Khamis, 24 Februari 2011

Mengapa Aku Kecewa dan Putus Cinta? Persoalan Terjawab ~Another Puzzle Solved!

Petang ni aku tak nampak Ustaz Haikal seperti seorang ustaz, tapi aku nampak dia macam seorang Quantum Physicist. Dengan penuh penghayatan aku mendengar satu-persatu pandangannya yang disampaikan dengan penuh perasaan itu.

Bermula dengan soalan yang ku utarakan padanya:

Ustaz, saya agak musykil memikirkan masalah yang dihadapi oleh beberapa orang rakan loa's yang telah memahami Hukum Tarikan dan berusaha mengubah corak pemikiran mereka menjadi positif dan husnuzzon.

Apa masalah mereka tu?

Setelah mereka mula berubah tanggapan dan persepsi kepada yang lebih positif, tak dinafikan banyak perkara-perkara baik mula datang ke dalam realiti hidup mereka, tetapi dalam soal perhubungan, ada yang makin renggang dengan pasangan masing-masing, ada yang telah putus cinta, malah ada yang sedang dalam proses perceraian di mahkamah.

Ustaz diam seketika dan bertanya semula:

Mereka salahkan anta ke?

Tidaklah ustaz, tetapi mereka bertanya saya, adakah mereka telah melakukan kesilapan atau tanpa disedari telah menarik 'keretakkan perhubungan' itu dalam hidup mereka, Ada juga yang kecewa lalu terus membuang semua kepercayaan yang baru ingin diadaptasi itu dan jadi orang yang kembali menyalahkan takdir, ini yang buat saya rasa agak tertekan. Saya ni manusia biasa, bukan Pakar Motivasi atau Kaunselor, cuma berkongsi sedikit pengetahuan aje..

Talha, ana nasihatkan anta, janganlah jadi lemah dengan hal-hal yang sebegini, apa yang anta lakukan selama ini tak ada yang salah, menyeru manusia merenung sejenak ke dalam diri, malah dari situ juga kita boleh mengenali diri. Sebenarnya semua ini tidak lain hanyalah untuk menambahkan lagi pengetahuan kita, sesuai dengan Hadis Rasulullah S.A.W:

“Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu.” (HR Abu Nuaim)

Kalau mereka salahkan anta, maka samalah macam mereka salahkan Hukum Graviti jika mereka terjatuh ketika memanjat tangga, mereka faham, Hukum Graviti membuat mereka jatuh kebawah, tetapi ini adalah berpunca dari kecuaian mereka ketika memanjat tangga.

Maksudnya macamana tu ustaz? Apa yang sebenarnya berlaku pada pasangan-pasangan yang mengalami keretakkan ni?

Apa yang kita selalu dengar, "segalanya ini adalah urusan Tuhan", hakikatnya, adakah perkara-perkara yang bukan urusan Tuhan?..segala-galanya adalah urusan Tuhan, jadi jangan hanya bila menerima perkara-perkara buruk didalam hidup, baru kita nak kaitkan dengan Tuhan, bila dapat bonus, menang hadiah wang Tunai, jarang yang nak ingatkan bahawa ini urusan Tuhan. Jadi, sebagai orang yang beriman, salah satu rukunnnya ialah Mempercayai Qada' dan Qadar. Jadi, perkara pertama yang kita kena ingat ialah redha dan bersyukur dahulu dengan ketentuanNya, kerana Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan tujuan main-main. Semuanya ada kebaikan dan hikmah disebaliknya.

Ustaz ni dah lari topik ni, soalan aku belum dijawabnya lagi (bisik hatiku)

Anta ni tak sabarla Talha, bukan ana tak dapat agak apa yang anta fikirkan

Hah?!!..apa dia ustaz? (hebatnya ustaz haikal ni, boleh baca fikiran pulak, ada kasyaf ke?)

Takde apalah, beginilah, mari kita lihat masalah tadi dari sudut yang kita fahami dari segi Hukum Tarikan.

Cuba anta berikan salah satu contoh rakan loa's anta yang sedang menunggu proses perceraian tu, dia isteri ke suami?

Isteri..

Apa masalah hingga nak bercerai?

Suami ada skandal dengan orang ketiga, hingga ada anak luar nikah dengan orang ketiga itu.

Hmm, sebelum belajar Hukum Tarikan, dia sedar perkara ini?

Sebelum belajar, dia tahu suaminya ada buat hubungan cinta aje, tapi tak sangkalah hingga ke peringkat telah memiliki anak luar nikah. Dia belajar dengan niat nak berikhtiar memulihkan semula hubungan dia dengan suami. Dia lakukan apa yang dia terdaya, memaafkan suami, memperbesarkan kebaikan suami, mendoakan suaminya setiap hari, sering buat solat hajat mohon dipulihkan kebahagiaan rumahtangga, dan macam-macam lagi, menjaga penampilan diri, memperbaiki layanan pada suami, pendekata, apa sahaja Receiving Steps dia dah lakukan, malah status 'Complicated' dalam facebook dia tukar pada 'Married' semula, dan kalau sebelum ini hanya ada gambar dia dan anak-anak sahaja dalam FB, dia dah letak semula gambar dia bersanding, gambar percutian dia dengan suami, dan macam-macam lagi. Tapi makin dia dekat dengan Allah, makin dia berubah jadi positif, maka makin banyak keburukan suaminya yang didedahkan, tapi dari segi lain, makin baik pula, seperti rezeki dia makin mewah, pangkat naik, banyak dapat perkara-perkara yang tak disangka-sangka...

This is all about attraction. Semuanya tentang daya tarikan. Anta cukup faham tentang hal tarik menarik antara frekuensi dan tenaga yang sama frekuensikan?

Aku mengangguk-nganguk

Sebenarnya kawan anta tu tidak melakukan apa-apa kesilapan, malah ini menunjukkan dia semakin mahir sehingga kuasa tarikan dia terlalu kuat.

Siisteri ni, frequensinya positif, dan dalam gelembung aura dia penuh tenaga positif, manakala suaminya melakukan maksiat, perzinaan, iaitu perkara negatif, maka dirinya penuh dengan tenaga negatif. Match ke lagi frequensi mereka ni?

Tak match ustaz

Maka apa berlaku?

Makin menjauh

Ha..anta nampak tak sekarang?

Ya, nampak ustaz..saya mula faham..

SiSuami, dengan perlakuannya itu, makin jauh dan lalai dari Allah, ialah, kalau dia selalu mengingati Allah, nak ke dia berzina? tentu tidak, ha..ana ada baca artikel anta yang baru beberapa hari lepas, apa tajuknya tu?, 'ketenangan'..iya tak?

Haa..kalau apa yang ana faham dari artikel anta tu, sisuami ini telah TERKELUAR dari posisi positif / ketenangan apabila dia mula melalaikan diri dari mengingati Allah. maksudnya, kalau dah terkeluar dari posisi positif, maka si suami ni sedang berada dalam posisi negatiflah.

Berbeza dengan isteri yang semakin berusaha mendekatkan diri pada Allah, berusaha mengubah corak pemikiran ke arah positif dan husnuzzon, maka bila ini berlaku, mereka bukan makin dekat, tapi semakin jauh.

Nak bagi mudah faham, ana sebutkan firman Allah yang bermaksud:

"Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina,
atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini
melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang
demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin." (An-Nuur : 3)

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dari tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka keampunan dan rezeki yang mulia." (An-Nuur:26)



Ayat ini sebenarnya BUKAN ditujukan SEMATA-MATA kepada orang-orang yang belum kahwin atau baru nak cari jodoh sahaja, tetapi pada mereka-mereka yang telah berkahwin juga, mungkin pada saat mereka berkahwin dulu, memang kedua-dua mereka sekufu dan layak, kerana suami atau isteri tak pernah lagi berzina. Tetapi apabila telah berkahwin, dah ada anak, tiba-tiba suami berubah sikap dan akhirnya jadi penzina, cuba anta fikir,

apakah status mereka ni masih sekufu atau layak berganding bersama?

sedang dalam ayat tadi disebut: Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,...Melainkan jika mereka bertaubat dengan taubat yang sebenar-benarnya (taubat nasuha), sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

"...kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki
(dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(An-Nuur: 5)


Sekarang anta perhatikan pula Firman Allah:

Allah tidak akan mengubah nasib seseorang atau sesuatu kaum, sebelum orang itu atau kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka. (Ar-Raad': 11)

Apa yang anta selalu terangkan dalam blog anta tentang ayat ni ana lihat banyak menjurus kepada perubahan positif, TETAPI ia juga akan berlaku the other way around

Macamana tu ustaz?

Maksud ana, bila seseorang itu mula mengubah apa yang ada pada diri mereka, dari seorang yang rajin, bertanggung jawab, kemudian berubah kearah yang buruk, malas, melakukan maksiat dan lain-lain, Allah pun akan mengubah nasib seseorang atau sesuatu kaum kepada yang tidak baik, mengikut apakah perubahan yang telah mereka buat. Jadi, jika seorang yang baik, tiba-tiba mengubah perlakuan dia jadi jahat, nasib mereka yang baik turut berubah jadi celaka. Can u see that this is all about attraction?..

MasyaAllah..

"Maka begitu jugalah halnya dengan sesiapa sahaja yang putus cinta dan sebagainya; sebab itulah selalu dinasihatkan supaya "bersabar, ada hikmah disebaliknya". Tetapi rata-rata orang kita tak mahu terima nasihat macam ni, malah marahkan takdir, 'takdir kejam' dan lain-lain. Sedangkan sebenarnya Allah telah menyelamatkan mereka dari bersama dengan orang-orang yang tak sekufu dengan mereka, bertujuan memberikan hanya yang terbaik untuk mereka.

Takkan lah Allah nak biarkan seorang gadis yang baik, wara' dekat denganNya dengan tepat dan ikhlas, untuk bersama dengan seorang lelaki gila seks? ini sebagai contohla..

Tapi, bagi mereka yang faham, yang husnuzzon dengan ketentuan seperti ini, mereka akan redha, sedih tu memangla sedih, berpisah dengan orang yang amat disayangi, siapa yang tak sedih, tapi andainya mereka tahu apa yang telah dilakukan oleh pasangan mereka hingga frekuensi mereka menolak, mungkin mereka akan bersyukur. Sebab itu kena husnuzzon, bersangka baik. Dan Allah pun Maha Penyantun, Dia cuma pisahkan, tanpa membuka aib pasangan masing-masing, kecuali dalam kes-kes tertentu, supaya menjadi pengajaran, untuk kebaikan juga"

Subhanallah



Semakin banyak yang aku fahami sekarang ini, pelbagai persoalan telah terjawab, puzzle solved, airmataku mula menitis...!

9 ulasan:

  1. Saya baru berbincang dgn suami baru2 ini mengenai kisah cerai seorg sahabat. Memang mengagumkan bila kita fahami mengenai LOA ni,waktu dia bercerita saya cuma dgr.Akhirnya saya jg setuju dgn pandangan spt yg diberikan ustaz-bahawa pasangan itu mungkin dah berubah pemikiran @ tdk sekufu lagi akibat perubahan diri masing2 selepas kahwin.Si suami berubah menjadi warak manakala isteri belum terdidik dgn sempurna.Walhal sewaktu mula kahwin dulu mereka tergolong dlm golongan yg jahil agama.Jelas mereka tidak lagi sekufu.Akhirnya si suami berkahwin baru dgn yg lebih warak dan bergitu juga si isteri pun dah brkahwin juga.Selain kita menerima sbg takdir Allah,wajar juga kita berfikir apa tersirat dalam stp kejadian...Semoga kita semua sentiasa dia bawah perlindungan dan kasih sayang Allah amin...

    BalasPadam
  2. awk..sy pinjam artikel nie taruk kt blog bley? ;-)

    BalasPadam
  3. Asyikin, terimakasih atas perkongsian yang menarik ini


    Intan, silakan berkongsi, sekiranya bermanfaat.

    BalasPadam
  4. Mengalir airmataku.. Sungguh benar isi kandungan dalam artikel ini. Bila dah tak sehaluan, perpisahan la jalan keluarnya :( Subhanallah Allah memang Maha Penyayang & Maha Melindungi :')

    BalasPadam
  5. baru taw yg firman Allah dalam surah an-nuur tu ditujukan juga utk org yg dh berkahwin...tq share :)
    nak kongsi sikit masalah, fara buat istikharah n mohon pada Allah dipertemukan jodoh n then x lama lepas tu fara berkenalan dengan seorang kenalan (lelaki) dengan niat utk mendirikan rumah tangga.
    but until now die tak reply message. hampir sebuln we dont contact each other. it is normal?
    i trust Allah only. Allah tahu apa yg terbaik utk fara n stp kejadian itu ada hikmahnya. hhmm..should i move on?

    BalasPadam
  6. aqeela,

    Pihak lelaki tu tahu ke atau tidak akan niat anda atau perkenalan itu menurut pengetahuan lelaki tersebut hanya sebagai kenalan sahaja?

    jika niat/ keinginan sudah ada, diikuti dgn doa dan istikharah, kemudian ada pula berlaku situasi seterusnya seperti menjalin sebuah perkenalan, maka apa yg perlu dilakukan adalah TINDAKAN, jika pihak lelaki belum mengetahui niat anda, maka perlu diberitahu. (tiada alasan atau istilah perigi mencari timba dalam islam ~ Saidatina Khadijah sendiri meminang Nabi SAW). Sekiranya pihak lelaki sudah mengetahui pula, maka dapatkanlah jawapan dari pihak lelaki samada sudi atau tidak. Jangan hanya berdiam diri dan menanti tanpa melakukan tindakan (komitmen).

    Firman Allah:

    Allah tidak akan mengubah nasib (seseorang atau) sesuatu kaum, sehingga kaum (atau orang itu) berusaha (membuat komitmen) untuk mengubah apa yang ada pada diri mereka.
    (Ar-R'aad : 11)

    Wallahuaklam

    BalasPadam
  7. Pihak lelaki tahu niat fara tu.. die pon bgtaw yg die ada niat yg sama jugk.. tapi kalau nk kahwin tunggu die habis kursus dulu (akhir tahun depan). ...mungkin silap fara sendiri, fikir yg bukan2.

    BalasPadam
  8. aqeela,

    Alhamdulillah, nah, sudah terang lagi bersuluh. Maka dari situ dapatlah disimpulkan bahawa pihak lelaki seolah sudah pun memberikan kata putus, tetapi dia perlu mengakhiri pengajiannya dahulu, benar tindakannya itu, kerana komitmen dlm pengajian perlu diambilkira seblum melangsungkan pernikahan kerana memikirkan masadepan perkahwinan.

    Apa yg perlu anda lakukan sekarang ialah bersabar menanti tarikh tersebut, DISAMPING membuat persediaan yg sepatutnya sebagai bakal isteri iaitu melengkapkan diri dengan ilmu rumahtangga yg boleh membawa kebahagiaan rumahtangga didunia dan akhirat.

    Tentang hampir sebulan tidak berkomunikasi, pada hemat saya itu adalah tindakan yg benar dari pihak lelaki, kerana mungkin pada pendiriannya, anda dan dia telah pun memahami niat dan tujuan masing-masing serta telah tahu bilakah matlamat tersebut hendak dijayakan, maka buat masa ini, dia ingin mengelakkan dari berlakunya perkara-perkara 'lagha' dalam perhubungan anda dan dia. Jika anda boleh bersabar bertahun-tahun hidup sendirian sebelum ditemukan dgn dia, tentu anda juga bersedia untuk bersabar untuk akhir tahun hadapan.

    Pesan saya, banyakkan berdoa muga impian dimakbulkan, dan banyakkan memberi persangkaan yg baik. Semuga niat anda berdua dirahmati dan diberkati Allah.

    BalasPadam
  9. tq dgn nasiht yg diberikan. :)

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]