Sabtu, 18 Jun 2016

Fikiran Kebelakang


"Kalaulah masa tu ..."
"Sepatutnya masa tu aku tak perlu...."
"Kan ke elok kalau masa tu...."
(Perkataan KALAU utk hal yg telah berlaku jika dlm hadis Nabi Saw dijelaskan sebagai pintu masuk syaitan)


Semua ini adalah sejenis idea obessive yg berpunca dari rasa menyesal, rasa bersalah, rasa terganggu akibat terbitnya WAS-WAS, dan idea memikir ke belakang ini SEDIKIT PUN TIDAK MEMBANTU umtuk menghilangkan rasa was-was. Kerana cara berfikir begini adalah bertujuan:
Untuk membetulkan perkara lalu/perbuatan lalu dimasa lalu. (Seolah kembali ke masa lalu untuk membetulkanmya semula). DAN INI MEMBABITKAN PERKARA-PERKARA KECIL DAN REMEH TEMEH, BUKAN SAHAJA PERKARA PENTING DAN BESAR

Kerana adanya sikap PERFECTIONIST iaitu inginkan segalanya sempurna dalam laluan kehidupan. maka jika apa yg berlaku tidak memuaskan hati, maka penderita tidak akan dapat menerima kenyataan dan tetap inginkan segalanya berlaku TEPAT seperti keinginannya. Maka penderita akan "kembali ke masa lalu dan memperbetulkan keadaan yg tak diingininya dengan membayangkan keadaan yg sepatutnya diinginkannya berlaku, dgn menggunakan fikirannya, untuk memuaskan hatinya, dgn harapan hatinya akan merasakan kelegaan".

Penderita OCD akan dilihat mengelamun atau bermenung dgn lama ketika sedang melakukan hal ini. ada yg kelihatan seperti sedang menonton TV, atau membaca, tetapi sebenarnya fikirannya sedang melakukan hal lain iaitu sedang melayan idea obsessive ini. Sedangkan hakikatnya, perkara yg telah berlaku TIDAK SESEKALI akan dapat diubah. Kita hanya boleh memperbetulkan kesilapan lalu pada HARI INI.

Penderita tidak pula berusaha utk mencari cara menyelesaikan masalah itu pada hari ini, tetapi hanya mencari punca2 masalah, dan cuba mengubah atau membetulkan puncanya dgn angan2 dalam pemikiran sahaja. Perbuatan sebegini hanyalah perbuatan yg sia-sia, membuang masa, dan menambahkan lagi stress.

Mengundang rasa marah apabila dia kembali menyedari bahawa apa yg diperbetulkan dalam fikiran tadi bukanlah kenyataan tetapi hanya harapan yg tak tercapai dan penderita akan tersesat dan tersangkut dalam KEKELIRUAN dan KEBINGUNGAN tanpa dapat membuat sebarang keputusan atau langkah yg boleh membantu menyelamatkan hidupnya.


1 ulasan:

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]