Sabtu, 5 Mac 2016

PECAHKAN PATTERN OCD / AD DGN MENGUBAH "SISTEM KEYAKINAN'

PECAHKAN PATTERN OCD / AD DGN MENGUBAH APA YG KITA SELAMA INI PERCAYA TERHADAP KEMAMPUAN DIRI KITA.


Sebuah eksperimen telah dijalankan di mana satu akuarium yang menempatkan seekor ikan disediakan. Pada waktu-waktu tertentu,ikan tersebut diberi makan bijian makanan. Ikan itu makan seperti biasa. Kemudian satu penghalang lutsinar telah diletakkan di tengah-tengah akuarium itu menjadikannya dua bahagian sama rata;ikan di satu petak dan yang satu lagi adalah ruangan kosong. Kemudian bijian ditaburkan di ruangan kosong. Cuba teka apa yang terjadi?


gambar hiasan ihsan blogger

 
Ikan itu segera meluru ke arah bijian itu. Namun setiap kali ia mahu menuju ke arah makanan, ia telah tersadung dinding lutsinar tersebut. Situasi begini terjadi berulang-ulang kali sehingga ikan itu tidak lagi kelihatan cuba menuju ke arah bijian makanan tersebut. Kemudian dinding lutsinar itu dikeluarkan.

Satu situasi menarik telah berlaku. Ikan tersebut membiarkan sahaja bijian makanan itu. Ia tidak cuba untuk mendapatkannya. Kemudian, satu akurium lain berisikan seekor ikan disediakan sebagai kawalan. Sebaik sahaja ditaburkan makanan,ikan di dalam akuarium yang kedua bergegas meluru mendapatkan makanan. Tetapi anehnya,ikan di dalam akuarium pertama tadi membiarkan sahaja bijian makanan itu terapung-rapung di sudut bertentangan. Satu lagi ciri yang dapat dilihat,ikan itu seolah-olah berenang di dalam kawasan yang terhad,iaitu separuh dari akuarium itu.

Apakah anda pelajari dari eksperimen di atas?
Apakah kaitan ikan tersebut dengan manusia?

Di dalam dunia realiti hari ini, ramai orang telah terperangkap dalam sistem yang belum pasti wujud. Mereka berfikir,bekerja dan berehat dalam satu ruang lingkup mereka sendiri. Kadang-kadang mereka seolah-olah terperangkap di dalam satu kurungan yang amat kebal dan keras, di mana cukup sukar bagi mereka untuk keluar darinya. Namun dinding-dinding itu bukanlah nampak seperti batu-bata yang tebal atau besi-besi yang teguh. Kita namakan ia sistem KEYAKINAN DIRI

Keyakinan diri adalah satu batas yang dapat mengurung manusia di dalam satu kawasan yang abstrak, di mana manusia tersebut tidak mampu untuk melepasinya. Ikan itu tidak terhantuk pada dinding kaca, tetapi pada sistem kepercayaannya sendiri. Keyakinan dirinya telah mengurung ia di dalam satu kawasan yang terhad; bukan sahaja dari segi fikirannya

 (biarkan makanan itu,aku tidak mampu mendapatkannya) malah dari segi fizikal (di sana ada dinding yang aku tak nampak). 

Keyakinan diri menentukan kawasan kita. 
Apa yang kita boleh buat,apa yang kita tidak boleh buat. 
Keyakinan diri juga menentukan peraturan kita sendiri.
Kita hidup di dalam Keyakinan diri. 
Kita berhujah menegakkan Keyakinan diri kita.
Kita berperang kerana Keyakinan diri kita dan tidak mahu keluar dari sempadannya.


Mungkin ikan itu telah berfikir:

"Suatu masa dahulu aku pernah pergi ke seberang sana,tetapi kepalaku yang sakit,kini cukuplah aku berenang-renang berpusing di sini sahaja."

Keyakinan diri bertindak seperti sebuah sistem operasi (OS). Komputer yang beroperasi menggunakan sistem pengoperasian Windows sebagai contoh, akan berfikir dan bertindak di dalam ruanglingkup sistem operasi Windows itu sahaja.

Dari segi grafik, ikon, perisian dan antaramuka dikawal dan ditetapkan oleh OS itu sendiri. Bukan sahaja OS itu sendiri malah orang yang biasa menggunakan Windows mungkin tidak pernah terfikir ada OS yang lain seperti Linux, Ubuntu dan  Mac OS.

Perisian yang hanya boleh dibuka dalam OS Linux misalnya tidak boleh dipasang di dalam Window. Perisian itu mestilah dibina dalam persekitaran mesra Windows.Perisian itu mestilah sama dengan 'sistem Keyakinan diri" sesuatu komputer itu.

Apa kata kita tukar komputer tadi dgn Ubuntu. Apa yg dilihatnya? Apa yg difikirkannya?

Orang yang berfikiran seperti ahli sukan akan memiliki tubuh badan seorang ahli sukan. Orang yang memiliki persediaan tubuh badan asal seperti ahli sukan tetapi berfikiran seperti penagih dadah akhirnya akan memiliki tubuh yang kurus dan lemah.Ini adalah contoh mudah dan paling asas.

Namun SEBENARNYA KEMAMPUAN DALAMAN MANUSIA BOLEH MELAMPAUI HUKUM-HUKUM FIZIK.

Ini kerana minda manusia bukanlah entiti yang terperangkap dalam tubuh jasad manusia. Minda/roh manusia adalah entiti diluar dunia ini. Strukturnya,skrip dan codingnya dibina di luar dimensi dunia yang kita berhidup kini. Seperti juga tubuh manusia, minda/roh manusia disusun dalam struktur yang khas dan punya fungsi tertentu.

"dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu"
(QS Al-Infithaar : 8) 

Maka untuk hidup seperti orang lain yang normal, cubalah sentiasa terapkan dalam KEYAKINAN DIRI kita bahawa kita semakin sembuh, semakin normal, atau sudah pun sembuh, sudah pun normal.

Berbincang dan bertanya dgn kawan baik yg normal dan positif, bagaimanakah sebagai seorang normal, cara mereka membuat keputusan, cara mereka menjalani kehidupan, cara mereka menanggapi dan menangani sesuatu keadaan.

Cuba ikut dan praktikkan, cuba percaya bahawa kita MAMPU mengenepikan pattern2 tak normal yang ada pada kita. Inshaa Allah, kita BOLEH!

Mungkin ada diantara kita yang sebenarnya sudah sembuh, tetapi TIdak Menyedarinya kerana Sistem Kepercayaannya mengatakan aku tak mampu mandi wajib 15 minit, aku tak mampu lagi untuk angkat takbir sekali sahaja, aku tak mampu itu dan ini, kerana pengalaman lalu yg mungkin sahaja sudah berbeza jika kita cuba dgn keyakinan yg baru.

Wallahuaklam


artikel di adaptasi dari Matrix 010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]