Rabu, 4 Mei 2016

Ulangkaji Sessi Rawatan 10

Revision 9.1


Ikhtiar 1

 

Antara usaha yg dicadangkan ialah


1. Membuat Afirmasi sebanyak 200 kali sehari (minimum)

Sila rujuk semula revision2 sebelum ini untuk memahami apakah itu Afirmasi


2. Berjumpa pakar jiwa. 

Saya tidak menafikan bahawa pengambilan ubat-ubatan pada pesakit OCD amat PERLU kerana ia menjadi booster yang sangat membantu dalam mempercepatkan proses menanam implan dalam proses menyembuhkan diri.

Cuma kena bersabar dengan pihak hospital, kerana prosesnya agak lambat.

Pergi kemana-mana hospital kesihatan kerajaan, daftar sebagai pesakit luar, bayar RM1, kemudian akan dipanggil bertemu Medical Officer atau GP (General Practisioner). Bila bertemu mereka, terus terang kepada mereka apa yang dialami, nyatakan anda mempunyai simptom OCD. Mereka akan membuat satu surat rujukan pada pakar dan akan diberi tarikh temujanji pada hari lain, mungkin dalam masa 2 minggu. (ini yg biasa dialami sedangkan kita sebolehnya inginkan hari itu juga, tetapi ini adalah mustahil diMalaysia)

Doktor GP atau MO tidak akan memberi anda ubat kerana ubat-ubatan OCD hanya boleh diberikan melalui preskripsi seorang pakar jiwa sahaja. Oleh itu, tunggulah dengan sabar pada hari temujanji yg ditetapkan, Jangan rasa rendah diri bila anda berada ditempat temujanji kerana anda akan dapati pelbagai ragam manusia sakit jiwa yang sedang menunggu temijanji, ada yang terlalu murung, ada yang terlalu ceria, ada yang serious, dan elakkan dari bercakap dgn sesiapa pun atau berbincang dgn pesakit2 ini ketika sedang menunggu nama anda dipanggil kerana kita tidak tahu apakah jenis gangguan mereka, maka risiko akan ditengking dengan tiba-tiba mungkin boleh berlaku. (hehe)

Dan bila telah berpeluang bertemu pakar, luahkan segala apa yang dipendam selama ini, jika anda ingin menangis pada hari itu, lakukan, anda akan merasakan kelegaannya. Kemudian, makan ubat yang telah dipreskripsikan mengikut dos dan waktu yang tepat. 

3. Pengambilan serotonim secara natural

Selain mendapatkan ubat-ubatan SSRI (selective serotonim reuptake inhibitor) dari doktor psikiatrik seperti Zoloft, Prosac, Xanac dan lain-lain, kita juga boleh berikhtiar menambahkan serotonim dalam badan kita dengan mengambil makanan-makanan yang mengandungi serotonim seperti didalam gambar dibawah, atau anda boleh dapatkan pandangan dari doktor anda atau buat carian google tentang pemakanan yg menggalakkan reproduksi serotonim dalam tubuh kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]