Ahad, 1 Mei 2016

Ulangkaji Sessi Rawatan 7

Revision 7

 

 

Langkah 2 ialah Meminta (Asked) / Berdoa


Meminta kepada siapa?

Meminta kepada Allah Yang Maha Menyembuhkan (Berdoa)

KEKUATAN DOA:

Maksud Firman Allah:

Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina
(QS Al Ghafir:60)

Allah memudahkan bagi kamu dengan putaran malam dan siang. Dia memberikan kamu setiap perkara yang kamu mohon. Kiranya kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah tidaklah terkira, tetapi manusia itu zalim dan ingkar tidak berterima kasih.
(QS Ibrahim, Ayat 31-34)

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.”
(QS Al-Baqarah: 186).
 
“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.”
(QS Al-Mukmin: 60). 

Maka dari keterangan ayat-ayat diatas, perkara yg PALING PENTING untuk kita fahami disini ialah:

ALLAH MEMAKBULKAN SETIAP DOA HAMBANYA.


Rukun Iman ada 6 perkara, rukun iman yg ke -3 ialah : BERIMAN DENGAN KITAB ALLAH

Maka mulai sekarang, kita perlu percaya bahawa setiap doa yg kita mohon adalah MAKBUL.

Sekiranya kita berpendapat bahawa Allah tidak memakbulkan doa kita, bagaimanakah dgn rukun keimanan kita yg ke-3 iaitu Percaya Kepada Kitab Allah (dalam konteks umat Muhammad SAW, kitab kita adalah Al-Quran) maka dari penjelasan ayat2 diatas adalah merupakan firman2 Allah didalam Al-Qur'an. Maka dengan itu, meletakkan kepercayaan bahawa setiap doa itu pasti makbul adalah PENTING,

Sebaiknya adalah disarankan melakukan Solat Sunat Hajat.

Di akhir solat sunat hajat mohonlah dari Allah agar diberikan kepada kita apa yang telah ditulis didalam senarai yang telah dibuat seperti:

Ya Allah, Berkanlah kepadaku:

1. Aku sihat zahir dan batin
2. Sihat seperti orang lain yang normal
3. Memiliki kewarasan dan rasional sepertimana manusia normal
4. Aku berkeadaan normal tak kira samada dalam ibadah fekah, berurusan dgn orang-orang lain dan melakukan pekerjaan ku dengan tenang dan aman.
5. Perhubungan ku dgn orang-orang yang mengenaliku berlangsung dalam keadaan yang harmoni dan baik
6.
7.
8.
9.
10.

Ulangi doa atau solat hajat ini mengikut sekuat mana anda mampu dan inginkan.

Kertas tulisan senarai kenginan anda ini PERLU anda simpan, dan baca dengan kerap untuk menjadikan salah satu tools motivasi anda. Sila tandakan setiap keinginan yg telah dimakbulkan. Percaya atau tidak, inshaa Allah, disuatu waktu nanti, anda akan terkejut kerana setiap keinginan anda ini telah pun menjadi kenyataan!



Langkah 2.1 

 

AFIRMASI

 

Setelah anda membuat permohonan samada melalui DOA atau Solat Sunat Hajat, langkah seterusnya ialah mencipta AFFIRMASI anda yang berkaitan dengan apa yang telah anda minta.

Apakah Afirmasi (Affirmation)

AFFIRMASI (AFFIRMATIONS) Adalah satu proses yang dilakukan selepas berdoa terhadap sesuatu permintaan. Ianya merupakan TULANG BELAKANG dalam pengamalan LOA.
TANPA melakukan Affirmasi, proses pengamalan Hukum Tarikan anda tidak lengkap.

Ianya suatu pernyataan atau penegasan yang berkaitan dengan doa yang dibuat.

HANYA MENGGUNAKAN PERNYATAAN POSITIF DAN PRESENT TENSE


Contoh:

1. Doa minta lulus peperiksaan
Affirmasi: InsyaAllah, aku pasti lulus cemerlang.

2. Doa minta supaya berjaya menjadi pelajar IPTA
Affirmasi: InsyaAllah, Akulah pelajar UIA (contoh) pada tahun 2012

3. Doa minta rezeki
Affirmasi: InsyaAllah, Aku sentiasa memiliki kuasa beli yang tinggi

4. Doa minta sembuh dari penyakit
Affirmasi: InsyaAllah, Aku semakin sembuh, ATAU Aku semakin pulih, ATAU Aku sentiasa sihat

5. Doa minta dipermudahkan dalam urusan tertentu
Affirmasi: InsyaAllah, segala yang aku perlukan dalam hidup, sentiasa sahaja datang padaku pada waktu yang tepat dan sesuai.

Jangan lupa gunakan lafaz 'InsyaAllah' didalam affirmasi anda.

Afirmasi yang dicadangkan didalam sessi ialah seperti:

 "Aku seorang yang waras dan normal"
"Aku seorang yang sihat zahir dan batin"



Bilakah saat kita menggunakannya?

Dalam sessi, saya memberikan cadangan supaya menyebutnya sebanyak 200 kali dalam sehari iaitu:

50 pagi
50 tengahari
50 petang
50 malam

Pengamal-pengamal LOA dibarat mengulangi affirmasi mereka lebih dari 200 kali sehari untuk sesebuah permintaan.

Sesuai dengan Sabda Rasulullah S.A.W iaitu:


"Hendaklah orang yang memohon itu bersikap mantap seolah-olah pasti termakbul doanya - dan hendaklah ia memperbesarkan keinginannya untuk dikabulkan itu, kerana sesungguhnya Allah itu tidak ada sesuatu yang dipandang besar olehNya yang dapat diberikan kepada orang yang memohonnya itu.
(HR Imam Muslim)


1. Berikan keyakinan pada diri sendiri setiap hari tidak kira masa dengan menggunakan affirmasi, terutamanya ketika pemikiran was-was dan negatif mula datang mengganggu anda. Sebaiknya juga, sebelum tidur, fokuskan pada diri anda dengan menggunakan Affirmasi /pengesahan positif seperti:

‘Aku telah berdoa pada Allah. Aku beriman dan meyakini jaminan Allah bahawa doaku telah dimakbulkan. Aku juga telah dan sedang memberikan komitmen semaksima mungkin untuk mencapai keinginanku ini. Maka sekarang ini, aku sedang berada di dalam proses menerima/ mendapatkan apa yang kuimpikan.’

Ulang pernyataan ini berkali-kali sehingga anda dapat merasai ketenangan dan kegembiraan dihati anda. Jadikan perkara mendapat kejayaan cemerlang yang anda inginkan, sebagai fikiran dan perasaan yang mendominasi diri anda. Bukannya perasaan ragu-ragu atau bimbang akan kegagalan. Jangan berfikir langsung akan kegagalan. Perlu diingat, setiap cetusan fikiran anda akan mengeluarkan frekuensi yang akan menarik tenaga yang sama frekuensi dengan apa yang anda keluarkan.

2.1 a


JANGAN TERSALAH AFIRMASI!

Dilarang menggunakan perkataan JANGAN , TAK atau TIDAK dalam penggunaan afirmasi. Afirmasi yg salah hanya akan menarik kembali perkara yg ingin kita jauhi seperti:

- aku sudah tidak lagi was-was
- aku dah tak sakit
- aku tak ada OCD /AD


semua ini hanya akan menarik kembali tenaga negatif berbentuk penyakit was-was kepada kita. Jika anda tidak faham, cuba ikut arahan dibawah:

"JANGAN BAYANGKAN MENARA KLCC"

Sudah tentu akan terbayang di minda anda akan bayangan menara KLCC walaupun arahannya "JANGAN" . Ini adalah kerana Minda Separa Sedar kita yg berfungsi menghantar frekuensi pemikiran ke angkasa itu TIDAK MEMAHAMI perkataan JANGAN, TAK atau TIDAK. ia hanya akan memberi respon kepada apa yg kita SEBUTKAN.

2.1 b

JANGAN TERKELERU ANTARA AFIRMASI DAN DOA

Contoh : "Saya nak sembuh"   - Ini adalah permintaan dan doa

              "Saya seorang yg sihat dan waras - Ini adalah Afirmasi


             "Saya ingin menjadi kaya" - Ini adalah permintaan dan doa

             "saya seorang yg kaya" - Ini adalah afirmasi


PERINGATAN !

Afirmasi adalah proses yg dilakukan SETELAH berdoa
Maka adalah SALAH sekiranya anda membuat afirmasi tanpa berdoa terlebih dahulu.

1 ulasan:

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]