Affirmasi

VIDEO AFFIRMASI DARI THE SECRET





AFFIRMASI / AFFIRMATION



AFFIRMASI (AFFIRMATIONS) Adalah satu proses yang dilakukan selepas berdoa terhadap sesuatu permintaan. Ianya merupakan satu proses yang dikatakan amat PENTING dikalangan pengamal LOA.

TANPA melakukan Affirmasi, proses pengamalan Hukum Tarikan anda tidak lengkap.

Ianya suatu pernyataan atau penegasan yang berkaitan dengan doa yang dibuat.

HANYA MENGGUNAKAN PERNYATAAN POSITIF DAN PRESENT TENSE

Ianya umpama menanam benih pokok. Adakah setelah kita menanam benih pokok pada hari ini, esoknya kita sudah sibuk mengorek kembali tanah untk melihat hasilnya? tentu tidak, sebaliknya kita akan berterusan menyiram air dan sesekali meletakkan baja dengan kesabaran yang konsisten sambil menunggu hasil tanaman itu.

Contoh:

1. Doa minta lulus peperiksaan
Affirmasi: InsyaAllah, aku pasti lulus cemerlang.

2. Doa minta supaya berjaya menjadi pelajar IPTA
Affirmasi: InsyaAllah, Akulah pelajar UIA (contoh) pada tahun 2012

3. Doa minta rezeki
Affirmasi: InsyaAllah, Aku sentiasa memiliki kuasa beli yang tinggi

4. Doa minta sembuh dari penyakit
Affirmasi: InsyaAllah, Aku semakin sembuh, ATAU Aku semakin pulih, ATAU Aku sentiasa sihat

5. Doa minta dipermudahkan dalam urusan tertentu
Affirmasi: InsyaAllah, segala yang aku perlukan dalam hidup, sentiasa sahaja datang padaku pada waktu yang tepat dan sesuai.

Jangan lupa gunakan lafaz 'InsyaAllah' didalam affirmasi anda.

Bilakah saat kita menggunakannya?

Tiada tempoh tetap untuk menyebutnya, biasanya disebut sewaktu awal pagi, tengahari, petang dan malam. Pengamal-pengamal LOA dibarat mengulangi affirmasi mereka lebih dari 200 kali sehari untuk satu -satu permintaan.



Sesuai dengan Sabda Rasulullah S.A.W iaitu:

"Tetapi hendaklah orang yang memohon itu bersikap mantap seolah-olah pasti termakbul doanya - dan hendaklah ia memperbesarkan keinginannya untuk dikabulkan itu, kerana sesungguhnya Allah itu tidak ada sesuatu yang dipandang besar olehNya yang dapat diberikan kepada orang yang memohonnya itu.
(HR Imam Muslim)

Ia juga adalah untuk mengawal atau mengelakkan diri kita dari terus terperangkap dalam keraguan. Terdapat beberapa perkara yang boleh kita jadikan sebagai alat bantu. Antaranya adalah melakukan Affirmasi atau Pengesahan dan Penegasan tehadap jiwa kita iaitu:

1. Berikan keyakinan pada diri sendiri setiap hari tidak kira masa dengan menggunakan affirmasi, terutamanya ketika pemikiran negatif mula datang mengganggu anda. Sebaiknya juga, sebelum tidur, fokuskan pada diri anda dengan menggunakan Affirmasi /pengesahan positif seperti:

‘Aku telah berdoa pada Allah. Aku beriman dan meyakini jaminan Allah bahawa doaku telah dimakbulkan. Aku juga telah dan sedang memberikan komitmen semaksima mungkin untuk mencapai keinginanku ini. Maka sekarang ini, aku sedang berada di dalam proses menerima/ mendapatkan apa yang kuimpikan.’

Ulang pernyataan ini berkali-kali sehingga anda dapat merasai ketenangan dan kegembiraan dihati anda. Jadikan perkara mendapat kejayaan cemerlang yang anda inginkan, sebagai fikiran dan perasaan yang mendominasi diri anda. Bukannya perasaan ragu-ragu atau bimbang akan kegagalan. Jangan berfikir langsung akan kegagalan. Perlu diingat, setiap cetusan fikiran anda akan mengeluarkan frekuensi yang akan menarik tenaga yang sama frekuensi dengan apa yang anda keluarkan.

Anda juga boleh membuat sendiri affirmasi yang sesuai dengan permintaan anda. Apa yang penting di dalam affirmasi ini ialah menggunakan ayat penyata yang positif dan memberikan keyakinan yang logik dan paling sesuai dengan diri anda. Jangan menggunakan ayat-ayat yang membawa maksud negatif seperti :

'aku tidak akan gagal'.

Ayat ini masih mengingatkan kita kepada perkara yang ingin kita hindari atau jauhi iaitu gagal. Maka perasaan kita hanya akan menjadi semakin risau bila kita mengulangi ayat ini berkali-kali. Maka secara tak langsung, anda telah memberikan fokus anda kepada kegagalan. Elakkan dari menggunakan perkataan 'TAK' atau 'TIDAK'. Affirmasi yang tepat bagi situasi ini ialah:

'aku mahu lulus' atau 'aku pasti lulus'.

2. Amalkan membaca, memahami dan menghayati Surah An Naas, yang mana surah ini adalah suatu doa yang diajarkan oleh Allah sendiri kepada hambaNya, untuk menjauhi dan menghindari gangguan negatif berbentuk ragu-ragu dan was-was.

‘Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai manusia), Raja kepada manusia (yang menjadi) sembahan manusia, dari kejahatan (berbentuk bisikan) yang tersembunyi, yang membisikkan (kejahatan, keraguan, was-was dan bolakbalik) ke dalam hati manusia, dari (*golongan) Jin dan manusia.’
(Surah An Naas, Ayat 1-6)

*Gangguan was-was dan keraguan ini juga boleh didapati dari golongan jin dan juga manusia
(orang-orang di sekeliling kita yang selalu mempengaruhi kita dengan pendapat-pendapat yang
membuatkan kita menjadi ragu-ragu dan terpengaruh dengan kejahatan).


PERHATIAN: CONTOH-CONTOH AFFIRMASI JUGA BOLEH DITONTON PADA VIDEO YANG SENTIASA TERTERA DIBAHAGIAN ATAS BLOG INI YANG BERTAJUK 'LIVE YOUR LIFE WITH PASSION'

Mengikut Kamus:
AFFIRMATION / AFFIRMASI/ PENEGASAB/ TASDIK/ تصدیق

Inggeris:
affirmation; assertion; attestation; confirmation; credence; nod; ratification; verification

Indonesia:
afirmasi, pengesahan, penguatan, tegasan, tasdik, sumpahnya, tuntutan, penonjolan, penyataan yg tegas, konfirmasi, penegasan, penetapan, mengkonfirmasi, pembenaran, sidi, isbat, kepercayaan, anggukan, angguk, manggut, keadaan mengantuk, tanda setuju, ratifikasi, verifikasi, pembuktian, pemeriksaan, tahkik;


ARTIKEL BERKAITAN (klik pada tajuk)


EKSPERIMEN! Setiap kata-kata itu adalah DOA

Tips Menarik Dari Pembaca

Murah Rezeki VS Mewah Rezeki


Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]