Selasa, 26 Januari 2016

Gangguan Dwipolar (Bipolar Mood Disorder)


Mari kita kenali apakah itu Gangguan Dwipolar (Bipolar Mood Disorder)

Boleh bermula dgn OCD, (walaupun bukan semua kes akibat OCD) kemudian akibat was-was yg keterlaluan dan tidak dikawal/dibantu, pesakit menjadi terlalu stress dan mengalami Kemurungan (Dipression), jika tidak dibendung, kemungkinan akan terdedah kepada Bipolar Disorder.

Latarbelakang

Kebanyakan pesakit dibawa berjumpa doktor adalah kerana aduan menganggu jiran, tindakan agresif dan juga cubaan membunuh diri. Pesakit biasanya akan dimasukkan ke wad untuk pemerhatian dan rawatan jika keluarga mereka sendiri tidak tahu apa untuk dilakukan.

Apa itu Bipolar Disorder?

Bipolar Disorder adalah satu penyakit psikiatri yang melibatkan gangguan perasaan. ‘Bi’ bermaksud ‘dua’ dan ‘pole’ bermaksud kutub. Ini membawa maksud dalam penyakit ini, perasaan seseorang boleh berada dalam dua ‘kutub’ yang berbeza pada tahap yang ekstrem atau keterlaluan.

Mood mereka adalah "unpredictable". Boleh berubah dlm sekelip mata (Mood Swing), seperti tiba-tiba menjadi terlalu marah dan sensitif walau pun sebentar tadi dia kelihatan sangat gembira atau tenang.
Pesakit boleh menjadi TERLALU MURUNG sehingga ingin membunuh diri atau TERLALU GEMBIRA sehingga sanggup melakukan apa sahaja.


Apakah kekerapan penyakit Bipolar Disorder?

Bipolar Disorder dialami oleh 3 hingga 6 peratus dari kalangan lelaki dan perempuan dewasa.

Simptom (tanda-tanda) Bipolar Disorder

a) Mania
Merasa sangat gembira
Banyak melakukan aktiviti lebih dari biasa
Sangat bertenaga
Kurang keperluan untuk tidur
Banyak idea
Melakukan perkara yang berisiko seperti memandu laju
Berbelanja besar dan menghabiskan wang yang banyak

b) Hypomania
Gejala hampir serupa dengan mania tetapi tidak teruk

c) Kemurungan
Merasa sangat sedih
Tiada minat untuk melakukan perkaa yang biasanya digemari
Gangguan tidur
Gangguan selera makan
Gangguan tumpuan
Merasa diri tidak berguna atau merasa bersalah yang keterlaluan
Keinginan untuk mati atau membunuh diri

*Di antara episod-episod di atas, pengidap bipolar boleh kembali normal. Walaubagaimanapun, episod tersebut boleh berulang (‘relapse’)


Apakah rawatan untuk Bipolar Disorder?

Pesakit memerlukan rawatan untuk menstabilkan perasaan mereka. Rawatan ini dipanggil ‘mood stabilizer’ atau ‘penstabil perasaan’.

Contoh ubat yang digunakan ialah :
Lithium, Sodium Valproate, Carbamazepine dan Lamotrigine

Pesakit juga boleh dirawat dengan ubat antipsikotik terutamanya untuk episod mania. Antikemurungan mungkin diperlukan semasa episod kemurungan.

*Walaupun pesakit telah kembali normal, adalah amat pentin meneruskan rawatan ‘penstabil perasaan’ dan rawatan lain yang disyorkan oleh doktor untuk memastikan episod mania atau kemurungan tidak mudah berulang

Apakah nasihat penting untuk pesakit Bipolar Disorder?

- Amalkan tidur yang teratur
- Amalkan aktiviti harian yang tetap
- Elakkan daripada dadah dan alkohol
- Dapatkan sokongan keluarga dan rakan
- Tangani tekanan dalam hidup
- Kenal pasti tanda-tanda awal relapse seperti perubahan awal kepada perasaan, tidur, tenaga,   semangat dan keyakinan.
- Selalunya perubahan tidur adalah gejala yang mudah dikenalpasti


Artikel oleh:

Dr. Nurul Hakimah Khairir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]