Rabu, 4 Mei 2016

Ulangkaji Sessi Rawatan 13

Revision 9.5


Ikhtiar 5

SET ZIKIR



Firman Allah:

“Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (keutamaanya) dari ibadah lain.”
(Al-Ankabut : 45)

Mengingati Allah yang dimaksudkan diatas, antaranya adalah ZIKIR.
Zikir adalah MAKANAN ROH, SEPERTI MANA NASI ADALAH MAKANAN JASAD.

Bukankah hanya dengan mengingati Allah itu maka hati menjadi tenang, dan dengan ketenangan itu membawa kita ke dalam frequensi positif dan seterusnya menarik masuk tenaga-tenaga berbentuk positif ke dalam realiti kehidupan kita?

Melakukan kewajipan dan juga amalan-amalan berbentuk ibadah seperti solat sunat, membaca Al-Qur'an adalah antara amalan kerohanian. MELAWAN GANGGUAN WAS-WAS JUGA ADALAH KERJA ROH. Mana mungkin roh yang lapar dan lemah mampu melakukan kerja-kerja ini. Roh itu lemah, tak berdaya, kelaparan.

Fizikal manusia ini terhad, jika kita kaya raya dan mampu membeli pelbagai jenis pakaian berjenama mahal,

Berapa banyak pakaian mahalkah yang dapat kita pakai dalam waktu yang sama?..5 pasang sekali pakai?..tentunya kita akan pengsan kepanasan dan silap haribulan mendapat gelaran 'gila' dari orang lain.

Berapa banyakkah makanan yang lazat-lazat dapat kita makan dan isi ke dalam tubuh badan kita dalam waktu yang sama?...5 pinggan?..aku rasa jika 2 pinggan itu pun dan cukup membuat kita rasa mual dan ingin memuntahkan kembali makanan tersebut.

Akan tetapi roh manusia tiada had, kita boleh memberi 'makanan' dan 'pakaian' kepada roh dengan pelbagai jenis aneka zikir yang berlainan, tak kira sebanyak manapun, tak perlu keluar modal pun, dan makanan roh ini semestinya tersangat penting melebihi makanan jasad. Akan tetapi inilah sesuatu yang sering aku (mungkin kita) abaikan. Lantaran itu, tanpa kesedaran ini, ummah akan terus leka dan lalai dengan duniawi dan makin jauh dari Allah.

Langkah-langkah

Dibawah ini disertakan set zikir yang diajarkan oleh seorang ustaz pengamal perubatan alternatif. Salawat (No.1 dan 7 dibaca 3 kali).

Boleh diamalkan setiapkali selepas solat, atau sekurang-kurangnya 2 SET setiap hari, Juga dibaca ketika perlu, iaitu ketika fikiran diserang oleh gangguan pemikiran was-was yang bertalu-talu yang menggesa kita berfikir perkara yang meresahkan tanpa henti, sebaiknya segera dibacakan set zikir ini.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]