Ahad, 28 Jun 2015

Lintasan Hati dan Ramadhan 3

LINTASAN HATI DAN RAMADAN 3

Mengapa bulan Ramadhan ini syaitan dibelenggu tetapi lintasan hati tetap ada juga menganggu?
"Minal jin nati wannas" - Pembisik dari golongan jin dan manusia ( surah Annas)
Dari ayat ini telah dinyatakan bahawa bisikan was-was / lintasan hati itu datang dari 2 sumber.
1. Golongan Jin ( halus iaitu syaitan)
2. Golongan manusia.
Golongan manusia manakah yg dimaksudkan dalam ayat ini? Manusia disekeliling kita? Kita sendiri pun manusia juga, betul? Ya, manusia yg dimaksudkan, selain dari manusia disekeliling kita, manusia itu juga termasuk diri kita sendiri. Seperti mana dlm surah Asy-Syams, antara maksud ayat: "Allah memberikan sumber kefasikan (kejahatan) dan sumber ketaqwaan ke dalam diri manusia. Beruntung bagi yg mensucikannya, merugi bagi yg mengotorinya"
Sebagai manusia yg hidup dizaman skrg ini, yg mana rata2 umat islam terlibat dgn riba, dan paling tidak pun ada tempias2 sumber wang yg subahat atau haram seperti sogokan, rasuah, claim overtime tapi tak buat kerja betul2, claim 2 kali, dan lain2 , maka tak dinafikan ramai dari kita yg ada " termakan" wang hasil sumber yg subahat tanpa kita sedari. Apakah kesannya?
menurut Imam Al Ghazali, setiap perbuatan, ucapan serta tindak-tanduk seseorang lebih banyak dipengaruhi oleh makan minum. Jika makan yang haram, maka yang terhasil daripada anggota dan pancainderanya adalah perkara haram juga. Jika makan yang halal, yang terhasilnya adalah perkara baik dan manfaat serta keuntungan di dunia dan akhirat.
Rasulullah SAW bersabda, “Hati itu dibina dengan apa yang dimakan.”
Maka sumber makanan kita juga perlu dijaga kerana makanan yang bersumberkan dari sumber yang haram sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada hati kita dan antara kesannya ialah LINTASAN HATI.
Ramai Ulamak mencadangkan bagi membersihkan semula bahagian yg terbina dari sumber yg subahat atau haram ini, perbanyakkan bertaubat mohon ampun dari Allah atas dosa makan hasil yg subahat atau haram ini dan berusaha supaya tidak mengulanginya dan juga perbanyakkan amalan SEDEKAH terutama kpd anak yatim dan fakir miskin. Perbanyakkan amalan kerohanian seperti solat sunat tahajud dan qiam. Kuatkan ruh dgn zikir. Ada juga para alim ulama yg mencadangkan agar ikhtiar membuang darah2 kotor melalui rawatan bekam.
Saidina Abu Bakar As-Siddiq pernah menjolok tekaknya untuk memuntahkan susu yg diminum nya setelah dia tahu susu itu dari sumber yg subahat. Walhal beliau tahu hukumnya jika makan sesuatu yg dari unsur subahat TANPA SENGAJA dan TIDAK TAHU adalah tidak berdosa, tetapi beliau tetap berusaha memuntahkannya kerana beliau tahu ianya akan memberi kesan kepada hati dan kalbunya dan boleh menyebabkan kesan2 yg tidak baik seperti was2 dan lintasan hati. Semuga penulisan ini dapat memberikan sedikit pencerahan. Wallahuaklam.

Jumaat, 12 Jun 2015

OCD: Sebenarnya BUKAN gangguan WAS-WAS


Ianya adalah Gangguan berbentuk Pattern Idea Berulang-ulang

Gangguan OCD ini bukanlah sahaja tentang was2 najis, wudhu dsbgnya. Apa yg kita perlu faham ialah, : gangguan yg sebenar ialah idea atau pendapat tentang sesuatu itu datang berulang-ulang (repeatedly).

Maka sebab itulah bila berlaku satu gangguan was2: cth: was2 najis, kalau org normal mereka akan fikir sekali sahaja utk selesaikan samada : cuci atau kaji apakah itu najis perlu cuci atau tidak. Kemudian hal itu lenyap dan selesai.

Tapi bagi ocdian, selepas diselesaikan permasalahan najis tadi, idea atau kerisauan atau pandangan tentang hal najis itu masih muncul dan datang berulangkali, hingga menyebabkan gangguan.

Oleh itu, disini kita perlu faham bahawa kita bukan was2 kerana najis , sebab kita dah selesaikan tadi, tapi kita sedang diganggu oleh repeated idea. Ini lah yg kita perlu faham.

Jika kita MAMPU untuk fahami bahawa idea itu hanyalah popup dari syaitan laknatullah, inshaa Allah kita mampu untuk ignore dan kuatkan diri utk tidak menghiraukannya. Hal ini juga berlaku jika kita marah seseorang. Walau kita sudah maafkan, atau org yg kita marah sudah insaf dan minta maaf dari kita, dan kita telah memaafkan dgn ikhlas, tetapi beberapa waktu kemudian akan muncul satu perasaan marah semula pada org itu, seolah2 belum selesai, seolah org itu belum minta maaf, seolah kita belum memaafkan.

Kemudian kita akan marah semula pada org itu. Ini adalah kerana repeated idea ttg kesalahan org itu muncul semula dlm bentuk popup atau simulasi oleh syaitan. Kerana itulah ocdian akan nampak seperti sgt sensitif dan sukar memaafkan. Walhal kita sudah memaafkan tetapi kita diganggu semula dgn pattern repeated idea ini.

Mungkin cara yg paling baik bagi kita mengelakkan dari terikut dgn perasaan marah selepas memaafkan ini ialah dgn cara istighfar, teknik pernafasan dan jgn tinggalkan solat.

Asas Ocd bukan gangguan was2, tetapi asas ocd adalah : gangguan idea yg berulang-ulang tentang sesuatu perkara yg kita lalui.

Kita kena fahami dan kenalpasti betul2 apakah masalah kita yg sebenar. Kalau kita cuba selesaikan gangguan ini dgn fokus pada bersihkan najis, atau ambil wudhu semula, atau niat semula, atau mengucap semula, atau apa jua tindakan kompulsif, MAKNANYA kita sudah salah, kerana hal najis dan sebagainya sudah kita bersihkan berulangkali. Masalah yg sebenar kita ialah idea itu datang berulang kali, ini yg perlu kita fokus utk hindarkan. Harap penjelasan ini dapat memberikan sedikit pencerahan kepada semua.
Wallahuaklam

Apakah Anxiety Disorder - Bahagian Ke-Enam



PART 6 – Anxiety Disorder

Oleh : Virgin Rose VR

2. PENERIMAAN

Seteleh semua PENGETAHUAN tentang Anxiety berada di hujung jari maka jom kita mulakan sesi latihan praktikal ke arah kesembuhan!!
Dalam proses kedua bagi terapi semulajadi ini kita panggil Acceptance.

Dalam konsep ajaran Islam kita panggil Redha.

Dalam bahasa yang mudah kita nak faham adalah TERIMA.

Mudah kan? Kita TERIMA je!

Amboi, macam simple…tapi sebenarnya di dalam penerimaan ini prosesnya melibatkan masa, kesabaran dan kekuatan dalaman yang tinggi. Dalam proses
penerimaan pergantungan kita terhadap Tuhan perlu tinggi. Kerana di dalam PENERIMAAN yang wujud adalah REDHA. Dan di dalam redha wujud IKHLAS.
Ikhlas ini bukan boleh diucap dengan kata-kata. Ia adalah satu bentuk perasaan. Yang mana bila ikhlas tu telah hadir, rasa ikhlas tu sendiri akan lebur. Seperti dah tak wujud. Ah, ini tak payah pening-pening nak fahamkan. Sebab aku sendiri tak faham!

Cukuplah sekadar kita tahu bahawa kita kena redha dengan simtom-simtom yang sedang bermaharajalela dalam tubuh badan kita dan sedikit demi sedikit rasa ikhlas tu akan hadir. Ikhlaskan hatimu menerima keadaan baru ini. Terimalah wahai sahabatku sekalian alam bahawa dirimu sedang mengalami satu fasa ketidakstabilan fungsi tubuh badan secara fizikal dan mental. Dan keadaan ini pasti berlalu. Semua kehidupan normal
kalian pasti kembali.

Dalam penerimaan lazimnya wujud penyerahan. Penyerahan dan pengakuan hati bahawa diri itu telah redha menerima keadaan tubuh badan yang baru. Diri kita juga terima seadanya sebarang simtom yang datang walaupun tidak selesa. Apabila kita telah kukuhkan diri kita dengan fasa pertama yang melibatkan PENGETAHUAN seperti yang telah dihuraikan sebelum ini maka kita secara tidak langsung akan menerima simtom-simtom yang wujud dengan hati terbuka.

Justeru bagaimana untuk kita menerima keadaan ini?

Untuk lebih mudah faham meh aku beri situasi:

Sedang kita duduk menonton televisyen secara tiba-tiba badan kita rasa bergetar, menggigil-gigil, degupan jantung menjadi laju, nafas menjadi pendek, lalu dirasanya tangan dan kaki menjadi kebas-kebas, terasa menyucuk-nyucuk, belakang badan terasa panas dan mula berpeluh. Tahukah kita bahawa itu simtom-simtomm Panic Attack? Tahukah kita bahawa Panic Attack merupakan simtom dalam Anxiety Disorder.

Sekiranya kita tidak ada pengetahuan tentang ini sudah tentu kita bertambah panic, kalut, ketakutan, kebimbangan dan akal terus ligat berfikir, apakah yang sedang jadi pada badan aku ni? Kenapa jadi begini? Aku nak mati ka? Kalau lama keadaan aku sesak nafas begini mungkin aku boleh pengsan. Nanti kalau aku pengsan ada tak orang yang sedar? Nanti siapa nak bawa aku ke hospital? Nanti kat hospital apa akan
jadi? Aku akan selamatkah..? Bla bla bla bla bla…….seribu satu persoalan muncul di benak otak kita saat itu.

Namun, percayalah..sehingga simtom itu reda sekalipun akal kita masih tetap tidak henti-henti berfikir. Kenapa tadi aku rasa macamtu? Sekarang aku ok tapi apa jadi pada badan aku tadi? Aku ada penyakit apa? Aku lemah jantung ke? Aku ada darah tinggi ke? Dan jari pantas mengoooooooooogle! Nah! Kau rupanya ada simtom penyakit kanser!! Jeng jeng jeng!! Takut bukan??????

Ye, memang menakutkan. Siapa yang menakutkan diri kita? Google kah? Atau diri sendiri? Jawapannya adalah DIRI KITA SENDIRI. Tanpa pengetahuan yang dalam tentang AD tentu kita takut apabila keadaan tu berlaku. Tapi, cuba kita ulang kembali situasi ini dalam keadaan kita punya PENGETAHUAN YANG TINGGI TENTANG ANXIETY DISORDER/PANIC ATTACK.

Sedang kita duduk menonton televisyen secara tiba-tiba badan kita rasa bergetar, menggigil-gigil, degupan jantung menjadi laju, nafas menjadi pendek, lalu dirasanya tangan dan kaki menjadi kebas-kebas, terasa menyucuk-nyucuk, belakang badan terasa panas dan mula berpeluh.
Lalu, akal yang sudah punya pengetahuan ini memberi tindakbalas….

Oh, Panic Attack dah datang….Anxiety la ni… Okey, button nervous/panic aku tengah active. Ya, adrenalin aku sedang ligat merembes lebihan-lebihannya dari dalam tubuh. Silakan, aku bersedia ni. Lantas tubuh itu disandarkan, mata dipejamkan. Dia merasai setiap getaran badan
itu. Dia dapat merasakan setiap titik peluh yang luruh. Dia mengenggam-genggam dan menggerak-gerakkan tangan dan kakinya yang kebas- kebas….tangan sebelah menggosok-gosok tangan yang satu lagi. Dia mendengar jelas degupan jantung yang hebat itu. Dia menikmati pernafasan yang pendek itu. Dia mengikut saja rentak nafasnya. Pendek maka pendeklah…dan sesekali dia mengambil oksigen lebih sedikit
dengan menarik nafas dalam-dalam kemudian dihembus kembali. Lalu disambungnya menikmati nafas yang pendek itu sekali lagi…melayan saja rhythm
nafasnya yang laju dan pendek…dan sesekali dia menarik nafas dalam sekali lagi….dia benar-benar menikmati momen indah Panic Attack.

Hatinya yakin ini bukanlah tanda-tanda nak mati pun. Ia adalah simtom-simtom Panic Attack. Dia tidak lagi takut malah WELCOMING the symptoms. Dia tahu dengan membenarkan simtom itu datang dan menikmati suasana tersebut maka DIA TELAH BERKUASA KE ATAS ANXIETY. Tapi sekiranya simtom itu datang dan dia ketakutan maka dia telah gagal dan membenarkan Anxiety berkuasa ke atas dirinya. Kenapa dia yakin? Kerana dia telah banyak membaca dan terdedah dengan kisahkisah kawannya yang turut mengalami simtom yang sama tetapi syukur masih juga bernyawa.

Walaupun mindanya cuba memutar belit semula dengan menyatakan ‘Bagaimana kalau kali ini aku benar-benar akan mati? Bagaimana jika masa aku memang telah betul-betul sampai?’

Maka di sini lah yang kita perlu tahu bahawa dalam menghadapi ketakutan kematian,orang-orang yang berilmu dan berpengetahuan lazimnya tidak akan tergugat dengan ketakutan tentang mati. Mereka telah membuat persiapan ke arah kematian kerana mereka telah mempunyai pengetahuan dan telah merasai ‘mati’. Jadi, jika kita dah merasai mati untuk apa lagi kita takut? Persiapkanlah diri ke arah itu. Walaupun keadaan ini nampak menakutkan tapi percayalah apabila kita telah mengisi ilmu/pengetahuan melalui jalan mengenal Pencipta maka kita tak akan rasa takut untuk kembali berjumpaNya. Apa yang perlu kita tahu adalah mati itu qada’ dari Tuhan. Bahawa kita semua pasti akan mati. Yang hidup pasti akan mati. Dan yang kekal hanya Dia saja. Maka lengkapkan pengetahuan kita bukan saja dalam mengenali Anxiety Disorder ini, tetapi mengenali Siapa yang memberi kita Anxiety Disorder tersebut. Ia saling berkaitan.

Dan itulah penerimaan/penyerahan sebenar. Wahai sahabatku sekalian alam, sekiranya engkau pandang Anxiety Disorder sebagai
suatu penyakit maka selamanya engkau duduk dalam kesakitan. Tetapi sekiranya engkau pandang Anxiety Disorder sebagai satu fasa untuk engkau melakukan satu perubahan positif dalam hidup maka engkau akan menjadi seorang yang baru dan lebih kuat dari masa lampaumu. Jadi, ubahlah presepsi engkau pada keadaan baru mu ini. Anxiety Disorder adalah keadaan kecelaruan yang mana engkau boleh sembuh sepenuhnya jika engkau benarbenar yakin dengan bantuan yang datang dari PenciptaMu. Keadaan ini boleh berubah. Yakin dan percayalah! Akan sampai satu masa nanti kehidupan engkau akan kembali normal malah lebih baik dari engkau yang dulu. Terimalah simtom-simtom yang langsung tidak best tu. Benarkan ia wujud dalam badanmu untuk tempoh seberapa lama sekalipun. Redhalah. Usah lagi mengeluh dan merungut. Itu hanya akan menambah beban dan tekanan pada badan dan minda. Bukankah engkau telah pelajari sehabis-habisnya apa itu Anxiety Disorder maka mengapa ada persoalan lagi?

Justeru, ingatlah perkara di bawah ini selalu….Engkau dikatakan berjaya masuk ke dalam fasa PENERIMAAN apabila engkau telah:

STOP OBSERVING – berhenti memerhati diri sendiri setiap kali bangun pagi dan
hidup dalam dunia sendiri yang mana engkau ciptakan sendiri. Orang normal tak
buat macamtu;


STOP MONITORING- berhenti memantau tekanan darah, memantau kadar
denyutan nadi, memantau tahap kesihatan tubuh dan lain-lain yang dah jadi habit
baru yang hanya membuang masa kamu sendiri. Orang normal tak buat macamtu.

STOP AVOIDING- berhenti mengelakkan diri dari serangan panic attack. Tak perlu
elak, biarkan simtom datang bila-bila ia mahu. Jangan elak. Jangan kawal.
Welcoming simtom. Jangan berhenti melakukan perkara yang dulu engkau biasa
buat. Bila simtom datang saat engkau shoping, meeting, solat dan lain-lain jangan
berhenti. Teruskan dan jangan mengelak. Orang normal tak buat macamtu.

STOP QUESTIONING – berhenti persoal mengapa aku rasa begitu, mengapa aku
rasa begini, kenapa tangan ku rasa begitu, kenapa badan ku rasa begini. ITU
SIMTOM ANXIETY DISORDER. Orang normal tak buat macamtu.

STOP COMPLAINING – berhenti merungut tentang simtom yang muncul.
Bukankah kita telah redha bahawa kita sedang alami Anxiety maka terimalah.
Berhenti mengeluh tentang nasib diri yang alami Anxiety. Ada orang sakit lagi teruk
dari kita.

Berhenti mengeluh tentang kehidupan yang tak bahagia dan tekanan-tekanan dari luar. Kerana kita ada pilihan untuk merasai bahagia. Nikmatilah apa yang ada depan mata. Kita selalu beranggapan bahawa kita akan dapat kebahagiaan apabila hidup kita sempurna; punya pelajaran, punya karier, punya harta, punya keluarga tercinta, punya anak dan lain-lain. Anggapan itu salah. Bila ada bahagia pasti ada derita. Itu
hokum alam. Yang perlu kau belajar sekarang adalah bagaimana untuk merasai KESEJAHTERAAN. Sebab itu dalam ucapan salam disebut- SALAM SEJAHTERA ke atasmu. Bukannya salam bahagia ke atasmu….apatah lagi salam derita ke atasmu, orang normal tak buat macamtu.

Walau bagaimanapun, ingin aku tekankan bahawa penerimaan terhadap Anxiety Disorder bukannya boleh berlaku setelah engkau baca write-up aku ini. Ia adalah sebuah proses. Maka, ketahuilah bahawa setiap dari kita akan melalui proses penerimaan dalam tempoh yang berbeza-beza. Lain orang lain ragam. Ada yang kuat dan mampu melalui proses penerimaan simtom dalam masa 6 bulan sahaja. Tapi ada yang telah mengalami keadaan ini selama 6 tahun baru dapat terima. Makanya, mohonlah kekuatan itu terus dari PenciptaMU.

Mohonkan padaNya;
“Aku terima keadaan aku ini…dan aku bersyukur kerana keadaan ini membuatkan
aku lebih dekat untuk mengenaliMu. Maka aku bermohon agar engkau pinjamkan
aku KEKUATAN supaya aku mampu melalui keadaan ini. Beri aku kekuatan untuk
tempuh saat-saat simtom itu hadir. Beri aku kekuatan saat aku rasa putus asa.”
InsyaAllah Tuhan Maha Pengasih Penyayang.



Bersambung ke SINI

Rabu, 3 Jun 2015

Apakah Anxiety Disorder (Bahagian Kelima)

PART 5 – Anxiety Disorder

Oleh: Virgin Rose VR

1. PENGETAHUAN


Perkara utama yang perlu dilakukan setelah didiagnos mengalami Anxiety Disorder adalah dengan memahami keadaan kecelaruan ini. Penderita sewajarnya mengisi pengetahuan yang sebanyak-banyaknya tentang Anxiety Disorder dan pengetahuan tentang itu telah dijelaskan dalam Part 1, 2, 3 dan 4. Itu lah pengetahuan yang kita perlu tahu secara asasnya. Ia penting supaya kita berhenti mempersoalkan mengapa badan kita rasa begitu dan begini. Kenapa emosi kita jadi begitu dan begini. Semua telah dinyatakan di bahagian sebelum ini. Dan ia SEMEMANGNYA SIMTOM. Dan penjelasan lebih halus tentang sebab berlakunya simtom adalah lebih kepada kajian biologi/klinikal yang mana itu adalah pengetahuan sampingan yang boleh
dijadikan pilihan sekiranya kita ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Anxiety Disorder. Kesemua dapatan info lanjut itu boleh kita dapati daripada bahan-bahan bacaan yang diiktiraf dan dari pakar-pakar yang bertauliah. Segala ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mahupun ketidakstabilan fungsi tubuh sehingga mencetuskan simtom-simtom emosi dan fizikal yang tidak menyenangkan hati ada huraian klinikalnya.
Namun, tidaklah aku layak menyentuhnya di sini kerana itu memerluan pengajianku selama bertahun-tahun untuk aku master dalam bidang psikologi.

Apa yang cuba disampaikan di sini hanyalah rawatan semulajadi sahaja. Yang mana kita lebih kepada membenarkan badan kita untuk sembuh dengan sendiri. Ya benar, dalam apa jua perkara pun kita akan lebih kuat berdiri dan lebih yakin sekiranya kita mempunyai pengetahuan yang banyak dalam sesuatu subjek itu. Dan sekiranya kita sudah amat arif tentang Anxiety Disorder dari segi tindakbalas Anxiety terhadap tubuh badan, dari segi simtom-simtom pelik yang muncul, dari segi kaedah rawatan yang wujud, dari segi pembentukan attitude untuk menghadapi Anxiety ini maka dengan mudah kita dapat hidup bercinta dengan Anxiety Disorder.

Bukankah sering kita didengarkan dengan pepatah TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Maka untuk permulaan ini KENALILAH Anxiety Disorder. Kenalilah sebenar-benarnya apa simtom yang wujud dalam Anxiety Disorder. Kenalilah sedalam-dalamnya kesan Anxiety Disorder pada diri kita.
Kenalilah sesungguh-sungguhnya rawatan yang telah kita pilih untuk merawat Anxiety Disorder ini. Untuk mengenal Anxiety Disorder adalah dengan banyak membaca berkenaan topic tersebut. Sebenarnya, terlalu banyak website atau blog yang menawarkan info mengenai Anxiety Disorder. Maka rebutlah ilmu di situ. Fahamkan betul-betul simtom yang sedang kamu deritai ini.

Walau bagaimanapun, satu perkara yang DILARANG SEKERAS-KERASNYA adalah GOOGLE SIMTOM.

Apakah larangan google simtom yang dimaksudkan ini?

Maksudnya adalah sekiranya kita merasakan sesuatu simtom yang tak selesa pada badan maka mulalah kita click icon browser--- type google---kemudian search--- “simtom penyakit sesak nafas”, “simtom penyakit melayang-layang”, “simtom penyakit tangan kebas”, “simtom badan mengigil” dan segala seribu mak nenek simtom kita search satu persatu. Maka di situ nanti akan terkeluarlah kenyataan bahawa, Oh, kebas tangan adalah simtom kepada darah tinggi, sesak nafas adalah tanda awal kepada sakit jantung, melayang-layang adalah simtom vertigo, badan menggigil adalah tiriod dan segala seribu satu mak nenek penyakit yang dikatakan menjadi potensi penderitaan tubuh badan kita.

Harus aku tegaskan disini, sekiranya kalian sudah bersedia berada di jalan kesembuhan ini perkara pertama yang diharamkan bagi kamu adalah GOOGLE SIMPTOM. Kenapa?? Sebab sejuta satu mak nenek simtom telah disenaraikan pada Part 2. Maka, jangan ditanya Dr. Google lagi apakah penyakit lain bagi simtom yang sedang kamu rasai itu. Kalian yang merasai simtom-simtom tersebut pada awalnya. Dan kalian telah membuat pemeriksaan doctor. Kesemua keputusan pemeriksaan menunjukkan bahawa kalian sihat. Lalu doctor meminta kalian merujuk kepada pakar psikiatri. Dan pakar juga mengesahkan bahawa kalian mengalami Anxiety Disorder. Jadi, mahu cari penyakit apa lagi dari simtom yang kalian rasa itu?? Telah
dinyatakan, itu semua simtom Anxiety Disorder.

Sekiranya kita google simtom khusus untuk Anxiety Disorder maka itu BUKANLAH satu halangan. We’re on the right track. Dalami pengetahuan tentang simtom yang terlibat dalam Anxiety Disorder dan bukanlah penyakit lain. Dalam pada mendapatkan pengetahuan tentang Anxiety Disorder sememangnya
tidak salah sekiranya kita berunding dengan pakar psikiatri semata-mata untuk mendapatkan info yang mendalam mengenai keadaan kecelaruan ini. Kita juga boleh join mana-mana forum yang wujud di laman social untuk berbincang secara terus mengenai keadaan Anxiety ini dan jadikan ia sebagai input yang bermanfaat supaya dapat menjadi panduan dalam kita menghadapi Anxiety Disorder. Setelah kita faham betul-betul bahawa Anxiety Disorder mencetuskan simtom yang begitu dan begini maka di situ kita telah memperoleh cukup pengetahuan tentang Anxiety Disorder.

Bagaimana untuk mengukur tahap pengetahuan kita terhadap Anxiety Disorder? ADALAH APABILA ENGKAU TELAH BERHENTI MEMPERSOAL MENGAPA
BADAN KAU RASA BEGITU DAN BEGINI.

Bersambung ke SINI
Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]