Khamis, 1 September 2016

MANDI WAJIB

MANDI WAJIB

Di antara Gangguan Was-was yang PALING TERUK dalam kes-kes was-was yang dikendalikan ialah berkenaan dengan Mandi Wajib/ Mandi Hadas Besar/ Mandi Junub. Terdapat kes yang menyebabkan penderitanya mengambil masa sehingga 9 JAM untuk menyudahkan mandi wajibnya, dan mengulang lagi keesokan harinya kerana masih merasa was-was terhadap mandi wajib sbelumnya yang telah mengambil masa 9 jam itu.

Mengapa terlalu sukar, sulit dan derita untuk mandi wajib?

Kerana kebanyakan penderita OCD Muslim sedia memahami sekiranya mandi wajib tidak sah, maka tidak sahlah segala apa jua amal ibadah yang lain. Maka dari ketakutan amal ibadah semuanya tidak diterima, maka penderita OCD telah MEMILIKI TANGGAPAN YG PELIK terhadap ibadah mandi wajib dan akan melakukan ibadah mandi wajib ini SESEMPURNA YANG BOLEH sehingga KESEMPURNAAN itu hanya lah sebuah kesempurnaan yang TIDAK mengikut lunas-lunas ugama yang ditetapkan oleh ALLAH SWT, ROBB YG MAHA ESA, tetapi adalah mengikut KPI (Key Perfomance Indicator) oleh SYAITAN YG DIREJAM,

Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa TANPA DISEDARI, penderita was-was adalah pengikut syaitan yang PALING SETIA dan SANGAT TAAT kepada TUAN SYAITAN YANG DISAYANGINYA.

Artikel kali ini cuba untuk MENGUBAH TANGGAPAN YG PELIK penderita was-was terhadap Mandi Wajib semuga dengan memahami apa yang ingin disampaikan ini, maka TIADA LAGI masalah kesukaran mandi wajib.

Turunnya hukum mewajibkan mandi wajib ini adalah didalam Surah Al Maidah, ayat 5 dan 6:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu hingga ke siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu hingga ke buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka mandilah....  (QS Al-Ma'idah : 5-6)

Daripada ayat di atas, maka dapat kita perhatikan bahawa

1. Diantara Wudhu dan Mandi Wajib, perintah tentang wudhu dinyatakan dengan SANGAT TERPERINCI iaitu bahagian anggota badan mana yang terlibat, bersama dengan HAD nya sekali iaitu sebagai contoh, Tangan hingga ke Lengan, (maksidnya bukan hingga bahu) dan sebagainya.

TETAPI apabila perintah Mandi Wajib, Allah SWT hanya berfirman:

....dan jika kamu junub, maka mandilah

Tidak ada HAD dan PERINCIAN yang disebutkan, hanya menyeru supaya orang yang beriman supaya MANDI jika telah berada dalam keadaan berhadas besar. Dari sini kita dapat melihat bahawa ibadah mandi wajib bukanlah sesuatu yang terlalu berat, malah wudhu didapati lebih diberatkan kerana terdapatnya perincian dan had didalam ayat diatas.

2. Mandi yang bagaimana?

Untuk memahami mandi yang bagaimanakah yg dimaksudkan dalam ayat diatas, kita boleh meneliti hadis-hadis dari Nabi SAW tentang cara mandinya, TETAPI sebelum itu, kita perlu MEMAHAMI tentang beberapa SITUASI DAN SUASANA.

Di kawasan padang pasir di Tanah Arab, AIR adalah sesuatu yg sukar didapati, dan juga perlu di FAHAMI bahawa BELUM DICIPTA SALURAN DAN  PAIP AIR ketika zaman Rasulullah SAW.
Kebanyakan kaum muslimin di masa itu mengisi air didalam tempayan dan menyimpan dirumah untuk kegunaan bersuci, masak dan minum. Oleh kerana air sukar didapati, maka mereka sangat berjimat dalam penggunaan air. Rata-rata mereka hanya bersuci dengan membersihkan kemaluan dan membasuh muka setiap hari, kerana air adalah sesuatu yg sangat berharga dan sukar. Mereka TIDAK SELALU mandi seperti mana mandinya kita orang-orang melayu pada setiap pagi yang mana negeri kita memang tersangat MEWAH dgn air.

Maka oleh itu, ketika turunnya ayat yang mewajibkan mandi ini, maka ditanya kepada Rasulullah, bahawa mandi yg bagaimanakah ini? Maka Nabi mengajarkan bahawa Mandi Wajib ini TIDAK BOLEH mandi seperti mana yg mereka lakukan setiap hari  iaitu hanya mencuci kemaluan dan membasuh muka sahaja. Mandi Wajib ini perlu "MERATAKAN AIR KE SELURUH BADAN".

Dalam ertikata lain, Mandi Wajib adalah seperti MANDI YG DIBUAT SETIAP PAGI OLEH KITA ORANG MELAYU SETIAP KALI BANGUN TIDUR, IAITU BUKAN HANYA MENCUCI KEMALUAN, BERKUMUR DAN MEMBASUH MUKA SAHAJA.

Oleh itu, Mandi Wajib ini hanya berbeza apabila Mandi ini DISERTAI DGN NIAT UNTUK MEMBERSIHKAN DIRI DARI HADAS BESAR SETELAH MELAKUKAN JIMAK, ATAU KERING HAID ATAU NIFAS. Manakala cara perlakuan mandi itu pula adalah sama sahaja seperti mandi hari -hari biasa seperti dipagi hari setelah bangun tidur. Cuma kalaupun ada sedikit kelainan digalakkan mencangkung bagi menyampaikan air dibawah dubur.

Yang dikatakan MERATAKAN AIR DISELURUH BADAN itu adalah untuk membezakan kepada masyarakat Arab bahawa mandi wajib tidak sama dengan cara mereka membersihkan diri setiap hari iaitu hanya membasuh kemaluan, berkumur/sugi dan membasuh muka lantaran berjimat kerana kesukaran mendapatkan air.

Maka MERATAKAN AIR DISELURUH BADAN ini adalah bermaksud seperti mandinya orang-orang dikawasan yg mewah air seperti orang melayu di Tanah Melayu. Oleh itu, FAHAMILAH, bahawa mandi pagi selepas bangun tidur atau mandi petang selepas berjogging atau pulang dari tempat kerja yang kita lakukan setiap hari itu adalah SAMA dengan CARA MANDI WAJIB YG DISEBUTKLAN SEBAGAI MERATAKAN AIR DISELURUH BADAN, CUMA BEZANYA, MANDI WAJIB MEMERLUKAN NIAT. ITU SAHAJA, ITS NOT A BIG DEAL, TAK PERLU BERSILAT DENGAN AIR DAN MEMPERBODOHKAN DIRI DENGAN UNDANG-UNDANG PELIK REKAAN SENDIRI TENTANG MANDI WAJIB.

Ini tidaklah pula bermakna mandi dalam keadaan cincai, pastikanlah ketika mandi itu kita membuang apa-apa yg menghalang air seperti minyak dan seumpamanya dengan menggunakan sabun. Tetapi bukan sehingga berlebih-lebihan dan membazir. Kaum wanita yang bersanggul pula, TIDAK PERLU MEMBUKA SANGGUL jika bersanggul. menandakan betapa mudahnya melakukan ibadah dalam bentuk mandi ini.

Dalam sebuah hadis:

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ: قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي امْرَأَةٌ أَشُدُّ ضَفْرَ رَأْسِي فَأَنْقُضُهُ لِغُسْلِ الْجَنَابَةِ؟ قَالَ: لاَ إِنَّمَا يَكْفِيكِ أَنْ تَحْثِيَ عَلَى رَأْسِكِ ثَلَاثَ حَثَيَاتٍ ثُمَّ تُفِيضِينَ عَلَيْكِ الْمَاءَ فَتَطْهُرِينَ

“Dari Ummu Salamah, aku bertanya kepada Nabi SAW : “Wahai, Rasulullah. Sesungguhnya aku seorang wanita yang menyanggul rambutku. Lalu apakah aku perlu melepasnya untuk mandi janabah?” Baginda SAW menjawab: “Tidak usah, cukuplah bagimu menuangkan air ke kepalamu tiga kali , kemudian basahilah tubuhmu dengan air, maka engkau telah pun bersuci”. [HR Muslim]



PENAMBAHAN
1. Boleh berak dan kencing dipertengahan mandi wajib dan tak perlu ulang mandi

2. TIDAK ADA ISTILAH 'PUTUS NIAT' atau BERTUKAR NIAT.

3. Sekiranya selepas mandi ada bahagian yg SAHIH tak kena air kerana terhalang oleh cat atau lain-lain, cukup sekadar membuang cat itu dan basahkan bahagian yg tak kena itu, TAK PERLU ULANG MANDI. Jika ada sesiapa yg MENGULANG MANDI kerana sebab ini, ANDA hanya menunjukkan pada DUNIA seolah-olah Islam ugama YG SANGAT CEREWET MENYOKONG PEMBAZIRAN.

4. Jika anda Mandi Wajib kerana anda jimak dgn isteri, setelah mandi wajib selesai didapati masih ada sisa-sisa air mani terkeluar (jarang sangatlah kalau nak berlaku), TAK PERLU MANDI ULANG SEBAB ITU ADALAH KESAN SHAHWAT SEWAKTU JIMAK TADI.

5. Hadis dari Imran bin Husein dari sabda Rasulullah SAW kepada seorang sahabat yang dalam keadaan junub dan belum solat,
خذ هذا فأفرغه عليك  “Ambil (air) ini, dan tumpahkan ke tubuhmu.”

6. Mandi tetap SAH walau tanpa wudhu, kerana dalam mandi junub, berwudhu itu tidak wajib. Allah SWT berfirman:
وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا “Dan jika kalian junub maka MANDILAH.” (QS. Al-Ma`idah : 6)

7. Membaca LAFAZ NIAT "sahaja aku...." atau "Nawaitu whatever"adalah TIDAK WAJIB DAN TAK PERLU, dan lafaz ini TIDAK PERNAH WUJUD DALAM MANA HADIS ATAU PERAWI. Cubalah cari adakah adanya hadis Nabi samada sohih bukhari, atau sekurang-kurangnya taraf Hassan Sohih atau hadis Dha'if dan Maudu, TIDAK PERNAH ADA NABI SAW MENGAJAR LAFAZ NAWAITU ROF'AL HADASIL MAHUPUN NIAT SOLAT! (USOLLI FARDHAL...). Niat sudah ada iaitu ketika kita mengambil keputusan untuk masuk ke bilik air untuk mandi kerana telah junub, itulah niat, boleh dilafazkan melalui mulut tetapi ianya BUKAN PENYEBAB MANDI BATAL ATAU TAK SAH jika membaca tidak mengikut susunan ayat sekali pun.

SEMUGA DAPAT MEMBERIKAN PEBCERAHAN, INSHAA ALLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]