Isnin, 21 Mac 2016

testimoni peserta - Penerimaan Diri Sangat Penting,

Alhamdulillah, saya menerima respon /komen terhadap post yg sebelum ini iaitu post tentang testimoni seorang peserta personal coaching yg semakin sembuh dari OCD dan AD dan kini telah menyambung semula pembelajarannya serta tidak berputus asa. Komen ini datang dari salah seorang OCDian yg lain yg juga telah menghadiri Personal Coaching beberapa bulan yg lalu :

Yup sy dpt catch 2 point penting dlm perkongsian illa tu yg sgt penting utk semua ocdian ambil perhatian serius


1. Kita kena sedar diri dn mengakui yg kita ialah penderita penyakit OCD. Tanpa mengakui yg kita sakit sampai bila pon kita sgt sukar/mustahil utk sembuh melalui pengalaman sy. Dan inilah juga point utama yg saya bawa balik lpas jumpa en talha dulu. Sblm ni sy cuba berikhtiar mengatasi was2 dgn persepsi yg diri sy normal..


Mgkn sudah 1001 kali sy cuba tp tiap kali gagal... namun dgn mengakui dan sedar yg diri ini abnormal disbbkan OCD dgn semua kekurangan serotonin etc...barulah sy mula menjumpai penawar sikit demi sikit terhadap ocd sy...sehingga harini... 


sy sgt bersetuju dgn illa utk cuba kaedah buat je ibadah wuduk solat etc, sah ke tak belakang kira kerana sy dah cuba kaedah ini sampai skg dan ternyata berkesan


2. Point kedua illa yg sgt penting utk ocdian juga ialah was2 atau syaitan itu akan lemah bila kita just abaikan/tak melayan setiap popup yg dtg.... 


ini juga sy masih amalkan hingga skg dan hasilnya berkesan.
Satu lg poin yg sy nak share disini ialah..


sy syorkan semua ocdian cuba ttpkan matlamat jangka pendek atau jangka panjang utk sesuatu masalah was2 yg dihadapi...


contohnya spt sy, sy pernah set target utk angkat takbir sekali sahaja selama seminggu tanpa gagal walau apapun rintangan yg dihadapi. Setelah beberapa kali gagal alhamdulillah finally berjaya.
Bila sudah meet target seminggu sy anjakkan jd sebulan pula...dan lama2 skg ni alhamdulillah sudah konsisten angkat takbir tanpa ulangan...ini satu contoh dr pengalaman sy lah.. sy ada buat juga utk isu lain seperti wuduk dan lain2.


Just sharing...


gambar hiasa ihsan blogger


Kredit untuk Faiz, semoga semakin pulih dan mendapat kesembuhan total, teruskan perjuangan, inshaa Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]