Khamis, 22 April 2010

Aku, Lim dan Islam

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang ku ketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi, aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim Abdullah since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

Assalamualaikum....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.
Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.



Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...

Memanglah..kenapa kau tanya macam tu?

kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sori Lim, aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil, aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati, aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.


Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiada ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.


Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini, aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru, aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Dari Anas RA :
Kami para sahabat RA bertanya "Ya Rasullullah SAW kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan menjauhi semua kemungkaran." Maka Nabi SAW bersabda, "Tidak, bahkan serulah orang untuk berbuat baik, meskipun kalian belum mengamalkan semuanya. Dan cegahlah kemungkaran, meskipun kalian belum menghindari semuanya."
(HR Thabrani)


Artikel asal susunan : arjunasetia

Terbit untuk forum iluvislam pada 22hb April 2010 (LINK)

Juga untuk Portal Komuniti Ukhwah pada 8hb Jun 2010 (LINK)

Terbit untuk iluvislam (English Version) pada 15hb Jun 2012 (LINK)

Jutaan terimakasih kepada rakan FB, saudara Abdullah dari Jeram Pasu yang berkongsi artikel ini di laman facebook beliau

Dan juga kepada saudara Topeng Perak Unmask dan Tiki MD yang berusaha menyebarkannya melalui email yahoo groups.

Jutaan Penghargaan kepada Ustaz Abdul Halim yang sudi mengulas artikel ini:

Sebahagian pengajaran dari kisah benar di atas ialah :

1. Ramai orang Melayu Islam di Malaysia gagal memahami hakikat kelahiran mereka di dunia ini, iaitu untuk menjadi pendakwah dan contoh tauladan kepada masyarakat dan umat yang lain. “Demikianlah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi-saksi (pembawa risalah Islam) keatas manusia lain, dan Rasul menjadi saksi (pembawa risalah Islam) keatas kamu” (Al-Quran).

2. Bahkan lebih asas dari itu ramai orang Melayu di Malaysia yang gagal memahami dan menghayati Islam itu sendiri, sedang mereka dilahirkan siap beragama Islam dan pergi sekolah setiap hari sejak kecil.

3. Apabila Lim mendapat cahaya Islamnya di Amerika, ini menunjukkan betapa di sebuah negara Barat lagi Kristian, terdapat orang-orang Islam di sana walaupun dari kalangan minoriti yang bekerja keras menunjukkan kepada manusia akan jalan kebenaran, berbanding dengan ramainya orang Melayu yang majoriti di negara Malaysia.

4. Lim sangat memahami firman Allah swt di atas. Oleh itu beliau menyebut perkataan ” .. aku akan dakwa semua orang melayu Islam di dalam kampung kita … “. Setiap insan yang diamanahkan untuk menyampaikan Islam dalam bentuk perkataan (mengajak) dan perbuatan (contoh teladan), tetapi tidak menunaikan tugasan dan tanggungjawab tersebut, boleh bahkan akan didakwa oleh Allah swt kelak di Hari Kiamat. Mereka juga menjadi orang-orang yang didakwa oleh orang-orang sekeliling mereka yang tidak mendapat Risalah ini sedang mereka berjiran, berkawan dan berkenalan.

5. Lim seorang yang sangat menghargai Islam yang dimilikinya serta seorang yang bekerja keras demi mencapai cita-cita. Dalam masa 5 tahun sahaja, beliau telah mengislamkan 20 orang termasuk ada dari kalangan adik beradiknya sendiri. Jika orang Melayu tidak dapat mengislamkan 20 orang kafir untuk menyayingi Lim dalam perkara kebaikan, apa kata mereka berusaha mengajak 20 orang Melayu Islam ke masjid dan kuliah-kuliah agama ? Atau mereka sendiri telah jauh dari mengunjungi rumah-rumah ibadat kepada Allah swt ? “Sesungguhnya orang-orang yang memakmurkan surau dan masjid ALlah adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat” (Al-Quran).

6. Ramai orang-orang Melayu hari ini membandingkan prestasi hidup sesama mereka dengan nilaian material seperti saiz dan rekabentuk rumah dan perhiasan, jenis kereta dan jumlah harta terkumpul, tetapi sepatutnya mereka membanding-banding sesama mereka sejauhmanakah prestasi projek Dakwah yang masing-masing sedang usahakan seperti majallah, tadika Islam, pusat tahfiz, rumah kebajikan dan anak yatim, pembinaan masjid dan surau, penganjuran kuliah dan kursus agama di masjid , surau dan institusi-institusi, projek kesenian Islam seperti merekod nasyid, pementasan dan kebudayaan Islam, penulisan artikel, cerpen, buku, novel dan blog Islam serta banyak lagi projek-projek Islam yang menanti dan boleh mereka lakukan demi berdepan dengan projek pemusnahan akhlak umat yang sedang dan berjaya dilakukan oleh musuh-musuh Islam dalam berbagai bidang kehidupan moden hari ini.

Semoga Allah swt memelihara kita dari kemurkaanNya lantaran kealpaan dan kelalaian ramai masyarakat kita dari tanggungjawab mereka sebagai hamba ALlah. Moga Allah memilih kita sebagai pendokong-pendokong agamaNya selagi nyawa belum bercerai badan. “Ya Allah jangan Engkau palingkan hari-hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami. Kurniakanlah kepada kami rahmatMu. Sesungguhnya Engkau sangat suka memberi” (Al-Quran).

Ustaz Halim
www.inijalanku.wordpress.com

"Moga kisah ini akan membawa menafaat kepada kita semua. Dan kepada yang mengirimkannya kepada saya, tiada ucapan yang lebih berharga melainkan doa moga ALLAH memberkati usaha mulia ini. Dan kepada penulis kisah ini, siapa juga saudara atau saudari, moga pengalaman itu menjadi mutiara buat pencetus kepada usaha da'wah dan menghidupkan serta melaksanakan salah satu sifat Rasulullah: tabligh!"
~YB Zulkifli Nordin LINK

Nota kaki:

16 ulasan:

  1. salam,


    terharu nye (T_T)....Syukur alhamdulillah.. SubhanAllah....

    BalasPadam
  2. "Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain."

    Subhanallah...ana pernah dengar ayat ni diucapkan oleh brother shah kirit (kalau tak clap) masa dialog antara agama yang pernah ana ikut bebrp tahun lalu...sekarang ana berdepan dengan pelajar2 non muslim dan memang mgjar tentang pandangan Islam..bila teringtkan kata-kata ni ana selalu ingatkan diri untuk ceritakan tentang keindahan Islam dengan pelajar2 ana,,tapi ana terkilan seolah mereka masih belum nampak keindahan itu,,mga Allah beri ana bimbingan untuk membantu mereka dalam mencari hidayah Allah..

    terima kasih atas perkongsian..artikel ni mengetuk kembali hasrat hati ana yang kadang-kadang terlena...

    BalasPadam
  3. Subhanallah..
    memang artikel ni menjadikan aku berfikir di manakah tanggungjawab aku yang masih tidak tertunai..

    BalasPadam
  4. mudah2an artikel ini menjadi kekuatan buat kita untuk terus berdakwah kepada rakan2 kita diluar sana..artikel ini benar2 berguna buat kita semua...terima kaseh saudara taalidi

    BalasPadam
  5. terima kasih...mia dah follow sini...

    mia terima artikel ni pun melalui emel... maklumat yang beharga macam ni sayang nak dibuang begitu sahaja, jadi mia abadikan dalam blog untuk rujukan...

    BalasPadam
  6. terimakasih mia, teruskan perkongsian, kerana Allah.

    BalasPadam
  7. ape yg si Lim ckp ngan author tu mmg betul...dulu aku ade terpikir pasal bende ni...kite org islam mmg bertuah sbb dilahirkan islam...automatik jadik islam...walhal org selain islam kite sering dgr dlm ceramah/ucapan imam akan jadik bahan bakar bile kat neraka nnt...bile pikir blk...mcm tak adil plak...diorg lahir dah bukan islam...hidup pon membesar secare bukan islam automatik pemikiran pon bukan islam...then mati pon bukan islam...tetibe pas mati kene bakar...adil?...ropenye baru aku terpikir blk...di tambah dgn cite LIm ni...sbnrnye tugas org islam la nak kene sampaikan sume tuh...ajak diorg...mean org islam kene la berdakwah...

    betul jugak kate lim...bile tibe hari pembalasan nnt, andai la die mati dlm kafir...mmg reasonable org bukan islam termasuk lim leh heret kite(org islam) masuk dlm neraka sbb islam smmgnye tak pernah sampai kat telinge diorg yg bukan islam ni...mashaallah...

    so camne ye kekawan?...ape carenye yg boleh kite sampaikan kat depa ni?...seriau plak aku klu sok sok jiran aku yg bukan islam ni duk tarik aku sekali masuk dlm lubang?...ish ish...sedih sedih...la ni pon diorg pon still bg mcm mcm label kat islam...ganas, takleh maju,itu tak boleh ini tak boleh...kite yg islam la kene xplain sume ni kat diorg...tp so far aku sendiri tak mampu lgik nak bercerita dgn diorg ni...

    BalasPadam
  8. Salam akhi..

    Alhamdulillah, akhirnya saya dpt jawapan dgn izinNya ALLAh, pertama kali saya baca artikel ni disini, seolah2 saya rasa mungkin akhilah org yg create artikel ni, dan sangkaan saya tidak meleset rupanya..artikel ini mmg amat2 menginsafkan, dan memberi pengajaran yg begitu besar kpd sesiapa yg benar2 merenung jauh dalam hati..dan saya dpt rasakan itu..tahniah bt akhi, semoga ramai yg sedar akan tanggungjawab kita sebagai muslim atas dunia ni..
    syukran akhi..

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam, muslimah soleha, Alhamdulillah, terimakasih atas pandangan, saya masih ingin mengingatkan, 'saya tidaklah lebih baik dari anda semua' dan apa yang baik itu adalah dari Allah semata-mata. Sama-samalah kita berusaha mengikut apa yang kita mampu didalam perjuangan ini, Allah sentiasa memberikan bantuan dan petunjuk. Untuk mendapatkan ulasan artikel ini dari ustaz Abd Halim Abdullah, sila klik link ini:

    http://inijalanku.wordpress.com/2010/10/24/kisah-benar-aku-lim-islam/

    BalasPadam
  10. Salam akhi..

    Alhamdulillah..suka sgt2, thanks ye
    tak tau nk ucap kt mana, so tulis disini...Moga ALLah kasih, (^_~)

    p/s: ade lg sudi2 berkongsi dgn hamba ALLAh ni ye..^^

    BalasPadam
  11. Subahanallah...Cerita Yg Membuatkan Hati Kental Ini Lembut Bagaikan Seorg Ibu Kepada Bayinye...Menitis Air Mata Aku Terharu Dgn Artikel Ini...Aku Minta Izin Share Dgn Sahabat2 Yg Lain...Muda2han Anda Dirahmati & Dilindungi Allah Selalu...InsyaAllah...

    BalasPadam
  12. alhamdulillah, terime artikel ni drpd seorang sahabat...terime kasih...akan dirujuk di blog saya...insyaAllah

    BalasPadam
  13. Salam....sedih dan sebak membaca cerita si Lim ni...namun itulah
    hakikatnya...antara dapatan kajian yang saya perolehi adalah:

    "walaupun terdapat relationships (rakan sekolah, sekampung, setaman dan sekerja dll) namun individu Islam kebanyakannya tidak berdakwah kepada orang2 Cina (fokus kajian)...malah kebanyakan daripada responden Cina Muslim yang saya temubual menyatakan perkara yang sama setelah mereka memeluk Islam...(Kenapa sukar membuka mulut untuk memberitahu kepada sesiapa sahaja yang non-muslim especially Chinese (yang kebanyakan daripada mereka ini amat longgar terhadap kepercayaan - Budhha, Taoisme atau ancestor worship)?

    Justeru itu saya percaya ia turut menyumbang kepada bilangan Chinese revert kepada Islam di Malaysia yang masih rendah berbanding Kristian. Dapatan saya juga mendapati kebanyakan daripada individu chinese muslim yang revert pernah melihat, mendengar, membaca, bertanya dan berdialog tentang Islam (samada dari segi amalan seperti solat, puasa atau seruan azan, info Islam di TV, akhbar dsb...elemen2 inilah yang menjadi trigger terhadap perubahan perspektif terhadap Islam selain daripada traumatic life
    event yang mereka alami.......dengan sedikit info Islam yang disampaikan kepada
    mereka...mereka memulakan penerokaan dan pencarian terhadap kebenaran
    Islam...justeru "Islam adalah agama orang-orang yang berakal" sangat2 signifikan
    dan terbukti dalam kajian saya...manakala yang memeluk Islam kerana
    berkahwin...perspektif terhadap Islam berubah setelah mereka mendalami
    Islam....bagi yang educated dan ekstrim terhadap kepercayaan asal...mereka mula
    membuat perbandingan antara kepercayaan asal dan Islam....kebenaran dan hidayah diperolehi lalu mereka pun bersyahadah....namun perspektif cina muslim terhadap Islam lebih positif, kuat dan kukuh selepas mereka bersyahadah dan mendalami Islam....barulah selepas itu mereka memahami dan dapat membezakan antara orang Melayu dan agama Islam (dalam perspektif di Malaysia)....

    dapatan saya turut mendapati perspektif individu Cina terhadap Islam di Malaysia turut dipengaruhi oleh metos orang Melayu itu sendiri...justeru itu, kajian saya mendapati terdapat fasa transformasi perspektif individu cina muslim terhadap Islam...fasa pertama (perspektif mikro - berlakunya transformasi terhadap perspektif dan emosi) ) sebelum bersyahadah dan

    fasa kedua selepas bersyahadah (perspektif makro - berlakunya transformasi perspektif, emosi, spiritual dan amali)...Wallah'ualam'

    Mohd Azhar Abd hamid
    UTM, Skudai

    BalasPadam
  14. salam.
    nak mohon kongsi di blog fara n di fb. :D

    BalasPadam
  15. aqeela, silakan dan terimakasih

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum...
    cerita ini sangat menyentuh hati sesiapa sahaja yang membacanya.
    betapa kita terleka dan terpedaya dengan tipu daya dunia sehingga terlupa kewajipan sebenar kita.

    Syukur ke hadrat Allah SWT kerana mengizinkan saya berkenalan dengan 'aku' sahabat baik Lim. Cuma Lim sahaja belum ketemu.

    semoga Allah merahmati penulis ini.. aamiin..

    MawarBerduri

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]