Selasa, 4 April 2017

BERATNYA UJIAN UNTUKKU

BERATNYA UJIAN UNTUKKU

Semua orang pernah main game komputer, paling tidak pun game angry bird atau dam ular, mungkin lah ada kot ada yg tak pernah langsung, Tapi  dari permainan game berorientasikan komputer ini, apakah yg dapat kita pelajari?

Setiap game biasanya bermula dari Level 1 (yg paIlng mudah) dan selalunya ada 3 nyawa, jika kalah 3 kali , game over. TETAPI jika menang, akan disambung masuk Level 2, dan seterusnya ke Level-level yg lebih tinggi. Fahamkan, proses biasa ini?

Apabila kita masuk Level 2, cabaran dalam level itu lebih sukar dari Level 1, TETAPI kita telah pun dibekalkan dengan senjata baru yg lebih canggih, atau ditambah lagi talian hayat atau nyawa, tujuannya, supaya kita boleh mampu menghadapi cabaran dalam level 2. Jika kita berjaya masuk level 3, senjata yg kita dapat lebih canggih dari level 2, dan ada macam2 lagi kekuatan atau keistimewaan yg kita dapat yg bertujuan supaya kita mampu menghadapi cabaran yg lebih hebat lagi di dalam level 3.

JIKA SEKIRANYA kita berada dalam level 3, tetapi kita tidak diberikan apa2 kelebihan atau sokongan tambahan dan hanya dibiarkan berkeadaan seperti dalam level 1, sudah tentulah GAME ITU SEBUAH GAME YANG TIDAK ADIL. Pun begitu, walau telah dibekalkan dengan pelbagai sokongan tambahan dan senjata yg semakin canggih, dalam setiap level yg kita masuk, kita masih akan samada KALAH atau MENANG. Akhirnya segalanya masih terletak pada kecekapan atau kemahiran diri sendiri, bukan pada senjata2 dan keistimewaan yg kita perolehi setiap kali bertukar level.

Apa kah hubungannya hal sebegini dengan hidup kita? Apakah yg boleh kita pelajari?

“Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya. Baginya ganjaran untuk apa yang diusahakannya, dan ia akan mendapat siksaan untuk apa yang diusahakannya. (QS Albaqarah: 287)

See, dalam ayat ini Allah telah menjelaskan dengan sejelas-jelasnya bahawa TIDAK ADA MANUSIA YG AKAN DIBEBANKAN JIKA TANPA KEMAMPUAN DIRI MEREKA. Apa yg kita lalui dalam hidup adalah UJIAN. Cuba fahami seperti ini:

GAME-------------diumpamakan sebagai-----------KEHIDUPAN

cabaran ----------diumpamakan sebagai--------------ujian

Level    -----------diumpamakan sebagai--------------Peringkat/Maqam / Darjat / Kedudukan

Senjata/ Sokongan ----diumpamakan sebagai-------Kemampuan

Bukankah semakin tinggi darjat seseorang itu disisi Allah, maka akan lebih besar ujian mereka, dan jika ayat diatas mengatakan Allah hanya menguji mengikut kadar kemampuan, maka sudah tentulah, pada setiap darjat  atau kedudukan seseorang itu, telah ditambah juga dengan KEMAMPUAN dari segi yang patut dan perlu bagi memastikan seseorang itu MAMPU untuk menghadapi ujian hidupnya dalam peringkat kehidupan yang sedang didudukinya.

Oleh itu, jika kamu merasakan ujian hidup kamu terlalu berat, maka bersangkabaiklah bahawa ianya bermakna kedudukan kamu disisi Allah semakin tinggi maka kerana itulah ujian kamu besar , tetapi jangan lupa, kemampuan untuk kamu menghadapi ujian itu pun telah ditambahkan,.

Cumanya, kita manusia ini yang selalu TIDAK MENYEDARI akan kemampuan diri sendiri, cepat memilih putus asa, mengalah, dan menganggap diri lemah dan tak mampu menghadapi ujian atau cabaran yg sedang dihadapi. Sama macam game, kalau kita give-up, kalah la, Masuk level 1 balik, begitulah kehidupan ini.

OK, jadi sekarang ini, jika kamu sering mengeluh sambil berkata: "Beratnya ujian untukku,". Saya ingin bertanya, memang benar, memang berat apa yang sedang kamu rasai, tetapi disamping itu,  adakah kamu juga memiliki atau dibekalkan dengan kemampuan untuk mengatasinya?

Ya. ada. Maka katakanlah AKU BOLEH!

Jika nak copy paste atau nak link ke, mintak izin dari blogger dulu atau letakkan link asal artikel yg dikongsikan. Hidup biar ada adab.

Wallahuaklam
Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]