Isnin, 15 Februari 2016

Emosi Negatif Mengundang STRESS



Tentang “emosi” Negatif yg mengundang STRESS

Dikatakan oleh ramai orang bahawa perasaan yang sentiasa dirasai oleh kita digelar sebagai emosi. Ianya dapat kita rasai dengan nyata tetapi pada masa yang sama kita tidak dapat menuding secara fizikal di manakah ia terletak. Emosi bukan dirasai oleh mana-mana deria kita yang lima itu. Emosi tidak dapat dilihat dengan mata, didengar dengan telinga, dihidu dengan hidung, dikecap dengan lidah dan dirasa dengan deria sentuhan di seluruh badan kita. Justeru, di manakah letaknya emosi?

Cuba fokus pada perasaan anda sebentar. Apakah emosi anda sekarang? Adakah ia menyenangkan atau tidak menyenangkan anda? Adakah anda sedang merasa gembira, bahagia, tenang dan nyaman? Atau... Adakah anda sedang merasa murung, bosan, marah, cemas dan takut?

Emosi tidak dapat kita tuding kedudukannya kerana ia terletak di suatu realiti alam yang lain.
Sifat emosi pula boleh diibaratkan seperti portal atau “gateway”. Dengan kata lain, emosi sebenarnya ialah sebuah pintu kepada diri anda. Sesiapa yang dapat mengawal emosi anda, dia akan dapat mengawal fikiran dan lima deria tubuh anda.

Lihat sebuah komputer... bagaimanakah anda berkomunikasi dan memberi arahan kepadanya? Adakah anda menggunakan tetikus (mouse), papan kekunci (keyboard), skrin sesentuh (touch screen) atau kamera yang terpasang kepada komputer ini? Kalau semua ini tiada, terdapatkah cara lain yang dapat anda guna untuk berkomunikasi dan memberi arahan kepada komputer ini?

Lihat lagi komputer ini. Adakah ianya jenis yang ada skrin bagi membolehkannya memaparkan maklumat dan berkomunikasi dengan anda?

Adakah ianya mempunyai “speaker” untuk ia mengeluarkan suara atau bunyi untuk anda dengari?

Adakah ia mempunyai roda atau kaki yang membolehkan ia menggerakkan jasadnya? Apakah sumber tenaganya... bateri atau “power supply” yang menjalar kepada sebuah “power point”? Adakah ia mempunyai tuan punya?

Adakah ia mempunyai jantina?

Gelaran komputer yang boleh berkelakuan seperti manusia dipanggil robot, cyborg atau humanoid. Bolehkah anda bayangkan robot yang boleh bergerak-geri seperti manusia? Ia boleh melihat, bercakap, mengecapi “taste”, menghidu bau dan merasa dengan “sensor” rasa... Pada pendapat anda, apakah yang akan membezakan robot begini dengan manusia? Ya, yang akan membezakan robot begini dengan diri kita ialah robot tidak ada emosi. Manusia ada emosi.

Sekarang diulang semula perenggan di atas untuk tatapan kita... < Sifat emosi pula boleh diibaratkan seperti portal atau “gateway”. Dengan kata lain, emosi sebenarnya ialah sebuah pintu kepada diri anda.

 "Sesiapa yang dapat MENGAWAL EMOSI anda, dia akan dapat MENGAWAL FIKIRAN dan lima deria tubuh anda"

Adakah anda sudah mula dapat memahaminya?

Setiap kali kita merasai emosi yang negatif seperti murung, bosan, marah, cemas dan takut, ia bermakna ada sesuatu entiti atau makhluk yang sedang berusaha untuk “hacking” atau memecah masuk ke dalam fikiran kita.

Kalau komputer atau robot boleh di "hack" oleh manusia yg tahu cara yg betul untuk melakukan "hacking", maka TIDAK MUSTAHIL juga jika fikiran manusia juga boleh di "hack" oleh entiti yg tahu cara yg betul untuk melakukan "hacking" kpd manusia.  

Inilah sebenarnya yang berlaku kepada penderita-penderita OCD, Was-was, Lintasan Hati, Anxiety dan juga Kemurungan, dimana fikiran dan 5 deria pancaindera mereka telah dapat dikawal oleh syaitan yg direjam apabila emosi mereka berjaya ditakluki oleh syaitan.

Pada masa yang sama, stimulasi atau rangsangan luaran juga dikenakan kepada kita bagi mencetus emosi negatif. Rangsangan-rangsangan luaran ini boleh dijana dengan mudah melalui kewujudan “wang”. Dengan “wang”, ramai manusia dapat dikawal pemikiran mereka. Pada bila-bila masa emosi negatif dapat dicetuskan. Emosi negatif dapat dicetuskan dengan berita-berita di saluran-saluran TV, radio, akhbar, majalah dan internet. Dengan “wang”, manusia akan saling tipu-menipu dan saling mengkhianati sesama manusia. Ekonomi dapat dijatuhkan. Pendidikan dapat dicemarkan. Peperangan dapat dihasilkan.

Iklan-iklan di semua media pula akan menekan kita bagi membantu dalam mencetus emosi negatif. Iklan-iklan ini akan mengatakan... anda tidak cukup cantik, pakai la produk kecantikan ni. Anda gemuk, makan la ubat ni. Anda tidak cukup gagah di ranjang, makan la produk ni. Anda bodoh, masuk la universiti ni. Anda tidak mempunyai status yang baik, beli la kereta mewah ni. Anda tidak cukup wangi, beli la minyak wangi ni. Anda tidak cukup bergaya, beli la kasut dan jam tangan ni. Anda akan terus-terusan merasa rendah diri, sentiasa merasa hina, sentiasa ingin berlumba-lumba untuk jadi lebih kaya, lebih cantik, lebih mulia, lebih berstatus tinggi dan terus-terusan merasai emosi negatif.

Justeru, persoalan seterusnya ialah... bolehkah kita mengawal emosi kita supaya sentiasa positif? Apa kita nak buat bila tiba-tiba emosi negatif menerpa dan memeluk kita? Biasanya apabila kita bangun tidur pun... kajian menunjukkan 80% emosi kita adalah negatif.

Bagaimana nak mengekalkan emosi yang positif? Silalah hadir ke sessi, kita akan bincangkan antara cara-caranya, inshaa Allah.



Artikel Tentang Emosi ini adalah adaptasi dari tulisan saudara Zul Segamat (Re-Matrix)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]