Rabu, 15 Jun 2016

PATTERN OCD DARI IBU BAPA

JIKA SAYANGKAN ANAK2 ANDA DAN MASA DEPAN MEREKA, JANGAN MARAH MEREKA DALAM BENTUK BEGINI KERANA BOLEH MEMBUATKAN MEREKA MENGALAMI SAKIT JIWA

Ali baru berusia 7 tahun, sedang "diugut "(dimarahi) oleh ibunya supaya lekas bersiap untuk ke sebuah majlis perkahwinan.

Ibu : "cepat siap pakai baju tu!" (Sambil mengambil rotan). "Mak kira sampai 10 kalau tak siap memang singgah rotan ni kat badan kamu. Cepaat!!!! Satu!... Dua! ... Tiga! ..,

Ali: sangat takut dan kecut perut mendengar ugutan ibunya dan bertungkus lumus memakai pakaian dgn cepat SEBELUM ibunya sampai kepada kiraan 10 supaya tidak dirotan.

~ Marah cara begini sangat tidak relevan dan bukan watak peribadi seorang muslim, ibunya hanya pentingkan dirinya, mahukan Ali sentiasa menyelesakan dirinya, tanpa memikirkan kesan psikology dan masa depan Ali.

Kesannya ialah, jika cara marah spt ini sangat kerap digunakan, maka minda bawah sedar Ali mula membina satu pattern dlm dirinya iaitu: perlu perfect dan sempurna dgn cepat DALAM SATU TEMPOH MUTLAK YANG DITENTUKAN supaya tidak MENGALAMI SESUATU AKIBAT YG BURUK. Ini akhirnya akan membentuk gamgguan dan PATTERN OCD serta was2.

Hari ini, terdapat ramai penderita OCD yg mengadukan masalah mereka mengadukan bahawa mereka sering terganggu dgn gangguan yg seakan mengajak mereka "bertaruh/ betting", seperti cth:

"Kalau masa kau minum air ni, telefon berbunyi, kau akan jadi kafir"
"Kalau masa solat ni ada orang panggil nama aku, batal solat aku"
"Kalau aku tak sempat petik jari sebelum lagu ni habis, aku bukan islam"
Ketahuilah, semua popup seperti ini muncul daripada pattern sedia ada dlm diri pesakit yg secara tak langsung telah diajarkan oleh ibubapa penderita ketika kecil dgn cara marah berugutan tadi.

Hidup ini biarlah lebih banyak kepada sikap positive, menyayangi, belas kasihan, memaafkan, empatis dan harmoni, berbanding, marah, benci, dendam, sangka buruk, stress dan pula melabel orang2 positif dgn kata-kata "SKEMA" dan Naif, Akhirnya dipenghujung hidup, anda akan tetap menyesali sikap negatif anda itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]