Jumaat, 6 Mei 2016

Ulangkaji Sessi Rawatan 19

Revision 10


Langkah pengaplikasian Terakhir

BERSYUKUR (GRATITUDE)



..........Seseorang yang menderita penyakit gangguan was-was, OCD, Anxiety Disorder, Kemurungan, dan lain-lain penyakit psikiatrik, dan dia ingin sembuh, dia perlulah bersyukur kerana penyakitnya itu juga berfungsi sebagai pembasuh dosa jika mengikut dalam hadis yang pernah dijelaskan, dan juga perlu bersyukur kerana dia tidak menderita penyakit lain yang lebih berat atau pun cacat anggota fizikal tubuh badannya.......... 




Setelah permintaan kita berjaya kita perolehi, (maksudnya setelah kita sembuh) maka janganlah sesekali lupa untuk bersyukur dan berterimakasih kepada Allah SWT. Bersyukur dan Menghargai anugerah pemberian Allah itu.

1. Bayangkan seorang kanak-kanak kecil yang kamu kenali, yang kamu berikan hadiah atau makanan, tetapi kanak2 itu tidak menghargainya, membuangnya atau mengutuk pemberian kamu itu, adakah kebarangkalian untuk kamu membelikan lagi hadiah kepada kanak2 itu?

2. Bagaimana pula jika kanak-kanak itu menunjukkan perasan gembira dan suka pada pemberian kamu itu, mengucapkan terimakasih, menjaga dengan baik hadiah pemberian kamu, sering menunjukkan pada kamu hadiah itu setiap kali kamu berjumpa dengannya? Bagaimanakah pula kebarangkalian untuk kamu memberikan lagi hadiah kepada kanak2 itu?


TETAPI! Jangan menunggu hingga sembuh untuk bersyukur!

" Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti KAMI akan menambah (nikmat) kepadamu " 
 ( QS Ibrahim : 7 )
 

Kita perlulah bersyukur dengan apa yang kita ada SEKARANG, pada masa yang sama kita berusaha mencapai matlamat kita. Walaupun seseorang itu banyak kekurangannya, dia perlulah bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang dan terus berusaha, maka Allah akan memberikannya rezeki yang lebih dan matlamatnya akan tercapai.


Bersyukur akan menghasilkan getaran positif yang kuat, Kita perlulah bersyukur untuk setiap kejayaan yang kita capai samada kecil atau besar. Kita juga perlu bersyukur bila kita ditimpa kesusahan kerana kesusahan mungkin ada kebaikan untuk kita. Kita juga perlu bersyukur kerana kesusahan itu tidak lebih besar dari itu dan kita boleh kita atasi . Misalnya seorang yang kerugian seratus ringgit perlulah bersyukur kerana dia hanya rugi seratus ringgit dan bukan dua ratus ringgit. Maka dia akan menarik perkara positif dan juga mendapat bantuan Allah . Dia akan mengatasi masalah tersebut dengan senang. Pada masa yang sama dia haruslah berjaga supaya dia tidak mengulangi kesilapan yang sama dan rugi lagi dimasa hadapan. Sebaliknya , jika orang itu marah , sedih dan geram kerana kerugian seratus ringgit tadi, maka dia akan menghasilkan getaran yang negatif (Hukum Tarikan). Ini tidak akan membantunya mengatasi masalah tadi. Sebaliknya masalah lain akan timbul kerana getaran negatif yang dihasilkannya tadi.




 Bersyukur - Penjelasan saintifik

Jika kita sentiasa bersyukur kita akan menghasilkan getaran positif. Getaran ini akan menarik perkara positif dan bantuan Allah kedalam hidup kita . Ini sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Allah dalam Ayat Alquran diatas.

Bersyukur menimbulkan satu emosi positif

Ramai yang berkata syukur dengan mulut sahaja tetapi tidak merasa apa- apa emosi yang positif. Ini adalah kerana mereka hanya bersyukur dengan mulut tetapi tidak bersyukur dalam hati mereka.  
Apabila bersyukur dengan hati , ini akan menghasilkan satu emosi positif seperti rasa lega, gembira, lega senang hati dan sebagainya. Inilah yang dikatakan bersyukur dengan hati. Allah hanya akan melihat apa yang ada dalam hati , bukan apa yang kita sebut.


Dari segi hukum tarikan , emosi positif ini menandakan bahawa kita sedang menghasilkan getaran positif dan seterusnya menarik perkara yang positif kedalam hidup kita. Emosi negatif menandakan kita sedang menghasilkan getaran negatif. Seterusnya kita menarik masalah kedalam hidup kita.Ini akan saya terangkan dengan lebih lanjut dalam blog mengenai emosi nanti ( insya allah). Jadi pastikan apabila kita bersyukur, rasa syukur itu mesti diiringi dengan emosi positif seperti rasa gembira, lega , senang hati dan sebagainya.


Bersyukur Sekarang Dengan Apa Yang ada

Ada juga yang berkata:

"saya akan bersyukur bila saya mendapat sesuatu." 

Contohnya ada yang berkata saya akan bersyukur bila mendapat kenaikan pangkat, wang yang banyak, sudah mendapat anak ( bagi mereka yang tiada anak) dan sebagainya.

Sila anda lihat kepada ayat Alquran diatas. Ayat ini jelas mengatakan bahawa kita perlu bersyukur sekarang, maka Allah akan menambah lagi. Kita hendaklah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Barulah kita akan menghasilkan getaran positif dan seterusnya akan mencapai apa yang kita kehendaki. Apabila kita bersyukur, maka kita boleh mendapat kenaikan pangkat dengan cepat, wang yang banyak dan anak seperti yang kita kehendaki. Sebaliknya, jika kita menunggu sehingga kita mendapat apa yang kita kehendaki sebelum kita bersyukur, maka amat sukar untuk mendapat apa yang kita kehendaki. Jadi mulalah bersyukur dengan apa yang ada pada kita, maka kita akan mencapai matlamat kita dengan senang. Pastikan rasa bersyukur ini mesti menghasilkan emosi positif, barulah bermakna kita bersyukur dengan hati dan bukan setakat kata bersyukur sahaja.

Seorang yang mempunyai motosikal dan ingin membeli sebuah kereta, maka dia perlulah bersyukur dengan motosikal yang dipunyainya. Pada masa yang sama dia perlu mempunyai matlamat untuk membeli kereta. Maka dia akan dapat membeli kereta tadi dengan mudah. Sebaliknya , jika marah dan geram kerana hanya mempunyai motosikal , dia akan menghadapi kesukaran untuk memiliki kereta tadi.


Seseorang yang menderita penyakit gangguan was-was, OCD, Anxiety Disorder, Kemurungan, dan lain-lain penyakit psikiatrik, dan dia ingin sembuh, dia perlulah bersyukur kerana penyakitnya itu juga berfungsi sebagai pembasuh dosa jika mengikut dalam hadis yang pernah dijelaskan, dan juga perlu bersyukur kerana dia tidak menderita penyakit lain yang lebih berat atau pun cacat anggota fizikal tubuh badannya.

Bersyukur dan seterusnya Berusaha

Bersyukur bukanlah bermakna kita tidak perlu berusaha untuk mencapai matlamat kita. Kita bersyukur dengan apa yang ada pada kita sekarang, pada masa yang sama kita hendaklah berusaha untuk mencapai matlamat dengan sebaik mungkin.

Ada yang berkata bahawa ‘ saya tiada apa- apa untuk disyukuri ‘. Mereka perlu berfikir betulkah mereka tiada apa – apa yang boleh disyukuri. Jika seorang boleh membaca blog ini, dia perlu bersyukur kerana dia boleh melihat. Berjuta – juta orang tidak boleh melihat dan amat susah kerana tiada penglihatan.


Cuba kita fikirkan bila kita bangun dari tidur , bukankah kita kena bersyukur kita masih hidup. Ramai yang tidur pada malam tadi tidak bangun pada pagi ini. Kemudian kita bangun dan memetik suis lampu. Lampu pun menyala. Bukankah kita perlu bersyukur kerana kita ada bekalan letrik. Bayangkan jika kita tiada bekalan letrik, betapa susahnya kita tanpa lampu, kipas, penghawa dingin, televiyen , radio dan banyak lagi perkakas letrik yang kita gunakan setiap hari .Kita perlu bersyukur untuk bekalan eletrik setiap hari.


Kemudian kita akan masuk ke bilik air. Apabila kita membuka paip, air akan keluar. Bukankah kita perlu bersyukur kerana adanya air. Kajian menunjukkan rakyat di negara – negara Afrika misalnya menghabiskan banyak masa untuk mencari air. Wanita di Afrika terpaksa menghabiskan masa sekurang-kurangnya 2 jam sehari untuk mencari air. Mereka terpaksa berjalan beberapa kilometer mencari air . Mereka terpaksa mengendong bekas air yang berat ditengah panas terik untuk mencari air dan membawanya balik kerumah. Kita bertuah sungguh kerana kita tidak pernah bersusah payah begini untuk mencari air. Bukankah kita perlu bersyukur untuk air ini.

Kemudian kita akan makan pagi. Berjuta – juta orang tidak tahu bila mereka akan mendapat makanan yang seterusnya. 35 peratus rakyat Amerika Syarikat pun dianggarkan tidak cukup makan. Kita perlu bersyukur kerana kita sentiasa beroleh makanan.

Begitulah kita hendaklah sentiasa bersyukur dalam setiap keadaan . Bersyukur ini akan menghasilkan getaran positif. Dan seterusnya menghasilkan banyak perkara positif dalam hidup kita. Kita akan dapat menarik pertolongan Allah dalam hidup kita. Kita akan mencapai kejayaan dalam setiap usaha kita. Jadi marilah kita sentiasa bersyukur setiap masa.

Kesimpulan


1.Kita mestilah bersyukur pada setiap masa

2.Bersyukur ini mestilah menghasilkan perasaan yang positif seperti gembira , tenang, redha dan lega. Barulah tandanya kita bersyukur dengan hati.

3.Bersyukur mestilah disertakan usaha untuk terus maju

4.Kita mestilah bersyukur sekarang






Artikel ini adalah adaptasi dari artikel bersyukur hsil penulisan Dr. Mohamed Farook Raj Mohamed

Rabu, 4 Mei 2016

Ulangkaji Sessi Rawatan 18

Revision 9.10


Ikhtiar 10


TIDUR BERSTOKING


Mungkin tidak ramai dari kita yang menyedari akan kebaikan amalan memakai sarung kaki (stoking) ketika tidur.

Kajian perubatan telah menunjukkan bahawa memakai stoking ketika tidur sangat digalakkan untuk membantu mendapatkan tidur yang berkualiti, selain dari itu ianya mempunyai beberapa kebaikan yang lain dari segi kesihatan.

Jika kita hanya menggunakan selimut sebagai menutup kaki, terdapat kebarangkalian yang besar yang selimut itu akan terselak ketika kita sedang tidur, tetapi dengan memakai stoking, kaki kita akan tetap tertutup rapi hingga ke pagi.

Apa yang berlaku bila memakai stoking ketika tidur, antaranya ialah, stoking akan membuatkan suhu tapak kaki kita menjadi hangat dan secara langsung akan memberi isyarat ke minda separasedar bahawa cuaca sedang panas. Hasilnya, otak akan memberi arahan pada tubuh badan supaya merendahkan suhu badan. hal ini akan membantu kita mendapatkan tidur yang berkualiti.

"c) Wearing socks and mittens to bed can also trick mind and body into getting better sleep. Socks and mittens widen blood vessels in hands and feet, a necessary step to inducing sleep, according to a Swiss study. In this study, researchers found that as the body prepares for sleep, the blood vessels in hands and feet dilate. This dilation precipitates the cooling of the blood as it flows through the open channels near the surface of the skin; when body temperatures fall, sleep automatically follows."
Dr. Phyllis Zee, MD, PhD, professor Northwestern University's Feinberg School of Medicine, Chicago.



Selain dari itu, pemakaian stokin ketika tidur juga didapati dapat mengelakkan tumit dan tapak kaki menjadi rekah, dan jika diamalkan, InsyaAllah anda akan mendapati rekahan-rekahan tapak kaki anda akan mula pulih sedikit demi sedikit.

Pemakaian stoking ketika tidur juga dapat mengatasi masalah tilam dan cadar berbau akibat hiperhidrosis tapak kaki. Dimana, segala peluh tapak kaki akan diserap oleh stoking anda, dan ini dapat megelakkan tilam dan cadar anda dari berbau.

Selain itu, tapak kaki anda terpelihara dari gigitan nyamuk dan anda dapat merasakan keselesaan dan rasa selamat ketika tidur. Kerana itulah, umpama kemestian, bayi yang baru lahir akan dibekalkan stokin dan kita dapat melihat penggunaan stoking oleh bayi.

Dari segi yang lain pula, pengamal perubatan alternatif mengatakan bahawa orang lelaki yang mengamalkan pemakaian stoking ketika tidur, akan dapat menjaga suhu tapak kaki daripada kedinginan dan menghalang bisa dingin tapak kaki dari menjalar kebahagian urat saraf vital (anggota sulit) lelaki, yang mana ini akan dapat memelihara kekuatan tenaga batin lelaki itu dalam konteks perhubungan badan antara suami isteri.

Bahagian tapak kaki adalah bahagian yang paling awal mengesan dan menangkap kesejukan yang mana dingin tapak kaki yang berlebihan akan membawa kepada perkara-perkara seperti lenguh-lenguh, bisa-bisa dibetis dan lain-lain. Maka dengan memakai stoking ketika tidur, dapat dijadikan ikhtiar bagi mengelakkan perkara ini berlaku.


CARA PEMAKAIAN

Stoking yang digunakan ketika tidur janganlah jenis yang terlalu tebal atau terlalu nipis.

Jangan gunakan stoking yang sama setiap malam tanpa dicuci, gunakan hanya sekali semalam, dan basuh keesokkan harinya. Jika tidak, ini akan membuatkan bakteria dan kuman dari perpeluhan terkumpul, maka gangguan kulit seperti fungus dll pula akan muncul.

Jika mampu, dapatkan beberapa pasang stoking khas sebagai koleksi stoking tidur anda. Jangan gunakan stoking untuk tidur untuk kegunaan lain seperti kepejabat atau bersukan.

Sebaiknya, sebelum menyarungkan stoking, sapukan sedikit losyen kulit pada kaki anda dengan rata hingga kering sebelum menyarungkan sarung kaki anda. Jadikan ia sebagai last thing on bed bagi mengelakkan anda berjalan kesana kemari didalam rumah setelah memakai stoking, agar kotoran dan lain-lain yang berada dilantai rumah kita tidak melekat pada stoking anda.

Selamat mencuba. :)

Ulangkaji Sessi Rawatan 17

Revision 9.9


Ikhtiar 9



DIARY KESYUKURAN

 


Firman Allah:

Ini adalah kurniaan Tuhanku untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau sebaliknya dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya kembali kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah. (An-Naml-40)

Sepanjang hari ini mungkin banyak perkara yang tidak selesa, tidak baik atau ingin kita hindari, telah kita alami, betulkan? Dan kita masih suka memperkatakan atau merungut tentang perkara-perkara tersebut.

Tetapi saya yakin, walaupun ada banyak perkara 'tidak selesa' yang berlaku, tetap ada perkara-perkara baik yang hadir dalam kehidupan seharian kita. Tetapi, adakah kita perasan dengan perkara tersebut? Jika perkara buruk kita akan berkeluh kesah dan merungut, apakah kita ada berterimakasih pada perkara yang baik walau sekecil mana pun perkara itu?

Adalah sangat mudah untuk menyebutkan perkara-perkara yang kita tidak miliki, tetapi, luangkanlah sedikit masa setiap hari untuk bersyukur sekurang-kurangnya pada 10 perkara yang kita perolehi pada hari ini.

1. Bayangkan seorang kanak-kanak kecil yang kamu kenali, yang kamu berikan hadiah atau makanan, tetapi kanak2 itu tidak menghargainya, membuangnya atau mengutuk pemberian kamu itu, adakah kebarangkalian untuk kamu membelikan lagi hadiah kepada kanak2 itu?

2. Bagaimana pula jika kanak-kanak itu menunjukkan perasan gembira dan suka pada pemberian kamu itu, mengucapkan terimakasih, menjaga dengan baik hadiah pemberian kamu, sering menunjukkan pada kamu hadiah itu setiap kali kamu berjumpa dengannya? Bagaimanakah pula kebarangkalian untuk kamu memberikan lagi hadiah kepada kanak-kanak itu?

Saya ingin mengajak pembaca tuliskan 10 perkara baik yg kita dapat hari ini, walau perkara kecil seperti ada yang masih menyapa kita, memberi salam dan senyuman pada kita, ada yang 'likes' status kita di facebook,, ada budak beri gula-gula kepada kita , masih bernafas dan lain-lain lagi.

Sebaiknya setelah kita bersiap sedia hendak tidur dimalam hari, kita boleh melakukan hal ini.
Selepas menulis itu, cuba hayati setiap 1 perkara yg ditulis dan bersyukur dari hati yang ikhlas pada Allah dgn rasa terimakasih yg mencetuskan perasaan sebak didada kerana terharu dgn kesudianNya memberikan kita rezeki ke atas semua perkara tu. Saya yakin tentu ada lebih dari 10 perkara. 

Sebaiknya tulis di atas kertas, bukan dikomputer atau phone. Boleh juga dijadikan sebuah buku "diary kesyukuranku" . Sebenarnya,hampir 95 peratus pengamal LOA memiliki diary kesyukuran ini. Buat setiap hari dgn konsisten dan insyaallah anda akan dapat nampak sendiri beberapa perubahan positif yang tak disangka-sangka dalam hidup anda menjelang seminggu, cubalah sebagai ikhtiar, mudah dan percuma, insyaallah.

Berikut adalah testimoni peserta Personal Coaching dan juga telah menghadiri Seminar tentang Diary Kesyukuran. Baca sampai habis ye

hi , im OCDian, im geometry⚛ & checker, hari ini 26 Februari 2016 ( FIRST YEAR ANNIVERSARY)  ulang tahun pertama sejak saye jumpa encik talhah iaitu tahun lepas 26februari 2015 jatuh pada hari khamis , tahun ni hari jumaat ( alhamdulillah masih diberi peluang hidup) artikel & kempen saye kali ini : Jom Tulis Diary Kesyukuran !!

Awak boleh cari satu buku kosong , any books , kemudian setiap 1 hari , awak just tulis 5 points numbering 1️⃣2️⃣3️⃣4️⃣5️⃣.

setiap number tu awak boleh la tulis perkara yg awak bersyukur/being grateful of . dari sekecil2 perkara sampai la sebesar2 perkara. tulis perkara yg awak rase terharu atau rase happyπŸ˜πŸ˜„πŸŒŽ
hadirin, orang putih/WESTERN ade satu quotation :

Count your blessings ! maksudnya ( kira/nyatakan rezeki2 awak ) . 

Islam pun ade quotation : jikalau kamu bersyukur, nescaya Aku(Allah) tambahkan pemberianKu (rezeki melimpah limpah) .

hadirin, kita selalu senang mengeluh πŸ˜” atau kritik  atau memperlekeh πŸ˜’ (downgrade) atau bersangka buruk tentang byk bende. SEBAB APE ?!!!

sbb norma masyarakat atau pengaruh sekeliling kita mmg selalu mcm tu . contohnya, :

di dunia barat: 

I'm NOT good enough ❌❌!!! 

why these bad things happened to meπŸ€•πŸ€• !! whats WRONG with youπŸ˜‘πŸ‘† !! 


whats WRONG with me πŸ˜ πŸ”«!!! 


kalo kat msia :

eh apsal harga brg ni mahal sgt πŸ’Ή!! 

eh teruk la kerajaan skrg !! 


sayang !! you ni cuba la masak sedap2 sikit πŸ—πŸ–πŸ§, tawar la rase !!! 


eh beb , kete aku eksiden teruk ni πŸš—πŸš¨!! 


apsal ko bodoh sgt πŸ˜«πŸ•΄!! 


apasal la rezeki aku asik macam ni , x ubah2 😿!!!


apsal la Tuhan bagi aku ujian macam ni !! apa dosa aku !!!


hadirin sekalian, last year , saya byk kali fikir nak bunuh diri 😲 sbb stucked dalam dunia OCD & anxiety . saya pun fikir kalo asik mcm ni , better aku mati !!😿 but apply diary kesyukuran ni : sgt2 membantu utk kita realise , utk kita faham , utk kita nyatakan perkara2 positif/happy yg kita lalui✍ .
thats why bila kita tulis points , kita baca balik (review), so ending dia mesty kita ade create perasaan bersyukur kpd Allah yg beri mcm2 perkara yg indah utk diri kita . ckp la kat Allah :

 terima kasih ya Allah sbb bagi aku ...

so kalian cuba apply dulu utk few days, insyaAllah you will feel good & seronok tulis diary kesyukuran ni . for me personally , after sye buat diary kesyukuran ni , mcm2 bende(material), kebaikan, perasaan tenang, perasaan yg stabil, & i feel keindahan hidup:

ramai org hargai saya.
saya pun senang hargai org lain, 
saya dpt ramai kawan2 baru , 
kwan2 yg sayang saya,
 roomates saya fhm my condition 😭 & sporting about mens talk😍, 
dpt main tennis & join archery petang2
(sebelum ni sye asik kurung diri takut nk keluar petang 😰), 

saya pun jumpa calon isteri yg baik ( insyaAllah, dpt kahwin dgn dia ) haha😊 , 
saya dpt iphone 6 gold , 
owner umah sewa halalkan hutang sewa saya yg tertunggak RM 1,500 ,
saya dpt kerje yg baik, my working groupmates understand me , 
saya dpt settle pelajaran diploma . 
(ESOK sabtu 27february, saya kena daftar kat UiTM sambung degree akaun 
( alhamdulillah rezeki belajar tu Allah masih bagi kat saya)

utk capai kesembuhan dlm OCD dan anxiety ni jgak, saya kdg2 always tulis dlm diary tu :

"aku dpt solat fardhu maghrib mudah"  
( hadirin, kdg2 dlm satu hari bukan semua solat fardu saya boleh buat dgn mudahπŸ˜”)

So, kalo solat tu mudah mmg saya direct TULIS , solat fardu yg mana mudah  (sebenarnya semua solat fardhu saya bersyukur dpt laksanakan) tapi kdg2 kan ade yg saya take time solat lama sbb tersangkut atau stress sgt. ⏰πŸ˜… so any solat mudah sye mentioned kat diary tu & also wuduk.

Hadirin skalian, wuduk boleh jadi sgt menakutkan utk saya ( biase la checker kan !! haha😜) ,
but i try my good utk wuduk secara normal & mudah , so kalo wuduk saya ok, pun sya akan mentioned kat dlm diary tu wuduk hari ni mudah.

Hadirin, any ibadah yg awak rase mudah & senang , awak tulis je dlm diary , sbb for me melalui diary ni cara saya bersyukur😊😌 , cara saya nk bagitau Allah yg saye sgt2 berterima kasih sbb ade few waktu solat mudah atau wuduk dpt amik dgn mudah. so kat sini Allah tu sentiasa Maha Mendengar (kesyukuran kita samada kita nyatakan atau sembunyikan)

Saya sgt percaya , pointing kat sini kalo saya bersyukur sbb ibadah mudah of course Allah tu TAMBAH LAGI kurniaanNya ( InsyaAllah ibadah kita lagi mudah & dipermudahkan & seronok utk kita beribadah & seronok utk kita always bersyukur atas kesudian Allah menciptakan diri kita) .

Hadirin , saya always teringat kata2 Miss Virgin Rose VR , one of person yg berjaya sembuh dari AD,  ape dia kata ???  dia kata:

"Allah ciptakan diri kita ni utk kita merasa Kasih Sayang Allah". 
( something like that la dia kata) so kat sini semua bentuk kasih sayang Allah tu anything anyforms apa2 shj kurniaan Allah yg indah , saya akan coretkan/tuliskan dlm diary kesyukuran saya.

so , jom tulis diary kesyukuran !!! sbb kita semua DESERVE ( BERHAK ) bahagia


Ulangkaji Sessi Rawatan 16

Revision 9.8


Ikhtiar 8


Mendapatkan rawatan urut tradisional dari pakar urut.

Biasanya orang-orang tua dikampung-kampung tahu akan istilah 'urut pecah angin medu'..

Urutan ini adalah urutan seluruh tubuh badan dan perlu diulang 3 kali dan setelah itu terpulang pada individu samada ingin mengulanginya sekali setiap bulan.

Pakar urut akan berusaha memecahkan angin medu yang terkumpul dibahagian ulu hati atau perut, atau bahagian-bahagian lain pada tubuh badan (sejenis angin yang telah terlalu lama terkumpul yang mana memberi gangguan pada kelancaran saraf tubuh manusia - dari sudut lain, ianya juga tempat yang suka diduduki oleh makhluk halus seperti jin ~wallahuaklam)

Selain dari itu, teknik mengurut ini akan membantu memecahkan blockage (sekatan) pada sistem nerve pada bahagian kepala dan tengkuk. Saya merasakan satu kelegaan dan keringanan setelah melalui rawatan urut tradisional ini.

Selepas melalui sessi ulangan urut tradisional ini, saya dapati penglihatan saya yang selama ini seakan kelam menjadi lebih jelas, dan dapat merasa keberadaan saya didalam diri yang mana sebelumnya saya sering merasa seolah diawang-awangan dan terlalu mudah terganggu dan tenggelam punca.
Baru saya dapat menghayati apa itu 'I'm in control'

Selain dari itu, rawatan bekam juga adalah digalakkan bagi ikhtiar mengeluarkan darah-darah kotor yang bertampung di dalam tubuh badan. Dapatkan rawatan bekam dari Pakar Bekam yang bertauliah dan dipercayai perkhidmatannya.

Ulangkaji Sessi Rawatan 15

Revision 9.7


Ikhitiar 7


TEKNIK EFT


Merawat Emosi Melalui EFT (Emotional Freedom Techniques®)

Seorang pakar motivasi yang terkenal di Malaysia mengenakan bayaran RM650 hanya untuk mengajar teknik EFT. Setiap kali beliau menganjurkan seminar, lebih dari 100 orang akan mengikut seminar beliau. Jadi saya harap anda tidak akan mensia – siakan ilmu teknik EFT ini hanya kerana anda memperolehinya secara percuma.


Bayangkan seorang rakan anda telah mengalami kemalangan sehingga patah kakinya. Selepas melalui rawatan perubatan moden, kaki rakan anda akan pulih dan kelihatan seperti biasa seperti sebelum beliau mendapat kemalangan. Tetapi tahukah anda semasa beliau mendapat kemalangan, rakan anda juga telah mengalami kejutan psikologi seperti ketakutan , trauma, terperanjat dan kesakitan emosi?

Perubatan moden hanya merawat fizikal rakan anda. Kerana itu walaupun kaki rakan anda telah kelihatan seperti biasa, anda pasti akan mendengar keluhan kesakitan atau ketidak selesa pada kaki atau anggota tertentu rakan anda. Tahukah anda kenapa boleh jadi demikian?

Ini kerana, kecederaan dalaman di tubuh rakan anda masih tidak dipulihkan. Dan selalunya mereka yang mengalami keadaan yang sama akan mengadu atau membawa kesakitan tersebut sehingga ke akhir hayat.

Keadaan yang sama juga berlaku jika rakan anda mengalami masalah kegagalan atau kesusahan kewangan. Emosi dan mental rakan anda juga telah mendapat kecederaan atau kesakitan.

E. F. T
Emotional Freedom Techniques®
Where astonishing emotional relief leads to
profound physical healings.
--Physician Approved--


SILA KLIK LINK UNTUK MEMPELAJARI TEKNIK INI 

 


Ulangkaji Sessi Rawatan 14

Revision 9.6


Ikhtiar 6



Senaman The Five Rites

 

Pesan seorang sahabat:

" Pepatah Arab “al-’Aqlus Salim fil Jismis Salim”
Akal (dan segala aspek non-material manusia) yang SIHAT, berada pada jasad yang SIHAT juga.

Saya baru sahaja menyedari akan hakikat ini beberapa waktu dahulu..kira-kira setahun yang lalu. Ketika saya menghadiri satu sesi kursus rawatan diri (nak buang sihir, saka dan sebagainya), kami disuruh dan diajar bersenam dengan cara tertentu, diajar juga teknik pernafasan…dan rupa-rupanya dengan izin Allah,

GANGGUAN SIHIR atau GANGGUAN MAKHLUK HALUS TERSEBUT BERJAYA DISINGKIRKAN HAMPIR 50 PERATUS DENGAN HANYA MELAKUKAN RIADAH FIZIKAL YANG BETUL.

Apabila aliran darah berlari dengan baik dan lancar, jasad kita sudah tidak lagi menjadi habitat yang selesa buat makhluk jin ini.

Dari Safiyah Binti Huyay bahawa Rasulullah bersabda :

‘ Sesunggguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah (sistem nerve)’.
(HR Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Saya ingin memberi fokus bahawa dalam membina kesihatan rohani, kesihatan dan kekuatan fizikal juga tidak boleh diabaikan. Perlu wujud keseimbangan.

Jika rohani kita kuat tetapi jasad lemah, ketidakseimbangan tersebut bakal mengakibatkan kemudaratan juga…dan ada sebahagiannya sehingga mengancam nyawa, apabila tubuh tidak mampu menampung tenaga dalaman yang melebihi kapasiti jasad."

Dibawah ini saya sertakan sejenis senaman yang lebih kurang sama seperti yg diajarkan oleh seorang ustaz . Disamping mengamalkan Latihan Pernafasan yang saya pernah kongsikan, lakukan lah senaman ini 2 kali sehari ; pagi dan petang. Lakukan dengan niat berikhtiar, InsyaAllah anda akan merasakan kelegaan dan perubahan positif pada gangguan was-was yg mengganggu anda.

Ia juga baik diamalkan terutama disepanjang bulan puasa sebagai ikhtiar untuk merasa segar dan mengelakkan mengantuk terutama menjelang petang didalam pejabat berhawa dingin.



Ulangkaji Sessi Rawatan 13

Revision 9.5


Ikhtiar 5

SET ZIKIR



Firman Allah:

“Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (keutamaanya) dari ibadah lain.”
(Al-Ankabut : 45)

Mengingati Allah yang dimaksudkan diatas, antaranya adalah ZIKIR.
Zikir adalah MAKANAN ROH, SEPERTI MANA NASI ADALAH MAKANAN JASAD.

Bukankah hanya dengan mengingati Allah itu maka hati menjadi tenang, dan dengan ketenangan itu membawa kita ke dalam frequensi positif dan seterusnya menarik masuk tenaga-tenaga berbentuk positif ke dalam realiti kehidupan kita?

Melakukan kewajipan dan juga amalan-amalan berbentuk ibadah seperti solat sunat, membaca Al-Qur'an adalah antara amalan kerohanian. MELAWAN GANGGUAN WAS-WAS JUGA ADALAH KERJA ROH. Mana mungkin roh yang lapar dan lemah mampu melakukan kerja-kerja ini. Roh itu lemah, tak berdaya, kelaparan.

Fizikal manusia ini terhad, jika kita kaya raya dan mampu membeli pelbagai jenis pakaian berjenama mahal,

Berapa banyak pakaian mahalkah yang dapat kita pakai dalam waktu yang sama?..5 pasang sekali pakai?..tentunya kita akan pengsan kepanasan dan silap haribulan mendapat gelaran 'gila' dari orang lain.

Berapa banyakkah makanan yang lazat-lazat dapat kita makan dan isi ke dalam tubuh badan kita dalam waktu yang sama?...5 pinggan?..aku rasa jika 2 pinggan itu pun dan cukup membuat kita rasa mual dan ingin memuntahkan kembali makanan tersebut.

Akan tetapi roh manusia tiada had, kita boleh memberi 'makanan' dan 'pakaian' kepada roh dengan pelbagai jenis aneka zikir yang berlainan, tak kira sebanyak manapun, tak perlu keluar modal pun, dan makanan roh ini semestinya tersangat penting melebihi makanan jasad. Akan tetapi inilah sesuatu yang sering aku (mungkin kita) abaikan. Lantaran itu, tanpa kesedaran ini, ummah akan terus leka dan lalai dengan duniawi dan makin jauh dari Allah.

Langkah-langkah

Dibawah ini disertakan set zikir yang diajarkan oleh seorang ustaz pengamal perubatan alternatif. Salawat (No.1 dan 7 dibaca 3 kali).

Boleh diamalkan setiapkali selepas solat, atau sekurang-kurangnya 2 SET setiap hari, Juga dibaca ketika perlu, iaitu ketika fikiran diserang oleh gangguan pemikiran was-was yang bertalu-talu yang menggesa kita berfikir perkara yang meresahkan tanpa henti, sebaiknya segera dibacakan set zikir ini.






Ulangkaji Sessi Rawatan 12

Revision 9.3


 Ikhtiar 4

Terapi Istighfar

Hati manusia itu diumpamakan sehelai kertas putih yang bersih, ketika dia berbuat dosa munculah sebuah titik hitam pada kertas itu. Ketika ia beristighfar dan mengerjakan shalat bintik hitam itupun hilang. Demikian seterusnya hati akan tetap bersih selama ia tetap beristghfar dan mendirikan shalat. Jika ia tidak pernah beristighfar dan mendirikan shalat maka hati itu akan dipenuhi bintik hitam yang pada akhirnya akan menutupi seluruh hatinya menjadi hitam legam penuh kegelapan. 
 
Allah meletakan tutupan diatas hati orang yang tidak pernah beristighfar, tidak solat dan tidak peduli dengan peringatan Allah sebagaimana disebutkan dalam surat Kahfi ayat 57

57. Dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya lalu dia berpaling dari padanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan kendatipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya. (Al Kahfi 57)

Langkah-langkah:

Ambil masa sejam sehari untuk beristighfar (Astaghfirullahaladzim) TANPA HENTI. Gunakan tasbih BUKAN UNTUK MENGIRA BILANGAN ISTIGHFAR tetapi supaya fokus kepada istighfar anda tidak terganggu yakni lalai dan terhenti.

Anda tidak perlu untuk duduk diatas sejadah selama sejam itu. Anda boleh melakukan aktiviti harian sambil berdiri, duduk, menonton TV dan lain-lain selama sejam itu tetapi lakukannya dengan istiqamah setiap hari. Sekiranya anda tidak dapat mengambil masa sejam, mulakan dengan setengah jam sehari.

 

 


Ulangkaji Sessi Rawatan 11

Revision 9.2

 

Ikhtiar 2

Melakukan puasa sunat seperti puasa sunat Isnin atau Khamis. Seperti mana yg telah kita fahami dalam revision2 yg lalu, syaitan itu berjalan mengikut laluan serotonim pathway (sistem saraf), seperti mana hadis Nabi SAW. Maka dengan menjalani ibadah puasa sunat, jalan-jalan laluan syaitan itu akan menjadi sempit dan dapat dijadikan ikhtiar untuk menghalang syaitan yg menghembuskan bisikan was-was ini daripada sampai ke bilik-bilik serotonim didalam otak . Sepertimana sabda Nabi SAW dalam hadis yg lain :

“Bahawa syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah tempat berjalan darahnya, maka sempitkanlah tempat jalannya dengan berlapar.”
(HR Bukhari dan Muslim)



Ikhtiar 3

Teknik Pernafasan. 

Mempelajari teknik pernafasan sangat penting dalam usaha menjaga emosi supaya sentiasa berada didalam mod tenang dan membantu kita untuk memberikan fokus dalam aktiviti harian kita, Lakukan teknik pernafasan yg telah anda pelajari ketika bangun tidur, sebelum tidur, PADA SETIAP KALI PEMIKIRAN TERGANGGU DENGAN IDEA OBSESSIVE dan bila-bila waktu yg anda rasa perlu.
Sebagai rujukan semula tentang teknik pernafasan ini, disertakan dibawah ini:

a. Mulakan dengan Bismillah dan Berselawat ke atas Nabi SAW beberapa kali.

b. Duduk dan biarkan tengkuk kita tegak. Cuba bertenang. Letakkan posisi tangan anda di atas peha.

c. Menyedut nafas melalui hidung dengan perlahan sedalam-dalamnya hingga dada menegak dan TAHAN NAFAS ini. Pastikan tiada nafas yang keluar.

d. Semasa menahan nafas, (didalam hati) ucapkan 2 kalimah syahadah dengan sepenuh hati dan jiwa dan juga penghayatan.

e. Hembuskan nafas melalui mulut dengan kiraan 10 saat.

f. Lakukan sewaktu bangun tidur pagi hari, selepas solat dan sebelum tidur. Juga sebelum memulakan rawatan Teknik EFT.

g. Jika anda ingin melakukannya 2 atau 3 kali setiap kali melakukannya , PASTIKAN anda mengambil nafas seperti biasa dahulu sebelum mengulangi sekali lagi. (jika tidak kemungkinan risiko anda akan pitam)

Saya berharap semoga sesiapa yang telah mempelajarinya samada didalam seminar atau pun dari sumber yang lain sentiasa mengamalkannya. Hari ini saya ingin membincangkan antara rahsia atau hasil dari latihan pernafasan yang diamalkan setiap hari.

Cuba lakukan cadangan berikut:

- Sila ambil sebatang jarum, pegang di jari kanan anda.

- Kemudian ambil seurat benang dan masukkan benang kedalam lubang jarum tersebut.

- Setelah benang masuk, keluarkan semula benang dari lubang jarum tersebut.

- Masukkan kembali benang kedalam lubang jarum tersebut sambil memerhatikan nafas anda.

Apakah sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut anda menahan nafas anda sebentar tanpa anda sedari atau nafas anda secara tiba-tiba menjadi perlahan?

Saya yakin anda akan menahan nafas atau pun kemungkinan anda akan bernafas dengan sangat perlahan dan lembut sekali sewaktu anda memasukkan benang kedalam lubang jarum tersebut.

Semakin anda memperlahankan nafas anda anda, semakin mudah anda memberi tumpuan dan konsentrasi untuk memasukan benang ke dalam lubang jarum tersebut.

Nafas mempunyai hubungan yang sangat erat dengan aktiviti minda. Semakin perlahan nafas anda semakin perlahanlah gelombang otak anda. Maka semakin mudah anda mencapai gelombang alpha.

Alpha merupakan sebuah keadaan gelombang minda yang sangat tenang.
Ketenangan jenis inilah yang kita inginkan selalu hadir dalam diri kita yang kita kenali dengan istilah
 'feeling good' oleh pengamal-pengamal Hukum Tarikan Barat. Dengan ketenangan minda dan jiwa ini, insyaAllah, kita lebih mampu mengendalikan apajua permasalahan atau situasi yang kita hadapi dengan lebih baik, berkesan dan positif.

Amalkan latihan pernafasan yang anda pelajari setiap hari semaksima mungkin.



Ulangkaji Sessi Rawatan 10

Revision 9.1


Ikhtiar 1

 

Antara usaha yg dicadangkan ialah


1. Membuat Afirmasi sebanyak 200 kali sehari (minimum)

Sila rujuk semula revision2 sebelum ini untuk memahami apakah itu Afirmasi


2. Berjumpa pakar jiwa. 

Saya tidak menafikan bahawa pengambilan ubat-ubatan pada pesakit OCD amat PERLU kerana ia menjadi booster yang sangat membantu dalam mempercepatkan proses menanam implan dalam proses menyembuhkan diri.

Cuma kena bersabar dengan pihak hospital, kerana prosesnya agak lambat.

Pergi kemana-mana hospital kesihatan kerajaan, daftar sebagai pesakit luar, bayar RM1, kemudian akan dipanggil bertemu Medical Officer atau GP (General Practisioner). Bila bertemu mereka, terus terang kepada mereka apa yang dialami, nyatakan anda mempunyai simptom OCD. Mereka akan membuat satu surat rujukan pada pakar dan akan diberi tarikh temujanji pada hari lain, mungkin dalam masa 2 minggu. (ini yg biasa dialami sedangkan kita sebolehnya inginkan hari itu juga, tetapi ini adalah mustahil diMalaysia)

Doktor GP atau MO tidak akan memberi anda ubat kerana ubat-ubatan OCD hanya boleh diberikan melalui preskripsi seorang pakar jiwa sahaja. Oleh itu, tunggulah dengan sabar pada hari temujanji yg ditetapkan, Jangan rasa rendah diri bila anda berada ditempat temujanji kerana anda akan dapati pelbagai ragam manusia sakit jiwa yang sedang menunggu temijanji, ada yang terlalu murung, ada yang terlalu ceria, ada yang serious, dan elakkan dari bercakap dgn sesiapa pun atau berbincang dgn pesakit2 ini ketika sedang menunggu nama anda dipanggil kerana kita tidak tahu apakah jenis gangguan mereka, maka risiko akan ditengking dengan tiba-tiba mungkin boleh berlaku. (hehe)

Dan bila telah berpeluang bertemu pakar, luahkan segala apa yang dipendam selama ini, jika anda ingin menangis pada hari itu, lakukan, anda akan merasakan kelegaannya. Kemudian, makan ubat yang telah dipreskripsikan mengikut dos dan waktu yang tepat. 

3. Pengambilan serotonim secara natural

Selain mendapatkan ubat-ubatan SSRI (selective serotonim reuptake inhibitor) dari doktor psikiatrik seperti Zoloft, Prosac, Xanac dan lain-lain, kita juga boleh berikhtiar menambahkan serotonim dalam badan kita dengan mengambil makanan-makanan yang mengandungi serotonim seperti didalam gambar dibawah, atau anda boleh dapatkan pandangan dari doktor anda atau buat carian google tentang pemakanan yg menggalakkan reproduksi serotonim dalam tubuh kita.



Ulangkaji Sessi Rawatan 9

Revision 9


Ikhtiar / komitmen


Setelah kita berdoa, membuat afirmasi dan berserah diri, maka kita perlu melakukan ikhtiar dan usaha (komitmen). Kita tidak boleh hanya berdoa dan berdiam diri tanpa melakukan apa-apa usaha.

Maksud firman Allah:

Allah tidak akan mengubah nasib seseorang atau sesuatu kaum itu sehingga orang atau kaum itu berusaha mengubah apa yang ada pada diri mereka. (QS Ar-Raad: 11)

Apakah usaha yg boleh kita lakukan?
Antara usaha yg dicadangkan ialah seperti didalam gambar ini:


Ahad, 1 Mei 2016

Ulangkaji Sessi Rawatan 8

Revision 8



Setelah kita mengenal pasti keinginan kita dan menuliskannya, kemudian berdoa serta melakukan afirmasi, maka langkah seterusnya ialah TAWAKKAL (BERSERAH DIRI)

Maksud Firman Allah:
Barangsiapa yg bertakwa kepada Allah, nescaya akan dikeluarkan daripada apa yg menyusahkan dirinya. Dan Allah akan memberikan kepadanya rezeki dari sumber yang tak pernah terlintas di fikirannya. Dan barangsiapa yg BERSERAH DIRI kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluan dirinya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa melaksanakan apa yang dikehendakiNYA. Allah yang meletakkan kadar dan ketentuan bagi setiap sesuatu.
(QS At-Talaq : 2-3)


Kita perlu meletakkan PERSERAHAN DIRI dan DOA KITA kepada Allah SWT, dengan perasaan optimis dan yakin.

Sila baca kisah dibawah ini untuk memahami demgan lebih mendalam: 

Datanglah ke ofis ayah, ambil duit...

prologue

Herlina dan rakan-rakan bersiar-siar disekitar ibukota hari itu. Alang-alang tengah cuti 'study week' ni, ambillah masa sekejap untuk window shopping. Entah macamana, iphonenya tercicir. Puas rayau kesana sini, manakan nak jumpa. Entah kot tertinggal kat tandas KLCC tadi ke, jangan harapla nak jumpa balik.

Dengan rasa risau berbaur menyesal, Herlina menghubungi ayahnya yang sedang bekerja menggunakan handphone kawannya.




"Assalamualaikum ayah, Lina ni"

"Waalaikumussalam, ha..pakai no siapa ni? kat mana?"

"Ni no telefon Nani, Lina kat KLCC ni. Iphone cicir, puas cari tak jumpa...."
dengan perasaan bimbang takut dimarahi.

"Laaa..macamana boleh cicir? kamu ni lalai....habis tu macamana?"

"tu la yang kol ayah ni, macamana ni, tak de fon susahla Lina. Esok dah nak balik kampus. Lina dah puas cari balik, tak jumpa"

"Hmmm.. tak perlah kalau dah macam tu, KLCC kan dah dekat je dengan ofis ayah, datangla kejap ke ofis ayah, ayah bagi dalam RM2,000, kamu belilah phone lain"

Sejurus itu juga hati Lina menjadi amat gembira tak terkata, wajahnya kemerah-merahan kerana merasa lega. Sebelum ke pejabat ayahnya, sempat juga dia mengajak rakan-rakannya membuat survey dibeberapa buah kedai telefon bimbit.

                                                                          .......




 Begitulah yang selalunya berlaku pada diri kita apabila kita mendapat JAMINAN, PENGESAHAN DAN JANJI YANG SANGAT BOLEH KITA PERCAYAI / CONFIRMED bahawa kita akan diberikan bantuan terhadap sesuatu kesulitan atau sesuatu keinginan kita, iaitu : MERASA AMAT GEMBIRA DAN SERONOK


Maksud Firman Allah:
Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina
(QS Al Ghafir:60)

Allah memudahkan bagi kamu dengan putaran malam dan siang. Dia memberikan kamu setiap perkara yang kamu mohon. Kiranya kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah tidaklah terkira, tetapi manusia itu zalim dan ingkar tidak berterima kasih.
(QS Ibrahim, Ayat 31-34)

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.”
(QS Al-Baqarah: 186).

“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.”
(QS Al-Mukmin: 60).

Didalam beberapa ayat dari firman Allah SWT yang dinyatakan diatas, adalah juga merupakan sebuah JAMINAN. PENGESAHAN DAN JANJI dari Allah SWT, Tuhan Pencipta Alam Semesta yang Maha Kaya Raya lagi Maha Benar dan Maha Tepat JanjiNya.

TETAPI,
 
Berapa kalikah, setelah kita berdoa kepada Allah, kita dapat merasakan MERASA AMAT GEMBIRA DAN SERONOK kerana yakin bahawa doa kita telah makbul seperti yang dijanjikan Allah didalam Al-Qur'an (Rukun Iman Yang Ketiga ialah Beriman dengan Kitab Allah) dan merasakan bahawa setelah berdoa, mengikut janji Allah, doa itu telah dimakbulkan dan dapat merasai atau menghayati bahawa kita kini berada didalam status dan proses "menerima permintaan / permintaan anda sedang menuju kepada anda" ?

Jika dengan janji manusia yang lemah kita boleh merasai kegembiraan dan keseronokan, bagaimanakah dengan janji dari Allah, Tuhan Yang Maha Perkasa?

ATAU selepas setiap kali kita berdoa, selepas meng amin kan doa, kita tidak pernah merasai apa-apa perasaan langsung seolah2 doa kita itu hanyalah sebuah "luahan kosong" sahaja.

Jawablah dengan jujur dari hati yang ikhlas.

                                                                            ..............

epilogue

Herlina dan rakan-rakannya sampai ke pejabat ayahnya agak lewat kerana agak lama membuat survey dibeberapa buah kedai telefon bimbit dan setelah itu mereka singgah makan dulu.
Sejurus setelah berjumpa dengan ayahnya,

"Ayah, sorilah, lewat sikit, pergi buat survey tadi"

"Takpe, tapi.....ayah nak minta maaflah, boleh tak tunda hujung bulan ni, sekejap tadi ayah bawak kereta ke bank, ayah terlanggar kereta oranglah, ayah dah terpakai duit yang nak bagi kamu tu

                                                                             ..............

Kesimpulan:
 
PERLU UNTUK KITA MEWUJUDKAN SEBUAH PERASAAN GEMBIRA BAHAWA "APA YANG KITA TELAH DOAKAN TADI TELAH PUN MAKBUL DAN PERMINTAAN KITA ITU SEDANG MENUJU KE ARAH DIRI KITA"  SETELAH SETIAP KALI KITA BERDOA, KERANA PERASAAN ITU MENANDAKAN KITA MEMPUNYAI RASA "PERSERAHAN DIRI" (TAWAKKAL) KEPADA ALLAH.

DALAM ERTI KATA LAIN, JIKA KITA MOHON DOA UNTUK SEMBUH DARI PENYAKIT OCD, BERMAKNA KITA PASTI AKAN SEMBUH, BUKANKAH INI SUATU PERKARA YANG SEPATUTNYA KITA MERASA GEMBIRA?

 

Ulangkaji Sessi Rawatan 7

Revision 7

 

 

Langkah 2 ialah Meminta (Asked) / Berdoa


Meminta kepada siapa?

Meminta kepada Allah Yang Maha Menyembuhkan (Berdoa)

KEKUATAN DOA:

Maksud Firman Allah:

Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina
(QS Al Ghafir:60)

Allah memudahkan bagi kamu dengan putaran malam dan siang. Dia memberikan kamu setiap perkara yang kamu mohon. Kiranya kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah tidaklah terkira, tetapi manusia itu zalim dan ingkar tidak berterima kasih.
(QS Ibrahim, Ayat 31-34)

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.”
(QS Al-Baqarah: 186).
 
“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.”
(QS Al-Mukmin: 60). 

Maka dari keterangan ayat-ayat diatas, perkara yg PALING PENTING untuk kita fahami disini ialah:

ALLAH MEMAKBULKAN SETIAP DOA HAMBANYA.


Rukun Iman ada 6 perkara, rukun iman yg ke -3 ialah : BERIMAN DENGAN KITAB ALLAH

Maka mulai sekarang, kita perlu percaya bahawa setiap doa yg kita mohon adalah MAKBUL.

Sekiranya kita berpendapat bahawa Allah tidak memakbulkan doa kita, bagaimanakah dgn rukun keimanan kita yg ke-3 iaitu Percaya Kepada Kitab Allah (dalam konteks umat Muhammad SAW, kitab kita adalah Al-Quran) maka dari penjelasan ayat2 diatas adalah merupakan firman2 Allah didalam Al-Qur'an. Maka dengan itu, meletakkan kepercayaan bahawa setiap doa itu pasti makbul adalah PENTING,

Sebaiknya adalah disarankan melakukan Solat Sunat Hajat.

Di akhir solat sunat hajat mohonlah dari Allah agar diberikan kepada kita apa yang telah ditulis didalam senarai yang telah dibuat seperti:

Ya Allah, Berkanlah kepadaku:

1. Aku sihat zahir dan batin
2. Sihat seperti orang lain yang normal
3. Memiliki kewarasan dan rasional sepertimana manusia normal
4. Aku berkeadaan normal tak kira samada dalam ibadah fekah, berurusan dgn orang-orang lain dan melakukan pekerjaan ku dengan tenang dan aman.
5. Perhubungan ku dgn orang-orang yang mengenaliku berlangsung dalam keadaan yang harmoni dan baik
6.
7.
8.
9.
10.

Ulangi doa atau solat hajat ini mengikut sekuat mana anda mampu dan inginkan.

Kertas tulisan senarai kenginan anda ini PERLU anda simpan, dan baca dengan kerap untuk menjadikan salah satu tools motivasi anda. Sila tandakan setiap keinginan yg telah dimakbulkan. Percaya atau tidak, inshaa Allah, disuatu waktu nanti, anda akan terkejut kerana setiap keinginan anda ini telah pun menjadi kenyataan!



Langkah 2.1 

 

AFIRMASI

 

Setelah anda membuat permohonan samada melalui DOA atau Solat Sunat Hajat, langkah seterusnya ialah mencipta AFFIRMASI anda yang berkaitan dengan apa yang telah anda minta.

Apakah Afirmasi (Affirmation)

AFFIRMASI (AFFIRMATIONS) Adalah satu proses yang dilakukan selepas berdoa terhadap sesuatu permintaan. Ianya merupakan TULANG BELAKANG dalam pengamalan LOA.
TANPA melakukan Affirmasi, proses pengamalan Hukum Tarikan anda tidak lengkap.

Ianya suatu pernyataan atau penegasan yang berkaitan dengan doa yang dibuat.

HANYA MENGGUNAKAN PERNYATAAN POSITIF DAN PRESENT TENSE


Contoh:

1. Doa minta lulus peperiksaan
Affirmasi: InsyaAllah, aku pasti lulus cemerlang.

2. Doa minta supaya berjaya menjadi pelajar IPTA
Affirmasi: InsyaAllah, Akulah pelajar UIA (contoh) pada tahun 2012

3. Doa minta rezeki
Affirmasi: InsyaAllah, Aku sentiasa memiliki kuasa beli yang tinggi

4. Doa minta sembuh dari penyakit
Affirmasi: InsyaAllah, Aku semakin sembuh, ATAU Aku semakin pulih, ATAU Aku sentiasa sihat

5. Doa minta dipermudahkan dalam urusan tertentu
Affirmasi: InsyaAllah, segala yang aku perlukan dalam hidup, sentiasa sahaja datang padaku pada waktu yang tepat dan sesuai.

Jangan lupa gunakan lafaz 'InsyaAllah' didalam affirmasi anda.

Afirmasi yang dicadangkan didalam sessi ialah seperti:

 "Aku seorang yang waras dan normal"
"Aku seorang yang sihat zahir dan batin"



Bilakah saat kita menggunakannya?

Dalam sessi, saya memberikan cadangan supaya menyebutnya sebanyak 200 kali dalam sehari iaitu:

50 pagi
50 tengahari
50 petang
50 malam

Pengamal-pengamal LOA dibarat mengulangi affirmasi mereka lebih dari 200 kali sehari untuk sesebuah permintaan.

Sesuai dengan Sabda Rasulullah S.A.W iaitu:


"Hendaklah orang yang memohon itu bersikap mantap seolah-olah pasti termakbul doanya - dan hendaklah ia memperbesarkan keinginannya untuk dikabulkan itu, kerana sesungguhnya Allah itu tidak ada sesuatu yang dipandang besar olehNya yang dapat diberikan kepada orang yang memohonnya itu.
(HR Imam Muslim)


1. Berikan keyakinan pada diri sendiri setiap hari tidak kira masa dengan menggunakan affirmasi, terutamanya ketika pemikiran was-was dan negatif mula datang mengganggu anda. Sebaiknya juga, sebelum tidur, fokuskan pada diri anda dengan menggunakan Affirmasi /pengesahan positif seperti:

‘Aku telah berdoa pada Allah. Aku beriman dan meyakini jaminan Allah bahawa doaku telah dimakbulkan. Aku juga telah dan sedang memberikan komitmen semaksima mungkin untuk mencapai keinginanku ini. Maka sekarang ini, aku sedang berada di dalam proses menerima/ mendapatkan apa yang kuimpikan.’

Ulang pernyataan ini berkali-kali sehingga anda dapat merasai ketenangan dan kegembiraan dihati anda. Jadikan perkara mendapat kejayaan cemerlang yang anda inginkan, sebagai fikiran dan perasaan yang mendominasi diri anda. Bukannya perasaan ragu-ragu atau bimbang akan kegagalan. Jangan berfikir langsung akan kegagalan. Perlu diingat, setiap cetusan fikiran anda akan mengeluarkan frekuensi yang akan menarik tenaga yang sama frekuensi dengan apa yang anda keluarkan.

2.1 a


JANGAN TERSALAH AFIRMASI!

Dilarang menggunakan perkataan JANGAN , TAK atau TIDAK dalam penggunaan afirmasi. Afirmasi yg salah hanya akan menarik kembali perkara yg ingin kita jauhi seperti:

- aku sudah tidak lagi was-was
- aku dah tak sakit
- aku tak ada OCD /AD


semua ini hanya akan menarik kembali tenaga negatif berbentuk penyakit was-was kepada kita. Jika anda tidak faham, cuba ikut arahan dibawah:

"JANGAN BAYANGKAN MENARA KLCC"

Sudah tentu akan terbayang di minda anda akan bayangan menara KLCC walaupun arahannya "JANGAN" . Ini adalah kerana Minda Separa Sedar kita yg berfungsi menghantar frekuensi pemikiran ke angkasa itu TIDAK MEMAHAMI perkataan JANGAN, TAK atau TIDAK. ia hanya akan memberi respon kepada apa yg kita SEBUTKAN.

2.1 b

JANGAN TERKELERU ANTARA AFIRMASI DAN DOA

Contoh : "Saya nak sembuh"   - Ini adalah permintaan dan doa

              "Saya seorang yg sihat dan waras - Ini adalah Afirmasi


             "Saya ingin menjadi kaya" - Ini adalah permintaan dan doa

             "saya seorang yg kaya" - Ini adalah afirmasi


PERINGATAN !

Afirmasi adalah proses yg dilakukan SETELAH berdoa
Maka adalah SALAH sekiranya anda membuat afirmasi tanpa berdoa terlebih dahulu.

Ulangkaji Sessi Rawatan 6

Revision 6

Langkah 1 - Mengenal Pasti keinginan
(What Do You Really Want)


Dalam membicarakan soal keinginan kita, adalah penting untuk kita memahami apakah yang benar benar kita inginkan. Kita perlu memahami, seperti yang telah kita bincangkan dalam bab Hukum Tarikan, bahawa tenaga dari alam semesta akan tertarik oleh kita, samada kita sedari atau tidak, melalui cetusan fikiran dari minda yang mendominasi pemikiran kita iaitu segala apa yang kita berikan tumpuan, tenaga dan juga perhatian yang mendalam samada negatif atau positif.

Permasalahan yang akan menyukarkan kita dalam mengaplikasikan konsep husnuzzon adalah :

a. Kita suka memikirkan perkara yang kita tidak mahu
b. Kita selalu memperkatakan perkara perkara yang kita benci berulang kali
c. Kita terlalu memberi tumpuan, tenaga dan fokus kepada permasalah hidup yang
    ingin kita hindari.
d. Kita berulangkali merungut tentang sesuatu yang tidak disenangi

Akibatnya, kita telah memberikan fokus, tumpuan dan tenaga kepada hal-hal yang kita tidak suka, maka dengan ini, tenaga tenaga dalam bentuk hal-hal yang ingin kita hindari akan lebih banyak ditarik kepada diri kita dan mengakibatkan hal-hal yang tidak kita inginkan ini masih berlaku berulangkali melanda kehidupan kita. Oleh itu, kita mestilah memberikan fokus, tumpuan dan perhatian yang maksima kepada Perkara yang kita inginkan berlaku dalam hidup kita

a. Banyakkan berbincang atau memperkatakan perkara yang kita sukai, sayangi
b. Berikan tumpuan kepada penyelesaian masaalah dan cara mengatasinya
c. Memahami dan mempercayai bahawa setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya.
d. Berhenti dari mengeluh tentang nasib buruk, dan apa jua yang selalu kita rungutkan
e. Sentiasa berterimakasih, menghargai dan bersyukur


Untuk mengenal pasti keinginan anda, cuba ikuti langkah langkah berikut:

Tulis segala senarai perkara yang tidak diingini cth:

1. Aku tak suka dgn hutang aku ni

2. Aku benci dgn penyakit OCD ini

3. Aku tak suka badan aku yang kurus/gemok/ rendah

4. Aku tak selesa dengan persekitaran tempat kerja aku

5. Mengapalah susah sangat nak dapat client/pelanggan

Setelah itu, cari lawan kepada perkara tersebut seperti:

1. Lawan kepada keadaan berhutang ialah kekayaan . kebebasan kewangan

2. lawan kepada penyakit ialah: tubuh badan yang sihat, zahir dan batin

3. lawan kepada tubuh yang kurus ialah tubuh yang berisi, tegap dan menarik.

4. lawan kepada tempat kerja yang tidak selesa ialah suasana yang selesa dan seronok untuk bekerja


5. lawan kepada kesukaran mendapat client ialah client yang tak putus-putus mendapatkan perkhidmatan dari anda





Dari sini kita telah mengetahui apakah sebenarnya yang kita inginkan dan perkara apa yang sepatutnya kita berikan tumpuan dan fokus.

Setelah mengetahui dengan pasti keinginan kita yang sebenar, PENTING dan PERLU untuk MENULIS secara terperinci akan keinginan kita itu.

PERLU DAN PENTING UNTUK MENULISNYA DI ATAS KERTAS!!


 





contoh cadangan ialah (berkisar tentang OCD)


Keinginanku ialah:

1. Aku sihat zahir dan batin

2. Sihat seperti orang lain yang normal

3. Memiliki kewarasan dan rasional sepertimana manusia normal

4. Aku berkeadaan normal tak kira samada dalam ibadah fekah, berurusan dgn orang-orang lain dan melakukan pekerjaan ku dengan tenang dan aman.

5. Perhubungan ku dgn orang-orang yang mengenaliku berlangsung dalam keadaan yang harmoni dan baik

6.
7.
8.
9.
10.

(saya tinggalkan tempat-tempat kosong untuk anda isikan seterusnya, jika punyai lebih keinginan sila tambahkan)

Kemudian, simpan kertas tulisan anda ini ditempat yang hanya anda tahu, dan kita akan ke langkah seterusnya.

Kertas tulisan senarai kenginan anda ini PERLU anda simpan, dan baca dengan kerap untuk menjadikan salah satu tools motivasi anda. Sila tandakan setiap keinginan yg telah dimakbulkan. Percaya atau tidak, inshaa Allah, disuatu waktu nanti, anda akan terkejut kerana setiap keinginan anda ini telah pun menjadi kenyataan!


Peringatan: Gunakan ayat penyata yang positif, JANGAN menggunakan ayat negatif seperti :

aku tak mahu diketawakan oleh orang lain

= ayat ini telah membuatkan kita bercakap tentang perkara yang kita TIDAK mahu.
Maka fokus dan gelombangnya adalah perkara yang tidak mahu itu, jadi, ayat yang sesuai ialah:

aku dihormati dan disayangi oleh orang lain.

Ulangkaji Sessi Rawatan 5

Revision 5

Mempelajari, Memahami dan Mengamalkan Hukum Daya Tarikan (LOA)



















Untuk memahami Hukum Fizik ini, saya sertakan ringkasan LOA untuk kita fahami.
(ini hanyalah ringkasan bagi tujuan revision utk mereka yg pernah hadir sessi. Bagi yg belum pernah hadir ke Sessi anda boleh membuat temujanji utk datang ke sessi)


Huraian Ringkas Tentang Hukum Tarikan / Law Of Attraction (LOA)

a. LOA adalah Hukum Fizik, sama seperti Hukum Graviti.

b. Ia dipanggil 'Tarikan' kerana prinsip tarik menarik yang berlaku didalam hukum ini.

c. Teori Hukum Tarikan secara ringkas

1. Setiap manusia pasti berfikir setiap hari. kita mampu berfikir hingga 60,000 cetusan fikiran setiap hari (kajian sains)

2. Apa berlaku setiap kali manusia berfikir?..
     Otak kita akan mengeluarkan gelombang.

3. Gelombang apakah yang dikeluarkan? Ada 2 jenis iaitu

a. Gelombang positif
b. Gelombang negatif

4. Kemana gelombang ini pergi? Ke angkasa dan persekitaran kita

5. Apa yg berlaku seterusnya? Gelombang ini akan mencari tenaga-tenaga yang terdapat di persekitaran kita, iaitu : tenaga yang mempunyai gelombang yang sama.

6. Mengapa ada tenaga di persekitaran kita? Memang terdapat banyak tenaga diseluruh alam semesta ini, manusia juga terdiri dari jutaan himpunan tenaga iaitu atom, seluruh alam semesta dan isinya terdiri dari struktur dan unsur atom (iaitu tenaga yang bergetar).

7. Apakah jenis tenaga yang dicari oleh gelombang dari otak kita? Ada 2 jenis iaitu:
a. Tenaga Positif
b. Tenaga Negatif

8. a.Gelombang positif dari otak akan mencari tenaga positif
    b. Gelombang negatif dari otak akan mencari tenaga negatif.

9. Selepas itu, tenaga ini akan ditarik oleh gelombang otak dan dihantar kepada pemancar gelombang tadi iaitu: manusia yang berfikir.

10. Hasilnya, *setiap manusia akan mempunyai banyak tenaga didalam 'belon aura' mereka dan juga didalam realiti hidup mereka. ( *'belon aura akan diterangkan kemudian)

11. *setiap manusia akan mempunyai banyak tenaga: ini bergantung kepada jenis tenaga yg mereka tarik, bergantung pada jenis gelombang yg mereka keluarkan.

a. Banyak keluarkan gelombang positif, banyaklah tenaga positif ditarik oleh manusia itu
b. Banyak keluarkan gelombang negatif, banyaklah tenaga negatif ditarik oleh manusia itu.

12. Bagaimana kita ingin pastikan gelombang jenis apa yg kita keluarkan?

a. Apa jua yang kita fikirkan, yang membuatkan kita rasa gembira, bersemangat, selesa, tenang dan aman, (feeling good) bermakna kita sedang mengeluarkan gelombang positif.

b. Apa jua yang kita fikirkan, yang membuatkan kita rasa risau, takut, sedih, marah, resah dll, (feeling bad) bermakna kita mengeluarkan gelombang negatif.

13. Apa yang berlaku pada diri kita dgn kehadiran tenaga-tenaga ini?

Tenaga yg ditarik adalah tenaga yang sama getaran/vibration dgn gelombang pemikiran kita , seperti:


















a. Sentiasa berfikir tentang bersyukur kerana mendapat sesuatu pemberian
maka anda akan mendapat kembali Tenaga-tenaga yang membawa perkara-perkara yg membuatkan kita akan bersyukur lagi. Maksudnya banyak lagi pemberian yang kita akan terima yg membuatkan kita berpeluang untuk bersyukur lagi.

b. Sentiasa berfikir bahawa kita sihat, sedang dalam proses sembuh maka anda akan mendapat kembali Tenaga dalam bentuk kesihatan dan perkara2 yg membawa pada kesembuhan/ jalan untuk sembuh dll.

c. Sentiasa berfikir bahawa rezeki itu berlimpahan, mudah didapati, sentiasa dipermudahkan, maka anda akan mendapat tenaga yang membawa kita kepada kewangan, jalan keluar untuk rezeki dll yang berkaitan dgn rezeki.

d. Sentiasa berfikir perkara yang tidak disukai, menyedihkan, perkara negatif
maka anda akan mendapat kembali Tenaga berbentuk perkara-perkara yg membuatkan kita sedih, kecewa dll.

e. Selalu berfikir bahawa kita seorang yg saki, seorang yg selalu gagal dan bernasib malang, maka anda akan mendapat kembali dgn lebih banyak penyakit, kegagalan dan perkara malang.

f. Kerap mengeluh dan merungut tentang sesuatu maka anda akan mendapat kembali Tenaga yang membuatkan banyak lagi perkara berlaku untuk kita rungutkan dan keluhkan.

g. Banyak berfikir tentang orang2 dan sifat orang2 yg tidak disukai, ingin dihindari, benci dll maka anda akan mendapat kembali Tenaga yang menyebabkan jumlah org2 yg memiliki sikap dan perangai yg kita tidak suka itu semakin banyak berada didalam realiti kehidupan kita.

14. Oleh itu, prinsip asas LOA ialah:

" Anda menarik masuk kedalam kehidupan anda, segala apa yang paling banyak anda berikan fokus, tumpuan dan perhatian yang mendalam samada perkara positif ataupun negatif"

"You Are What You Think"

"What goes arround, comes arround"

Untuk menjawab persoalan "UNIVERSE" atau "Kuasa Alam Semesta" dalam Hukum Daya Tarikan yg diperkenalkan oleh masyarakat Barat seperti “Thoughts become things” (Fikiran akan menjadi Kenyataan), “The universe will always react to your thoughts” iaitu kebanyakan hukum-hukum yang diperkenalkan oleh masyarakat Barat hanya merujuk kepada universe (ruang alam semesta) sebagai sesuatu yang memberikan semula tindakbalas atau respon terhadap sahaja yang kita inginkan.

Sebenarnya, , definisi "ruang alam semesta" dalam pengertian fizik kuantum bererti LANGIT. Di dalam Al- Qur'an, Surah Adz-Dzariyat ayat 22 dan 23, Allah SWT telah berfirman bahawa

"dan di LANGIT terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan terdapat apa-apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu. Maka demi Tuhan kepada langit dan bumi, sesungguhnya apa yang dijanjikan itu pasti akan terjadi seperti apa yang kamu ucapkan". 

Ayat ini dengan jelas telah menjawab persoalan tentang konsep "universe" oleh masyarakat Barat dengan menerangkan bahawa Ruang Alam Semesta atau LANGIT yang disebut "universe" oleh masyarakat Barat itu adalah seumpama setor penyimpanan rezeki dalam bentuk energi,
 dan terdapat banyak keterangan dalam beberapa hadis Qudsi dimana Allah mengingatkan manusia bahawa :
 

“Allah akan memakbulkan apa yang hambaKU sangkakan” .
(Hadis Qudsi Riwayat Imam Thabrani, Al-Hakam dan lain-lain perawi termasuk Buhari dan Muslim dalam beberapa versi yg lebih kurang sama) 

Oleh itu, kita boleh memilih sendiri, jenis tenaga apakah yang kita inginkan sentiasa maksimum / banyak didalam kehidupan kita, dengan cara memperbanyakkan berfikir dan memberikan perhatian HANYA kepada perkara2 yang kita sukai, inginkan dan positif.

Seterusnya kita akan bincangkan tentang langkah-langkah yang selalunya saya cadangkan dalam usaha kita untuk mencapai sesuatu keinginan melalui pengaplikasian Hukum Tarikan.

Ada 5 langkah yang dicadangkan:

1. Kenalpasti Keinginan
2. Meminta
3. Bertawakkal
4. Komitmen
5. Bersyukur




Ulangkaji Sessi Rawatan 4

Revision 4


Setelah kita memahami dgn tepat apakah yg sebenarnya berlaku didalam tubuh badan kita secara klinikal dan keruhanian, maka semuga dengan itu kita dapat membina kekuatan untuk TIDAK MELAYAN bisikan atau pop-up yang mengganggu kita.

Seterusnya kita pergi ke Segmen 2 iaitu langkah merawat diri.

SEGMEN 2

Langkah yg pertama sekali yang perlu dilakukan ialah berhenti merungut tentang penyakit ini dan kita perlulah:

1. Bersyukur kpd Allah kerana memiliki gangguan OCD

Ini adalah kerana, sebenarnya, penyakit ini menyebabkan dosa-dosa kita gugur dgn sendirinya jika kita redha terhadap penyakit ini, Bayangkan jika selama 10 tahun anda mengalami gangguan ini, sudah berapa banyak pulakah dosa-dosa anda yg telah gugur dgn sendirinya tanpa anda memohon keampunan dari Allah?

sesuai dgn hadis Nabi SAW:

"Tidaklah seorang muslim itu ditimpa suatu kelelahan, atau penyakit (segala apa jenis penyakit samada fizikal atau mental), atau kekhuatiran (anxiety), atau kesedihan (kemurungan), atau gangguan (was-was/ocd), bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosanya) kerananya.”
(HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

Maka dengan segera, lakukan sujud syukur dan nyatakan kesyukuran anda kepada Allah dgn ikhlas kerana memiliki gangguan OCD/AD ini dan berusahalah supaya hati anda dapat merasa redha kerana tanpa anda sedari, selama ini penyakit ini telah membantu menggugurkan dosa-dosa anda yg lalu,





 2. Muhasabah diri dan memohon ampun dari Allah

Lakukan solat sunat taubat, mohonlah keampunan Allah atas segala apa jua dosa yg kita lakukan samada yg kita sedari atau yg tidak kita sedari, kerana ada kemungkinan juga penyakit ini merupakah kifarah dosa ke atas diri kita.


3, Membuat pengakuan 

 Mengaku dgn ikhlas KEPADA DIRI SENDIRI dengan kesedaran yg benar bahawa kita sememangnya seorang yang sakit, seorang penderita OCD/AD, buang segala ego tidak mahu mengaku bahawa kita adalah pesakit psikiatrik. ianya bukanlah sesuatu yg memalukan. Jika kita TIDAK MAHU MENGAKU dan MERASA MALU untuk mengakuinya, sememangnya kan menyukarkan proses perawatan dan kesembuhan

Ulangkaji Sessi Rawatan 3

Revision 3

 


Memahami POP UP dan LINTASAN HATI (Inner Voice Tics) atau juga dirujuk sebagai 

TICS OF THE MIND


Idea was2 dan lintasan2 buruk yg terbentur dlm hati dan fikiran manusia ini berlaku dlm bentuk suara hati (monolog).

Setiap dari kita memiliki suara hati masing2. Suara hati kita sendiri tiap kali kita bermonolog.

Setiap suara hati ini memiliki frekuensi (waves) dan frekuensi ini boleh dibaca seperti didalam ujian poligraf (ujian bohong)

Dimana, ia juga boleh dibaca oleh syaitan yg dinyatakan dalam hadis sebelum ini bahawa syaitan itu berjalan dalam tubuh anak adam melalui pembuluh darah (sistem nerv)

Apa yg berlaku sebenarnya ialah, syaitan telah membisikkan hasutan was2 di dalam hati/pemikiran manusia dgn cara menukarkan frekuansi suara mereka (suara syaitan) iaitu menyamakan / mensimulasikan suara mereka supaya sama dgn frekuensi suara dalaman penderita.

Akibatnya penderita akan merasakan seolah2 dirinya sendiri yg bercakap atau mengeluarkan idea2 atau ayat2 yg menimbulkan was-was itu.

Lintasan hati selalunya berbentuk mengatakan perkara2 yg salah tentang Tuhan, tentang ugama atau perkara-perkara yg menjadi larangan dalam norma kehidupan masyarakat. ATAU dalam bentuk mengatakan perkara2 yg boleh menyebabkan penderita merasakan dirinya telah murtad, bercerai, dan lain-lain.

Ia juga datang dalam bentuk "BERTARUH" siapa cepat,

contoh:

Kalau aku minum air ini selepas loceng berbunyi, aku akan kafir

ATAU

"kalau aku tak sempat siapkan kerja ini sebelum mak sampai maka aku akan jatuh kafir / aku akan jadi hodoh/ dan lain-lain"

Dengan MEMAHAMI dan MENYEDARI bahawa pop-up ini adalah suara simulasi syaitan, penderita akan mula membina satu keupayaan utk MEMILIH SUPAYA TIDAK LAGI MENGHIRAUKAN POP-UP INI.

Atau dalam erti kata lain, TIDAK MERASA BERDOSA DAN BERHAK UNTUK TIDAK MELAYAN.

(Ini hanyalah ringkasan, didalam sessi, penderita akan dapat menahami dgn lebih jelas apa yg diterangkan melalui slide yg disediakan)


LINTASAN HATI (INNER VOCAL TICS) dan KAITANNYA DGN SYNDROME TOURETTE

1. Apakah Syndrome Tourette?

Tourette syndrome (TS) adalah salah satu DISORDER yang berlaku di dalam masyarakat kita pada hari ini. Ramai yang tidak mengetahui apakah TS dan apakah ada rawatan untuk mereka yang mengalaminya. Tanpa kita sedari ada insan disekeliling kita merupakan penghidap TS.

TS adalah gangguan pada saraf otak (neurological) yang mengakibatkan berlakunya tingkah-laku, perbuatan atau kata-kata diluar kawalan, tidak disengaja atau berulang-ulang yang dikenali sebagai tics (Hasil Kajian US National Institutes of Health).

TS adalah keadaan yang mempengaruhi sistem saraf utama dan menyebabkan tics. Tics merupakan sentakan/ kekejangan, pergerakan atau bunyi-bunyian yang tidak sengaja dilakukan oleh manusia. Terjadinya TS apabila seseorang itu mempunyai dua tics iaitu yang mempengaruhi pergerakan badan dan bunyi (Hasil Kajian Kids Health Organisation).

Tics di definasikan sebagai pergerakan atau pertuturan yang berlaku secara spontan, pantas, tanpa sebab, berulang kali dan diluar kawalan seseorang (Hasil kajian American Academy of Family Physicians).

Terdapat 2 jenis TICS iaitu:


1. Tics fizikal ( Pergerakan anggota tubuh badan atau otot diluar kawalan) - disebut KENAN oleh masyarakat Melayu.

2. Tics Vocal (Mengeluarkan bunyi yg pelik dan mengganggu atau perkataan-perkataan diluar kawalan)
Dibawah Tics Vocal ini pula terdapat sejenis simptom yg dinamakan:

Coprolalia:

 "menyebut perkataan lucah atau perkataan yang dilarang dalam masyarakat atau kepercayaan agama"

Sindrom ini terjadi dalam semua masyarakat, bangsa, etnik dan agama. Golongan lelaki lebih banyak menghidapi penyakit ini berbanding wanita dengan perkiraan 3 hingga 4 kali berbanding wanita.

TS ini bermula sebelum umur 18 tahun dan kebiasaannya terjadi antara umur 5 hingga 7 tahun. Namun berita baik buat pesakit ini ialah mereka akan bertambah baik apabila meningkat dewasa. Disebabkan penyakit ini juga mereka tidak semestinya mempunyai jangka hidup yang singkat.

Walaubagaimanapun, penghidap TS mungkin boleh mendapat penyakit lain seperti attention deficit hyperactivity disorder (ADHD), obsessive-compulsive disorder (OCD) atau trouble learning.

2. Dari penerangan dan hasil kajian di atas, kita dapat melihat beberapa kesimpulan penting iaitu:

a. Penghidap TS berkemungkinan boleh mendapat penyakit lain seperti OCD, vise versa, Penderita OCD berkemungkinan boleh menderitai TS.

b. Hasil kajian JELAS menunjukkan bahawa DI ANTARA simptom TS ialah:

Berlakunya "kata-kata spontan yg tidak dapat dikawal, tidak disengajakan dan berulang-ulang tanpa kerelaan penderita"

c. Vocal Tics jenis Coprolalia: menyebut perkataan lucah atau perkataan yang dilarang dalam masyarakat atau kepercayaan agama.

3. Kesimpulannya, Tics Vocal ini bukan hanya berlaku pada suara luaran ( OUTER VOCAL TICS) tetapi ianya juga berlaku didalam hati, (INNER VOCAL TICS) tanpa dapat dikawal dan berlaku secara spontan tanpa kerelaan penderita.

4. Inner Vocal Tics inilah yang dikenali sebagai LINTASAN HATI dikalangan penderita Muslim di Malaysia dan kebanyakkan mereka juga adalah penderita OCD dan Anxiety Disorder.

5. Bercakap tentang LINTASAN HATI, ianya adalah sejenis COPROLALIA tetapi hanya berlaku di DALAM HATI dan sering berkisar tentang perkara-perkara yg salah dan menakutkan tentang agama, yang berbentuk kekufuran, penghinaan kepada Tuhan, melafazkan talaq, menganggu penderita ketika ingin melafazkan niat dalam ibadah, dan lain-lain lagi yang menimbulkan WAS-WAS.

Ulangkaji Sessi Rawatan 2

Revision 2

 

 

Simptom (gejala) OCD

1. Was-was

2. Membuat sesuatu perlakuan berulang-ulang

3. Memikirkan sesuatu isu yg sama berulang2, bertujuan utk menyelesaikan tetapi lebih menyerabutkan

Akibat

1. Merasa tertekan/stress

2. Semangat menjadi lemah, rasa tiada semangat untuk meneruskan hidup

3. Hilang minat pada banyak perkara tg dulunya diminati

4. Susah tidur, tidur kurang kualiti

5. Boleh mendapat kemurungan/ dipresi

6. Berat badan naik mendadak/ tutun mendadak

7. Suka mengasingkan diri

8. Kehadiran IVT (inner vocal tics/ lintasan hati) yg menyebut perkataan2 yg membuatkan penderita       merasa resah , berdosa, serba salah dan terganggu.

 Thought-blocking. "Inner voice" distractions. Often referred to as "tics of the mind"


Punca OCD

1. Dari sudut klinikal

-Kekurangan atau ketidak seimbangan cecair neurotransmitter SEROTONIM dalam tubuh.
- stress dan tekanan boleh menyebabkan paras serotonin menjadi rendah atau tubuh badan tidak memprodusikan serotonin

Fungsi serotonim
 
-Serotonim bertindak membawa semua maklumat dari deria tubuh ke otak

- didalam otak terdapat 8 bilik serotonin menyampaikan maklumat

- akibat ketidak seimbangan serotonin, maka tidak semua bilik serotonin dalam otak akan dipenuhi seperti org normal, maka akibatnya:

Judgement atau kesahihan rasional seseorang penderita itu menjadi tidak lengkap untuk mengesahkan sesuatu keputusan


2. Dari sudut kerohanian

Hadis Nabi SAW :

Dari safiah binti huyay, bahawa syaitan itu berjalan dlm tubuh anak adam melalui pembuluh darah ( sistem nerve) 

Laluan serotonin dari tubuh badan ke otak (serotonim pathway) adalah sistem nerv yg juga menjadi laluan syaitan. Maka apabila kadar serotonin tidak seimbang, maka tidak semua bilik pengesahan serotonin dalam otak dipenuhi ( 8 bilik) , maka bilik2 kosong tadi akan dikuasai oleh syaitan yg direjam
Maka dgn kadar judgement dan rasional yg tak seimbang, ditambah pula dgn bisikan dari syaitan yg telah menguasai bilik2 serotonin yg kosong, maka penderita akan menjadi was2, mudah terganggu dan keliru.

Hembusan syaitan ini diistilah kan sebagai POP-UP (timbul tenggelam)

Dalam surah An-Nas ayat 4 telah dinyatakan :

"Dari kejahatan pembisik yg menghasut yg timbul tenggelam"
(Min syarril was waa sil khannas)

Ulangkaji Sessi Rawatan 1

Revision 1

 

 


Assalamualaikum semuanya, mulai hari ini admin akan cuba kongsikan secara sedikit demi sedikit apa yg kita dah kongsikan dalam sessi perawatan. Muga dgn cara begini, kita akan dapat buat revision semula apa yg dah dipelajari. Bermula dgn siri 1 ini

Segmen 1 - Memahami OCD

Apakah OCD: 


Singkatan dari Obsessive Compulsive Disorder

Obses merupakan hal-hal / idea yg membuatkan penderita menjadi resah, was-was dan terganggu.

Compulsive adalah perlakuan yg dilakukan oleh penderita bertujuan menghilangkan keresahan atau was-was akibat berlakunya obses tadi, seperti contoh:

a. obses kepada basuhan 

  compulsive : membasuh semula berulang kali hingga merasa benar-benar telah bersih.

b. obses kepada lintasan "talak" dalam hati

compulsive : memikirkan berulangkali bahawa dia tidak bertujuan menjatuhkan talak, atau berulangkali membuat pertanyaan kepada pejabat kadi, ustaz samada talaknya jatuh atau tidak sehinggalah dia merasa puashati bahawa talak itu tidak berlaku

c. obses tentang merasakan dirinya mempunyai penyakit berbahaya dan akan mati
.
compulsive : membuat pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan bertukar hospital atau doktor, membuat carian google tentang tanda2 penyakit, sehinggalah dirinya merasa puas hati bahawa dia tidak menghidapi apa2 penyakit.

Permasalahannya:

walaupun telah membuat perlakuan compulsive, kepuasan yg diperolehi hanya sementara, dan perasaan atau idea obses tadi akan datang semula berulang kali dalam pelbagai bentuk, sehingga penderita tadi terpaksa melakukan perlakuan kompulsif berulangkali dan akhirnya merasa tertekan, letih dan buntu.

OCD terbahagi kpd 3 Kategori

1. Washer
2. Checker
3. Geometri / diametre

Semua 3 kategori ini boleh sahaja ada kepada semua ocdian, tetapi salah satu akan menjadi lebih kuat dari kategori yg lainnya

1. Washer

Lebih cerewet tentang kebersihan yg melibatkan basuhan, mandi, terutama mandi wajib, wudhu, kebersihan lantai, pinggan mangkuk, dan persekitaran. Penderita juga kerap membasuh tangan dan sangat obses pada barang2 yg terjatuh ke permukaan lantai yg dirasakan sentiasa ada najis dll, sehingga akan membasuh benda2 yg jarang dibasuh oleh tabiat normal seperti membasuh handphone, laptop, charger dsbgnya

2. Checker

Cerewet tentang keselamatan yg berkaitan dgn kunci pintu, suis, alarm dan lain-lain. Kekerapan memeriksa yg melampau sehingga menyebabkan tombol pintu rosak, alarm kereta rosak, kepala paip rosak, pulang dari tempat kerja hanya utk memastikan suis cerej telah ditutup dan lain2.
Juga melibatkan nota dan assignment yg membabitkan penggunaan komputer, sehingga memeriksa tiap ayat dan baris yg ditaip berulangkali, memadam semuanya dan menaip semula, dan lain2

3. Geometri / diametre

Lebih cerewet kepada cara dan corak susunan barangan, perabut, buku, kekemasan cadar dan sofa, yg lebih berbentuk geometri, (susunan sama tinggi, atau mengikut saiz dari tinggi ke rendah) ,juga menyusun mengikut warna dan lain2. Penderita akan terganggu walau hanya sesuatu objek itu senget sekadar 5 mm dari apa yg diingininya. Corak pemikiran geometri juga menyebabkan segala apa yg ingin difikirkan perlu seimbang, rapi dan menambil kira segala soal hingga ke perkara yg remeh temeh.

Pada pandangan saya, penderita Anxiety Disorder juga sebenarnya adalah penghidap OCD, tetapi was2 terhadap bahagian organ dan kesihatan dalaman diri mereka, iaitu merasakan mereka mempunyai penyakit yg boleh membawa kematian. Hasilnya, sentiasa didatangai kerisauan akan mati

Perlakuan kompulsive penderita AD pula ialah pergi mendapatkan pengesahan kesihatan dari doktor dgn kadar berulang kali dan walaupun telah disahkan sihat, penderita tetap akan was2 bahawa dia masih ada penyakit yg boleh membawa maut. Akibat rasa was2 ini, penderita akan membuat perlakuan kompulsive yg lain (jika rasa malu berjumpa doktor) iaitu dgn google tentang penyakit, atau berjumpa doktor lain, dsbgnya. Sedangkan ini hanya akan menambahkan lagi stress penderita.

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]