Isnin, 22 Ogos 2016

Jangan biarkan emosi anda dikuasai cetusan negatif.

OCD dan Anxiety Disorder - Jangan biarkan emosi anda dikuasai cetusan negatif.


Mari kita lihat tentang “emosi”. Dikatakan orang bahawa perasaan yang sentiasa dirasai oleh kita digelar sebagai emosi. Ianya dapat kita rasai dengan nyata tetapi pada masa yang sama kita tidak dapat menuding secara fizikal di manakah ia terletak. Emosi bukan dirasai oleh mana-mana deria kita yang lima itu. Emosi tidak dapat dilihat dengan mata, didengar dengan telinga, dihidu dengan hidung, dikecap dengan lidah dan dirasa dengan deria sentuhan di seluruh badan kita. Justeru, di manakah letaknya emosi?

Cuba fokus pada perasaan anda sebentar. Apakah emosi anda sekarang? Adakah ia menyenangkan atau tidak menyenangkan anda? Adakah anda sedang merasa gembira, bahagia, tenang dan nyaman? Atau... Adakah anda sedang merasa murung, bosan, marah, cemas dan takut?

Ok... sekarang penerangan akan mula berbunyi pelik. Kalau anda mula merasa emosi anda terganggu ketika membaca penerangan ini, elok hentikan dulu pembacaan anda sehingga anda dapat mengawalnya semula.

Emosi tidak dapat kita tuding kedudukannya kerana ia terletak di suatu realiti alam yang lain. Sifat emosi pula boleh diibaratkan seperti portal atau “gateway”. Dengan kata lain, emosi sebenarnya ialah sebuah PINTU diri anda. Sesiapa yang dapat mengawal emosi anda, dia akan dapat mengawal fikiran dan lima deria tubuh anda. Sukar untuk dipercayai?

Setiap kali kita merasai emosi yang negatif seperti murung, was-was, kerisauan melampau, bosan, marah, cemas dan takut, (CETUSAN NEGATIF) ia bermakna ada sesuatu entiti atau makhluk yang sedang berusaha untuk “hacking” atau memecah masuk ke dalam fikiran kita. Kalau nak “hack” komputer, mudah sahaja dgn menggunakan program-program "hackers' yg tertentu.. Tapi kalau nak “hack” manusia macam mana?

Bagaimana? Semakin sukar untuk dipercayai?

Oleh itu, adalah amat penting bagi kita untuk mengawal/ mengelakkan dari pada CETUSAN NEGATIF dari menguasai emosi kita. Kerana jika kita membenarkan CETUSAN NEGATIF ini menguasai emosi kita, bermakna kita telah membenarkan entiti lain untuk menguasai fikiran dan 5 deria kita.



Sebagai contoh: sebahagian dari marah itu adalah cetusan negatif dari syaitan yg direjam, jika kita membiarkan cetusan negatif marah itu menguasai emosi kita, maka bermakna kita memberi laluan mudah kepada syaitan untuk menguasai fikiran dan 5 deria kita, maka lantaran itu, marah boleh membuatkan manusia membunuh, mencederakan dan lain-lain. Melainkan marah yg dibenarkan dalam Islam iaitu marah kerana Allah, marah yg berhikmah.

Bagaimana pula jika cetusan negatif berbentuk KERISAUAN MELAMPAU dan WAS-WAS kita benarkan untuk mempengaruhi emosi kita? Jawapannya ada pada anda yang menghidapi Anxiety Disorder dan juga OCD (Obsessive Compulsive Disorder).

Oleh itu, kita perlu untuk berusaha mengekalkan emosi kita kepada "feeling good" atau positif.
Justeru, persoalan seterusnya ialah... bolehkah kita mengawal emosi kita supaya sentiasa positif? Apa kita nak buat bila tiba-tiba emosi negatif menerpa dan memeluk kita? Biasanya apabila kita bangun tidur pun... kajian menunjukkan 80% emosi kita adalah negatif. Selain dari berusaha mendekatkan diri dengan Maha Pencipta, salah satu caranya ialah dengan mempelajari dan mengamalkan Hukum Daya Tarikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]