Khamis, 7 April 2016

Afirmasi (4)

Kepada yg telah memghadiri sessi rawatan secara Personal Coaching atau pun menghadiri Seminar, tentu telah mempelajari Teknik Afirmasi (Affirmation) iaitu tulang belakang pengamal Hukum Daya Tarikan.

Ada buat ke tak?

Berikut ialah sebuah Artikel tentang AFIRMASI dari sifu Pengamal Hypnotis (kredit to Master Rey)

Affirmasi Diri

Ahli pengamal LOA atau Kuasa Minda serta banyak lagi keilmuan memanfaatkan teknik Affirmasi diri. Termasuklah Pakar Pemasaran No 1 Asia, Dr Azizan Osman (DAO) dalam mendidik peserta yang hadir ke programnya.

Jujur, saya sebagai ahli dan pengamal Hipnosis mendapati hampir 90% peranan hipnosis dan hipnoterapi digunakan dalam program hebat DAO. Jadi, tidak hairanlah jika ramai yang peroleh input dengan jayanya dan sukses. Semua dengan izin-Nya.

Affirmasi adalah Penegasan, Pengesahan, Tasdik, Isbat, Kepercayaan dan Tanda Setuju.
Affirmasi adalah kata-kata yang diucapkan secara jelas dan tegas kepada diri sendiri. Setiap kata-kata harian yang kita ucapkan jangan dipandang remeh. Kerana, perkataan adalah bahasa minda. Jika ia dicerap oleh bawah sedar. Maka, proses kepada hasilnya secara automatik akan berlaku.

Ramai orang sukses memanfaatkan affirmasi diri untuk raih keberanian dan kejayaan.
Sebaiknya kata affirmasi diri diucapkan hampir berkali-kali secara kerap. Bagi pembaca yang belum mahir tentang bawah sedar dan belum tahu bila waktu sesuai bawah sedar menerima info. Maka, lakukan affirmasi berkali-kali dan berterusan. Agar secara tanpa kita tahu dan sedar, waktu kita ungkapkan itu kena waktu tepat bawah sedar menerima inputnya.

Sebab itu ia penting lakukannya secara istiqomah. Tidak perlu ditanya bila hasilnya, lakukan sahaja hingga terwujud nyata hasilnya. Affirmasi sebahagian daripada Doa

Affirmasi adalah pernyataan kepada diri sendiri. Ia juga adalah Doa yang baik buat diri. Affirmasi juga adalah teknik bagi mempengaruhi bawah sedar dan ia sebahagian daripada Self Hypnosis!

Alhamdulillah, Insya Allah.. Aku lebih sihat daripada sebelumnya.

Syukur, tenaga tubuh saya semakin harmoni dan bertenang.

Alhamdulillah, Insya Allah.. Aku miliki rezeki yang berkat, halal lagi memiliki. Rezeki lebih daripada mencukupi.

Aku adalah penghipnotis terbaik!

Aku adalah guru terbaik!

Aku mampu lakukan. Aku berhak miliki kejayaan!

Aku adalah magnet kebahagiaan!

Aku adalah magnet kekayaan!

Aku usahawan berjaya!

(Sebaiknya affirmasi mestilah ringkas dan jelas maknanya. Elakkan daripada menggunakan kata TIDAK, JANGAN dan AKAN, Ucapkan dengan nada dan ritma yang tegas dan percaya diri. Ulang 3 kali.)

Setiap kata yang diulang-ulang menjadi doa. Setiap kata yang diulang-ulang akan tertanam pada bawah sedar.

Master Rey
http://hipnotis.my/?p=103

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]