Jumaat, 25 Mac 2016

Lagi Tentang LINTASAN HATI

Kepada penderita Lintasan Hati, harap baca hingga habis.

LINTASAN HATI (INNER VOCAL TICS) dan KAITANNYA DGN SYNDROME TOURETTE

1. Apakah Syndrome Tourette?

Tourette syndrome (TS) adalah salah satu DISORDER yang berlaku di dalam masyarakat kita pada hari ini. Ramai yang tidak mengetahui apakah TS dan apakah ada rawatan untuk mereka yang mengalaminya. Tanpa kita sedari ada insan disekeliling kita merupakan penghidap TS.

TS adalah gangguan pada saraf otak (neurological) yang mengakibatkan berlakunya tingkah-laku, perbuatan atau kata-kata diluar kawalan, tidak disengaja atau berulang-ulang yang dikenali sebagai tics (Hasil Kajian US National Institutes of Health).

TS adalah keadaan yang mempengaruhi sistem saraf utama dan menyebabkan tics. Tics merupakan sentakan/ kekejangan, pergerakan atau bunyi-bunyian yang tidak sengaja dilakukan oleh manusia. Terjadinya TS apabila seseorang itu mempunyai dua tics iaitu yang mempengaruhi pergerakan badan dan bunyi (Hasil Kajian Kids Health Organisation).

Tics di definasikan sebagai pergerakan atau pertuturan yang berlaku secara spontan, pantas, tanpa sebab, berulang kali dan diluar kawalan seseorang (Hasil kajian American Academy of Family Physicians).

Terdapat 2 jenis TICS iaitu:

1. Tics fizikal ( Pergerakan anggota tubuh badan atau otot diluar kawalan) - disebut KENAN oleh masyarakat Melayu.

2. Tics Vocal (Mengeluarkan bunyi yg pelik dan mengganggu atau perkataan-perkataan diluar kawalan)

Dibawah Tics Vocal ini pula terdapat sejenis simptom yg dinamakan:

Coprolalia: menyebut perkataan lucah atau perkataan yang dilarang dalam masyarakat atau kepercayaan agama. 

Sindrom ini terjadi dalam semua masyarakat, bangsa, etnik dan agama. Golongan lelaki lebih banyak menghidapi penyakit ini berbanding wanita dengan perkiraan 3 hingga 4 kali berbanding wanita.
TS ini bermula sebelum umur 18 tahun dan kebiasaannya terjadi antara umur 5 hingga 7 tahun. Namun berita baik buat pesakit ini ialah mereka akan bertambah baik apabila meningkat dewasa. Disebabkan penyakit ini juga mereka tidak semestinya mempunyai jangka hidup yang singkat.

Walaubagaimanapun, penghidap TS mungkin boleh mendapat penyakit lain seperti attention deficit hyperactivity disorder (ADHD), obsessive-compulsive disorder (OCD) atau trouble learning.

2. Dari penerangan dan hasil kajian di atas, kita dapat melihat beberapa kesimpulan penting iaitu:

a. Penghidap TS berkemungkinan boleh mendapat penyakit lain seperti OCD, vise versa, Penderita OCD berkemungkinan boleh menderitai TS.

b. Hasil kajian JELAS menunjukkan bahawa DI ANTARA simptom TS ialah:

Berlakunya "kata-kata spontan yg tidak dapat dikawal, tidak disengajakan dan berulang-ulang tanpa kerelaan penderita"

c. Vocal Tics jenis Coprolalia: menyebut perkataan lucah atau perkataan yang dilarang dalam masyarakat atau kepercayaan agama.

3. Kesimpulannya, Tics Vocal ini bukan hanya berlaku pada suara luaran ( OUTER VOCAL TICS) tetapi ianya juga berlaku didalam hati, (INNER VOCAL TICS) tanpa dapat dikawal dan berlaku secara spontan tanpa kerelaan penderita.

4. Inner Vocal Tics inilah yang dikenali sebagai LINTASAN HATI dikalangan penderita Muslim di Malaysia dan kebanyakkan mereka juga adalah penderita OCD dan Anxiety Disorder.

5. Bercakap tentang LINTASAN HATI, ianya adalah sejenis COPROLALIA tetapi hanya berlaku di DALAM HATI dan sering berkisar tentang perkara-perkara yg salah dan menakutkan tentang agama, yang berbentuk kekufuran, penghinaan kepada Tuhan, melafazkan talaq, menganggu penderita ketika ingin melafazkan niat dalam ibadah, dan lain-lain lagi yang menimbulkan WAS-WAS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]