Khamis, 21 Januari 2016

Atasi Stress dengan Teknik THE POWER OF NOW



 Puisi Purba:
Lupakan semalam,
Kerana semalam hanyalah sebuah memori
Jangan risau tentang hari esok
Kerana esok hanyalah sebuah ilusi
Future yg sebenar adalah saat ini
Hiduplah hari ini dengan penuh kesungguhan
Maka setiap memori anda akan menjadi memori yang indah
Dan setiap hari esok akan menjadi hari yang penuh harapan.

"Dah hampir 10 tahun aku tidak dapat merasa bahagia dalam hidup....."

(Sila jawab soalan ini:
Adakah anda menghadapi apa- apa masalah pada masa sekarang?
Jika anda menjawab YA, maka teliti soalan ini sekali lagi.

Saya bertanya adakah anda menghadapi apa-apa masalah pasa SAAT sekarang ini (PRESENT TIME)?
Soalan saya bukannya adakah anda akan menghadapi apa-apa masalah dlm tempoh setahun, sebulan , sehari, I jam atau 10 minit dari sekarang.

Adakah anda mengalami apa-apa MASALAH PADA SAAT INI ?
SUDAH TENTU TIDAK.

Jika ada yang mengatakan mempunyai sesuatu masalah seperti masalah kewangan, maka sudah tentunya masalah itu bukan pada saat SEKARANG tetapi pada satu masa akan datang seperti esok perlu membeli barang dapur dan sebagainya. Jadi janganlah RISAU jika tidak mempunyai sebarang masalah pada SAAT ini. Bolehkah masalah itu selesai dengan kerisauan itu?

Jika ada yang mempunyai masalah pada SAAT INI, maka barulah anda perlu bertindak untuk mengatasi masalah tersebut. Anda akan mendapati bahawa masalah itu tidaklah sesusah yang anda RISAU kan selama ini.

Contoh
Jika anda sedang dikejar oleh seekor anjing, anda sudah tentu tidak berfikir panjang tentang tindakan yang perlu diambil. Sudah tentu anda akan terus bertindak dan lari dengan laju untuk mengelak digigit anjing. Inilah satu contoh masalah yang dialami pada saat sekarang dan tindakan pantas yang diambil.  Atau sekiranya sekarang ini anda terasa ingin membuang air kecil, anda pasti tidak akan berlengah untuk ke tandas.

Pembahagian waktu/masa
Terdapat 3 jenis masa yang perlu kita fahami dalam teknik ini iaitu
1. Saat ini (Present Time)
2. Masa Lalu (Past)
3. Masa depan (Future)

Hakikat yg sebenarnya yg tidak ramai yg menyedari ialah, satu-satunya masa yang BENAR-BENAR KITA MILIKI hanyalah SAAT INI.
Masa lLalu dan Masa Depan hanyalah WUJUD DALAM MINDA KITA sahaja.

RISAU
Jika kita sentiasa RISAU tentang masalah yang kita belum hadapi pada SAAT INI, maka ini akan menghasilkan getaran NEGATIF yg berupaya menarik lebih banyak tenaga yg memperbesarkan masalah itu serta menambahkan kerumitannya  kedalam hidup kita. (Quantum Fizik)
Ramai yang menghabiskan masa mereka untuk RISAU tentang masalah mereka yang belum tiba. Inilah yang kita perlu elakkan . Sesuatu yg anda perlu benar-benar fahami disini ialah, sebesar mana pun anda meletakkan rasa risau terhadap sesuatu masalah itu, masalah itu tetap tidak akan selesai.

Ramai juga yg tidak menyedari bahawa Minda Separa Sedar mereka telah mempunyai tanggapan yg salah terhadap bab Risau ini. Mereka menganggap adalah menjadi satu kesalahan jika tidak melayan rasa risau apabila menghadapi sesuatu masalah. Oleh kerana takut merasa bersalah, maka mereka melayan rasa risau sebagai menunjukkan mereka juga mempunyai  rasa bertanggungjawab terhadap sesuatu masalah itu sedangkan tanggungjawab yg sebenar ialah berusaha mencari solusi dan menyelesaikan masalah, bukan merisaukan masalah tetapi tidak berbuat apa-apa tindakan. Kerisauan hanya akan mendatangkan lebih banyak masalah dalam hidup kita. BERHENTILAH RISAU tentang masa akan depan anda.

MASA DEPAN (FUTURE)
Masa depan atau future BUKAN hanya kadar waktu 5 atau 10 tahun dari sekarang. Ianya termasuk 5 minit dari sekarang atau esok lusa.
Anda boleh memikirkan tentang masa akan datang, kerana kita PERLU MENENTUKAN KEPERLUAN KITA dimasa depan.
Anda perlu 1) MERANCANG dan  2) BERTINDAK pada masa sekarang untuk menghadapi keperluan anda dimasa akan datang. Kemudian kembalilah ke SAAT ini.

Sebagai contoh, Katakan satu peristiwa dirancang untuk dilakukan pada masa akan datang.
Contohnya satu perkahwinan dirancang pada satu tarikh pada masa akan datang contohnya 01.01.2019 ( tarikh hari ini adalah 13.03.2018)

Maka sehingga tarikh perkahwinan tersebut (future) menjadi SAAT INI (present time ) maka kita tidak boleh ambil apa–apa tindakan untuk melakukan rancangan tersebut. Maksudnya sehingga tarikh 01.01. 2019 (iaitu satu masa yang berada dimasa depan) menjadi menjadi saat ini , tiada tindakan yang kita boleh ambil untuk melangsungkan perkahwinan tersebut.

Dengan erti kata lain, kita tidak boleh melangsungkan perkahwinan tersebut sehingga masa depan itu menjadi masa sekarang ( iaitu tarikh 01.01.2019 benar-benar tiba). Tetapi kita boleh merancang dan mengambil tindakan sebagai persediaan untuk majlis perkahwinan tersebut. Contohnya pengantin boleh mengambil kursus perkahwinan, menempah baju dan sebagainya. Merancang dan mengambil tindakan tersebut mestilah dilakukan pada saat ini (present time). Majlis perkahwinan itu sendiri perlu menunggu untuk tarikh 01.01.2019 tiba sebelum boleh dilaksanakan.

Tentang berjalan lancar atau tidak majlis tersebut hanyalah ILUSI KERISAUAN NEGATIF yg dipermainkan oleh fikiran negatif manusia dan syaitan.
Tentang bahagia atau tidak perkahwinan tersebut juga adalah ILUSI KERISAUAN yg dipermainkan oleh fikiran manusia dan syaitan.
Bahagia atau tidak adalah hanya Allah yg Maha Tahu dan juga bergantung kepada ikhtiar, tindakan, sikap, tanggapan dan husnuzzonbillah kita pada SAAT KINI.

MASA LALU (PAST)
Begitu juga jika seseorang itu asyik berfikir tentang MASALAH yang telah dialami dan kesilapan yang dilakukan pada MASA LALU . Ini juga akan menimbulkan EMOSI NEGATIF seperti sedih, sesal, marah, takut dan sebagainya. Ini juga akan menghasilkan frekuensi NEGATIF yg akan menarik lebih banyak tenaga berbentuk masalah yg difikirkan itu untuk berlaku lagi di saat ini.

Kita boleh pergi kemasa lalu. Tetapi pastikan kita hanya pergi kemasa lalu untuk BELAJAR DARI KESILAPAN YANG LEPAS. Jangan sesekali kita berikan fokus secara negatif tentang kesilapan yang kita telah lakukan dan masalah-masalah yang kita pernah alami sebelum ini dimasa lalu. Belajarlah dari kesilapan yang anda telah lakukan pada masa lalu. Sila perhatikan bahawa proses MEMPERBETULKAN kesilapan ini juga, hanya boleh dilakukan pada SAAT INI sahaja.

Sebagai contoh, seseorang yg pernah putus cinta di masa lalu, dia perlu mempelajari salah silap yg telah berlaku dalam perhubungan itu, mungkin dia dulunya seorang yg terlalu mementingkan diri sendiri, sukar bertolak ansur, atau seorang yg selalu mungkir janji, atau selalu bercakap bohong dan memberi terlalu banyak alasan. Oleh itu, dia perlu mengambil tindakan untuk memperbetulkan kesilapannya dengan berubah menjadi seorang yg lebih bertolak ansur, jujur, menepati janji. Dan dia hanya boleh melakukan perubahan itu pada SAAT INI sahaja. Mungkin dalam perhubungannya dgn seseorang lain pada saat ini, bukan lagi dengan seseorang yg telah meninggalkan dia dalam hubungan lalu itu kerana mungkin orang itu sudah berpunya. Dia perlu mengelakkan dari berfikir tentang kesedihan dan kekecewaan yg telah dilaluinya pada masa lalu itu. Semua itu hanya wujud didalam minda sahaja, bukan lagi pada saat ini.

Sekarang anda mungkin telah faham bahawa satu–satunya masa yang kita miliki hanyalah SAAT INI. Setiap perkara hanya boleh berlangsung pada masa SAAT INI (Present time) sahaja. Masa lalu dan masa depan hanyalah berwujud didalam minda kita sahaja.

KESILAPAN BESAR ramai dari kita ialah kerana kita telah TIDAK MENGHAYATI. MENIKMATI. MEMANFAATKAN, dan MENSYUKURI SAAT INI (Present Time). Ramai yg menghabiskan setiap moment SAAT INInya dengan samada merisaukan masa depan, atau tenggelam dalam emosi negatif tentang masa lalu. Seseorang itu mungkin sedang menghadapi hidangan makanan yg lazat dan mahal, tetapi dia tidak dapat menikmatinya kerana minda dan emosinya lebih banyak bertumpu kepada Masa Lalu dan Masa Depan sehingga dia TERLUPA TENTANG SAAT INI nya.  Jika hal ini berlangsung selama beberapa tahun, katalah 10 tahun, mungkin akhirnya dia akan berkata: "Telah 10 tahun aku tidak dapat merasa bahagia" Mengapa? Kerana dia tidak menghayati, menikmati, memanfaatkan dan mensyukuri tiap-tiap moment SAAT INInya selama 10 tahun itu.

Atau mungkin SAAT INI kita mempunyai anak2 yg masih kecil yg sepatutnya kita nikmati saat-saat kemesraan bersama anak2 ketika mereka masih kecil dan boleh bergurau senda dan bermanja dengan kita, yg mana moment ini hanya akan datang sekali sahaja. Akan tetapi kerana kita terlalu RISAU memikirkan hal ekonomi untuk MASA DEPAN anak2 kita, Kita jadi terlalu sibuk dan mudah cepat stress, melenting, dan LUPA dgn SAAT INI kita bersama anak2 ketika mereka kecil. Mungkin di masa depan kita telah berjaya menjadi seorang jutawan, dan hal ehwal ekonomi anak tidak lagi menjadi KERISAUAN, tetapi anak2 telah pun dewasa dan hubungan kita dengan mereka pula telah mendapat banyak masalah dan kita sudah pasti TIDAK DAPAT mengembalikan moment SAAT INI kita dgn mereka ketika mereka masih kecil.

Kesimpulan
1. Sentiasa jaga emosi anda supaya beremosi positif.

2. Anda hanya boleh bertindak pada SAAT INI.

3. Sentiasalah tumpukan perhatian pada saat ini (present time).

4. Adakah anda mempunyai apa-apa masalah pada SAAT INI?
a) Jika TIADA , JANGAN RISAU atau mempunyai EMOSI NEGATIF LAIN.
b) Jika ADA , ambillah tindakan sekarang. Anda akan mendapati bahawa masalah itu tidaklah sesusah yang anda RISAU kan selama ini.

5. Masa Lalu
a) Jika anda memikirkan tentang masa lalu, pastikan anda hanya sedang belajar dari kesilapan anda. Anda hanya boleh memperbetulkan kesilapan yg anda pelajari itu pada SAAT INI.
b) Jangan berikan fokus kepada kesedihan dan kekecewan dimasa lalu( EMOSI NEGATIF)
c) Jangan berikan fokus pada nasib malang anda dimasa lalu ( EMOSI NEGATIF)

6. Masa Depan
a) Lihatlah apakah keperluan anda di masa depan
b) Rancanglah dan bertindak sekarang untuk keperluan anda di masa depan.
c) Elakkan perasaan RISAU untuk masa depan.

~ Satu-satunya masa yang benar-benar kita miliki hanyalah saat ini. Hayati, Nikmati, Manfaatkan dan Syukuri saat ini (Present Time). The Best Moment is NOW~

Tahniah kepada yg berjaya membaca sehingga selesai. :)


* Entry  The Power Of Now ini adalah adaptasi dari hasil penulisan Dr. Mohd Farouk Raj Abdullah


Jika nak copy paste atau nak link ke, mintak izin dari blogger dulu atau letakkan link asal artikel yg dikongsikan. Hidup biar ada adab.


Selasa, 12 Januari 2016

Subjek / Masa / Lokasi

95% atau kebanyakan impian/ doa yang dimakbulkan, akan anda terima dengan kehadiran 3 elemen penting iaitu

1. Manusia (Subjek Utama)
2. Peristiwa (Melibatkan Tarikh dan Waktu)
3. Lokasi/Tempat (Melibatkan Longitude dan Latitude)

21: 16 / 20160112 / 3.1412, 101.68653

Yang mana segalanya ini memiliki kiraan yang sangat tepat / accurate yang telah ditetapkan oleh Allah Maha Pencipta. Tidak mungkin tersasar walau sesaat pun jangka waktu yang telah diberikan didalam basic program manusia. DAN, hal ini (takdir ini) masih diberikan peluang oleh Allah S.W.T kepada kita untuk mencorakkankan sendiri sebagimana yang kita inginkan berlaku dengan membuat permohonan doa kepadaNya.

Walaubagaimana pun, masih tertakluk kepada budibicara Allah S.W.T, tetapi kita telah diberikan kelonggaran untuk memilih. Maka gunakanlah peluang yang diberikan ini dengan sebaiknya.

Firman Allah:

Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki. Dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab (Lauh Mahfuz). (Ar-Raad : 39)

Menurut Tsauban r.a sabda Rasulullah s.a.w:
"Tiada suatu pun yang dapat menolak ketentuan Tuhan melainkan DOA.” - Hadis sahih riwayat Ibn hibban dalam sahihnya. Disepakati kesahihannya oleh al-Zahabi.(semak Parallel Kehidupan)

Maka dari itu, kita sedia faham jika kita berdoa dan duduk sahaja dirumah, tanpa melakukan komitmen yang memasukkan diri kita ke dalam ruang aliran (flow) yang membabitkan kita dengan Manusia, Peristiwa dan Lokasi, maka agak sukar memanifestasikan keinginan kita, apatah lagi jika memiliki Tanggapan Asas  yang salah terhadap apa yang kita inginkan.


Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]