Jumaat, 29 April 2016

Harian Metro : Sindrom Risau Terlampau

 
Rawang: “Selama setahun saya menderita akibat sentiasa terfikir dibayangi maut sehingga seolah-olah lampu di siling masjid bila-bila masa boleh menghempap saya,” kata Syazwan Jaafar, bekas penghidap kecelaruan keresahan panik atau ‘panic disorder’ iaitu satu daripada penyakit psikiatri Anxiety Disorder (AD) yang menyebabkan seseorang risau terlampau terhadap sesuatu musibah.

Syazwan, 35, yang juga bilal Masjid al-Qurtubi di Segambut berkata, fikirannya mula terganggu akibat penyakit itu pada April 2013 selepas tiba-tiba terkena serangan panik.
“Tanpa sebarang sebab, jantung berdegup kencang, nafas menjadi sesak dan badan berpeluh. Saya mula gelisah dan tertanya-tanya adakah ini tanda ajal semakin dekat sehingga tidak dapat melaksanakan kerja,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, fikirannya sentiasa terbayangkan kematian secara melampau malah berulang-alik ke hospital dan klinik berpuluh kali disebabkan beranggapan mempunyai penyakit kronik mengakibatkan dia gelisah, takut dengan dosa, tidak cukup tidur dan badan menjadi sengal-sengal.
Syazwan berkata, dia berasa selamat atau kebimbangan itu hilang seketika apabila berada berdekatan hospital atau klinik.

“Alhamdulillah, selepas setahun menderita, saya pulih hasil nasihat serta sokongan rakan. Saya juga bertemu pakar psikiatri dan kaunselor untuk mendapatkan khidmat kaunseling.

“Dalam Islam, kita digalakkan mengingati mati bagi meningkatkan kualiti ibadat namun bagi pesakit AD, ketakutan itu melampau-lampau sehingga menjejaskan kehidupan,” katanya.

Menurutnya, selepas pulih tahun lalu, dia mendapati ramai sebenarnya penghidap penyakit itu dalam kalangan masyarakat termasuk ustaz dan anggota polis.

“Ada juga memberitahu sanggup melanggar belakang kereta orang jika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas kerana gelisah. Mereka beranggapan dengan melanggar kereta orang, dia mendapat perhatian disebabkan ramai tampil menolong,” katanya.

Dia menyarankan, segera berjumpa pakar psikiatri kerana ada ubat untuk mengawal emosi, jangan duduk sendirian sebaliknya berkongsi dengan rakan walaupun ada yang mengatakan mereka sengaja mengada-ngada.

“Kepada pesakit AD, apa yang menimpa kita adalah ujian yang kita mampu hadapi dan pasti ada kebaikan jika bersabar,” katanya.

Menurutnya, sesiapa yang mahu maklumat lanjut boleh merujuk ke laman Facebook (FB) Anxiety Disorder Malaysian Community atau WhatsApp beliau di nombor 016-3716005.

Sementara itu, perunding motivasi khusus kepada penyakit Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) Talhah Daud berkata, tekanan  melampau boleh menyebabkan seseorang itu terkena penyakit psikiatri seperti AD. Menurutnya, apa yang penting ialah pesakit perlu sentiasa berfikiran positif kerana bagi setiap penyakit atau kesusahan yang menimpa kita, Allah akan menghapuskan dosa.




Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 10:43 AM

Harian Metro : Gangguan Penyakit Obsesif Kompulsif


Gangguan Penyakit Obsesif Kompulsif

 



Harian Metro, 17 Feb 2015

Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my

" Saya pernah mandi selama empat jam, gunakan kertas pasir untuk membersihkan tangan yang terkena contengan pen dan solat semula di rumah kerana tak yakin dengan bacaan Imam ketika solat di masjid."

 Demikian kata Talhah Daud yang kini berusia 44 tahun mengenai masalah was – was melampau dan kronik yang pernah dialami sehingga dua kali perkahwinannya gagal kerana kedua – dua bekas isteri tidak tahan dengan sikap peliknya.

Talhah berkata, selama 20 tahun dia menderita dengan masalah itu, malah ada yang menganggapnya orang gila sebelum pakar memberitahu dia sebenarnya menghidap penyakit Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD ).

Hasil kegigihannya ‘ berjuang ‘ untuk bebas daripada belenggu penyakit aneh itu, Talhah kini bukan saja pulih seperti sedia kala, malah bertukar kerjaya daripada kakitangan swasta kepada pakar motivasi yang mengkhusus dalam merawat penyakit OCD.

Selama 20 tahun hidup saya kucar – kacir. Saya menjadi terlalu sensitif dengan persekitaran sehingga gagal mengawal diri dan paling memeritkan apabila dua perkahwinan saya gagal.

Talhal berkata, gejala OCD mula dirasainya ketika berusia 23 tahun sebelum mengganggu seluruh hidupnya. Saya baru pulang daripada kerja ketika itu dan mahu mengambil wuduk untuk untuk solat Isyak. Tiba – tiba saya berasa wuduk tidak sah menyebabkan saya mengambilnya berulang kali.
Bermula daripada situ semua menjadi serba tidak kena. Saya mandi selama empat jam, selepas itu mandi semula di sungai kerana berasakan diri tidak bersih.

Talhah juga sering memeriksa pintu dikunci berulang kali setiap malam dan begitu juga solat kerana was – was sama ada ia sah atau tidak. Kalau berjalan di lantai berjubin, saya perlu memijak bahagian tengah, jika terpijak ‘sempadan’, saya undur ke belakang dan memperbetulkan langkah.

Ahli keluarga dan rakan yang tidak memahami apa yang berlaku kepadanya mula memandang serong da nada yang membawanya berjumpa dengan bomoh untuk dirawat.

Disebabkan tidak tahan dengan gangguan perasaan itu, dia pernah secara masuk ke wad pesakit mental di sebuah hospital secara sukarela. Doktor mengesahkan saya menghidap OCD dan meminta saya keluar daripada wad. Ketika itu, saya tidak faham apa itu OCD dan terus hidup dalam keadaan penuh gangguan.

Menurutnya, perasaan mahu berubah muncul dalam hidupnya pada 2008 selepas perkahwinan kedua berakhir dengan perceraian.

Ketika itu saya berkongsi masalah dengan seorang rakan dan dia memperkenalkan saya dengan Hukum Daya Tarik atau Law of Attraction iaitu kepentingan husnuzzon ( bersangka atau berfikir positif ).

Saya membuat beberapa kajian tambahan dan selama lapan bulan saya cuba mengamalkan gaya pemikiran positif. Alhamdullilah, saya akhirnya mampu mengatasi gangguan yang berlaku terhadap diri.
Kata Talhah, OCD ialah kerisauan atau was – was seseorang yang berlaku secara melampau sehingga menyebabkan kemurungan dan berisiko membuat penderitaan mahu membunuh diri.

Secara umum, dia menerangkan kategori OCD ialah ‘Washer’ (kecenderungan terhadap basuhan ) dan ‘Checkers’ (memeriksa kunci, suis dan tombol pintu berulang kali).

Satu lagi kategori pesakit OCD ialah ‘Geometri’atau ‘Diameter’ merujuk kepada mereka yang cerewet melampau terhadap susunan barangan dan kekemasan serta mesti mengikut laras geometri atau prosedur standard pesakit itu sendiri, selain muncul lintasan kata – kata negatif di hati secara tiba – tiba.

Masalahnya kebanyakan tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya sakit dan menganggap apa dilakukan itu adalah wajar dan perlu, hingga melukakan orang tersayang.

Menginsafi penderitaan yang pernah dilaluinya, kini Talhah membantu individu yang menghidap OCD dan setakat ini kira – kira 50 orang sudah mendapatkan bantuannya.

Perkara paling utama sekali ialah individu itu mesti sedar dia menghidap OCD, jika dia tidak mahu mengakui atau merasakan dirinya betul, memang sukar untuk berubah.

Terdapat beberapa teknik yang perlu pesakit lakukan dalam tempoh masa tertentu seperti ‘pengesahan’ atau Afirmasi iaitu proses dilakukan selepas doa terhadap sesuatu permintaan.

Menurutnya, orang ramai yang ingin mendapat maklumat boleh melayari blognya, husnuzzonloa.blogspot.com

Simptom Penghidap OCD

• Was – was
• Melakukan perkara berulang – ulang
• Kerap memeriksa sesuatu
• Sindrom Tourette ( gagal mengawal gerak tubuh atau percakapan )

Kesan Buruk

• Kemurangan
• Insommia.
• Hilang minat terhadap banyak perkara
• Sensitif, mudah terasa dan cepat marah
• Mengasingkan diri
• Ada niat membunuh diri ( jika tahap kritikal )

Punca OCD

Kajian mendapati OCD berpunca daripada masalah komunikasi antara bahagian depan otak dengan struktur dalaman otak. Struktur otak ini menggunakan neurotransmiter ( isyarat kimia ) dipanggil serotonim. Masalah berlaku apabila wujud ketidakseimbangan serotonin.




The Heat : Surviving OCD in an Asian society

 This article was first published in the Aug 2, 2014 issue of The Heat

  

Surviving OCD in an Asian society




  by Neo Ming Yi



Talhah Daud is 44 this year, a two-time divorcee who has suffered from severe OCD for most of his life. Talhah blogs in Malay at husnuzzonloa.blogspot.com, which he dedicates to helping people understand and overcome OCD through a combination of the Law of Attraction (LOA) and religious understanding. Unlike Rachael, Andrew, or Ooi, Talhar has been clinically diagnosed as OCD, but perhaps it was the severity of his condition that led him to seek medical help.

The average person in Talhah’s age group may have worked in three to five different companies. Talhah has worked at 31 of them. “I had a problem with punctuality,” Talhah shares in a phone interview with The Heat. “In the mornings, I would be stuck in the bathroom for two, three hours because I was an obsessive washer. During the drive to work, being stuck in traffic added to my anxiety. By the time I arrived at work, my perfectionism would kick in, so I’d rather take emergency leave than admit I was late.”

As a child, Talhah had also been afflicted with Tourette’s Syndrome but he says he could hide his symptoms when in public. In private, however, his vocal and physical ticks would come to life.
“My vocal ticks, or cakap bukan-bukan (spouting nonsense) were triggered by the things my heart seemed to be saying,” Talhar explains. “For example, because I’m a Muslim, I should only believe in the existence of one God, but Tourette’s would cause you to think and say things that are contrary to your religious and moral beliefs, so I would be haunted by the thought that there are two or three Gods, even though that’s not right in my religion.”

Talhah grew up with a policeman for a father, and lived in a strict household. He attributes the disciplining to his being a perfectionist, which possibly aggravated his OCD. Talhah describes his OCD as the “geometry” and “washing” type. His symptoms started at a young age, when he would arrange his books by size and height, and felt aggrieved whenever he had to leave home because he wouldn’t be able to stop obsessing about the fact that his brother had messed up the order, and at the same time couldn’t express his frustration out of fear of his father.

Talhah’s OCD came full-swing when he was 21 or 22, which Yap says is the common age for people with OCD to start developing severe symptoms. “For normal people, it’s great to be able to iron clothes in the straightest line possible, make their beds military-style, and arrange things in a neat and orderly fashion,” Talhah says. “But normal people don’t freak out when something goes slightly out of place. OCD people will overreact. They’re aware they’re overreacting, but just can’t help it.”

The year 1993 was a very different time in terms of knowledge. A teenage boy today may quickly Google his symptoms and learn about the conditions of having OCD, but back then, Talhah had nowhere to go to gain a better understanding of his weird inclinations. He lived with great mental and emotional grief for a year before seeing a psychiatrist and being diagnosed with OCD.

Talhah was put on medication. Unfortunately, it didn’t help. His OCD worsened and his family just saw him as “something wrong”. He says that being Malay, they resorted to consulting all kinds of wise men, from ustaz (religious teachers) to bomohs (witch doctors). Desperate, Talhah checked himself into the psychiatric ward of Hospital Kuala Lumpur, a move he regrets.

“It was a nightmare. They threw us together, just campur (mixed up) everyone no matter our condition. That’s dangerous. I was mingling with people with schizophrenia, gila (crazy) people, until it made me feel like I was gila too. But people with OCD are not gila. We’re not sick. We’re disturbed,” he stresses. Talhar left the ward after a week. And yet, he couldn’t go home to his parents, who he says could not accept his condition.

“Our (Malaysian) people had no interest in understanding mental health, they just attributed it to black magic, and thought I kena sampuk (got jinxed).”

Talhah tried to pull himself together. He was determined to carry on. After a few sessions, Talhah, feeling better about himself, met someone and got married.

“The thing about OCD is that you can get better if the people around you are supportive of you,” Talhah says. Unfortunately, he did not get the support he’d anticipated from marriage. His first wife knew of his condition, but thought it was merely a small issue.

As a Muslim man, Talhah is required to cleanse himself, or mandi wajib (compulsory bathing) after having sexual relations with his wife.

“I would be taking the shower over and over again, unable to leave the bathroom for hours,” Talhah recalls. “I was tired, and so angry at myself. I couldn’t understand how other men could be intimate with their wives and simply need a 15-minute shower, but my showers would take at least two hours.”

During prayers at the mosque, Talhah's obsessive washing would haunt him as well. While other men performed their wudhu, or cleansing, without much fuss, Talhah would be terrified about not being clean enough to pray, and keep splashing water on himself until his clothes were soaked, much to the bewilderment of his brethren.

After his second marriage failed in 2008, Talhah hit rock bottom. He had suicidal thoughts. He had tried everything… or so it seemed.

Talhah was first introduced to the Law of Attraction (LOA) through a friend. He started reading up about it on the Internet, and eventually gave it a try. In eight months of committed practice of LOA, Talhah says he is “about 90% cured”, elaborating that in the OCD world, being cured simply means being better. In 2009, he started blogging, and last year, in 2013, he decided to hold therapy sessions for people suffering from OCD.

Talhah had been corresponding via email with OCD-ians (his term) who sought him out for advice, and got the idea of doing face-to-face sessions after presenting a Powerpoint show to an engineer who had repeatedly said the emails were hard to comprehend.

Today, Talhah is invited to give talks on using LOA to deal with OCD, and even made an appearance on long-running TV show, Nona TV3. He’s helped about 50 OCD-ians, and welcomes both Muslims and non-Muslims to his therapy sessions. As for the price, Talhar says it’s up to his clients. “I suffered from OCD for many years, so I know what it’s like. Now that I’m better, I want to help as many people as I can to understand their condition better, and resolve it earlier.”

Can people who suffer from OCD eventually wake up free from obsessions and compulsions? “I don’t deny that individuals can get cured, but the faulty assumption is to define being cured as eliminating all OC tendencies. Obsessiveness and compulsiveness can be a predisposition,” says Yap. He elaborates that one can manage one’s OCD while pursuing one’s dreams and lead satisfying, fulfilling lives. “OCD is an obstacle,” he stresses, “but you can, will, and are able to manage it. That’s the goal.” Incidentally, Yap himself suffered from OCD, but he’s been surviving and thriving, with a bright future ahead of him.
 
This article was first published in the Aug 2, 2014 issue of The Heat

Rabu, 20 April 2016

Cetakan Kedua (April 2016)

"Anda Mampu Merawat dan Mengubah Kehidupan Anda Dengan Minda Husnuzzon"





Alhamdulillah, buku RAWATI KEHIDUPAN DGN MINDA HUSNUZZON (cetakan kedua)
tulisan admin blog telah pun siap terbit. Pembelian hanya melalui online. Harga ternasuk bayaran post adalah RM40 tak kira semenanjung atau sabah dan sarawak. Bagi sesiapa yg ingin memilikinya, boleh buat pembayaran melalui:

Akaun Maybank:

164267101619

Abdullah Talhah Bin Daud

Sila SMS SAHAJA (TIADA WHATSAPP) tentang pembayaran ke no: 013-3839363 dan sertakan nama, no. telefon dan alamat post anda untuk tujuan penghantaran.

Terimakasih


Kata pengantar:

Hukum Tarikan atau “Law of Attraction” telah menjadi suatu fenomena yang sangat diikuti umum. Secara umumnya, ia adalah suatu alat motivasi yang berdasarkan konsep keyakinan bahawa manusia diberikan keupayaan untuk menarik perkara-perkara dan peristiwa ke dalam hidup kita melalui pemikiran kita. Idea bahawa alam semesta memberikan respon dan tindakbalas terhadap perkara-perkara yang paling banyak kita berikan tumpuan dan fokus, tidak mengira samada perkara tersebut perkara positif atau pun negatif. Dengan ertikata lain, manusia diberikan kemampuan untuk mengubah kehidupan mereka dengan cara mengubah cara mereka berfikir.

Tetapi semua yang disebut dan diajar di dalam Hukum Tarikan oleh masyarakat Barat seperti “Thoughts become things” (Fikiran akan menjadi Kenyataan), “The universe will always react to your thoughts” ini sebenarnya bukanlah perkara yang baru kepada umat Islam, Ia telah lama di sebut di dalam falsafah dan ajaran Islam, dan terdapat banyak keterangan dalam beberapa hadis Qudsi dimana Allah mengingatkan manusia bahawa “Allah adalah menurut apa yang kita sangkakan” . Kebanyakan hukum-hukum yang diperkenalkan oleh masyarakat Barat hanya merujuk kepada universe (ruang alam semesta) sebagai sesuatu yang memberikan semula tindakbalas atau respon terhadap sahaja yang kita inginkan. Sebenarnya, , definisi "ruang alam semesta" dalam pengertian fizik kuantum bererti LANGIT. Di dalam Al- Qur'an, Surah Adz-Dzariyat ayat 22 dan 23, Allah SWT telah berfirman bahawa "dan di LANGIT terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan terdapat apa-apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu. Maka demi Tuhan kepada langit dan bumi, sesungguhnya apa yang dijanjikan itu pasti akan terjadi seperti apa yang kamu ucapkan". Ayat ini dengan jelas telah menjawab persoalan tentang konsep "universe" oleh masyarakat Barat dengan menerangkan bahawa Ruang Alam Semesta atau LANGIT yang disebut "universe" oleh masyarakat Barat itu adalah seumpama setor penyimpanan rezeki dalam bentuk energi. Sesungguhnya segala-galannya hanya dari Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa.

Buku ini datang tepat pada masanya, kerana ia melihat Hukum Tarikan dari perspektif Islam. Setiap langkah dan pemahaman tentang hukum tarikan di terangkan dan dikupas dengan penerangan menurut Islam dan Al-Quran. Buku ini seperti jiwa kepada buku-buku Hukum Tarikan yang lain yang hanya mengisi keperluan fizikal pembaca sahaja. Semua penerangan hukum tarikan di dalam buku ini mendekatkan pembaca kepada pemahaman ajaran dari Al-Quran dan setiap penerangan yang dibaca akan selalu memberi pembaca momen …”Aha…:, dimana pembaca akan lebih memahami dengan lebih mendalam apakah erti hukum itu dalam konteks kehidupan seorang muslim.
 

Jika anda peminat Hukum Tarikan, maka buku ini wajib ada didalam koleksi anda kerana ia akan menyempurnakan pemahaman anda tentang hukum-hukum tarikan yang anda telah baca sebelum ini.
Selamat Membaca!

Khalijah Nur Muhamad
Pensyarah
Learning Institute for Empowerment (LIFE) MMU
khalijahnur.mohamed@mmu.edu.my

Khamis, 7 April 2016

Afirmasi (4)

Kepada yg telah memghadiri sessi rawatan secara Personal Coaching atau pun menghadiri Seminar, tentu telah mempelajari Teknik Afirmasi (Affirmation) iaitu tulang belakang pengamal Hukum Daya Tarikan.

Ada buat ke tak?

Berikut ialah sebuah Artikel tentang AFIRMASI dari sifu Pengamal Hypnotis (kredit to Master Rey)

Affirmasi Diri

Ahli pengamal LOA atau Kuasa Minda serta banyak lagi keilmuan memanfaatkan teknik Affirmasi diri. Termasuklah Pakar Pemasaran No 1 Asia, Dr Azizan Osman (DAO) dalam mendidik peserta yang hadir ke programnya.

Jujur, saya sebagai ahli dan pengamal Hipnosis mendapati hampir 90% peranan hipnosis dan hipnoterapi digunakan dalam program hebat DAO. Jadi, tidak hairanlah jika ramai yang peroleh input dengan jayanya dan sukses. Semua dengan izin-Nya.

Affirmasi adalah Penegasan, Pengesahan, Tasdik, Isbat, Kepercayaan dan Tanda Setuju.
Affirmasi adalah kata-kata yang diucapkan secara jelas dan tegas kepada diri sendiri. Setiap kata-kata harian yang kita ucapkan jangan dipandang remeh. Kerana, perkataan adalah bahasa minda. Jika ia dicerap oleh bawah sedar. Maka, proses kepada hasilnya secara automatik akan berlaku.

Ramai orang sukses memanfaatkan affirmasi diri untuk raih keberanian dan kejayaan.
Sebaiknya kata affirmasi diri diucapkan hampir berkali-kali secara kerap. Bagi pembaca yang belum mahir tentang bawah sedar dan belum tahu bila waktu sesuai bawah sedar menerima info. Maka, lakukan affirmasi berkali-kali dan berterusan. Agar secara tanpa kita tahu dan sedar, waktu kita ungkapkan itu kena waktu tepat bawah sedar menerima inputnya.

Sebab itu ia penting lakukannya secara istiqomah. Tidak perlu ditanya bila hasilnya, lakukan sahaja hingga terwujud nyata hasilnya. Affirmasi sebahagian daripada Doa

Affirmasi adalah pernyataan kepada diri sendiri. Ia juga adalah Doa yang baik buat diri. Affirmasi juga adalah teknik bagi mempengaruhi bawah sedar dan ia sebahagian daripada Self Hypnosis!

Alhamdulillah, Insya Allah.. Aku lebih sihat daripada sebelumnya.

Syukur, tenaga tubuh saya semakin harmoni dan bertenang.

Alhamdulillah, Insya Allah.. Aku miliki rezeki yang berkat, halal lagi memiliki. Rezeki lebih daripada mencukupi.

Aku adalah penghipnotis terbaik!

Aku adalah guru terbaik!

Aku mampu lakukan. Aku berhak miliki kejayaan!

Aku adalah magnet kebahagiaan!

Aku adalah magnet kekayaan!

Aku usahawan berjaya!

(Sebaiknya affirmasi mestilah ringkas dan jelas maknanya. Elakkan daripada menggunakan kata TIDAK, JANGAN dan AKAN, Ucapkan dengan nada dan ritma yang tegas dan percaya diri. Ulang 3 kali.)

Setiap kata yang diulang-ulang menjadi doa. Setiap kata yang diulang-ulang akan tertanam pada bawah sedar.

Master Rey
http://hipnotis.my/?p=103

Selasa, 5 April 2016

Husnuzzonbillah

Hadis Nabi SAW:

Daripada Jabir RA, Nabi SAW bersabda:
"Janganlah seseorang dari kamu mati melainkan sentiasa dalam keadaan bersangka baik terhadap Allah SWT"
( HR Bukhari)

Nikmat yang kita terima daripada Allah s.w.t tidak pernah putus sejak kita mula diciptakan hinggalah ke detik ini. Dalam surah al-Mu'minuun ayat-ayat 12 hingga 14 Allah s.w.t memberi gambaran yang jelas tentang kejadian manusia, supaya manusia menginsafi nikmat yang diterimanya tanpa diminta dan Allah s.w.t memberi nikmat dengan sebaik-baiknya.

Maksud firman-Nya itu ialah:
DAN SESUNGGUHNYA KAMI JADIKAN MANUSIA DARI AIR YANG TERSARING DARI TANAH. KEMUDIAN KAMI JADIKAN DIA SETITIK MANI DI TEMPAT KETETAPAN YANG TERPELIHARA. KEMUDIAN MANI ITU KAMI JADIKAN SEGUMPAL DARAH, LANTAS DARAH ITU KAMI JADIKAN SEKETUL DAGING. KEMUDIAN DAGING ITU KAMI JADIKAN TULANG-TULANG. KEMUDIAN TULANG-TULANG ITU KAMI BALUTI DENGAN DAGING. LANTAS KAMI JADIKAN DIA KEJADIAN YANG LAIN. MAHA SUCI ALLAH, SEBAIK-BAIK PENCIPTA.

Perhatikan maksud ayat-ayat di atas DENGAN LEBIH MENDALAM:

- Siapakah kita pada peringkat-peringkat tersebut?

- Apakah kita sudah ada ikhtiar dan usaha?

- Adakah kita sudah pandai berharap dan berhajat?

Tidak, ketika itu kita tidak memiliki apa-apa dan tidak mengetahui apa-apa.

Dalam keadaan yang paling lemah dan paling tidak mengerti apa-apa itu :

- Adakah Allah s.w.t membiarkan kita?

- Adakah lantaran kita tidak berusaha dan berikhtiar maka Dia membiarkan kita kelaparan dan kehausan?

- Adakah lantaran kita tidak mengajukan harapan dan hajat maka Dia tidak memperdulikan kita?
Tidak, sama sekali tidak!

Allah s.w.t tidak sekali-kali membiarkan hamba-hamba-Nya. Dia memberi perlindungan dan penjagaan tanpa diminta, tanpa diusahakan, tanpa diharapkan dan tanpa dihajatkan.

Apakah ketika di dalam perut ibu sahaja Allah s.w.t memberikan kebaikan kepada kita dan
adakah Allah menyekatnya apabila kita meluncur keluar kepada alam dunia ini?

Tidak, bahkan nikmat kebaikan Allah s.w.t berjalan terus, cuma bezanya:

- ketika di dalam perut ibu kita menerima tanpa kesedaran dan tanpa pengetahuan.
- apabila kita berada di dunia kita menerima nikmat serta kebaikan itu dengan kesedaran dan berpengetahuan.

Kesedaran dan pengetahuan itu SEPATUTNYA membina sangka baik kita kepada Allah SWT.
Jika Allah SWT telah membuktikan bahawa Dia sanggup memberi tanpa diminta, mengapa pula kita boleh bersangka bahawa Dia enggan memberi apabila harapan dan hajat ditujukan kepada-Nya?
Hamba yang insaf akan yakin kepada Allah s.w.t dan dia akan bergantung kepada Allah s.w.t dengan baik sangka.

Jumaat, 1 April 2016

Antara Testimoni Peserta

Syukur ke hadrat Allah SWT, atas keizinanNYA, semakin ramai penderita samada OCD atau AD yang semakin berjaya mencapai peratusan tinggi dalam usaha mereka mencari kesembuhan. Berikut ini adalah antara testimoni-testimoni peserta Personal Coaching dan juga Seminar yg dijalankan oleh HusnuzzonLoa Consultancy yang dihantarkan kepada admin melalui aplikasi Whatsapps. Tahniah kepada semua dan terimakasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan kepada usaha ini.




















         " dan apabila aku sakit, maka DIA (Allah) akan memberikan kesembuhan....."
             (QS Asy-Syu'ara : 80)

Penyembuh sesungguhnya hanyalah Allah, dan yang menghilangkan bala bencana hanyalah Allah


wallahuaklam


Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]