Jumaat, 5 Ogos 2016

Terimakasih, terimakasih, terimakasih

Adalah sangat mudah untuk menyebutkan perkara-perkara yang kita TIDAK miliki, tetapi, luangkanlah sedikit masa setiap hari untuk bersyukur sekurang-kurangnya pada 5 perkara yang kita perolehi pada hari itu. Mungkin ada beberapa perkara kecil yang kita perolehi pada hari ini tetapi kita tidak perasan atau terlepas pandang, umpamanya ucapan SMS selamat pagi dari seorang teman, itu juga satu perkara berupa doa yang sepatutnya kita hargai. Ketika memikirkan 5 perkara ini, hayatilah betul-betul dan rasainya kedalam perasaan anda.

1. Bayangkan seorang kanak-kanak kecil yang kamu kenali, yang kamu berikan hadiah atau makanan, tetapi kanak2 itu tidak menghargainya, membuangnya atau mengutuk pemberian kamu itu, adakah kebarangkalian untuk kamu membelikan lagi hadiah kepada kanak2 itu?

2. Bagaimana pula jika kanak-kanak itu menunjukkan perasan gembira dan suka pada pemberian kamu itu, mengucapkan terimakasih, menjaga dengan baik hadiah pemberian kamu, sering menunjukkan pada kamu hadiah itu setiap kali kamu berjumpa dengannya? Bagaimanakah pula kebarangkalian untuk kamu memberikan lagi hadiah kepada kanak2 itu? Tentu kita merasa terharu dan ingin membelikan lagi hadiah-hadiah dan pemberian lain kepada kanak-kanak itu kerana kita dapat merasakan pemberian kita dihargai.

Begitulah perbandingan antara Tuhan dan hamba-hambanya. Allah Yang Maha Suka Memberi mempunyai lebih banyak pemberian dan anugerah untuk hambaNya, melebihi doa permintaan hamba-hambaNya.

Firman Allah:

"Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"."

And remember! your Lord caused to be declared (publicly): "If ye are grateful, I will add more (favours) unto you But if ye show ingratitude, truly My punishment is terrible indeed."

(QS Ibrahim :7)

Oleh itu bersyukurlah, berterimakasihlah, dan pasti Allah akan menambahkan lagi apa yang kamu ada.

Jika dalam Hukum Tarikan, kita telah mempelajari bahawa mewujudkan keinginan itu amat penting, maka dalam Hukum Kecukupan/Kelimpahan, kita mempelajari pula bahawa Mensyukuri dan Menghargai Nikmat itu amat penting. Kedua-dua perkara ini saling berkait antara satu dengan yang lain.

tulisan ini dipetik dari LINK

Dhuha

Terjemahan Surah Ad-Dhuha

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Demi waktu dhuha (matahari naik kadar se-galah)

Dan malam apabila ia sunyi-sepi -

Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan Dia tidak benci kepadamu.

Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

Dan kelak Tuhanmu pasti akan memberikan kurniaNya kepadamu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda dan hatimu menjadi puas.

Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia melindungimu

Dan didapatiNya engkau kebingungan mencari-cari, lalu Dia memberikan petunjuk

Dan didapatiNya engkau miskin (kekurangan) , lalu Dia memberikan kekayaan (mencukupkan keperluan)

Oleh itu, terhadap anak-anak yatim, janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

Adapun terhadap orang-orang yang meminta-minta maka janganlah engkau tengking herdik;

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dengan bersyukur)

(QS Ad-Dhuha: 1-11)

Antara fadhilat Solat Sunat Dhuha

1. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Qudsi bermaksud :

" Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud , "Hai anak Adam, solatlah kepadaKu empat rakaat pada permulaan siang nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang."
(Hadis Qudsi Riwayat Tirmizi)


2. Daripada Buraidah katanya telah bersabda Rasullah SAW:

" Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.

Para sahabat bertanya, 'Siapakah yang terdaya melakukan ya Rasulullah ? ' Lalu beliau bersabda, ' Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak (membersihkan kotoran) di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalan, jika tidak dapat dilakukan,

maka cukup baginya dengan melakukan dua rakaat solat Dhuha ."


( Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan dengan lafaz lain oleh muslim )


Doa Solat Sunat Dhuha

Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu

Ya Allah,

Jika rezekiku berada di langit, Kau turunkanlah

Jika ia berada didalam bumi, Kau keluarkanlah

Jika ia berada didalam lautan, Kau timbulkanlah

Jika ia jauh, Kau dekatkanlah

Jika ianya sulit, Kau permudahkanlah

Jika ianya sedikit, Kau jadikanlah ia banyak

Jika ianya kotor, Kau sucikanlah..

Serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami Dengan Kemuliaan dan RahmatMu

Amin, Ya Rabbal Alamin.

p/s: Rezeki ini tidak hanya bermaksud duit atau wang, ianya juga meliputi Jodoh, Kesihatan, Pekerjaan dan lain-lain yang diperlukan oleh manusia.
Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]