Khamis, 21 April 2016

BELAJAR DARI MIMPI

AKU BERMIMPI MALAM TADI DAN AKU PUN BELAJAR SESUATU

Aku mimpi ketika tidur, dalam mimpi itu, Superman betul2 wujud, seorang superhero yg bantu manusia dlm banyak hal, hingga disekolah, ada mata pelajaran khas mengajar tentang sejarah "superman". Ketika dalam mimpi itu, aku dapat merasakan dengan penuh emosi bahawa sangat pentingnya mengetahui tentang  sejarah superman dan pentingnya mengenali watak superman.




Kemudian aku terjaga...dan sedikit demi sedikit perasaan ku kembali normal dan mula aku tertawa sendirian memikirkan mimpi tadi. Ketika dalam mimpi tadi, aku masih ingat yg perasaanku merasakan seolah2 sangat PENTINGNYA sesuatu hal itu, tetapi rupa-rupanya,  ketika aku sudah terjaga dari tidur, hal yg aku rasakan sangat penting dan perlu itu hanyalah satu perkara yg tidak wujud, tidak penting langsung malah hanya membuat aku tertawa.

Seketika kemudian aku menangis..... Mengapa?

baru aku terfikir satu perkara:  Beginilah hidup yg sedang aku harungi ini, banyak hal-hal yg aku rasakan penting dan aku kejar sangat2 seperti duit, harta kekayaan, pangkat, cinta manusia dan lain2.....apakah semuanya ini akan menjadi sesuatu hal yg tidak penting lagi apabila aku "terjaga yg sebenar" iaitu apabila aku mati, dan masuk  ke alam yg kekal, Ketika itu barulah kita fahami bahawa hidup yg kita sedang berada dalamnya ini hanyalah juga sebuah mimpi sahaja, kerana hidup yg benar2 abadi hanyalah diakhirat nanti. Kita sedang tidur dan kita sedang bermimpi,

... dan banyak perkara yg kita rasakan penting pada masa sekarang ini,  seperti penghormatan dari manusia lain, nafsu serakah, harta, pangkat dan pelbagai lagi, sebenarnya tiada nilai dan tiada makna, malah akan membuat kita menyesal ketika kita benar2 terjaga di alam kekal nanti kerana menganggapnya penting dan mengejarnya. Maka carilah apakah yg sebenarnya PENTING, BERNILAI DAN BERMAKNA yg benar-benar berguna di alam HIDUP YG KEKAL nanti.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]