Jumaat, 29 Jun 2012

Atom yang tawaf dan bertasbih

Atom (zarah) menurut kajian sains adalah asas tenaga didalam setiap kehidupan manusia. Ianya adalah tenaga yang bergetar. Struktur atom terdiri dari:

1. Neukleus (Proton dan Neutron)

2. Elektron



Elektron sentiasa berputar dalam orbitnya mengikut lawan jam mengelilingi neukleus dan ini sentiasa berlaku berterusan tanpa henti. Himpunan jutaan atom ini yang membentuk molekul-molekul, dan seterusnya membentuk objek yang sesuai dengan binaan yang diwakilinya seperti contoh :

Diri manusia: (secara ringkas)

Atom -> Molekul -> Organel -> Sel2 Tubuh -> Tisu -> Organ -> Sistem Organ -> Organisma (Manusia)

Apa yang kita perlu faham disini ialah, diri kita sebenarnya adalah himpunan dari jutaan atom iaitu tenaga yang sentiasa bergetar melalui putaran lawan jam mengikut orbitnya .

.........

Lihat pula dimanakah manusia ditempatkan. Kita diciptakan sebagai khalifah dimukabumi ini. Bumi adalah salah satu dari 9 planet yang berada dalam satu sistem suria yang juga mempunyai orbitnya beredar mengelilingi pusat sistem suria iaitu matahari dengan putaran lawan jam selama 365 1/4 hari untuk setiap satu pusingan. Disamping itu, bumi turut berputar selama 24 jam untuk tempoh satu pusingan.

Apa yang kita perlu faham disini ialah, bumi kita sebenarnya sentiasa berputar melalui putaran lawan jam mengikut orbitnya

Sistem Suria kita:



Sistem suria pula sebenarnya bukanlah hanya satu sahaja, terdapat banyak lagi sistem suria diluar sana. Bintang yang kita lihat dimalam hari itu adalah berpotensi sebagai matahari bagi sistem suria lain, yang mempunyai planet-planet yang tersendiri yang juga membuat putaran mengelilingi pusat mengikut lawan jam, mengikut jangka waktu masing-masing yang ditetapkan. Matahari kita mungkin sahaja dilihat seperti bintang dimalam hari dari sistem suria yang lain kerana jarak yang terlalu jauh.

Apa yang kita perlu faham disini ialah, setiap Sistem Suria sebenarnya sentiasa berputar melalui putaran lawan jam mengikut orbitnya

...........

Gabungan himpunan sistem-sistem suria ini dikenali sebagai galaksi. Dimana, sistem suria kita berada di dalam galaksi Bima Sakti (Milky Way). Menurut lapuran kajian Hubble Space Telescope pada tahun 1999, terdapat lebih 125 billion galaksi diseluruh alam semesta. Walaubagaimanapun, Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui jumlah sebenar galaksi yang diciptakanNya didalam alam semesta ciptaanNya ini.

Apa yang kita perlu faham disini ialah, galaksi juga sentiasa berputar melalui putaran lawan jam mengikut orbitnya


Galaksi


............

Mengapa segalanya berputar mengikut orbit mengikut putaran lawan jam? Kebetulankah? Dari sekecil-kecil atom, hinggalah sebesar-besar objek yang diketahui manusia seperti planet dan galaksi, semuanya tidak pernah berhenti dari terus menerus melakukan putaran ini. Kebetulankah?

Segalanya ini bukan kebetulan, tetapi sebuah program yang telah diatur (sunatullah) oleh Maha Pencipta Alam ini yang kita ketahui sebagai TAWAF dan BERTASBIH (mensucikan ALLAH).

Maksud Firman Allah:

17-44: Langit yang tujuh, dan bumi dan segala yang ada di dalamnya bertasbih (mengucapkan kesucian) kepada-Nya . Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya (Allah),TETAPI KAMU TIDAK MENGERTI AKAN TASBIH MEREKA. Sesungguhnya Dia (Allah) adalah al-Halim (Maha Penyantun/ Penyabar), lagi al-Ghafur (Maha Pengampun).
(Al-Israk : 44)

Kesimpulan persoalan ini sebenarnya dapat diuraikan dengan mudah dengan melihat proses Tawaf :

Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak tujuh pusingan ke kiri bermula dari hajar aswad dan berakhir pada tempat yang sama dengan syarat-syaratnya. Antara amalan sunat semasa melakukan tawaf ialah membaca doa, membaca al-quran, atau berzikir.


Maksud Firman Allah:

"Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya, dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu". (Al-Hajj: 29)

Dan bangunan ka'abah ini sebenarnya adalah berada setentang dengan Baitul Makmur dilangit ketujuh iaitu dimana penghuni langit iaitu para malaikat pula bertawaf dan bertasbih mengelilingi Baitul Makmur.

ALLAH telah bersumpah dengan Baitul Makmur di dalam Al Quran sebagaimana firmanNYA yang bermaksud : ‘ Dan demi Baitul Makmur’ . (At-Thur: 4)

Rasulullah s.a.w telah menyebutkan bahawa ketika Israk dan Mikraj, baginda dibawa melalui ke Baitul Makmur di langit ke tujuh. Baginda bersabda yang ertinya :

‘Kemudian saya dibawa naik ke Baitul Makmur di situ terdapat 70,000 malaikat masuk ke dalamnya setiap hari dan tak pernah kembali dari situ sehingga sampai yang terakhir’



Apa yang kita perlu faham disini ialah, seluruh alam semesta ini sebenarnya sentiasa berputar melalui putaran lawan jam mengikut orbitnya yang mana putaran ini adalah TAWAF dan BERTASBIH yang telah ditetapkan oleh Allah (sunatullah) yang tidak akan berubah melainkan dengan kehendakNya.

Ingin mendengar zikir alam? Pekup kedua belah telinga anda dengan tapak tangan dan dengarkan bunyinya. Pasti anda akan mendengar bunyi deruan : huuuuuuuuuuu..

Zikir Hu adalah salah satu zikir yang juga dikenali dengan zikir Allah Hu atau Hu Allah, yang mana zikir ini biasa dipelajari oleh golongan pengikut pengajian sufi atau tariqat.

Namun, sedihnya, didalam pada itu, ada jua sejenis makhluk yang diciptakan Allah yang jarang, kurang atau tidak minat, atau tidak mahu bertasbih mensucikan serta memuji Pencipta mereka, walaupun sistem biologi tubuh mereka secara saintifiknya berterusan melakukan tawaf dan bertasbih. Makhluk ini ialah MANUSIA TERMASUK AKU.


Maksud Firman Allah:

[20] Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

[21] Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

[22] Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.

[23] Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata.

(Adz-Dzariyat: 20-23)


Wallahuaklam

Khamis, 21 Jun 2012

Puisi Duka Andalusia



Puisi Duka Andalusia

Segala yang beranjak sempurna kan berkurang pada akhirnya
Maka jangan manusia terperdaya oleh indahnya perhiasan dunia
Kau saksikan segalanya bagai roda yang berputar
Bahagia suatu kala dan sengsara selepas itu semua

Sungguh dunia tak ‘kan sisakan suatu apa pun
Tiada kekal di dalamnya satu urusan pun

Mana raja-raja bermahkota dari Yaman?
Mana yang dahulu bermahkota menyilaukan?
Mana pula istana yang dibangun kaum Iram?
Mana benteng Persia yang dibangun siang dan malam?

Ketentuan yang tak tertolak telah menimpa semua itu
Hingga segalanya bagai tak pernah ada

Oh Andalus.. Derita itu kini menimpamu
Gunung Uhud pun roboh dan gunung Sahlan hancur mendengar kisahmu
Islam kini menangis hingga tak sadarkan diri
Bagai tangis kekasih yang ditinggal mati

Seketika Islam diusir dari rumah-rumah itu
Diganti kekufuran yang penuhi setiap ruang
Ketika masjid dahulu kini jadi gereja
Tiada lain di dalamnya kecuali salib dan lonceng-lonceng

Mihrab-mihrab itu menangis tersedu padahal ia adalah batu
Mimbar-mimbar itu bersenandung puisi duka padahal ia adalah kayu

Sungguh pahit semua ini meluluhkan segala hati
Seandainya Islam dan Iman masih bersemayam dalam nurani


Abul Baqo’ ar-Rundy -601 H-



sumber: LINK

Isnin, 18 Jun 2012

Memohon ATAU Memaksa? ~ Unmanifested Wishes

BERDOA adalah suatu ibadah. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadah ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak, pahalanya sentiasa ada di sisi Allah. Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadah."

Setiap doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:

1. Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa.

2. Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui. Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia.

3. Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah. Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara.



Perkara yang terpenting sekali didalam berdoa adalah bersabar, dan elakkan sikap tidak sabar dan terburu-buru. Sesungguhnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui waktu yang tepat dan sesuai untuk memberikan kepada kita apa yang kita perlukan.

(Affirmasi: Everything I need comes to me at the Perfect Time).

"Bukan semua keinginan dan impian kita akan dapat kita miliki tepat seperti yang kita harapkan, TETAPI kita pasti akan memiliki segala apa yang kita PERLUKAN. Segala apa yang kita perlukan itu termasuklah juga KESAKITAN dan KEPEDIHAN sebagai tarbiyah, kifarah dan teguran dari ALLAH dengan tujuan membantu kita supaya tersedar, insaf dan bangkit"

Ingat! Kita BERMOHON, bukan MEMAKSA! memohon adalah sikap seorang hamba, manakala memaksa adalah sikap seperti seorang tuan.

Hadis Nabi S.A.W:

يُسْتَجَابُ لأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ فَيَقُوْلَ: قَدْ دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي.

“Doa akan dimakbulkan untuk setiap dari kamu selagi kamu tidak tergesa-gesa (minta dimakbulkan) yang mana yang berdoa itu bertanya-tanya, ‘Saya telah berdoa, tapi mengapa masih belum dimakbulkan untukku’.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.

Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa. Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.

Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepada-Nya dan jangan berputus asas untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan sesama insan serta meminta perlindungan daripada-Nya.

................................................................

Diriwayatkan bahawa di akhirat nanti akan ada seseorang yang terkejut menerima sejumlah kurniaan yang tidak terkira banyaknya dan tidak sesuai dengan amalan ibadahnya ketika di dunia.

Maka dia bertanya kepada Allah

“Wahai Tuhanku,dari mana datangnya semua ini?” lalu Allah menjawab “bukankah Aku telah perintahkan engkau agar meminta kepada-Ku apa sahaja di dunia?”

maka orang itu menjawab “betul ya Tuhanku”.

Maka Allah s.w.t menerangkan

“Apa yang engkau mohonkan di dunia itu baru sedikit (yang diperkenankan) Aku berikan kini bakinya.Aku serahkan di akhirat” .

Akhirnya orang itu akan berkata

“alangkah baiknya jika Engkau memberikan apa yang aku minta di dunia itu semuanya di akhirat sahaja”.


................................................................

Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:

”Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa.
(HR At-Tabrani).


Wallahuaklam

Repost : Kita Tak Wujud pun..We are not real

Assalamualaikum,

Sedar atau tidak, kita semua dan apa jua yang kita dapat lihat, dengar, pandang dan ketahui diseluruh alam semesta ini sebenarnya tidak wujud.

Hanya ALLAH SWT sahaja yang Maha Wujud dengan sebenar-benarnya.

Apa yang kita lihat, sentuh, rasa dan sebagainya ini hanyalah satu keadaan 'wujud sementara' yang mana RAMAI manusia tidak mahu memikirkannya dan menganggap dunia ini satu tempat untuk berlumba-lumba mencari kesenangan, kemewahan, kuasa dan segalanya sedangkan sebenarnya segalanya ini hanyalah sesuatu yang 'tidak real'

How does you define REAL?.. adakah dengan mengetuk meja dan mendengar bunyinya maka anda merasakan meja itu benar-benar berada didepan anda? Atau otak anda yang memberikan anda maklumat terhadap apa yang anda rasakan itu.

Apakah kesakitan yang anda rasa bila kaki anda luka itu menunjukkan anda wujud? mengapakah kebanyakkan kes, seseorang yang luka dan berdarah TIDAK MERASAKAN kesakitan, jika dia tidak mengetahuinya., DAN HANYA MERASAKAN kesakitan itu apabila diberitahu oleh orang lain. Iaitu setelah otak anda mengesahkan anda luka dan ianya sesuatu yang sakit.

Dapatkah anda mendefinisikan tentang WARNA?..apakah itu warna kuning?..anda hanya dapat melihatnya, bolehkah anda menyentuhnya atau merasainya? apa yang anda sentuh itu adalah dinding batu atau kain fabrik berwarna kuning, bukan warnanya.

Sesungguhnya, segala apa yang manusia kejar, nikmati dan kecapi hanyalah sesuatu yang tidak wujud, tidak real, termasuk diri manusia itu sendiri. Kita hanya muncul dalam bentuk penciptaan sementara di atas KESUDIAN dan KEIZINAN dari ALLAH SWT Yang Maha Wujud lagi Maha Pencipta.

1. Firman Allah:

"Hai sekalian manusia, sesungguhnya janji Allah itu adalah benar. Maka dari itu, janganlah engkau semua tertipu oleh kehidupan dunia ini dan janganlah sekali-kali kepercayaanmu kepada Allah itu tertipu oleh sesuatu yang amat pandai menipu." (Al-Fathir: 5)

2. "Dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan senda-gurau dan permainan belaka dan sesungguhnya perumahan akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya, jikalau mereka mengetahui." (al-Ankabut: 64)

3."..dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan hanyalah kesenangan tipuan belaka." (al-Hadid: 20)


Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

'Dunia ini langsung tidak menyamai berat sebelah sayap seekor nyamuk nilainya di sisi Allah Ta'ala'.

Kita dan seluruh alam semesta adalah terdiri dari himpunan tenaga yang bergetar (sentiasa berzikir kalimah : La'ilahaillalah) iaitu atom (zarah), dan membentuk jasad, dan segala yang kita lihat ini.

Menurut kajian sains, setiap objek adalah terdiri daripada molekul. Molekul ini pula terdiri dari atom – atom. Dibahagian tengah atom ini terdapat nukleus. Nukleus ini terbentuk dari proton dan neutron. Elektron pula berputar mengelilingi nukleus (Bergetar;Berzikir) .Apa yang kita perlu faham adalah bahawa lebih 99 peratus dari atom ini adalah ruang kosong. Nukleus membentuk tidak sampai dari 1 peratus dari isipadu atom. Jika anda tidak faham yang diatas tidak mengapa. Apa yang anda perlu faham adalah lebih 99 peratus dari atom adalah ruang kosong. Atom adalah asas setiap objek dalam dunia termasuk manusia..Jadi setiap objek termasuk manusia merupakan lebih 99 peratus ruang kosong. Setiap objek termasuk manusia adalah terdiri dari tenaga.

Anthony Robbins, seorang pakar motivasi terulung dari Barat menerangkan perkara ini dengan ringkas. Katakan ada sebuah kerusi. Jika tiada sesiapapun yang memberi perhatian kepada kerusi ini, ia akan tidak wujud lagi. Ia akan bertukar menjadi tenaga sepenuhnya. Bila ada seseorang yang memberi perhatian atau berfikir tentang kerusi ini, ia akan menggumpal dan menjadi kerusi kembali. Ini adalah mungkin, kerana kerusi tadi adalah 99 peratus ruang kosong. Perkara yang menjadikan kerusi tadi wujud adalah perhatian yang diberikan oleh seseorang . Jadi jika tiada seorang pun yang memberikan perhatian, maka kerusi tidak akan wujud sebagai objek. Ia hanya akan wujud sebagai tenaga.



"The MIND is actually something that is really shaping the very thing in our life"

Minda dan pemikiran yang dianugerahkan oleh Allah yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan segala sesuatu dalam kehidupan kita. Tanpa adanya pemerhatian dan penghantaran frekuensi dari minda terhadap sesuatu objek itu, maka objek itu tidak wujud sebagai objek, tetapi hanya tinggal sebagai tenaga. Lantaran itu, didalam kes yang kesakitan yang disebutkan diatas, seseorang tidak merasakan kesakitan selagi otaknya belum mengesahkan bahawa dia luka.


Oleh itu, kita hanya akan benar-benar wujud dalam bentuk yang sempurna HANYA DIAKHIRAT kelak, yang mana kita tidak lagi terikat dengan MASA. (Adakah masa dan linear sudah tidak relevan lagi disana, hanya Allah Yang Maha Mengetahui)

Anda dan Ibubapa atau Moyang anda sebenarnya sama sebaya, cuma dilahirkan kedunia mengikut tarikh dan waktu yang berlainan, yang menyebabkan berlakunya perbezaan usia, kerana didunia kita hidup sekarang ini, segalanya sangat tertakluk dan terikat dengan masa dan linear. Maka kerana itu terdapat awal dan akhir, tua dan muda. Bukankah diberitakan bahawa diakhirat kelak sekalian manusia adalah berusia sebaya belia dalam linkungan 30'an.

Saya hanya ingin berkongsi dan mengingatkan diri saya sendiri, bahawa segala yang kita kejari dan ingin miliki didunia ini hanyalah sesuatu 'yang bersifat sementara' dan tidak real, oleh itu janganlah merasa terlalu KECEWA dengan apa yang telah dilalui, umpamanya kehilangan seseorang yang amat dikasihi, kegagalan memiliki sesuatu yang sangat ingin dimiliki, dan sebagainya kerana segalanya itu bukannya 'real' dan wujud. Juga saya ingin berkongsi bahawa jika TANAH, NEGARA dan BANGSA dan KUASA POLITIK semata-mata yang kita ingin PENTINGKAN dan PERJUANGKAN, itu semua hanyalah sesuatu yang sementara dan tidak wujud sebenarnya. Akan tetapi, jika kita memperjuangkan UGAMA (KEIMANAN) maka itulah yang kekal dan benar-benar wujud.

Seorang ahli sufi pernah mengatakan:

Ya Allah, sesungguhnya, ghaib aku dalam wujudMu...

Dan akhirkata, bersyukurlah dengan satu kesedaran yang amat tinggi diatas KESUDIAN ALLAH SWT menciptakan :.................... (masukkan nama anda beserta bin/binti anda) sebagai salah satu dari makhluknya yang memiliki apa yang anda kecapi hari ini dan juga memiliki perkara-perkara yang mungkin tidak anda sedari dan ketahui. Dan kita akan kembali ke tempat asal kita mengadap Allah SWT Maha Pencipta dengan segala apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita didalam kehidupan sementara yang tidak 'real'( hanya tipuan semata) ini. Hentikanlah segala fitnah-memfitnah, kutuk mengutuk, kezaliman, penyelewengan kuasa, rasuah, jenayah dan sebagainya, kerana segalanya itu hanyalah sesuatu yang tidak wujud dan tidak 'real' sebenarnya.

Wallahuaklam

Ahad, 17 Jun 2012

Muhammad Akhir

Muhammad Akhir karya Anas K. Hadimadja

Sebuah Novel Sufisme yang AJAIB dan MEMBERIKAN IMPAK SEGERA KE DALAM NALURI PEMBACA!



Sebuah lagi novel yang menarik untuk dibaca dan direnungi bersama. Buku yang telah 15 tahun di pasaran tetapi pengisiannya tetap menarik dan mempunyai auranya yang tersendiri. Buku ini boleh didapati daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Muhammad Akhir

Pengarang : Anas K.Hadimaja
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan), Kuala Lumpur (1992)
Jenis Bahan : Buku
Keterangan Fizikal : viii, 203 ms
ISBN : 983-62-3194-3
Nombor Kelas : 899.233 Ana
No ID : 2001908


~ Ini sebuah novel yang amat-amat luar biasa. Dalam beberapa bab dan babak novel ini, saya jadi terlalu tersentuh dengan pilihan teks dan kisahnya, saya jadi menangis dan menangis. Ya, ia telah menyentuh kalbu saya berkenaan indahnya ciptaan Allah dan segalanya itu dari Allah jua. Malah persoalan dan isu yang tampak "tegang" (jika dinyatakan dalam teks politik, seperti perkauman) tampak indah dan "terjawab" secara humanis di dalam novel ini, menunjukkan kekuasan Islam sebenarnya. - fadli al-akiti@fadz KUBU BUKU

Shahnon Ahmad dan sekumpulan penulis yang sudah membaca novel ini memanggil novel ini "ajaib" dan "luar biasa". Bagi saya, sebenarnya novel ini sebuah novel sufi (yang dipanggil Habiburahman sebagai novel ruhaniah, pembina diri) yang secara haknya sebuah novel yang "mengajar" tentang "mengenal diri" , disaluti dengan plot berkenaan seorang lelaki (lelaki ini kiranya seorang wali Allah yang nyata/hidup) yang mengajar secara sengaja atau tidak sengaja tentang Islam dan kemanisannya kepada mereka yang dijumpainya.

...............

Pertama kali membaca sebuah novel yang secara terang-terangan memperincikan sifat seorang insan yang alim, warak, zuhud (dan sewaktu dengannya) tanpa di paksa-paksa. Perwatakan yang hampir sempurna bagaikan mencipta seorang individu yang dicari-cari mutakhir ini, yang mengajak ke jalan kebenaran, membetulkan kebiasaan yang menyimpang, memberitahu tanpa menggurui, mengajar dengan penuh hikmah tanpa perlu membuka kitab yang tebal-tebal. Muhammad Akhir kiranya insan istimewa muncul pada manusia yang sesat, berada dalam puncak kejahilan tetapi boleh dibawa keluar untuk mendalami Islam dan kembali kepada mentauhidkan Allah dengan sebenar kefahaman. Sesekali terasa menggigil membaca perwatakan Muhammad Akhir yang serba sempurna, sambil cuba mencari apakah wujud insan seperti itu dewasa ini?

- Norziati Mohd Rosman Goodreads Author


......................


Saya membaca novel ini ketika berusia 22 tahun, dengan cara meminjam dari perpustakaan awam. Dan saya ingin berkongsi disini bahawa, Novel inilah yang sebenarnya antara asbab yang memberikan satu inspirasi, motivasi dan 'anjakan paradigma' kepada diri ini dan membawa kesan dan pengaruh yang amat mendalam didalam perjalanan hidup saya selepas itu. Tahniah kepada Anas K. Hadimadja. Anda juga wajar memilikinya!

Sabtu, 16 Jun 2012

Tukar Password Email Anda Jika

Pernahkah anda menerima email dari diri anda sendiri? Maksudnya menerima email dari alamat email anda sendiri dan didalam email tersebut mempunyai link yang mengarut seperti perjudian, pornografi dan sebagainya?

Atau pernahkahkah rakan contact dalam email anda menerima email dari anda, sedangkan anda tidak menghantar apa-apa kepada mereka. Lebih-lebih lagi jika didalam email tersebut terkandung link yang memautkan pautan ke website lucah dan sebagainya. Sehingga ada rakan yang menuduh saya sengaja menyebarkan website lucah kepada dirinya!

Saya juga sering menerima email-email dari rakan-rakan contact saya yang mana didalamnya terdapat link-link yang mengarut, yang mana saya pasti, email ini bukan dari rakan saya, melainkan email mereka telah di akses oleh individu yang tidak bertanggung jawab.

Jika ini berlaku, antaranya, bermakna anda menggunakan password yang 'weak' (lemah) atau terlalu ringkas sehingga dapat di 'hack' oleh para hackers yang bertaburan dalam dunia maya ini. Sila tukar password anda dengan yang lebih rumit (strong) seperti mengandungi kombinasi nombor dan huruf yang hanya anda mengetahui maksudnya.

Bagi pengguna Yahoo Mail, untuk memastikan samada benar atau tidak email anda sedang digunakan oleh individu lain bagi kepentingan mereka, sila KLIK pada LINK INI

Saya telah mengalami perkara sebegini dan apabila saya membuat pemeriksaan melalui link yang diatas, ini lah hasil yang saya dapati:


Berdasarkan Negara (klik untuk memperbesarkan gambar)

Terdapat beberapa kali akaun email saya dibuka dari negara yang tidak pernah saya sampai seperti Greece, Hungary dan Poland


Berdasarkan I.P Address (klik untuk memperbesarkan gambar)

Terdapat IP adress yang ternyata dari luar negara yang mengekses email saya dan menghantarkan email-email spam kepada rakan-rakan saya.

Setelah saya menukar password saya dengan katalaluan yang lebih rumit, Alhamdulillah, saya tidak lagi menerima email dari alamat email saya sendiri, dan dari pemantauan yang saya lakukan, tiada lagi kelihatan email saya diakses oleh individu lain, melainkan hanya dari IP Address saya sendiri.

Khamis, 14 Jun 2012

Ilmu Melupakan Kenangan Lalu

Kenangan-kenangan lalu yang pahit dan meruntun jiwa ternyata amat sukar dilupakan. Melayan perasaan mengenangkannya menambahkan lagi duka lara dan sakit didalam jiwa yang telah memang sedia tertekan. Hal ini amat menyukarkan kita untuk memberi fokus pada masa kini dan matlamat masa depan.

Ada juga yang bertanya saya, bagaimana cara ingin membuang semua memori-memori silam yang negatif ini dari dalam diri. Saya telah mencadangkan beberapa kaedah seperti EFT, Affirmasi, Latihan Pernafasan, Visualisasi dan lain-lain. Sebenarnya, jika kita mengambil salah satu dari kaedah-kaedah yang dicadangkan atau pun dari sumber-sumber lain,dan menjadikannya sebagai ikhtiar dan dilakukan dengan bersungguh-sungguh, InsyaAllah, Tuhan pastiakan membantu hamba-hambaNya yang telah menunjukkan keinginan yang kuat serta komitmen (ikhtiar) yang istiqamah.

Mungkin melakukan beberapa kaedah yang disebutkan merupakan sesuatu yang berat bagi sesetengah individu, lantaran tidak memahami sepenuhnya akan langkah-langkah yang sepatutnya dilakukan, mungkin akibat hati dan jiwa yang terlalu lemah dan terlalu berputus asa maka telah hilang keinginan untuk membuat perubahan kerana telah tiada keyakinan lagi.


Maka pada kali ini, saya ingin berkongsi suatu ilmu atau kaedah yang sangat mudah, untuk membuang kenangan-kenangan lalu yang mencengkam jiwa.


Saya telah menggunakannya terlebih dahulu untuk memastikan ianya benar-benar mujarab. Untuk melakukan kaedah ini, ianya memerlukan suatu elemen atau 'barang' yang sangat ampuh yang telah digunakan secara tradisi turun-temurun oleh nenek moyang kita rupanya.





Anda hanya perlu mendapatkan barang ini, dan ianya mudah didapati dimana-mana sahaja, InsyaAllah selepas menggunakannya, anda akan dapat merasakan perubahan pada diri anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang elemen atau 'barang' ini, sila klik pada LINK
Mudah, Percuma dan Mujarab!
Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]