Isnin, 29 Februari 2016

Jom Puasa Sunat!



Ingin sihat Jasad, Ruh dan Minda? Selalu lah berpuasa, dan makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang,


“Bahawa syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah tempat berjalan darahnya, maka sempitkanlah tempat jalannya dengan berlapar.” 
(HR Bukhari dan Muslim)



Rabu, 24 Februari 2016

PATTERN PEMIKIRAN OCD GEOMETRI.


Siapa yg ada pattern macam ni?

Setiap kali bila nak fikir atau nak selesaikan atau merancangkan sesuatu isu, secara automatik fikiran akan memasukkan perkara2 lain dalam isu itu, sebab pattern geometri ni nak complete set, semua perkara mesti diambil kira secara adil, tepat dan saksama.

Akhirnya isu asal yg penting jadi temggelam, masalah tak dapat diselesaikan, tapi hal2 remeh temeh lain yg turut dimasukkan dlm pemikiran itu pula yg jadi isu penting, dan masa terbuang, hati pun sakit, mood pun hilang, jadi sensitif.


Isu yg dimasukan tu bermacam2, : Seperti Flashback hal-hal lepas, apakah yg akan berlaku kalau dimasa lepas aku tak buat kesilapan itu, agaknya sekarang ni mesti jadi lain (jadi elok dan perfect) tetapi dah buat silap, maka sekarang ni kan jadi macam ni pulak. Kemudian cari punca siapa punya pasal sampai aku buat silap, hati jadi marah, fikiran makin dalam dan panjang, tak boleh stop.

Akhirnya tak dapat buat keputusan, tak boleh let go, dan tak boleh move on, dan stuck kat situ jer.

Dan begitulah so on and so on. Makanya, sangat susah nak buat keputusan. Pattern ini jugalah yg mempengaruhi dan mengganggu jika penderita ingin membeli sesuatu, terpilih-pilih akhirnya tak juga dapat keputusan, dan selalunya akan membeli benda yg tak berkaitan
  
(kurang penting dan membazir, lepas tu tension sorang-sorang : ....." aku ni bodohlah ")

Contoh:

Esok nak tghari nak pergi meeting kat PJ.

Alamak tayar kete belah depan dah botak, bunga dah banyak habis. 
Oklah, besok pagi tukar je lah tayar, 
TAPI, .......ala.. Kan membazir duit, kalau si Ali tu tak pinjam kete aku bawak ganas2 selama 2 minggu mesti tak jadi macam ni...
mesti malam ni aku tak payah fikir2. 
Kan aku dah takleh tido, mesti esok masa meeting aku ngantok. 
Esok pagi tak payah nak terkejar2 pergi tukar tayar. 
Memangla dia bagi duit sewa pinjam kete, tapi masa tu aku tak perasaan pulak tayar dah jadi macam ni. KALAU la aku tak keluar rumah pergi kedai malam tu mesti aku tak jumpa Ali, dan tak de lah dia nak pinjam kete aku, patutnya malam tu aku tak payah pergi kedai, bukan nak beli apa pun, mmg saja cari masalah. bla bla bla (contoh je la)

Semua ini sebenarnya adalah: WAS-WAS

Was2 ni berasal dari dalam pemikiran, dari situlah dia merebak kepada perbuatan, ada yg berat pada ibadah (terutama bg umat islam kerana ada konsep sah, tak sah, dosa dan pahala, halal dan haram).

Ada yg berat kepada kekemasan samada pemakaian atau susunan rumah dan perabot, ada yg berat pada kebersihan tapi kerana memikirkan kuman dan penyakit, ada yg berat pada keselamatan, hingga kerjanya sering memeriksa bahagian2 yg boleh memberi kesan bahaya seperti suis, kunci, alarm, dll.

Tetapi dasarnya, pattern dan corak pemikiranlah yg paling terbabit.

Salah satu caranya, gunakan Teknik The Power Of NOW (rujuk semula artikel Jan 2016) :

"Satu-satunya waktu yg kita ada hanyalah SAAT INI"

Lupakan hal lalu, ianya hanya ada dlm fikiran sahaja, lupakan hal masa depan, ia juga hanya wujud dlm fikiran sahaja, Masa depan yg sebenar adalah SAAT ini. Hayati dan syukuri SAAT INI. The best moment is now. Maafkan diri sendiri yg tak sempurna dan mmg selalu buat silap, dan maaf kan org lain.

Inshaa Allah...


Ahad, 21 Februari 2016

Peranan Memelihara Keselarian antara Titik Chakra

5 Perkara Penting Yg Perlu Dijaga bagi ikhtiar utk memastikan kita berada dalam allignment (keselarian) yg membantu kita untuk sentiasa sihat dari segi zahir, batin, ruh, jasad, pemikiran, perasaan, jiwa, semangat dan hati, dan juga sentiasa berada dalam sisi yg positif.

1. Syahwat
2. Makanan
3. Emosi
4. Kata-kata
5. Pemikiran

Dalam Islam ada 2 perkara ASAS yg penting iaitu

1. Halal (Di berkati)
2. Haram (Dilarang)

Oleh itu, 5 perkara ASAS diatas amat penting utk kita PELIHARA supaya sentiasa berada dalam keadaan HALAL (diberkati) . Apabila semua 5 perkara ASAS ini sentiasa berada dalam keselarian, (semuanya HALAL), insya Allah, kita akan dapat mencapai satu tahap lagi dalam diri kita iaitu:

"DAPAT MERASAI, MEMAHAMI dan MENCAPAI : IKHLAS."


Dalam Al-Qur'an, iblis berkata: " aku akan dapat mengalahkan semua anak adam KECUALI mereka yg IKHLAS"

Sebagai contoh:

1. Syahwat / Seks

Ianya  adalah perkara yg dilarang (haram) MELAINKAN dalam PERNIKAHAN yg sah. Mendapatkan nikmat syahwat dengan cara yg diluar pernikahan yg sah hanya akan memberi kesan buruk dan merosakkan sistem tenaga tubuh dari segi jasad dan ruh.

2. Makanan 

Makanan pula adalah sumber kepada pusat tenaga jasad dan ruh. Allah berfirman:

"Wahai orang2 yg beriman, makan lah kamu akan makanan yg HALAL dan BAIK (berkualiti)..."

Oleh itu, pengambilan makanan yg haram atau berunsur syubhah akan memberi kesan buruk dan merosakkan sistem tenaga tubuh samada dari segi ruh mahupun jasad.

 3. Emosi

Perasaan juga perlu dijaga supaya BERPIHAK kepada Kasih Sayang (sayangi diri dan sesama saudara seislam), Memaafkan, Bersangkabaik (Husnuzzon), Bersyukur, Tawakkal, Tawaduk, Rendah hati dll yg positif.

Menyimpan dendam, hasad dengki, Ego, Sombong, Show off (menunjuk-nunjuk), Ujub diri dll yg negatif semuanya akan membawa kerosakan dan kesan yg buruk kpd sistem tenaga tubuh fizikal dan ruh

 4. Kata-kata

Komunikasi juga sangat PERLU dipelihara bagi memastikan keselarian sistem tenaga tubuh badan samada luaran atau tenaga dalaman. Sabda Nabi SAW: "Keluarkanlah olehmu kata-kata yg BAIK atau lebih baik kamu DIAM".

Walaupun dalam proses berdakwah dan menyampaikan kebenaran dan haq, kita TETAP perlu memelihara cara kita mengeluarkan kata-kata.

Firman Allah:
Demi masa, sesungguhnya semua manusia berada dalam KERUGIAN, kecuali mereka yg beriman, beramal soleh dan saling berpesan-pesan perkara yg benar (haq), dan berpesan-pesan (itu pula) dengan KESABARAN.
(berhikmah -  BUKAN melulu, berdakwah cara perli dan menyakitkan hati) (QS Al-Asr)

Perbuatan mengumpat, menghina, mencerca dan memgeluarkan kata-kata buruk yg menyakitkan hati orang lain, memjatuhkan maruah orang lain, semuanya hanya akan merosakkan sistem tenaga tubuh manusia samada dari segi ruh atau pun jasad.

5. Pemikiran

Minda adalah aspek paling utama sekali kerana akal terletak pada pemikiran. Setiap pemikiran mengeluarkan frekuensi. Maka amat perlu untuk kita MEMILIH UNTUK BERPIHAK kepada pemikiran yg positif, husnuzzon dan sihat.

Berfikir negatif, suka melayan perasangka, memikirkan perkara-perkara yg sia-sia seperti perkara lucah, memikirkan keburukkan orang lain dan sebagainya, hanya akan memberikan kesan buruk kepada sistem tenaga tubuh badan dari segi ruh mahu pun jasad.

Firman Allah:

Wahai orang yg beriman, JAUHILAH akan PERASANGKA , sesungguhnya sebahagian perasangka itu adalah DOSA, dan janganlah kamu MENCARI-CARI KESALAHAN orang lain..."(QS Al-Hujurat : 11)

Hadis dari Jabir RA berkata, beliau mendengar Nabi SAW bersabda 3 hari sebelum baginda wafat:

Janganlah sesekali seorang dari kamu mati, MELAINKAN dalam keadaan sentiasa bersangka baik kepada Allah ( dan takdir Allah kepada kita) 

( HR Bukhari)


Oleh itu, apabila kita berjaya memelihara kesemua 5 perkara ASAS ini berada dalam keselarian (allignment) yg TEPAT, maka inshaa Allah, kita akan berupaya menjadi manusia khalifah yang tidak mampu ditewaskan. Kita akan dapat menguasai diri kita dgn benar dan tepat, (master ourself), dan berjaya memperolehi atau mencapai tahap ikhlas, dan inshaa Allah, iblis tidak akan mampu mendekati diri kita apatah lagi untuk membuat "hacking" kepada emosi kita.

Sistem tenaga tubuh ruh dan jasad ini juga dikenali dgn nama "titik maqam" atau "titik chakra".


Wallahuaklam

Isnin, 15 Februari 2016

Emosi Negatif Mengundang STRESS



Tentang “emosi” Negatif yg mengundang STRESS

Dikatakan oleh ramai orang bahawa perasaan yang sentiasa dirasai oleh kita digelar sebagai emosi. Ianya dapat kita rasai dengan nyata tetapi pada masa yang sama kita tidak dapat menuding secara fizikal di manakah ia terletak. Emosi bukan dirasai oleh mana-mana deria kita yang lima itu. Emosi tidak dapat dilihat dengan mata, didengar dengan telinga, dihidu dengan hidung, dikecap dengan lidah dan dirasa dengan deria sentuhan di seluruh badan kita. Justeru, di manakah letaknya emosi?

Cuba fokus pada perasaan anda sebentar. Apakah emosi anda sekarang? Adakah ia menyenangkan atau tidak menyenangkan anda? Adakah anda sedang merasa gembira, bahagia, tenang dan nyaman? Atau... Adakah anda sedang merasa murung, bosan, marah, cemas dan takut?

Emosi tidak dapat kita tuding kedudukannya kerana ia terletak di suatu realiti alam yang lain.
Sifat emosi pula boleh diibaratkan seperti portal atau “gateway”. Dengan kata lain, emosi sebenarnya ialah sebuah pintu kepada diri anda. Sesiapa yang dapat mengawal emosi anda, dia akan dapat mengawal fikiran dan lima deria tubuh anda.

Lihat sebuah komputer... bagaimanakah anda berkomunikasi dan memberi arahan kepadanya? Adakah anda menggunakan tetikus (mouse), papan kekunci (keyboard), skrin sesentuh (touch screen) atau kamera yang terpasang kepada komputer ini? Kalau semua ini tiada, terdapatkah cara lain yang dapat anda guna untuk berkomunikasi dan memberi arahan kepada komputer ini?

Lihat lagi komputer ini. Adakah ianya jenis yang ada skrin bagi membolehkannya memaparkan maklumat dan berkomunikasi dengan anda?

Adakah ianya mempunyai “speaker” untuk ia mengeluarkan suara atau bunyi untuk anda dengari?

Adakah ia mempunyai roda atau kaki yang membolehkan ia menggerakkan jasadnya? Apakah sumber tenaganya... bateri atau “power supply” yang menjalar kepada sebuah “power point”? Adakah ia mempunyai tuan punya?

Adakah ia mempunyai jantina?

Gelaran komputer yang boleh berkelakuan seperti manusia dipanggil robot, cyborg atau humanoid. Bolehkah anda bayangkan robot yang boleh bergerak-geri seperti manusia? Ia boleh melihat, bercakap, mengecapi “taste”, menghidu bau dan merasa dengan “sensor” rasa... Pada pendapat anda, apakah yang akan membezakan robot begini dengan manusia? Ya, yang akan membezakan robot begini dengan diri kita ialah robot tidak ada emosi. Manusia ada emosi.

Sekarang diulang semula perenggan di atas untuk tatapan kita... < Sifat emosi pula boleh diibaratkan seperti portal atau “gateway”. Dengan kata lain, emosi sebenarnya ialah sebuah pintu kepada diri anda.

 "Sesiapa yang dapat MENGAWAL EMOSI anda, dia akan dapat MENGAWAL FIKIRAN dan lima deria tubuh anda"

Adakah anda sudah mula dapat memahaminya?

Setiap kali kita merasai emosi yang negatif seperti murung, bosan, marah, cemas dan takut, ia bermakna ada sesuatu entiti atau makhluk yang sedang berusaha untuk “hacking” atau memecah masuk ke dalam fikiran kita.

Kalau komputer atau robot boleh di "hack" oleh manusia yg tahu cara yg betul untuk melakukan "hacking", maka TIDAK MUSTAHIL juga jika fikiran manusia juga boleh di "hack" oleh entiti yg tahu cara yg betul untuk melakukan "hacking" kpd manusia.  

Inilah sebenarnya yang berlaku kepada penderita-penderita OCD, Was-was, Lintasan Hati, Anxiety dan juga Kemurungan, dimana fikiran dan 5 deria pancaindera mereka telah dapat dikawal oleh syaitan yg direjam apabila emosi mereka berjaya ditakluki oleh syaitan.

Pada masa yang sama, stimulasi atau rangsangan luaran juga dikenakan kepada kita bagi mencetus emosi negatif. Rangsangan-rangsangan luaran ini boleh dijana dengan mudah melalui kewujudan “wang”. Dengan “wang”, ramai manusia dapat dikawal pemikiran mereka. Pada bila-bila masa emosi negatif dapat dicetuskan. Emosi negatif dapat dicetuskan dengan berita-berita di saluran-saluran TV, radio, akhbar, majalah dan internet. Dengan “wang”, manusia akan saling tipu-menipu dan saling mengkhianati sesama manusia. Ekonomi dapat dijatuhkan. Pendidikan dapat dicemarkan. Peperangan dapat dihasilkan.

Iklan-iklan di semua media pula akan menekan kita bagi membantu dalam mencetus emosi negatif. Iklan-iklan ini akan mengatakan... anda tidak cukup cantik, pakai la produk kecantikan ni. Anda gemuk, makan la ubat ni. Anda tidak cukup gagah di ranjang, makan la produk ni. Anda bodoh, masuk la universiti ni. Anda tidak mempunyai status yang baik, beli la kereta mewah ni. Anda tidak cukup wangi, beli la minyak wangi ni. Anda tidak cukup bergaya, beli la kasut dan jam tangan ni. Anda akan terus-terusan merasa rendah diri, sentiasa merasa hina, sentiasa ingin berlumba-lumba untuk jadi lebih kaya, lebih cantik, lebih mulia, lebih berstatus tinggi dan terus-terusan merasai emosi negatif.

Justeru, persoalan seterusnya ialah... bolehkah kita mengawal emosi kita supaya sentiasa positif? Apa kita nak buat bila tiba-tiba emosi negatif menerpa dan memeluk kita? Biasanya apabila kita bangun tidur pun... kajian menunjukkan 80% emosi kita adalah negatif.

Bagaimana nak mengekalkan emosi yang positif? Silalah hadir ke sessi, kita akan bincangkan antara cara-caranya, inshaa Allah.



Artikel Tentang Emosi ini adalah adaptasi dari tulisan saudara Zul Segamat (Re-Matrix)

Rabu, 10 Februari 2016

To Feel Strong


 TO FEEL STRONG

Bila berenang dilautan, ombak menampar kita dgn kuat, tetapi tamparan itu mengajar kita untuk tidak mengalah dan menguatkan diri jika tidak mahu tenggelam. Aku tidak mahir berenang, tetapi itulah yg dapat aku rasakan ketika berenang di pantai ini. Menjadi kuat memang penting, tetapi jika kita tidak mampu menjadi kuat, kita perlu "merasa kuat" dalam keadaan yg mendesak seperti ini, dikala mata tak dapat melihat, telinga tak dapat mendengar, dan tiada sesiapa pun disisi yang dapat membantu, hanya bergantung pada kepandaian tangan kita merenangi ombak yg terus-terusan menampar kita hingga kita berjaya ke pantai....


                     "Being strong is important" but if you can't, try to "feel strong"!



Jumaat, 5 Februari 2016

Perasangka


Assalamualaikum,

 1. Was -was adalah perasangka (rasa syak yg membuat rasa tidak selesa dan terganggu)

2. Kebanyakkan rasa was-was ini pula tidak pasti bemar atau tidak, tetapi mendatangkan rasa tidak selesa, resah dan terganggu.

3. Semua perasaan di atas disimpulkan sebagai PERASANGKA

Firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari PERASANGKA (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari PERASANGKA itu adalah DOSA dan janganlah kamu mengintip atau MENCARI-CARI KESALAHAN dan KEAIBAN orang lain (mengagak-agak dgn perasangka fikiran, bukan dgn bukti dan fakta) dan janganlah setengah kamu MENGUMPAT setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (demikianlah keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani (QS Al-Hujuraat : 12)

Bagi sesiapa yg selalu mengalami masalah selalu terbayang perkara2 buruk yg belum terjadi, maka jangan percaya apada apa yg terbayang atau idea itu kerana itu hanyalah PERASANGKA. Jauhi gangguan itu dgn mengingatkan ayat ini:

"Hanya Allah Yang Mengetahui tentang masa depan kamu, sedangkan kamu tidak"
 (QS Al-Baqarah : 255)

Isnin, 1 Februari 2016

Set Zikir

Assalamualaikum, 

Dalam post kali ini, pihak admin menyertakan set zikir "Ukhruj Aduwallah" (keluarlah wahai musuh Allah) yang diajarkan didalam seminar. Zikir (mengingati Allah) adalah ikhtiar memelihara hati rohani supaya tenang dan berjiwa teguh sepertimana firman Allah :

Hanya dengan mengingatiKU, hatimu akan menjadi tenang (QS 13 : 28).

Grafik disediakan oleh salah seorang peserta seminar, saudara Samli (terimakasih)
Salawat (no.1 dan 7) dibaca 3 kali. 


Di amalkan sekurangnya 2 kali sehari (selepas Subuh dan Isya)


Berikut pula adalah testimonial dari salah seorang peserta berkenaan pengamalan zikir.




Tetapi perlu diingat, tak kiralah wirid dan zikir apa pun yg anda amalkan, sekiranya anda merasai ketenangan, itu semua adalah anugerah Allah. Penyembuh dan Pemberi Ketenangan hanyalah Allah semata-mata. Amalkan zikir-zikir yg kita pelajari dengan niat ingin mengingati Allah dan setiap amalan itu elok dilakukan secara istiqomah (konsisten), bukan melakukan amalan dengan banyak, tetapi hanya sekali sekala, kerana Allah menyukai amalan hambaNYA yang sedikit tetapi berterusan. Wallahuaklam

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]