Jumaat, 24 Jun 2016

BEZA ANTARA OCD dan OCPD - Jangan Salah Anggap!

OCD je kalau, : kemas, bersih, rapi teratur, perfect. Ini adalah tanggapan yang SALAH!


"OCPD is often confused with obsessive–compulsive disorder (OCD). Despite the similar names, they are two distinct disorders—OCD is an anxiety disorder and OCPD is a personality disorder. Some OCPD individuals do have OCD, and the two are sometimes found in the same family, sometimes along with eating disorders."


OCD dan OCPD (Obsessive Compulsive Personal Disorder) adalah 2 hal yg berbeza. OCD adalah Anxiety Disorder, manakala OCPD adalah Personal Disorder (lebih kepada keperibadian yg perfectionist). Memang sukar untuk memberikan perbezaan yg tepat antara kedua-dua disorder ini. Ada yg menyangkakan mereka mengalami OCD sedangkan mereka bukan penderita OCD, tetapi mereka adalah penderita OCPD.


Secara ringkasnya bolehlah dihuraikan seperti berikut:


OCD lebih kepada ritual-ritual berulang-ulang seperti membasuh tangan, mandi, memeriksa sesuatu berkali2, dan membetulkan susunan yg sama berulangkali jika tersenget sedikit, dengan kadar teruk dan penderita merasa sangan tersiksa dgn ritual ini, mereka tahu ritual ini tak sepatutnya dipatuhi oleh mereka, tetapi mereka TIDAK MAMPU untuk menanganinya.


OCPD pula tidak terlalu obses dgn ritual2 berulang-ulang ini, mereka lebih cenderung kepada "perfectionisme", dalam mengatur kehidupan, mereka sangat rigid dan ketat dengan peraturan yg tertentu, dan sentiasa merasakan segala sesuatu perlu dilakukan dengan berjadual, teratur dan sempurna. Dalam fikiran mereka sentiasa DIHANTUI tentang jadual2 dalam kehidupan semenjak bangun tidur hinggalah masuk tidur. Malah ada yg mampu membuat budget untuk setahun! OCPD tidak merasa terseksa dgn segala ini malah merasa perlunya berkelakuan seperti ini supaya hidup mereka teratur, sempurna dan selamat. Apa yg menjadi masalah ialah tidak semua yg dirancangkan akan berlaku tepat seperti yg dirancangkan, maka OCPD akan mudah marah. (kelihatan sensitif) , dan selalu mengambil masa untuk memikirkan semula segala apa yg telah mereka lalukan tadi samada betul atau tidak, dan sentiasa ,mencari hujah atau idea terhadap "mengapa perkara yg didapati tidak sempurna tadi berlaku' supaya mereka dapat kembali merasa aman.


Secara umumnya, yg diketahui umum sebagai keperibadian OCD yg sentiasa kemas, teratur, pembersih, rapi, bilik dan rumah teratur bersih itu sebenarnya adalah OCPD, BUKAN OCD.


Penderita pula OCD tidak teratur, tidak rapi atau tidak kemas keadaan diri dan persekitaran mereka. Selalu juga disalahmengertikan sebagai PEMALAS. Penampilan mereka sering nampak berserabut dan cemas. Malah persekitaran mereka lebih berselerak, kotor dan bersepah kerana mereka merasa geli atau takut kotor jika mereka mengemas, membasuh dan menyusun persekitaran mereka, Mereka lebih tertumpu kepada ritual2 berulang2, BUKAN KERANA MEREKA PEMBERSIH, tetapi "TIDAK MAMPU MERASA BERSIH DGN SEKALI BASUH". Mereka tidak pedulikan persekiratan rumah atau bilik mereka, mereka hanya pedulikan "keinginan ritual' mereka sahaja. Mereka lebih obses kepada BUKAN BERSIH tetapi adakah BERNAJIS, BERKUMAN, BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT, ADAKAH TIDAK SAH, dan semua ini lebih tertumpu kepada tubuh badan mereka sahaja, BUKAN BARANG MATERIAL. Mereka memang ada keinginan untuk mengemas dan membersihkan persekitaran mereka yg berselerak dan bersepah, tetapi merasa SANGAT BERAT dan SERING BERTANGGUH kerana mereka tahu mereka akan mengambil masa yg sangat lama dan tersiksa jika mereka mula mengemas atau membersihkan barang material. Kerana itu mereka lebih rela membuang kasut yg dikhuatiri terkena najis, daripada mencuci atau menyamak.


Oleh itu, jangan di SALAH ANGGAP jika mendengar sahaja perkataan OCD, bermakna orang itu sangat bersih, sangat kemas, sangat rapi atau sangat teliti, kerana peribadi yg sebegitu adalah OCPD.


Memang susahla nak tulis nota yg tepat untuk perbezaan OCD dan OCPD ini.



Rabu, 22 Jun 2016

RAHSIA PARALLEL KEHIDUPAN, JOM PILIH BAHAGIA


Diri kita ini sudah tentulah Allah yg ciptakan.
Malah segala apa jua pergerakan dan perbuatan kita pun, Allah yg ciptakan.


Firman Allah:
“dan Allah jua yang menciptakan kamu dan (juga) apa yang kamu lakukan” [QS Al-Saffat: 96].


"Eh, macamana ni? habis tu, kalau kita buat jahat pun memang Allah yg takdirkanlah?"


"Iyalah, segala apa pun jua adalah ketentuan (takdir / program) dari Allah. Tetapi, dalam satu saat itu, ada terlalu banyak takdir yg ditetapkan (program yg telah siap ditulis), dan kita diberi kuasa memilih. Contohnya, sekarang ini saya memilih untuk mengadap laptop menulis entri ini, (ketentuan Allah jua) padahal dimasa yg sama saya boleh memilih untuk mengaji Al-Qur'an,(salah satu takdir yg telah disediakan juga) atau mengemas tempat tidur (juga salah satu takdir yg telah disediakan), dan pelbagai macam lagi pilihan takdir yg telah disediakan dalam saat yg sama itu, tetapi saya memilih untuk mengadap laptop. Ada faham ka?



Oleh itu, kita akan dipertanggungjawabkan atas pilihan-pilihan yg kita buat ini. Setiap satu pilihan takdir, pasti akan membawa kepada takdir lain yg ditetapkan jua, seperti memilih untuk mengadap laptop, boleh membawa kepada takdir mengantuk dan tertidur selepas subuh..


Kalau kita sendiri yg memilih nak merompak, memang salah kita lah, Memang benar takdir merompaki itu pun Allah yg sediakan kerana jika Allah tidak ciptakan takdir(program) merompak, maka tiada sesiapa pun di seluruh alam semesta ini yg akan mampu merompak. Tapi boleh jer pilih untuk TAK NAK merompak kan?


Allah dah beri segala takdir merangkumi semua perkara, dari sekeji perkara kepada sesuci perkara, dan Allah juga beri kita akal, beri kita Al Quran, para Nabi sebagai guideline, jadinya, kitalah yg kena bijak memilih, Jika kita mengalami hal yg buruk, maka itu adalah dari kesilapan kita sendiri dalam memilih, Allah hanya memberikan yg terbaik sahaja kepada kita,


Maksud Ayat:
“apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) Yang Engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana Yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri"                         (QS An Nisa' : 79)


Tetapi ada juga perkara yg berlaku yang tak dapat kita elakkan, walaupun kita berusaha menghindarinya, kerana Allah berkehendakkan untuk kita melaluinya kerana ada sesuatu hikmah yg tersembunyi disebalik hal itu, samada kifarah dosa, menaikkan darjat disisiNYA jika bersabar, atau supaya kita dapat belajar dan memahami sesuatu yg kita perlu pelajari, Oleh itu jangan mengeluh, jangan salahkan takdir, dan sentiasalah bersangka baik kepada Allah.


Firman Allah :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (QS AlBaqarah : 216)


Dalam kehidupan di dunia ini tidak ada istilah KEBETULAN, segala apa jua yg berlaku, walau sehelai daun gugur dalam kegelapan malam, dan samada yg gugur itu daun basah atau pun kering, semuanya ada tertulis dalam Lauhul Mahfuz. Kalau daun yg gugur di malam yg gelap pun adalah ketentuan takdir Allah, inikan pula Pertemuan, Perpisahan, Kehilangan, Kerugian, Keuntungan dan lain-lain.


" Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan DIA-lah sahaja; dan DIA mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan DIA mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab ( Lauh Mahfuz ) yang terang nyata."
(QS: Al-An'aam.: 59)


Maka oleh itu, buatlah keputusan kepada diri kita untuk sentiasa memilih segala apa yg positif dalam kehidupan kita, semoga Allah membantu kita semua untuk terdorong ke dalam jalan yang membahagiakan diri kita, jalan yg lurus, jalan orang-orang yg mendapat kurniaan nikmat, bukan jalan orang-orang yg dimukaiNYA, dan bukan pula jalan orang-orang yg sesat..........



Wallahuaklam

Sabtu, 18 Jun 2016

Fikiran Kebelakang


"Kalaulah masa tu ..."
"Sepatutnya masa tu aku tak perlu...."
"Kan ke elok kalau masa tu...."
(Perkataan KALAU utk hal yg telah berlaku jika dlm hadis Nabi Saw dijelaskan sebagai pintu masuk syaitan)


Semua ini adalah sejenis idea obessive yg berpunca dari rasa menyesal, rasa bersalah, rasa terganggu akibat terbitnya WAS-WAS, dan idea memikir ke belakang ini SEDIKIT PUN TIDAK MEMBANTU umtuk menghilangkan rasa was-was. Kerana cara berfikir begini adalah bertujuan:
Untuk membetulkan perkara lalu/perbuatan lalu dimasa lalu. (Seolah kembali ke masa lalu untuk membetulkanmya semula). DAN INI MEMBABITKAN PERKARA-PERKARA KECIL DAN REMEH TEMEH, BUKAN SAHAJA PERKARA PENTING DAN BESAR

Kerana adanya sikap PERFECTIONIST iaitu inginkan segalanya sempurna dalam laluan kehidupan. maka jika apa yg berlaku tidak memuaskan hati, maka penderita tidak akan dapat menerima kenyataan dan tetap inginkan segalanya berlaku TEPAT seperti keinginannya. Maka penderita akan "kembali ke masa lalu dan memperbetulkan keadaan yg tak diingininya dengan membayangkan keadaan yg sepatutnya diinginkannya berlaku, dgn menggunakan fikirannya, untuk memuaskan hatinya, dgn harapan hatinya akan merasakan kelegaan".

Penderita OCD akan dilihat mengelamun atau bermenung dgn lama ketika sedang melakukan hal ini. ada yg kelihatan seperti sedang menonton TV, atau membaca, tetapi sebenarnya fikirannya sedang melakukan hal lain iaitu sedang melayan idea obsessive ini. Sedangkan hakikatnya, perkara yg telah berlaku TIDAK SESEKALI akan dapat diubah. Kita hanya boleh memperbetulkan kesilapan lalu pada HARI INI.

Penderita tidak pula berusaha utk mencari cara menyelesaikan masalah itu pada hari ini, tetapi hanya mencari punca2 masalah, dan cuba mengubah atau membetulkan puncanya dgn angan2 dalam pemikiran sahaja. Perbuatan sebegini hanyalah perbuatan yg sia-sia, membuang masa, dan menambahkan lagi stress.

Mengundang rasa marah apabila dia kembali menyedari bahawa apa yg diperbetulkan dalam fikiran tadi bukanlah kenyataan tetapi hanya harapan yg tak tercapai dan penderita akan tersesat dan tersangkut dalam KEKELIRUAN dan KEBINGUNGAN tanpa dapat membuat sebarang keputusan atau langkah yg boleh membantu menyelamatkan hidupnya.


Rabu, 15 Jun 2016

Some how, It's A Complicated Life - Puisi OCDian

Aku bukan begitu

aku adalah begini
Namun yg sering kelihatannya
Adalah begitu


Atau apakah sebetulnya
Aku memang begitu
Cuma aku tak mau mengaku


Atau aku sebenarnya begini
Tapi '
SESUATU' tanpa mau ku
Memaksaku menjadi begitu


Sedang nurani azaliku adalah begini
Yg masih punya saki baki ingin tetap begini
Walau aku telah pun menjadi begitu.....



TICS Adalah terjemahan ketidakseimbangan

TOURETTE (TICS)

tic (tourette syndrome)
tik/Submit
noun
plural noun: tics
a habitual spasmodic contraction of the muscles, most often in the face.
synonyms: twitch, spasm, jerk, tremor; quirk
"a tic under his left eye"
an idiosyncratic and habitual feature of a person's behavior.
"I began with the kind of generalization that was one of my primary tics as a writer"


 Kenapa boleh berlakunya pergerakkan2 yg tak diingini dan tak mampu dikawal ini? samada tergoyang2 atau sentakan2 atau pergerakkan untuk menyeimbangkan pergerakkan seperti kalau dah tersentuh sesuatu dgn tangan kanan, maka tangan kiri pun mesti nak sentuh, kalau tak sentuh rasa sangat terganggu atau akan ada lintasan hati yg akan mengatakan kalau tak sentuh dgn tangan atau jari sebelah yg lain maka akan kafir atau sebagainya.


TICS adalah disebabkan KETIDAKSEIMBANGAN dalam sistem neuron dan impulse dalam otak, maka kerana itu penderita sentiasa merasakan KETIDAK SEIMBANGAN dalam setiap pergerakkan dirinya dan ini diterjemahkan melalui TICS yg dilakukannya supaya ianya menjadi seimbang. Ini adalah penyakit yg MUNGKIN DAPAT DIKAWAL dan MUNGKIN TAK MAMPU DIKAWAL. Bersabarlah, TICS boleh hilang mengikut kdewasaan usia walaupun bukan semua.



KETIDAKSEIMBANGAN ini juga bukan hanya meyebabkan pergerakkan=pergerakkan otot, malah membabitkan corak pemikiran juga, maka lantaran itulah terbitnya ritual pengulangan seperti memutarkan tombol pintu perlu 3 kali atau 5 kali, membasuh perlu ada ritualnya sendiri dan kalau tak diikutkan cara ritual itu maka TIDAK BERSIH walaupun pada pandangan normal sudah bersih, dan dari sinilah pula timbulnya was-was samada dah bersih ke belum, dan muncul pula tindanan fikiran bagi penderita muslim iaitu sah atau tidak, batal atau tidak, 

Admin yakin, ramai OCDian yg ada TICS Minor se ringan suka mengedip-ngedipkan mata tanpa sebab dan tak dapat dikawal, tapi tak mahu mengaku, atau sangat malu nak mengaku,. Untuk berani mengaku ada simptom OCD sahaja sangat susah inikan pula TICS.




TICS - INNER VOICE TICS (LINTASAN HATI) - OCD - WAS-WAS =

SEMUANYA BERKAIT RAPAT




PATTERN OCD DARI IBU BAPA

JIKA SAYANGKAN ANAK2 ANDA DAN MASA DEPAN MEREKA, JANGAN MARAH MEREKA DALAM BENTUK BEGINI KERANA BOLEH MEMBUATKAN MEREKA MENGALAMI SAKIT JIWA

Ali baru berusia 7 tahun, sedang "diugut "(dimarahi) oleh ibunya supaya lekas bersiap untuk ke sebuah majlis perkahwinan.

Ibu : "cepat siap pakai baju tu!" (Sambil mengambil rotan). "Mak kira sampai 10 kalau tak siap memang singgah rotan ni kat badan kamu. Cepaat!!!! Satu!... Dua! ... Tiga! ..,

Ali: sangat takut dan kecut perut mendengar ugutan ibunya dan bertungkus lumus memakai pakaian dgn cepat SEBELUM ibunya sampai kepada kiraan 10 supaya tidak dirotan.

~ Marah cara begini sangat tidak relevan dan bukan watak peribadi seorang muslim, ibunya hanya pentingkan dirinya, mahukan Ali sentiasa menyelesakan dirinya, tanpa memikirkan kesan psikology dan masa depan Ali.

Kesannya ialah, jika cara marah spt ini sangat kerap digunakan, maka minda bawah sedar Ali mula membina satu pattern dlm dirinya iaitu: perlu perfect dan sempurna dgn cepat DALAM SATU TEMPOH MUTLAK YANG DITENTUKAN supaya tidak MENGALAMI SESUATU AKIBAT YG BURUK. Ini akhirnya akan membentuk gamgguan dan PATTERN OCD serta was2.

Hari ini, terdapat ramai penderita OCD yg mengadukan masalah mereka mengadukan bahawa mereka sering terganggu dgn gangguan yg seakan mengajak mereka "bertaruh/ betting", seperti cth:

"Kalau masa kau minum air ni, telefon berbunyi, kau akan jadi kafir"
"Kalau masa solat ni ada orang panggil nama aku, batal solat aku"
"Kalau aku tak sempat petik jari sebelum lagu ni habis, aku bukan islam"
Ketahuilah, semua popup seperti ini muncul daripada pattern sedia ada dlm diri pesakit yg secara tak langsung telah diajarkan oleh ibubapa penderita ketika kecil dgn cara marah berugutan tadi.

Hidup ini biarlah lebih banyak kepada sikap positive, menyayangi, belas kasihan, memaafkan, empatis dan harmoni, berbanding, marah, benci, dendam, sangka buruk, stress dan pula melabel orang2 positif dgn kata-kata "SKEMA" dan Naif, Akhirnya dipenghujung hidup, anda akan tetap menyesali sikap negatif anda itu.



Selasa, 14 Jun 2016

I am an OCDian and its okay.

Tak perlulah dipertikaikan dan dijadikan persoalan: " Bulan Ramadhan ni syaitan tak ada, kenapa ada was-was dan lintasan hati? siapa yg buat lintasan ni? aku ke syaitan? semua itu adalah pattern yg perlu / wajib ada pada seseorang yg memiliki OCD, bila syaitan ada, ia akan memperbesar-besarkan idea2 itu, bila ia tak ada, pattern OCD tetap ada...nampak tak? ianya adalah pattern, apa yg perlu kita buat sekarang ialah MENGAKU BAHAWA KITA ADALAH OCDIAN. dan sebagai OCDIAN, sememangnya pattern2 ini akan terus berada bersama diri kita,

TETAPI, semua PATTERN itu hanyalah dalam bentuk sebuah "Cetusan Idea dan Fikiran". (Thoughts and Idea). Memiliki pelbagai fikiran dan idea, TAK SEMESTINYA kita perlu AKUR dan IKUT semua pemikiran dan idea yg datang dalam diri kita, Kita bukannya hidup MESTI TERIKAT dgn setiap cetusan idea dan pemikiran. Kita BOLEH sahaja memilih samada untuk ikut, layan, setuju atau TIDAK MAHU bersetuju dan TIDAK mahu mengikut sesetengah idea dan pemikiran yg muncul!.
Bagaimana kalau IDEA dan FIKIRAn itu SALAH? Bagaimana kalau SANGKAAN SYAK BAHAWA IANYA TAK SAH DAN BATAL ITU SALAH? Tak semestinya semua idea dan fikiran yg muncul itu betul.

By having a thoughts and idea, doesn't mean that we have to stick or follow on every thoughts and idea that come across into our mind. We have the rights to refused and ignore. BUT the MOST IMPORTANT THING IS: "DO NOT LET THE THOUGHTS EFFECTS OUR EMOTIONS !!" dan TAK BERDOSA PUN....TUHAN TAK MARAH PUN SEBAB KITA SAKIT, BUKAN BUAT2.

Dah basuh bersih2 dan pastikan SAH pun, PATTERN OCD akan tetap datang sebentar lagi untuk memberikan WAS-WAS. So, its just a PATTERN, sebab kamu adalah OCDIAN. Lintasa hati mengatakan yg bukan2 hingga rasa dah kafir what so ever, dah mengucap dan istighfar berulangkali pun, ia tetap akan datang lagi, sebab dah PATTERNnya macam tu. Jangan lah fikir terlalu dalam seperti : ' aku ni ada jin atau syaitan duduk dalam badan, atau " aku ni ada something wrong dalam hubungan aku dgn Tuhan, just ambil ringan iaitu : THIS IS THE PATTERN OF OCD.

Yang terakhir sekali, MENGAKULAH bahawa "AKU seorang OCDIAN, sebab tu lah aku ada pattern sebegini. Selagi kita nak memiliki cara pemikiran seperti orang NORMAL, memang sakitlah sentiasa. ITS not so bad to be an OCDIAN, dan bukanlah pula bila tak seperti orang normal tu maka anda ORANG GILA! Buang lah ego dan mengaku seikhlasnya, Insha Allah, barulah boleh sembuh.

Katakan: 
I am an OCDian, and its okay, i can deal with it, the term "cure" in OCD means : "you can deal with it, its still remain in your life, but it wasn't effect your life anymore'

Jumaat, 3 Jun 2016

DILEMA PENDERITA OCD (bukan semua)



Semuanya berkisar tentang minda bawah sedar yg tercedera ketika proses membesar. Penderita kemungkinan memgalami "penderaan emosi" seperti DINAFIKAN hak untuk bersuara. 

Sering diremehkan idea2nya, jarang diberi peluang utk menyuarakan pendapat, acapkali dipaksa melakukan sesuatu tanpa ditanya pendapat dirinya terlebih dahulu, dan selalu dihukum walaupun kesalahan yg "tidak disengajakan". 

Akibatnya, penderita hilang keyakinan pada dirinya sendiri, hilang kekuatan utk mempercayai atau meyakini idea dan pendapat dirinya sendiri, dan akan mengakibatkan "KESUKARAN" utk membuat keputusan utk dirinya sendiri termasuklah keputusan samada "bersih atau tidak", "sah atau tidak", "batal atau tidak".

Akibat yg kronik ialah apabila penderita sukar utk mengenepikan pendapat org lain yg telah didengari olehnya, walaupun pendapat org lain itu ternyata salah dan tidak benar. 

Penderita bagaikan telah diasuh bahawa pendapat dari dirinya adalah selalu salah dan tidak benar.

Penderita juga seakan diasuh supaya "buat sesuatu itu mesti sempurna supaya mengelakkan dari dihukum dan dimalukan didepan ahli keluarga". Sedangkan didikan supaya "sempurna" ini adalah sama sekali tidak logik dan tidak wujud dalam kehidupan realiti manusia. 

Maka akibatnya maka tercetuslah was-was dan OCD dan penderita menjadi takut utk melanggar perintah dan akan meleret2 kpd hal2 remeh temeh seperti tidak berani memijak sempadan jubin (tiles) dan lain2.
Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]