Rabu, 13 Julai 2016

Memahami Fungsi Neurotransmitter seperti SEROTONIN

Neurotransmitter SEROTONIN juga dikaitkan dengan OCD atau nama glamour di Malaysia pada waktu ini ialah  "The Was-was Disorder". Mengapa Serotonin?

Serotonin adalah hormon/senyawa kimia yang berfungsi sebagai penghantar data (neurotransmitter) dari satu bahagian otak kebahagian otak yang lain. Serotonin yang memiliki nama kimia 5-hidroksitriptamina ini turut berperanan aktif dalam pengiriman data berbentuk emosi, hasrat dan keinginan yang diwujudkan dalam transaksi kehidupan manusia.

Serotonin dibentuk di dalam otak melalui proses biokimia yang unik. Serotonin terbentuk dari tryptopthan yang berkombinasi dengan trytopthan hidroxylase sebagai reaktor kimia. Meski proses pembentukan serotonin terjadi di otak dan otak merupakan pengguna terbesar hormone ini, 90% proses pembinaan serotonin ditemukan didalam saluran pencernaan dan dalam sel darah. Berdasarkan research yang dilakukan oleh Crocket, hal tersebut terjadi berkaitan dengan produksi asid amino yang terjadi didalam hati. Asid amino merupakan senyawa kimia yang diperlukan tubuh untuk membentuk serotonin.

Peranan penting serotonin dalam kehidupan manusia

Sebagai neurotransmitter, lebih dari 40 juta aktiviti sel otak baik secara langsung atau tidak langsung dipengaruhi oleh serotonin. Serotonin dihantarkan secara luas, sehingga mempengaruhi keadaan psikologis dan mempengaruhi beberapa fungsi tubuh seseorang.

Fungsi serotonin di dalam otak adalah mempengaruhi mood/perasaan seseorang, mempengaruhi keinginan/hasrat seseorang, memunculkan rangsang lapar, mengantuk, mengatur suhu tubuh dan berperan penting dalam aktiviti memory dan proses pembelajaran.

Serotonin juga mempengaruhi fungsi system kardiovaskuler/jantung dan system endokrin. Peneliti juga menemukan korelasi antara serotonin dan jumlah produksi air susu ibu. Menurut penelitian tersebut dalam keadaan stress/penuh tekanan/depresi produksi air susu ibu cenderung sedikit atau bahkan kelenjar air susu ibu tidak berproduksi sama sekali. Fakta lain menyebutkan bahawa kekurangan serotonin juga menjadi penyebab kematian janin tiba-tiba.


Serotonin dan stress

Jika beberapa hari ini, perasaan anda sering tidak selesa/bad mood atau marah dananda mudah down, kemungkinan kadar serotonin dalam otak anda berkurang. Rasa marah dan rasa tidak selesa tersebut biasanya akan bertambah parah jika perut anda berada dalam kondisi kosong/lapar. Hal tersebut terjadi berkaitan dengan produksi asid amino didalam hati Kurangnya selera makan akan menurunkan produksi asid amino, maka produksi asid amino yang sedikit inilah yang mempengaruhi persediaan serotonin di dalam otak.

Rasa tidak selesa ini jika dibiarkan terus menerus akan menjadikan keadaan lebih buruk terhadap kesihatan mental. Seseorang akan menjadi lebih mudah depres, kondisi mental yang depresi meningkatkan angka keinginan untuk bunuh diri. Menurut Barry Jacob PHD, tekanan dan stress merupakan factor pemicu utama timbulnya depresi.


FAHAMI BAGAIMANA NEUROTRANSMITTER MENJALANKAN TUGAS SECARA ILMIAH DAN TERPERINCI:

Otak manusia terdiri daripada tiga komponen struktur utama:

Cerebrum yang berbentuk kubah-besar,terletak di atas,
Cerebellum yang terletak terpencil di bahagian bawah
Stem yang terletak ditengah-tengah.



Otak manusia adalah pusat kawalan bagi pergerakan,tidur,rasa lapar,dahaga dan aktiviti-aktiviti lain untuk berhidup. Otak sekian lama dikaitkan sebagai organ untuk menusia berfikir. Saintis mengatakan emosi juga dikawal oleh otak.Otak menerima dan menterjemah isyarat-isyarat yang tak terkira banyaknya yang diterima dari seluruh tubuh manusia juga dari persekitaran luar.

Otak juga terbahagi kepada 3 bahagian iaitu otak Neocartex, Otak Mamalian dan otak Reptilian.

Denyutan saraf dalam badan manusia bergerak dengan kelajuan 0.5m sesaat ke 100m sesaat(Heimler dan Lockard). Otak Neocartex terbahagi kepada 2 cerebrum iaitu otak kanan dan otak kiri.
Otak kanan adalah otak artistik manakala otak kiri adalah otak logik.

Selain daripada itu,dalam otak kita mempunyai neuron. Neuron mengandungi bahan sel yang saling bersambung diantara satu sama lain untuk melakukan denyutan saraf dan melakukan proses penghantaran maklumat di antara satu neuron dengan neuron yang lain.

Otak terbentuk dari dua jenis sel iaitu neuroglia dan neuron.

Neuroglia berfungsi untuk menunjang dan melindungi neuron, sedangkan neuron membawa maklumat dalam bentuk isyarat elektrik. Mereka berkomunikasi dengan neuron yang lain dan ke seluruh tubuh dengan mengirimkan berbagai macam bahan kimia yang disebut neurotransmitter

Neurotransmitter ini dikirimkan pada celah yang dikenal sebagi sinaps. Sinaps berfungsi sebagai penghubung antara neuron-neuron yang ada dalam otak manusia. Jumlah sinaps itulah yang menentukan tahap kecerdasan otak kita. Jumlah sinaps dalam otak kita biasanya berjumlah 10 trilion,tapi tak semuanya berfungsi dengan dengan baik dan tahukah anda 25000 neuron hanyalah sebesar hujung sebatang jarum. Invertebrata seperti serangga mungkin mempunyai jutaan neuron pada otaknya,vertebrata besar mampu mempunyai hingga seratus bilion neuron.

Jadi kesimpulannya,struktur otak kita dicipta untuk mewujudkan neuron. Dan neuron ini penting kerana ia terdiri dari sinaps iaitu bertindak seolah-olah kabel penghubung antara neuron-neuron.ANDA NAMPAK RAHSIA INI?

Kabel,transmitter dan isyarat elektrik adalah kunci kepada rahsia ini.

Mari kita gabungkan pengetahuan dalam bidang Kimia dan Biologi.Selepas kita cantumkan semua petunjuk ini,kita akan mencapai pintu kesimpulan.

Otak kita sebenarnya bertindak sebagai trasmitter-receiver,ia seperti peralatan radio atau satelit.
Sel otak berbeza dengan sel-sel lain di tubuh manusia. Ia terdiri daripada neuron.Neuron-neuron ini bertindak seperti operator yang menyambungkan talian ke talian yang dikehendaki.

Untuk memahami dgn mudah, bandingkan otak dengan sistem teknologi maklumat, maka neuron bolehlah kita umpamakan seumpama router (penghala) yang membahagi-bahagikan maklumat yang dihantar kepadanya .Dalam komputer, neuron umpama CPU yang memproses maklumat dan menghantarnya ke destinasi.Sinaps pula umpama pipeline di dalam struktur memori cip. Neuron yang banyak tetapi kekurangan sinaps adalah kurang cekap berbanding otak yang mempunyai jumlah sinaps yang lebih banyak.

Dari mana otak menyerap maklumat? Dari perkakas input seperti mata, hidung, telinga, lidah dan kulit. Maklumat ini ditukarkan ke dalam bit-bit isyarat elektrik dan diserap oleh neuron. Neuron juga ibarat server yang memproses maklumat dan menukarkannya kepada bahan kimia yang dipanggil neurotransmitter. Bahan kimia inilah yang dihantar melalui sinaps ke destinasi yang ditetapkan. ANDA FAHAM SETAKAT INI?

Sel-sel tubuh manusia pula terdiri daripada kromosom yang membawa DNA.

DNA adalah jujukan maklumat yang berstruktur. Kemajuan dalam Sains Biologi telah mampu memecahkan kod-kod DNA ini kepada maklumat yang boleh dibaca manusia. Namun hanya sebilangan kecil sahaja maklumat ini yang boleh dibaca. Padahal terdapat mungkin beratus atau beribu kombinasi kod yang masih cuba dipecahkan (decode) oleh saintis. Inilah permulaan kepada Genome Project dan pengklonan. Warna kulit dan jantina dapat disahkan maklumatnya di dalam DNA. Begitu juga corak cap jari. Terdapat maklumat genetik yang penting di dalamnya dan pada hari ini saintis mendakwa mampu mengecam seseorang walaupun tubuhnya terbakar atau terpotong-potong kecuali jari-jemarinya,kerana pada hujung jari khasnya corak cap jari itu sebenarnya mengandungi semua maklumat biologi manusia tadi.

"Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna."

(QS Al-Qiyaamah : 4)

NAMPAKNYA MANUSIA MEMBAWA MAKLUMAT DIRINYA YANG TELAH TERTULIS PADA TUBUHNYA KE SANA KE MARI.

JIka kita gabungkan semua 'clue' ini,kita akan perasan bahawa maklumat yang dibawa oleh neurotransmitter melalui sinaps akan dihantar ke SEL-SEL SELURUH TUBUH MANUSIA. Bahan kimia neurotransmitter akan bertukar menjadi DNA,juga sejenis bahan kimia. Inilah cara manusia bertindak dengan maklumat yang diterimanya.

Contoh paling mudah ialah,tangan kita yang tersentuh cerek panas. Secara automatik,tangan kita akan terangkat dari permukaan panas itu. Konsep luaran amat mudah, benda panas membuatkan kita sakit dan sebab itu tangan kita terangkat.

Jika ditafsir lebih ilmiah,sistem saraf kita bertindak balas dengan rasa panas. Namun sebenarnya proses tadi mengambil tindakan penghantaran maklumat yang teramat kompleks,bermula daripada komunikasi antara neuron, pemilihan dan pemprosesan maklumat yang banyak;penukaran isyarat elektrik dari input kulit tangan tadi kepada bahan kimia nerotransmitter yang membawa maklumat 'panas' tadi.Kemudian proses penghantaran melalui sinaps,kurang sinaps maka jaringan penghantaran pun lambat maka makin melecurlah tangan tadi.

Data dalam bentuk neurotransmitter ditukar pula kepada DNA (deoxyribonucleic acid) sejenis asid yang mengandungi maklumat kemudian akan dihantar pula ke sistem saraf yang memerlukannya. Dalam kes ini,saraf pada tangan akan bertindakbalas.

Dari ini kita tahu,sel otak mempunyai neuron. Sel tubuh mengandungi kromosom. Neuron membawa bahan kimia dipanggil neurotransmitter,manakala kromosom membawa bahan kimia yang dipanggil DNA. Bahan-bahan kimia ini mengandungi data-data.Neuron menukarkan isyarat elektrik kepada data dalam komposisi kimia. Dan kromosom menukarkan data dalam komposisi kimia ke isyarat elektrik semula.

Ini ibarat apabila kita menaip pada papan kekunci,isyarat elektrik akan ditukar kepada kod binari yang akan dihantar ke CPU.Setelah diproses,kod binari tadi akan ditukar ke isyarat elektrik dan dipaparkan pada skrin komputer.Begitu juga apa yang kita taip pada browser,akan ditukar kepada kod HTML,kemudian ditukar kepada format yang dapat dibaca. Begitu juga apabila kita menghantar email,maklumat yang kita hantar akan ditukar kepada paket-paket data dalam bahasa mesin/elektronik kemudian digabungkan semula dan ditukar kepada bahasa manusia.

Begitulah fungsi NEUROTRANSMITTER yang amat memainkan peranan dalam setiap transaksi kehidupan manusia. Kekurangan re-produksi Neurotransmitter Serotonin ini akan membawa kesan yg buruk seperti kemurungan, insomnia, was-was, anxiety dan sebagainya.




(artikel ini adalah adaptasi dari Rahsia di Sebalik Matrix, Re-Matrix)

Selasa, 12 Julai 2016

Serotonim, Lintasan Hati, Pop-Up Syaitan dan Hukum Daya Tarikan Akhirnya Terkait Segalanya


Syaitan dan Sel Darah Merah

Sabda Nabi SAW:

“Bahawa syaitan itu berjalan di dalam tubuh anak Adam melalui tempat jalan darahnya, maka sempitkanlah tempat jalannya dengan berlapar.”

(HR Bukhari & Muslim)


Sel tubuh manusia dikategorikan kepada dua:sel darah putih dan sel darah merah. Sel darah putih bertindak sebagai komponen pertahanan tubuh badan iaitu Sistem Daya Tahan Tubuh Melawan Penyakit. Virus AIDS bertindak memakan sel darah putih ini,sebab itu ia mampu melumpuhkan sistem ketahanan tubuh.

Kita tinggalkan tentang sel darah putih ini kerana kita mahu fokus kepada sel darah merah. Sel darah merah bertindak sebagai MEDIUM PENGHANTARAN DALAM SISTEM TUBUH. Sel darah merah membawa oksigen ke otak. Sel darah merah membawa makanan atau nutrien ke seluruh tubuh untuk tumbesaran. DAN SEL DARAH MERAH JUGA MEMBAWA DATA-DATA KE KROMOSOM.

Sel darah merah umpama sistem pengangkutan. Bas,jalanraya,teksi,LRT,keretapi,kapalterbang atau seumpamanya dan itulah fungsi sel darah merah. Struktur sel darah merah juga dapat menggambarkan tugasnya;seperti sebuah bekas yang melengkung di tengah,guna untuk menampung apa saja. Kita mengenal sel darah merah ini sebagai DARAH sahaja.

Darah mengalir ke seluruh tubuh. Ia mengalir melalui sejenis sistem saraf yang dikenali sebagai pembuluh darah. Darah adalah 'transporter' atau posmen atau kakitangan mel seperti FedEX. Selain nutrien,oksigen dan lain-lain,ia juga membawa data-data dari otak atau dari tubuh ke otak.

Kromosom memanfaatkan perkhidmatan darah ini untuk menyimpan data-data yang dibawanya ke dalam 'perpustakaan digital' yang terbina-dalam (built-in) di dalam DNA. Jadi dari sini kita tahu kemampuan darah membawa data yang dikirimkan oleh NEUROTRANSMITTER SEPERTI SEROTONIN, kemudian dibawa oleh darah kepada kromosom dan dihantar kepada DNA.

RAHSIA PERTAMA DARI SINI ADALAH :  APA YANG KITA FIKIRKAN MEMANG MEMPENGARUHI TUBUH BADAN KITA.

Dengan kata lain,data dalam otak kita akhirnya menjadi data dalam sel tubuh badan kita dan sel tubuh akan bertindak berdasarkan maklumat di dalamnya. Seperti mana sistem bas yang mempunyai terminal bas, keretapi yang mempunyai stesen keretapi atau kapal terbang yang mempunyai lapangan terbang,DARAH SEBAGAI KOMPONEN PEMGANGKUTAN PASTI ADA TERMINALNYA JUGA.Apakah itu?

Ia adalah qalbu.

Terdapat dua konotasi tentang qalbu,

pertamanya mengikut terjemahan harafiah,ia bermaksud jantung.Ini adalah benar kerana jantung berfungsi sebagai alat mengepam darah ke seluruh tubuh;mengedarkan darah.



Namun ulama Nusantara lebih cenderung menterjemahkannya sebagai hati dan hati dalam konteks ini bermaksud jiwa (Bahasa Melayu mempunyai dua definisi tentang makna hati,pertama sejenis organ dalam tubuh,dan kedua bermaksud jiwa atau perasaan). Ulama Nusantara bukan salah terjemah kerana mereka sudah pasti pakar dalam bahasa Arab,namun ulama Nusantara yang lebih kepada spiritual bukannya sains lebih cenderung menafsirkan qalbun berdasarkan tafsiran di dalam AlQuran.Qalbun ditafsirkan lebih kepada akal/jiwa di dalam AlQuran.Namun jika kita melihat fungsi hati,ia juga memainkan peranan penting dalam tubuh manusia.

Hati manusia memproses bahan kimia dan dihantar melalui darah.Sebab itu kadangkala hati digelar 'chemical factory'.Hati juga mengawal kandungan glukos dalam darah.Tanpa hati yang berfungsi dengan baik,darah akan menjadi pengangkutan yang 'jahat',membawa bahan kimia yang beracun,berasid atau salah ke sistem tubuh.

Namun dalam konteks ini,jantung lebih tepat memandangkan nabi berkata persoalan 'segumpal daging' (organ manusia) dan mengingatkan ketika peristiwa Isra' Mi'raj,Malaikat Jibril membelah dada nabi untuk mencuci jantung,kerana jantung terletak di dada.


"…Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan qalbun"
(HR Bukhari dan Muslim)


Lihat,Nabi Muhammad bukanlah doktor tetapi bagaimana baginda mengetahui fungsi jantung lebih 1400 tahun dahulu?Inilah wahyu yang dilhamkan kepada nabi Muhammad s.a.w. Bukan rekaan nabi sendiri.

Hari ini serangan jantung amat merbahaya,dan pengetahuan tentang jantung amat penting dalam disiplin perubatan sehingga ditubuhkan Institut Jantung.

Jantung berfungsi mengedarkan darah;sama seperti fungsi terminal bas,keretapi atau kapal terbang.

Dalam dunia realiti,,organ ini (qalbu) dicam sebagai jantung,namun di alam roh, ia adalah jiwa manusia;sesuatu yang lebih abstrak dan sukar untuk dijelaskan.

Berbalik kepada darah, Nabi SAW juga memberitahu kita satu maklumat yang penting,iaitu syaitan mampu bergerak bebas di dalam pembuluh darah:

“Bahawa syaitan itu berjalan dari anak Adam pada tempat jalan darahnya, maka sempitkanlah tempat jalannya dengan berlapar.”

(HR Bukhari & Muslim)


Dalam konotasi hantu di dalam budaya masyarakat dunia,hantu-hantu ini menyukai darah dan digambarkan hantu terutamanya vampire (pontianak) atau drakula amat gemar menghisap darah manusia.

 Apa kaitan syaitan atau hantu ini dengan darah?

 Sebenarnya syaitan menggunakan darah SEBAGAI MEDIUM PENGANGKUTAN KE DESTINASI OTAK MANUSIA. 

Dan darah juga memgandungi maklumat penting atau membawa data-data dari otak atau ke otak. Sebab itu syaitan mampu membaca fikiran manusia dan menimbulkan godaan-godaan dalam bentuk POP-UP. ATAU LINTASAN HATI. Syaitan juga mampu memintas data yang dibawa oleh darah, MEMANIPULASIKAN DATA ITU DAN MEMBUAT POUP-UP YG MENGHASILKAN WAS-WAS. Syaitan juga mampu menimbulkan syahwat.Seperti yang umum ketahui,alat sulit lelaki mencapai ereksi apabila darah dipam secara agresif ke alat sulit.Jika syaitan sudah menguasai sistem darah dan kawalannya di otak,sudah pasti manusia tadi akan sentiasa berfikir perkara-perkara lucah.

Sampai di sini, adakah anda faham kaitan tubuh manusia dengan alam dunia tempat dia berhidup?

Sel-sel tubuh manusia sebenarnya membawa maklumat. 
INI ADALAH RAHSIA KEDUA

Seterusnya sel-sel inilah membentuk struktur tubuh manusia. JADI MANUSIA SEBENARNYA MEMBAWA MAKLUMAT.Atau manusia sendiri adalah maklumat itu. Manusia seolah-olah sebuah buku atau kitab yang boleh dibaca. Strukturnya penuh dengan aliran data-data,terhasil dari katalog-katalog di dalam perpustakaan digital yang terbina di dalam DNA. Manusia adalah manifestasi alam ini. Inilah maksud dari kata-kata sufi.Tasawuf bertemu Sains di sini.

Rahsia pertama tadi,  (Berkaitan juga dengan Hukum Daya Tarikan) iaitu data di dalam otak kemudiannya menjadi data di dalam sel tubuh. Maksudnya APA YANG KITA FIKIRKAN MENJADI MAKLUMAT DALAM TUBUH KITA.  JIka kita fikir kita kuat,lambat laun kita akan benar-benar kuat. Fisiologi kita akan bekerja mengikut  apa yang kita fikirkan. JIka kita fikirkan boleh,kita akan boleh melakukannya (anda masih ingat lirik lagu ini?)

300 tahun yang lalu,Newton menegaskan bahawa semua benda mempunyai realiti tertentu dan tidak berubah. Tetapi hari ini Fizik Kuantum dan Prinsip Ketidakpastian Heisenberg telah mengemukakan pandangan berbeza,

"bahawa sifat sesuatu benda SEBENARNYA diubah oleh pemerhatinya"!

Kajian dalam Mekanik Kuantum mendapati corak orbit elektron pada atom-atom berubah-ubah mengikut aras tenaga tertentu.Dan aras-aras tenaga ini boleh dikawal melalui gelombang elektromagnet.Dan kajian dalam bidang Neurologi pula ,mendapati gelombang otak manusia dapat dipancar keluar melalui frekuensi tertentu dan mampu mempengaruhi gelombang elektromagnetik.


APAKAH MAKSUD SEMUA INI??!

"Anda Terbentuk dari Apa Yang Anda  Yang Anda Percaya dan Apa Yang Anda Fikirkan"

"Aku selalu mengikut apa jua sangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku,dan Aku selalu menyertai hambu-Ku ketika dia berzikir kepada-Ku"
(Hadis Qudsi,dipetik dari Kitab Al-Hikam)

Maksud hadis qudsi di atas amat mendalam.iaitu :

Allah s.w.t akan mengikut apa jua sangkaan kita terhadapnya.Jika kita fikir Tuhan itu pemurah dan penyayang,maka itulah yang kita dapati.Sebaliknya jika kita fikirkan Tuhan kitu kejam dan zalim,anda boleh agak apa yang akan terjadi.

Di sini Tasawuf bertemu Sains.Dan Sains menjadi alat untuk menjelaskan Tasawuf.


Artikel ini adalah adaptasi dari Rahsia Di Sebalik Matrix, Re-Matrix





Selasa, 5 Julai 2016

SALAM AIDILFITRI

Dikesempatan ini saya mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada anda semua atas segala kesalahan dan kekhilafan saya, serta saya doakan semuga kita semua diberi perlindungan, kesembuhan dan barakah dalam kehidupan. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri dari Blogger





Juga ucapan Salam Aidilfitri dari Penulis Jemputan Blog ini iaitu Virgin Rose VR, Aktivis Mental Health (Anxiety Disorder)



Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]