Selasa, 12 Julai 2016

Serotonim, Lintasan Hati, Pop-Up Syaitan dan Hukum Daya Tarikan Akhirnya Terkait Segalanya


Syaitan dan Sel Darah Merah

Sabda Nabi SAW:

“Bahawa syaitan itu berjalan di dalam tubuh anak Adam melalui tempat jalan darahnya, maka sempitkanlah tempat jalannya dengan berlapar.”

(HR Bukhari & Muslim)


Sel tubuh manusia dikategorikan kepada dua:sel darah putih dan sel darah merah. Sel darah putih bertindak sebagai komponen pertahanan tubuh badan iaitu Sistem Daya Tahan Tubuh Melawan Penyakit. Virus AIDS bertindak memakan sel darah putih ini,sebab itu ia mampu melumpuhkan sistem ketahanan tubuh.

Kita tinggalkan tentang sel darah putih ini kerana kita mahu fokus kepada sel darah merah. Sel darah merah bertindak sebagai MEDIUM PENGHANTARAN DALAM SISTEM TUBUH. Sel darah merah membawa oksigen ke otak. Sel darah merah membawa makanan atau nutrien ke seluruh tubuh untuk tumbesaran. DAN SEL DARAH MERAH JUGA MEMBAWA DATA-DATA KE KROMOSOM.

Sel darah merah umpama sistem pengangkutan. Bas,jalanraya,teksi,LRT,keretapi,kapalterbang atau seumpamanya dan itulah fungsi sel darah merah. Struktur sel darah merah juga dapat menggambarkan tugasnya;seperti sebuah bekas yang melengkung di tengah,guna untuk menampung apa saja. Kita mengenal sel darah merah ini sebagai DARAH sahaja.

Darah mengalir ke seluruh tubuh. Ia mengalir melalui sejenis sistem saraf yang dikenali sebagai pembuluh darah. Darah adalah 'transporter' atau posmen atau kakitangan mel seperti FedEX. Selain nutrien,oksigen dan lain-lain,ia juga membawa data-data dari otak atau dari tubuh ke otak.

Kromosom memanfaatkan perkhidmatan darah ini untuk menyimpan data-data yang dibawanya ke dalam 'perpustakaan digital' yang terbina-dalam (built-in) di dalam DNA. Jadi dari sini kita tahu kemampuan darah membawa data yang dikirimkan oleh NEUROTRANSMITTER SEPERTI SEROTONIN, kemudian dibawa oleh darah kepada kromosom dan dihantar kepada DNA.

RAHSIA PERTAMA DARI SINI ADALAH :  APA YANG KITA FIKIRKAN MEMANG MEMPENGARUHI TUBUH BADAN KITA.

Dengan kata lain,data dalam otak kita akhirnya menjadi data dalam sel tubuh badan kita dan sel tubuh akan bertindak berdasarkan maklumat di dalamnya. Seperti mana sistem bas yang mempunyai terminal bas, keretapi yang mempunyai stesen keretapi atau kapal terbang yang mempunyai lapangan terbang,DARAH SEBAGAI KOMPONEN PEMGANGKUTAN PASTI ADA TERMINALNYA JUGA.Apakah itu?

Ia adalah qalbu.

Terdapat dua konotasi tentang qalbu,

pertamanya mengikut terjemahan harafiah,ia bermaksud jantung.Ini adalah benar kerana jantung berfungsi sebagai alat mengepam darah ke seluruh tubuh;mengedarkan darah.



Namun ulama Nusantara lebih cenderung menterjemahkannya sebagai hati dan hati dalam konteks ini bermaksud jiwa (Bahasa Melayu mempunyai dua definisi tentang makna hati,pertama sejenis organ dalam tubuh,dan kedua bermaksud jiwa atau perasaan). Ulama Nusantara bukan salah terjemah kerana mereka sudah pasti pakar dalam bahasa Arab,namun ulama Nusantara yang lebih kepada spiritual bukannya sains lebih cenderung menafsirkan qalbun berdasarkan tafsiran di dalam AlQuran.Qalbun ditafsirkan lebih kepada akal/jiwa di dalam AlQuran.Namun jika kita melihat fungsi hati,ia juga memainkan peranan penting dalam tubuh manusia.

Hati manusia memproses bahan kimia dan dihantar melalui darah.Sebab itu kadangkala hati digelar 'chemical factory'.Hati juga mengawal kandungan glukos dalam darah.Tanpa hati yang berfungsi dengan baik,darah akan menjadi pengangkutan yang 'jahat',membawa bahan kimia yang beracun,berasid atau salah ke sistem tubuh.

Namun dalam konteks ini,jantung lebih tepat memandangkan nabi berkata persoalan 'segumpal daging' (organ manusia) dan mengingatkan ketika peristiwa Isra' Mi'raj,Malaikat Jibril membelah dada nabi untuk mencuci jantung,kerana jantung terletak di dada.


"…Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan qalbun"
(HR Bukhari dan Muslim)


Lihat,Nabi Muhammad bukanlah doktor tetapi bagaimana baginda mengetahui fungsi jantung lebih 1400 tahun dahulu?Inilah wahyu yang dilhamkan kepada nabi Muhammad s.a.w. Bukan rekaan nabi sendiri.

Hari ini serangan jantung amat merbahaya,dan pengetahuan tentang jantung amat penting dalam disiplin perubatan sehingga ditubuhkan Institut Jantung.

Jantung berfungsi mengedarkan darah;sama seperti fungsi terminal bas,keretapi atau kapal terbang.

Dalam dunia realiti,,organ ini (qalbu) dicam sebagai jantung,namun di alam roh, ia adalah jiwa manusia;sesuatu yang lebih abstrak dan sukar untuk dijelaskan.

Berbalik kepada darah, Nabi SAW juga memberitahu kita satu maklumat yang penting,iaitu syaitan mampu bergerak bebas di dalam pembuluh darah:

“Bahawa syaitan itu berjalan dari anak Adam pada tempat jalan darahnya, maka sempitkanlah tempat jalannya dengan berlapar.”

(HR Bukhari & Muslim)


Dalam konotasi hantu di dalam budaya masyarakat dunia,hantu-hantu ini menyukai darah dan digambarkan hantu terutamanya vampire (pontianak) atau drakula amat gemar menghisap darah manusia.

 Apa kaitan syaitan atau hantu ini dengan darah?

 Sebenarnya syaitan menggunakan darah SEBAGAI MEDIUM PENGANGKUTAN KE DESTINASI OTAK MANUSIA. 

Dan darah juga memgandungi maklumat penting atau membawa data-data dari otak atau ke otak. Sebab itu syaitan mampu membaca fikiran manusia dan menimbulkan godaan-godaan dalam bentuk POP-UP. ATAU LINTASAN HATI. Syaitan juga mampu memintas data yang dibawa oleh darah, MEMANIPULASIKAN DATA ITU DAN MEMBUAT POUP-UP YG MENGHASILKAN WAS-WAS. Syaitan juga mampu menimbulkan syahwat.Seperti yang umum ketahui,alat sulit lelaki mencapai ereksi apabila darah dipam secara agresif ke alat sulit.Jika syaitan sudah menguasai sistem darah dan kawalannya di otak,sudah pasti manusia tadi akan sentiasa berfikir perkara-perkara lucah.

Sampai di sini, adakah anda faham kaitan tubuh manusia dengan alam dunia tempat dia berhidup?

Sel-sel tubuh manusia sebenarnya membawa maklumat. 
INI ADALAH RAHSIA KEDUA

Seterusnya sel-sel inilah membentuk struktur tubuh manusia. JADI MANUSIA SEBENARNYA MEMBAWA MAKLUMAT.Atau manusia sendiri adalah maklumat itu. Manusia seolah-olah sebuah buku atau kitab yang boleh dibaca. Strukturnya penuh dengan aliran data-data,terhasil dari katalog-katalog di dalam perpustakaan digital yang terbina di dalam DNA. Manusia adalah manifestasi alam ini. Inilah maksud dari kata-kata sufi.Tasawuf bertemu Sains di sini.

Rahsia pertama tadi,  (Berkaitan juga dengan Hukum Daya Tarikan) iaitu data di dalam otak kemudiannya menjadi data di dalam sel tubuh. Maksudnya APA YANG KITA FIKIRKAN MENJADI MAKLUMAT DALAM TUBUH KITA.  JIka kita fikir kita kuat,lambat laun kita akan benar-benar kuat. Fisiologi kita akan bekerja mengikut  apa yang kita fikirkan. JIka kita fikirkan boleh,kita akan boleh melakukannya (anda masih ingat lirik lagu ini?)

300 tahun yang lalu,Newton menegaskan bahawa semua benda mempunyai realiti tertentu dan tidak berubah. Tetapi hari ini Fizik Kuantum dan Prinsip Ketidakpastian Heisenberg telah mengemukakan pandangan berbeza,

"bahawa sifat sesuatu benda SEBENARNYA diubah oleh pemerhatinya"!

Kajian dalam Mekanik Kuantum mendapati corak orbit elektron pada atom-atom berubah-ubah mengikut aras tenaga tertentu.Dan aras-aras tenaga ini boleh dikawal melalui gelombang elektromagnet.Dan kajian dalam bidang Neurologi pula ,mendapati gelombang otak manusia dapat dipancar keluar melalui frekuensi tertentu dan mampu mempengaruhi gelombang elektromagnetik.


APAKAH MAKSUD SEMUA INI??!

"Anda Terbentuk dari Apa Yang Anda  Yang Anda Percaya dan Apa Yang Anda Fikirkan"

"Aku selalu mengikut apa jua sangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku,dan Aku selalu menyertai hambu-Ku ketika dia berzikir kepada-Ku"
(Hadis Qudsi,dipetik dari Kitab Al-Hikam)

Maksud hadis qudsi di atas amat mendalam.iaitu :

Allah s.w.t akan mengikut apa jua sangkaan kita terhadapnya.Jika kita fikir Tuhan itu pemurah dan penyayang,maka itulah yang kita dapati.Sebaliknya jika kita fikirkan Tuhan kitu kejam dan zalim,anda boleh agak apa yang akan terjadi.

Di sini Tasawuf bertemu Sains.Dan Sains menjadi alat untuk menjelaskan Tasawuf.


Artikel ini adalah adaptasi dari Rahsia Di Sebalik Matrix, Re-Matrix





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]