Rabu, 20 April 2016

Cetakan Kedua (April 2016)

"Anda Mampu Merawat dan Mengubah Kehidupan Anda Dengan Minda Husnuzzon"





Alhamdulillah, buku RAWATI KEHIDUPAN DGN MINDA HUSNUZZON (cetakan kedua)
tulisan admin blog telah pun siap terbit. Pembelian hanya melalui online. Harga ternasuk bayaran post adalah RM40 tak kira semenanjung atau sabah dan sarawak. Bagi sesiapa yg ingin memilikinya, boleh buat pembayaran melalui:

Akaun Maybank:

164267101619

Abdullah Talhah Bin Daud

Sila SMS SAHAJA (TIADA WHATSAPP) tentang pembayaran ke no: 013-2642188 dan sertakan nama, no. telefon dan alamat post anda untuk tujuan penghantaran.

Terimakasih


Kata pengantar:

Hukum Tarikan atau “Law of Attraction” telah menjadi suatu fenomena yang sangat diikuti umum. Secara umumnya, ia adalah suatu alat motivasi yang berdasarkan konsep keyakinan bahawa manusia diberikan keupayaan untuk menarik perkara-perkara dan peristiwa ke dalam hidup kita melalui pemikiran kita. Idea bahawa alam semesta memberikan respon dan tindakbalas terhadap perkara-perkara yang paling banyak kita berikan tumpuan dan fokus, tidak mengira samada perkara tersebut perkara positif atau pun negatif. Dengan ertikata lain, manusia diberikan kemampuan untuk mengubah kehidupan mereka dengan cara mengubah cara mereka berfikir.

Tetapi semua yang disebut dan diajar di dalam Hukum Tarikan oleh masyarakat Barat seperti “Thoughts become things” (Fikiran akan menjadi Kenyataan), “The universe will always react to your thoughts” ini sebenarnya bukanlah perkara yang baru kepada umat Islam, Ia telah lama di sebut di dalam falsafah dan ajaran Islam, dan terdapat banyak keterangan dalam beberapa hadis Qudsi dimana Allah mengingatkan manusia bahawa “Allah adalah menurut apa yang kita sangkakan” . Kebanyakan hukum-hukum yang diperkenalkan oleh masyarakat Barat hanya merujuk kepada universe (ruang alam semesta) sebagai sesuatu yang memberikan semula tindakbalas atau respon terhadap sahaja yang kita inginkan. Sebenarnya, , definisi "ruang alam semesta" dalam pengertian fizik kuantum bererti LANGIT. Di dalam Al- Qur'an, Surah Adz-Dzariyat ayat 22 dan 23, Allah SWT telah berfirman bahawa "dan di LANGIT terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan terdapat apa-apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu. Maka demi Tuhan kepada langit dan bumi, sesungguhnya apa yang dijanjikan itu pasti akan terjadi seperti apa yang kamu ucapkan". Ayat ini dengan jelas telah menjawab persoalan tentang konsep "universe" oleh masyarakat Barat dengan menerangkan bahawa Ruang Alam Semesta atau LANGIT yang disebut "universe" oleh masyarakat Barat itu adalah seumpama setor penyimpanan rezeki dalam bentuk energi. Sesungguhnya segala-galannya hanya dari Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa.

Buku ini datang tepat pada masanya, kerana ia melihat Hukum Tarikan dari perspektif Islam. Setiap langkah dan pemahaman tentang hukum tarikan di terangkan dan dikupas dengan penerangan menurut Islam dan Al-Quran. Buku ini seperti jiwa kepada buku-buku Hukum Tarikan yang lain yang hanya mengisi keperluan fizikal pembaca sahaja. Semua penerangan hukum tarikan di dalam buku ini mendekatkan pembaca kepada pemahaman ajaran dari Al-Quran dan setiap penerangan yang dibaca akan selalu memberi pembaca momen …”Aha…:, dimana pembaca akan lebih memahami dengan lebih mendalam apakah erti hukum itu dalam konteks kehidupan seorang muslim.
 

Jika anda peminat Hukum Tarikan, maka buku ini wajib ada didalam koleksi anda kerana ia akan menyempurnakan pemahaman anda tentang hukum-hukum tarikan yang anda telah baca sebelum ini.
Selamat Membaca!

Khalijah Nur Muhamad
Pensyarah
Learning Institute for Empowerment (LIFE) MMU
khalijahnur.mohamed@mmu.edu.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]