Rabu, 13 Januari 2016

KEMURUNGAN, EFT, IKHTIAR DAN ASBAB

KEMURUNGAN, EFT, IKHTIAR DAN ASBAB

Bayangkan seorang rakan anda telah mengalami kemalangan sehingga patah kakinya. Selepas melalui rawatan perubatan moden, kaki rakan anda akan pulih dan kelihatan seperti biasa seperti sebelum beliau mendapat kemalangan. Tetapi tahukah anda semasa beliau mendapat kemalangan, rakan anda juga telah mengalami kejutan psikologi seperti ketakutan , trauma, terperanjat dan kesakitan emosi?

Perubatan moden hanya merawat fizikal rakan anda. Kerana itu walaupun kaki rakan anda telah kelihatan seperti biasa, anda pasti akan mendengar keluhan kesakitan atau ketidak selesa pada kaki atau anggota tertentu rakan anda. Tahukah anda kenapa boleh jadi demikian?
Ini kerana, kecederaan dalaman di tubuh rakan anda masih tidak dipulihkan. Dan selalunya mereka yang mengalami keadaan yang sama akan mengadu atau membawa kesakitan tersebut sehingga ke akhir hayat.


Keadaan yang sama juga berlaku jika rakan anda mengalami Penderaan Keganasan Rumahtangga, Penderaan semasa kanak-kanak, Penderaan Seksual, Tekanan Hidup akibat masalah kegagalan atau kesusahan kewangan. Emosi dan mental rakan anda juga telah mendapat kecederaan atau kesakitan. Semua ini akan membawa kepada KEMURUNGAN (DEPRESSION) yang mana akhirnya akan mudah terdedah kepada penyakit psikiatrik lain seperti OCD, Anxiety Disorder, IVT (Lintasan Hati) dan lain-lain.


Teknik EFT adalah salah satu dari ikhtiar yang boleh kita usahakan bagi merawat emosi yang telah cedera ini. Jika berjaya sembuh dan pulih, ianya hanyalah ASBAB kerana Yang Maha Menyembuhkan hanyalah Allah SWT.


"dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) Yang menyembuhkan aku,"
(QS As-Syu'ara : 80)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]