Khamis, 10 Mac 2016

KESEMBUHAN TOTAL DENGAN MINDA SEPARA SEDAR.

KESEMBUHAN TOTAL DENGAN MINDA SEPARA SEDAR.
 (Harap semuanya baca dgn teliti hingga habis)

Semasa mula-mula kita belajar memandu, dalam tempoh sebulan dua yg pertama, kita memandu dengan MINDA SEDAR. Dgn muka ketat, penuh kesedaran dan sentiasa berjaga2. Setelah berbulan2 berlatih, mungkin setelah setahun, kita tidak lagi memandu dgn MINDA SEDAR. Kita kini memandu dgn MINDA SEPARA SEDAR (Sub Conscious Mind - SCM).




Kita kini telah menjadikan SCM sebagai pembantu kita ketika memandu. Kita boleh bersembang, berbual melalui telefon, dan sebagainya sambil memandu. Kita tak perlu lagi alert pada lampu isyarat merah atau hijau kerana segala tugas pemanduan telah diserahkan kpd SCM.

Bilakah waktu utk menukar gear, menekan clutch, menekan minyak dan brek, semuanya tidak lagi kita beri perhatian, kerana semuanya dilakukan oleh SCM. Apa yg kita tahu, : Kita sudah sampai ke destinasi yg ditujui.

Begitu jugalah dgn pengaplikasian LOA untuk menangani OCD, semua step yg kita pelajari utk memyembuhkan diri dan juga mengajar diri utk menangani OCD, jika kita berlatih dgn konsisten setiap hari selama berbulan, maka kita tak perlu lagi menggunakan MINDA SEDAR utk mengingatkan diri supaya jangan melayan, mengingatkan diri yg mana satu was2, yg mana satu bisikan syaitan, yg mana satu tak perlu diberi perhatian, kerana bila kita telah berjaya menyerahkan tugas menangani OCD kpd SCM, maka disitulah letaknya kesembuhan.

Saya melihat kes beberapa org penderita yg mendapatkan sessi rawatan dgn saya, yg mana, mereka yg benar2 buat latihan dan tugasan ttg semua step dgn konsisten dan istiqamah, nampaknya mereka lebih cepat sembuh (semuanya mmg dgn Izin Allah). Tetapi apa yg penting disini ialah keazaman dan kekuatan diri utk berikhtiar yg kuat.

Sepertimana saya sendiri sering mengingatkan setiap peserta bahawa saya sendiri mengambil masa 8 bulan utk struggle dgn step2 yg diajarkan. Iaitu:

Memahami OCD dgn jelas dari sudut saintifik dan ugama. 

Memahami dengan jelas apakah itu POP-UP. 

Mengulangkaji teori LOA melalui buku/ebook yg disertakan, 

Doa, afirmasi, visualisasi, teknik pernafasan, senaman, zikir, pengambilan serotonin, EFT, Tidur bersetokin, diary kesyukuran dll lagi.

Apa yg penting ialah, make sure dapat hadam dlm SCM masing2 dan kita mula menangani OCD dgn SCM, bukan dgn MINDA SEDAR, sebab ini akan hanya meletihkan. Seperti ketika mula-mula belajar memandu, dgn MINDA SEDAR, amat letih dan juga agak menakutkan kerana takut kemalangan, terbabas, dll.





Cuba bayangkan begini:

- SCM bertindak bila nak tekan brek, clutch bila lampu merah = SCM tangani was2 bila berkaitan dgn najis atau wudhu.

- SCM bertindak bila nak tukar gear = SCM bertindak bila diganggu masa takbiratul ihram.

- SCM bertindak bagi signal bila nak membelok = SCM bertindak bila was2 ttg mandi wajib atau popup lintasan hati.

Sampai satu tahap dimana tak perlu lagi beritahu diri, :
 " oh, ini popup, jgn layan" 

atau:

" oh, ini fikiran pattern geometri, aku tak boleh ikutkan"

Bila dapat capai tahap seperti itu, maka disitulah KESEMBUHAN. 

Sebelum seseorang ocdian tu mampu kuasai SCM (minda separa sedar) utk kesembuhan, ocdian tu kena betul2 faham :

MENGAPA AKU PERLU / BERHAK UNTUK TIDAK MELAYAN IDEA WAS2 itu. 

Sebabnya, selagi kita tidak memahami MENGAPA AKU PERLU DAN BERHAK UNTUK TIDAK MELAYAN, kita akan tetap melayan pemikiran atau idea2 yg mengganggu itu kerana kita selalu MERASAKAN bahawa ianya perkara PENTING dan PERLU untuk di selesaikan @ dilayan dan BERDOSA KALAU DI ABAIKAN.

Kemudian, setelah ocdian itu memiliki Sistem Keyakinan bahawa DI SISI ALLAH, DIA MEMANG BERHAK UNTUK TIDAK MELAYAN IDEA WAS-WAS, barulah dia boleh pergi ke step2 seterusnya dan menghadamkannya ke dlm SCM.

Bagaimana untuk memilki Keyakinan bahawa DI SISI ALLAH, DIA MEMANG BERHAK UNTUK TIDAK MELAYAN IDEA WAS-WAS? Datanglah ke Sessi Therapy Rawatan yang disediakan. Inshaa Allah.



Harap semuanya memahami apa yg cuba saya sampaikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]