Isnin, 8 Ogos 2016

Tips Menangani Bisikan Was-was


Cuba memandang idea-idea was-was itu  hanya sebagai simptom penyakit.

Apakah simptom? simptom ialah gejala.
Contoh: 

Apakah simptom demam selsema?

- Hingus sentiasa meleleh (salah satu gejala)
Persoalan: Adakah dengan hingus yg meleleh ini membuatkan anda tidak boleh menjalani kehidupan seperti biasa? Pasti boleh, walaupun anda perlu selalu membuang hingus, tetapi jika anda lapar, abda tetap akan makan. Anda tetap ingin menonton, melakukan aktiviti harian kerana hingus meleleh hanyalah salah satu SIMPTOM demam selsema,


Sama seperti OCD, anda perlu memahami antara simptom OCD ialah MUNCULNYA IDEA2 YG MERESAHKAN SECARA BERULANG-ULANG TERUTAMA setelah anda melakukan sesuatu aktiviti membersihkan, membasuh, mengemas dsbgnya. Misalnya, selepas anda berwudhu, anda sudah boleh menjangkakan bahawa selepas ini pasti akan ada perasaan was2 terhadap kesempurnaan wudhu anda tak kira lah samada kerataan air, kebersihan atau niat, tetapi itu semua hanyalah SIMPTOM YANG PERLU ADA sebagai seorang yg mengalami OCD. Oleh itu anda TIDAK PERLU MELAYAN idea2 yg muncul tersebut kerana MEMANG ITU LAH SIMPTOMNYA. Samada anda membasuh sekali atau 10 kali, simptomnya sama sahaja iaitu MUNCULNYA IDEA2 YG MENGATAKAN APA YG ANDA BASUH TADI TIDAK BERSIH, TIDAK SEMPURNA, TIDAK SAH. Cuba belajar memandang gangguan ini HANYALAH SIMPTOM yang TIDAK PENTING UNTUK DILAYAN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]