Jumaat, 6 Mei 2016

Ulangkaji Sessi Rawatan 19

Revision 10


Langkah pengaplikasian Terakhir

BERSYUKUR (GRATITUDE)



..........Seseorang yang menderita penyakit gangguan was-was, OCD, Anxiety Disorder, Kemurungan, dan lain-lain penyakit psikiatrik, dan dia ingin sembuh, dia perlulah bersyukur kerana penyakitnya itu juga berfungsi sebagai pembasuh dosa jika mengikut dalam hadis yang pernah dijelaskan, dan juga perlu bersyukur kerana dia tidak menderita penyakit lain yang lebih berat atau pun cacat anggota fizikal tubuh badannya.......... 




Setelah permintaan kita berjaya kita perolehi, (maksudnya setelah kita sembuh) maka janganlah sesekali lupa untuk bersyukur dan berterimakasih kepada Allah SWT. Bersyukur dan Menghargai anugerah pemberian Allah itu.

1. Bayangkan seorang kanak-kanak kecil yang kamu kenali, yang kamu berikan hadiah atau makanan, tetapi kanak2 itu tidak menghargainya, membuangnya atau mengutuk pemberian kamu itu, adakah kebarangkalian untuk kamu membelikan lagi hadiah kepada kanak2 itu?

2. Bagaimana pula jika kanak-kanak itu menunjukkan perasan gembira dan suka pada pemberian kamu itu, mengucapkan terimakasih, menjaga dengan baik hadiah pemberian kamu, sering menunjukkan pada kamu hadiah itu setiap kali kamu berjumpa dengannya? Bagaimanakah pula kebarangkalian untuk kamu memberikan lagi hadiah kepada kanak2 itu?


TETAPI! Jangan menunggu hingga sembuh untuk bersyukur!

" Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti KAMI akan menambah (nikmat) kepadamu " 
 ( QS Ibrahim : 7 )
 

Kita perlulah bersyukur dengan apa yang kita ada SEKARANG, pada masa yang sama kita berusaha mencapai matlamat kita. Walaupun seseorang itu banyak kekurangannya, dia perlulah bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang dan terus berusaha, maka Allah akan memberikannya rezeki yang lebih dan matlamatnya akan tercapai.


Bersyukur akan menghasilkan getaran positif yang kuat, Kita perlulah bersyukur untuk setiap kejayaan yang kita capai samada kecil atau besar. Kita juga perlu bersyukur bila kita ditimpa kesusahan kerana kesusahan mungkin ada kebaikan untuk kita. Kita juga perlu bersyukur kerana kesusahan itu tidak lebih besar dari itu dan kita boleh kita atasi . Misalnya seorang yang kerugian seratus ringgit perlulah bersyukur kerana dia hanya rugi seratus ringgit dan bukan dua ratus ringgit. Maka dia akan menarik perkara positif dan juga mendapat bantuan Allah . Dia akan mengatasi masalah tersebut dengan senang. Pada masa yang sama dia haruslah berjaga supaya dia tidak mengulangi kesilapan yang sama dan rugi lagi dimasa hadapan. Sebaliknya , jika orang itu marah , sedih dan geram kerana kerugian seratus ringgit tadi, maka dia akan menghasilkan getaran yang negatif (Hukum Tarikan). Ini tidak akan membantunya mengatasi masalah tadi. Sebaliknya masalah lain akan timbul kerana getaran negatif yang dihasilkannya tadi.




 Bersyukur - Penjelasan saintifik

Jika kita sentiasa bersyukur kita akan menghasilkan getaran positif. Getaran ini akan menarik perkara positif dan bantuan Allah kedalam hidup kita . Ini sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Allah dalam Ayat Alquran diatas.

Bersyukur menimbulkan satu emosi positif

Ramai yang berkata syukur dengan mulut sahaja tetapi tidak merasa apa- apa emosi yang positif. Ini adalah kerana mereka hanya bersyukur dengan mulut tetapi tidak bersyukur dalam hati mereka.  
Apabila bersyukur dengan hati , ini akan menghasilkan satu emosi positif seperti rasa lega, gembira, lega senang hati dan sebagainya. Inilah yang dikatakan bersyukur dengan hati. Allah hanya akan melihat apa yang ada dalam hati , bukan apa yang kita sebut.


Dari segi hukum tarikan , emosi positif ini menandakan bahawa kita sedang menghasilkan getaran positif dan seterusnya menarik perkara yang positif kedalam hidup kita. Emosi negatif menandakan kita sedang menghasilkan getaran negatif. Seterusnya kita menarik masalah kedalam hidup kita.Ini akan saya terangkan dengan lebih lanjut dalam blog mengenai emosi nanti ( insya allah). Jadi pastikan apabila kita bersyukur, rasa syukur itu mesti diiringi dengan emosi positif seperti rasa gembira, lega , senang hati dan sebagainya.


Bersyukur Sekarang Dengan Apa Yang ada

Ada juga yang berkata:

"saya akan bersyukur bila saya mendapat sesuatu." 

Contohnya ada yang berkata saya akan bersyukur bila mendapat kenaikan pangkat, wang yang banyak, sudah mendapat anak ( bagi mereka yang tiada anak) dan sebagainya.

Sila anda lihat kepada ayat Alquran diatas. Ayat ini jelas mengatakan bahawa kita perlu bersyukur sekarang, maka Allah akan menambah lagi. Kita hendaklah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Barulah kita akan menghasilkan getaran positif dan seterusnya akan mencapai apa yang kita kehendaki. Apabila kita bersyukur, maka kita boleh mendapat kenaikan pangkat dengan cepat, wang yang banyak dan anak seperti yang kita kehendaki. Sebaliknya, jika kita menunggu sehingga kita mendapat apa yang kita kehendaki sebelum kita bersyukur, maka amat sukar untuk mendapat apa yang kita kehendaki. Jadi mulalah bersyukur dengan apa yang ada pada kita, maka kita akan mencapai matlamat kita dengan senang. Pastikan rasa bersyukur ini mesti menghasilkan emosi positif, barulah bermakna kita bersyukur dengan hati dan bukan setakat kata bersyukur sahaja.

Seorang yang mempunyai motosikal dan ingin membeli sebuah kereta, maka dia perlulah bersyukur dengan motosikal yang dipunyainya. Pada masa yang sama dia perlu mempunyai matlamat untuk membeli kereta. Maka dia akan dapat membeli kereta tadi dengan mudah. Sebaliknya , jika marah dan geram kerana hanya mempunyai motosikal , dia akan menghadapi kesukaran untuk memiliki kereta tadi.


Seseorang yang menderita penyakit gangguan was-was, OCD, Anxiety Disorder, Kemurungan, dan lain-lain penyakit psikiatrik, dan dia ingin sembuh, dia perlulah bersyukur kerana penyakitnya itu juga berfungsi sebagai pembasuh dosa jika mengikut dalam hadis yang pernah dijelaskan, dan juga perlu bersyukur kerana dia tidak menderita penyakit lain yang lebih berat atau pun cacat anggota fizikal tubuh badannya.

Bersyukur dan seterusnya Berusaha

Bersyukur bukanlah bermakna kita tidak perlu berusaha untuk mencapai matlamat kita. Kita bersyukur dengan apa yang ada pada kita sekarang, pada masa yang sama kita hendaklah berusaha untuk mencapai matlamat dengan sebaik mungkin.

Ada yang berkata bahawa ‘ saya tiada apa- apa untuk disyukuri ‘. Mereka perlu berfikir betulkah mereka tiada apa – apa yang boleh disyukuri. Jika seorang boleh membaca blog ini, dia perlu bersyukur kerana dia boleh melihat. Berjuta – juta orang tidak boleh melihat dan amat susah kerana tiada penglihatan.


Cuba kita fikirkan bila kita bangun dari tidur , bukankah kita kena bersyukur kita masih hidup. Ramai yang tidur pada malam tadi tidak bangun pada pagi ini. Kemudian kita bangun dan memetik suis lampu. Lampu pun menyala. Bukankah kita perlu bersyukur kerana kita ada bekalan letrik. Bayangkan jika kita tiada bekalan letrik, betapa susahnya kita tanpa lampu, kipas, penghawa dingin, televiyen , radio dan banyak lagi perkakas letrik yang kita gunakan setiap hari .Kita perlu bersyukur untuk bekalan eletrik setiap hari.


Kemudian kita akan masuk ke bilik air. Apabila kita membuka paip, air akan keluar. Bukankah kita perlu bersyukur kerana adanya air. Kajian menunjukkan rakyat di negara – negara Afrika misalnya menghabiskan banyak masa untuk mencari air. Wanita di Afrika terpaksa menghabiskan masa sekurang-kurangnya 2 jam sehari untuk mencari air. Mereka terpaksa berjalan beberapa kilometer mencari air . Mereka terpaksa mengendong bekas air yang berat ditengah panas terik untuk mencari air dan membawanya balik kerumah. Kita bertuah sungguh kerana kita tidak pernah bersusah payah begini untuk mencari air. Bukankah kita perlu bersyukur untuk air ini.

Kemudian kita akan makan pagi. Berjuta – juta orang tidak tahu bila mereka akan mendapat makanan yang seterusnya. 35 peratus rakyat Amerika Syarikat pun dianggarkan tidak cukup makan. Kita perlu bersyukur kerana kita sentiasa beroleh makanan.

Begitulah kita hendaklah sentiasa bersyukur dalam setiap keadaan . Bersyukur ini akan menghasilkan getaran positif. Dan seterusnya menghasilkan banyak perkara positif dalam hidup kita. Kita akan dapat menarik pertolongan Allah dalam hidup kita. Kita akan mencapai kejayaan dalam setiap usaha kita. Jadi marilah kita sentiasa bersyukur setiap masa.

Kesimpulan


1.Kita mestilah bersyukur pada setiap masa

2.Bersyukur ini mestilah menghasilkan perasaan yang positif seperti gembira , tenang, redha dan lega. Barulah tandanya kita bersyukur dengan hati.

3.Bersyukur mestilah disertakan usaha untuk terus maju

4.Kita mestilah bersyukur sekarang






Artikel ini adalah adaptasi dari artikel bersyukur hsil penulisan Dr. Mohamed Farook Raj Mohamed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]