Rabu, 4 Mei 2016

Ulangkaji Sessi Rawatan 11

Revision 9.2

 

Ikhtiar 2

Melakukan puasa sunat seperti puasa sunat Isnin atau Khamis. Seperti mana yg telah kita fahami dalam revision2 yg lalu, syaitan itu berjalan mengikut laluan serotonim pathway (sistem saraf), seperti mana hadis Nabi SAW. Maka dengan menjalani ibadah puasa sunat, jalan-jalan laluan syaitan itu akan menjadi sempit dan dapat dijadikan ikhtiar untuk menghalang syaitan yg menghembuskan bisikan was-was ini daripada sampai ke bilik-bilik serotonim didalam otak . Sepertimana sabda Nabi SAW dalam hadis yg lain :

“Bahawa syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah tempat berjalan darahnya, maka sempitkanlah tempat jalannya dengan berlapar.”
(HR Bukhari dan Muslim)



Ikhtiar 3

Teknik Pernafasan. 

Mempelajari teknik pernafasan sangat penting dalam usaha menjaga emosi supaya sentiasa berada didalam mod tenang dan membantu kita untuk memberikan fokus dalam aktiviti harian kita, Lakukan teknik pernafasan yg telah anda pelajari ketika bangun tidur, sebelum tidur, PADA SETIAP KALI PEMIKIRAN TERGANGGU DENGAN IDEA OBSESSIVE dan bila-bila waktu yg anda rasa perlu.
Sebagai rujukan semula tentang teknik pernafasan ini, disertakan dibawah ini:

a. Mulakan dengan Bismillah dan Berselawat ke atas Nabi SAW beberapa kali.

b. Duduk dan biarkan tengkuk kita tegak. Cuba bertenang. Letakkan posisi tangan anda di atas peha.

c. Menyedut nafas melalui hidung dengan perlahan sedalam-dalamnya hingga dada menegak dan TAHAN NAFAS ini. Pastikan tiada nafas yang keluar.

d. Semasa menahan nafas, (didalam hati) ucapkan 2 kalimah syahadah dengan sepenuh hati dan jiwa dan juga penghayatan.

e. Hembuskan nafas melalui mulut dengan kiraan 10 saat.

f. Lakukan sewaktu bangun tidur pagi hari, selepas solat dan sebelum tidur. Juga sebelum memulakan rawatan Teknik EFT.

g. Jika anda ingin melakukannya 2 atau 3 kali setiap kali melakukannya , PASTIKAN anda mengambil nafas seperti biasa dahulu sebelum mengulangi sekali lagi. (jika tidak kemungkinan risiko anda akan pitam)

Saya berharap semoga sesiapa yang telah mempelajarinya samada didalam seminar atau pun dari sumber yang lain sentiasa mengamalkannya. Hari ini saya ingin membincangkan antara rahsia atau hasil dari latihan pernafasan yang diamalkan setiap hari.

Cuba lakukan cadangan berikut:

- Sila ambil sebatang jarum, pegang di jari kanan anda.

- Kemudian ambil seurat benang dan masukkan benang kedalam lubang jarum tersebut.

- Setelah benang masuk, keluarkan semula benang dari lubang jarum tersebut.

- Masukkan kembali benang kedalam lubang jarum tersebut sambil memerhatikan nafas anda.

Apakah sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut anda menahan nafas anda sebentar tanpa anda sedari atau nafas anda secara tiba-tiba menjadi perlahan?

Saya yakin anda akan menahan nafas atau pun kemungkinan anda akan bernafas dengan sangat perlahan dan lembut sekali sewaktu anda memasukkan benang kedalam lubang jarum tersebut.

Semakin anda memperlahankan nafas anda anda, semakin mudah anda memberi tumpuan dan konsentrasi untuk memasukan benang ke dalam lubang jarum tersebut.

Nafas mempunyai hubungan yang sangat erat dengan aktiviti minda. Semakin perlahan nafas anda semakin perlahanlah gelombang otak anda. Maka semakin mudah anda mencapai gelombang alpha.

Alpha merupakan sebuah keadaan gelombang minda yang sangat tenang.
Ketenangan jenis inilah yang kita inginkan selalu hadir dalam diri kita yang kita kenali dengan istilah
 'feeling good' oleh pengamal-pengamal Hukum Tarikan Barat. Dengan ketenangan minda dan jiwa ini, insyaAllah, kita lebih mampu mengendalikan apajua permasalahan atau situasi yang kita hadapi dengan lebih baik, berkesan dan positif.

Amalkan latihan pernafasan yang anda pelajari setiap hari semaksima mungkin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]