Selasa, 19 Februari 2013

Pengajian The Matrix - Bahagian 4

SAMBUNGAN DARI LINK


RAHSIA THE MATRIX



“no one can be told what the Matrix is. You have to see it for yourself…” (MOrpheus -The Matrix)

Apakah Matrix itu?

Menurut pengetahuan yang ada setakat ini,Matrix bermaksud ruang.Ruang di mana entiti dapat berdiri dan wujud.Ruang dimana entiti dapat menjalankan aktivitinya.Ruang di mana entiti hidup atau berdiam diri.Ruang ini terdiri daripada kod-kod yang terbina di dalam strukturnya.



Ada berapa banyak Matrix yang ada?

Bagi entiti yang wujud di dalam Matrix,ia berjumlah infiniti;tidak terkira banyaknya.Di luar Matrix,tiada Matrix.

Telah dijelaskan sebelum ini,Matrix adalah sebuah program.Ia terdiri dari kod-kod yang diekstrak dari memori yang bersumber dari The Source.Memori ini bertempat di dalam satu Matrix lain yang disebut ‘Mainframe’.

Entiti berada di dalam Matrix.Entiti hanya mengenal realitinya berdasarkan Matrix yang ia wujud di dalamnya.Matrix adalah ruang di sekelingnya.

“The Matrix is everywhere. It is all around us, even now in this very room. You can see it when you look out your window or when you turn on your television. You can feel it when you go to work…” (Morpheus -The Matrix)

Entiti tidak dapat mengalami Matrix yang lain,selain Matrix yang diketahuinya,kecuali dengan cara yang lain,cara yang tertentu.Entiti yang mengikut protokol Matrixnya sahaja akan selamanya akan terkongkong dalam Matrixnya sahaja.

“Di antara bukti-bukti kekuasaan Allah yang luar biasa ialah dapat menghijab engkau daripada melihat kepada-Nya dengan hijab yang tiada wujudnya (yakni bayang-bayang hijab) di sisi Allah”. (Hikam)

Entiti yang wujud di dalam Matrix hanya merasakan Matrixnya sahaja yang realiti.Entiti tadi dapat merasakan keberadaan Matrix berdasarkan deria-derianya.Berdasarkan protokol Matrix,deria-deria adalah alat (tool/device) berfungsi untuk menjelaskan kewujudan Matrix.

Matrix terdiri daripada protokol-protokol tertentu.Matrix juga mempunyai format yang telah disetkan.Sebagai contoh,program A yang terdapat di dalam Matrix B dan Matrix C.Katakan di dalam Matrix B,program A mempunyai warna merah manakala di dalam Matrix C,program A disetkan berwarna biru.Ini adalah program yang sama tetapi di dalam Matrix yang berbeza.’Programmer’ juga boleh membuatkan Matrix C tadi tiada memiliki program A,boleh jadi program itu telah dipadamkan (delete).

“And why would a program be deleted?” (Neo -Matrix Reloaded)

Deria bertindak sebagai dekoder kepada kode-kode di dalam Matrix.Setiap deria yang berbeda peranannya akan mengekstrak seterusnya mendkodekan kode-kode yang bersimpang-siur di dalam trafik dan membuahkan hasilnya yang berbeda.Sebagai contoh,seseorang yang berhadapan dengan sebuah radio.Deria matanya akan dapat mengkodekan cahaya (kode) dan telinganya dapat mengkodekan gelombang bunyi(juga mewakili kode).Rahsianya ialah,mata tidak dapat mengkodekan kode-kod ependengaran,telinga tidak dapat mengkodekan kode-kode penglihatan.

Kode-kod emengalir dan bersimpang-siur di dalam Matrix dengan kelajuan melebihi kelajuan cahaya yang standard.Kode-kode bergerak dan berfungsi mengikut protokol dan format yang telah ditetapkan.Keadaan ini dinamakan PERATURAN (rules).

Masalah ini dapat difahami dengan lebih jelas jika kita memandang Matrix itu sebagai sebuah permainan komputer.

Matrix Sebagai Permainan Komputer

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau…” (surah Muhammad ayat 36)

Kita ambil contoh permainan Counter Strike (CS) yang dikeluarkan oleh Sierra Entertainment.Contoh ini diambil kerana mempunyai ciri-ciri realiti maya (virtual reality).Sesebuah Peraturan adalah panduan kepada sesuatu program berfungsi.Dalam konteks Matrix,Peraturan adalah ‘bahasa pengaturcaraan-terbina dalam’ (built-in programming language) yang mengarahkan ia bergerakbalas mengikut arahan dari Peraturan.

Di dalam CS,ia dibina dengan Peraturan tertentu.Kita ambil contoh pergerakan ‘terrorist’ dan ‘counter-terrorist’ di dalam CS adalah tidak terapung-rapung dan stabil di atas permukaan bumi.Peraturan ini dinamakan ‘sv_gravity’.'Mp_time limit’ adalah Peraturan untuk masa bermain.Penglihatan karakter juga disetkan dalam Peraturan ‘gl_zmax’.Semua kod Peraturan ini dinamakan ‘cvarlist’ di mana dapat diakses melalui konsol.Peraturan sebagai kesimpulannya adalah satu set protokol dan format,berfungsi sebagai panduan sesuatu program terlaksana (execution).Dalam disiplin tasawuf,ini dinamakan ‘sunnatullah’.

Peraturan adalah terlampau banyak,bergantung kepada keperluan di dalam sesuatu Matrix.Sunnatullah adalah istilah untuk Peraturan ini dalam definisi realiti.Sunnatullah terbahagi kepada dua kategori,hukum Fizik dan hukum kehidupan.Hukum Fizik merujuk kepada set-set Peraturan yang mencakupi bagaimana elemen-elemen fizik mempengaruhi antara satu sama lain.Contohnya Tekanan (pressure) dipengaruhi oleh Daya (force) dan Luas Permukaan (area).Sama juga seperti halaju,pecutan,momentum,ketumpatan,graviti dan lain-lain.Ini adalah Peraturan untuk alam fizikal kita.

“This is a sparring program, similar to the programmed reality of the Matrix. It has the same basic rules, rules like gravity. What you must learn is that these rules are no different that the rules of a computer system. Some of them can be bent. Others can be broken. Understand?” (Morpheus -The Matrix)

Kategori kedua lebih menjurus kepada terma falsafah.Peraturan yang penting dan paling popular dalam kategori ini adalah Hukum Sebab dan Akibat.

“You see, there is only one constant, one universal, it is the only real truth: causality. Action. Reaction. Cause and effect” (Merovingian -Matrix Reloaded)

Pembalasan,karma,kesedihan,sakit,tua,miskin dan kaya,kejahatan dan kebaikan,lahir dan mati adalah di antara terma-terma di dalam kategori ini.Perubahan di dalam sesuatu Peraturan adalah sesuatu yang luar biasa pada pandangan entiti di dalam Matrix.Soalannya sekarang,

Adakah Peraturan dapat diubah?

Firman Allah:

Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki. Dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab (Lauh Mahfuz). (Ar-Raad : 39)

Ini adalah soalan yang menarik.Matrix sebagaimana pengetahuan sebelum ini adalah konsep yang mempunyai kelemahan,memerlukan keseimbangan,berdiri di atas relatif-relatif dan sebagainya menunjukkan IA BOLEH DIUBAH.Semua program boleh diubah (edit/modify) termasuk Matrix.Apa-apa yang bersifat program adalah bersifat sementara,akan musnah,tidak kekal dan boleh bertambah berkurang.SELAIN PROGRAM,ADALAH KEABADIAN.

“Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan” (Ar-Rahman ayat 27)

Asalkan program,ia boleh diubah.Tetapi kuasa mengeditnya adalah di tangan ‘The Architect’ malahan ‘programmer-programmer’ yang ditugaskan untuk mengawal program juga tidak mampu mengubah kod-kod program tanpa kebenaran ‘admin’.'Server’ (pelayan) di ‘Mainframe’ tidak dapat dilog masuk (log in) jika tidak mempunyai kata laluan (password) yang khas bagi tujuan ‘editing’.

Bagaimana Peraturan dapat diubah?

Sabda Nabi SAW:

"TIDAK ADA YANG DAPAT MENOLAK KETENTUAN TUHAN KECUALI DOA, dan tidaklah yang menambah umur kecuali berbuat kebajikan. Dan seorang laki-laki akan diharamkan baginya rezki karena dosa yang diperbuatnya."


Peraturan dapat diubah dengan memadam,menambah atau menggantikan ‘coding’ di dalam aturcara program.Sekira program itu adalah sebuah laman web yang terpapar di browser,maka kandungan laman web tadi dapat diedit dengan menggunakan kode HTML.

“Watch – you see, I have sent her dessert, a very special dessert.I wrote it myself. It starts so simply, each line of the program creating a new effect, just like poetry” (Merovingian -Matrix Reloaded)

Program diubah melalui proses pengubahsuaian (editing) pada baris-baris aturcara (line) iaitu ‘skrip’ di dalam program.Pengubahsuaian ini dilakukan pada fail-fail Peraturan,yang sesetengahnya berada di dalam ‘driver’ yang menghubungkan perkakasan (hardware) dengan perisian (software).Proses ini perlu melalui banyak tapisan,antaranya ‘encryption’.Tidak semudah itu untuk menulis program apatah lagi untuk mengubahnya.Semuanya telah di’encryption.Hanya ‘programmer’ yang dibenarkan sahaja boleh membaca kode-kode ini.Tetapi sesetengah entiti dapat membacanya.Ini adalah kes yang lain.

Dalam contoh CS,Peraturan permainan dapat diubah dengan menukar parameter Peraturan,sebagai contoh untuk menukar kadar graviti,kita boleh memanfaatkan kode Peraturan ‘sv_gravity’ tadi.Karakter akan melompat tinggi dan seakan terbang di antara bangunan dan rumah.Jika kadar graviti diubah kepada kadar yang lebih tinggi,semua karakter akan melekat ke bumi dan tidak boleh bergerak langsung.Enjin permainan lain seperti Max Paine menggunakan kode ‘jump30′.Ini dinamakan ‘cheatcode’.Ia biasa digunakan dalam definisi lebih besar dalam kerja-kerja ‘hacking’ (godam).




Penggodam (hacker) permainan yang lebih maju menggunakan ‘cheatcode’ tertentu untuk mengubah markah (point) dalam permainan dalam talian (online) seperti Ragnarok Online.Dalam CS,jumlah wang untuk membeli senjata,jenis senjata,kadar pergerakan sehingga rupa dan warna pakaian karekter pun dapat diubah dengan mengaktifkan ‘cheatcode’ tadi.Ini dinamakan ‘cheatmode’.Permainan-permainan yang tidak dapat diubah melalui ‘real-time editing’ (biasanya menggunakan konsol),proses ‘cheat’ dapat dilakukan dengan mengakses ke dalam fail tertentu dan mengubah arahan-arahan di dalamnya dengan menggunakan perisian ‘word editor’ yang khas.Sekadar fakta menarik,dengan menaipkan ‘god’ sebagai ‘cheatcode’ di dalam permainan Halflife,karakter di dalamnya tidak akan mati,boleh terbang ke sana sini,halimunan dan persenjataannya tidak akan kehabisan.

“He’s doing his Superman thing” (Link -Matrix Reloaded)

Programmer’ yang mendapat kebenaran menggunakan kod akan memulakan tugas mengedit Peraturan.Ini dinamakan ARAHAN.’Programmer’ tidak dapat menulis program baru tanpa mendapat Arahan dari ‘The Programmer’.Jangan keliru,perlu diingat,’programmer’ juga adalah sebuah program dan mereka juga terdiri dari set-set arahan tertentu.Terdapat satu rahsia di sini.

Semua program yang ditulis,sama ada yang tetap atau diubah adalah bergantung kepada satu spesifikasi yang telah ditetapkan oleh ‘The Programmer’.Spesifisikasi (spec) ini dinamakan Perancangan atau Plan.

“Dan Aku pun membuat perancangan pula dengan sebenar-benarnya” (At-Thariq ayat 16)


Ini membuka satu istilah yang penting dalam disiplin Tasawuf: Takdir.

Adakah ia berkaitan dengan Matrix?

Secara keseluruhannya,ya.Tetapi takdir adalah persoalan lain yang agak falsafah.Perbahasan di sini berkisar kepada soalan ‘Apakah Matrix itu’
(persoalan takdir akan dibincangkan di bawah silibus yang lain)

Kesemua Peraturan dan Arahan akan membentuk definisi yang lebih besar,disebut Sistem.

is a system, “The Matrix Neo” (Morpheus -The Matrix)

Sistem mengandungi berinfiniti Peraturan dan Arahan yang berkombinasi antara mereka untuk membentuk keseimbangan (balance).

“Your life is the sum of a remainder of an unbalanced equation inherent to the programming of the Matrix” (The Architect -Matrix Reloaded)

Keseimbangan memerlukan dua keadaan yang bertentangan.Tanpanya sistem akan runtuh.Polariti adalah asas keseimbangan.

“He is you, your opposite, your negative, the result of the equation trying to balance itself out”
(Oracle -Matrix Revolution)

Matter dan antimatter,yin dan yang,positif dan negatif,lelaki dan perempuan,siang dan malam dan sebagainya adalah polariti yang berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan dalam sesuatu Sistem.Matematik juga dibina dengan cara ini.

“dan yang genap dan yang ganjil” (AlFajr ayat 3)

Terdapat rahsia di sini.

Sistem dibina dengan menggunakan polariti.Tujuannya untuk mencipta keseimbangan.Tanpa keseimbangan tiadalah Sistem.Sistem akan runtuh dan musnah begitu sahaja.Ini adalah bukti KELEMAHAN Matrix.Ia tidak abadi.Ia bersifat sementara dan akan musnah.Sisi yang lain memerlukan sisi yang lain.Tanpa sisi yang lain,Sistem tidak wujud.Yang kekal adalah diluar polariti;Tunggal

“Sesungguhnya Allah itu witir (esa/ganjil) dan suka pada yang ganjil”
(Hadits Hasan diriwayatkan oleh Abu Daud dan Turmudzi)

Polariti berasaskan konsep dualisme.Dua entiti yang mempengaruhi di antara satu sama lain.Kerohanian Cina menamakan konsep ini Yin dan Yang.Satu akan dipasangkan dengan satu yang lain.Jadi,semuanya diciptakan berpasang-pasangan.Dalam teks Judeo-Kristian terdapat frasa Alpha Omega.Dewa-dewa Hindu terutama dalam Trimurthi juga dipasangkan dengan pasangan masing-masing bagi mencapai konsep keseimbangan dalam esoterik Hindu.Ini semua menjelaskan konsep berpasang-pasangan.



“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya,baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui” (Yasin ayat 36)

“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan (Zukhruf ayat 12)

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah”. (Adz Dzaariyaat ayat 49)

“dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan,” (An Naba’ ayat 8)

Sesuatu selain Allah s.w.t adalah bersifat berpasang-pasangan;menunjukkan aspek kelemahannya.Allah adalah Maha Tunggal dan tidak bergantung kepada konsep kesimbangan.Dia sedia ada Maha Kuat dan Teguh,keseimbangan tidak relevan kepada-Nya.Keseimbangan hanya diperlukan oleh makhluk yang diciptakannya,demi meneruskan perjuangan (survival) kewujudannya.

————————————————————————————-
*Terminologi*



Trafik

Merupakan jumlah muatan data yang ada pada sesuatu komunikasi di mana terjadi interaksi antara ‘server/provider’ dengan pengguna (user).Kod-kod yang merupakan data akan bergerak teramat laju di dalam Matrix mengikut kehendak ‘The Architect’.'Programmer’ menggunakan trafik dalam menjalankan tugas-tugas yang tertentu.Data-data di dalam trafik adakalanya dienkripsi (encyption) di mana para ‘programmer’ perlu meminta kebenaran ‘admin’ untuk membaca (decryption) data-data terbabit.Dalam dunia rangkaian (networking),para admin dan ‘hacker’ (penggodam) menggunakan perisian khas seperti Netcat dan Nmap untuk menapis dan memerangkap data di dalam trafik.Kaedah ini disebut ‘sniffing’.Di dalam Matrix,trafik ini tidak dapat dilihat dan dirasa kewujudannya oleh entiti yang berada di dalamnya melainkan setelah dibuat kajian mengenainya.Bidang sains yang mengkaji perkara ini adalah Sains Fizik dalam cabang Mekanik Kuantum.

Admin

Iaitu salah satu sifat atau peranan The Architect.Admin akan mengawal,memantau,menyelia dan menyenggara sistem yang terdapat di dalam Matrix.Aktiviti-aktiviti seperti mengakses,ubahsuai (editing),membaca data di trafik,pemasangan (installation),pemadaman (deletion) dan sebagainya hendaklah mendapat keizinan dari admin.Ini dilakukan dengan log masuk (log in) ke dalam akaun admin.Dalam hakikat sebenar ‘The Architect’lah sebagai admin yang melakukan semua aktiviti itu bukannya para ‘programmer’.



Protokol

Peraturan.Ia digunakan sebagai panduan (guideline) dalam sesuatu fungsi tertentu.Contohnya dalam dunia perkomputeran,protokol SNMP (Simple Network Management Protocol) adalah protokol yang direkabentuk untuk memberikan kemampuan kepada pengguna untuk menyelia rangkaian komputernya dari jarak jauh.Protokol biasa untuk sistem rangkaian adalah TCP/IP di mana Internet turut juga menggunakan protokol ini.Para penggodam (hacker) selalu menggunakan protokol UDP untuk menerima paket-paket data dari Trojan Horse mereka.Peralatan (hacking tool) menggodam seperti Subseven dan Netbus adakalanya dapat bertukar-tukar protokol untuk mengelirukan sistem.

Format

Rekabentuk,stail kandungan atau setup asal.Ia merupakan ciri yang telah dibuat penetapan awal.Ia adalah diset dengan ciri-ciri tertentu.Ia boleh dikembalikan (default) dengan itu ia disebut ‘reformat’.Format juga bermaksud stail kandungan di mana Matrix-Matrix adakalanya di dalam format-format yang berbeza.Entiti yang berlainan format dengan Matrix yang ingin dimasukinya boleh mengakibatkan kehancuran serta-merta.Dalam Fizik Graviti Kuantum bergabung dengan Fizik Nuklear,partikel-partikel dalam ‘string’ tertutup tidak boleh menyeberangi atau menyentuh langsung ‘membran’ yang lain.Dalam bidang Fizik Teori bergabung dengan Mekanik Kuantum,partikel dalam 3 dimensi ruang tidak boleh wujud dalam 4 dimensi ruang atau seterusnya.Jika dipaksakan akan menyebabkan perubahan susunan atom dan mengganggu struktur dalam skala besar.Ia akan termusnah atau ‘ghaib’ begitu sahaja.

Sistem

Terdiri daripada Peraturan dan Arahan.Sistem berdiri berdasarkan konsep Keseimbangan,di mana konsep ini terbina dari polariti-polariti.Kerohanian Cina menyebutnya sebagai Yin dan Yang.Semua Sistem mengandungi elemen-elemen berpasang-pasangan untuk mengekalkannya di dalam Keseimbangan.

———————————————————————————————————

Jadi,apakah sebenarnya Matrix itu?

Matrix adalah perangkap,penjara,kurungan atau apa saja sejenisnya yang membuatkan entiti di dalamnya tidak tahu apa diluarnya.

“What is the Matrix? Control”. (Morpheus -The Matrix)

Jika kita berfikir dengan cara Matrix berfikir,maka kita selamanya akan dikawal oleh Matrix yang kita berdiam di dalamnya.

“Free your mind”. (Morpheus -The Matrix)

Jadi apakah sebenarnya Matrix itu?

Di dalam penjelasan di atas terdapat ‘clue’ yang amat penting.Rahsia yang terpendam di dalam Matrix pembohong ini sekian lama.

Ia adalah ‘Ark of Covenant’ yang menanti untuk dibuka.Sebuah pintu ‘Stargate’ yang menanti untuk dimasuki.

Sudah dapat ‘clue’ itu?

Ok,ini adalah petikan yang mengandungi rahsia itu dari penjelasan di atas:

“Di antara bukti-bukti kekuasaan Allah yang luar biasa ialah dapat menghijab engkau daripada melihat kepada-Nya dengan hijab yang tiada wujudnya (yakni bayang-bayang hijab) di sisi Allah”. (Hikam)

Sudah nampak rahsianya?

Jadi,apakah sebenarnya Matrix itu?

MATRIX ADALAH HIJAB.


Bersambung ke LINK

Sumber: MISTISFILES

Isnin, 18 Februari 2013

Pengajian The Matrix - Bahagian 3

SAMBUNGAN DARI LINK


Artikel di bawah merujuk kepada Matrix manusia,iaitu Matrix di mana manusia hidup sekarang.



Ok, sekarang buka mata anda.

Lihat disekeliling anda

Apa yang anda lihat?

mungkin sebuah bilik,meja,kerusi,jam…

atau apa saja…



Bergeraklah ke luar,atau lihat melalui jendela…

Apa yang anda lihat?

Pohon,awan yang memutih,langit biru,burung-burung…(sekadar contoh, bergantung pada apa yang anda lihat sekarang)



Apakah semua ini?

Apa yang anda boleh takrifkan dengan apa yang anda lihat?

Dunia?Alam?Benda-benda?Lihat diri anda.

Lihat tangan anda.

Cubit tangan anda.

Adakah anda merasa sakit?Pergilah ke cermin.Tatap wajah anda.Adakah anda melihat diri anda di dalam cermin?

Semua yang anda lihat ini dan juga diri anda ini adalah ‘alam dunia’.Ini adalah istilah kepada model yang tradisional dan kontemporari.Ini adalah dunia nyata.Dunia yang anda lihat,anda dengar,anda hidu dan anda rasa.Ini adalah dunia realiti,dunia yang kita percaya ia wujud.Dunia yang kita percaya kita berada di dalamnya.

Apa yang menyebabkan kita PERCAYA ini adalah realiti?Mengapa kita katakan ia adalah realiti?Kerana ia nyata.

Wujud.

Ada.

“Ya, saya boleh lihat betapa birunya langit ini…ya warnanya biru”

“Oh…lembutnya kain langsir pada tingkap ini…dinding ini terasa kasar”

“Saya boleh bernafas,saya dapat merasakannya”

“What is real. How do you define real?” (Morpheus -The Matrix)

Jika kita boleh menjawab pertanyaan ini,kita akan melangkah lebih jauh ke dalam misteri ini.

Ini ada satu jigsaw puzzle.

Kita katakan semua ini adalah ‘real’ kerana kita ‘lihat’,kita ‘rasa’,kita ‘dengar’,kita ‘cium.Kita menakrifkan realiti melalui deria kita.Deria yang dibekalkan semenjak kita sadar keberadaan kita di alam dunia ini.Kita melihat melalui indra mata,kita dengar melalui indra telinga,kita cium melalui indra hidung,kita merasa dengan lidah dan kita menyentuh dengan deria pada kulit kita.KITA MENAKRIFKAN DUNIA INI BERDASARKAN INDRA-INDRA KITA.

Apa akan terjadi jika indra-indra ini tidak berfungsi?Ada rahsia penting di sini.

Kita ambil satu contoh, orang yang buta sejak lahir.Adakah dia dapat menakrifkan apakah itu warna hijau dengan tepat?Jika dia berkata “Oh ya…warna hijau seperti warna pada daun tumbuh-tumbuhan”.Nah,bagaimana dia tahu daun berwarna hijau?(bukan diberitahu oleh orang lain).Warna adalah paradoks yang hanya dapat diketahui oleh penglihatan.Kita tidak dapat menakrifkan bagaimanakah rupanya warna hijau itu selain mengaitkan dengan benda-benda.Inilah yang dinamakan RELATIF.Manusia selalu menggunakan konsep relatif (perkaitan) untuk menjelaskan apa jua takrifan yang dilihat atau diketahui dari derianya yang terbatas.

‘RELATIF’ ADALAH SATU KEMAHIRAN MANUSIA UNTUK MENJELASKAN SESUATU YANG TIDAK MAMPU UNTUK DIJELASKANNYA.

Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena di sini.Jika ada sesuatu yang tidak dapat dijelaskan oleh manusia,dia kerap membuat perkaitan (relatif).Katakan anda berpeluang melihat komodo, selepas itu anda ditanya,”macam mana rupanya komodo itu?”.Kemungkinan besar anda akan menjawab begini,”Macam mana ya?Macam mana aku nak terangkan…oh ya,rupanya macam biawak,tapi besar.Ya…macam biawak yang besar”.Ataupun ayat klise ini,”Aku seperti pernah melihatnya…tapi di mana ya?”.

Konsep Relatif

Konsep relatif ini amat popular bila dikaitkan dengan Kisah Orang Buta dengan Gajah.Si buta yang memegang ekor akan membuat relatif;gajah seperti ular.Si buta yang memegang badan gajah membuat relatif;gajah seperti tembok atau dinding,dan seterusnya.Bagaimana akhir dari cerita ini?Bagaimana kesemua orang buta ini tahu gambaran sebenar seekor gajah?

APABILA SEMUA ‘RELATIF’ MEREKA DIGABUNGKAN MENJADI SATU.

Sejauh mana konsep relatif ini digunapakai oleh manusia?Selagi pengetahuan meningkat sedikit demi sedikit.Sesuatu yang belum mampu untuk dijelaskan oleh manusia,otak manusia akan automatik mencari item di dalam pangkalan datanya untuk dibuat relatif.Jika tidak dapat menemuinya,di sini…ya di sinilah manusia akan menganggap sesuatu itu aneh,ganjil dan luar biasa.Otak pun automatik akan menambahnya sebagai item baru ke dalam pangkalan datanya.Inilah proses pemikiran manusia,sentiasa bermain dengan relativiti di dalam Matrix dunia yang misteri ini.

Sejauh itu?

Tidak,tidak SETAKAT ITU…

Semua pernyataan di atas menerangkan satu rahsia yang berjalan di sebalik Matrix dunia ini.Ia ibarat ‘pandora box’ yang menunggu masa terbuka.

“I hate this place, this zoo, this prison, this reality, whatever you want to call it”.
(Agent Smith -The Matrix)

Manusia sebenarnya HIDUP DI ATAS RELATIF-RELATIF.Tanpa relatif,manusia tidak dapat membayangkan apakah dia dunia yang dilihatnya.Tanpa relatif,minda tidak dapat memproses maklumat dan data-data yang masuk ke dalamnya.Akhirnya manusia tidak dapat memahami apakah dunia ini,apakah benda yang dilihat,dirasa,dihidu,didengar atau disentuhnya.Manusia tadi akan menjadi gila.Kelakuannya akan menjadi tidak siuman dan akhirnya MATI DALAM KEADAAN KELIRU.

FIKIR…FIKIR…

Manusia yang pernah merasai nikmat kasih sayang,tiba-tiba dipukul,ditengking,dimalukan,dihina dan sebagainya akan merasa kurang nyaman.Dia akan merasa tergugat.Emosinya terganggu.Hormon-hormon di dalam badannya bertindakbalas…dan akhirnya air matanya tidak dapat ditahan lagi.

Dia pun menangis.

Manusia yang selama hidupnya sendirian.Sering disisihkan,dihina dan dilecehkan.Tiada siapa mempedulikan dia,malah diejek dan dipukul.Kebencian adalah dunianya apatah lagi kasih sayang…

Suatu hari seorang gadis misteri asyik merenungnya…

Dan si gadis pun menghadiahkan sesuatu yang dinamakan ‘CINTA’

Agaknya apa yang terjadi kepada manusia tadi?

Dia akan terasa seolah-olah mendapat ‘Pencerahan Agung’!

INILAH KUASA RELATIF

Kita tidak dapat merasai nikmatnya sebutir nasi,sehinggalah kemarau tiba dan tiada nasi untuk dimakan.Kita tidak sedar betapa nikmatnya gigi yang diciptakan sehinggalah gigi kita semuanya luruh.Kita tidak terasa pun nikmat tubuh badan yang sihat,sehingga kita jatuh sakit dan merengek-rengek kepada Tuhan:

“Tuhan,aku sakit…”

RELATIF ADALAH RAHSIA BAGAIMANA MINDA SEDAR BEKERJA.

Merelatifkan sesuatu adalah kemahiran (skill) yang digunakan oleh minda sedar kita.Ia adalah bahasa pengaturcaraan (programming language) kepada antaramuka (interface) minda sedar dan deria-deria.TANPA KEMAHIRAN INI MINDA SEDAR TIDAK DAPAT MEMAHAMI DERIA DAN MENGGUNAKAN DERIA.

“Dan demikanlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: “berapa lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab : “kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke Bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal, kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia beramah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di Bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapa pun menyedari akan hal kau.” (surah Al-Kahfi:19)

Titik kepada kewujudan konsep relatif ini terbongkar jika dua manusia melihat objek yang sama tetapi menjelaskannya dengan pandangan yang berbeza.Inilah dia yang dimaksudkan dalam Kisah Orang Buta dengan Gajah.

“Sekiranya benda yang sama boleh menjadi merah dan panas bagi sesetengah orang dan sebaliknya bagi setengah yang lain, ini bermakna bahawa kita adalah berada di bawah pengaruh kekeliruan dan ‘benda’ itu hanya wujud di dalam minda kita”. (George Berkeley)

Dari relatif manusia membina kemahiran lain yang dikenal sebagai PENGALAMAN.Pengalaman adalah gabungan dua atau lebih entiti relatif di dalam proses minda sedar manusia.Kesimpulannya,manusia hidup di dalam dunia relatif.Relatif adalah rahsia kewujudan Matrix di mana manusia berhidup sekarang.

“Untuk memahami struktur dan pergerakan alam semesta secara keseluruhan, maka kita harus memahami interaksi antara partikel. Penelitian ini akan menghubungkan kita kepada alam sub-atomik” (Fizik Kuantum)

Sejak beratus-ratus tahun yang lalu manusia mencari rahsia alam ini.Manusia mencari apakah benar bumi ini leper?Bagaimana sebenar dunia ini berbentuk?Mengapa kapal-kapal yang berlayar tidak jatuh di hujung dunia?Teks-teks kerohanian tertentu mengatakan bumi ini terletak di atas seekor lembu.Dalam kepercayaan yang lain pula,apabila terjadi gerhana matahari,mereka mengatakan seekor naga menelan matahari tadi.Adakah anda melihat ini sesuatu yang lucu?

SEBENARNYA MEREKA SEDANG MEMBUAT RELATIF-RELATIF.Itulah cara berfikir manusia.Mereka cuba hendak memahami fenomena yang terjadi di dunia ini.

MEREKA CUBA HENDAK MENERANGKAN APAKAH DIA DUNIA YANG MEREKA BERHIDUP SEKARANG.

Jadi sejauh manakah relatifnya dunia ini?

KESEMUANYA.Kesemuanya adalah relatif.Tiada satu pun yang dapat diterangkan oleh manusia yang lemah ini.Deria hanyalah alat (device) untuk menjana relatif-relatif.BUKAN MENJELASKAN HAKIKAT SESUATU.Manusia memahami berdasarkan relatif-relatif.Jika deria anda menyatakan sesuatu itu relatif ke A maka itulah yang anda percaya.JIka deria anda menyatakan sesuatu itu relatif B,maka sesuatu itu adalah B.

Matrix ialah bergantung kepada APA YANG ANDA PERCAYA.

Inilah asas dan rahsia kepada Teori Relativiti oleh Albert Einstein.

Relativiti

Tidak perlu anda tahu apakah dia rumus-rumus,pekali,konstan,jalan kerja matematik dan apa jua teknikal dalam Teori Relativiti.Albert Einstein telah lama menemui keganjilan ini (anomalies) ketika menghabiskan kertas kerjanya berkenaan Teori Relativity.(teori ini sebenarnya bukan idea mutlak Einstein,sebelum itu ramai saintis telah menemui keganjilan ini termasuklah Nikola Tesla).

Inilah rahsia yang ditemui oleh Einstein,dan ini juga menerangkan mengapa dia bermati-matian ingin mencari satu rumus yang menerangkan hakikat kewujudan dunia ini.Hakikat yang menerangkan semua hukum fizik,yakni satu rumus yang dapat menggabungkan kesemua elemen Fizik,di mana Teori Relativiti jauh lagi dari ‘kesempurnaan’.Terdapat banyak persoalan fizik dan matematik yang tidak dapat dijawabnya.Rumus inilah digelarnya Unified Field (mula diperkenalkan oleh Nikola Tesla).Namun sehinggalah kematiannya,dia tidak dapat menyelesaikannya dan menjawab semua keanehan ini,bahawa;

“SIFAT-SIFAT OBJEK ADALAH RELATIF KEPADA PEMERHATI”
-Fizik Kuantum

Usahanya disambung oleh saintis-saintis selepasnya hingga ke hari ini.Hari ini mereka menamakannya M-Theory merujuk kepada ‘Theory of Everything’.Pengasas kepada M-Theory adalah Edward Witten,seorang yang diakui amat genius ketika usia muda.Jadi,mereka akan terus mencari dan mencari hakikat ketidakwujudan alam ini.’Theory of Everything’ akhirnya menjadi ‘Theory of Nothing’.

Anehnya,Edward Witten tidak memberitahu apakah yang diwakili oleh huruf ‘M’ itu.(anda dapat menekanya?)

Di sini terdapat peti menyimpan rahsia.Ia ibarat ‘Ark of Covenant’ dalam dunia Sains Fizik.

MANUSIA PURBA YANG MEMBUAT RELATIF ‘NAGA MENELAN MATAHARI’ untuk menerangkan kejadian gerhana,berfikir dengan cara yang sama ketika EINSTEIN MEMBUAT RELATIF;”BENDA DAN TENAGA ADALAH RELATIF DAN CAHAYA ADALAH KONSTAN” untuk menerangkan fenomena hubungan benda dan tenaga.

Perbezaannya,adalah tingkat pengetahuan.Semakin tinggi tingkat pengetahuan manusia,semakin berubah gaya dan cara relatif dibuat.YANG PENTING DI SINI RELATIF TETAP WUJUD,DAN SELAMANYA MANUSIA TIDAK AKAN DAPAT MENCAPAI HAKIKAT KEWUJUDAN ALAM BENDA.

Teori Relativiti secara umum terbahagi kepada dua,Relativiti Khas (Special Relativity) dan Relativiti Umum (General Relativity), di mana Einstein sendiri tidak berani menyatakan teorinya adalah ‘segalanya’ atau ‘hakikat’ tetapi tetap meletakkan perkataan ‘Relativiti’ pada teorinya.JIKA MANUSIA BERFIKIR KEHIDUPANNYA BERDASARKAN MATERIAL SEMATA-MATA,DIA AKAN MENEMUI BAHAWA HIDUPNYA SEKADAR KERELATIFAN SEMATA-MATA.

“this,this isn’t real?” (Neo -The Matrix)

Tetapi jika manusia berfikir kehidupannya dari sudut yang lain…

Jadi saya dan anda boleh bertanya kepada diri sendiri,

“APA ERTI HIDUP INI?ADAKAH APA YANG AKU LIHAT INI HAKIKAT YANG SEBENARNYA”.

Selama beribu-ribu tahun manusia mencari erti hidup ini.Ada yang mencarinya di tengah-tengah kehausan dan penderitaan.Ada yang mencarinya di celah-celah emas dan permata.Ada yang mencarinya di tempat-tempat sunyi,di dalam gua di puncak-puncak gunung.Ada yang berlapar dahaga dan menyeksa diri.

Kesimpulan

Jadi,pelajaran yang pertama di sini adalah:KITA HIDUP DI DALAM MATRIX.

Pengetahuan ini membawa kepada pelajaran lain:BAHAWA MATRIX INI TERDIRI DARI RELATIF-RELATIF.Tiada hakikat sebenarnya.

Spoon boy: Do not try and bend the spoon. That’s impossible. Instead only try to realize the truth.
Neo: What truth?
Spoon boy: There is no spoon.(The Matrix)

Matrix ini adalah dunia yang palsu dan menipu.Tiada apa sebenarnya.Tiada rumus matematik dan fizik yang dapat menunjukkan Matrix ini abadi,wujud,realiti dan hakikat.Semua rumus matematik dan fizik menjelaskan dunia ini relatif,terdiri daripada polariti yang bertentangan,memerlukan keadaan seimbang,sebab dan akibat,ketidakpastian (uncertainty) dan sebagainya,semuanya menunjukkan dunia Matrix ini mempunyai kelemahan,boleh termusnah dan bersifat sementara.

“Perhatikan,segala sesuatu selain Allah adalah palsu belaka”. (Hikam)

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertaqwa, (maka) Allah akan memberikan pahala kepadamu, dan Dia tidak meminta harta-hartamu”. (surah Muhammad ayat 36)

———————————————————————————————————————–

Mungkin ini masa yang sesuai untuk kita raikan bersama:

“SELAMAT DATANG KE DUNIA MATRIX”

Jika anda sudah faham,kami ucapkan tahniah

“Congratulations”. (Neo -Matrix Reloaded)

Selepas ini jika ada orang bertanya kepada anda,

“Apa yang ada di dalam Matrix?”.......


Bersambung

Sumber: MISTISFILES

SUB TOPIK:

Repost : Kita Tak Wujud pun..We are not real (artikel ini telah terbit pada 28 June 2011)

Assalamualaikum,

Sedar atau tidak, kita semua dan apa jua yang kita dapat lihat, dengar, pandang dan ketahui diseluruh alam semesta ini sebenarnya tidak wujud.

Hanya ALLAH SWT sahaja yang Maha Wujud dengan sebenar-benarnya.

Apa yang kita lihat, sentuh, rasa dan sebagainya ini hanyalah satu keadaan 'wujud sementara' yang mana RAMAI manusia tidak mahu memikirkannya dan menganggap dunia ini satu tempat untuk berlumba-lumba mencari kesenangan, kemewahan, kuasa dan segalanya sedangkan sebenarnya segalanya ini hanyalah sesuatu yang 'tidak real'

How does you define REAL?.. adakah dengan mengetuk meja dan mendengar bunyinya maka anda merasakan meja itu benar-benar berada didepan anda? Atau otak anda yang memberikan anda maklumat terhadap apa yang anda rasakan itu.

Apakah kesakitan yang anda rasa bila kaki anda luka itu menunjukkan anda wujud? mengapakah kebanyakkan kes, seseorang yang luka dan berdarah TIDAK MERASAKAN kesakitan, jika dia tidak mengetahuinya., DAN HANYA MERASAKAN kesakitan itu apabila diberitahu oleh orang lain. Iaitu setelah otak anda mengesahkan anda luka dan ianya sesuatu yang sakit.

Dapatkah anda mendefinisikan tentang WARNA?..apakah itu warna kuning?..anda hanya dapat melihatnya, bolehkah anda menyentuhnya atau merasainya? apa yang anda sentuh itu adalah dinding batu atau kain fabrik berwarna kuning, bukan warnanya.

Sesungguhnya, segala apa yang manusia kejar, nikmati dan kecapi hanyalah sesuatu yang tidak wujud, tidak real, termasuk diri manusia itu sendiri. Kita hanya muncul dalam bentuk penciptaan sementara di atas KESUDIAN dan KEIZINAN dari ALLAH SWT Yang Maha Wujud lagi Maha Pencipta.

1. Firman Allah:

"Hai sekalian manusia, sesungguhnya janji Allah itu adalah benar. Maka dari itu, janganlah engkau semua tertipu oleh kehidupan dunia ini dan janganlah sekali-kali kepercayaanmu kepada Allah itu tertipu oleh sesuatu yang amat pandai menipu." (Al-Fathir: 5)

2. "Dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan senda-gurau dan permainan belaka dan sesungguhnya perumahan akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya, jikalau mereka mengetahui." (al-Ankabut: 64)

3."..dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan hanyalah kesenangan tipuan belaka." (al-Hadid: 20)


Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

'Dunia ini langsung tidak menyamai berat sebelah sayap seekor nyamuk nilainya di sisi Allah Ta'ala'.

Kita dan seluruh alam semesta adalah terdiri dari himpunan tenaga yang bergetar (sentiasa berzikir kalimah : La'ilahaillalah) iaitu atom (zarah), dan membentuk jasad, dan segala yang kita lihat ini.

Menurut kajian sains, setiap objek adalah terdiri daripada molekul. Molekul ini pula terdiri dari atom – atom. Dibahagian tengah atom ini terdapat nukleus. Nukleus ini terbentuk dari proton dan neutron. Elektron pula berputar mengelilingi nukleus (Bergetar;Berzikir) .Apa yang kita perlu faham adalah bahawa lebih 99 peratus dari atom ini adalah ruang kosong. Nukleus membentuk tidak sampai dari 1 peratus dari isipadu atom. Jika anda tidak faham yang diatas tidak mengapa. Apa yang anda perlu faham adalah lebih 99 peratus dari atom adalah ruang kosong. Atom adalah asas setiap objek dalam dunia termasuk manusia..Jadi setiap objek termasuk manusia merupakan lebih 99 peratus ruang kosong. Setiap objek termasuk manusia adalah terdiri dari tenaga.

Anthony Robbins, seorang pakar motivasi terulung dari Barat menerangkan perkara ini dengan ringkas. Katakan ada sebuah kerusi. Jika tiada sesiapapun yang memberi perhatian kepada kerusi ini, ia akan tidak wujud lagi. Ia akan bertukar menjadi tenaga sepenuhnya. Bila ada seseorang yang memberi perhatian atau berfikir tentang kerusi ini, ia akan menggumpal dan menjadi kerusi kembali. Ini adalah mungkin, kerana kerusi tadi adalah 99 peratus ruang kosong. Perkara yang menjadikan kerusi tadi wujud adalah perhatian yang diberikan oleh seseorang . Jadi jika tiada seorang pun yang memberikan perhatian, maka kerusi tidak akan wujud sebagai objek. Ia hanya akan wujud sebagai tenaga.





"The MIND is actually something that is really shaping the very thing in our life"

Minda dan pemikiran yang dianugerahkan oleh Allah yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan segala sesuatu dalam kehidupan kita. Tanpa adanya pemerhatian dan penghantaran frekuensi dari minda terhadap sesuatu objek itu, maka objek itu tidak wujud sebagai objek, tetapi hanya tinggal sebagai tenaga. Lantaran itu, didalam kes yang kesakitan yang disebutkan diatas, seseorang tidak merasakan kesakitan selagi otaknya belum mengesahkan bahawa dia luka.


Oleh itu, kita hanya akan benar-benar wujud dalam bentuk yang sempurna HANYA DIAKHIRAT kelak, yang mana kita tidak lagi terikat dengan MASA. (Adakah masa dan linear sudah tidak relevan lagi disana, hanya Allah Yang Maha Mengetahui)

Anda dan Ibubapa atau Moyang anda sebenarnya sama sebaya, cuma dilahirkan kedunia mengikut tarikh dan waktu yang berlainan, yang menyebabkan berlakunya perbezaan usia, kerana didunia kita hidup sekarang ini, segalanya sangat tertakluk dan terikat dengan masa dan linear. Maka kerana itu terdapat awal dan akhir, tua dan muda. Bukankah diberitakan bahawa diakhirat kelak sekalian manusia adalah berusia sebaya belia dalam linkungan 30'an.

Saya hanya ingin berkongsi dan mengingatkan diri saya sendiri, bahawa segala yang kita kejari dan ingin miliki didunia ini hanyalah sesuatu 'yang bersifat sementara' dan tidak real, oleh itu janganlah merasa terlalu KECEWA dengan apa yang telah dilalui, umpamanya kehilangan seseorang yang amat dikasihi, kegagalan memiliki sesuatu yang sangat ingin dimiliki, dan sebagainya kerana segalanya itu bukannya 'real' dan wujud. Juga saya ingin berkongsi bahawa jika TANAH, NEGARA dan BANGSA dan KUASA POLITIK semata-mata yang kita ingin PENTINGKAN dan PERJUANGKAN, itu semua hanyalah sesuatu yang sementara dan tidak wujud sebenarnya. Akan tetapi, jika kita memperjuangkan UGAMA (KEIMANAN) maka itulah yang kekal dan benar-benar wujud.

Seorang ahli sufi pernah mengatakan:

Ya Allah, sesungguhnya, ghaib aku dalam wujudMu...

Dan akhirkata, bersyukurlah dengan satu kesedaran yang amat tinggi diatas KESUDIAN ALLAH SWT menciptakan :.................... (masukkan nama anda beserta bin/binti anda) sebagai salah satu dari makhluknya yang memiliki apa yang anda kecapi hari ini dan juga memiliki perkara-perkara yang mungkin tidak anda sedari dan ketahui. Dan kita akan kembali ke tempat asal kita mengadap Allah SWT Maha Pencipta dengan segala apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita didalam kehidupan sementara yang tidak 'real'( hanya tipuan semata) ini. Hentikanlah segala fitnah-memfitnah, kutuk mengutuk, kezaliman, penyelewengan kuasa, rasuah, jenayah dan sebagainya, kerana segalanya itu hanyalah sesuatu yang tidak wujud dan tidak 'real' sebenarnya.

Wallahuaklam


BERSAMBUNG KE LINK

Ahad, 17 Februari 2013

Pengajian The Matrix - Bahagian 2

SAMBUNGAN DARI LINK

Terminologi Dalam Masalah Matrix



Peringatan

Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh, kitab Sirus Salikin dan kitab Hikam.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles coba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.

“You take the red pill, you stay in Wonderland, and I show you how deep the rabbit hole goes”
(Morpheus -The Matrix)

Dalam membahas masalah di dalam Matrix,perlu diketahui dahulu istilah-istilah yang terlibat dalam perbahasan Matrix ini.Kelak apabila kita ‘mengembara’ ke dalam dunia Matrix ini lebih jauh,kita tidaklah tertanya-tanya istilah atau pengertian yang aneyang memungkinkan kita sesat atau ditangkap oleh ‘ejen-ejen’ (rujuk ejen Smith) yang memang mencari mangsa untuk dikelirukan secukupnya.

“Pengajian The Matrix”

The Matrix adalah sekadar model untuk menerangkan masalah kerohanian dan pengetahuan Kuantum peringkat tinggi,dimana sebelum ditemui model ‘The Matrix’,para guru kerohanian,nabi-nabi,ahli sufi,orang-orang suci,para rishi,arahat,sami dan pendeta telah coba mengungkapkan rahsia kehidupan melalui perbagai model untuk memudahkan orang awam memahaminya sebagai contoh,’sarung’,'moksha’,'nirvana’,'reinkarnasi’,'karma’,'samsara,’pakaian’,'perut burung’,'karung’ dan sebagainya untuk mewakili bagian-bagian dalam masalah alam fizikal dan alam ghaib.Semakin tinggi pengetahuan manusia mengenai alam benda di sekelilingnya maka makin berubah dan makin mudah manusia MENGAITKAN masalah kerohanian dengan benda atau pun peralatan yang mereka biasa atau gunakan sehari-hari.

Model The Matrix mengambil perkakasan komputer sebagai asas pemahaman.Di dalam pengajian The Matrix,anda akan bertemu dengan istilah-istilah seperti kerangka utama (mainframe),port,plug in/plug out,hack,virus,trojan,reformat,virtual reality,program dan lain-lain.

“The Matrix”

Matrix sebenarnya suatu istilah umum,yang merujuk kepada dua kategori

*ruang fizikal di luar pikiran
*ruang esoterik di dalam pikiran

Ruang fizikal di luar pikiran ialah ruang-masa yang kita hidup sekarang.Ruang yang kita TAHU melalui indera kita;kita dapat lihat ia,rasakan,hirup/cium dan dengar.Ia adalah dunia fizikal yang kita rasakan sekarang ini.Perlu diketahui,di dalam teks-teks kerohanian tidak kira dari sumber Islam atau non-Islam,ada dicatatkan kewujudan perbagai alam dalam perbagai istilah seperti ‘kayangan’,'tusita’,'jabarut’ dan sebagainya.Di dalam kajian Fizik Kuantum dan Fizik Teori,alam yang kita rasakan sekarang adalah berbentuk 3 dimensi ruang dan 1 dimensi masa (3D-panjang,lebar,dalam).Jadi sudah tentu terdapat ruang dua dimensi (panjang,lebar) dan 1 dimensi (satu garisan).Dalam pada itu terdapat juga ruang yang lebih tinggi dari ruang 3 dimensi;4 dimensi,5 dimensi dan seterusnya di mana kajian Fizik Kuantum yang bergabung dengan Teori Kuantum-Graviti telah menjumpai keseluruhan jumlah dimensi adalah berjumlah 11 dimensi ruangmasa setakat ini (seterusnya akan dibincangkan di bawah silibus “Matrix Lebih Tinggi” serta “Hubungan Matrix dan Dimensi”)

Ringkasnya,dalam kata lain yang lebih sederhana,Matrix bermaksud ‘alam-alam’

Ruang esoterik di dalam pikiran merujuk kepada pengetahuan yang lebih tinggi dan abstrak.Subjek ini akan membincangkan perkaitan antara dunia fizikal dan rahsia pikiran.Masalah ‘Ruang di dalam pikiran” adakalanya berselisih (distort) dengan masalah ‘Ruang di luar pikiran’ tetapi jika diperhalusi,keduanya saling melengkapi dan menjelaskan kewujudan mereka masing-masing.Telah diketahui turun-temurun bahawa pikiran adalah entiti yang paling misteri di mana guru-guru kerohanian timur ada menerangkan mengenai ‘pikiran’ dan ‘tubuh’ yang terperincinya terdapat dalam ’3 Jenis Diri’:

-Diri Sendiri
-Diri Tersakiti
-Diri Sebenar Diri

Ini adalah salah satu definisi popular di mana konsep ini telah dikenali dengan perbagai istilah mengikut aliran kerohanian tertentu.Kaitan ‘pikiran’ dan ‘tubuh’ adalah misteri yang amat digemari dan dibahaskan selama beribu-ribu tahun oleh perbagai agama-agama besar,pendiri-pendiri aliran kerohanian,para pengkaji dan pakar-pakar perubahan di seluruh dunia.Di hujung pengembaraan nanti akhirnya dapat ditemui rahsia paling penting;bahawa sebenarnya segala sesuatu itu BUKANLAH DI LUAR PIKIRAN TETAPI DI DALAM PIKIRAN.

“The One”

Istilah ini merujuk kepada orang-orang pilihan Tuhan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan ini.Orang-orang ini kerap disebut sebagai nabi,orang suci,peramal,pendeta agung,maitreya,avatar dan sebagainya biasanya merupakan orang yang disegani dari segi akhlak dan sikap yang terpuji.‘The One’ bukanlah orang yang mewar-warkan dirinya sebagai nabi atau utusan Tuhan melainkan setelah diarahkan begitu.Mereka sendiri tidak tahu pada awalnya bahawa diri mereka terpilih sehinggalah diberitahu secara wahyu,ilham atau cara-cara tertentu.’The One’ tidak suka orang disekelilingnya terlalu menyanjung dirinya.Mereka ini biasanya berperawakan tampan,bertubuh tegap dengan ketinggian yang optimum,berwajah manis dan menawan,tutur kata yang elok dan ada aura dan karisma diri.Ini penting untuk memudahkan para pengikut mereka mengikuti ajaran-ajaran mereka dengan rela dan konsisten.

“Plug in/Plug out”

‘Plug in’ bermaksud dilahirkan di dalam ‘Matrix’ terutamanya Matrix yang manusia hidup,mencari pilihan dan membuat pilihan.’Plug in’ juga bermaksud masuk ke dalam kesedaran yang lebih tinggi.Proses teknikal dalam penukaran antara Matrix juga disebut ‘plug in’.

‘Plug out’ pula bermaksud dimatikan dalam Matrix yang sedang dialami.Ia juga bermaksud dikeluarkan dari Matrix.’Plug out’ adalah simbol kepada ‘kematian’,'pengakhiran’ atau ‘selesai’.Proses teknikal dalam penukaran antara Matrix juga disebut ‘plug out’.

“‘The Source’

The Source adalah sumber segala sesuatu.Dalam terminologi Matrix,The Source adalah sumber untuk membina kode-kode program di mana dalam hal ini ia digelar ‘source code’.Dalam tafsiran kerohanian tradisional,ia adalah mewakili sumber segala kejadian dan penciptaan makhluk.Ia juga digelar ‘supermind’,'overmind’ dan ‘The Mind’.Setiap pikiran manusia berhubung dengan ‘Mind’ ini.’The Source’ seringkali berhubungan dengan satu lagi entiti yaitu ‘The Architect’.Sesetengah kerohanian terutamanya dari Barat memisahkan ‘The Architect’ dengan ‘The Source’.Tetapi dalam disiplin kerohanian Sufism (tasawuf),’The Source’ itu adalah ‘The Architect’.

‘The Architect’

The Architect adalah entiti yang membina Matrix;segala Matrix yang ada.Dialah yang menyusun program dan mengatur segala kode,trafik,protokol,port,format,codec,komunikasi dan lain-lain di dalam Matrix.Dialah yang menghidupkan program,mematikan program (shut down),memasukkan program serta mengeluarkan program.Dia juga yang menentukan jumlah program yang berjalan,protokol yang digunakan dan masa yang dihabiskan (‘The Architect’ tidak tertakluk pada ‘masa’ kerana ‘masa’ juga adalah sebuah program).’The Architect’ juga bersikap seperti pengaturcara (programmer).Dalam tafsiran kerohanian dan mungkin saja istilah yang biasa difahami manusia umum,’The Architect’ ini adalah apa yang digelar Maha Pencipta;Tuhan,’God’,'Lord’ dan sebagainya.

Firman Allah s.w.t:

وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

Maksudnya: “dan Allah jua yang menciptakan kamu dan (mencipta)apa yang kamu lakukan” [Al-Saffat: 96].


‘Programmer’

Pengaturcara.yaitu entiti yang tugasnya menyusun program yang berjalan di dalam Matrix.Setiap program ada pengatur cara yang menjaganya.’Programmer’ tidak dapat melaksanakan program tanpa ‘The Source’.Dari sinilah dia mendapat sumber kode untuk menjalankan tugasnya.’Programmer’ yang sebenar adalah ‘The Architect’ kerana dialah yang sebenarnya mempunyai kata kunci (password) untuk semua ‘source code’ dan tidak ada seorang pun ‘programmer’ yang dapat mengakses ‘mainframe’ (kerangka utama) kepada ‘source code’ ini tanpa keizinannya.Tetapi ‘The Architech’ telah membina ‘programmer-programmer’ yang lain,sebagai menunjukkan kebijaksanaannya dan kehebatannya mencipta (bukan untuk membantunya atau menunjukkan kelemahannya).Setiap parameter program dikawal oleh ‘programmer’ ini.Sebagai contoh,dalam dunia realiti manusia,setiap perjalanan material fizik mempunyai ukuran-ukuran tertentu untuk mampu berjalan lancar.Manusia dan benda-benda mampu bergerak stabil di atas bumi kerana dibekalkan dengan daya graviti yang mempunyai ukuran tertentu.Begitu juga jumlah titisan hujan yang turun,burung-burung yang terbang,pohon-pohon yang bergoyang dan kadar desibel guruh di langit juga kadar haba yang dipancarkan matahari,mempunyai parameter-parameter yang disedia oleh para ‘programmer’ ini.SETIAP SATU MEMPUNYAI UKURAN TERTENTU MENUNJUKKAN IA ADALAH DICIPTA,BUKAN TERJADI DENGAN SENDIRINYA.Dalam tafsiran yang sederhana dari disiplin kerohanian,para ‘programmer’ ini adalah para malaikat yang menjalankan perbagai tugas di semua Matrix yang dibenarkan khasnya Matrix yang manusia hidup sekarang.Setiap titisan hujan ada malaikat yang menjaganya.Begitu juga elektron-elektron yang berputar-berputar di orbitnya,setiap satu ada malaikat yang mengawalnya. Maha Suci Tuhan.

Sabda Nabi s.a.w:

“كتب الله مقادير الخلائق قبل أن يخلق السموات والأرض بخمسين ألف سنة وعرشه على الماء”

Maksudnya:
“Allah s.w.t telah menulis takdir makhluk sebelum Dia mencipta langit-langit dan bumi dalam jarak 50 ribu tahun dan Arasy-Nya berada di atas air”. [Muslim].






‘Program’Yaitu rancangan-rancangan,fasiliti,tema,peristiwa,subjek/objek dan sebagainya yang berjalan di dalam Matrix.Program adalah struktur kepada Matrix.Tanpa program,Matrix adalah satu ruang kosong yang menjemukan.Tiada apa-apa,Nothing.Program terdiri dari beratus-ratus,beribu hingga infiniti kode-kod yang diambil dari ‘The Source’ di ‘mainframe’.Kode-kode ini disusun menjadi parameter-parameter,peraturan perisian,masa dan struktur lain sehingga menjelma menjadi program.Setiap entiti yang wujud termasuk para ‘programmer’ itu sendiri adalah ‘program’.Segalanya ‘program’ sehingga Matrix pun merupakan ‘program’ yang dicipta.Hanya ‘The Architect’ saja bukan ‘program’.Dia adalah entiti yang memegang peranan ‘The Architect’,'The Source’ dan ‘Programmer’ sekaligus.Dalam tafsiran kerohanian tradisional,’program’ ini merujuk kepada makhluk,yaitu YANG DICIPTAKAN.Makhluk bukan saja bermakna yang bernyawa saja,tetapi juga yang tidak bernyawa.Kucing,sudu,pinggan,nasi goreng,tahi cicak,kambing,bantal busuk,komputer,matahari,Nebula Ketam,galaksi,elektron,proton,quark,bozon dan sebagainya adalah ‘program’,iaitu makhluk yang diciptakan.Makhluk diciptakan oleh Khaliq iaitu PENCIPTA.’Program’ berasal dari kode-kod eyang disusun,di mana kode-kode itu pula diambil dari ‘The Source’ yang bertempat di ‘mainframe’.




‘Mainframe’Kerangka utama.yaitu tempat dimana kode-kode disimpan dan dikawal rapi.’Mainframe’ bertempat di luar kode biasa Matrix dan mempunyai katakunci (password) yang teramat rahsia untuk memasukinya.’Mainframe’ menyimpan segala kode di dalam ‘memori’ nya yang khas.Tidak diketahui secara jelas adakah terdapat ‘programmer’ yang dapat mengaksesnya (apa pun dengan kebenaran ‘The Architect’) tetapi terdapat ‘The One’ yang dapat mencapai akses ke ‘mainframe’.

Di dalam tafsiran kerohanian (sufism) ‘mainframe’ mewakili Lauh Mahfuz yang menyimpan ‘Kitab Yang Terpelihara’ iaitu berisi pengetahuan yang lepas,kini dan akan datang.

Firman Allah:
" Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab ( Lauh Mahfuz ) yang terang nyata." (Al-An'aam :59)

“dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata”. [Yasin: 12]

———————————————————————————————————–

Setakat ini dahulu MistisFiles memberikan definisi istilah-istilah yang dipakai dalam model kerohanian The Matrix.Istilah-istilah di atas adalah istilah dalam kategori asas yang perlu di beri penjelasan dahulu.Terdapat berpuluh-puluh lagi istilah tetapi lebih mudah kalau diterangkan istilah itu bersama-sama artikel kerana istilah-istilah ini lebih bersifat rumit dan mungkin akan menimbulkan anggapan negatif dari pembaca.

Anda sudah faham sekarang?Ok,sebelum memasuki ‘Matrix’,kami ingin memberitahu anda beberapa perkara.

Kita semua adalah pengemis kebenaran.Kita semua dilahirkan di dalam penjara. PENJARA PIKIRAN yang TIDAK berbau atau dapat dirasa,didengar dan dilihat.Ia adalah penjara yang sunyi sepi,gelap dan kosong.Malangnya,tidak seorang pun yang dapat memberitahu anda setepatnya apakah Matrix itu.Anda DAPAT CARI DAN KAJI SENDIRI.Ini adalah peluang anda yang terakhir,selepas ini tiada ruang untuk KEMBALI.Di sini ada dua biji pil;merah dan biru.

Anda ambil pil biru,semua cerita akan berakhir di sini;anda akan bangun dari tidur dan anda percaya apa yang anda ingin percaya.

Anda ambil pil merah,anda akan tetap di dunia yang benar-benar menakjubkan…kami jamin, dan kami akan bawa anda sedalam mana ‘lubang sang arnab’ itu pergi.

INGAT!Apa yang kami tawarkan di sini adalah bertujuan untuk mencari kebenaran semata-mata,tiada niat yang lain.

Bersambung ke LINK




Sumber: MISTISFILES

Rabu, 6 Februari 2013

Pengajian The Matrix - Bahagian 1

SAMBUNGAN DARI LINK


Perhatikan dan renungkan sedalam-dalamnya maksud Firman Allah ini:

Firman Allah:

Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala NAMA BENDA-BENDA dan KEGUNAANNYA, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman:

"Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar".

Malaikat itu menjawab: "Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.


(Al-Baqarah : 31-34)

Apa yang dapat kita fahami dari ayat-ayat diatas? Apakah yang dimaksudkan nama-nama, benda-benda dan kegunaannya itu?

Semuanya itu adalah apa yang kita semua (anak adam) ada, guna dan lihat dari zaman awal manusia dibumi hingga ke hari ini dan hingga ke hari kiamat. Segala apa yang diperlukan oleh manusia telah pun Allah sediakan dan ajarkan kepada Nabi Adam A.S sebagai manusia pertama, dan dari sinilah segala pengetahuan yang diajarkan itu dan diimplantkan kedalam DNA Adam a.s untuk dipusakai oleh sekelian zuriat keturunannya(manusia bani Adam). (sedutan dari artikel Hukum Kelimpahan 1)

....................................


Apakah Matrix itu? Matematik? MLM? atau Kad Matriks?




Matrix ialah bergantung kepada APA YANG ANDA PERCAYA.

Bagaimana rupanya? Apa yang ada di dalamnya?

Lama sebelum filem The Matrix yang pertama ditayangkan dinegar-negara seluruh dunia,beberapa kelompok pemikir dari kalangan Barat telah menemui sedikit kenyataan serta hakikat sebenar dari dunia dan alam kehidupan yang manusia alami.Kelompok pemikir ini telah mengkaji dari berbagai sumber;dan di sana ada dua sumber utama yang menjadi tunjangan kepada pengetahuan The Matrix,esoterik Hindu dan satu lagi sumber yang mereka rahsiakan kepada umum.

Asas kepada pengetahuan yang mereka gali dari kerohanian di dunia sebelah Timur inilah yang menjadi kuasa kepada pergerakan New Age dan Theosofi.

Selama beratus tahun sebelum pergerakan New Age wujud,berbagai aliran kerohanian telah muncul bak cendawan selepas hujan di beberapa bahagian Eropah.Rosicrusian,Martinism,Gnostic,Cathars dan banyak lagi termasuk pergerakan ‘illumination’ dan berasaskan Kabbalah yang berkembang selaras dengan pertembungan budaya Barat-Timur sama ada berpunca dari kegiatan perdagangan mahupun peperangan.Para pendiri aliran-aliran kerohanian ini telah mengembara ke seluruh pelosok dunia Timur;di mana dapat dipecahkan kepada dua destinasi utama sumber ajaran kerohanian dunia, Timur Tengah dan Indo-Asia.Mereka telah berguru dengan berbagai guru kerohanian Timur;shaman,tukang tilik,ahli sihir,ahli sufi,pemuka-pemuka agama,pendeta,para sami,dukun dan sebagainya semata-mata untuk menjawab pertanyaan ini:

“SIAPA KITA DAN APA TUJUAN HIDUP KITA?”

Inilah asal-usul bermulanya idea The Matrix sehinggalah Wachowski Brothers mula mengarahkan filem yang popular itu lewat menanti menjelangnya alat baru.

Sebenarnya,sebelum kesedaran dan pengetahuan rahsia ini timbul dari kalangan orang-orang Barat,pengetahuan rahsia alam dan kehidupan telah lama berlegar-legar di kalangan orang-orang sebelah Timur. Di dunia sebelah Timur di mana agama-agama besar dunia berasal,adalah sumber dan pusat kegiatan spiritual. Dalam pada itu masyarakat sebelah Barat masih teraba-raba dalam zaman gelap yang panjang,menganut fahaman animisme dan pagan,membersihkan diri dengan air kencing sendiri dan sekurang-kurang tamadun Yunani dan Rom lah lebih maju sedikit dengan sistem dewa-dewi yang lebih sistematik dan kelahiran ahli-ahli falsafah yang pada hakikatnya majoriti darinya bergurukan ahli falsafah Timur,sebahagian besarnya dimanfaatkan ketika perang seperti perang dengan Empayar Parsi dan kaum-kaum yang digelar mereka ‘barbarian’.berbagai falsafah dan pemikiran tentang hakikat dan rahsia disebalik kehidupan menjadi asam garam dan makanan di kalangan penduduk Asia kuno.Pengetahuan rahsia ini tidak syak lagi telah diajarkan oleh orang-orang yang bijak, pandai di kalangan mereka,kadangkala digelar ORANG SUCI.

Orang-orang suci inilah menjadi misteri.Di sebelah Benua Kecil,India telah muncul para rishi yang mengajarkan hikmah kehidupan kepada penduduk asli India yang kurang bertamadun.Pada awalnya mereka mengajarkan bahawa TUHAN ITU SATU,satu entiti yang digelar Brahman.Itulah hikmah pertama yang paling kuno di mana ketika itu ajaran tersebut tidaklah dikenali sebagai Hindu (di mana konotasi ‘Hindu’ sebenarnya dipopularkan orang-orang Barat) tetapi satu ajaran suci yang dipercayai berasal dari para utusan Tuhan.Kajian juga mendapati bahawa ajaran-ajaran yang lebih maju dan sistematik di dalam sejarah kuno Hindu sebenarnya dibawa ketika penaklukan bangsa Aryan dari kawasan Asia Tengah ke atas India Dravidia yaitu penduduk asli India yang masih bercawat dan duduk di pinggir-pinggir hutan beribu-ribu tahun dahulu.Bangsa Aryan yang lebih maju dan bertamadun ini membawa bersama-sama mereka ajaran kerohanian mereka;pengetahuan tentang entiti yang dikenali sebagai Tuhan dan rahsia kehidupan manusia.Teks-teks Sanskrit kuno ada menyatakan tentang rahsia penciptaan alam semesta dan para utusan Tuhan,di mana terdapat nama-nama yang menyebut perihal Ibrahim dan Muhammad dalam lenggok sanskrit kuno (rujuk Rig Veda).Ini tidaklah menghairankan apabila para pengkaji manuskrip Sanskrit-Hindu pada hari ini telah telah mendapati bahawa kitab Rig Veda yang merupakan paling tertua di antara kitab-kitab Veda yang lain mengandungi peristiwa-peristiwa berkenaan raja-raja Babilon dan Mesir serta peperangan mereka.Lebih menarik lagi,ditemui kenyataan bahawa seperlima daripada Rig Veda adalah berasal daripada kitab-kitab Babilon Kuno (Dr. Pran Nath,Times of India).

Terdapat banyak lagi kenyataan yang menggemparkan di dalam teks-teks kuno Hindu termasuk di dalam Upanishad,Purana dan Antharva Veda,menunjukkan satu bukti terahsia selama beribu-ribu tahun- bahawa pengetahuan The Matrix (merujuk kepada pengetahuan rahsia ini) sebenarnya telah diajarkan oleh para rishi bersumber dari wahyu yang diterima dari para utusan Tuhan;para nabi yang mulia.Dan akhirnya bersumber dari The Source;Allah Rabbul Izzati (sesetengah bukti dari manuskrip Hindu menunjukkan rishi yaitu guru kerohanian itulah para nabi).Kajian yang lebih lanjut ke atas teks-teks Babilon dan Sumeria pula,sebahagian besarnya masih dalam tulisan pepaku (cuneiform) menunjukkan kehadiran para utusan Tuhan yang mengajarkan hikmah kehidupan dan pengetahuan TUHAN YANG SATU.Ini tidak termasuk teks-teks kuno dari warisan Judeo-Kristian,yaitu Yahudi dan Nasrani seperti Injil dan Taurat berserta suhuf-suhuf serta zabur (psalms,hynms) nabi-nabi dari kalangan Yahudi seperti Ezekiel,Jeremiah,Ezra dan lainnya yang sudah dahulu ditemui tentang agama Tauhid,para Kekasih-Nya dan ‘The One’,Muhammad yang misteri;tercantum dalam ramalan-ramalan tua (prophecies),puji-pujian,hikayat serta nyanyian keagamaan (hymns) berusia beribu tahun.Benarlah bahawa agama Tuhan itu telah disebarkan ke seluruh dunia oleh orang-orang pilihan-Nya dan benarlah kata-kata AlQuran yang mulia:

“Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan”. (AlQuran 35:24)


Pengetahuan The Matrix (istilah ini diambil dari sensasi filemnya-mewakili perspektif terkini kerohanian) adalah rahsia turun-temurun dari Sang Pencipta kepada yang diciptakannya.Sang Pencipta yang Maha Tunggal apabila menciptakan makhluk-makhluk dari zatnya yang Maha Suci;berkehendakkan INGIN DIKENAL;maka pengetahuan mencari dan mengenali Sang Pencipta inilah menjadi rahsia yang teragung yang ingin dicari zat-zat yang tercipta dari Zat Induk;Allah Rabbul Izzati (The Source).

“Dan Dia mengajarkan kepada Adam NAMA-NAMA seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-Ku NAMA-NAMA itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!”

“Mereka menjawab: “Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

“Allah berfirman: “Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka NAMA-NAMA ini.” Maka setelah diberitahukannya kepada mereka NAMA-NAMA itu, Allah berfirman: “Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?” (AlBaqarah ayat 31-33)

Pengetahuan ini telah disebarkan oleh orang-orang pilihan-Nya yaitu para Nabi dan Rasul sejak Bumi diduduki manusia pertama Adam (juga salah seorang nabi) hinggalah ke nabi yang terakhir,Muhammad s.a.w dan disambung oleh para mukmin pewaris para nabi sampailah ke hari ini -zaman komputer,televisyen dan telepon gengggam(handphone).


The Matrix adalah bukan sekadar teknologi komputer dan aksi kungfu ala Hollywood,tetapi ada maksud tersirat darinya.Soalannya sekarang:

“Bagaimana Hollywood mengadaptasi pengetahuan rahsia ini ke dalam filem dan dari mana mereka mengetahuinya?”

Jika anda membaca bahagian awal artikel ini,anda akan tahu satu sumber para pemikir Barat ini…

Tetapi ada satu sumber lain yang dirahsiakan mereka…

Sumber rahsia ini pula berpecah kepada dua bahagian;satu sumber rahsia yang mereka rahsiakan kepada umum

dan satu lagi rahsia yang mereka tidak ingin dunia tahu inilah sumber rahsia mereka…

Keliru?

Di sini ada satu jigsaw puzzle.

Bahagian rahsia yang mereka rahsiakan kepada umum adalah rahsia yang mereka pelajari dari para syaitan dan Iblis Laknatullah,sebahagiannya melalui bantuan Dajal Laknatullah,’syaitan manusia’ kesayangan Iblis.Pengetahuan ini disebarkan melalui berbagai cara;melalui mimpi atau suara bisikan yang dimainkan oleh syaitan,penjelmaan Iblis atau syaitan peringkat tinggi kepada bentuk manusia dan bantuan Dajal Al-Masih Laknatullah.Pengetahuan ini biasanya telah diselewengkan di sana-sini,bertujuan menyesatkan manusia.Terdapat beberapa bahagian dikekalkan kebenarannya bagi menampakkan keaslian dan keunggulannya.Ada yang ditokok tambah menjadikannya ‘multilayer’ (rujuk jigsclue #001)

Iblis Laknatullah sebelum bergelar Makhluk yang Terkutuk adalah bekas Ketua Para Malaikat.Gelarannya Izazil(Azazel),dia adalah makhluk yang paling taat dan rapat dengan Tuhan Maha Perkasa.Sejak dari kecil dia telah diajar rahsia-rahsia dan pengetahuan agung menjadikan dirinya dihormati oleh para malaikat yang lain.TETAPI ILMU YANG BANYAK TIDAK CUKUP,IMAN YANG MANTAP DIPERLUKAN UNTUK MEMBACA SETIAP PERMAINAN DAN UJIAN TUHAN.Akhirnya dia tertipu nafsu sendiri dalam peristiwa dirinya dan Nabi Adam yang ketika itu baru diciptakan.

The Matrix adalah kisah pencarian manusia kepada asal-usulnya;dari mana dia datang,di mana dia dan ke mana dia akan pergi.

“You’re going to have to make a choice…”
(Oracle -The Matrix)

Setiap orang diberi masa dan pilihan.

“Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan.” (Al–Balad 90:10)

MASALAHNYA IALAH PILIHAN.Dan setiap orang bertanggungjawab terhadap pilihan masing-masing.

“Choice. The problem is choice”
(Neo -MatrixReloaded)

Tetapi ada satu rahsia lain…

Di peringkat lebih tinggi,PILIHAN bukanlah permasalahan penting lagi

“Because you didn’t come here to make the choice, you’ve already made it. You’re here to try to understand why you made it…”
(Oracle – MatrixReloaded)

Hakikat yang paling mendalam sebenarnya TIADA PILIHAN.Pilihan adalah ilusi,digunakan untuk menguji manusia.

“No. Wrong. Choice is an illusion, created between those with power…”
(Merovingian -MatrixReloaded)

Zat-zat lain mencari-cari pilihan dan menghabiskan masanya membuat pilihan padahal mereka sebenarnya telahpun memilih

Zat-zat lain pula belajar memahami mengapa ia membuat pilihan itu…

Allah Swt berfirman: “Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”, atau agar kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka, apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang sesat dahulu” (QS. Al A’raf: 172-173)

Rupa-rupanya di alam roh (‘the real world’),manusia telah pun mengaku “Allah adalah TUHAN” sebelum masuk ke “MATRIX” lagi!!….


Bersambung ke LINK




Sumber: MISTISFILES

Ahad, 3 Februari 2013

Pengajian The Matrix - Intro

Filem The Matrix mula ditayangkan pada tahun 1999 oleh Wachowski Brothers dengan pelakon utamanya Keanu Reeves. Diikuti dengan sambungannya The Matrix - Reloaded dan The Matrix - Revolution.

The Matrix bukan sekadar filem, terdapat maksud tersirat disebaliknya, melangkaui kepercayaan pelbagai agama khasnya Islam, dimana para orientalis banyak belajar dari falsafah Tasawuf (Sufism mengikut terminologi Barat) untuk mengetahui rahsia alam ini. Pengetahuan Matrix terbahagi kepada dua; dari Allah S.W.T kepada para malaikat seterusnya para Kekasih-Nya (khasnya Nabi Muhammad S.A.W) hingga kepada insan-insan beriman dan yang kedua, Izazil (Iblis) menurun kepada syaitan, Dajal dan seterusnya kepada Secret Societies. Izazil pula belajar tentang Matrix ketika dia menjadi Ketua Malaikat dari The Source, Allah Rabbul Izzati. Nabi Adam A.S pula setelah diciptakan turut belajar silibus Matrix dengan codename: 'NAMA-NAMA' (sila rujuk Al-Quran). The Matrix adalah kisah pencarian makhluk Tuhan bernama manusia kepada asal-usul dirinya, di mana sebenarnya dia berada, ke mana dia akan pergi dan kepada siapa dia akan kembali.




PERINGATAN!

Artikel-artikel dalam masalah The Matrix kebanyakan diluar kotak pemikiran biasa.Anda sebagai pembaca tidaklah dipaksa untuk mempercayainya 100%.Jika ada bahagian yang anda rasa mengganggu ketenteraman anda, anda tidak digalakkan untuk meneruskannya.

Pemikiran atau idea di dalam artikel The Matrix adalah pemikiran yang dapat disimpulkan SETAKAT INI.Bermakna pengetahuan manusia terhenti di sini setakat yang diketahuinya sahaja.Bermaksud,idea di dalamnya bukanlah bertujuan mengajar satu bentuk ajaran baru atau ajaran sesat tetapi lebih kepada proses pencarian kebenaran.Apa yang penting ialah BERFIKIR dengan mendalam.Mungkin idea-idea di dalamnya akan ketinggalan zaman (atau habis tarikh luputnya) apabila pengetahuan lebih baru dapat dicapai.Ini samalah seperti bumi yang dianggap leper pada masa dahulu,kemudiannya barulah diketahui berbentuk sfera setelah pengetahuan sains semakin maju.

Inilah yang dimaksudkan.Kebenaran sering berubah mengikut peningkatan dan perubahan kesedaran manusia.Apa yang kita sangka betul pada hari ini tidak semestinya betul 100 tahun akan datang.Jika ada bahagian-bahagian yang tidak betul atau bersalahan sama sekali,anda dialu-alukan mengirimkan pembetulannya kepada kami.Ada artikel-artikel yang akan menyentuh soal agama,jadi jika ada pembaca yang sedar akan kesalahan tertentu di sepanjang perbincangan The Matrix,kami berbesar hati jika pembaca 'menegur' SECARA MEMBINA kesalahan itu.


BERSAMBUNG KE LINK


Sumber: MISTISFILES

Repost - PARALLEL KEHIDUPAN

Artikel ini telah terbit pada 21 April 2010. ianya disiarkan kembali sebagai intro untuk PENGENALAN KEPADA SIRI PENGAJIAN MATRIX YANG AKAN DIPAUTKAN DIBLOG INI.



Sebelum kita membicarakan lebih lanjut tentang cara mengaplikasikan konsep husnuzzon dalam kehidupan kita, adalah perlu untuk kita memahami tentang takdir dan keselarian kehidupan kita dimukabumi ini. Perhatikan Firman Allah ini:

Allah tidak akan mengubah nasib (seseorang atau) sesuatu kaum, sehingga kaum (atau orang itu) berusaha (membuat komitmen) untuk mengubah apa yang ada pada diri mereka.
(Ar-R'aad : 11)

Maka jelas dari firman Allah, membuktikan betapa Allah telah memberikan manusia suatu kelebihan iaitu kebebasan bertindak dengan kudrat yang dikurniakanNya supaya manusia dapat menggunakan kudrat ini untuk memperbaiki dan memastikan kehidupan manusia itu sentiasa dalam keadaan yang baik.

Firman Allah ini juga bermaksud, bahawa kita TIDAK boleh menyerahkan segala hal-hal yang berkaitan dengan nasib hidup kita semata-mata kepada Allah untuk memberikan kita kehidupan yang baik. Jika inilah yang kita praktikkan, maka bila kita menemui kesusahan dalam hidup, sudah tentulah kita akan menyalahkan Allah. Sedangkan Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mustahil Allah berlaku kejam kepada hamba-hambaNya yang sangat disayangiNya.

Allah telah menganugerahkan kepada kita suatu 'kuasa eksekutif' sebagai bekal sementara kita hidup didunia ini, untuk menjalankan tugas kita sebagai khalifah dimukabumi dan juga mengabdikan diri padaNya. Hidup yang dianugerahkan pada kita ini adalah kehidupan yang "FREE WILL". bukan dikontrol atau dikawal mutlak oleh Allah. Jika kita menganggap segala nya sudah ditentukan atau sudah ditakdirkan, mengapa pula Allah berfirman seperti diatas? Mengapa pula ada kitab catatan malaikat Kiraman dan Katibin dikiri dan kanan kita? Ramai yang sudah tersalah anggap tentang konsep takdir ini.

Lauh Mahfuz
Hakikatnya, segala apa jua yang kita fahami sebagai takdir, ketentuan, nasib dan sebagainya di seluruh alam semesta ini, memang telah diberikan ketentuan oleh Allah S.W.T dan segalanya tercatat (direkodkan)dan disimpan disebuah tempat yang kita ketahui dengan nama Lauh Mahfuz.

Firman Allah:
" Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab ( Lauh Mahfuz ) yang terang nyata." (Al-An'aam :59)

Lauh Mahfuz ini termasuk dalam perkara ghaib. Al-Qur'an menerangkannya hanya sekali sahaja dalam ayat 21-22 surah al-Burooj. Maksud ayat, " Bahkan yang didustakan mereka itu ialah al-Qur’an yang mulia; yang tersimpan dalam Lauhul Mahfudz."

Imam Abul Fida' Ismail ibn Kathir (Tafsir Ibn Kathir) meriwayatkan beberapa keterangan daripada sahabat tentang Lauh Mahfuz, antaranya :

1. Daripada Hasan al-Basri: “Pada sisi Allah, terletak Lauh Mahfudz, dari situlah diturunkan daripadaNya akan kehendakNya terhadap siapa yang dikehendaki daripadaNya.”

2. Daripada Ibn Abi Hatim, "Tiada sesuatu yang ditentukan oleh Allah melainkan ditentukan terlebih dahulu dalam Lauh Mahfudz baik al-Qur'an, apa yang sebelumnya atau yang sesudahnya."

Hakikat Lauh Mahfuz yang sebenarnya ialah untuk menggambarkan ilmu Allah iaitu Allah tahu segala-galanya hatta perkara yang belum berlaku. Mengetahui bukan bermakna meletakkan ketentuan mutlak yang tidak boleh diubah-ubah lagi, sesuai dengan firmanNya dibawah:

Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki. Dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab (Lauh Mahfuz). (Ar-Raad : 39)

Sabda Rasulullah SAW:
"TIDAK ADA YANG DAPAT MENOLAK KETENTUAN TUHAN KECUALI DOA, dan tidaklah yang menambah umur kecuali berbuat kebajikan. Dan seorang laki-laki akan diharamkan baginya rezki karena dosa yang diperbuatnya."
(Hadis Riwayat Abu Hurairah)

Hadis yang ini sudah nyata melarang kita hanya menyerah saja kepada takdir yang kita sendiri belum tahu rahsianya.

Sekarang, saya ingin mengajak anda semua berbincang dengan bebas lagi tentang hakikat Takdir yang telah ditentukan, dan dicatat (direkod) di dalam Ummul Kitab yang tersimpan di Lauh Mahfuz, supaya lebih mudah kita fahami tentang hakikat yang sebenar akan takdir didalam parellel kehidupan manusia.

Takdir adalah Program Asas

Apa yang telah kita fahami dari penjelasan pada Surah Al-An'am ayat 59 tadi ialah, setiap manusia, apabila diciptakan Allah, telah ada ketentuan takdir yang dikhaskan untuk manusia itu, dan segalanya telah direkodkan didalam 'Ummul Kitab' yang tersimpan di Lauh Mahfuz. Ketentuan takdir ini adalah merangkumi segalanya iaitu Rezekinya, Jodohnya, Ajalnya, Kelahirannya dan segala-galanya tentang seseorang itu.

Mari kita buka minda kita seluas-luasnya, dan melihat serta memahami keterangan ayat-ayat Allah dengan pandangan dari sudut berbentuk Sains. Saya melihat bahawa Ummul Kitab adalah merupakan tempat penyimpanan data untuk program setiap makhluk terutamanya manusia. (Boleh kita andaikan atau umpamakan seperti sebuah server dalam Kerangka Utama atau Mainframe sesebuah computer sebagai tujuan pemahaman)

Apabila seseorang manusia dicipta, dia memerlukan program yang khas untuk membolehkan dia hidup nyata di bumi yang fana ini atau lebih tepat lagi didalam dimensi kehidupan prasa kedua (Ruang Matrix selepas dilahirkan) . Tanpa program, kita tidak akan berupaya untuk hidup (Program needed to run into the system). Apa yang saya maksudkan ialah, setiap program (takdir) ini, sangat terperinci untuk membolehkan kita menjalani kehidupan. Program yang disediakan untuk kita ini mempunyai jumlah yang tidak dapat terjangkau oleh akal fikiran kita manusia akan jumlahnya. Tetapi bagi memahami secara ringkas, dapat dinyatakan bahawa ianya merangkumi segala aspek kehidupan dari sekeji-keji dan sejahat-jahat perkara sehingga kepada semulia dan sesuci perkara. Dan manusia diberikan kebebasan dan kewarasan untuk memilih sendiri setiap program ini tanpa halangan mengikut keinginan manusia itu sendiri.

Sebagai contoh, jika kita sedang dalam kesempitan wang, kita mempunyai akal yang waras untuk berfikir bagaimana untuk mengatasi dan berikhtiar untuk menyelesaikan masalah itu, samada mencuri, meminjam wang, mengambil rasuah, meminta dari seseorang atau apa jua. Sekiranya kita memilih untuk mencuri, maka program "kita mencuri" itu memang sudah ada tersedia dan mempunyai program pilihan tersendiri seperti mencuri di bank, atau meragut beg dan sebagainya.

Maka setiap pilihan yang kita pilih itu akan membawa pula kepada program lain, bergantung kepada kebijaksanaan kita dalam memilih dan mengusahakannya samada berjaya mencuri, atau terbunuh atau ditangkap, atau dipukul. Akan tetapi kita juga dilengkapkan dengan pengetahuan tentang dosa dan pahala, hukum sebab dan akibat, sebelum membuat sesuatu pilihan dalam kehidupan.

Sekiranya kita memilih pula untuk berniaga, maka telah tersedia pula pelbagai program (takdir) untuk pilihan itu, seperti berniaga apa, dimana, siapa pelanggan kita dan sebagainya. Semuanya telah ditulis sebagai takdir atau program, tetapi apa yang ditulis ini bukannya hanya SATU ketetapan, tetapi terlalu maha banyak dan pelbagai, sehingga kita memilih salah satu daripadanya, dan akan membawa pula kita kepada program seterusnya yang juga telah pun disediakan.

Lihat contoh seorang programmer membuat kode pengaturcaraan yang di dalamnya sudah termaktub penetapannya. Pengguna perisian itu akan mendapat output yang ditetapkan oleh programmer itu. Jika perisian itu adalah sebuah game / permainan komputer, setelah pengguna melalui semua PILIHAN yang diberikan dalam game itu, dan berdasarkan pilihan pilihan yang dibuat itu, maka keputusannya sama ada pengguna itu akan menang ataupun kalah.

Hal ini dapat kita fahami juga dari teori matematik iaitu Teori Kebarangkalian. Kebarangkalian adalah kemungkinan atau kesempatan pada sesuatu keadaan yang akan atau telah berlaku. Teori kebarangkalian digunakan secara meluas dalam bidang seperti statistik, matematik, kewangan, sains dan falsafah untuk mendapat kesimpulan berkaitan kebarangkalian peristiwa terjadi dan mekanik dasar sistem kompleks.

Adapun berkenaan data program yang direkodkan ini, Allah s.w.t menyatakan pelaksanaan terhadap sesuatu ketentuan (program) yang telah ditetapkan semenjak azali sebagai al-Qada’ dalam ayat ini

Firman Allah:
“dan Allah jua yang menciptakan kamu dan (juga) apa yang kamu lakukan”
[Al-Saffat: 96].

Dan juga berdasarkan sabda Nabi s.a.w:
“Allah s.w.t telah menulis takdir makhluk sebelum Dia mencipta langit-langit dan bumi dalam jarak 50 ribu tahun dan Arasy-Nya berada di atas air”.
[Riwayat Muslim]. (~ Allah is the Program Writer –pen)

Contoh: Ali dilahirkan pada 21hb April 2010, perincian program yang Allah berikan untuk dia sangat terperinci iaitu dilahirkan ditangan doktor mana, selepas dilahirkan, akan dibawa kemana, dimandikan, diazankan oleh siapa, kemudian diberikan susu, dan seterusnya, hanya Allah yang Maha mampu mencipta program yang maha lengkap dan sempurna untuk setiap makhluk ciptaanNya.

Ini berdasarkan firman Allah s.w.t:

“Dia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.”
[Maryam: 21].

Firman Allah:

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."
(Surah Al-Hadid: 22-23)

Tanpa program (Takdir) ini, mustahil manusia dapat hidup. Contohnya, jika Ali dilahirkan tanpa program, Ali cuma akan lahir dan kemudian 'Freeze'. (Kaku dan pegun) kerana tiada apa-apa program ditulis untuk dirinya.

Akan tetapi, semua program yang diberikan ini (telah dicatat/direkod) hanyalah program asas untuk seseorang itu, tujuannya adalah untuk membolehkan manusia berupaya hidup dimukabumi yang fana ini. Selanjutnya, tentang bahagia atau tidak, berjaya atau tidak kehidupan seseorang itu, manusia diberikan Free Will (Kebebasan memilih program) dalam pilihan-pilihan yang dipilih sendiri oleh manusia apabila telah baligh dan sempurna akal. Maka kerana itu, Nabi S.A,W telah bersabda dengan Hadis yang tersebut diatas tadi iaitu:

TIDAK ADA YANG DAPAT MENOLAK KETENTUAN TUHAN KECUALI DOA

Sebagai contoh:

Mungkin usia Ali didalam program asasnya ialah hingga 50 tahun, akan tetapi Ali selalu berdoa supaya panjang umur, dan dia juga banyak melakukan kebajikan (seiring dengan doanya) maka sekiranya Allah memakbulkan doanya (application approve) maka data rekod didalam program asas Ali didalam Ummul Kitab (Mainframe) tentang ajalnya dipadamkan (delete) dan ditukar kepada tarikh yang lain sebagai contoh : ditukar kepada 70 tahun.

Begitu jugalah tentang jodoh, rezeki, kejayaan, kegagalan dan sebagainya, semuanya adalah bergantung kepada usaha manusia itu sendiri. bukan kerana ditakdirkan oleh Allah. Apa yang kita ketahui sebagai takdir selama ini adalah merupakan Program Asas yang diwujudkan untuk membolehkan kita hidup, bernafas dan berdiri dimukabumi ini. Akan tetapi, kita sendiri diberikan peluang untuk menentukan sendiri masa depan dan nasib kita sendiri. Maka disinilah pula terletaknya kepentingan berhusnuzzon sekiranya kita ingin kehidupan kita mendapat kejayaan dan dipermudahkan di dunia dan mendapat perlindungan di akhirat, sesuai dengan firmanNya dalam hadis qudsi::

Ertinya:
Aku bersama sangkaan hambaku padaku, maka hendaklah ia berprasangka dengan apa yang ia inginkan
( bukan yang ia risaukan atau khuatirkan –(Hadis Qudsi :Thobarani dan Hakam).

Selain dari itu, untuk memudahkan lagi kehidupan manusia, dibekalkan juga panduan-panduan dan garis atur seperti A-Qur'an, Para Nabi dan Rasul yang membantu manusia supaya dapat membuat pilihan yang terbaik dan tepat didalam menentukan program kehidupan manusia itu. Dan ingat lah, Allah hanya akan memberikan yang terbaik sahaja untuk semua hambaNya.

Di zaman Umar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Umar.

Lelaki itu telah disoal: “Mengapa kamu mencuri?”

Lelaki itu menjawab: “Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya.”

Khalifah Umar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: “Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya.”

Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: “Mengapa hukumannya begitu berat?”

Berkata Umar Al-Khattab ra: “Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah.”

Maksudnya, manusia diizinkan Allah untuk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar. Orang itu boleh memilih untuk TIDAK MENCURI tetapi dia sendiri yang memilih untuk mencuri, bukan kerana ditakdirkan oleh Allah. Maka apabila dia memilih untuk mencuri, maka program mencuri itu telah membawa dia sehingga ditangkap oleh Saidina Umar RA.

Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir (program yang maha canggih, sempurna dan effisien). Manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia. Justeru itu, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur.

Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Umar Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun.

Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada Saidina Umar ra: “Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?’

Umar ra menjawab: “Aku lari dari takdir Allah yang ini kepada takdir Allah yang lain.”
(Choose to run into another program)
(Riwayat Tarikh At-Tabari)

Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.

Ingatlah, sekiranya kita telah menunjukkan komitmen yang gigih dalam usaha mecapai sesuatu kejayaan atau tujuan tetapi usaha kita itu tidak berjaya, ianya adalah kerana Allah mengatasi segala perancangan kita dengan tujuan untuk memberikan HANYA YANG TERBAIK UNTUK PARA HAMBANYA sesuai dengan firman Allah:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah :216)

*NOTA : Ummul Kitab diketahui umum sebagai al-fatihah, kerana ia adalah penghulu Al-Qur'an. Tetapi Ummul Kitab yang dibincangkan disini ialah Ibu Kitab atau Kitab Induk (yang merekodkan segala urusan tentang takdir, nasib, rezeki, qada' dan qadar, jodoh, ajal, maut dan kelahiran seperti yang difirmankan :

“dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata”.
[Yasin: 12]

Berkata Ibn Kasir ra: “Semua perkara yang berlaku telah pun ditulis (sebelum berlakunya) dalam kitab yang dibentang dan ditetapkan dalam Lauh Mahfuz dan maksud Imam Mubin dalam ayat ini adalah Ibu Kitab” [Ibn Kasir, 6/568]


Firman Allah:

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."
(Surah Al-Hadid: 22-23)

Wallahuaklam,
Aku mohon keampunan dan petunjukMu ya Allah andainya aku melakukan kesilapan dalam penulisan ku ini. Aku hanya melakukan satu perbincangan bebas bertujuan supaya mendapat kefahaman yang lebih benar tentang KeadilanMu dan juga kebebasan berikhtiar yang Kau kurniakan pada hamba-hambaMu.

BERSAMBUNG KE LINK : http://husnuzzonloa.blogspot.com/2013/02/pengajian-matrix-intro_3.html?m=1
Artikel susunan: taalidi

Terbit untuk ILuvIslam pada 09/07/2010
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2724
Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]