Ahad, 20 Mac 2016

testimoni peserta : Putus Asa itu satu PILIHAN


Salam.

Putus asa itu adalah PILIHAN. Kita boleh pilih untuk putus asa atau tidak. Jangan sesekali menyalahkan takdir Allah. Alhamdulillah, lagi testimoni peserta setelah lebih 7 bulan lalu beliau menghadiri Sessi Personal Coaching:

Hihi. hai saya illa, student lagi. Sejak kena ad n ocd saya dah nekad nak bhenti blajar. sebab saya dah macam orang gila time tu. 


Kejap2 takut mati. Takut tanda2 nak mati lah. sampai terganggu pelajaran saya. Kwn2 pun macam dah stress layan perangai sakit saya ni. Dah banyak saya jumpa ustaz2. Tapi tak lega juga. Last skali saya ambil keputusan nak bhenti belajar. Sebab saya rasa dah tak mampu. Time tu lagi 2 minggu nak final. 


saya balik rehat di kampung. tapi lagi teruk jadinyaa. Bila saya solat, nampak kuil, salib dekat sejadah. sampai kan saya akan menangis setiap kali solat. Kdang mcm nak putus asa, tapi tak boleh juga. seronok je tgk org lain solat cepat. hari makin hari saya makin layan suara dalam hati ni. 
Yang selalu cakap saya ni akan kafir kalau buat something. Popup ni akan keluar bila saya akan berfikir/niat. Contohnya kalau saya niat nak minum air. Mula lah dalam hati bercakap kalau minum air ni awak jadi k****. Kalau awak tak buat something awak jadi k****. Haih. walaupun benda tak masuk akal saya akan buat.sebab saya takut tu diri saya yg sengaja niat. 


So boleh dikatakan apa yg saya buat akan keluar perkataan tu. Sejak dari tu, saya murung,asyik dalam bilik. Menangis. Xnak makan. Berat turun 15kg. Haha. Setiap saya nk tidur, ada ja fikiran yang menghina Allah. Saya xtahu kenapa. Ada yg bertanya, mana Allah, rupa Dia, sampai kan saya pun tercari2. Tertanya2. Yaa sebab saya bukan lah org yg kuat agama.
Kalau saya amik wudhuk mahu tak nya berulang2 sampai basah kuyup baju nak solat pn ada ja mcm tak sah. ish kalau nak cerita bab was2 ni banyak yang saya was lagi., (washer lah geometri lah) tapi saya terganggu semua bab2 agama.


lepas tu, saya ada la google tentang sakit saya. Dgn izin Allah saya jumpa blog en talhah. saya cari fb en talhah. Then buat temujanji utk rawatan tu. saya dari kedah pergi jumpa en talhah utk dapatkn rawatan tu 6jam. 
Sejak dari jumpa en talhah baru saya dan family tau saya ada ocd. hihi. so lepas tu family lebih memahami saya lepas tu. Dgn kaedah yang en talhah bg, nasihat saya nak berterima kasih dkt en talhah selalu ada bila saya stress , menangis, en talhah akan bg nasihat sruh saya buat solat hajat dll. 
Alhamdulillah. Saya makin sembuh. saya dah boleh lawan Sil Khannas tu. saya cuba buat tak layan je. Amik wuduk pn sah ke x biar lah. Saya sedar saya ocdian. Saya sedang sakit. Kalau saya tak cuba usaha utk sembuh mcm mana saya nak sembuh lepas tu saya niat nak sambung balik belajar. sayang lah. Tinggal lagi berapa semester.


Hihi. then, hari first saya sambung, saya berkenalan dgn tunang saya sekarang. Tapi dia bkn student. kami berkawan 2 bulan, family dia datang merisik, then bertunang, in syaa Allah kalau xda halangan kami akn disatukan tahun ini bagi saya, mungkin, ini adalah hadiah yg Allah bagi utk saya selepas saya tanggung sakit selama ni. '


Semua yang berlaku ada hikmahnya. Ada sebab kenapa saya extend. Saya sakit. Mungkin dgn cara ni, saya lebih dekat dgn Allah, ingat Dia, banyak berdoa padaNya. kalau tak sakit, mungkin saya lalai lagi. nasihat saya, berdoa lah pada Allah, yakin lah doa kita akan dimakbulkan  ( Allah berfirman: Berdoalah padaKu akan Aku perkenankan)
"saya percaya setiap kali doa saya, akan dimakbulkan dan saya patut gembira selepas berdoa."


Mungkin cepat atau lambat. Apa pun doa kita, serah lah pada Allah hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita. Apa yang jadi dekat kita sekarang, ni semua ujian. Allah sayang. Sebab tu Allah uji. Bersyukurlah, dgn sakit ini, mungkin utk mhapus dosa2 kita yang kita sedar atau pn tak. jangan putus asa, tolong kuat utk diri sendiri.
Allah suruh kita berikhtiar. Jangan stress bila orang disekeliling tak faham apa yang kita lalui, sebab mereka tak da sakit ni.


Belajar Bersyukur, nikmat hidup yang Allah bagi ni sangat indah. walaupun sekarang saya fikiran2 mcm tu akan datang lagi bila saya stress, tapi saya akan cuba buat tak tahu je. kita kena sedar yang sempurna hanya lah Allah.




Kredit untuk Illa, semoga semakin pulih dan mendapat kesembuhan total, teruskan perjuangan, inshaa Allah.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]