Jumaat, 3 Jun 2016

DILEMA PENDERITA OCD (bukan semua)



Semuanya berkisar tentang minda bawah sedar yg tercedera ketika proses membesar. Penderita kemungkinan memgalami "penderaan emosi" seperti DINAFIKAN hak untuk bersuara. 

Sering diremehkan idea2nya, jarang diberi peluang utk menyuarakan pendapat, acapkali dipaksa melakukan sesuatu tanpa ditanya pendapat dirinya terlebih dahulu, dan selalu dihukum walaupun kesalahan yg "tidak disengajakan". 

Akibatnya, penderita hilang keyakinan pada dirinya sendiri, hilang kekuatan utk mempercayai atau meyakini idea dan pendapat dirinya sendiri, dan akan mengakibatkan "KESUKARAN" utk membuat keputusan utk dirinya sendiri termasuklah keputusan samada "bersih atau tidak", "sah atau tidak", "batal atau tidak".

Akibat yg kronik ialah apabila penderita sukar utk mengenepikan pendapat org lain yg telah didengari olehnya, walaupun pendapat org lain itu ternyata salah dan tidak benar. 

Penderita bagaikan telah diasuh bahawa pendapat dari dirinya adalah selalu salah dan tidak benar.

Penderita juga seakan diasuh supaya "buat sesuatu itu mesti sempurna supaya mengelakkan dari dihukum dan dimalukan didepan ahli keluarga". Sedangkan didikan supaya "sempurna" ini adalah sama sekali tidak logik dan tidak wujud dalam kehidupan realiti manusia. 

Maka akibatnya maka tercetuslah was-was dan OCD dan penderita menjadi takut utk melanggar perintah dan akan meleret2 kpd hal2 remeh temeh seperti tidak berani memijak sempadan jubin (tiles) dan lain2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]