Sabtu, 28 Mac 2015

Anda Mampu Merawat dan Mengubah Kehidupan Anda dgn Minda Husnuzzon


PENGUMUMAN : 
STOCK TELAH HABIS, SILA TUNGGU HINGGA CETAKAN KEDUA SIAP ...
HARAP MAKLUM (BLOGGERS)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, hanya dengan izinNya maka buku ini berjaya diterbitkan.

Judul: Anda Mampu Merawat dan Mengubah Kehidupan Anda dgn Minda Husnuzzon

ISBN NO: 978-967-13070-0-7

Buku ini tiada dikedai buku, hanya boleh didapati melalui pesanan sahaja
Buku yg membincangkan langkah-langkah yg boleh kita ikhtiarkan untuk mengubah dan merawat kehidupan kita samada dari segi kesihatan, perhubungan, kewangan, kerjaya dan pembelajaran menggunakan kekuatan minda dan pemikiran yg positif serta husnuzzon (persangkaan baik). Berteraskan konsep "religious science", Perbincangan-perbincangan akan mengajak pembaca untuk berfikir diluar kotak pemikiran biasa agar dapat memahami bahawa semua manusia layak dan mampu untuk sihat, bahagia, kaya dan berjaya tak kira siapa pun diri anda, dengan izin Allah.
Harga : RM20 (harga promosi)

Kos penghantaran : RM10
Hubungi admin diemail untuk pesanan: husnuzzonloa@yahoo.com


Selasa, 17 Mac 2015

Mengantuk bila....


Kenapa bila mengaji atau berzikir selalu mengantuk dan boleh tertidur?
Firman Allah: "Hanya dgn mengingati Allah, hatimu menjadi tenang"

Penyebab sukar utk tidor dan keletihan, antaranya ialah kerana terlalu banyak masalah dan kerisauan tentang kehidupan lebih2 lagi bila membabitkan wang, hutang dan perhubungan. Semua ini membuatkan hati menjadi resah dan gelisah hingga otak aktif berfikir bagai tak mahu berhenti utk memikirkan pelbagai sudut samada mencari jalan penyelesaian mahupun hanya berlegar pada kerisauan dan ketakutan.

Hanya apabila seseorang itu mengingati Allah samada melalui zikir, membaca ayat2 al-qur'an, atau sekadar berbisik2 dgn Allah meluahkan masalahnya serta mohon diberi keampunan dan pertolongan,

MAKA ketika itulah hati seseorang itu mula menjadi tenang, dan memasuki gelombang beta iaitu frekuensi ketenangan. Maka ketika inilah, otak dan tubuh fizikal yg sebenarnya telah terlalu letih akibat tidak cukup tidur itu tadi berupaya melupakan keresahan jiwa akibat permasaalahan tadi dan mula merasa mengantok dan tertidur ketika berzikir tadi.

Ini teori saya sahaja. Make sense? Atau teori ini salah?

(Maksud) Firman Allah:
Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. (QS Ali Imran : 154)

Ahad, 8 Mac 2015

LIFE IS A DUET


Mencari bunga lalang dipadang sekolah



Sekumpulan pelajar sedang melakukan aktiviti pendidikan jasmani. Tetapi pagi ini guru mereka mengajak mereka melakukan aktiviti yg berbeza.

"Cikgu mahu kamu semua carikan sekuntum bunga lalang yg paling cantik yg kamu boleh temui di padang ini dlm masa 10 minit"

Murid2 ini pun bertebaran melakukan arahan cikgu. 10 minit berlalu dan guru memanggil mereka semua berkumpul.

" tunjukkan bunga yg kamu perolehi"

Kebanyakkan murid2 tidak membawa walau sekuntum bunga pun.

"mengapa ada yg tidak membawa walau sekuntum pun?" Tanya guru itu.

Murid2 menjawab:
" kami tak tahu mana satu yg paling cantik, cikgu. Kerana semakin kami cari masih ada lagi bunga lain yg lebih cantik. Masa yg cikgu beri tak cukup untuk kami dapat cari bunga yg paling cantik"

Guru memberikan penjelasan:

"Cikgu harap kamu akan dapat memahami pengajaran yg kamu dapat hari ini, iaitu, jika kamu hanya mementingkan untuk mencari kesempurnaan dalam kehidupan ini, maka kamu tidak akan menjumpainya kerana hati kita tidak akan pernah dapat merasakan kepuasan sehinggalah kamu berpuashati dan bersyukur dengan apa yg kamu ada. Contohnya jika kamu mencari seorang teman hidup dgn memilih dari segi kesempurnaan, kamu akan dapati ada ramai lagi orang lain yang lebih sempurna dari dia, dan kamu akan berani meninggalkan dia kerana dia tidak sesempurna yg kamu mahukan, dan kamu akan terus mencari dan mencari dan akhirnya kamu tidak akan mampu menjumpai sesiapa pun kerana manusia tiada yg sempurna, mungkin dia ada kelebihan dari satu segi, tetapi dia akan ada kelemahan dari satu segi yg lain. Jika kamu mahukan dia sempurna, jadikanlah diri kamu sebagai pelengkap kepada ketidaksempurnaan dirinya. Hidup adalah untuk memberi dan menerima, bukan hanya memikirkan untuk menerima semata2. Jika dia asik memberi kepada kamu, sedangkan kamu tidak, siapa pula yg akan memberi kepada dia?
LIFE IS A DUET



Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]