Khamis, 30 Mac 2017

KEGILAAN APAKAH INI?!!!

OCD - Misteri Simetry

KEGILAAN APAKAH INI?!!!

"........masa dalam bilik air tadi ada orang datang menghantar makanan, kerana pintu berkunci, saya terpaksa keluar dengan memakai tuala untuk membuka pintu, setelah membuka pintu terpaksa memberitahu orang yg datang bahawa yang saya ada urusan dibilik air dan masuk semula ke bilik air. Hal ini merupakan sesuatu yang terasa bagai "tidak rapi / tidak kemas/ tidak tersusun" kerana kita mestilah tidak suka keluar dari bilik air dalam keadaan buat kerja separuh jalan seperti itu, kalau boleh biarlah setelah selesai mandi, selesai berpakaian lengkap, kemudian barulah ada orang datang dan mengetuk pintu, ini baru kemas dan rapi dan tersusun. Tetapi kerana perkara itu telah berlaku, maka gesaan itu seolah tidak mahu melepaskan saya dari memikirkan hal itu, dan mulalah keluar pelbagai teori kalau " itula, kalau aku masuk bilik air awal sikit tadi, tentu masa orang datang tu aku dah selesai, tak adalah keluar dengan bertuala..." sepatutnya aku tak perlu online lepas subuh tadi mesti aku dah settle kat bilik air awal lagi"...dan pelbagai macam instrusive thought yg membuat hati jadi marah dan lemah, dan mulalah menyalahkan orang yg datang tadi............"  

BACA SETERUSNYA :  





OCD - Simetry / Geometrical Diameter

Selama ini kita memahami simptom ini sebagai seorang yg sentiasa memastikan kerapian mengikut sudut tepat atau balance dalam setiap cara susunan, lipatan kain, hanger dan lain-lain yg berkaitan dengan susunan dan kemasan. Benar, itulah contoh mudah untuk memahami apa itu simetry. Simptom ini dikaitkan dengan perangai "perfectionist" dan lebih selalunya menjurus kepada OCPD (Obsessive Compulsive Personality Disorder). dan OCPD bukanlah anxiety disorder, ianya adalah sikap dan bukan penyakit.  Benarkah begitu? Dari satu sudut kajian, ya mmg benar, tetapi bila kita libatkan dengan OCD, ianya sesuatu yg berlainan.

Saya ingin memahamkan dengan lebih mendalam tentang hal ini, maka kita boleh berikan kepada dua bahagian iaitu:

1. Simetry seorang OCPD
2. Simetry seorang OCD

Dalam penulisan kali ini, saya hanya ingin menyentuh tentang Simetry seorang OCD. Seorang OCDian yg menderitai simptom Simetry adalah BUKAN seorang perfectionist seperti orang OCPD! Ianya bukan satu kebanggaan, bukan satu perangai atau sikap, tetapi ianya sesuatu KETERPAKSAAN YANG AMAT MEMERITKAN!
Kajian saintis baru-baru ini menunjukkan hasil keputusan beberapa ujikaji gelombang otak dan juga hasil ujikaji melalui psikoterapi, yg mana menunjukkan bahawa dibeberapa kawasan didalam cerebelum otak penderita OCD terdapat keganjilan anomaly yg berbeza daripada orang lain yang normal. Akibat dari keganjilan anomaly ini, maka membuktikan bahawa penderita OCD bukan sengaja ingin bersikap atau berperangai untuk mengemas dan menyusun dengan tepat dan balance, TETAPI minda penderita sememangnya TIDAK MAMPU UNTUK MEMAHAMI keadaan yang tidak seimbang, (tidak balance), berselerak, dan juga tidak mampu memahami sesuatu yang tidak sama rata dan tidak selari.

Didalam pemikiran rasional seseorang penderita, :

 "Sesuatu yang tidak samarata, tidak seimbang dan berselerak adalah sesuatu yang SALAH, TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU dan PERLU DIPERBETULKAN SEGERA " . Inilah kerasionalan pemikiran mereka.

Boleh faham?

OK, apa yg kita faham selama ini, simetry adalah simptom OCD yg tidak sesukar Checkers dan Washer. Tetapi hakikat yang sebenarnya, Simetry juga amat besar kesannya terhadap penderita tanpa kita semua sedari.  Ya, mungkin ramai antara kita yang telah berupaya membuang simptom ini, kita sudah tidak lagi menyusun mengikut laras gometri, sudah berupaya untuk tidak menyangkut baju mengikut warna, saiz atau bentuk. Ini memang benar, tetapi disebalik semua ini, ada sesuatu yang saya rasa kita semua tidak menyedari dan perkara inilah yang menyiksa minda kita selama ini. Apakah ianya?

"INSTRUSIVE THOUGHTS SEORANG OCDIAN"

Instrusive thought (pattern pemikiran yg sangat mengganggu) seorang ocdian mungkin berbeza dengan orang ug mengalami Bipolar, ADPA, Depression dan lain-lain Invisible Illness, Instrusive thoughts seorang ocdian adalah dalam bentuk " sering memikir ke belakang". Setiap 15 minit, setiap setengah jam. setiap  satu jam, dengan secara otomatik, pasti dirinya akan memikirkan semula segala transaksi kehidupannya yg baru dilaluinya, untuk memastikan ianya betul, benar dannnnnnnn...........

dan sebenarnya adalah untuk memastikan ianya TERSUSUN RAPI :  SIMETRY!!!!!

Boleh faham sekarang? apakah , dari manakah, mengapakah instrusive thoughts itu muncul? Ianya datang dari simptom Simetry yg kita sangkakan kita sudah pulih selama ini. Selama ini saya memahami ianya adalah simptom checkers yang ingin sentiasa memeriksa, memeriksa ke belakang, tetapi setelah saya memperbetulkan mind set saya tentang checkers, dan menggunakan EFT untuk merawat Checkers ini, dan setelah saya merasakan bahawa sebenarnya saya sudah sembuh dari checkers, tetapi Instrusive thoughts memikir ke belakang masih juga muncul, dan saya tidak dapat menghapuskan pemikiran ke belakang ini dengan cara biasa seperti pemahaman tentang popup dan sebagainya. Selagi saya tidak bertemu puncanya, selagi itu ianya sukar ditangani.

Hasilnya, setelah saya amat-amati betul2, "MENGAPAKAH SAYA MESTI MEMIKIR KE BELAKANG DAN MENILAI SEMULA SEGALA YG TELAH SAYA LAKUKAN DARI PAGI HINGGA TENGAHARI?"

Adakah kerana saya was-was? Bukan!.
Adakah kerana saya ingin memeriksa samada saya melakukan kesilapan? Tidak

Jadi, mengapakah instrusive thought ini masih menggesa saya supaya memikir ke belakang? pasti ada sesuatu yg menyebabkan gesaan ini masih berlaku, maka akhirnya saya dapat mengenal pasti bahawa tak lain bukan ialah kerana "Ingin melihat semula kebelakang untuk memastikan ianya RAPI dan KEMAS." sepertimana ketika saya sedang menderita Simetry dalam bentuk mengemas dulu, setiap kali saya selesai m,enyusun, menmgemas dan sebagainya, saya akan pergi dari situ, dan datang semula perlahan-lahan untuk melihat semuanya dalam keadaan kemas, rapi dan teratur, dan kemudian barulah saya merasa lega dan berpuas hati dan  boleh move on untuk perkara lain.

Rupa-rupanya hal ini bukan hanya dalam menyusun barangan material (benda) tetapi juga dalam bentuk urusan kehidupan. Ianya (pada diri saya) berbentuk begini:

 " OK, Aku dah buat senaman, kemudian aku berus gigi , dah buang air, dah mandi dan kemudian aku dah ambil sarapan, kain baju masih belum siap dalam mesin, jadi sekarang ini memang wajarlah kalau aku ingin keluar ke kedai. "

kemudian saya akan berasa hairan? mengapalah aku mesti mengesahkan semua ini sebelum aku ke kedai? Bukan aku boleh ajer terus melangkah keluar tanpa berfikir apa-apa tentang apa yg telah aku buat? Tetapi mengapa aku mesti memikir dulu? aku dah tak ada was-was, aku bukan ada apa2 nak diperiksa (checkers), rupa-rupanya, ianya adalah berbentuk gesaan simetry, yang inginkan MELIHAT (bukan memastikan, kalau memastikan adalah checkers) semuanya rapi dan tersusun sebelum membuat sesuatu yang lain. Oleh kerana urusan kehidupan bukan benda material yang boleh dilihat tersusun rapi seperti katil, kain baju atau buku, maka ianya menggesa saya supaya MELIHAT dalam bentuk memikrkan semula, maka kalau ada apa-apa yang tidak berapa rapi , ia akan menggesa saya mencari alasan supaya ianya tetap kelihatan rapi, dan ini akan mengambil masa yg lama, seperti contoh:

masa dalam bilik air tadi ada orang datang menghantar makanan, kerana pintu berkunci, saya terpaksa keluar dengan memakai tuala untuk membuka pintu, setelah membuka pintu terpaksa memberi tahu yang saya ada urusan dibilik air dan masuk semula ke bilik air. Hal ini merupakan sesuatu yang terasa bagai "tidak rapi / tidak kemas" kerana kita mestilah tidak suka keluar dari bilik air dalam keadaan seperuh jalan seperti itu, kalau boleh biarlah setelah selesai mandi, selesai berpakaian lengkap, kemudian barulah ada orang datang dan mengetuk pintu, haa ini baru kemas dan rapi. Tetapi kerana perkara itu telah berlaku, maka gesaan simetry seolah tidak mahu melepaskan saya dari memikirkan hal itu, dan mulalah keluar pelbagai teori kalau " itula, kalau aku masuk bilik air awal sikit tadi, tntu masa orang datang tu aku dah selesai, tak adalah keluar dengan bertuala..." kalau aku tak online lepas subuh tadi mesti aku dah settle kat bilik air awal lagi"...dan pelbagai macam instrusive thought yg membuat hati jadi marah dan lemah, dan mulalah menyalahkan orang yg datang tadi, dan  gesaan ini tetap menggesa menyuruh saya mencari alasan (sebenarnya inilah perbuatan kompulsif bagi melegakan perasaan) supaya apa yg berlaku tetap nampak rapi dan kemas, selalunya jika hal seperti ini, saya akan berfikir " orang tu datang bawa makanan, itu rezeki, Allah yg kirimkan, takkan lah aku nak marah kan keadaan tui"..haa ok, alasan ni boleh diterima, maka dengan itu nampaklah keadaan orang datang ketika sedang dibilik air itu sebagai sesuatu yg boleh diterima, yg wajar berlaku pada diri saya, Fuuuhhh, barulah boleh move on buat benda lain.

Perit dan penat dengan benda2 ini 24 jam, menyusun dan mencari seribu satu macam pendapat supaya segala yg berlaku dalam satu hari itu nampak rapi, kemas dan wajar.  Rupanya inilah Simetry.

Jadi apa kah yg perlu saya lakukan untuk membuang perkara ini? kerana ianya bukan datang sesekali, tetapi setiap setengah jam, setiap sejam, pasti akan muncul gesaan atau keinginan untuk memikir ke belakang dan ini juga agak menyiksakan. Caranya, sepertimana biasa, setelah saya memahami dan mengetahui bahawa perkara ini hanya simptom dan jika tidak saya ikutkan, tidaklah berdosa, tidaklah akan mendatangkan apa-apa malapetaka, maka saya mula memasang mind set bahawa :gesaan memikir ke belakang hanyalah simptom simetry, dan aku bukan simetrian, aku seorang yg normal" dan saya mula melakukan afirmasi khas untuk mengalahkan simetry ini. Memang akan berlaku perlawanan dgn diri sendiri pada peringkat minggu-minggu pertama dan kedua, tetapi teruskan afirmasi, inshaa Allah ianya akan hilang juga..

Boleh datang ke Sesi Therapi Minda atau Bengkel yg saya kelolakan untuk mempelajari cara merawat diri pada sesiapa yg bermasaalah seperti ini.

Hmm ada ke sesiapa yg faham apa yg aku tulis ni? entah apa benda yang aku tulis, atau mungkin hanya aku seorang sahaja yang ada gangguan sebegini, mungkin kalau orang lain baca , mereka akan mengatakan "kegilaan apakah ini? " hahahahah




Selasa, 28 Mac 2017

ADA APA DENGAN KEMURUNGAN

ADA APA DENGAN KEMURUNGAN
Khas buat pasangan kepada yg mengalami kemurungan

Dah ramai yg makin tahu bila dengar perkataan "kemurungan". Ianya bukan lah perkataan biasa seperti "dia tu murung sebab putus cinta", Tetapi 'Kemurungan' adalah nama kepada sejenis penyakit gangguan minda atau dalam bahasa perubatannya disebut Depression. Kemurungan bukan seseorang yang bersedih 24 jam. Kemurungan ialah seseorang yang mengalami pergolakan chemical imbalace yang sangat teruk dalam sistem impuls dalam otaknya dan ini akan memberikan kesan yang sangat buruk terhadap emosinya akhirnya juga akan melibatkan sistem-sistem saraf tubuhnya yang lain.

Kemurungan akan membuatkan seseorang itu kehilangan mood pada semua perkara, tetapi ini tidak bermakna dia ingin mati, Dia cuma tidak tahu bagaimana untuk hidup dalam keadaan itu dan bukan tidak mahu hidup, tetapi tidak tahu bagaimana untuk berhidup (pada saat2 down yg kritikal itu).

Kemurungan juga membuatkan seseorang itu tenggelam dalam kebingungan yang dalam.

Tolong fahami perkataan BINGUNG adalah BUKAN bangang.

BINGUNG ialah fikiran yg kehilangan arah , akibat sistem nerve yg tersekat-sekat, aliran serotonin ke dalam nerve pathway seseorang itu gagal masuk ke destinasi sasaran iaitu bilik2 serotonin dalam otak. Impulsnya tidak bersambung dengan stabil (ini bukan wayar putus). Tak siapa yg akan dapat memahami keadaan ini melainkan mereka yang pernah melaluinya.

Ada apa dengan kemurungan? Keadaan seperti yang saya terangkan diatas akan membuatkan emosi penderita berubah 360 darjah, inilah yg membuatkan watak dan perlakuan positif seakan hilang terus dan diambil alih oleh watak dan pemikiran yg negatif dan akan menolak mentah2 apa jua saranan yg positif yg cuba diberikan oleh orang lain. Kerana apa? Ya...kerana hakikatnya, tenaga negatif pasti menolak frekuensi gelombang yang tidak sama dengan frekuensi negatif itu, Ia hanya akan menerima dan bersatu dengan tenaga yang sama frekuensi dengannya iaitu frekuensi negatif. Ini bukan medan magnet yang menarik frekuensi berlawanan. Ini adalah medan gelombang frekuensi dari Reticular Activating System atau singkatannya RAS yang terletak dibawah cereblum otak manusia yang juga berfungsi sebagai penapis minda. RAS ini kisah lain yg panjang yg akan saya kongsi dilainkali.

Ada apa dengan kemurungan? Apa yg boleh kita lakukan untuk membantu seseorang yg kemurungan yg sedang mengalami saat down kritikal ini?

nasihat?  nasihat tidak akan diterima oleh penapis RAS yg sedang hanya membuka ruang dari tenaga negatif

suruh makan ubat ? tidak..dia tidak mahu sembuh, dia tidak mahu mati tetapi tidak ada keinginan untuk berhidup kerana ketika itu dia kehilangan pengetahuan tentang cara untuk berhidup.. , (lagi peranan penapis RAS)

suruh berehat? hmm inilah kata2 yg sering didengar iaitu "berehat lah", sebabnya, yg suruh berehat itu sudah tidak tahu apakah lagi yg harus dilakukan atau dibuat. dia kelihatan berbaring seolah-olah berehat tetapi emosi dan mindanya tak pernah dapat berehat. Dalam dadanya seolah membungkam suatu emosi tidak enak yg penuh misteri, bagaimana nak berehat dgn keadaan seperti ini?

Ingatkan Allah, zikir lah, mengucaplah. Hal ini tak perlu kau maklumkan kerana itulah antara perkara pertama yg dia akan ingatkan dan sering dilafazkan dalam hatinya namun tidak reda juga pergolakan emosinya.

Habis tu apa? ada apa dengan kemurungan? Ada apa yg boleh kau berikan? ya, masih tersisa satu perkara.....

CINTA !! berikan cinta! Orang yg sedang mengalami saat down kritikal akibat kemurungan sangat memerlukan cinta.  Kamu pasangannya? kamu adiknya? kakaknya? abangnya? ibunya? ayahnya? berikan sentuhan, bukan nasihat dan saranan, berikan pelukan,  ya, dia ingin kamu bersama dia dibawah selimut yang sama, merasai apa yg sedang dirasa. Urut dadanya, dakap kepalanya, jangan biarkan dia sendirian dalam saat kritikal ini. Tak perlu bercakap apa2 pun..biarkan dia sahaja yang berbicara, sekiranya dia mahu bicara, kamu hanya perlu mnjadi pendengar yg setia. dan tidak perlu kamu cuba membuat dia ketawa dengan membuat sebarang jenaka kerana itu adalah tindakan yg salah, kerana apa? kerana ingat semula keadaan Penapis RASnya ketika itu....menapis segala apa juga perkara positif dan gembira.

Berapa lama? tidak lama andainya sentuhan mu ikhlas penuh cinta, inshaa Allah sebentar lagi dia akan meminta kamu memberinya segelas air atau sedikit makanan, tanda sistem nerves yg tersekat-sekat tadi sudah mula sedikit lancar menghantar serotonin dan ini akan membuatkan penapis RASnya sudah mula membuka sedikit ruang untuk frekuensi positif....dan kamu teruskan sentuhan cinta kamu, inshaa Allah kamu akan lihat perubahannya tidak mengambil masa yang lama.

Kamu harus sabar..ya, ini jua ujian buat kamu pasangannya...tiada apa yg rugi jika kamu memperuntukkan sedikit masa untuk cinta,,,,bukan benci dan mencari alasan untuk marah2...bayangkan jika kamu pula yg berada ditempatnya...


DAN

KEMURUNGAN







Isnin, 27 Mac 2017

Penyakit gangguan minda yg LEBIH BERBAHAYA daripada OCD, ADPA, Dipression dan Bipolar!

AWAS!

Penyakit gangguan minda yg LEBIH BERBAHAYA daripada OCD, ADPA, Dipression dan Bipolar!

Baru-baru ini, seorang kawan saya yang sering berasa resah, sedih dan hilang mood telah pergi berjumpa seorang tabib pakar perubatan tradisi China.

Selepas tabib tahu perihal pekerjaan kawan saya ni,

dia dengan berat hati dan sedikit sedih bagi kata-kata nasihat :

“Lu sudah teruk ni. Lu mesti kuat exercise hali-hali.

Jangan la minum di Starbuck dan Coffee Bean… bahaya!!!

Elakkan diri daripada terlalu kerap makan di luar.

Minum banyak air suam aaa…

Jangan bawak kereta pigi keleja.

Lebih bagus naik pengangkutan awam, LRT atau jalan kaki sahaja.

Kasi kulang makan daging dan makanan laut.

Banyak makan sayur-sayuran.. sekali-sekali diet la sikit.

Puasa pun lagi bagus jugak”

Kawan saya tertunduk… berdebar-debar sambil bertanya balik tabib itu…

“Bolehkah saya tahu apa sebenarnya masalah saya ni?

Tabib geleng-geleng kepala sambil menjawab…

“Gaji lu sangat rendah”.




Sabtu, 25 Mac 2017

Itu Semalam...

Jom kita jadikan penderitaan anda sebagai hanya secebis kenangan semalam, kita jumpa di Kepala Batas pada 8 April 2017











Jumaat, 24 Mac 2017

Bengkel Rawatan OCD

Assalamualaikum, kepada yang tinggal dibahagian Utara tanahair, Inshaa Allah pada 8 April (Sabtu) ini akan diadakan Bengkel Rawati OCD dan Anxiety kelolaan Page ini bertempat di

Bilik Aktiviti
Pejabat LPPKN Pulau Pinang, Pusat Keluarga LPPKN Bertam,
Lot 8875, Jln. Bertam, , Peti Surat 1370, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Jam 9 pagi hingga 5 Petang

Yuran : RM70 per individu

File, nota, makan tengahari dan minum petang disediakan.
Tempat terhad untuk 40 orang peserta sahaja.

Kemudahan tandas, dan solat disediakan

Bengkel ini akan memberikan Perkongsian info tentang punca-punca, simptom, kesan dan akibat OCD / AD secara terperinci serta juga kaedah ikhtiar rawatan menggunakan Hukum Daya Tarikan seperti didalam Sesi Therapy Minda.

Penceramah : Encik Talhah (HusnuzzonLOA Consultancy)

Tetamu undangan: Sdri Hani Nazliekha (Survivor dan Aktivist Kemurungan / Depression) akan memberi Opening Talk

Daftar sekarang! Tempat terhad kepada 40 peserta sahaja.

CARA MENDAFTAR

1. Buat pembayaran ke akaun Maybank : 164267101619 (Abdullah)

2. SMS/ Whatsapp : OCD/ Nama / Umur  dan bukti pembayaran ke
nombor  013 413 6236 (Abu Uwais)

3. Anda akan menerima SMS / Whatsapps pengesahan pendaftaran dan pembayaran.

Resit pembayaran akan diberikan pada pagi program bengkel dijalankan.
Bayi dan kanak-kanak bawah usia 12 tahun TIDAK dibenarkan dibawa bersama.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia di  no: 013-4136236 (Abu Uwais)


AGENDA SEMINAR DAN BENGKEL :
GOLONGAN SASARAN
Individu yang mengalami gangguan penyakit psikiatrik atau Gangguan Minda seperti OCD, Penyakit Was-was, Lintasan Hati (IVT), Anxiety Disorder, Panick Attack, Kemurungan (Dipression) dan Bipolar

OBJEKTIF :

1. MEMBERIKAN PENCERAHAN SECARA ILMIAH DARI SUDUT KLINIKAL DAN JUGA UGAMA ISLAM BERKENAAN DENGAN PENYAKIT GANGGUAN MINDA OBSESSIVE COMPULSIVE DISORDER (OCD) ATAU YANG DIKENALI UMUM SEBAGAI PENYAKIT GANGGUAN WAS-WAS DAN JUGA PENYAKIT KEBIMBANGAN MELAMPAU ATAU ANXIETY DISORDER.

2. MEMPERKENALKAN CARA RAWATAN BERKONSEPKAN RAWATAN THERAPI MINDA YANG MENGGUNAKAN HUKUM DAYA TARIKAN (ISLAMIC LAW OF ATTRACTION).

3. MENANAM KEYAKINAN DAN MOTIVASI BAHAWA SEMUA MANUSIA BOLEH DAN BERUPAYA KELUAR DARI APA JUA PERMASALAHAN DAN KESUKARAN YANG SEDANG MEREKA ALAMI SEKIRANYA MEREKA MEMAHAMI CARA DAN KAEDAH YANG TEPAT.

4. MENYEDARKAN MANUSIA BAHAWA KEBANYAKAN PERKARA DIDUNIA INI YANG ANDA RASA TIDAK LAYAK DAN TIDAK BOLEH ANDA LAKUKAN, ATAU MILIKI ATAU MENJADI SIAPA YANG ANDA INGINKAN , SEBENARNYA ANDA BOLEH DAN ANDA LAYAK MEMILIKINYA.

MATLAMAT:
1. PESERTA DAPAT MEMAHAMI DENGAN SEJELAS-JELASNYA APAKAH SEBENARNYA YANG BERLAKU DALAM TUBUH BADAN MEREKA SECARA FIZIKAL DAN SPIRITUAL KETIKA MEREKA SEDANG MENGALAMI GANGGUAN MINDA SAMADA OCD, ADPA, DEPRESSION DSBGNYA KERANA HANYA DENGAN CARA MEMAHAMI SECARA JELAS DAN TEPAT TENTANG PENYAKIT INI BARULAH IA DAPAT DITANGANI DENGAN LEBIH MUDAH.

2. PESERTA AKAN DAPAT MEMPELAJARI KAEDAH MERAWAT DIRI SENDIRI DAN MENGETAHUI TENTANG CARA-CARA SERTA TEKNIK YANG BETUL BAGI MENGAMALKAN HUKUM DAYA TARIKAN “LAW OF ATTRACTION” SETERUSNYA DIAMALKAN DIDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.

3. MELAHIRKAN PESERTA YANG MAMPU BERFIKIRAN POSITIF DAN KRITIS SETERUSNYA MELAHIRKAN INSAN CEMERLANG DALAM MENGHARUNGI APA JUA CABARAN HIDUP.

SEGMEN 1

Huraian dan Penjelasan tentang Gangguan Minda khususnya ADPA dan OCD, secara terperinci termasuk punca-punca, simptom, kesan dan akibat dari sudut sains, klinikal dan juga ugama Islam.


SEGMEN 2

Langkah Merawat diri dengan menggunakan Hukum Daya Tarikan
Langkah 1 : Kenalpasti Keinginan
Langkah 2 : Meminta / Afirmasi
Langkah 3 : Tawakkal / Perserahan diri
Langkah 4 : Komitment
Langkah 5 : Bersyukur, Law of Abundance dan Kesimpulan
Info tambahan:
- Visualisasi
- Emotional Freedoms Technique (EFT)
- The Power Of Now (Kuasa Hayati Saat Ini)
- Memahami Musibah dari Persepsi Positif
- Testimoni-testimoni peserta2 yg pernah menghadiri Sesi Therapi Minda









Rabu, 22 Mac 2017

Sabun... dibilik mandi sabun....



Cepat rasa bersalah dan mudah rasa berdosa tu sangat bagus. Sebabnya, org yg cepat rasa bersalah ni akan cepat2 minta ampun, bertaubat dan berusaha supaya tak mengulangi lagi. Allah pun suka hambaNya yg segerakan taubat, berbanding mereka yg menangguhkan taubat.

...dan

Syaitan merasa sangat BENCI dgn manusia yg bersikap begini, sekejap je buat silap dah minta ampun dan bertaubat, maka syaitan pun bermesyuarat, macamana nak rosakkan golongan manusia yg menyegerakan taubat ni?

Mesyuarat syaitan: 

Haaa... Mereka ni mudah dan terlalu cepat rasa bersalah, mereka ni org2 yg baik dan berhati lembut!  Apakata kalau kita ganggu mereka dgn was2 bab ibadah, mereka ni cukup jaga bab ibadah, apakata kita ganggu mereka supaya mereka jadi tak tenteram. Sebab kalau mereka terasa macam buat silap dlm ibadah, mesti mereka rasa bersalah dan susah hati dan akan segera betulkan semula, kita ganggu mereka supaya mereka rasa apa yg mereka buat  dah betul tu masih tetap rasa salah, tak sah dan batal, mereka ulang buat, kita kacau lagi, mereka ulang kita kacau, mereka minta ampun, kita bisikkan yg kononnya penyakit ni berlaku sebab Allah laknat mereka dan taubat mereka tak diterima, kita gunakan segala daya tipu helah kita utk golongan ni, hingga akhirnya mereka jadi serik, takut nak beribadah, akhirnya benci beribadah, nak jadi jahat pun tak, nak jadi baik pun tak, biar sampai mereka jadi gila!!!

Hahahahaha! Bagus! Bagus! Cadangan kamu tu syaitan pencadang, mari kita kemukakan kepada ketua kita, Iblis Laknat ... Ops tersebut pulak gelaran dia hehe.

Setelah itu, cadangan diluluskan maka bermulalah operasi "Was-was" secara besar-besaran dilakukan.

Hasilnya: 

Eh aku kentot ke tak? Eh kentot, eh tak, eh ya, eh ahhhh ulang, ulang, kada'

Eh, rakaat tak cukup, eh salah eh silap eh betul ke? Eh sah ke tak ni? Ahhhh sujud sahwi tiap waktu....

Alamak air tak kena, niat salah, alamak eh,  mandi wajib lagi sekali, ala lupa nak sabun kat bawah leher, sabun dibilik mandi sabun... sabun dibilik mandi sabun... sabunnnn .. mandi lagi, 2 jam,4 jam, 10 jam di bilik mandi sabun , alamak oi.... Tolong! Was-was! aku gila ke? aku ni waras ke tak?


Alamak anak aku kencing, alamak najis, alamak ni tahi cicak ke apa? Aduii camna ni? Alamak najis, satu rumah najis, nak samak satu rumah!!!

Nak samak badan, nak mandi air tanah, gosok gigi dgn air tanah...

Alamak susahnya jadi islam!

HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA KITA SUDAH BERJAYA!!!!




Khamis, 16 Mac 2017

JIKA ANDA MENDERITAI GANGGUAN MINDA Sesuatu yg perlu disedari oleh anda

JIKA ANDA MENDERITAI GANGGUAN MINDA
Sesuatu yg perlu disedari oleh anda

Menderitai gangguan minda adalah sebuah episod dalam kehidupan yg amat perit dan antara keperitan yg paling menyedihkan ialah tiada orang lain akan memahaminya melainkan orang-orang yg telah juga menderitainya.

Menderitai OCD / AD dan yg seumpamanya amat perit, pedih dan memenatkan, setiap saat jiwa tidak tenang, dan fikiran semakin keliru sehingga terfikir aku ini waras atau tidak? Mood untuk meneruskan kehidupan makin jatuh, dan kehidupan diteruskan secara terpaksa tanpa merasai nikmat kehidupan seperti orang lain.

Rasa gembira, lapang dan tenang sudah lama kita terlupa bagaimanakah bentuknya. Kalau dapat pun, biasanya tak bertahan lama,  sebentar sahaja, sebentar yg dimaksudkan disini ialah ada yg dapat rasa tenang dalam beberapa minit sahaja dan kemudiannya terganggu kembali, disanggah semula dgn idea was2 dan sebagainya secara tiba-tiba,

Setelah puas berhempas pulas cuba membetulkan / melogikkan/  fikiran yg terkeliru tadi, baru sahaja nak merasa sedikit lega, datang pula idea was2 lain yg membuatkan kelegaan tadi tergugat. Macamana nak tenang kalau setiap saat begini?

Letih memikir inilah yg membuatkan penderita mengambil jalan singkat, iaitu mengulang semula apa sahaja perkara yg dikelirukan tadi, dgn harapan ianya selesai segera atau meminta pendapat orang lain (doktor / google/ kawan2 etc) walaupun soalan itu telah berkali-kali ditanyakan.

Gembira, tak dapat rasa sepenuhnya, tenang, tak dapat rasa sepenuhnya, sedih pun tak dapat rasa sepenuhnya, yang terasa sepenuhnya adalah "jiwa kosong, rasa tidak mahu hidup tetapi tidak mahu mati dan kebingungan"

Dalam kebingungan itu, sedikit perasaan seperti gembira, tenang, sedih, rindu, dsbgnya sesekali menjengah tetapi tak dapat nak dirasai sepenuhnya. Segalanya seakan tersekat dan terganggu. THIS IS OUR REALITY. Setuju ?

Mengapa berlaku begini? Bagi sesiapa yg telah benar2 dapat memahami tentang kaitan sistem saraf, endorfin dan serotonin, tentang popup dan suara simulasi entiti halus seperti yg telah diterangkan dalam Sesi Terapi Minda, mungkin akan dapat mengagak mengapakah perasaan2 normal tadi tersekat2 apabila ianya datang menjengah. Mungkin dengan pengetahuan itu, dirinya dapat mengendalikan "kebingungan" dirinya dengan lebih baik, dalam usaha mencapai kesembuhan.

Kita rasa siksa, sakit, dan perit dengan semua ini. Kita berusaha ke sana sini mencari penawar dan ingin sihat seperti orang lain dan dapt hidup normal seperti orang lain. Tetapi apakah kita mempunyai sesuatu yg diperlukan untuk sembuh itu? Apakah ianya?
Ianya adalah :

KESEDIAAN DIRI SENDIRI UNTUK MERAWAT DIRI.

Kita perlu SEDAR, penyakit seperti ini bukan boleh sembuh dengan cara MAGIK, atau seperti pening, nah ambil panadol 2 biji, telan , maka hilanglah was-was. Tak ada langsung apa2 pun idea was2 selepas telan pil itu. Masuk bilik air dan mandi dengan happy sangat2 tanpa ada sikit pun gangguan setelah makan pil. Tak ada lagi anxiety, panik attack selepas makan panadol dua biji seperti pening kepala. Tak ada langsung rasa takut nak drive, hilang semua sengal, angin, segala apa pun , hilang, langsung tak ada rasa takut pada kematian, langsung tak ada rasa takut samada aku ada kanser, atau sakit jantung, tak ada langsung, dan sikit pun tak ada lintasan hati, sikit pun tak ada malah tak pernah tahu apa itu lintasan hati berbentuk talak, atau yg mebuat diri rasa murtad, atau kafir atau memaki Allah, langsung tak ada HANYA DENGAN MENELAN PANADOL 2 BIJI.  Dan cara rawatan inilah yang kita INGIN , KITA IMPIKAN, DAN SENTIASA KITA CARI.

Terus terang saya katakan, TIDAK ADA. Tidak ada pil magik seperti itu, kalau ada, dah lama pihak hospital bagi, tak perlu penat2 mereka cipta therapi itu ini, CBT, Psikoterapi dan segala macam keretapi, jika ada ubat magik seperti itu. Para perawat islamik pun tak adalah suruh mandi air mandian bidara 7 petang, bagi set zikir suruh amalkan ,  dan bermacam amalan yang diajarkan , kerana cukup dengan makan 2 biji pil panadol magilk, semuanya akan pulih seperti biasa. maka kerana ubat pil magik macam itu tak ada, maka :

Apa jua ilmu yg anda semua ada, tak kiralah samada dari Sesi Terapi Minda yg saya kelolakan, atau dari pusat2 rawatan lain, maka TOLONGLAH BERI PERHATIAN UNTUK DIHAYATI DAN DIAMALKAN SEBAIK MUNGKIN. dan bukan buat sekali dua, tak baik, frustlah, lecehla, kena buat tu, kena buat ni, (nak pil magik jugak) pergi tempat lain, tak baik, pergi sana, sini, akhirnya
 
 "sampai dah 10 tahun masih mencari ubat, BUKAN mengamalkan cara berubat"

Semua ubat atau cara rawatan ini hanyalah sebuah KOMITMEN, yang mana BUKAN penyebab anda sembuh. YANG MENYEMBUHKAN  HANYALAH ALLAH. Tanpa apa2 komitmen pun jika Allah ingin, kita boleh sembuh. tetapi Allah menyeru kita membuat SEBARANG komitmen yg sesuai dengan kemampuan sebagai menandakan kita tidaklah hanya duduk diam berdoa dan mengharap sembuh tanpa berbuat apa2. Jika betul anda sembuh dengan komitmen itu, maka itu hanyalah ASBAB. Tetap hanya Allah yang menyembuhkan. Sepertimana firman Allah dalam Surah Ar-Ra'ad ayat 11:
" Allah tidak akan mengubah nasib seseorang atau sesuatu kaum SEHINGGA mereka sendiri berusaha mengubah apa yang ada pada diri mereka"

1. APABILA DATANG CETUSAN RASA BIMBANG/ RISAU
- Segera PEKA kepada "ini adalah pop-up" iaitu Idea Obsessive yg mula mengetuk pintu Kerisauan/ was2 . Segera letakkan jiwa / diri kita berada diatas pemikiran itu iaitu mengetahui bahawa tiada apa2 kesalahan pun yg telah aku lakukan untuk aku was2kan, tiada apa2 bahaya pun sebenarnya yg sedang aku alami, dan idea obsessive yg sedang mula aku terasa ini janya lah pop-up yg mana jika aku start layan, aku akan terjebak dan sakit. Segera gunakan apa jua pengetahuan yg anda telah pelajari seperti membaca set zikir, teknik pernafasan, membaca doa surah an-nas, senaman the 5 rites dan lain2.

2. LINTASAN HATI MENGGANGGU
- Sama seperti diatas, biarkan sahaja ia melintas dalam hati, JANGAN TAKUT BERDOSA - JGN TAKUT TENTANG APA HUKUM- Biarkan ia melintas, tapi jangan biarkan iamemberi kesan pada emosi, Ianya hanya akan dapat mengganggu apabila emosi terkesan dgn apa yg dilintaskan, segera peka dan ingat semula semua nota tentang pop-up dan suara tiruan melalui gelombang suara monolog yg sedang ditiru, dan segera ingatkan jika benar2 aku, bermakna inilah Coprolalia iaitu sejenis simptom Sindrom Tourette bahagian monolog (Inner Voice Tics), maka kerana ini adalah penyakit, maka tidak ada apa2 dosa dikira terhadap lintasam ini. Gunakan perkataan: "Dalam hati.. Allah tak ambil kira"

3. RISAU BILA LAGI AKAN TERGANGGU
Hal ini lah yg menyebabkan penderita tidak suka melakukan aktiviti luar / sosial/ lebih suka menyendiri kerana bimbang akan mengalami gangguan ketika sedang melakukan aktiviti2 itu. Buang segala rasa bimbang ini dengan Menghayati "The Power Of Now". Hayati SAAT SEKARANG. Living in the present. Saat sekarang ini adakah ada apa2 masalah yg perlu diselesaikan? Tidak...jika tidak, bertenang dan hayatilah saat ini dengan tenang, Jika ada, selesaikan apa yg perlu diselesaikan sekarang ini.

4. JANGAN MENGELAK GANGGUAN
Lagi kuat cuba berlagak seperti orang normal, lebih kuat ia menyerang. Akui dan Terima hakikat bahawa diri aku adalah penderita, dan sentiasa peka bahawa "merasai gangguan " adalah salah satu hal wajib yg memang ada sebagai penghidap gangguan minda. Ianya adalah hanya simptom, seperti orang selsema, kemana pergi pun hingus pasti akan meleleh, tetapi hingus meleleh adalah simptom dan tak menjadi penghalang untuk menikmati hidup. Lakukan perkara2 yg boleh membuat kita tetap selesa dalam keadaan seperti ini. Tolong diri sendiri. Jangan sentiasa berharap pada bantuan orang lain. Jadilah pesakit gangguan minda yg dihormati.

5.  BUANG EGO RASA MALU MENJADI PENDERITA
Lagi kuat kita ego bahawa kita bukan penderita, lebih kuat gangguan itu dirasakan. Mengaku dan bersetuju bahawa kita perlu beri perhatian pada merawati penyakit ini, bukan membiarkan ianya begitu sahaja. Jangan membenci diri yg sakit, jangan mencari punca kenapa dan kenapa, jangan menyalahkan diri sendiri atau sesiapa lain terutama Tuhan. Belajar Redha dan bersabar

6.  UBAT-UBATAN
Jangan ajar diri terlalu bergantung kepada ubatan SSRI, makan hanya mengikut dos yang ditetapkan.

7. BANGKITKAN SEMANGAT
Jangan biarkan rasa putus asa dan buntu memberi kesan pada kita. Jika dalam keadaan sangat serabut, segera PEKA, bacakan bertalu2: Fa'innama'al us riyusro (pada tiap2 masalah (kebuntuan) itu disertakan dengan jalan penyelesaian. Merajuk, berbaring dan bermenung mengurung diri tidak sesekali membantu malah menyebabkan atom tubuh makin terurai dan diri makin lemah dan penyakit menjadi bertambah berat.

Wallahuaklam

Sabtu, 11 Mac 2017

Katakan TIDAK tanpa merasa bersalah

Saya pernah terlihat sebuah buku bertajuk : Learn How To Say "NO" without feeling gulty (Belajar cara mengatakan TIDAK tanpa merasa bersalah)





Mengapa buku seperti ini ditulis? Kerana terdapat segolongan manusia yg memang sangat SUSAH untuk berkata TIDAK walaupun mereka benar2 tidak mahu dan tidak suka kepada sesuatu perkara itu, Golongan sebegini hanya akan lebih suka memendam perasaan jika sesuatu yg tidak disukai itu dilakukan kepada mereka. Mereka tidak berani melawan atau menentang, dan jika mereka menentang atau bersuara, mereka akan merasa bersalah yg amat sangat. Hal ini memang sesuatu yg tidak sihat dan boleh mengundang bermacam penyakit emosi dan gangguan minda dikemudian hari kerana "memendam" itu akan membuatkan jiwa dalaman menjadi stress, dan sarat dgn pelbagai pendaman yg tidak diluahkan, dan inilah yg menyebabkan hormon endorfin makin lama makin menjadi tidak aktif dan menyebabkan penghasilan serotonin menjadi sangat terbatas. Tiba pada satu tahap, "apa yg dipendam " ini akan meletup dalam bentuk Obsessive Compulsive Disorder (OCD) atau Depression
(Kemurungan) Saya masih ingat, kata2 ini dijelaskan kepada saya oleh YB Dr, Fuziah Saleh yg ketika itu masih lagi seorang psikiatrician di Unit Kaunseling Islah.

Inilah yg menyebabkan SUKARNYA untuk mengatakan TIDAK kepada gangguan was-was, sukar untuk ignore bisikan yg mengganggu, kerana jiwanya yg sudah terbiasa untuk menerima sahaja apa yg diajukan padanya tanpa berani membuat sebarang penolakan. Tidak berani untuk berkata TIDAK.  Lantaran itulah sukarnya untuk meyakinkan diri bahwa itu bukan kentut, itu bukan berdosa, sukar mempercayai wudhu atau mandi wajibnya sempurna, terasa sangat sukar mempercayai bahawa lintasan hati itu bukan dari dirinya, dan masih tetap terasa bersalah dirinya sudah murtad, atau sudah jatuh talak, malah dlm kes AD pula, sukar untuk mempercayai bahawa itu bukan penyakit, itu bukan kanser atau sakit jantung. Segala apa yg diwas-waskan, terpaksa disertakan dengan bukti-bukti dan hujah-hujah yg kuat, barulah boleh merasa sedikit kelegaan, itu pun akan terganggu juga di lainkali.

Ingatlah, dalam Islam, kita diberikan hak untuk berkata TIDAK, mempunyai hak untuk meluahkan apa yg tidak dipersetujui dgn cara yg beradab, dan diberikan hak untuk marah yg berhikmah (marah kerana Allah). Walaupun dalam hal peminangan, seseorang gadis itu diberikan hak untuk menolak pinangan (rujuk beberapa hadis), Ini menjelaskan bahawa berkata TIDAK itu bukanlah sesuatu yg berdosa dan salah.

Saya yakin, rata2 kemungkinan 90 peratus daripada pendeita OCD, AD, dan seumpamanya adalah termasuk dalam golongan yg susah untuk berkata TIDAK walaupun sememangnya perkara yg diajukan padanya itu tidak dipersetujui atau tidak disukai atau tidak diinginkan olehnya.

Hatinya mungkin terlalu lembut, terlalu kasihan untuk menghampakan orang lain, tidak sampai hati untuk menghampakan orang sehingga memakan diri sendiri. Hal hati lembut sebegini juga adalah kemungkinan juga dari pengalaman2 cara diperbesarkan sewaktu kanak2, yg mana kemungkinan individu pernah melalui child abuse, selalui dibuli, selalu diperlekehkan pendapat2nya kerana dianggap pandangan remah seorang kanak2, jarang mendapat kredit atau penghargaan dari orang terdekat walaupun dia mendapat apa2 kejayaan walau pun kejayaan yg kecil atau besar disekolahnya, atau ibubapa kurang memberi peluang padanya untuk berdikari, terlalu dimanjakan (menjadi terlalu bergantung pada orang lain), atau diperlakukan terlalu garang, (TIDAK BESEDERHANA ) dalam membesarkan anaknya.

Wallahuaklam

Selasa, 7 Mac 2017

Was-was dan Anxiety Disorder -HENTIKAN MENGECAT DAUN

Was-was dan Anxiety Disorder
-HENTIKAN MENGECAT DAUN

Ada seorang pekebun yang kurang berpengalaman. Pada satu hari dia dapati ada satu pokok besar yang daunnya kekuningan. Beliau telah berfikir macamana hendak mengatasi masalah ini. Beliau akhirnya mengecat semua daun tersebut dengan cat hijau untuk mengatasi masalah ini. UNTUK SEKETIKA, MASAALAHNYA KELIHATAN SEPERTI SELESAI.

Apabila musim luruh sampai, semua daun tersebut luruh. Daun yang baru tumbuh pula semakin kuning. Sekali lagi pekebun tadi bersusah payah mengecat setiap daun yang kuning. SEKALI LAGI, DIA MERASAKAN MASALAHNYA SEOLAH TELAH SELESAI. Pada musim luruh . semua daun luruh dan daun baru masih kekuningan. Dia berfikir mungkin cat itu kurang sesuai dan menukar jenama cat dan megecat daun lagi sekali. Namun bila daun luruh dan daun baru tumbuh ia masih kuning.

Pada masa itu datang seorang tua yang berpengalaman. Beliau telah menasihatkan pekebun tadi supaya memeriksa akar pokok dan meletakkan baja pada akarnya. Dengan langkah ini, pokok itu menjadi subur . Daun yang tumbuh selepas musim luruh sentiasa hijau dan tidak perlu dicat lagi

Sebelum ini, walaupun pekebun muda itu cuba mengecat daun berkali- kali, daun yang baru tumbuh masih kekal kekuningan. Apabila dibubuh baja pada akarnya , barulah daun menjadi hijau secara kekal. Ini adalah kerana pokok itu telah menjadi sihat apabila dibubuh baja. Walaupun nampak seperti usaha dilakukan pada tempat lain iaitu membubuh baja pada akarnya dan bukan daunnya, masalah pada daun dan seluruh pokok selesai dengan tindakan membujuh baja. Ini adalah kerana masalah secara luaran nampak seperti pada daun , tetapi masalah sebenarnya adalah pada akar. Apabila masalah ini diatasi dengan membubuh baja , maka masalah kekuningan daun selesai. Sela gi baja belum dibubuh , daun akan terus kuning dan akhirnya pokok akan mati.

Begitu juga kita dalam usaha menangani was2 dan anxiety disorder. Setiap kali dilanda was-was, tak kiralah apapun kesnya sepeti bab kentut, bab mandi, bab wudhu, bab najis, bab merasakan diri ada penyakit kronik,  kita akan mengecat daun, samada mengulang semula perbuatan tadi, atau mendapatkan keyakinan dari orang lain dengan bertanya, bergoogle-google manakala yg  anxiety disorder pula akan bergegas ke klinik atau hospital berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan dan keyakinan bahawa dirinya sihat  tiada penyakit,

dan sedarkah kita bahwa KELEGAAN YG KITA PEROLEHI HASIL DARI MENGECAT DAUN INI HANYALAH SEMENTARA SAHAJA? DAN IANYA AKAN DATANG MENGGANGGU LAGI DALAM MASA KURANG DARI SEJAM?

dan sedarkah kita bahawa telah pun bertanya soalan yg sama kepada orang lain berkali-kali?

atau pun kita akan berusaha dengan melayan yakni cuba menjawab persoalan was2 yg timbul dalam pemikiran kita dengan memikirkan semula dari awal hingga akhir segala perbuatan kita dengan terperinci dan proses ini amat memenatkan dan menyakitkan kerana sebenarnya kita hanyalah sedang melayan menjawab pertanyaan soalan bodoh dari orang gila ditepi jalan dengan bersungguh-sungguh. Semua ini adalah mengecat daun.

Sepatutnya kita perlu mempelajari dan memahami tentang apakah punca2 yg menyebabkan kita mudah menjadi was-was, dan memperbetulkan apa yg sepatutnya diperbetulkan dengan tepat dan jelas, bukan hanya cuba memperbetulkan kondisi luaran yg kita nampak seperti mengecat daun.Makanya,  apa yang kita lakukan sekarang adalah kita cuba mengubah dunia luar kita iaitu kita berusaha menyelesaikan masalah  tanpa mengubahdunia dalaman (minda kita) . Ini adalah serupa seperti usaha pekebun tadi yang mengecat daun yang kekuningan dan menemui kegagalan.

Jika kita hendak mengatasi masalah tadi , kita perlulah membubuh baja pada akar iaitu menukar corak pemikiran kita dan memahami dengan jelas dan terperinci tentang apakah sebenarnya, bahagian manakah sebenarnya, yg perlu dirawati. Selepas itu, kita akan dapati bahawa dunia luaran kita akan berubah sendiri atau memerlukan sedikit usaha sahaja untuk menemui kejayaan dalam semua perkara. Segala usaha kita dalam semua bidang seperti kewangan, hubungan dan kesihatan akan menemui kejayaan. Inshaa Allah.

Ingin belajar membubuh baja? Datanglah ke Sesi Therapy Minda yg  dianjurkan oleh page ini.

Sabtu, 4 Mac 2017

Alhamdulllah

Inshaa Allah, jika berdo'a kpd Allah dgn ikhlas diikuti dgn ikhtiar, tawakal, bersyukur dan qana'ah, pasti akan dapat dilihat hasilnya.

Lagi testimoni peserta Sesi Psikoterapi Minda:














Syukur kepada Allah Yang Maha Menyembuhkan ...


Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]