Isnin, 8 Ogos 2016

Rasa bersalah dan was-was yg tak berkesudahan



Was -was dan rasa bersalah serta rasa berdosa  yg macamana?

1. Kita makan nasi, dari beras yg memang dibeli halal, dan lauk2 yg mmg dari sumber yg halal. Tapi tetap salah, kerana kita makan itu dibulan puasa (dengan sengaja). Dan kita tersedar. Dan kita menyesal. Kita rasa bersalah. Kita mohon ampun, kita bayar hari yg kita tinggal puasa itu dgn puasa kada'. Kita bayar fidyah puasa. Setiap persoalan itu, Islam pasti ada cara utk menyelesaikannya. Hati kita rasa tenang. Pun begitu kita tetap ada rasa "takut dan harap". Takut kalau2 Allah tak ampunkan. Tetap berharap Allah terima dan ampunkan. Allah memahami, kita manusia tak lari dari buat silap, Allah Maha Pengampun, sentiasa beri peluang. Yang penting kita insaf dan bertaubat. Settle kes ini. Ini adalah rasa berdosa yg normal. 



2. Kita makan nasi, dari beras yg memang dibeli halal, dan lauk2 yg mmg dari sumber yg halal. Dan kita BUKANNYA  makan dibulan puasa. Tetapi ada lintasan hati ganggu kata makanan tu Tak Halal. Kita pun takut dan was2. Rasa bersalah dan tak tau nak buat apa. Rasa nak muntahkan balik makanan. Minta ampun dari Allah. Istighfar dan lain2. Tapi rasa was2 tetap menghantui walau kemana pun kita pergi, buat apa pun tetap diganggu rasa bersalah sebab makan nasi itu. INILAH NAMANYA PENYAKIT WAS-WAS. Rasa berdosa pada perkara YANG TAK SALAH DAN TAK BERDOSA (Alasannya TAK PASTI). 

Minta ampun pada Allah, Allah nak ampunkan apa? Tak ada dosa untuk diampunkanNYA tentang makan nasi tu. Makanan tu halal dan baik, dan dimakan pada waktu yang dibenarkan makan. 

Rahsianya: BILA KITA LAYAN RASA BERDOSA YG BEGINI, IA TAK AKAN ADA KESUDAHAN. KERANA KITA MELAYAN RASA BERDOSA PADA PERKARA YG TIDAK BERDOSA, DAN MELAYAN RASA BERSALAH PADA PERKARA YG TIDAK SALAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]