Jumaat, 24 Jun 2016

BEZA ANTARA OCD dan OCPD - Jangan Salah Anggap!

OCD je kalau, : kemas, bersih, rapi teratur, perfect. Ini adalah tanggapan yang SALAH!


"OCPD is often confused with obsessive–compulsive disorder (OCD). Despite the similar names, they are two distinct disorders—OCD is an anxiety disorder and OCPD is a personality disorder. Some OCPD individuals do have OCD, and the two are sometimes found in the same family, sometimes along with eating disorders."


OCD dan OCPD (Obsessive Compulsive Personal Disorder) adalah 2 hal yg berbeza. OCD adalah Anxiety Disorder, manakala OCPD adalah Personal Disorder (lebih kepada keperibadian yg perfectionist). Memang sukar untuk memberikan perbezaan yg tepat antara kedua-dua disorder ini. Ada yg menyangkakan mereka mengalami OCD sedangkan mereka bukan penderita OCD, tetapi mereka adalah penderita OCPD.


Secara ringkasnya bolehlah dihuraikan seperti berikut:


OCD lebih kepada ritual-ritual berulang-ulang seperti membasuh tangan, mandi, memeriksa sesuatu berkali2, dan membetulkan susunan yg sama berulangkali jika tersenget sedikit, dengan kadar teruk dan penderita merasa sangan tersiksa dgn ritual ini, mereka tahu ritual ini tak sepatutnya dipatuhi oleh mereka, tetapi mereka TIDAK MAMPU untuk menanganinya.


OCPD pula tidak terlalu obses dgn ritual2 berulang-ulang ini, mereka lebih cenderung kepada "perfectionisme", dalam mengatur kehidupan, mereka sangat rigid dan ketat dengan peraturan yg tertentu, dan sentiasa merasakan segala sesuatu perlu dilakukan dengan berjadual, teratur dan sempurna. Dalam fikiran mereka sentiasa DIHANTUI tentang jadual2 dalam kehidupan semenjak bangun tidur hinggalah masuk tidur. Malah ada yg mampu membuat budget untuk setahun! OCPD tidak merasa terseksa dgn segala ini malah merasa perlunya berkelakuan seperti ini supaya hidup mereka teratur, sempurna dan selamat. Apa yg menjadi masalah ialah tidak semua yg dirancangkan akan berlaku tepat seperti yg dirancangkan, maka OCPD akan mudah marah. (kelihatan sensitif) , dan selalu mengambil masa untuk memikirkan semula segala apa yg telah mereka lalukan tadi samada betul atau tidak, dan sentiasa ,mencari hujah atau idea terhadap "mengapa perkara yg didapati tidak sempurna tadi berlaku' supaya mereka dapat kembali merasa aman.


Secara umumnya, yg diketahui umum sebagai keperibadian OCD yg sentiasa kemas, teratur, pembersih, rapi, bilik dan rumah teratur bersih itu sebenarnya adalah OCPD, BUKAN OCD.


Penderita pula OCD tidak teratur, tidak rapi atau tidak kemas keadaan diri dan persekitaran mereka. Selalu juga disalahmengertikan sebagai PEMALAS. Penampilan mereka sering nampak berserabut dan cemas. Malah persekitaran mereka lebih berselerak, kotor dan bersepah kerana mereka merasa geli atau takut kotor jika mereka mengemas, membasuh dan menyusun persekitaran mereka, Mereka lebih tertumpu kepada ritual2 berulang2, BUKAN KERANA MEREKA PEMBERSIH, tetapi "TIDAK MAMPU MERASA BERSIH DGN SEKALI BASUH". Mereka tidak pedulikan persekiratan rumah atau bilik mereka, mereka hanya pedulikan "keinginan ritual' mereka sahaja. Mereka lebih obses kepada BUKAN BERSIH tetapi adakah BERNAJIS, BERKUMAN, BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT, ADAKAH TIDAK SAH, dan semua ini lebih tertumpu kepada tubuh badan mereka sahaja, BUKAN BARANG MATERIAL. Mereka memang ada keinginan untuk mengemas dan membersihkan persekitaran mereka yg berselerak dan bersepah, tetapi merasa SANGAT BERAT dan SERING BERTANGGUH kerana mereka tahu mereka akan mengambil masa yg sangat lama dan tersiksa jika mereka mula mengemas atau membersihkan barang material. Kerana itu mereka lebih rela membuang kasut yg dikhuatiri terkena najis, daripada mencuci atau menyamak.


Oleh itu, jangan di SALAH ANGGAP jika mendengar sahaja perkataan OCD, bermakna orang itu sangat bersih, sangat kemas, sangat rapi atau sangat teliti, kerana peribadi yg sebegitu adalah OCPD.


Memang susahla nak tulis nota yg tepat untuk perbezaan OCD dan OCPD ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]