Ahad, 29 Mei 2011

Keputusan Terakhir

Dr. Denis Waitley, dari program angkasawan NASA telah membuat kajian kepada sekumpulan atlet olimpik dimana atlet ini telah dipasangkan alat yang akan membaca graf pergerakan tubuh, denyutan nadi dan jantung atlet-atlet ini.

Kemudian, atlet-atlet ini diarahkan duduk dan membuat visualisasi iaitu berkonsentrasi membayangkan didalam pemikiran mereka bahawa ketika itu mereka sedang benar-benar berlari membuat latihan di trek balapan. Apa yang menakjubkan ialah, keputusan bacaan graf menunjukkan bahawa keadaan fizikal mereka sewaktu melakukan visualisasi adalah benar-benar sama seperti atlet yang sedang membuat latihan olahraga!

Dr. Denis memberikan diagnosis bahawa: "When you visualize, then you will materialise"

Berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat dan impian itu adalah amat penting. Kita sememangnya sedar bahawa kita perlu melakukan apa jua usaha yang mampu kita lakukan atau fikirkan bagi memastikan kita mencapai kejayaan didalam mengejar sesuatu matlamat. Namun, kita juga perlu memastikan bahawa kita perlu melakukan usaha tersebut dengan perasaan dan semangat yang optimis, positif dan berinsipirasi. Bagi pengamal loa, seiring dengan melakukan usaha, mereka juga akan menjadikan kaedah Visualisasi sebagai salah satu 'ikhtiar'. Melakukan visualisasi dan kemudian duduk dirumah tanpa melakukan apa-apa usaha dan menanti kemunculan 'matlamat' anda mengetuk pintu rumah anda bukanlah visualisasi. Ianya hanyalah 'angan-angan'.

Masih ingatkah lagi akan kaedah VISUALISASI yang pernah dibincangkan?

Beberapa waktu lalu saya dihubungi oleh seseorang yang pernah menghadiri seminar yang saya anjurkan dan dia bertanya tentang kaedah ini. Beliau, seorang pelajar yang masih menuntut di sekolah menengah dan sangat komited dengan pengamalan berfikiran positif ini.

Beliau telah kehilangan telefon bimbitnya dan berkeinginan untuk memiliki sebuah telefon bimbit yang baru dan lebih canggih dari yang telah hilang. Kerana beliau masih belajar, beliau tidak mampu untuk membeli jenama yang diimpikannya, tetapi beliau tetap yakin pasti berjaya memilikinya dan mencuba dengan kaedah Visualisasi.

Akan tetapi setelah beberapa waktu, impian tersebut masih belum dicapai dan tidak ada apa jua jalan yang ditunjukkan padanya untuk berusaha memilikinya. Disamping itu dia telah pun meminta sendiri dari ayahnya supaya dapat membelikan untuk dirinya telefon tersebut, tetapi ayahnya menolak kerana sebagai hukuman atas kecuaiannya menghilangkan telefon bimbit sebelumnya yang juga sebenarnya masih baru dibelikan. Apa yang mampu dilakukannya ialah menjimatkan perbelajaan hariannya bagi mengumpul wang yang cukup sehingga mampu membeli telefon tersebut.

Saya bertanya, apakah kamu memvisualkan dalam bentuk statik atau bergerak (video). Beliau memberitahu bahawa beliau menggunakan bayangan bergerak.

Seterusnya saya bertanya, apakah yang divisualkan olehnya?

Dia memberikan visual bahawa ayahnya datang memberikan wang yang cukup untuk membeli telefon bimbit itu.

Apakah yang dapat anda fikirkan kesilapan yang dilakukan oleh beliau?

Ya, benar, beliau cuba memvisualisasikan CARA dan BAGAIMANA (HOW)!

Bukankah telah saya tekankan berkali-kali, didalam proses visualisasi, perlu ada satu kefahaman untuk membezakan diantara CARA/BAGAIMANA mencapai keinginan,

DENGAN:

MATLAMAT/KEINGINAN

" Apabila anda melakukan kaedah visualisasi, perkara yang paling penting ialah:

ANDA PERLU MEMVISUALKAN KEPUTUSAN TERAKHIR (END RESULT) TERHADAP MATLAMAT DARI KEINGINAN ANDA"

Maksudnya disini ialah:

Jika didalam kes diatas, apa yang perlu divisualkan ialah
"dia sedang menggunakan telefon bimbit baru idamannya samada bercakap/menulis sms/memainkan mp3 dll dengan gembira, dan merasakan ketika itu dia benar-benar telah memilikinya sehingga perasaan menginginkan telefon tersebut telah tiada lagi, kerana telah pun memilikinya"

Memvisualkan ayahnya datang, memberinya wang yang cukup, bukanlah keinginannya, itu adalah CARA dan BAGAIMANA yang difikirkannya akan menjadi penyebab untuk mencapai keinginannya. Jika kita telah pun tahu CARA dan BAGAIMANA untuk memiliki sesuatu, tidak perlulah lagi menggunakan kaedah visualisasi. Terus sahajalah berusaha mengikut CARA dan BAGAIMANA yang kamu fikirkan itu.

Dalam artikel 'Album Visualisasi Rakanku" dimana telah pun dinyatakan bahawa

DO NOT THINK ABOUT THE HOW
Jangan fikirkan tentang BAGAIMANA (ketika melakukan visualisasi)

BAGAIMANA / HOW itu akan ditunjukkan kepada anda satu persatu (dengan izin Allah) asalkan anda Husnuzzon pada doa anda dan membuang segala perasaan ragu-ragu, DAN JUGA memberikan fokus secara konsisten, maka cara untuk mendapatkannya, komitmen untuk berikhtiar memilikinya, akan ditunjukkan satu persatu.

Firman Allah:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang *TIDAK DISANGKA-SANGKANYA. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakkiNya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (At-Thalaaq: 2-3):

*TIDAK DISANGKA-SANGKANYA bermaksud dari sumber atau arah (CARA dan BAGAIMANA) yang tak pernah kita terfikirkan

PERINGATAN: Apabila anda bertanya tentang BAGAIMANA ketika melakukan visualisasi, maka seolah-olah anda telah tahu bagaimana untuk memilikinya, maka tak perlulah melakukan kaedah visualisasi. Ia jua menunjukkan tanda-tanda bahawa anda masih lagi ragu-ragu dan belum betul-betul memahami konsep Husnuzzon dan Hukum Tarikan apabila anda mula bertanya HOW disaat anda baru sahaja membuat permintaan dan hanya menunjukkan sikap tidak bersabar dan terburu nafsu.

dari Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi S.A.W, baginda bersabda,

“Doa akan dimakbulkan untuk setiap dari kamu selagi kamu tidak tergesa-gesa (minta dimakbulkan) yang mana yang berdoa itu bertanya-tanya, ‘Saya telah berdoa, tapi mengapa masih belum dimakbulkan untukku’.
(HR Bukhari)

Apa yang berlaku ketika visualisasi ini ialah kita sebenarnya akan berkomunikasi dengan minda separa sedar kita (subconscious mind), yang mana ini akan memberi keselarian diantara keinginan dari minda sedar dengan daya tarikan dari minda separa sedar.

Dan yang paling penting sekali, ANDA PERLU TAHU MEMBEZAKAN ANTARA VISUALISASI DAN ANGAN-ANGAN!

Pesanan salah seorang Mentor Loa saya:
"Teknik visualisasi ini akan membolehkan kita mendapat bantuan Allah untuk mencapai matlamat kita. Jangan menganggap Teknik Visualisasi ini remeh temeh kerana SANGAT RAMAI yang telah Berjaya dengan menggunakan teknik ini."
Dr Mohamed Farook, M.D. (UKM) O.H.D ( NIOSH)


Untuk mendapatkan penjelasan dan huraian lebih lanjut sila tontoni slot video ini:




Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah

Jumaat, 27 Mei 2011

Segalanya Ada Pada Nama

"Dengan NAMA..."

Bayangkan anda sedang memandu kereta anda (yang baru anda beli 5 bulan lepas), kemudian anda berhenti di hadapan sebuah premis perniagaan 24 jam untuk membeli sesuatu. Anda pun matikan enjin, dan turun dari kereta. Tiba-tiba datang dua orang lelaki berwajah bengis, dengan gaya samseng mereka merampas kunci kereta dari tangan anda, lalu menghidupkan enjin kereta anda dan memandunya pergi dari situ, meninggalkan anda tercegat di hadapan petak parking.

Mereka pastilah penjenayah, bukan? Merampas HAK anda dengan cara yang salah...anda boleh buat laporan polis, dan mereka (samseng dua orang tadi) pasti akan menerima hukuman apabila tertangkap nanti.

Ops, nanti dulu.

Bagaimana pula, sekiranya ketika mereka merampas kunci kereta dari tangan anda itu, 'samseng' dua orang itu menunjukkan sehelai kertas kepada anda, yang menyatakan bahawa anda sudah empat bulan tak bayar ansuran kereta?

Dalam ertikata lain, 'samseng' tersebut merampas kereta baru anda itu DENGAN NAMA bank! Boleh ke anda buat laporan polis untuk dapatkan semula kereta tu? Sah kena gelak je..

Ini hanyalah satu contoh perbezaan...di mana sesuatu tindakan itu boleh menjadi benar ataupun salah, hanya kerana perbuatan itu dilakukan DENGAN NAMA pihak yang memiliki autoriti..ataupun tidak.

Contoh kedua; bayangkan anda sedang memohon kelulusan untuk mendapatkan sebidang tanah. Kebetulan, wakil rakyat di kawasan anda itu adalah bekas rakan sedarjah anda..maka anda pergi bertemu dengannya.

Kemudian, rakan anda itu membawa anda bergi berjumpa Menteri Besar (atau Ketua Menteri)..dan anda diberitahu oleh Menteri Besar bahawa permohonan anda itu disokong olehnya melalui surat sokongan yang ditandatangani beliau. DENGAN NAMA Menteri Besar, borang permohonan anda itu pasti mendapat kelulusan segera!

Sesuatu urusan menjadi lebih mudah apabila anda mendapat sokongan dari pihak yang memiliki autoriti.

Itu baru dapat sokongan pihak berkuasa di dunia..bagaimana pula sekiranya anda mendapat sokongan pihak yang memiliki autoriti di dunia dan akhirat serta SELURUH ALAM?

Seorang Menteri Besar takkan sewenang-wenangnya datang bertemu anda, dan menawarkan kepada anda; "Ini surat sokongan untuk SEMUA permohonan awak. Gunalah NAMA SAYA dalam apa saja permohonan!"

Macam mimpi indah saja kan? Pasti ada di kalangan pembaca yang merasakan senario di atas ini sebagai 'too good to be true'.

Tapi anda bukannya bermimpi. Allah (pentadbir dan pemilik segala sesuatu), yang jauh lebih KAYA dan BERKUASA daripada segala makhluk yang ada di langit dan di bumi, telah MEMERINTAHKAN kita untuk memohon dan melakukan segala apa jua tindakan, DENGAN NAMA ALLAH!

Kerana itulah, DENGAN NAMA ALLAH, seorang manusia yang benar-benar bertaraf khalifah akan mampu melakukan apa sahaja (yang diizinkan syarak), walaupun mengatasi fitrah alam, hatta berjalan di atas air (jika benar-benar perlu).

DENGAN NAMA ALLAH, tiada apa lagi yang mustahil!


Credit to : Is-haque

Artikel ini adalah pautan dari: Pondok Hearty

OCD - Impak Negatif Terhadap Penghidap


PERHATIAN: SILA KLIK PADA PAGES OCD/WAS-WAS UNTUK IKHTIAR PERAWATAN

Assalamualaikum

Saya telah pun memulakan sessi konsultasi untuk rawatan pesakit OCD/ Was-was/ Lintasan hati, berasaskan Hukum Daya Tarik (LOA) , jika sesiapa yang berminat bolehlah hadir untuk sessi ini.

Waktu rundingcara: 10 pagi hingga 5 petang. (Setiap hari kecuali Jumaat) Sila bawa muhrim bagi peserta wanita.

Sila hubungi saya di alamat email: husnuzzonloa@yahoo.com untuk maklumat lanjut dan temujanji



SIMPTOM, PERASAAN, GELAGAT pesakit yang menghidapi masalah obsesif kompulsif (OCD) atau perasaan was-was ekstrem.

Simptom penyakit ini ialah melakukan gerakan berulang kali ketika membersih dan memeriksa, selain daripada keterlaluan atau ekstrem dalam memikirkan aspek seksual, keganasan atau aspek keagamaan.

Pesakit kerap merasakan dirinya tidak bersih sehinggakan mengambil masa berjam-jam lamanya bila berada di bilik mandi. Pesakit akan membasuh kedua-dua tangannya dan mandi berulang kali. Bukan itu sahaja, pesakit akan jalan mengundur bila mahu keluar dari bilik mandi. Lebih teruk lagi apabila keluar dari biliknya, pesakit akan memeriksa pintu biliknya sama ada telah berkunci dengan membuka serta menutup pintu dan memusingkan tombol pintu berulang kali. Banyak kali juga dia akan berpatah balik setelah melangkah hanya beberapa meter untuk memastikan pintu itu betul-betul dikunci.

Tegasnya pesakit mempunyai perasaan serta kelakuan dan gelagat yang ekstrem. Kelakuan yang berulang kali seperti membuka dan menutup pintu sebanyak 20 kali sebelum meninggalkan bilik adalah untuk melegakan keresahan serta pemikiran yang mengatakan pintu bilik itu mungkin belum dikunci. Tetapi ini membuang masa dan mendatangkan stres yang hebat. Kesan paranoid sebegini boleh membuat individu itu psikotik. Masalah ini memberi kesan terhadap rutin hidup seharian. OCD merupakan masalah berpunca dari otak, seperti keresahan serta ketakutan melampau atau juga kombinasi kedua-duanya sekali.

PERLU BANTUAN, PEMAHAMAN


Mula-mula pesakit OCD perlu memahami isu itu. Mereka perlu tahu masalah itu merupakan perasaan yang tidak boleh dikawal seolah-olah terpaksa mereka lakukan dan tidak dapat melepaskan diri dari perasaan ini dan melakukannya. Ini semua tanpa kawalan, seperti imej dan impuls otak yang berlaku tanpa henti berulang kali.

JENIS WAS-WAS


Terdapat beberapa kategori bagi mereka yang mempunyai masalah ini. Kategori pertama ialah mereka yang takut kotor dan akan membersih tangan dan badan berulang-kali.

Kumpulan kedua rasa terpaksa memeriksa pintu, dapur gas berulang kali bagi memastikan keselamatan dan menjauhi bahaya. Ada yang rasa bersalah atau berdosa dan merasakan mereka perlu lakukan sesuatu untuk mengelak daripada didenda atau dihukum.

Ada juga yang rasa obsesi dengan cara mengatur barang atas meja dan rak atau mengatur perabot dan dekorasi di dalam rumah. Ada juga yang punya kepercayaan karut tentang sesuatu nombor, warna atau corak dan aturan.

Langkah:

Terapi terbaik bagi mereka yang mengalami OCD ialah terapi ‘kognitif-tingkahlaku’.
Terdapat juga ubat bagi menghilangkan kemurungan tetapi ubat sahaja jarang sekali berkesan mengurangkan simptom masalah ini.

PENDEDAHAN, RESPONS


Pendedahan serta menghalang respons berkisar kepada sumber yang menyebabkan obsesi itu. Individu itu akan dihalang daripada melakukan aktiviti kompulsif bagi meredakan keresahannya.

Contohnya, bagi seseorang yang kompulsif dalam membasuh tangan. Beliau akan disuruh menyentuh tombol atau pemegang pintu tandas awam dan kemudian dihalang daripada membasuh tangannya. Semasa orang itu dalam keresahan, desakan untuk membasuh tangan secara ‘ritual’ (berulang kali) akan beransur hilang. Melalui cara ini, individu itu akan belajar bahawa beliau tidak perlu melakukan ritual itu dan belajar mengawal perasaan obsesif dan tingkahlaku kompulsif.

Terapi kognitif pula memberi fokus terhadap pemikiran yang bahaya dan rasa tanggungjawab besar individu berkenaan. Ia mengajar cara memberi respons yang sihat dan efektif terhadap pemikiran obsesif tanpa perlu melakukan tingkah laku kompulsif.

LANGKAH MENGATASI SIMPTOM

Pesakit disedarkan bahawa pemikiran sebegitu adalah disebabkan OCD dan katakan pada dirinya bahawa ‘ia bukan sebenarnya saya, tetapi hanya OCD’ bagi mengingatkan tingkah laku itu adalah mesej-mesej palsu dan tidak bermakna yang dihantar otak”. Pesakit harus memberi fokus terhadap perkara lain walaupun hanya beberapa minit. Pesakit perlu berkata “saya mengalami gejala OCD dan perlu melakukan sesuatu yang lain.”

BANTUAN KELUARGA

OCD boleh mengganggu hidup sosial dan keluarga mereka yang mengalaminya.
Keluarga boleh membantu dalam memahaminya serta mengelakkan konflik daripada berlaku. Ahli keluarga boleh memberi motivasi serta sokongan terhadap individu yang menghidapi OCD.

Aktiviti riadah seperti melakukan joging, jalan kaki, mendengar muzik dan melayari Internet semata-mata untuk mengelakkan diri daripada tingkah laku kompulsif dan pemikiran obsesif.

Pesakit perlu melengah-lengahkan respons, lagi lama dilengahkan, semakin hilang desakan melakukan gerak kompulsif itu.

ELAK STRES
Sesuatu yang mendatangkan stres boleh mencetuskan atau memburukkan lagi episod OCD.
Pesakit dinasihatkan mengamalkan gaya hidup tanpa stres serta aktiviti yang mendatangkan relaks selain daripada mengamalkan senaman serta pemakanan yang secukupnya. Masa tidur dan rehat harus secukupnya, di samping menjauhi rokok, nikotin dan alkohol.

ELAK DARIPADA BERSENDIRIAN
Pesakit jangan bersendirian dalam mengalami masalah itu. Mereka perlu meminta bantuan, bercerita masalah kepada orang lain. Ada baiknya jika melibatkan diri dengan kumpulan sokongan dan berkongsi pengalaman. Elakkan daripada memberi komen-komen yang negatif. Mereka harus berinteraksi secara positif dalam lingkungan sosial dan anggap semuanya itu adalah satu perkara yang lucu, selanjutnya menceriakan diri sendiri.

disesuaikan daripada Bernama Jan 2012


OCD dalam konteks hidup beragama.
Dalam konteks umat Islam, penyakit OCD ini biasanya menyerang dalam amalan keagamaan atau ibadah. Jika penyakit ini berada pada tahap yang tidak genting, maka ia bukanlah OCD, sebaliknya penyakit was-was biasa yang berlaku dalam menjalani ibadah. Namun, jika penyakit was-was ini dilayan dan dibiarkan berterusan tanpa ada sebarang usaha bagi memulihkannya, ia boleh berubah tahap menjadi teruk dari masa ke semasa, dan akhirnya sampai ke tahap OCD.

Was-was muncul kerana rasa taksub dalam mencari kesempurnaan dalam menunaikan sesuatu ibadat. Penyakit ini biasanya berlaku ketika hendak berniat. Seorang pesakit akan taksub atau obses mencari niat yang sempurna lafaznya. Oleh itu, sebarang kesilapan kecil dalam lafaz akan menimbulkan rasa kurang senang, lantas mendorong untuk mengulanginya sehinggalah rasa kurang senang itu dirasakan benar-benar hilang.
Rasa taksub mencari kesempurnaan ini didorong oleh perasaan takut kalau-kalau amalan yang dilakukan tidak diterima Tuhan. Dari satu sudut, perasaan ini mungkin menampakkan suatu petanda yang baik kerana menunjukkan bahawa seseorang itu bertakwa dan takut kepada Tuhan kalau-kalau amalannya tidak diterima.

Namun dari satu sudut lain, perasaan ini nampaknya menimbulkan fitnah dalam beribadat. Ini kerana salah satu kriteria penerimaan ibadat adalah khusyuk. Jika kita asyik berwas-was sahaja, bagaimana mungkin kita akan khusyuk? Selain itu, berlaku pembaziran dalam menggunakan sumber air. Tuhan juga membenci pembaziran. Maka tidak wajarlah ketaqwaan kepada Tuhan dijadikan alasan untuk kita terus melayan rasa was-was ini.
Maka di sinilah Islam menggesa umatnya mengambil jalan pertengahan. Ini kerana terlalu jahil dalam beragama boleh membawa kepada kekufuran, manakala terlalu fanatik atau taksub dalam beragama pula boleh membawa kepada fitnah-fitnah yang boleh menyebabkan amalan kita langsung tidak diterima.

Di sini saya memetik kata-kata Ibn Qayyim tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan niat:

“Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya di hati. Tiada kaitan dengan lidah sama sekali. Justeru itu, tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat sebarang lafaz bagi niat. Tidak pernah kita dengar hal ini dari mereka. Segala lafaz yang diada-adakan sebelum bersuci dan solat telah syaitan jadikannya medan memerangi golongan yang was-was. Syaitan memenjara dan mengazab mereka dengannya. Dia menjadikan mereka berusaha membetulkan lafaz-lafaz itu, sehingga anda lihat ada yang mengulang-ulang dan berhempas pulas dalam mengucapkannya. Padahal ia langsung tiada kaitan dengan solat. Sebaliknya niat itu ialah tujuan sesuatu perbuatan. Setiap yang berazam melakukan sesuatu, dia telah berniat. Tidak tergambar terpisahnya perbuatan dengan niat kerana perbuatan itu adalah hakikat niat. Tidak mungkin tiada niat sedangkan wujudnya perbuatan. Sesiapa yang duduk untuk berwuduk maka dia telah berniat hendak berwuduk. Sesiapa yang berdiri untuk bersolat maka dia telah berniat untuk bersolat.

Tiada seorang yang berakal melakukan sesuatu ibadah atau selainnya tanpa niat. Niat merupakan perkara semestinya wujud bagi tindakan insan yang disengajakan. Tidak perlu bersusah payah dan berusaha mendapatkannya. Sekiranya seseorang ingin menghilangkan niat dari perbuatan pilihannya, nescaya dia tidak mampu. Jika Allah mewajibkan solat atau wuduk tanpa niat, maka Dia mewajibkan apa yang insan tidak mampu. Ia tidak termasuk di bawah keupayaan insan. Kalau begitu, mengapa bersusah payah untuk mendapatkan niat?. Sesungguhnya syak dalam memperolehi niat adalah sejenis penyakit gila. Sebab, pengetahuan seseorang tentang keadaan dirinya adalah sesuatu yang yakin.

Bagaimana mungkin seorang yang berakal syak tentang niat dirinya. Seseorang yang berdiri belakang imam untuk menunaikan solat zohor; bagaimana mungkin dia syak mengenai tujuannya?! Jika seseorang memanggilnya untuk sesuatu urusan ketika itu, nescaya dia berkata: aku ada urusan, aku ingin solat zohor. Jika seseorang bertanya kepadanya ketika dia keluar menuju ke tempat solat: awak hendak ke mana? Nescaya dia berkata: aku hendak solat zohor bersama imam. Jadi, bagaimana mungkin seorang yang berakal ragu-ragu mengenai hal ini dalam dirinya sedangkan dia mengetahuinya secara yakin” (Ibn Qayyim, Ighathah al-Lahfan min Masaid al-Syaitan, halaman 144).



sumber: LINK 1
LINK 2
LINK 3
LINK 4


P/S: Dah bertahun lamanya aku rasa aman dari semua ni..tapi baru-baru ini dia datang lagi, kembali menggapai jalinan plot-plot silam dengan strategi serba baru lagi canggih...wah! aku terpukul seketika...memang kau hebat, aku akui, tak mampu aku melawan dengan segala yang pernah kugunakan...imunisasi yang kutanam seakan tidak ampuh lagi..rupanya masih banyak lagi implan-implanmu yang bersarang dalam tubuh badanku...tak mengapa..kali ini aku biarkan sahaja kau mengganas buat beberapa ketika, aku tahu dan pasti, aku adalah pemenang, tunggu sahaja masa dan ketika yang sesuai..akan aku ajar kau! dan andai aku memang akan tewas kali ini, biarlah aku tewas keseluruhannya, kerana aku akan menggunakan seluruh ledakan terakhir yang ada pada diriku rohani dan jasmani!

Rabu, 25 Mei 2011

Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi

“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.

“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.

Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.


Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?

Cinta Ilahi?

Tiada lagi cinta lelaki?

Wanita gila harta?

Hanya Allah sahaja yang ‘setia’?

Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu.

Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?

Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.

Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!

BERTAPA?

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?



“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.

Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.

Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.

Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.

CINTA ILAHI ADA CARANYA

Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?



"Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.

Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.

BY: ABU SAIF

Credit To: Abu Saif

p/s: ada yang menggunakan motto 'couple haram! hanya cinta ilahi dalam hatiku'..tapi asma'ul husna pun tak hafal..camno?

Isnin, 23 Mei 2011

Adakalanya Aku segerakan untukmu


Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. maka ia terus terjadi.
(Yassin : 82)


Anas bin Malik R.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

Apabila Allah mengasihi dan menyayangi pada seorang hamba maka dikenakan kepada hambanya sesuatu bala”,

Maka apabila hamba itu berdoa mohon pertolongan kepada Allah, maka berkatalah Malaikat: suara itu sudah terkenal! (selalu didengari oleh para malaikat akan rintihannya)

Dan berkata Jibril A.S : Ya Allah , Hamba mu si fulan (sesiapa) itu, bermohon padaMu, makbulkanlah hajatnya.

Jawab Allah: Biarkan dulu hambaku , Aku suka mendengar rintihan suaranya.

Maka apabila hamba berkata: ……Ya Rabbi..

Maka Allah menjawab : Labbaika HambaKu ( selamat datang hambaKu),
tiada engkau berdoa melainkan Aku sambut,dan tiada engkau minta sesuatu melainkan pasti Aku berikan , Adakalanya Aku segerakan untuk mu , atau aku simpan untukmu yang lebih baik bagimu, Atau aku tolak permohonanmu bagi mengelakkan bala yang lebih besar akibat keinginanmu itu.

Firman Allah:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah :216)


Kesimpulan: Untuk diriku dan rakan-rakan, jika sesuatu keinginan yang telah anda usahakan itu menemui kegagalan, ianya hanyalah kerana terdapat perkara buruk yang Allah mahu elakkan dari menimpamu, maka jangan merasakan Allah tidak memperdulikan kita atau bersikap pilih kasih atau bersangka bahawa doa anda tidak layak dimakbulkan Allah.

P/S: Kita selalu inginkan dari Allah supaya menyegerakan permintaan kita, TAPI, cuba periksa perkara ini: Setiap kali kita mendengar seruan Azan, adakah kita pun 'BERSEGERA' untuk menunaikan kewajipan?...

Ahad, 22 Mei 2011

Takziah dan Al Fatihah

Tanah runtuh: MB Selangor arah bantuan segera


KUALA LUMPUR, 21 Mei: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberikan bantuan segera.

Sedih dengan berita kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang menyebab kematian. Kerajaan negeri akan sedia tabung bantuan mangsa dengan segera,” tulisnya di laman twitter petang tadi.

Sementara Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar memaklumkan Khalid serta barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada keluarga kepada kanak-kanak yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Madrasah Al Taqwa Felda Semungkis, Hulu Langat.


Kerajaan Negeri telah menghantar Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor serta Yayasan Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera kepada mangsa yang terselamat dan ahli keluarga mereka.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan membiayai kos keperluan kepada mereka yang terselamat dalam bencana alam ini serta petugas-petugas yang bertungkus lumus menjalankan misi mencari dan menyelamat.


Menteri Besar akan menyumbangkan RM1,000 kepada setiap keluarga yang anak mereka terkorban dalam kejadian ini sebagai tanda prihatin dengan nasib malang yang tidak dijangka ini.

Menteri Besar telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memastikan kebajikan mereka yang terselamat dijaga.

Buat sementara waktu, kerajaan negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni madrasah dan ahli keluarga mereka yang terlibat di Azwin Resort sehingga misi penyelamat dan mencari mangsa selesai dijalankan.


Menteri Besar menasihatkan keluarga mangsa-mangsa terlibat supaya bersabar dan redha dengan kejadian ini. Semoga roh mangsa yang terkorban di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan di laman sama memberitahu, Unit Amal bergegas ke Lembah Azwin Sungai Semungkis di mana tanah runtuh menimpa rumah anak yatim.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berharap Unit Amal dapat menyelamatkan mangsa sambil mengiringi doa agar tidak ramai yang terkorban.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 24 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat.

Dilaporkan tiga mayat kanak-kanak rumah anak yatim berkenaan telah dikeluarkan dari tanah runtuh sehingga jam 6.30 petang tadi.

Pautan dari: LINK

Ucapan takziah untuk semua ahli keluarga mangsa tragedi ini, semoga roh mereka semua dicucuri Rahmat dari Allah S.W.T.
Al Fatihah.

Awak,...simpan misai lebat ya, nampak macho sikit

(Positive Self/Body Image)

Ini cerita 20 tahun yang lalu

Gadis itu memberi cadangannya padaku pada pertemuan pertama kali, walau pun aku memang ada kumis, tetapi nipis dan jarang. Dan beberapa waktu seterusnya juga dia masih mengingatkan aku supaya menyimpan misai lebat dengan alasan aku akan nampak bertambah 'macho', matang dan dewasa. Dan akhirnya perhubungan terputus hanya kerana dia malu mempunyai teman lelaki yang tidak bermisai dan nampak seperti lepasan sekolah.

Ketahuilah wahai gadis-gadis, awek-awek dan isteri-isteri yang inginkan lelaki anda macho dan nampak jantan dengan memiliki misai yang tebal dan lebat itu bahawa:

1. Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan ALLAH membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai.” (HR al-Bazzar dengan sanad yang sahih)

2. Aisyah rah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sepuluh perkara adalah fitrah yang mana memotong misai dan menumbuhkan janggut itu disebutkan" (dari Abu Daud)

3. Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- (HR Bukhari dan Muslim)

4. Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, " Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan memotong misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu" (Ibnu Hibban)

5. Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" diberitakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah saw. Tatkala melihatkan ini Rasulullah saw bersabda. " Di dalam agama kami, kami diperintahkan memotong misai dan memanjangkan janggut"

6. Ibn Asaakir dan yang lain-lainnya telah memberitakan bahawa Hasan ra

meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, " terdapat sepuluh kebiasaan yang ada di kalangan umat nabi Lot yang menyebabkan punca kebinasaan ke atas mereka. Di antara kebiasaan itu di senaraikan juga mengenaipencukuran janggut dan memanjangkan misai"

7. Zaid Ibni Habib ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw tidak tertahan lagi melihat dua orang utusan yang datang daripada istana Maharaja Kisra kerana mereka telah mencukuri janggut-janggut mereka.Baginda memberitahu kepada mereka; "Binasalah ! Siapakah yang menyuruh kamu supaya menjadikan wajahmu seperti ini?" mereka menjawab, " Tuan kami, Maharaja Kisra memerintahkan kami" Rasulullah saw bersabda, " Tetapi daku telah diperintahkan oleh Tuhanku Allah supaya memanjangkan janggut dan mengerat misai."

8. Zaid bin Arqam ra meriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa tidak mengerat misainya bukanlah daripada kami,"( dari Termizi)


Halal Haram Dalam Islam dari Dr Yusuf Qardhawi tentang Memelihara Janggut

Tentang permasalahan janggut ini, Ibnu Umar telah meriwayatkan dari Nabi s.a.w. yang mengatakan sebagai berikut:

"Berbezalah kamu dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah kumis." (Riwayat Bukhari)

Perkataan i'fa (pelihara) dalam riwayat lain diartikan tarkuha wa ibqaauha (tinggalkanlah dan tetapkanlah).

Hadis ini menerangkan alasan diperintahkannya untuk memelihara janggut dan mencukur kumis, yaitu supaya berbeda dengan orang-orang musyrik. Sedang yang dimaksud orang-orang musyrik di sini ialah orang-orang Majusi penyembah api, dimana mereka itu biasa menggunting janggutnya, bahkan ada yang mencukurnya.

Perintah Rasulullah ini mengandung pendidikan untuk umat Islam supaya mereka mempunyai kepribadian tersendiri serta berbeda dengan orang kafir lahir dan batin, yang tersembunyi maupun yang tampak. Lebih-lebih dalam hal mencukur janggut ini ada unsur-unsur menentang fitrah dan menyerupai orang perempuan.

Sebab janggut adalah lambang kesempurnaan laki-laki dan tanda-tanda yang membedakan dengan jenis lain. (Bukan misai)

Namun demikian, bukan berarti samasekali tidak boleh memotong janggut dimana kadang-kadang janggut itu kalau dibiarkan bisa panjang yang menjijikkan yang dapat mengganggu pemiliknya.

Sebagaimana yang telah kita nyatakan di atas , demi mengekalkan jati diri dan sahsiah umat Islam , maka umat Islam dilarang menyerupai orang-orang bukan Islam .

So, rentikanlah kebanggaan berkumis macam selebriti-selebriti yang popular tu,..kita ada watak keperibadian yang lebih 'macho, matang dan dewasa'! Boleh menyimpan misai yang nipis tetapi dengan syarat dimasa yang sama tetap menyimpan janggung yang rapi dan kemas.Bagi yang menyimpan janggut, pelajarilah sirah Rasulullah, berjanggut yang kemas, rapi dan bersih serta menawan

Jumaat, 20 Mei 2011

Uzlah dan Temporary Setback

IBNU ATHAILLAH DALAM AL HIKAM 12 :

" TIADA SESUATU YANG SANGAT BERGUNA BAGI HATI SEBAGAIMANA UZLAH (MENGASINGKAN DIRI) UNTUK MASUK KE MEDAN TAFAKUR (BERPIKIR)"

Dalam mencari kebenaran dan solusi kehidupan, seorang manusia memerlukan kesucian berpikir, sehingga apa yang diputuskan oleh akal pikiran tersebut merupakan langkah yang terbaik dalam hidupnya. Kesucian berpikir tersebut memerlukan keadaan yang tenang, sunyi dari kesibukan dan kebisingan, lepas dari pengaruh emosi dan hawa nafsu, sehingga pikiran dapat dihubungkan dengan Tuhan si pemberi cahaya kehidupan, dengan merenungi, dan memahami ayat-ayat yang telah disampaikanNya, sehingga langkah yang diambil tetap berlandaskan hukum dan perintahNya, dan mendapat keridhaanNya. Mengasingkan diri dari segala sesuatu kebisingan suasana dan memfokuskan diri untuk menghubungkan diri dengan Tuhan dengan memikirkan solusi setiap persoalan kehidupan berlandaskan ayat-ayatNya, sehingga mendapatkan solusi yang terbaik itulah yang disebut dengan “uzlah”.

Menurut ulama, Uzlah terbagi dua :

1. Uzlah dengan hati dan diri, yaitu menjauhkan diri dari keramaian kehidupan, sebagaimana uzlah nabi Muhammad saw di Gua hira, dan uzlah pemuda Kahfi di dalam gua.

2. Uzlah dengan hati tetapi jasmani tetap bergaul dengan manusia. Pergaulan dengan manusia, situasi yang dihadapinya, tidak dapat mempengaruhi suasana hati yang tetap istiqamah berhubungan , mengingat Allah, dan merasakan kehadiran Allah dimanapun dia berada.

Kalimat “uzlah” tersebut berdasarkan pada ayat AlQuran :

وَإِذِ ٱعۡتَزَلۡتُمُوهُمۡ وَمَا يَعۡبُدُونَ إِلَّا ٱللَّهَ فَأۡوُ ۥۤاْ إِلَى ٱلۡكَهۡفِ يَنشُرۡ لَكُمۡ رَبُّكُم مِّن رَّحۡمَتِهِۦ وَيُهَيِّئۡ لَكُم مِّنۡ أَمۡرِكُم مِّرۡفَقً۬ا (١٦) ۞

Dan apabila kamu (pemuda Kahfi) meninggalkan mereka (masyarakatnya) dan meninggalkan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu niscaya Tuhanmu akan melimpahkan sebagian rahmat-Nya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna bagimu dalam urusan kamu. (QS. Al Kahfi : 16)

Dalam ayat diatas pemuda Kahfi meninggalkan kaumnya yang sedang melakukan penyembahan kepada berhala-berhala mereka, dan mereka mencari perlindungan dari pengejaran penguasa kaumnya tersebut ke dalam gua, sehingga di dalam gua tersebut mereka mendapatkan rahmat Allah, yaitu keselamatan diri dan akidah mereka dari penguasa yang dzalim.

Demikian juga dengan nabi Muhammad saw, mengasingkan diri untuk bertafakkur di Gua Hira dengan mengharapkan hidayah Allah dalam menghadapi sikap kaumnya yang menyembah berhala. Sehingga Allah menurunkan wahyu kepadanya dengan ayat al Alaq 1-5. Tetapi perlu dicatat bahwa Nabi Muhammad saw melakukan “uzlah” tersebut sebelum beliau mendapatkan wahyu, dan setelah mendapatkan wahyu, nabi tidak lagi melakukan “uzlah” ke dalam Gua, tetapi melakukan shalat tahjjud untuk berkomunikasi dengan Tuhannya dan mencari solusi atas problematika yang dihadapi.

Mendirikan shalat tahajjud merupakan cara “uzlah” seorang muslim dengan Tuhannya, untuk mengadukan nasib dan keadaannya dan meminta petunjuk dan hidayahNya dalam mencari solusi atas problem yang dihadapinya. Itulah sebabnya dalam al Quran dinyatakan :

وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَتَهَجَّدۡ بِهِۦ نَافِلَةً۬ لَّكَ عَسَىٰٓ أَن يَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامً۬ا مَّحۡمُودً۬ا (٧٩) وَقُل رَّبِّ أَدۡخِلۡنِى مُدۡخَلَ صِدۡقٍ۬ وَأَخۡرِجۡنِى مُخۡرَجَ صِدۡقٍ۬ وَٱجۡعَل لِّى مِن لَّدُنكَ سُلۡطَـٰنً۬ا نَّصِيرً۬ا (٨٠)
“ Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. Dan katakanlah: "Ya Tuhan-ku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah [pula] aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong (QS. AlIsra: 79-80)

Dengan menghubungkan diri kepadaNya melalui shalat tahajuud dimalam hari, membaca ayat-ayat al Quran sebagai pedoman kehidupan, maka Allah akan memberikan “kalimat-kalimat yang berat dan bernash, ide yang cemerlang, solusi yang tepat dan diridhaiNya. Mendapatkan solusi yang tepat dalm menghadapi persoalan itu akan meningkatkan kedudukan kita yang dinyatakan al Quran sebagai kedudukan yang tinggi “maqamam mahmuda “.

Uzlah, dalam arti mengasingkan diri dari kesibukan dan menghadirkan diri di hadapan Tuhan dari kesunyian dengan bermunajat dan membaca serta memahami ayat-ayatNya tersebut merupakan jalan untuk mendapatkan solusi kehidupan yang tepat, ide yang segar sebagaimana dinyatakan AlQuran :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُزَّمِّلُ (١) قُمِ ٱلَّيۡلَ إِلَّا قَلِيلاً۬ (٢) نِّصۡفَهُ ۥۤ أَوِ ٱنقُصۡ مِنۡهُ قَلِيلاً (٣) أَوۡ زِدۡ عَلَيۡهِ وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلاً (٤) إِنَّا سَنُلۡقِى عَلَيۡكَ قَوۡلاً۬ ثَقِيلاً (٥) إِنَّ نَاشِئَةَ ٱلَّيۡلِ هِىَ أَشَدُّ وَطۡـًٔ۬ا وَأَقۡوَمُ قِيلاً (٦)
“ Hai orang yang berselimut [Muhammad], (1) bangunlah [untuk sembahyang] di malam hari [1] kecuali sedikit [daripadanya], (2) [yaitu] seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, (3) atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur’an itu dengan perlahan-lahan. (4) Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. (5) Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat [untuk khusyu’] dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. (QS. AlMuzammil : 1-6)

Uzlah mengasingkan diri dengan melakukan shalat tahajjud, membaca, serta memahami ayat-ayatNya merupakan jalan untuk bertafkkur dengan merasakan kelemahan diri di depan Tuhan, sehingga pikiran yang suci tersebut akan menghasilkan solusi dan ide yang terbaik sebab melalui proses shalat, membaca alQuran dan tafakkur.Uzlah diri dan hati di malam hari tersebut dapat menjadi Uzlah hati dalam kehidupan dan keramaian, menjadikan pribadi Uzlah, pribadi yang tangguh dan istiqamah, tetap dlam prinsip dan sikap, tidak terpengaruh oleh godaan dunia, dan tidak terpengaruh oleh sikap kawan, situasi, keadaan yang dapat melupakan diri daripada Allah subhana wataala.
Pribadi Uzlah adalah pribadi yang tidak mudah terpengaruh setiap godaan dan rayuan yang datang dari kaum keluarga, kerabat dan kawan, atau situasi dan keadaan. Pribadi uzlah adalah pribadi yang tetap istiqamah dalam melangkah dengan tujuan yang pasti untuk meraih keridhaan Allah, pribadi yang hatinya tetap bersih daripada segala penyakit hati, perbuatannya tetap terpelihara daripada kemungkaran, tujuan hidupnya hanya mencari keridhaan Tuhan bukan kesenangan nafsu dunia,walaupun dia hidup di tengah-tengah masyarakat yang kafir dan lingkungan yang penuh dengan dosa dan maksiat, sebab setiap perbuatan yang dilakukan adalah buah dari hati dan pikiran yang suci, yang telah disinari oleh cahaya dan cahaya dan nur Ilahi. Pribadi Uzlah, adalah pribadi yang tetap merasakan kehadiran Ilahi ditengah keramaian manusia, dan kebisingan dunia.Pribadi uzlah ditengah masyarakat,lebih baik daripada pribadi yang menjauhkan diri dari masyarakat, sebagaimana dinyatakan dalam hadis :

“ Seorang mukmin yang bergaul dengan masyarakat dan sabar atas segala godaan dan penderitaan lebih tinggi derajatnya daripada seorang mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sabar atas penderitaan yang dihadapinya “ ( Hadis riwayat Ibnu Majah/432).

Wallahu A’lam ( Muhammad Arifin Ismail, Pengajian Ummahatul Muslimah, Kuala Lumpur, Jumat 25 /02/2011)

pautan dari : Buletin ISTA 'ID

P/S: Aku juga sedang cuba ber'uzlah' atau yang disebut oleh pengamal LOA sebagai 'temporary setback' yang mana proses untuk merenung kembali apakah langkah-langkah yang tersasar, mencari solusi dan menyusun strategi dan ini memerlukan ruang privasi yang agak luas. 'Temporary Setback' adalah penting ketika merasakan sesebuah bentuk kekecewaan atau perasaan rasa jatuh bagi mengelakkan dirundung rasa putus asa dari rahmat Allah. Harap rakan-rakan memahami ...

Khamis, 19 Mei 2011

Positive Self Image adalah Sunnah

Yazid Al Busthami, seorang ahli sufi pada suatu hari pernah dikunjungi oleh seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.

Dengan murung lelaki itu mengadu,

”Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Yazid menjawab :

“Perbaiki penampilanmu dan ubahlah air muka wajahmu. Tahukah engkau?, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun, wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria.

Hadis Nabi S.A.W:

"Salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.”

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Air mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.




Kesimpulan: Senyum, Kebersihan dan Kekemasan Diri serta Menjaga Penampilan Diri supaya orang menjadi selesa berkomunikasi dengan kita adalah SUNNAH dan dituntut oleh agama. Zuhud bukan bererti anda perlu selekeh dan meloyakan.

Dari kisah ini terbukti bahawa baginda Rasulullah S.A.W telah mengajarkan tentang Positive Self/Body Image 1500 tahun dahulu lagi.

Rabu, 18 Mei 2011

Sauh Kehidupan (Bhg 3)



sambungan dari artikel yang lalu:

Akhirnya kita mengakui bahawa kita tak dapat tidak, sangat bergantung kepada kapal kita untuk meneruskan kehidupan. Kita tidak boleh meninggalkan kapal kita. Dan sauh-sauh yang memenuhi ruang kapal kita telah menjadi sebahagian dari hidup kita dan kita juga tidak mampu hidup tanpa sauh-sauh itu. Maka kita meneruskan pelayaran kehidupan kita dengan keadaan yang amat sukar, berat dan sangat menyakitkan. Bagaimana dengan mimipi-mimpi kita? Bagaimana dengan harapan dan cita-cita kita? Retak seribu? Tak siapa yang tahu?..dengan kehidupan yang sebegini, masih adakah masa depan yang baik untuk kita?

SIAPAKAH YANG MELETAKKAN SAUH KEHIDUPAN INI?
Mereka yang meletakkan sauh-sauh ini adalah dengan niat dan tujuan yang murni, iaitu bertujuan supaya kapal kita dapat membuat perjalanan yang lancar dan mampu mengharungi pahit getir pelayaran kehidupan.

Mereka merasakan ianya sesuatu yang betul kerana mereka amat memahami, mengenali dan menggunakan sauh ini untuk kapal mereka juga Oleh itu mereka merasakan satu kemestian untuk memberikannya kepada kita pula.

Fikirkan seperti ini:


Katakan, hanya ada sebuah kedai menjual sauh dipulau tempat mereka tinggal, dan kedai tersebut hanya menjual satu jenis sauh sahaja. Mungkin sahaja mereka tidak pernah mengetahui tentang sauh jenis lain.

Mungkin sahaja sauh jenis lain amat asing kepada mereka dan mereka dipulau tersebut telah menggunakan sauh yang sama berketurunan lamanya.

Mulakan sesuatu yang berbeza hari ini

Kini saya optimis bahawa anda, telah pun memahami konsep sauh ini secara umumnya, dari perbincangan kita tentang ‘sauh kehidupan’ dalam artikel-artikel yang lalu.

Tentunya kita selalu bertemu dengan seseorang yang memiliki senario yang berbeza dari kita. – Memiliki kasih sayang seperti yang diinginkan, kejayaan, dan personaliti yang jauh lebih baik dari kita. Mengapa?

Apa yang pasti disini ialah, mereka ini memiliki/dibekalkan dengan sauh yang amat berbeza dari kita. Mereka memiliki TA yang berbeza dari kita.

TA yang ditanamkan sedikit-demi sedikit didalam proses pembesaran kita ini jika TA yang salah, maka inilah antara punca kegagalan, kesedihan dan kekecewaan hidup kita.

Untuk sedikit pencerahan, ingin saya tegaskan bahawa nota ini ditulis TIDAK sama sekali bertujuan untuk Menuding Jari Mencari Siapa Yang Salah, tetapi hanyalah untuk mencari penawar dan berikhtiar memperbaiki apa yang telah rosak dan silap.

Percaya atau tidak, mereka-mereka yang kita lihat memiliki kehidupan yang kita rasakan amat jauh berbeza dan bahagia dari kita itu sebenarnya sama sahaja dengan diri kita.

- Anda bukanlah bernasib malang dan mereka bukanlah bernasib baik
- Anda juga berhak dihargai, disayangi dan bukan hanya mereka sahaja
- Anda juga kaya, layak untuk Berjaya, sama sahaja seperti mereka

Apakah yang membuatkan anda dan mereka berbeza?

Mereka memilki TA yang membawa mereka ke arah kehidupan yang berjaya, tenang, aman, damai, memiliki kasih sayang dan perhatian yang diinginkan dan berbagai lagi. Sauh yang dibekalkan kepada mereka amat jauh berbeza dari apa yang dibekalkan kepada anda.

RAWATI HIDUP ANDA

Tugas anda kini adalah hanya mengenalpasti, dan membuang apa jua TA yang salah dan menggantikan dengan yang betul, tepat dan mampu membawa perubahan didalam diri anda.
Mungkin anda telah mempelajari dan mempraktikkan Hukum Tarikan, berfikiran positif, melakukan affirmasi dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya anda masih mempunyai TA yang salah, dengan ‘sauh’ yang salah, segala apa yang anda praktikkan dalam Hukum Tarikan amat sukar untuk anda capai dengan jayanya.

Menukarkan TA, akan memberikan impak perubahan yang amat besar didalam kehidupan anda.

Langkah yang perlu kita ambil:

Kenalpasti dengan memberi ruang masa pada diri untuk merenung jauh pada hati dan perasaan anda bila memikirkan sesuatu isu dan perkara, apakah kita ada merasakan ‘tak sedap hati’/ feeling bad / rasa sangka buruk terhadap isu tersebut.
Perlu difahami bahawa ‘rasa tak sedap hati’ itu mungkin sahaja tidak dimiliki oleh orang lain bila mereka memikirkan isu yang sama kerana TA kita dan mereka berbeza.

Tukar segala TA kita jika kita memiliki perasaan ‘SANGKA BURUK” terhadap:

1. Tuhan, takdir dan ketentuanNya

2. Cinta, jodoh dan perhubungan

3. Kewangan dan rezeki (ada yang kecut perut bila teringatkan wang, kerana dibelenggu kerisauan akibat hutang – wang dan hutang adalah 2 perkara yang berbeza)

4. Kesihatan

5. Keyakinan diri

6. Nilai diri anda dimata orang lain (jangan prejudis)

7. Lain-lain yang relevan

Langkah seterusnya (bersambung)

Jumaat, 6 Mei 2011

Peringatan!



1. Diriwayatkan dalam Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim, dari Abu Hurairah R.A, dari Nabi S.A.W, baginda bersabda,

يُسْتَجَابُ لأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ فَيَقُوْلَ: قَدْ دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي.

“Doa akan dimakbulkan untuk setiap dari kamu selagi kamu tidak tergesa-gesa (minta dimakbulkan) yang mana yang berdoa itu bertanya-tanya, ‘Saya telah berdoa, tapi mengapa masih belum dimakbulkan untukku’.”

-(Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, Bab Yustajabu li al-’Abdi Ma Lam Ya’jal, 11/140, no. 6340; dan Muslim, Kitab adz-Dzikr, Bab Yustajabu li ad-Da’i Ma Lam Ya’jal, 4/2095, no. 2735.)




2. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang di antara engkau semua berdoa, maka hendaklah memantapkan permohonannya - seolah-olah pasti akan kabulkan - (in a right frequency and affirmation- refer your receiving steps)

dan janganlah sekali-kali ia mengucapkan: *"Ya Allah, kalau engkau berkehendak, maka berikanlah apa yang saya mohon kan itu," sebab sesungguhnya Allah itu tidak ada kuasa lain yang memaksaNya - untuk mengabulkan atau menolak sesuatu permohonan." ( HR Muttafaq 'alaih)

* Ya, Allah, kalau Engkau berkehendak = Ya Allah, kalau boleh

Khamis, 5 Mei 2011

Tell Me Why?

In my dream children sing a song of love for every boy and girl
The sky is blue and fields are green and laughter is the language of the world
Then I wake and all I see is a world full of people in need

Everyday I ask myself what will I have to do to be a man?
Do I have to stand and fight to prove to everybody who I am?
Is that what my life is for to waste in a world full of war?

Tell me why does it have to be like this?
Tell me why is there something I have missed?
Tell me why cos I don't understand.
When so many need somebody we don't give a helping hand.
Tell me why?

Song: Tell Me Why?
Performed by: Declan Galbraith

Isnin, 2 Mei 2011

Merawat Emosi Melalui EFT (Emotional Freedom Techniques®)

Seorang pakar motivasi yang terkenal di Malaysia mengenakan bayaran RM650 hanya untuk mengajar teknik EFT. Setiap kali beliau menganjurkan seminar, lebih dari 100 orang akan mengikut seminar beliau. Jadi saya harap anda tidak akan mensia – siakan ilmu teknik EFT ini hanya kerana anda memperolehinya secara percuma.


Bayangkan seorang rakan anda telah mengalami kemalangan sehingga patah kakinya. Selepas melalui rawatan perubatan moden, kaki rakan anda akan pulih dan kelihatan seperti biasa seperti sebelum beliau mendapat kemalangan. Tetapi tahukah anda semasa beliau mendapat kemalangan, rakan anda juga telah mengalami kejutan psikologi seperti ketakutan , trauma, terperanjat dan kesakitan emosi?

Perubatan moden hanya merawat fizikal rakan anda. Kerana itu walaupun kaki rakan anda telah kelihatan seperti biasa, anda pasti akan mendengar keluhan kesakitan atau ketidak selesa pada kaki atau anggota tertentu rakan anda. Tahukah anda kenapa boleh jadi demikian?

Ini kerana, kecederaan dalaman di tubuh rakan anda masih tidak dipulihkan. Dan selalunya mereka yang mengalami keadaan yang sama akan mengadu atau membawa kesakitan tersebut sehingga ke akhir hayat.

Keadaan yang sama juga berlaku jika rakan anda mengalami masalah kegagalan atau kesusahan kewangan. Emosi dan mental rakan anda juga telah mendapat kecederaan atau kesakitan.

E. F. T
Emotional Freedom Techniques®
Where astonishing emotional relief leads to
profound physical healings.
--Physician Approved--


PENGAKUAN

SAYA DENGAN INI MENGAKUI DAN MEMAHAMI BAHAWA TEKNIK EFT INI HANYALAH MEMBANTU MERINGANKAN MASALAH EMOSI DAN TIDAK BERTUJUAN UNTUK MERAWAT ATAU MENGESAN SEBARANG PENYAKIT FIZIKAL ATAU MENTAL. TEKNIK INI JUGA BUKANLAH PENGGANTI UNTUK SEBARANG PROSES PERUBATAN BIASA ATAU PENJAGAAN PSIKOTERAPI. SAYA JUGA MENGAKU BAHAWA DENGAN MEMBACA DAN MEMPRAKTIKKAN KAEDAH EFT INI, TIDAK BERMAKSUD BAHAWA SAYA PERLU MEMBERHENTIKAN SEBARANG PENGAMBILAN UBAT YANG DIPRESKRIPSIKAN OLEH DOKTOR DAN HOSPITAL.

Pandangan dari doktor-doktor perubatan moden

"Someday the medical profession will wake up
and realize that unresolved emotional issues are the main cause of 85% of all
illnesses. When they do, EFT will be one of their primary healing tools .... as
it is for me."
- Eric Robins, MD

“EFT offers great healing benefits.” -
Deepak Chopra, MD

Digunakan untuk semua isu termasuk:
…Masalah seksual dan sukan
…Penyakit serious (dari migraine hingga kanser)
…Melegakan Kesakitan…Kemarahan…Ketagihan…Penurunan Berat Badan
…Kemurungan…Trauma…Kerisauan Melampau…Ketakutan & Fobia
…Alahan…Masalah Pernafasan…Tekanan Darah
…Isu Perhubungan…Masalah Sakit Puan

Apakah E.F.T?
-EFT adalah satu terapi emosi yang berasal dari teknik Akupuntur China yang
telah dimodenkan oleh pakar-pakar perubatan barat.

-Ia digunakan sebagai ikhtiar untuk memberi kebebasan dan ketenangan emosi ke tahap yang optimum.

-Di awal kajian EFT hanya menjurus kearah rawatan “psychotherapy” sahaja.

-Kemudian ia juga didapati mampu membantu dari segi rawatan penyakit fizikal

-Ianya seumpama dengan akupuntur tetapi tidak menggunakan jarum.

-Ketukan pada titik-titik meridian akan bertindak menghantar tenaga kinetik kepada sistem tenaga dalam tubuh dan bertindak membersihkan sekatan-sekatan yang telah terbentuk akibat gangguan-gangguan yang terbina akibat peristiwa-peristiwa buruk dan pahit yang pernah dilalui oleh seseorang individu.

-Sekatan yang telah dibersihkan akan membenarkan tenaga mengalir dengan bebas semula.





Langkah-langkah dalam EFT


Terdapat 4 prosedur yang dikenali dengan RESEPI yang perlu dilakukan
berturut-turut iaitu:
1. The Setup
2. The Sequence
3. The 9 Gamut Procedure
4. The Sequence

Resepi 1...THE SETUP

Affirmasi dalam THE SETUP


Pengakuan/Pengesahan Masalah dan Kesediaan Ikhlas Diri Sendiri dalam Menerimanya

Walau pun saya mempunyai (Nyatakan masalah anda)___________________, Saya menerimanya dengan redha dan ikhlas.


ANTARA CONTOH AFFIRMASI

**Even though I have this fear of public
speaking, I deeply and completely accept myself.

**Even though I have this headache, I deeply
and completely accept myself.

**Even though I have this anger towards my
father, I deeply and completely accept myself.

**Even though I have this war memory, I deeply
and completely accept myself.


Katakan masalah anda adalah migraine, adalah dicadangkan supaya anda
menyenaraikan antara 1-10 perincian terlebih dahulu dengan terperinci tentang
masalah migraine anda seperti
1. Bila ia selalu menyerang
2. Bagaimana kesakitan yang anda rasai ketika ia menyerang

BERIKAN SKALA (RATING) ANTARA 1-10 TENTANG
KESAKITAN YANG DIRASAI


NYATAKAN
PARAS/TAHAP MASALAH ANDA SEKARANG?





TITIK-TITIK MERIDIAN DALAM THE SETUP :

1. KARATE CHOP (KC)






2. SORE SPOT




LANGKAH-LANGKAH DALAM THE SET-UP :

Mula-mula, baca affirmasi seperti yang diatas sebanyak 3 kali dgn fokus yang
menyeluruh terhadap pengakuan anda sambil mengetuk KC, ATAU menggosok sore spot dengan tapak tangan (pilih mana-mana cara yang anda rasa lebih selesa).

“Ketukan adalah sebuah ketukan perlahan
menggunakan hujung jari telunjuk dan jari hantu (jari tengah) yang
dirapatkan”





Resepi 2...The Sequence

Buat ketukan pada semua titik-titik meridian yang ditunjukkan dibawah dengan
cara:

-7 ketukan di setiap titik (tidak mengapa jika terlebih ketuk, tetapi jangan
kurang) Sambil membuat ketukan, fokus dan perhatian mesti diberi kepada kesakitan kepada ‘masalah’ yang diucapkan pada affirmasi tadi. Cth: jika masalah migraine, fokuskan pada : “aku sedang membersihkan diri dari migraine..migraine..migraine” disepanjang membuat 7 ketukan ini.

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK
MEMPERBESARKAN











Resepi 3…The 9 Gamut Procedure





Buat ketukan tidak berhenti pada gamut point sambil melakukan proses dibawah:

1.Mata terbuka

2.Mata ditutup

3.Anak mata diarah kekanan bawah dengan kuat

4.Anak mata diarah kekiri bawah dengan kuat

5.Buat pusingan anak mata kekanan umpama jarum jam dengan perlahan

6.Buat pusingan anak mata kekiri umpama jarum jam dengan perlahan

7.Buat ‘humming’ lagu yang menyeronokkan anda antara 2-5 saat (cth: Selamat harijadi/ Hari Raya)

8. Buat kiraan dengan laju dan kuat angka 1 hingga 5.

9. Ulang humming lagu yang menyeronokkan tadi.


ULANG SEMULA RESEPI THE SEQUENCE


........PROCEDUR EFT TAMAT..............


Sekarang cuba lihat kembali masalah anda tadi, cuba anda buat sekali lagi Skala (rating) antara 1-10 tentang ‘permasalahan anda tadi, apakah masih sama, semakin bertambah, atau makin berkurangan?




Lakukan setiap hari pada masa-masa yang terluang, sehingga anda dapat merasai perubahan positif pada rating yang anda berikan. Adalah dicadangkan dilakukan pada waktu yang sama setiap hari, cth: pukul 9 pagi dan 10 malam setiap hari. Selamat mencuba Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.emofree.com
Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]