Isnin, 8 Ogos 2016

TERLALU PEMBERSIH / TERLALU CEREWET / CLEANFREAK


SALAH!! Ini adalah tanggapan yang SALAH dan SILAP terhadap penghidap OCD. Rata-rata masyarakat memahami OCD adalah seorang yg terlalu pembersih atau terlalu cerewet dan menjadikan hal ini sebagai gurauan.

Bayangkan atau cuba fahamkan begini: 

Tangan anda kotor atau berminyak selepas melakukan sesuatu kerja, kemudian anda membasuh tangan seperti biasa menggunakan sabun dan air, TETAPI setelah anda selesai membasuhnya, anda BENAR-BENAR nampak bahawa kotoran yang anda basuh tadi masih ada seperti BELUM DIBASUH SAMA SEKALI! Apa yang akan anda lakukan? Tentunya anda akan membasuhnya sekali lagi, dan hal yang sama berlaku lagi...dan lagi...adakah anda membasuhnya kerana anda TERLALU PEMBERSIH? TIDAK!! Tapi kerana anda MERASAKAN TANGAN ANDA BENAR2 MASIH KOTOR SEPERTI BELUM PERNAH DIBASUH. Setelah beberapa kali anda ulang basuh, anda pasti akan diserang pula RASA CEMAS dengan keadaan itu.

Okay, anda cuba tenangkan diri dan beredar dari sinki dan cuba duduk dan tidak mahu memperdulikan hal ini, Anda cuba membaca surat khabar atau menonton TV, tetapi selesakah anda jika membaca dengan tangan yang "MASIH KOTOR" ? Sudah tentu anda akan bangun dan pergi ke sinki semula untuk membasuh tangan anda. Relevankah perkataan "IKUTKAN SANGAT PERASAAN TU" jika anda benar-benar mengalami keadaan ini?

Ya, benar, tangan itu secara realitinya memang sudah bersih, (pada pandangan orang normal), tetapi rasa obses dan gambaran bahawa tangan itu masih kotor ADALAH DIRASAKAN SANGAT BENAR bagi penderita OCD. Dan ini hanyalah contoh tentang satu transaksi dalam hidup iaitu basuh tangan. Bagaimana dengan mandi, basuh kain baju, dan extra tambahan pada Muslim iaitu mandi wajib, wudhu, hukum najis, rasa terkentut dalam solat dan lain-lain. Tambah lagi apabila idea obsesif itu menjangkiti bahagian kepercayaan akidah, lafaz talaq, dan sebagainya.

IT IS NOT COOL TO HAVE OCD, WE ARE NOT A CLEANFREAK, ITS NOT A JOKE, AND IT IS NOT SIMPLY CAN BE CURE JUST LIKE THAT DAN BUKANLAH SEORANG YANG TERLALU PEMBERSIH ATAU TERLALU CEREWET



Because OCD is treatable. Many people respond well to therapy, some to medication, and some to a mix of both. It is possible to recover from OCD and live a full and productive life. Sadly, on average it takes people between 14 to 17 years between the onset of symptoms and gaining access to effective treatment. Why are we letting all of those years be wasted?
Until we can stop the cycle of stigma, ignorance, and insensitivity, mental illness will continue to be the cancer that eats away at lives.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]