diri walaupun telah beberapa lama melewati tempoh rawatan ini? Kerana gula yg tidak cukup itu masih belum ditambah dengan kuantiti yg secukupnya. Jadi saya dah cuba berikan formula hasil teori ini, terserah kepada masing2 bagaimana cara terbaik untuk di adaptasi supaya menjadi solusi.

Panjang lagi sebenarnya huraian Teori Teh Tawar ini, tetapi aku rasa cukuplah dulu setakat ini sebab orang sekarang kalau tengok tulisan panjang, mereka tak nak baca, atau baca sekadar skip2, jadi apa yg nak disampaikan tu jadi tak kesampaian.

Jumaat, 21 April 2017

Jauhkah Aku Dari Allah?

Kita selalu menganggap bila hidup kita penuh kesukaran, ditambah dgn depression, masalah ekonomi, dan pelbagai masalah yg terkait akibat depression,kita sering terasa-rasa apakah ini berlaku kerana aku telah dimurkai Allah, apakah ini balasan Allah, apakah aku sudah terkeluar dari rahmat Allah. Saya sendiri beranggapan begini. Apabila saya mencari jawapan, bertanyakan kepada beberapa agamawan, lalu saya menerima jawapan:

Allah berfirman :
14: Sesungguhnya Tuhanmu sentiasa mengawasi. 15: Maka kelakuan manusia itu apabila Tuhan menguji dengan memuliakan serta diberikan nikmat, maka dia akan berkata: “Tuhanku memuliakan aku.” 16: Tetapi apabila Allah menguji dengan menyempitkan rezeki, maka dia berkata: “Tuhanku menghinakan aku.”
17: Sekali-kali bukan, itu adalah salah. (QS Al-Fajr : 14-17)

Dari penjelasan ayat ini, kita telah pun mendapatkan jawapannya bahawa Kesenangan atau Kesusahan yg diterima oleh seseorang itu adalah UJIAN, bukan kerana Allah murka atau kita telah terkeluar dari Rahmat Allah. Bersangkabaiklah kepada Allah kerana kehidupan diatas mukabumi ini hanyalah ujian semata-mata.

Ujian berbentuk Kesenangan itu pula, jika kita bersyukur dan menghargai nikmat kesenangan itu, maka disediakan juga BONUS iaitu akan ditambahkan lagi nikmat, seperti mana firman Allah:

" Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu " ( QS Ibrahim : 7 )

Sementara ujian berbentuk Kesakitan dan Masalah Hidup itu, disediakan pula BONUS iaitu jika kita redha dan bersabar, ianya akan menghapuskan pula dosa-dosa kita sepertimana Hadis Nabi SAW:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.” (HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

Ujian dalam kehidupan juga bukanlah menunjukkan kita semakin jauh dari Allah, tetapi semakin hampir dengan Allah. kerana semakin tinggi darjat keta'atan seseorang disisi Allah, makin besar ujiannya. Maka jika kita merasakan kehidupan kita sangat sukar, maka bersyukur dan bersangkabaiklah kerana ini kemungkinan bererti kedudukan disisi Allah semakin tinggi. Ini adalah berdasarkan hadis berikut:

“Manusia yg paling banyak mendapat ujian itu adalah para nabi, diikuti oleh mereka yg  dekat dgn darjat para Nabi berurutan secara bertingkat. Manusia diuji menurut tingkat keta’atan kepada agamanya. Jika ia sangat kukuh kuat dalam agamanya, sangat kuat pula ujian kepadanya dan jika lemah dalam  agamanya, diuji pula oleh Allah S.W.T sesuai dengan tingkat keta’atan kepada agamanya. Demikianlah bala dan ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sehingga dia dibiarkan berjalan dimuka bumi tanpa ada dosa apa pun.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Tapi semenjak saya depression, amalan saya makin kurang, saya tak upaya nak solat, malah meninggalkan solat, bukankah itu menunjukkan saya makin jauh dari Tuhan?

Ya, benar, solat adalah kewajipan setiap muslim. Tetapi apakah kamu merasa senang hati apabila solat tak tertunai lantaran kemurungan yg melanda? Bukankah kamu semakin bertambah rasa bersalah dan berat hati yang amat sangat? Itu tandanya kamu masih mempunyai keimanan yg tinggi. Iman itu bermakna "percaya / believe". Kamu merasa amat bersalah dan berdosa kerana meninggalkan solat kerana terdapatnya kepercayaan yg kuat dalam hati kamu bahawa adanya perintah kewajipan solat dari Suatu Kuasa Yang Menguasai dan Menciptakan kamu. Darjat keta'atan seseorang hamba disisi Allah bukan dikira dari berapa banyak amalan yg dibuat yg dapat dilihat oleh seseorang. Hanya Allah yg tahu rahsia ini dan kebanyakannya adalah melibatkan keikhlasan amalan hati dan suasana hati. Mungkin ada amalan yg sangat kecil yg dilakukan, tetapi sangat besar disisi Allah, seperti contoh, seorang pelacur dimasukkan ke syurga hanya kerana pernah memberi seekor anjing minum.

Tetapi perlu diingat, penulisan ini bukanlah bermakna kita boleh meringan-ringankan solat. Berusahalah supaya dapat menjaga solat dgn istiqamah, dan menambahkan amalan yg lain, dan lakukan mengikut kadar kemampuan yg terdaya. Apapun, jangan lagi menganggap diri kita sudah terlalu hina, jauh dari Tuhan, atau telah dilaknat Tuhan. Jangan sesekali putus asa dari Rahmat dan Kasih SayangNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat dan Maha Menyembuhkan.

Semuga kita semua berjaya dalam perjuangan kita menyembuhkan diri. Selamat berjuang sahabatku.

Selasa, 4 April 2017

BERATNYA UJIAN UNTUKKU

BERATNYA UJIAN UNTUKKU

Semua orang pernah main game komputer, paling tidak pun game angry bird atau dam ular, mungkin lah ada kot ada yg tak pernah langsung, Tapi  dari permainan game berorientasikan komputer ini, apakah yg dapat kita pelajari?

Setiap game biasanya bermula dari Level 1 (yg paIlng mudah) dan selalunya ada 3 nyawa, jika kalah 3 kali , game over. TETAPI jika menang, akan disambung masuk Level 2, dan seterusnya ke Level-level yg lebih tinggi. Fahamkan, proses biasa ini?

Apabila kita masuk Level 2, cabaran dalam level itu lebih sukar dari Level 1, TETAPI kita telah pun dibekalkan dengan senjata baru yg lebih canggih, atau ditambah lagi talian hayat atau nyawa, tujuannya, supaya kita boleh mampu menghadapi cabaran dalam level 2. Jika kita berjaya masuk level 3, senjata yg kita dapat lebih canggih dari level 2, dan ada macam2 lagi kekuatan atau keistimewaan yg kita dapat yg bertujuan supaya kita mampu menghadapi cabaran yg lebih hebat lagi di dalam level 3.

JIKA SEKIRANYA kita berada dalam level 3, tetapi kita tidak diberikan apa2 kelebihan atau sokongan tambahan dan hanya dibiarkan berkeadaan seperti dalam level 1, sudah tentulah GAME ITU SEBUAH GAME YANG TIDAK ADIL. Pun begitu, walau telah dibekalkan dengan pelbagai sokongan tambahan dan senjata yg semakin canggih, dalam setiap level yg kita masuk, kita masih akan samada KALAH atau MENANG. Akhirnya segalanya masih terletak pada kecekapan atau kemahiran diri sendiri, bukan pada senjata2 dan keistimewaan yg kita perolehi setiap kali bertukar level.

Apa kah hubungannya hal sebegini dengan hidup kita? Apakah yg boleh kita pelajari?

“Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya. Baginya ganjaran untuk apa yang diusahakannya, dan ia akan mendapat siksaan untuk apa yang diusahakannya. (QS Albaqarah: 287)

See, dalam ayat ini Allah telah menjelaskan dengan sejelas-jelasnya bahawa TIDAK ADA MANUSIA YG AKAN DIBEBANKAN JIKA TANPA KEMAMPUAN DIRI MEREKA. Apa yg kita lalui dalam hidup adalah UJIAN. Cuba fahami seperti ini:

GAME-------------diumpamakan sebagai-----------KEHIDUPAN

cabaran ----------diumpamakan sebagai--------------ujian

Level    -----------diumpamakan sebagai--------------Peringkat/Maqam / Darjat / Kedudukan

Senjata/ Sokongan ----diumpamakan sebagai-------Kemampuan

Bukankah semakin tinggi darjat seseorang itu disisi Allah, maka akan lebih besar ujian mereka, dan jika ayat diatas mengatakan Allah hanya menguji mengikut kadar kemampuan, maka sudah tentulah, pada setiap darjat  atau kedudukan seseorang itu, telah ditambah juga dengan KEMAMPUAN dari segi yang patut dan perlu bagi memastikan seseorang itu MAMPU untuk menghadapi ujian hidupnya dalam peringkat kehidupan yang sedang didudukinya.

Oleh itu, jika kamu merasakan ujian hidup kamu terlalu berat, maka bersangkabaiklah bahawa ianya bermakna kedudukan kamu disisi Allah semakin tinggi maka kerana itulah ujian kamu besar , tetapi jangan lupa, kemampuan untuk kamu menghadapi ujian itu pun telah ditambahkan,.

Cumanya, kita manusia ini yang selalu TIDAK MENYEDARI akan kemampuan diri sendiri, cepat memilih putus asa, mengalah, dan menganggap diri lemah dan tak mampu menghadapi ujian atau cabaran yg sedang dihadapi. Sama macam game, kalau kita give-up, kalah la, Masuk level 1 balik, begitulah kehidupan ini.

OK, jadi sekarang ini, jika kamu sering mengeluh sambil berkata: "Beratnya ujian untukku,". Saya ingin bertanya, memang benar, memang berat apa yang sedang kamu rasai, tetapi disamping itu,  adakah kamu juga memiliki atau dibekalkan dengan kemampuan untuk mengatasinya?

Ya. ada. Maka katakanlah AKU BOLEH!

Jika nak copy paste atau nak link ke, mintak izin dari blogger dulu atau letakkan link asal artikel yg dikongsikan. Hidup biar ada adab.

Wallahuaklam

Isnin, 13 Februari 2017

YOU ARE WHAT YOU THINK



Assalamualaikum, harap sudi baca kerana ianya mungkin memecahkan persoalan permasalahan diri anda dan saya.
Semuga malam ini memberi ketenangan pada kita semua.

Setiap hari kita pasti akan menggunakan otak kita utk berfikir. Samada berfikir untuk membuat Perancangan, Penelitian, Persangkaan dan lain-lain, dan kebanyakan dari apa yang kita fikirkan ini akan mempengaruhi emosi (perasaan) kita.

Mengikut kajian sains, kita mampu mencetuskan sehingga 60 ribu cetusan fikiran setiap hari. (Kecuali ketika tidur).

TETAPI tahukah kita apa yg berlaku ketika kita berfikir?

- Setiap cetusan fikiran akan mengeluarkan gelombang yg mempunyai signal magnetic yg sangat kuat. Otak kita akan keluarkan gelombang (frekuensi) setiap kali kita berfikir. Sama seperti frekuensi telefon, radio atau astro. Kita tidak nampak tetapi kita percaya ianya wujud.
.
Ada 2 jenis gelombang yg keluar dari otak kita setiap kali kita berfikir, iaitu

1. Gelombang positif
2. Gelombang negatif

Gelombang yg keluar ini adalah selaras dgn perasaan kita sewaktu kita berfikir. Sebagai contoh, jika kita memikirkan sesuatu yg membuat kita rasa tenang, aman, bahagia (feeling good) bererti kita sedang keluarkan gelombang positif.

Jika kita memikirkan sesuatu yg membuat kita resah, risau, sedih, marah (feeling bad) bererti kita sedang mengeluarkan gelombang negatif.

Apa yg berlaku seterusnya? Gelombang otak ini akan menuju ke ruang persekitaran dan ke langit utk mencari tenaga2 yg memang tersedia diruang angkasa. Ada 2 jenis tenaga yg terdapat diruang angkasa iaitu :

1. Tenaga positif
2. Tenaga negatif

Maknanya, gelombang positif dari otak akan mencari tenaga positif, manakala gelombang negatif dari otak akan mencari tenaga negatif.

Seterusnya, tenaga yg ditemui oleh gelombang otak kita ini akan ditarik semula kepada manusia yg sedang berfikir tadi. Akibat nya, setiap manusia akan mempunyai banyak tenaga yg dipanggil aura, dan aura inilah yg memberi kesan dalam kehidupan kita. Jika kita sering berfikir negatif, maka aura negatif yg lebih banyak dalam diri kita. Begitulah jika sebaliknya.

Jika kita selalu mengeluh, dan merungut (negatif) gelombang negatif berbentuk merungut akan mencari tenaga negatif berbentuk tenaga merungut utk ditarik kembali kepada kita. Maka hasilnya, apabila kita merungut, pasti akan lebih banyak lagi perkara lain yg datang utk kita rungutkan.

Begitulah disebaliknya jika kita selalu berfikiran positif, maka banyak perkara2 baik dan positif akan sentiasa kita tarik ke dalam hidup kita. Proses inilah yg dinamakan Hukum Daya Tarikan atau The Law Of Attraction.

Jika kita boleh menganggap diri kita yang sakit ini sebenarnya semakin sihat dan pulih zahir dan batin, maka kita akan menemui jalan ke arah kesembuhan dan penawar.

Firman Allah:
"dan di LANGIT terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu (- rezeki yg masih dalam bentuk tenaga-) dan terdapat apa-apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu. Maka demi Tuhan kepada langit dan bumi, sesungguhnya apa yang dijanjikan itu pasti akan terjadi seperti apa yang kamu ucapkan (sangkakan)". (QS Az-Zariyat : 22-23)

Jika kita sentiasa beranggapan bahawa kita seorang yg gagal, maka aura gagal yg mengelilingi kita.

Jika kita selalu menganggap duit itu sukar didapati , maka mmg kita sentiasa mengalami kesukaran kewangan.

Jika kita sentiasa menganggap cinta itu curang, maka kita sentiasa akan bertemu cinta yg curang.

Jika kita sering memandang rendah dan tidak menghormati orang, kita juga akan selalu tidak dihormati dan dipandang rendah oleh orang lain.

Jika kita prejudis dan hati penuh benci, hidup kita mmg akan di penuhi kebencian.

What goes arround, comes arround. Likes attract likes.

“Aku akan memakbulkan apa yang hambaKU sangkakan, maka hendaklah ia bersangka dengan apa yg ia INGINKAN” .
(Hadis Qudsi Riwayat Imam Thabrani, Al-Hakam dan lain-lain perawi termasuk Buhari dan Muslim dalam beberapa versi yg lebih kurang sama)

Prinsip asas hukum ini:
You are what you always think about you. You are what you think.

Jika nak copy paste atau nak link ke, mintak izin dari blogger dulu atau letakkan link asal artikel yg dikongsikan. Hidup biar ada adab.

Wallahuaklam

Jumaat, 3 Februari 2017

The Duchenne Smile :)


STRESS (KETEGANGAN DARI SEGI EMOSI) yang berpanjangan akan menyebabkan hormon serotonin menjadi semakin lemah dan kurang dihasilkan oleh tubuh badan.

Apakah Serotonin? Hormon serotonin merupakan zat penghantar saraf (neutransmitter) yang berpengaruh terhadap munculnya perasaan tenang, nyaman dan optimis, relaksasi, perasaan segar bugar, kemampuan memberi fokus (daya  konsentrasi), dan perhatian, dorongan untuk selera makan dll. Namun reaksi tersebut sangat bergantung pada keseimbangan serotonin dlm tubuh badan manusia. Kadar serotonin berlebihan justru dapat menimbulkan perasaan letih dan malas. Sebaliknya jika rendah justru dapat mengakibatkan perasaan tertekan, susah tidur, sulit untuk berkonsentrasi. Gejala tersebut akan berlarutan dengan munculnya gangguan kardiofaskular seperti dada berdebar-debar, sesak nafas, gangguan makan, gangguan tidur.

Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan kembali hormon serotonin?

SALAH SATU CARA SELAIN PENGAMBILAN UBATAN PSIKITIAKRIK SEPERTI SSRI (Selective Serotonin Reuptake Inhibitor) dan juga mengambil makanan-makanan berunsur Omega 3,  caranya yg boleh diusahakan sendiri ialah dengan melakukan Senyuman.

Memang sudah menjadi kebiasaan, tiada orang yg sedang bermasalah yg akan tersenyum, mesti bermuka ketat dan masam selalu, dan hal ini makin membuatkan serotonin semakin tidak aktif dan akhirnya boleh mengalami pelbagai gangguan emosi yg jika dibiarkan berlarutan akan membawa kepada kemurungan, anxiety dan menyuburkan OCD. Tetapi bukan semua jenis senyuman mampu merembeskan pengaktifan hormon serotonin.

Menurut kajian saintis, sememangnya terdapat sejenis senyuman yg mampu merembeskan sel-sel dalam otak yg akan mencetuskan semula pengaktifan hormon serotonin.
 "On a biochemical level, smiling releases endorphins and serotonin. Endorphins are natural painkillers. The more endorphins your brain releases, the more your body can fight off symptoms of illness. Similarly, serotonin is a brain chemical that acts as a natural anti-depressant."

Tetapi senyuman yg bagaimana?

Dr. Guillaume Duchennes, neurologis yg mempelopori kajian ini menyimpulkan bahawa senyuman yg membantu merembeskan pengeluaran serotonin ialah senyuman yang

"MEMBABITKAN OTOT MATA, DIMANA AKAN MUNCUL KEDUTAN DIKIRI DAN KANAN MATA, MATA KELIHATAN SEPET DAN MENAMPAKKAN BARISAN GIGI ATAS"

Senyuman ini dikenali dengan nama Senyuman Duchenne sempena nama neurologis yang mengkaji tentang senyuman ini. Cuba latih buat senyuman Duchenne dihadapan cermin selama 3 minit tanpa henti, dan anda akan dapat merasai satu kelainan positif dalam tubuh anda. Jadikan wajah anda sentiasa dihiasi dengan senyuman ini.

Makan coklat adalah salah satu cara mengaktifkan endorfin yg menggiatkan pengeluaran serotonin, tetapi hanya dengan sebuah senyuman Duchenne, kajian mendapati ianya bersamaan dgn makan 2000 batang coklat!

"Psychologists call this the “Duchenne smile,” and most consider it the sole indicator of true enjoyment. The name is a nod to French anatomist Guillaume Duchenne, who studied emotional expression by stimulating various facial muscles with electrical currents. (The technique hurt so much, it’s been said, that Duchenne performed some of his tests on the severed heads of executed criminals.) In his 1862 book Mecanisme de la Physionomie Humaine, Duchenne wrote that the zygomatic major can be willed into action, but that only the “sweet emotions of the soul” force the orbicularis oculi to contract. “Its inertia, in smiling,” Duchenne wrote, “unmasks a false friend.”



JOM KITA SEMUA SENYUM!!! :)


Jika nak copy paste atau nak link ke, mintak izin dari blogger dulu atau letakkan link asal artikel yg dikongsikan. Hidup biar ada adab.

Rabu, 11 Januari 2017

BUAT PENENANG JIWA

Assalamualaikum

BUAT PENENANG JIWA :

“Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

1. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita penderitaan atau apa jua masalah yg kita hadapi sangat menyiksakan dan berat. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

2. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya mengikut kemampuan diri masing-masing. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

3. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

4. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

Saya berdoa semoga kita semua diletakkan didalam jalan yg lurus, jalan yang benar, iaitu jalan orang-orang yg diberikan oleh Allah akan kurniaan nikmat, dan BUKAN jalan orang-orang yg dimurkaiNYA, dan bukan jalan orang-orang yang sesat.
Aamiin Ya Allah.

Khamis, 5 Januari 2017

Menangani Kemurungan (Depression)



Banyak artikel2 tentang kemurungan dari penulisan barat, tentang betapa teruknya dan peritnya kemurungan, dan pelbagai luahan serta tunjuk ajar tentang apa yg boleh dan apa yg tak sepatutnya dilakukan kepada penderita kemurungan. Bolehlah kita ambil mana-mana maklumat yang berguna dan boleh dijadikan panduan untuk merawat diri. TETAPI perlu diingat, mereka BUKAN MUSLIM, mereka tiada pengetahuan konsep qada' dan qadar, mereka tiada pegangan keimanan terhadap Allah SWT, mereka tiada pengetahuan dan kepercayaan pada hari akhirat,

DAN mereka tak pernah tahu atau tak percaya pada Surah Al-Insyirah, :" Sesungguhnya pada tiap2 kesulitan itu ada jalan keluar "

dan mereka tidak tahu dan tidak ada kepercayaan pada ayat Allah dalam surah at-talaq:

"Barang siapa yg bertakwa nescaya Allah akan memberikan dia jalan keluar (dari apa yg menyusahkan dirinya), dan memberikan rezeki (rezki keluar dari masalah/penderitaan) dari arah yg tak disangka-sangka , dan barangsiapa yg berserah diri kepada Allah, nescaya Allah akan cukupkan keperluannya"

dan mereka tidak pun beriman dgn Nabi Muhammad SAW dan hadis baginda:

"Setiap penyakit itu ada ubatnya, apabila menepati ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah" (HR Bukhari)

Janganlah terikut-ikut sangat dengan pandangan dari barat tentang kemurungan, seolah-olah kemurungan itu sesuatu yg boleh dijadikan alasan untuk memusuhi orang dan tak perlu rasa bersalah, menjadi alasan supaya tak solat dan meninggalkan amal ibadah yg lain. Kita orang Islam yg beriman kpd Allah, RasulNya dan Hari Akhirat, bukan sama seperti mereka.

Sepatutnya, KITA UMAT ISLAM menjadi contoh yg baik dalam menangani kemurungan supaya dijadikan tauladan untuk mereka yg bukan islam, BUKANNYA kita yg terikut-ikut cara mereka menghadapi masalah!

Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seseorang muslim itu ditimpa kelelahan, atau penyakit, atau keresahan,atau kesedihan atau gangguan, bahkan jika duri mencucuk kulitnya, MELAINKAN Allah akan menghapuskan dosa-dosa dan kesalahannya akibat MERASAI kesakitan itu" (HR Bukhari)

Mereka itu masyarakat barat yg bukan Islam tak akan dapat nak memahami idea untuk redha dan bersyukur dgn sakit ini, dan seterusnya bersabar, kerana TIADA KONSEP DOSA DAN PAHALA PADA MEREKA. apatah lagi nak MENDAPATKAN KETENANGAN DGN MENGHAYATI BAHAWA KESAKITAN ITU MENGHAPUSKAN DOSA"

Kita yg sebagai muslim yg beriman kepada hari akhirat takkanlah nak ikut terus hanyut dalam kemurungan dgn meniru alasan-alasan yg masyarakat barat tuliskan, nak terus hidup bermalas-malasan dan menanguhkan kerja2 yg wajib dan perlu kerana terikut-ikur cara orang barat menghadapi kemurungan berdasarkan tulisan2 mereka. Hadis diatas inshaa Allah sudah cukup untuk berikan ketenangan dan semangat untuk bangkit dan pulih.

Wallahuaklam




Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]