Ahad, 25 September 2016

Saya Nak Hidup Bahagia

Assalamualaikum


"Saya nak hidup BAHAGIA"

Define BAHAGIA
-happy memanjang?
-ketawa memanjang?
-kaya dan sihat memanjang?

Itu bukan bahagia, itu sesuatu yg mustahil.

Mustahil manusia yg hidup didunia tempat ujian ini hanya happy, ketawa, kaya dan sihat seumur hidup. Dunia tempat ujian, bukan syurga. Malah sakit itu salah satu tanda Allah sayang.

Habis tu? Apa itu bahagia?

- jiwa yg tenang, redha dan aman dalam menempuh kehidupan didunia ini.

1. Sakit pun bahagia apatahlagi jika sihat
2. Miskin pun bahagia apatah lagi kaya
3. Sendirian pun bahagia apatahlagi jika ramai
4. Sibuk pun bahagia (tidak stress) apatah lagi lapang.


Wallahuaklam, semuga bermanfaat untuk difikirkan

Selasa, 20 September 2016

Setiap penyakit itu ada ubatnya...


Sabda Nabi SAW: "setiap penyakit itu ada ubatnya".

Apa pun jua ubat yg kita ikhtiarkan, jika berjaya, ianya hanyalah asbab kesembuhan, kerana hanya Allah Yg Maha Menyembuhkan. Akan tetapi Allah ingin manusia berusaha / membuat komitmen untuk mengatasi setiap sesuatu permasalahan / penyakit. Bukan hanya berdoa semata-mata.

Lagi testimoni pesakit Lintasan Hati yg telah menyertai sessi rawatan:











Ahad, 18 September 2016

Anda Mampu Atasi

ANDA MAMPU ATASI

Semua orang dilahirkan dengan kekuatan yg Allah bekalkan sesuai dgn takdir yang ditulis olehNYA utk hambaNYA itu.

Jika kita ada Anxiety Disorder, maknanya kita memang dilahirkan dgn dibekalkan kekuatan menangani Anxiety.

Jika kita ada OCD, maknanya kita memang dilahirkan dgn dibekalkan kekuatan menangani OCD.

Bukankah Allah telah berfirman:

 "Allah menguji sekadar kemampuan hambaNYA"

Cumanya, kita ini yang TAK PERCAYA / TIDAK MENYEDARI bahawa adanya kekuatan yg dibekalkan oleh DIA. Carilah kekuatan itu, dan sebenarnya kekuatan itu bukan boleh didapati dari orang lain, tetapi dengan menelurusi dalaman diri sendiri.

Bagaimana tu? :

Luangkan masa sendirian bersama Allah dan beri fokus pada cara penyelesaian masalah itu, bukan mengeluh atau memperbesarkan rasa takut pada masalah itu, cuba overcome dgn cara yg paling dirasakan mampu kita atasi, secara sedikit demi sedikit.

Kerana itulah selalu disarankan supaya "bangun malam" utk qiamulail - suatu hal yg sangat malas utk kita lakukan, tetapi sebenarnya, dgn izin Allah, itulah ubat dan kekuatan yg paling mujarab utk apa pun masalah kita. Tapi bukan bangun malam sekali sahaja dan harap semuanya akan pulih. Perlu istiqamah. Inshaa Allah, jika berjaya, kita akan dapat merasai keadaan dimana pergantungan dan bantuan hanyalah dari Allah SWT, bukan lagi bersandar kepada makhluk.

Wallahuaklam


Rabu, 14 September 2016

OCD tahap kritikal


OCD korang dah sampai tahap kritikal dan perlu berubat kalau:

1. Ada bilik yg korang nak kemas tapi masih belum dapat kesempatan nak kemas walau dah sampai lebih setahun bertangguh. Orang lain nak masuk tolong kemas korang tak bagi.

2.  Selalu basuh kain tapi selepas berhari baru dapat sidai, dan mungkin korang pun dah cuci Lebih dari 2 round

3. Rumah dah jadi tongkang pecah, nak kemas tak tau nak mula dari mana, tapi selagi tak kemas, hati dan fikiran rasa bersalah dan tak dapat nak mulakan hidup. Apa2 kerja yg korang buat semuanya hanya SEPARUH HATI, sbb rumah belum siap kemas, tapi kalau dah kemas baru korang dapat hadapi hidup dgn SEPENUH HATI. Tapi still lepas tu ada rasa bersalah sebab ambil masa lama sangat nak siapkan perkara yg boleh siap dapam masa 2 atau 3 jam tapi kirang ambil sampai seminggu atau lebih.

4. Lepas tu asik ada gangguan "kalau la... Kalau la...kalau la...



Isnin, 12 September 2016

Salam Aidil Adha

Nasihat dari seorang ulama, setiap yang tidak dikorbankan akan mengalami kepupusan, singa yang garang dan hebat di Afrika pun mengalami kepupusan sedangkan kambing dan unta terus membiak kerana dikorbankan..

Harimau dan mergastua di hutan2 Asia pun mengalami kepupusan kerana tidak dikorbankan sedangkan lembu kerbau dan kambing terus membiak kerana dikorbankan..

Begitulah harta kita, tidak akan membiak jika tidak dikorbankan, begitu juga agama tidak akan membiak jika tiada pengorbanan..._ *Masya Allah...*

SALAM AIDILADHA 1437 H..💚💚💚 dari admin blog

Sabtu, 10 September 2016

Lintasah Hati - Testimoni peserta


Inshaa Allah, zikir adalah makanan ruh sepertimana nasi adalah makanan jasad. Kerja menangani was-was adalah pekerjaan ruh, Inshaa Allah, ruh yang kenyang dan kuat akan dapat menewaskan gangguan was-was. Peserta telah mengamalkan zikir secara konsisten yg diajarkan didalam Sesi Psikoterapi Minda 2 lebih minggu lalu.









Rabu, 7 September 2016

Lintasan Hati - MENGAPA TAK SEMBUH2 LAGI?


Mengapa?

Mengikut penelitian admin, ramai yg gagal utk sembuh ialah apabila seseorang penderita itu masih beranggapan kalau nak sembuh adalah dgn

 "TIADA lagi pop-up atau gesaan / cetusan was-was hingga ingin mengulang-ulang melakukan sesuatu yg muncul dlm fikiran dan perasaan" 

- ini sesuatu yg salah kerana pop-up ini HANYA akan hilang secara perlahan-lahan apabila ocdian itu MULA BERANI dan KUAT untuk TIDAK MELAYANNYA lagi setelah memahami betul2 ilmu ttg pop-up ini (ttg bilik2 serotonin dan campurtangan syaitan, serta simulasi suara monolog oleh syaitan).
Dapatkan penjelasan secara tepat dan terperinci dalam Sesi Terapi Rawatan Was2 / AD / lintasan hati yg dianjurkan oleh admin.

Sabtu, 3 September 2016

Testimoni Senaman The Fives Rites

Alhamdulillah, dengan izin Allah, senaman yg diajarkan didalam sesi Psikoterapi Minda memberikan kesan yg positif kepada seorang penderita Anxiety Disorder



Jumaat, 2 September 2016

MASALAH WAS-WAS KENTUT


Ada beberapa sebab berkenaan masalah was-was rasa terkentut terutama dalam solat

1. SYAITAN MENGUSAP BULU DUBUR MANUSIA SUPAYA TERASA SEPERTI KENTUT KETIKA SOLAT

daripada Abu Said al-Rhudri dijelaskan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Bahawasanya syaitan itu mendatangi salah seorang daripada kamu ketika sembahyang, lalu ia mengambil sehelai rambut dari duburnya lalu diusapnya, sehingga orang itu merasakan seolah-olah telah terkentut maka janganlah dia berhenti solat melainkan jika dia mendengar bunyi kentut atau tercium bau kentut. 

(HR Abu Daud dan Musnad)


2. MASALAH DALAM USUS PERUT

Selain dari itu, anda perlu juga mendapatkan pemeriksaan doktor bagi memastikan anda tidak mempunyai masalah dalam usus perut yg menyebabkan pengeluaran angin tidak lawas.
Berikut punca mengapa sesetengah orang terlalu kerap mahu buang angin berbanding normal:



Bakteria Berlebihan

Bakteria berperanan mencerna makanan yag masuk dalam usus besar tetapi terdapat juga bakteria yang mungkin ‘terlepas’ ke usus kecil dan membiak berlebihan di sana. Apabila bakteria ini bertemu makanan yang belum selesai dicerna maka penguraian gas berlaku. Gas yang terhasil dalam usus besar dan usus kecil ini turun melalui sistem menyebabkan perut menjadi kembung dan sering terasa mahu buang angin. Sesetengah penyakit juga boleh jadi punca ketidakseimbangan bakteria dalam usus. Penyelesaian yang biasa diberikan oleh doktor adalah pemberian beberapa jenis antibiotik.

Makan Terburu-buru

Jika gemar makan cepat-cepat, makan sambil berborak dan suka mengunyah gula-gula berangin, ianya boleh jadi penyebab anda menelan banyak udara. Udara terdiri daripada gas, maka selepas memasuki tubuh ianya harus keluar dan antara cara yang ada adalah melalui sendawa atau kentut.


Produk Susu

Semakin meningkat usia, maka organ pencernaan pun akan jadi lebih sensitif terhadap produk susu. Hal ini kerana jumlah enzim laktat yang diperlukan untuk mencerna susu kian berkurang. Pengurangan enzim ini pasti anda sedari jika perut mula meragam setiap kali mengambil produk susu termasuk keju dan sebagainya.


Sensitif Gluten / Sakit Celiac

Kesulitan mencerna makanan akan dimaklumkan tubuh melalui pengeluaran gas. Dalam sesetengah kes kerap kentut adalah petanda anda mengalami gangguan penyerapan makanan disebabkan penyakit Celiac atau gangguan kesihatan lain.


Perubahan Hormon

Gas yang keluar juga boleh jadi petanda bahawa anda sedang melalui proses menopause atau perubahan hormon. Aktiviti bersukan dapat membantu melancarkan pencernaan selain mengambil probiotik.


Masalah-Sembelit

Jika anda sukar membuang air besar, efeknya adalah pengeluaran angin berbau busuk. Ianya kerana kotoran yang dipenuhi bakteria dalam usus tertahan dalam sistem pencernaan, cuma gas sahaja yang mampu keluar. Bagi mengatasi keadaan ini pastikan anda minum air secukupnya, ambil makanan berserat tinggi dan lakukan aktiviti kecergasan.


Khamis, 1 September 2016

MANDI WAJIB

MANDI WAJIB

Di antara Gangguan Was-was yang PALING TERUK dalam kes-kes was-was yang dikendalikan ialah berkenaan dengan Mandi Wajib/ Mandi Hadas Besar/ Mandi Junub. Terdapat kes yang menyebabkan penderitanya mengambil masa sehingga 9 JAM untuk menyudahkan mandi wajibnya, dan mengulang lagi keesokan harinya kerana masih merasa was-was terhadap mandi wajib sbelumnya yang telah mengambil masa 9 jam itu.

Mengapa terlalu sukar, sulit dan derita untuk mandi wajib?

Kerana kebanyakan penderita OCD Muslim sedia memahami sekiranya mandi wajib tidak sah, maka tidak sahlah segala apa jua amal ibadah yang lain. Maka dari ketakutan amal ibadah semuanya tidak diterima, maka penderita OCD telah MEMILIKI TANGGAPAN YG PELIK terhadap ibadah mandi wajib dan akan melakukan ibadah mandi wajib ini SESEMPURNA YANG BOLEH sehingga KESEMPURNAAN itu hanya lah sebuah kesempurnaan yang TIDAK mengikut lunas-lunas ugama yang ditetapkan oleh ALLAH SWT, ROBB YG MAHA ESA, tetapi adalah mengikut KPI (Key Perfomance Indicator) oleh SYAITAN YG DIREJAM,

Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa TANPA DISEDARI, penderita was-was adalah pengikut syaitan yang PALING SETIA dan SANGAT TAAT kepada TUAN SYAITAN YANG DISAYANGINYA.

Artikel kali ini cuba untuk MENGUBAH TANGGAPAN YG PELIK penderita was-was terhadap Mandi Wajib semuga dengan memahami apa yang ingin disampaikan ini, maka TIADA LAGI masalah kesukaran mandi wajib.

Turunnya hukum mewajibkan mandi wajib ini adalah didalam Surah Al Maidah, ayat 5 dan 6:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu hingga ke siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu hingga ke buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka mandilah....  (QS Al-Ma'idah : 5-6)

Daripada ayat di atas, maka dapat kita perhatikan bahawa

1. Diantara Wudhu dan Mandi Wajib, perintah tentang wudhu dinyatakan dengan SANGAT TERPERINCI iaitu bahagian anggota badan mana yang terlibat, bersama dengan HAD nya sekali iaitu sebagai contoh, Tangan hingga ke Lengan, (maksidnya bukan hingga bahu) dan sebagainya.

TETAPI apabila perintah Mandi Wajib, Allah SWT hanya berfirman:

....dan jika kamu junub, maka mandilah

Tidak ada HAD dan PERINCIAN yang disebutkan, hanya menyeru supaya orang yang beriman supaya MANDI jika telah berada dalam keadaan berhadas besar. Dari sini kita dapat melihat bahawa ibadah mandi wajib bukanlah sesuatu yang terlalu berat, malah wudhu didapati lebih diberatkan kerana terdapatnya perincian dan had didalam ayat diatas.

2. Mandi yang bagaimana?

Untuk memahami mandi yang bagaimanakah yg dimaksudkan dalam ayat diatas, kita boleh meneliti hadis-hadis dari Nabi SAW tentang cara mandinya, TETAPI sebelum itu, kita perlu MEMAHAMI tentang beberapa SITUASI DAN SUASANA.

Di kawasan padang pasir di Tanah Arab, AIR adalah sesuatu yg sukar didapati, dan juga perlu di FAHAMI bahawa BELUM DICIPTA SALURAN DAN  PAIP AIR ketika zaman Rasulullah SAW.
Kebanyakan kaum muslimin di masa itu mengisi air didalam tempayan dan menyimpan dirumah untuk kegunaan bersuci, masak dan minum. Oleh kerana air sukar didapati, maka mereka sangat berjimat dalam penggunaan air. Rata-rata mereka hanya bersuci dengan membersihkan kemaluan dan membasuh muka setiap hari, kerana air adalah sesuatu yg sangat berharga dan sukar. Mereka TIDAK SELALU mandi seperti mana mandinya kita orang-orang melayu pada setiap pagi yang mana negeri kita memang tersangat MEWAH dgn air.

Maka oleh itu, ketika turunnya ayat yang mewajibkan mandi ini, maka ditanya kepada Rasulullah, bahawa mandi yg bagaimanakah ini? Maka Nabi mengajarkan bahawa Mandi Wajib ini TIDAK BOLEH mandi seperti mana yg mereka lakukan setiap hari  iaitu hanya mencuci kemaluan dan membasuh muka sahaja. Mandi Wajib ini perlu "MERATAKAN AIR KE SELURUH BADAN".

Dalam ertikata lain, Mandi Wajib adalah seperti MANDI YG DIBUAT SETIAP PAGI OLEH KITA ORANG MELAYU SETIAP KALI BANGUN TIDUR, IAITU BUKAN HANYA MENCUCI KEMALUAN, BERKUMUR DAN MEMBASUH MUKA SAHAJA.

Oleh itu, Mandi Wajib ini hanya berbeza apabila Mandi ini DISERTAI DGN NIAT UNTUK MEMBERSIHKAN DIRI DARI HADAS BESAR SETELAH MELAKUKAN JIMAK, ATAU KERING HAID ATAU NIFAS. Manakala cara perlakuan mandi itu pula adalah sama sahaja seperti mandi hari -hari biasa seperti dipagi hari setelah bangun tidur. Cuma kalaupun ada sedikit kelainan digalakkan mencangkung bagi menyampaikan air dibawah dubur.

Yang dikatakan MERATAKAN AIR DISELURUH BADAN itu adalah untuk membezakan kepada masyarakat Arab bahawa mandi wajib tidak sama dengan cara mereka membersihkan diri setiap hari iaitu hanya membasuh kemaluan, berkumur/sugi dan membasuh muka lantaran berjimat kerana kesukaran mendapatkan air.

Maka MERATAKAN AIR DISELURUH BADAN ini adalah bermaksud seperti mandinya orang-orang dikawasan yg mewah air seperti orang melayu di Tanah Melayu. Oleh itu, FAHAMILAH, bahawa mandi pagi selepas bangun tidur atau mandi petang selepas berjogging atau pulang dari tempat kerja yang kita lakukan setiap hari itu adalah SAMA dengan CARA MANDI WAJIB YG DISEBUTKLAN SEBAGAI MERATAKAN AIR DISELURUH BADAN, CUMA BEZANYA, MANDI WAJIB MEMERLUKAN NIAT. ITU SAHAJA, ITS NOT A BIG DEAL, TAK PERLU BERSILAT DENGAN AIR DAN MEMPERBODOHKAN DIRI DENGAN UNDANG-UNDANG PELIK REKAAN SENDIRI TENTANG MANDI WAJIB.

Ini tidaklah pula bermakna mandi dalam keadaan cincai, pastikanlah ketika mandi itu kita membuang apa-apa yg menghalang air seperti minyak dan seumpamanya dengan menggunakan sabun. Tetapi bukan sehingga berlebih-lebihan dan membazir. Kaum wanita yang bersanggul pula, TIDAK PERLU MEMBUKA SANGGUL jika bersanggul. menandakan betapa mudahnya melakukan ibadah dalam bentuk mandi ini.

Dalam sebuah hadis:

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ: قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي امْرَأَةٌ أَشُدُّ ضَفْرَ رَأْسِي فَأَنْقُضُهُ لِغُسْلِ الْجَنَابَةِ؟ قَالَ: لاَ إِنَّمَا يَكْفِيكِ أَنْ تَحْثِيَ عَلَى رَأْسِكِ ثَلَاثَ حَثَيَاتٍ ثُمَّ تُفِيضِينَ عَلَيْكِ الْمَاءَ فَتَطْهُرِينَ

“Dari Ummu Salamah, aku bertanya kepada Nabi SAW : “Wahai, Rasulullah. Sesungguhnya aku seorang wanita yang menyanggul rambutku. Lalu apakah aku perlu melepasnya untuk mandi janabah?” Baginda SAW menjawab: “Tidak usah, cukuplah bagimu menuangkan air ke kepalamu tiga kali , kemudian basahilah tubuhmu dengan air, maka engkau telah pun bersuci”. [HR Muslim]



PENAMBAHAN
1. Boleh berak dan kencing dipertengahan mandi wajib dan tak perlu ulang mandi

2. TIDAK ADA ISTILAH 'PUTUS NIAT' atau BERTUKAR NIAT.

3. Sekiranya selepas mandi ada bahagian yg SAHIH tak kena air kerana terhalang oleh cat atau lain-lain, cukup sekadar membuang cat itu dan basahkan bahagian yg tak kena itu, TAK PERLU ULANG MANDI. Jika ada sesiapa yg MENGULANG MANDI kerana sebab ini, ANDA hanya menunjukkan pada DUNIA seolah-olah Islam ugama YG SANGAT CEREWET MENYOKONG PEMBAZIRAN.

4. Jika anda Mandi Wajib kerana anda jimak dgn isteri, setelah mandi wajib selesai didapati masih ada sisa-sisa air mani terkeluar (jarang sangatlah kalau nak berlaku), TAK PERLU MANDI ULANG SEBAB ITU ADALAH KESAN SHAHWAT SEWAKTU JIMAK TADI.

5. Hadis dari Imran bin Husein dari sabda Rasulullah SAW kepada seorang sahabat yang dalam keadaan junub dan belum solat,
خذ هذا فأفرغه عليك  “Ambil (air) ini, dan tumpahkan ke tubuhmu.”

6. Mandi tetap SAH walau tanpa wudhu, kerana dalam mandi junub, berwudhu itu tidak wajib. Allah SWT berfirman:
وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا “Dan jika kalian junub maka MANDILAH.” (QS. Al-Ma`idah : 6)

7. Membaca LAFAZ NIAT "sahaja aku...." atau "Nawaitu whatever"adalah TIDAK WAJIB DAN TAK PERLU, dan lafaz ini TIDAK PERNAH WUJUD DALAM MANA HADIS ATAU PERAWI. Cubalah cari adakah adanya hadis Nabi samada sohih bukhari, atau sekurang-kurangnya taraf Hassan Sohih atau hadis Dha'if dan Maudu, TIDAK PERNAH ADA NABI SAW MENGAJAR LAFAZ NAWAITU ROF'AL HADASIL MAHUPUN NIAT SOLAT! (USOLLI FARDHAL...). Niat sudah ada iaitu ketika kita mengambil keputusan untuk masuk ke bilik air untuk mandi kerana telah junub, itulah niat, boleh dilafazkan melalui mulut tetapi ianya BUKAN PENYEBAB MANDI BATAL ATAU TAK SAH jika membaca tidak mengikut susunan ayat sekali pun.

SEMUGA DAPAT MEMBERIKAN PEBCERAHAN, INSHAA ALLAH

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]