Khamis, 21 Januari 2016

Atasi Stress dengan Teknik THE POWER OF NOW



 “This moment, this moment only. Forget about the past. Forget about future. The best moment is now. THE PRESENT TIME. Hayati, Nikmati dan Syukuri SAAT INI. fokus apa yg sedang anda lakukan SAAT INI. Buang segala kerisauan tentang SAAT AKAN DATANG. Saat inilah FUTURE yg sebenarnya. Dan sentiasa ingatkan! : Allah TIDAK mengambil kira apa yg kamu perkatakan didalam hati selagi tidak diperdengarkan dgn suara mulut dan perbuatan.”

Puisi Purba:
Lupakan semalam,
Kerana semalam hanyalah sebuah memori
Jangan risau tentang hari esok
Kerana esok hanyalah sebuah ilusi
Future yg sebenar adalah saat ini
Hiduplah hari ini dengan penuh kesungguhan
Maka setiap memori anda akan menjadi memori yang indah
Dan setiap hari esok akan menjadi hari yang penuh harapan.

Sentiasa tumpukan perhatian anda kepada MASA SEKARANG.

Sila jawab soalan saya sekarang.

Adakah anda menghadapi apa- apa masalah pada masa sekarang?

Jika anda menjawab YA, maka teliti soalan saya sekali lagi.

Saya bertanya adakah anda menghadapi apa – apa MASALAH PADA MASA SEKARANG? Soalan saya bukannya adakah anda akan menghadapi apa – apa masalah setahun, sebulan , sehari atau I jam atau 10 minit dari sekarang.

Adakah anda mengalami apa – apa MASALAH PADA SAAT SEKARANG ?
SUDAH TENTU TIDAK.

Jika ada yang mengatakan mempunyai sesuatu masalah seperti masalah kewangan, maka sudah tentunya masalah itu bukan pada masa SEKARANG tetapi akan datang pada satu masa akan datang seperti esok perlu membeli barang dapur dan sebagainya. Jadi janganlah RISAU jika tidak mempunyai sebarang masalah pada MASA DAN SAAT SEKARANG.

Jika ada yang mempunyai masalah pada MASA SEKARANG, MAKA BARULAH ANDA PERLU BERTINDAK UNTUK MENGATASI MASALAH TERSEBUT. MAKA TINDAKAN ANDA UNTUK MENGATASI MASALAH YANG DIHADAPI PADA SAAT DAN MASA SEKARANG AKAN MENDAPAT PETUNJUK DAN BANTUAN ALLAH, MAKA MASALAH ITU AKAN MENDAPAT PENYELESAIAN YANG MUDAH DAN CEPAT.

Contoh
Jika anda sedang dikejar oleh seekor anjing, anda sudah tentu tidak berfikir panjang tentang tindakan yang perlu diambil. Sudah tentu anda akan terus bertindak dan lari dengan laju untuk mengelak digigit anjing. Inilah satu contoh masalah yang dialami pada masa sekarang dan tindakan pantas yang diambil. MASA AKAN DATANG (FUTURE)

Jika kita sentiasa RISAU tentang masalah yang kita belum hadapi PADA MASA SEKARANG, maka ini akan menghasilkan getaran NEGATIF dan seterusnya menarik lebih banyak masalah kedalam hidup kita (Hukum Daya Tarikan)

Ramai yang menghabiskan masa mereka RISAU tentang masalah mereka yang belum tiba. Inilah yang kita perlu elakkan . Kerisauan ini akan mendatangkan lebih banyak masalah dalam hidup kita. BERHENTILAH RISAU tentang masa akan datang anda.

Anda boleh memikirkan tentang masa akan datang anda bila PERLU MENENTUKAN KEPERLUAN ANDA DIMASA DEPAN.

Kemudian kembalilah ke MASA SEKARANG.
Anda perlu
1) MERANCANG DAN
2) BERTINDAK PADA MASA SEKARANG untuk menghadapi keperluan anda dimasa akan datang.

Tentang Masa Lalu (Past)

Begitu juga jika seseorang itu asyik berfikir tentang MASALAH yang dialami dan KESILAPAN yang dilakukan pada MASA LAMPAU . Ini juga akan mendatangkan EMOSI NEGATIF seperti SEDIH, SESAL ,TAKUT,SEDIH dan sebagainya. Ini juga akan MENGHASILKAN GETARAN NEGATIF DAN menarik lebih banyak MASALAH KEDALAM HIDUP KITA

Kita boleh pergi kemasa lampau. Tetapi pastikan kita hanya pergi kemasa lampau untuk BELAJAR DARI KESILAPAN YANG LEPAS. Jangan sekali – kali kita fikirkan tentang kesilapan yang kita telah lakukan dan masalah – masalah yang kita pernah alami sebelum ini dimasa lampau.
BELAJARLAH DARI KESILAPAN ANDA yang anda telah lakukan pada masa lampau. Sila perhatikan bahawa proses belajar dari kesilapan ini hanya boleh dilakukan PADA MASA SEKARANG.

Tentang Masa Kini (present)
Sebenarnya , satu satunya masa yang anda ada hanyalah MASA SEKARANG. Masa lampau dan Masa akan datang hanyalah WUJUD DALAM MINDA KITA.

Biar saya terangkan dengan lebih lanjut.

Katakan satu peristiwa dirancang untuk dilangsungkan pada masa akan datang..

Contohnya satu perkahwinan dirancang pada satu tarikh pada masa akan datang contohnya 01.01.2017 ( tarikh hari ini adalah 14.01.2016)

Maka sehingga tarikh perkahwinan tersebut (future) ini menjadi masa sekarang (present time ) maka kita tidak boleh ambil apa – apa tindakan untuk melakukan rancangan tersebut.
Maksudnya sehingga tarikh 01.01. 2017 (iaitu satu masa yang berada dimasa akan datang) menjadi menjadi masa sekarang , tiada tindakan yang kita boleh ambil untuk melangsungkan perkahwinan tersebut.

Dengan erti kata lain, sehingga tarikh 01.01.2017 sampai ( iaitu masa akan datang sudah menjadi masa sekarang), kita tidak boleh melangsungkan perkahwinan tersebut sehingga masa depan itu menjadi masa sekarang ( iaitu tarikh 01.01.2017 benar-benar tiba) ,kita boleh merancang dan mengambil tindakan sebagai persediaan untuk majlis perkahwinan tersebut.

Contohnya pengantin boleh mengambil kursus perkahwinan, menempah baju dan sebagainya. Merancang dan mengambil tindakan tersebut mestilah dilakukan pada masa sekarang .
Majlis Perkahwinan itu sendiri perlu menunggu untuk tarikh 01.01.2017 sampai sebelum boleh dilaksanakan.

Tentang berjalan lancar atau tidak majlis tersebut hanyalah ILUSI KERISAUAN NEGATIF yg dipermainkan oleh fikiran negatif manusia dan syaitan.

Tentang bahagia atau tidak perkahwinan tersebut juga adalah ILUSI KERISAUAN yg dipermainkan oleh fikiran manusia dan syaitan.

Bahagia atau tidak adalah hanya Allah yg Maha Tahu dan juga bergantung kepada ikhtiar, tindakan, sikap, tanggapan dan husnuzzonbillah kita pada MASA KINI.

Begitu juga dengan masa lampau.

Masa lampau juga ujud dalam minda kita sahaja. Setiap perkara hanya boleh berlangsung pada masa sekarang sahaja.

Contohnya, katakan seorang telah gagal dalam temuramah kerja pada 01.01.2016 (2 minggu lepas dari hari ini 14.01.2016)
Dia hanya boleh dikatakan gagal pada masa sekarang (present time).Dia tidak boleh dikatakan gagal pada masa lampau 01.01.2016 kerana keputusan temuduga hanya diketahui dalam masa 2 Minggu. Maka, pada MASA SEKARANG ini, barulah dia boleh boleh dikatakan gagal dalam masa lalu yang wujud dalam sebuah kejadian temuduga pada 01.01.2016.

Dia perlulah belajar dari kesilapannya kenapa dia gagal dalam temuramah kerja tersebut. Dia hanya boleh belajar dari kesilapannya pada masa sekarang

Sekarang anda mungkin faham bahawa satu – satunya masa yang kita ada adalah SAAT INI. Cuba fahami dgn tepat apa yg cuba diterangkan.

Kesimpulan
1. Sentiasa jaga emosi anda supaya BEREMOSI POSITIF.

2. Anda hanya boleh bertindak pada masa SEKARANG.

3. Sentiasalah TUMPUKAN PERHATIAN PADA MASA SEKARANG.

4. Adakah anda mempunyai apa – apa masalah pada MASA SEKARANG iaitu PADA SAAT INI?

A) Jika TIADA , JANGAN RISAU atau mempunyai EMOSI NEGATIF LAIN.
B) Jika ADA , ambillah tindakan SEKARANG . Maka tindakan anda ini mendapat PETUNJUK DAN BANTUAN ALLAH. MAKA MASALAH ANDA AKAN SELESAI DENGAN MUDAH

5. MASA LAMPAU
A) JIKA ANDA MEMIKIRKAN TENTANG MASA LAMPAU, PASTIKAN ANDA HANYA SEDANG BELAJAR DARI KESILAPAN ANDA.

ANDA HANYA BOLEH BELAJAR PADA MASA SEKARANG DARI KESILAPAN ANDA DI MASA LAMPAU.

B) JANGAN FIKIRKAN TENTANG KESILAPAN YANG ANDA LAKUKAN PADA MASA LEPAS ( EMOSI NEGATIF)
C) JANGAN FIKIRKAN TENTANG NASIB MALANG YANG ANDA ALAMI PADA MASA LEPAS. ( EMOSI NEGATIF)

6. MASA AKAN DATANG
A) LIHATLAH APA KEPERLUAN ANDA PADA MASA AKAN DATANG

B) RANCANGLAH DAN BERTINDAK SEKARANG UNTUK KEPERLUAN ANDA DI MASA AKAN DATANG.

C) ELAKKAN PERASAAN "RISAU" TERHADAP MASA HADAPAN



*SEMUA ARTKEL TENTANG THE POWER OF NOW INI ADALAH HASIL KARYA DR. MOHD FAROUK RAJ ABDULLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]