Ahad, 1 Mei 2016

Ulangkaji Sessi Rawatan 6

Revision 6

Langkah 1 - Mengenal Pasti keinginan
(What Do You Really Want)


Dalam membicarakan soal keinginan kita, adalah penting untuk kita memahami apakah yang benar benar kita inginkan. Kita perlu memahami, seperti yang telah kita bincangkan dalam bab Hukum Tarikan, bahawa tenaga dari alam semesta akan tertarik oleh kita, samada kita sedari atau tidak, melalui cetusan fikiran dari minda yang mendominasi pemikiran kita iaitu segala apa yang kita berikan tumpuan, tenaga dan juga perhatian yang mendalam samada negatif atau positif.

Permasalahan yang akan menyukarkan kita dalam mengaplikasikan konsep husnuzzon adalah :

a. Kita suka memikirkan perkara yang kita tidak mahu
b. Kita selalu memperkatakan perkara perkara yang kita benci berulang kali
c. Kita terlalu memberi tumpuan, tenaga dan fokus kepada permasalah hidup yang
    ingin kita hindari.
d. Kita berulangkali merungut tentang sesuatu yang tidak disenangi

Akibatnya, kita telah memberikan fokus, tumpuan dan tenaga kepada hal-hal yang kita tidak suka, maka dengan ini, tenaga tenaga dalam bentuk hal-hal yang ingin kita hindari akan lebih banyak ditarik kepada diri kita dan mengakibatkan hal-hal yang tidak kita inginkan ini masih berlaku berulangkali melanda kehidupan kita. Oleh itu, kita mestilah memberikan fokus, tumpuan dan perhatian yang maksima kepada Perkara yang kita inginkan berlaku dalam hidup kita

a. Banyakkan berbincang atau memperkatakan perkara yang kita sukai, sayangi
b. Berikan tumpuan kepada penyelesaian masaalah dan cara mengatasinya
c. Memahami dan mempercayai bahawa setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya.
d. Berhenti dari mengeluh tentang nasib buruk, dan apa jua yang selalu kita rungutkan
e. Sentiasa berterimakasih, menghargai dan bersyukur


Untuk mengenal pasti keinginan anda, cuba ikuti langkah langkah berikut:

Tulis segala senarai perkara yang tidak diingini cth:

1. Aku tak suka dgn hutang aku ni

2. Aku benci dgn penyakit OCD ini

3. Aku tak suka badan aku yang kurus/gemok/ rendah

4. Aku tak selesa dengan persekitaran tempat kerja aku

5. Mengapalah susah sangat nak dapat client/pelanggan

Setelah itu, cari lawan kepada perkara tersebut seperti:

1. Lawan kepada keadaan berhutang ialah kekayaan . kebebasan kewangan

2. lawan kepada penyakit ialah: tubuh badan yang sihat, zahir dan batin

3. lawan kepada tubuh yang kurus ialah tubuh yang berisi, tegap dan menarik.

4. lawan kepada tempat kerja yang tidak selesa ialah suasana yang selesa dan seronok untuk bekerja


5. lawan kepada kesukaran mendapat client ialah client yang tak putus-putus mendapatkan perkhidmatan dari anda





Dari sini kita telah mengetahui apakah sebenarnya yang kita inginkan dan perkara apa yang sepatutnya kita berikan tumpuan dan fokus.

Setelah mengetahui dengan pasti keinginan kita yang sebenar, PENTING dan PERLU untuk MENULIS secara terperinci akan keinginan kita itu.

PERLU DAN PENTING UNTUK MENULISNYA DI ATAS KERTAS!!


 





contoh cadangan ialah (berkisar tentang OCD)


Keinginanku ialah:

1. Aku sihat zahir dan batin

2. Sihat seperti orang lain yang normal

3. Memiliki kewarasan dan rasional sepertimana manusia normal

4. Aku berkeadaan normal tak kira samada dalam ibadah fekah, berurusan dgn orang-orang lain dan melakukan pekerjaan ku dengan tenang dan aman.

5. Perhubungan ku dgn orang-orang yang mengenaliku berlangsung dalam keadaan yang harmoni dan baik

6.
7.
8.
9.
10.

(saya tinggalkan tempat-tempat kosong untuk anda isikan seterusnya, jika punyai lebih keinginan sila tambahkan)

Kemudian, simpan kertas tulisan anda ini ditempat yang hanya anda tahu, dan kita akan ke langkah seterusnya.

Kertas tulisan senarai kenginan anda ini PERLU anda simpan, dan baca dengan kerap untuk menjadikan salah satu tools motivasi anda. Sila tandakan setiap keinginan yg telah dimakbulkan. Percaya atau tidak, inshaa Allah, disuatu waktu nanti, anda akan terkejut kerana setiap keinginan anda ini telah pun menjadi kenyataan!


Peringatan: Gunakan ayat penyata yang positif, JANGAN menggunakan ayat negatif seperti :

aku tak mahu diketawakan oleh orang lain

= ayat ini telah membuatkan kita bercakap tentang perkara yang kita TIDAK mahu.
Maka fokus dan gelombangnya adalah perkara yang tidak mahu itu, jadi, ayat yang sesuai ialah:

aku dihormati dan disayangi oleh orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]