Jumaat, 12 Ogos 2016

ZIKIR SEBAGAI PASSWORD PEMBUKA FUNGSI PERTAHANAN DIRI





Berzikir merupakan alunan resonan dalam minda manusia.
Berzikir dapat memberikan perintah pada sistem tubuh untuk MENGAKTIFKAN fungsi-fungsi pertahanan. Berzikir merupakan frekuensi, namun untuk mencapai resonan, ia perlukan tindakan berterusan.

Apakah itu Resonan?

Resonan adalah satu proses getaran yang berlaku disebabkan getaran (tenaga) benda lain. Ertinya,jika kita menggetarkan suatu benda, lantas ada benda lain yang ikut bergetar, maka dikatakan benda lain tersebut terkena resonansi getaran (tenaga) frekuensi tadi. Dalam erti kata mudah, getaran yang terhasil daripada suatu benda akan menyebabkan benda disekelilingnya turut bergetar namun frekuensi getaran itu mestilah sepadan dengan benda disekitarnya. Ini kerana jika terlalu rendah ia tidak akan memberi kesan dan jika ia terlalu tinggi ia akan memusnahkan.

Sebagai contoh, kita lihat gitar akustik. Ia memiliki tabung resonansi yang mana lubangnya, menghadap ke arah deretan talinya. Jika tali tersebut digetarkan dengan cara dipetik, maka udara di dalam ruang resonansinya akan ikut bergetar. Inilah yang menyebabkan suara senar gitar itu terdengar keras dan merdu.Apa yang terjadi jika lubang gitar tersebut disumbat dengan kain? Maka boleh dipastikan tidak akan terjadi resonansi di dalam gitar itu. Maka, bunyi gitar pun menjadi sangat perlahan dan tidak merdu.

Kata-kata yang berulangan memang dapat menaikkan motivasi seseorang. 'Self-suggestion' (Afirmasi) adalah terbukti secara saintifik dalam kesan-kesan motivasi pada diri manusia.
Ini kerana ia berkaitan dengan frekuensi trafik data dalam sistem saraf. Namun oleh kerana sistem ini dicipta oleh MAHA PENCIPTA, maka kata berulangan manakah yang akan dipilih sebagai pembuka kepada lebih banyak fungsi. MAHA PENCIPTA telah tetapkan katakuncinya (password), maka katakunci yang terpilih itulah yang akan membangkitkan kuasa sebenar.

Disini jua, selain memahami betapa penting dan perlunya berzikir, kita juga mula memahami kepentingan penghayatan, suasana dan kepentingan sebutan yg betul dan tepat (tajuid) dalam menggetarkan alunan zikir.



adaptasi dari Matrix011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]