Jumaat, 30 Disember 2016

Cubalah Untuk Memahami Masalah Dalaman Diri OCDian


Sebenarnya kita semua adalah manusia biasa. Sebagai manusia biasa, kita ada semua ciri2 sebagai manusia. Kita ada sikap malas, ada sikap rajin, ada kala acuh tak acuh, adakala kita serious, adakalanya kita sedih, gembira, bad mood dan lain-lain lagi. Tetapi dalam pada itu, ada juga manusia yg berlebihan terhadap salah satu ciri iaitu ada yg memang pemalas, ada pula yg memang terkenal dengan sikap ringan tangan iaitu rajin, ada pula yg panas baran dan ada pula yg sangat penyabar dan cool. Apa pun, inilah lumrah sebagai manusia. Sedikit demi sedikit, semakin bertambah usia, dan dengan hidayah dari Allah, kita berusaha mengubah dan membuang apa yg buruk dan menambah apa yg baik dalam diri dalam perjalanan menjadi manusia yang berbahagia didunia dan akhirat. TETAPI....

hehehe..ada TETAPI LA PULAK

Tetapi, dalam perjalanan kehidupan itu, tiba-tiba diri didatangi OCD, maka akan bercelaru segalanya. Mengapa?

1. Perlu disedari, penderita OCD BUKANLAH seorang yang TERLALU PEMBERSIH.

OCDian adalah manusia biasa yg ada ciri2 manusia biasa yg telah disebutkan. Tetapi apabila dia mengidap OCD, perlakuan dia sebagai manusia biasa itu telah terganggu seperti contoh yg paling mudah:

-  Selepas makan, semua orang normal akan membasuh tangan, penderita OCD juga begitu, CUMA, apabila dia membasuh tangannya seperti biasa, TIBA-TIBA, setelah membasuh, dia terasa yang tangannya masih kotor seolah2 belum pernah dibasuh BUKAN masih belum cukup bersih. Oleh kerana berasa demikian, dia membasuh lagi berulang2 sehingga dia kembali dapat merasakan tangannya sudah bersih. Maka pandangan orang lain, dia seolah-olah TERLALU PEMBERSIH atau PENTINGKAN KESEMPURNAAN, padahal bukan begitu, dia hanya ingin membasuh tangan seperti orang lain, tetapi terdapat GANGGUAN dalam mindanya tentang basuhan itu.

2. OCD akan lebih parah jika penderita itu memang asalnya seorang yg bersikap PEMALAS

- Mengapa ya? kerana apabila seseorang yg pemalas terkena OCD, mahu tidak mahu, dia terpaksa juga mengikut keinginan melakukan perbuatan kompulsifnya untuk mengulang-ngulang sesuatu perbuatan, akibat dari gangguan instrusive thoughts yg menggangu mindanya dan pada masa yg sama, dia adalah seorang yg pemalas. Seorang yg pemalas tidak suka membuat sesuatu kerja berlebihan, tidak suka berfikir lebih, tetapi OCD telah membuat dia bekerja lebih dan berfikir lebih. Hingga kadangkala, penderita TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN SAMADA:

a. Apakah keresahan dan deritanya itu disebabkan sikap malasnya yang malas untuk membuat sesuatu pekerjaan dan menjadikan dia penat.  ATAU

b. Apakah keresahan dan deritanya disebabkan terseksa dgn Instrusive Thoughts yg datang bagai peluru yang sentiasa mengganggu dirinya.

3. Jika seorang yang rajin, apabila terkena OCD, dia juga tetap terseksa, kerana membuang masa melakukan perkara yang sama berulangkali, walaupun dia seorang yang rajin sedangkan banyak lagi perkara lain yang lebih penting yg patut dilakukannya daripada melayan kehendak kompulsif itu.

4. Begitu jugalah dengan seseorang yg panas baran, atau seorang yg penyabar, atau sebelum ini jenis cincai dan meringan-ringankan solat, selepas terkena OCD, impaknya akan berbeza-beza mengikut pembawakan peribadi seseorang itu.

KESIMPULANNYA

Kesan dan akibat menderitai OCD akan berbeza-beza mengikut pembawakan diri seseorang, dan proses penyembuhan juga berbeza-beza mengikut pembawakan diri penderita.
Dan suatu hal yg agak penting, latar pendidikan ugama dan akademik juga turut memainkan peranan dalam proses penyembuhan. Penderita perlu menambah ilmu samada dari segi Tauhid, Fekah, Syariat dan lain-lain, serta juga perlu mendalami pengetahuan tentang psikology, dan maklumat-maklumat yg tepat dan benar tentang penyakit yang dideritainya. Kalau dah memang pemalas, nak membaca pun malas, memang agak sukar untuk menanganinya. Perubahan sikap juga perlu dilakukan dengan sejujurnya. Boleh juga jika ingin dikatakan bahawa OCD adalah semacam hidayah dari Allah untuk seseorang itu menjadi perihatin kepada kepentingan menambah ilmu yang selama ini tidak dianggapnya penting.

Its a long journey, but all of us can survive, Inshaa Allah

OCD bukan lakonan

OCD tak boleh dilakonkan, kalau org yg tak ada OCD, cuba buat-buat seolah dia ada OCD, nampak sangat penipunya. Kadangkala  menyampah dgn individu yg tak ada OCD tapi mengaku ada, kemudian jadikan alasan nak berbangga diri dgn OCD seperti:

 " Aku takleh lah pi tempat cam tu, aku OCD sikit.. "

"Aku tak mainla nak campur dgn geng camtu, aku OCD skit...."

- Hello, OCD adalah penyakit, dan tak ada istilah "OCD sikit"nya ok. Ianya bukan perangai untuk dibangga-banggakan. Sekali kena betul-betul baru tau siksa nya macamana. Mungkin mereka ni fikir OCD tu adalah ciri-ciri orang yg pembersih, kemas dan teratur, padahal tersangatlah tak betulnya tanggapan tu.

Mungkin yg dimaksudkan adalah OCPD (Personality Disorder), ini mmg keperibadian dan sikap yg menjurus kpd perfectionist. Nama mmg hampir sama, tapi OCPD dan OCD adalah 2 dunia yg jauh berbeza. OCD adalah sejenis Anxiety Disorder, dan mengalaminya adalah satu penderitaan yg memang tak dapat nak mencapai tahap untuk berbangga

6 PERKARA YANG ANDA WAJIB TAHU TENTANG KEMURUNGAN/DEPRESSION



Saya berbual  dengan seorang rakan saya baru-baru ini yang akhirnya perbualan itu membuatkan saya sangat tersinggung. Saya cuba untuk membuka perbualan tentang pengalaman saya dengan kemurungan dan rakan saya memberi respon:

 "kau ni lemah sangat sebenarnya," dan

"Macamana kau boleh tertekan dengan perkara kecil macam tu?"

Pada mulanya, respon berbentuk penghinaan ini menaikkan kemarahan saya, tetapi kemudiannya perkara ini membantu saya untuk sedar tentang sesuatu. Kebanyakan orang tidak tahu apa itu kemurungan yang sebenarnya. Rakan saya tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai kemurungan, dan ini adalah kerana masyarakat tidak berusaha untuk memahaminya.

Jadi, daripada membalas dengan kata-kata kasar terhadap respon rakan saya yg berpunca dari kurang pengetahuan tentang kemurungan itu, saya ingin mengambil langkah memberikan penerangan yg betul. Orang ramai perlu memahami apa kemurungan kerana ia memberi kesan kepada lebih daripada 350 juta orang di seluruh dunia. Ini bermakna rakan anda, rakan sekerja atau ahli keluarga, seseorang yang anda lihat setiap hari boleh mengalami kemurungan. Namun begitu ramai yang terbiar tanpa dibantu  mengenainya kerana kekurangan pengetahuan, jadi di sini  beberapa perkara yang saya rasa setiap orang perlu tahu mengenai kemurungan.

1. ANDA ADALAH BUKAN ANDA apabila anda dilanda kemurungan.

Kemurungan adalah gangguan yang meragut identiti anda dan jati diri anda. Personaliti semula jadi anda benar-benar hilang apabila anda mengalami kemurungan. Saya adalah seorang yang sebenarnya ceria, saya suka ketawa dan boleh diajak bersembang berjam-jam. Ramai kawan-kawan menggelar saya seorang yg peramah, pak lawak dan kaki sembang, tetapi apabila kemurungan melanda hidup saya,  diri saya dan personaliti saya itu telah hilang.  Begitulah bagaimana  dahsyatnya kemurungan. Ia akan memudaratkan diri penderita. Ia boleh memadam semua ciri-ciri diri anda dan membuat apa yg tinggal dalam diri anda hanyalah kekosongan.

Satu perkara yang membuatkan saya tersinggung adalah apabila orang lain TIDAK DAPAT MEMAHAMI bahawa antara diri saya yg mereka kenali dulu dengan diri saya ketika dilanda kemurungan adalah 2 orang manusia yang sangat BERBEZA. Orang boleh mengatakan sesuatu seperti,

"Takkan lah hal macam itu kau tak boleh kendalikan sendiri."

Atau

"Jadi, kau nak pilih utntuk bersedih sahaja ke? "

Tetapi itu bukan diri saya. Itu adalah kemurungan. Siapa saya sebelum itu dan siapa saya ketika saya sedang mengalami kemurungan tidak sepatutnya dipersoalkan atau dipertikaikan.

2. Kemurungan boleh merebak dan menular menjangkaui apa yg anda pernah anda lalui.

Saya mengalami kemurungan semasa dikolej. Ia adalah selepas saya  dipindahkan ke universiti yang lebih besar. Saya meninggalkan semua rakan-rakan saya untuk memasuki persekitaran yang benar-benar baru dan merasa benar-benar keseorangan, dimana, di universiti baru itu, kebanyakan pelajar  sudah mengenali dgn rapat diantara satu sama lain dan mempunyai kumpulan-kumpulan mereka sendiri. Saya bagaikan kera sumbang yg tidak berapa “kelihatan atau wujud” disitu. Itulah yg saya rasakan ketika itu dan saya percaya hal ini banyak menyumbang kepada diri saya untuk mengalami kemurungan.

Tetapi saya ingin menambah satu fakta penting. Kemurungan boleh menjadi lebih besar terhadap keadaan diri anda. Ya, apa yang anda rasakan selepas trauma, kejutan atau perubahan tertentu dalam hidup anda boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada kemurungan. Tetapi kemurungan boleh datang lagi dan ianya akan lebih daripada apa yang pernah anda rasakan  Ia boleh datang dari mana jua, tanpa alasan tertentu. Ia boleh berlaku dari sesuatu yang besar atau kecil atau ia boleh berlaku tanpa ada hubungkait dengan bagaimana kehidupan yg anda sedang lalui.

Saya suka membandingkannya dengan mendapat selsema. Adakah anda pernah menyalahkan seseorang kerana mengidap selsema? Tidak!  Tetapi mereka pasti akan lebih berhati-hati bila berdekatan dgn orang yg sedang selsema supaya tidak dijangkiti tetapi kita tidak pernah dengar ada orang berkata,

"Kau kena selsema adalah sebab salah kau. "

Ia adalah sama dengan kemurungan. Jadi mengapa kita boleh menunjukkan belas kasihan kepada orang-orang yang mendapat penyakit seperti orang yang selsema atau kanser tetapi di masa yang sama, mempersalahkan seseorang yang mengalami kemurungan -  Mengalami kemurungan adalah di luar kawalan anda sama seperti selsema.

3. Anda tidak boleh memaksa diri anda untuk menjadi gembira apabila anda kemurungan.

Memaksa diri untuk "gembira" apabila anda tertekan dari segi mental dan emosi adalah mustahil. Itu adalah seperti meminta seseorang untuk keluar dari sangkar tanpa membuka kunci dan kemudian menyalahkan mereka apabila mereka tidak dapat keluar.

Secara klinikalnya, otak anda mengalami perubahan apabila anda berada dalam kemurungan. Ia seolah-olah kebahagiaan dan kegembiraan telah dikunci di dalam otak anda dan menyebabkan ia semakin menjadi lebih sukar untuk di akses.

Memberitahu individu kemurungan supaya bergembira bukan sahaja sesuatu yang mustahil, ia adalah menyakitkan dan amat memberi tekanan serta menyinggung perasaan. Apabila anda kemurungan dan anda cuba untuk membuat diri anda merasa bahagia dan gembira, lebih besar kemungkinan untuk  gagal kerana ada SEBAB DAN FAKTOR BIOLOGI  untuk anda merasai begitu dan biasanya berakhir dengan perasaan lebih tertekan dan kecewa selepas itu.

4. Kemurungan adalah lebih daripada sekadar kesedihan.

Saya berpendapat, ramai orang mengistilahkan kemurungan dengan pelbagai telahan yg melulu sekarang. Anggapan bahawa penderita sangat lemah dan hanya tertekan kerana perkara-perkara kecil dan remeh, tidak sabar dengan ujian hidup, tidak redha dengan ketentuan takdir, adalah pandangan dan tanggapan yang menghina kepada saya. Ia bukan mengurangkan kesakitan yang saya alami tetapi memperkecilkan serta memperlekehkan kesakitan yg saya alami, sedangkan saya sedang melalui kemurungan yang kronik.

Jadi, apakah perbezaan di antara kesedihan dan kemurungan? Kesedihan saya katakan masih dalam spektrum yang sama dengan kebahagiaan. Ada hari-hari tertentu anda boleh berubah dari keadaan gembira kepada sedih apabila berlaku sesuatu hal yang memang menyedihkan. Tetapi kemurungan adalah dunia yang jauh dari spektrum itu.

Apabila orang bertanya saya apakah itu kemurungan,  satu-satunya cara yang saya boleh huraikan adalah melalui imej. Gambarkan diri anda terbaring di dasar lautan dan tiada cahaya matahari, hanya   alam yang gelap hitam. Berat lautan bagaikan menghempap tubuh anda dan anda tidak mempunyai kekuatan untuk bergerak, bernafas atau berenang ke permukaan. Ia terlalu jauh dan berat yg anda tanggung terasa benar-benar wujud menghempap anda dan anda tersekat didasar lautan itu bersendirian dan anda pun tidak sudah tidak nampak dimanakah  permukaan laut itu.

5. Kemurungan adalah gangguan dari segi perubatan yang diperakui benar.

Seperti saya sebut dalam # 3, kemurungan adalah disebabkan faktor biologi. Ia memberi kesan kepada  neuron, sel-sel dan bahan kimia dalam otak anda. Kemurungan diklasifikasikan sebagai gangguan dan penyakit dalam dunia perubatan. Ramai yang tidak memahami bahawa kemurungan memberi pengaruh ke atas orang yang mengalaminya. Ia boleh menghapuskan cara anda berfikir. Ia boleh MEMBUANG KEUPAYAAN ANDA UNTUK BERPERASAAN. Ia boleh membuat anda berasa seperti semua harapan yang ada telah layu. Ia boleh mematahkan semangat anda juga. Ia boleh membuat anda lupa kepada matlamat anda untuk hidup. Ia mengambil alih semua kekuatan dan kudrat anda. Ia boleh membuang rasa yakin diri anda, dan membuang keupayaan anda untuk berjuang dalam hidup, untuk ketawa, untuk tersenyum. Kemurungan mempunyai kuasa yg dahsyat untuk melakukan semua itu.

Oleh itu, jangan beritahu saya bahawa ianya "hanyalah sekadar perasaan."

6. Kemurungan memberi kesan anda semua.

Walaupun kemurungan berpunca daripada fikiran anda, ia boleh memberi kesan kepada pelbagai aspek. Apabila saya telah melalui kemurungan saya mempunyai masalah penghadaman yang amat dahsyat. Senak dan loya berlaku pada setiap minggu. Sehinggalah kepada buasir dan berak berdarah . Apa yang anda rasai didalam emosi dan mental mempunyai kesan terhadap tubuh fizikal anda. Anda boleh juga boleh mendapat migrain dan juga muntah, pitam atau pengsan. Kemurungan boleh mencemarkan fikiran dan juga tubuh badan fizikal anda.

Selain daripada aspek fizikal, kemurungan boleh menjejaskan hubungan sosial anda. Dalam menangani kemurungan saya  tahu saya perlu untuk mencari persahabatan dan hubungan sosial, tetapi kemurungan menghalang saya daripada membuat usaha ke arah itu. Kemurungan akan mengakibatkan kesukaran didalam hubungan social dan ini akan menambahkan lagi tekanan serta keresahan melampau (Anxiety Disorder). Betapa banyaknya hubungan yang terputus akibat seorang itu terjejas oleh kemurungan sehingga orang lain tidak boleh memahami dan mengendalikan.

Jika anda merasa seperti anda mengenal pasti dengan mana-mana gejala yang saya telah diterangkan tentang kemurungan sila dapatkan daripada bantuan. Saya tahu bahawa adalah satu perkara yang sangat sukar untuk dilakukan, terutama dengan stigma yang diberikan oleh masyarakat sekeliling terhadap penyakit mental, tetapi anda juga adalah insan yang berhak untuk bahagia.

Terdapat banyak cara yang berbeza yang anda boleh dapatkan daripada bantuan profesional. Jika anda kini seorang pelajar, terdapat perkhidmatan kesihatan pelajar dengan kaunseling yang benar-benar boleh membuat perubahan. Kadang-kadang anda hanya perlu untuk membiarkan semua emosi keluar dengan bercakap dengan seseorang, dan sila pastikan bahawa seseorang itu pula adalah seseorang yang diiktiraf profesional yang tahu dan faham  apa yang anda telah lalui.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, sistem sokongan adalah sangat penting. Sama ada ia datang daripada keluarga, atau rakan-rakan, pertubuhan ugama,  badan-badan NGO, ianya adalah sangat penting untuk mempunyai sistem sokongan untuk membantu anda pulih.

Saya tidak mengatakan bahawa dengan iman, ubat-ubatan, harapan, sokongan dan terapi anda akan serta-merta sembuh. Ianya adalah penting untuk mengetahui bahawa kemurungan dan penyembuhan adalah perjalanan yang panjang. Saya mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk benar-benar merasa tidak terjejas oleh kemurungan lagi. Tetapi anda mesti teruskan perjuangan. Kehidupan tetap bermakna walaupun dalam saat-saat yang paling gelap. Anda boleh melaluinya.

ARTIKEL INI ADALAH TERJEMAHAN DARI PENULISAN SYLVIA KIM, 6 Things Anyone Who Doesn't Understand Depression Should Know.

Khamis, 29 Disember 2016

PEDIH DAN PERITNYA BER"OCD"



"Cuba kau jangan ikutkan.....jangan layan...kau dah tahu dan faham  semua itu tak benar, hanya gangguan dalam fikiran........kalau kau tak ikutkan semua tu, tak ada apa yg buruk pun yg akan berlaku....."

Begitulah antara kata-kata yg sering dinasihatkan kepada penderita.

Sebenarnya penderita sendiri pun cukup tahu akan hal ini, tahu bahawa semua hal buruk itu tak akan berlaku, dan tak perlu dilayan, tetapi tidak ada keupayaan untuk meninggalkannya, kerana mempunyai sebuah "KERISAUAN / ANXIETY" pada idea-idea OCD itu.  Ini adalah penyakit, Ketidakseimbangan kimia, Begini sahajalah:

Ambil sehelai kertas dan pen, tuliskanlah senarai nama-nama orang-orang yang kamu benar-benar sayangi . Selesai menulis, terbalikkan kertas itu, dan tulis perkataan ini:

AKU MAHU SEMUA NAMA YG AKU TULIS DIBELAKANG KERTAS INI MATI DALAM KEADAAN YG DAHSYAT!

Sanggupkah kamu tulis begitu? walaupun kamu tahu, hanya dengan menulis seperti itu, tidak akan berlaku apa-apa pun kepada orang-orang yg dalam senarai nama itu.

Tetapi sudah tentu hati kamu tidak sanggup menulisnya kerana pasti terdapat sebuah rasa bersalah, rasa cuak, atau ketakutan, mana tahu jika tiba-tiba Tuhan makbulkan apa yg aku tulis?......

Rasa bersalah begitulah yg diumpamakan sebagai ANXIETY atau Keresahan atau Was-was (Instrusive Thoughts) bagi penderita OCD. Keresahan ini TIDAK PEDULI samada kamu faham atau tidak faham, ia akan tetap meninggalkan kesan yg mendesak didalam hati penderita.

Hanya yg telah melalui dan merasainya sahaja akan memahami.

Selasa, 27 Disember 2016

Teruskan usaha membebaskan diri ...

Sabda Nabi SAW: "setiap penyakit itu ada ubatnya".

Apa pun jua ubat yg kita ikhtiarkan, jika berjaya, ianya hanyalah asbab kesembuhan, kerana hanya Allah Yg Maha Menyembuhkan. Akan tetapi Allah ingin manusia berusaha / membuat komitmen untuk mengatasi setiap sesuatu permasalahan / penyakit. Bukan hanya berdoa semata-mata.

Lagi testimoni penderita OCD dan Anxiety Disorder yg telah menyertai sessi rawatan:




Dear boss, this is my secret

Kepada Boss2 tempat-tempat kerja lama saya, (Hampir 35 tempat kerja) antara sebab mengapa saya menghilang dari tempat kerja, (berhenti tanpa notis), ialah ketika itu saya tidak dapat menangani simptom OCD, (belum sembuh).

Saya lebih rela ambil MC (medical leave) daripada masuk lewat (akibat lama dalam bilik air diwaktu pagi), walaupun sebenarnya saya telah sampai didepan pintu pejabat. kerana saya TIDAK BOLEH melihat ada WARNA MERAH pada punch card saya dan apabila selalu MC, saya menjadi malu dan saya berhenti begitu sahaja. Memang bodoh, tetapi itulah saya pada suatu ketika dahulu.



Isnin, 26 Disember 2016

OCD dan Was-was ibadah Fekah


Fahami apa yg kita keliru. Sebagai penderita OCD/AD, kita selalu mengharapkan supaya orang lain MEMAHAMI keadaan kita, TETAPI, apakah kita sendiri benar2 FAHAM tentang keadaan sebenar penyakit yang kita deritai? Bagaimana orang lain mahu faham tentang masalah kita, jika kita sendiri tidak faham akan keadaan kita sendiri? Adakah kita ada membuat inisiatif untuk memahaminya sendiri? Tiada siapa pun yg boleh membantu diri kita melainkan kita sendiri (dengan izin Allah)

Dalam menangani OCD, kita perlu mengambiltahu apakah masalah kita yg sebenarnya. OCD mudah ditangani jika kita memahami betul-betul akan penyakit ini. Ramai yg tidak faham diantara:

1. Kekeliruan masalah fekah
2. Kekeliruan dari OCD

1. Kekeliruan masalah fekah akan terjadi apabila kita kurang mendalami ilmu fekah. Oleh itu caranya ialah menambah ilmu dengan menghadiri kuliah2 ugama, berguru, banyak membaca dan sebagainya. Jika terdapat sebarang kekeliruan tentang masalah fekah, bertanyalah dgn ustaz/ustazah yg ahli fekah. Bukan bertanya masalah fekah kpd psikiatrik atau therapist. Apabila apa yg kita keliru itu sudah dijawab, maka masalah kita pun selesai.

2. Masalah kekeliruan dari OCD pula berlaku akibat Chemical Imbalance dalam sistem hormon tubuh. Ianya tiada kena mengena dgn masalah fekah. Ianya hanya "kelihatan seperti ada kena mengena" dgn masalah fekah. Ramai yg terkeliru disini. Contohnya, jika masalah fekah yg kita tanyakan pada ustaz/ ilmuan fekah tadi sudah terjawab, sepatutnya ia tidak lagi menjadi masalah dlm diri kita.

Tetapi jika kita sudah faham dan tahu jawapan pada persoalan fekah itu, tetapi masih merasa bermasalah, maka ini adalah kesan Chemical Imbalance.

Cth: 

- kita sudah tahu cara yg betul tentang niat, tentang wudhu, tentang kentut, tentang mandi wajib, dan telah pun belajar dgn betul, tetapi masih ada rasa was-was, maka ini bukan lagi masalah fekah. Inilah masalah chemical imbalance, iaitu ketidakseimbangan dalam sistem DAYA KESAHIHAN PEMIKIRAN kita.

Jika kita tanya kepada ustaz2 fekah pun, ini tidak akan membantu sepenuhnya, kalau membantu pun hanya lega sekejap sahaja, dan gangguan akan datang semula, kerana ini hanyalah "mengecat warna hijau pada daun pokok yg berwarna kuning, bertujuan merawat pokok itu, BUKAN membubuh baja pada akar pokok".

Maka akan berlakulah "ulang bertanya soalan yg sama" akibat dari "pop-up isu yg sama yg muncul berulang2" yg mana keadaan ini masih tidak difahami penderita.

Setelah malu bertanya soalan yg sama pada Ustaz A, tukar pula Ustaz B, seterusnya Ustazah A, dan begitulah tanpa ada kesudahannya, selagi masalah Chemical Imbalance tadi tidak dirawat.

Inilah yg menyebabkan orang2 normal mudah "hilang sabar' dgn perlakuan penderita OCD. Benar, kita sebagai penderita selalu mengharapkan supaya orang lain MEMAHAMI keadaan kita, TETAPI, apakah kita sendiri benar2 FAHAM tentang keadaan sebenar penyakit yang kita deritai? Bagaimana orang lain mahu faham tentang masalah kita, jika kita sendiri tidak faham akan keadaan kita sendiri?

Kesimpulan: untuk menangani was2,
- jangan MALAS untuk memahami OCD dari sudut sains klinikal dan sudut kerohanian. Hanya setelah kita memahami dengan tepat apakah OCD, inshaa Allah barulah kita dapat menangani masalah OCD dan was2.

- jangan merasa MALU untuk mendapatkan rawatan dari jabatan psikiatrik dihospital hanya kerana MALU digelar sebagai pesakit mental.

DAN JANGAN MALAS MEMBACA ARTIKEL2 ILMIAH YG PANJANG TENTANG OCD ATAU MEMBACA SEKADAR SKIP-SKIP NAK CEPAT SELESAIKAN KERANA SEBENARNYA, UBAT DAN JAWAPAN PADA MASALAH OCD ANDA SEMUANYA ADA DLM ARTIKEL2 ITU. NAK SEMBUH PERLU ADA SABAR, DAN ALLAH HANYA AKAN BERSAMA DGN ORANG YG SABAR.

Innallaha ma'assobirin.

Ahad, 25 Disember 2016

Rawati diri dan bangkit!

Semuga yang menderita OCD, Anxiety dan Depression kembali pulih dan sihat. Setiap penyakit itu Inshaa Allah ada penawarnya.

Lagi testimoni peserta sesi rawatan:







Repost: IVT / Lintasan Hati

Assalamualaikum,

Kepada yang mengalami gangguan Inner Voice Tics (IVT) atau Lintasan Hati, saya repost semula mungkin ramai yg terlepas pandang post yang lalu:

Banyakkan ISTIGHFAR dan jangan dilayan rasa risau dan rasa bersalah, kerana sebenarnya semua lintasan hati itu bukan berasal dari diri kamu, tetapi dari unsur lain. dan jika memang dari dalam benak hati kamu pun, tetap tidak dikira sebagai berdosa,
Dari Nas Al-Quran

“ALLAH TIDAK MENGHUKUM KAMU DISEBABKAN SUMPAHMU YG TIDAK DIMAKSUDKAN UTK BERSUMPAH (TIDAK SENGAJA) , TETAPI ALLAH MENGHUKUM KAMU DISEBABKAN (APA-APA) YANG DISENGAJAKAN OLEH HATIMU”
(QS ALBAQARAH : 225)

Dari Hadis Nabi SAW:

“SESUNGGUHNYA ALLAH MEMAAFKAN HAMBANYA ATAS APA-APA YANG DIBISIKKAN (WAS-WAS) DAN APA SAHAJA (HAL BURUK) YANG MELINTASI FIKIRANNYA, SELAGI DIA TIDAK MENUTURKAN DENGAN SUARA ATAU MELAKUKAN DGN PERBUATAN”
(HR BUKHARI DAN MUSLIM)

Semuga Allah membantu kita semua, aamiin Ya Allah

Sabtu, 24 Disember 2016

Kentut sepintas lalu...


Ketika saya teruk menderita OCD, saya direferkan ke Unit Kaunseling Islah, diletakkan dibawah pengawasan Yg Berbahagia Dr. Fuziah Salleh . Saya kongsikan apa kata beliau tentang kentut:

Jika terkentut dalam solat, kita perlu berhenti kerana kentut telah membatalkan solat. Kita perlu mengambil wudhu semula kerana wudhu telah batal kerana kentut.

Apakah langkah wajib dalam wudhu? Membasuh muka.
Mengapa basuh muka? sedangkan angin kentut keluar dari lubang dubur, bukan keluar dari muka? Mengapa Allah tidak memerintahkan kita membasuh dubur jika kita kentur?

Kerana muka yg menjadi MALU jika terkentut dikhalayak umum, maka kerana itu, muka yg perlu dibasuh. Maknanya, jika kentut yg BERBUNYI hingga orang lain dengar, dan membuatkan muka kita malu, Ataupun, kentut yang BERBAU hingga orang lain juga dapat menciumnya hingga muka kita menjadi malu.

Dalam sebuah hadis Nabi SAW baginda mengatakan "JANGAN berhenti solat jika TIDAK DENGAR BUNYI atau TIDAK MENCIUM BAU (KENTUT BUSUK).

Walau pun ada rasa-rasa. Rasa-rasa itu boleh jadi was-was, boleh jadi benar, tetapi JANGAN BERHENTI SOLAT. Kerana jika tak ada bau busuk dan tidak dengar bunyi, maka tak siapa yang tahu, dan muka pun TIDAK mendapat MALU, maka tak perlu basuh muka (Wudhu / berhenti dan ulang solat).

Begitulah kata-kata Dr, Fuziah Salleh yang agak sinis tetapi ada banyak kebenarannya.

Wallahuaklam

Jumaat, 23 Disember 2016

OCD - Antara Penyakit dan Perangai



OCD adalah penyakit, sebuah disease, disorder, berkaitan ketidakseimbangan chemical yang mempengaruhi emosi dan pemikiran penderita. Kepada orang2 normal yg tidak menderitainya, jika mempunyai saudara mara atau orang tersayang yg menderitainya, sememangnya ianya satu cabaran dan sangat-sangat menduga kesabaran mereka. Salah satu cara kepada mereka yg normal ini untuk membantu penderita ialah:
- Memandang perlakuan penderita sebagai PENYAKIT, dan BUKAN PERANGAI. Pandang seperti kamu memandang seseoang yg patah tangannya berbalut simen, apakah kamu menjadi marah jika dia lembab bergerak dan bekerja dgn keadaan tangannya itu, atau kamu merasa kasihan dan menawarkan diri untuk membantu.

Kepada penderita pula, untuk kamu berusaha supaya sembuh dengan efektif, ada sesuatu yang perlu kamu ubah iaitu:

- walaupun OCD ini adalah penyakit, kamu perlu menganggapnya sebagai sebahagian dari PERANGAI. maka dengan itu apabila kamu memandangnya sebagai perangai yang buruk, maka kamu mempunyai satu kekuatan untuk mengubah perangai, kerana perangai buruk boleh diubah. Jika kamu terus-terus memberi pengertian yg kamu sakit, maka ini akan menjadi satu alasan untuk menyukarkan proses sembuh, kerana kamu sentiasa berfikir "ini adalah penyakit, dan aku tak mampu mengubahnya kerana ianya penyakit, aku hanya boleh berubah jika aku sembuh". Lantaran itu, tanpa kita sedari, kadangkala kita boleh mudah sembuh, tetapi kita sendiri yg melambatkan proses sembuh itu.

Wallahuaklam

Rabu, 21 Disember 2016

Pernah Terfikir?

PERNAH TAK ANDA SEMUA TERFIKIR BEGINI:

Memiliki pelbagai fikiran dan idea, TAK SEMESTINYA kita perlu AKUR dan IKUT semua pemikiran dan idea yg datang dalam diri kita, Kita bukannya hidup MESTI TERIKAT dgn setiap cetusan idea dan pemikiran. Kita BOLEH sahaja memilih samada untuk ikut, layan, setuju atau TIDAK MAHU bersetuju dan TIDAK mahu mengikut sesetengah idea dan pemikiran yg muncul!.
Bagaimana kalau IDEA dan FIKIRAN itu SALAH? Bagaimana kalau SANGKAAN SYAK BAHAWA IANYA TAK SAH DAN BATAL ITU SALAH? Tak semestinya semua idea dan fikiran yg muncul itu betul.

Ocdian selalu BERPIHAK kepada pemikiran yg meresahkan seperti contoh:
- Macamana kalau aku buat tak betul?
- Macamana kalau tak sah?
- Macamana kalau masih kotor
- Kalau betul2 kentut macamana?

TETAPI, pernah ke kita cuba untuk begini:

- MACAMANA KALAU AKU BETUL?
- MACAMANA KALAU MEMANG SAH?
- MACAMANA KALAU MEMANG DAH BERSIH?
- MACAMANA KALAU MMG BETUL2 BUKAN KENTUT?

pernah?

Rabu, 14 Disember 2016

MASALAH MENGULANG-ULANG BACAAN AL-FATIHAH DALAM SOLAT DAN RUKUN QAULI


Assalamualaikum,

Ramai juga yg mengalami masalah ini, mengulang2 bacaan Al Fatihah didalam solat lantaran was2 bacaannya salah hingga mengambil masa yg lama untuk menyelesaikan satu-satu rakaat. Disini, saya kongsikan perkongsian dari Ustazah Hajjah Norhafizah, guru tajuid Al qur'an, moga2 dapat membantu kita semua dalam menghadapi masalah ini.

1. KESALAHAN PEMBACAAN YG TIDAK MENDATANGKAN DOSA DAN TIDAK MEMBATALKAN SOLAT

a. Kesalahan sebut pada bacaan yg perlu dengung, maknanya samada didengungkan atau tidak didengungkan, TIDAK BATAL SOLAT

b. Kesalahan pada panjang atau pendek ayat (harakat) kecuali jika pada Mad Faraq
- Mad Faraq TIDAK TERDAPAT DALAM AL-FATIHAH, JADI JGN RISAU

c. Kesalahan Makhraj, tetapi tidak sehingga menukarkan huruf

2. KESALAHAN PADA BACAAN AL-QUR'AN YG MENDATANGKAN DOSA DAN MEMBATALKAN SOLAT

a. Kesilapan baris seperti contoh: Alhamdulillah dibaca sebagai : Alham DA lillah

b. Menambahkan huruf atau ayat seperti contoh: Malikiyau middiin dibaca sebagai : Malikiyau mid mid diin

c. Kesalahan makhraj sehingga menukarkan huruf seperti contoh: huruf SYIM disebut dengan huruf TSA

MASALAH RUKUN QAULI

Bismillahirrahmaanirrahim

Bacaan-Bacaan Wajib (Rukun Qauli) dalam solat
Bacaan wajib atau rukun qauli itu ialah

1. takbiratulihram,
2. surah al-Fatihah,
3, tahiyat akhir,
4. selawat ke atas Nabi SAW selepas membaca tahiyat akhir
5. salam pertama.

Kesemua bacaan wajib dibaca dgn rukun qauli iaitu wajib dibaca pada kadar suara yang boleh didengar oleh diri sendiri. Jika bacaan tersebut dibaca pada kadar suara yang tidak boleh didengar oleh diri sendiri maka ibadat sembahyang tersebut menjadi tidak sah. Perkara ini ada disebutkan dalam kitab 'Ianah ath-Thalibin:
Ertinya: "Dan wajib diperdengarkannya (takbiratulihram) itu kepada dirinya sendiri sepertimana kesemua rukun qauli yang lain."
(Kitab I'anah ath-Thalibin: 1/217)

Oleh itu, jika seseorang itu tidak melafazkan bacaannya dengan suara yang dapat didengar oleh dirinya sendiri seperti membaca bacaan-bacaan wajib itu di dalam hati maka solat yang dikerjakannya itu tidak sah kerana bacaan rukun qauli itu wajib dilafazkan dengan kadar bacaan yang boleh didengar olehnya sendiri BUKANNYA di dalam hati.

Jika bacaan rukun qauli itu tidak dilafazkan dengan kadar bacaan yang boleh didengar oleh diri sendiri atau tidak didengar oleh diri sendiri maka sembahyang seseorang itu tidak sah. Manakala bacaan-bacaan sunat pula seperti doa al-iftitah, at-ta'awwudz, ayat atau surah dari al-Qur'an selepas surah al-Fatihah dan tasyahhud awal jika dibaca dengan kadar bacaan yang tidak dapat didengar oleh diri sendiri tidaklah menjejaskan ibadat sembahyang, namun sunat jika bacaan-bacaan sunat seperti yang disebutkan itu tadi dibaca dengan kadar bacaan yang boleh didengar oleh dirinya sendiri. Dengan berbuat demikian, dia akan mendapat pahala sunat.

PERSOALAN

Bagaimanakah jika ada halangan yang menyebabkan tidak dapat didengar bacaan-bacaan wajib atau rukun qauli itu?

Walaupun hukum memperdengarkan kepada diri sendiri bacaan-bacaan yang wajib atau setiap rukun qauli adalah wajib iaitu dengan kadar suara yang boleh didengar oleh diri sendiri, namun kadang-kadang terdapat beberapa keadaan tertentu yang menghalang seseorang dari mendengar bacaan-bacaan wajib atau rukun qauli itu, sebagai contoh:

• Mempunyai masalah pendengaran
Jika seseorang itu menghadapi masalah pendengaran seperti tuli atau pekak, maka orang sebegini tidaklah diwajibkan mendengar rukun qauli yang dibacanya itu, namun dia tetap wajib melafazkan bacaannya dengan suara yang sekira-kira boleh didengarnya ketika keadaan pendengarannya baik atau ketika keadaan tidak bising.

Disebutkan juga di dalam kitab I'anah ath-Thalibin:
Ertinya: "Jika seseorang itu tidak mempunyai pendengaran yang baik seperti tuli, maka tidak wajib ke atasnya yang sedemikian itu (iaitu memperdengarkan kepada dirinya sendiri bacaan rukun qauli) bahkan wajib baginya mengangkat suaranya dengan kadar suara yang dapat didengar olehnya jika dia mempunyai pendengaran yang baik." (Kitab I'anah ath-Thalibin: 1/217)

• Keadaan bising
Begitu juga jika seseorang itu mendirikan sembahyang di tempat yang bising sehingga dia tidak dapat mendengar bacaan wajib yang dibacanya secara jelas maka tidaklah wajib baginya memperdengarkan kepada dirinya sendiri rukun qauli itu (menguatkan suara untuk mendengar juga dalam suasana bising hingga mengganggu makmum lain). Namun begitu hendaklah dia juga melafazkan bacaannya dengan kadar suara sekira-kira yang boleh didengar olehnya sendiri ketika dalam keadaan tidak bising walaupun suaranya itu tidak berapa jelas disebabkan gangguan keadaan yang bising tersebut.

Disebutkan juga di dalam kitab I'anah ath-Thalibin:
Ertinya: "Jika terdapat gangguan tidaklah wajib ke atasnya memperdengarkan kepada dirinya sendiri bacaan rukun qauli, akan tetapi wajib ke atasnya apa yang terdahulu (wajib ke atasnya mengangkat suaranya dengan kadar suara yang dapat didengar jika dalam keadaan tidak ada gangguan)."
(Kitab I'anah ath-Thalibin: 1/217)

. Diwaktu pagi selepas bangun tidur, dimana biasanya suara diwaktu pagi mempunyai gangguan kahak dan sebagainya yang menyebabkan sebutan tidak berapa jelas atau serak. Hal yg demikian adalah dimaafkan. (-Ustaz Syawan Jaa'far)

Dengan demikian, berdasarkan apa yang dijelaskan bahawa memperdengarkan bacaan ke telinga sendiri ketika melakukan sembahyang adalah antara tuntutan yang perlu dibuat bagi kesempurnaan ibadat sembahyang seseorang.

Semuga dapat menbantu, dan semuga Allah SWT melindungi kita semua dari kemurkaanNya
Wallahuaklam

Isnin, 12 Disember 2016

TIPS menangani was-was

Assalamuaikum, Salam Maulidur Rasul,


Cuba memandang idea-idea was-was itu  hanya sebagai simptom penyakit.

Apakah simptom? simptom ialah gejala.
Contoh:
Apakah simptom demam selsema?
- Hingus sentiasa meleleh (salah satu gejala)
Persoalan: Adakah dengan hingus yg meleleh ini membuatkan anda tidak boleh menjalani kehidupan seperti biasa? Pasti boleh, walaupun anda perlu selalu membuang hingus, tetapi jika anda lapar, anda tetap akan makan. Anda tetap ingin menonton, melakukan aktiviti harian kerana hingus meleleh hanyalah salah satu SIMPTOM demam selsema,

Sama seperti OCD, anda perlu memahami antara simptom OCD ialah MUNCULNYA IDEA2 YG MERESAHKAN SECARA BERULANG-ULANG TERUTAMA setelah anda melakukan sesuatu aktiviti membersihkan, membasuh, mengemas dsbgnya. Misalnya, selepas anda berwudhu, anda sudah boleh menjangkakan bahawa selepas ini pasti akan ada perasaan was2 terhadap kesempurnaan wudhu anda tak kira lah samada kerataan air, kebersihan atau niat, tetapi itu semua hanyalah SIMPTOM YANG PERLU ADA sebagai seorang yg mengalami OCD. Oleh itu anda TIDAK PERLU MELAYAN idea2 yg muncul tersebut kerana MEMANG ITU LAH SIMPTOMNYA. Samada anda membasuh sekali atau 10 kali, simptomnya sama sahaja iaitu MUNCULNYA IDEA2 YG MENGATAKAN APA YG ANDA BASUH TADI TIDAK BERSIH, TIDAK SEMPURNA, TIDAK SAH. Cuba belajar memandang gangguan ini HANYALAH SIMPTOM yang TIDAK PENTING UNTUK DILAYAN.

Kesukaran yg dihadapi utk tips ini:
1. Penderita tidak memahami tentang simptom OCD, oleh itu, setiap kali idea dlm bentuk pop-up itu muncul, penderita pun percaya kepada idea itu, apabila dia percaya, MAKA barulah tercetusnya PERASAAN WAS2. Bila was2 sudah muncul, maka syaitan pun nenjalankan peranannya memperbesarkan perasaan waa-was.  Percayalah, segala apa jua pekerjaan yg anda buat terutama yg setiap hari anda buat semenjak kecil seperti wudhu contohnya, sememangnya betul dan menepati segala syarat yg telah anda pelajari. Tetapi anda ada OCD, maka secara automatik, kebamyakan pekerjaan yg anda telah buat akan muncul popup (idea) seolah2 pekerjaan tadi tak sempurna atau salah. Ini berlaku kerana tidak cukup maklumat lengkap yg dilaporkan ke otak untuk pengesahan oleh neotransmitter serotonin ketika anda sedang melakukan pekerjaan tadi.

Bagi yg pernah hadir ke sesi Terapi Minda yg saya kelolakan, seharusnya sudah amat faham akan perkara ini. Penerangan dan penjelasan serta gambarajah tentang proses penghantaran data maklumat oleh neotransmitter semuanya telah ditunjukkan satu persatu melalui slide dan bagaimana proses sistem neotransmitter ini dikaitkan dgn gangguan syaitan.

2. Penderita perlu sedia menyedari bahawa dia adalah penderita OCD, maka kerana itulah pop-up ini pasti akan muncul secara automatik. Dengan TIDAK MEMPERCAYAI apajua idea yg muncu, inshaa Allah, anda dapat menghindari perasaan was2. Dan ini perlu istiqamah dan disiplin,

BERITA GEMBIRA : Dgn izin Allah, jika anda berjaya melatih diri dgn TIDAK PERCAYA dan TAK PEDULI LAGI pada popup ini, anda akan dapati semakin lama anda semakin pulih dan popup akan berkurangan. Ia tetap ada, tetapi anda telah mencipta satu bentuk pattern yg dapat menghindari popup dari membuatkan anda was2. Inshaa Allah lama kelamaan anda pasti pulih dan aman. Kepada yg belum hadir ke Sessi Terapi Minda, silalah hadir.

Wallahuaklam

BUANG STIGMA PERKATAAN "MENTAL"

Assalamualaikum

Polisi Kesihatan Mental Nasional (2000) mendefinasikan kesihatan mental sebagai kemampuan seseorang individu, kumpulan atau persekitaran untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi menjana perasaan yang sejahtera dan fungsi yang optima serta penggunaan kebolehan intelek, emosi dan perhubungan sosial dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan. Secara ringkasnya individu yang sihat mentalnya bermakna dia menjalankan fungsi mereka sebagai seorang individu dengan kapasiti akal, emosi dan sosialnya. Jika cacat mana-mana aspek, maka terganggulah kesihatan mentalnya.

Al-quran sendiri telah menggariskan kepentingan menjaga kesihatan mental dengan istilah-istilah “insyirah al sadr” yang merujuk kepada psikologi yang sihat.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus:57)

Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; (Taaha:25)

Begitu juga banyak ayat-ayat lain yang menggariskan tentang ketidakstabilan psikologi atau “dhaiq al sadr” atau sempit dada seperti di dalam ayat dalam surah Al-Hijr ayat 97 dan Asy-syuaara’ ayat 13.

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. (Al-Ma’arij:19-20)

Maka tidak ada apa yang perlu dipandang negatif apabila seseorang mengalami gangguan dari sudat kesihatan mentalnya. Seperti mana bahagian tubuh yang lain, yang tidak kebal dari penyakit, begitu juga dengan jiwa, emosi, akal dan fikiran manusia. Kemurungan misalnya, bukan sekadar ‘bersedih sebab masalah hidup’, schizophrenia bukan sekadar ‘bercakap seorang diri’, OCD bukan sekadar ‘penyakit was-was’, panic disorder bukan juga sekadar ‘buat-buat macam nak mati’. Ianya lebih rumit dari itu untuk difahami.

Kalau pun kita tidak berminat mengetahui patofisiologi penyakit tersebut, cukuplah dengan kita cuba memahami individu yang menghadapinya. Terjemahkan kefahaman anda dengan memberi sokongan. Sebagaimana anda akan memberi sokongan apabila ada individu yang diuji dengan penyakit kanser, kemalangan, keguguran, jangkitan kuman dan sebagainya.

.

Ahad, 11 Disember 2016

OCD : BUKAN Penyakit Was-was!

SESUATU YG PERLU DIFAHAMI TENTANG OCD:

OCD adalah BUKAN penyakit was-was!

Ianya cuma kelihatan seperti penyakit was-was.

BUKAN gangguan pada ibadah feqah, Ianya cuma kelihatan seperti gangguan pada ibadah fekah. BUKAN juga gangguan pada kebersihan atau apa pun jua. Cuba fahami apakah gangguan yg sebenarnya.

OCD adalah gangguan yg berlaku dalam pemikiran, (akibat chemical imbalance - serotonin) yg menyebabkan munculnya sesuatu idea tentang sesuatu isu, yg mana idea ini akan muncul secara berulang-ulang, (pop-up) tak mengira apa pun isunya samada isu yg menggembirakan, menyedihkan atau menakutkan apatah lagi yg meresahkan.

TIap-tiap idea berulang-ulang ini pula, akan menimbulkan kesan-kesan yg berbeza terhadap perasaan / penderita ini.

Jika sesuatu hal yg menggembirakan berlaku, seperti contohnya menerima pujian, maka memori dan rasa seronok kena puji itu juga akan berlaku berulang-ulang dalam minda penderita OCD, tetapi penderita tidak akan merasa terganggu dan tidak menganggapnya sebagai penyakit, kerana ianya sesuatu yg menggembirakan walaupun adakalanya hal sebegini agak annoying.

Tetapi jika mengalami sesuatu yg meresahkan atau feeling bad, maka apabila memori dan idea tentang hal itu muncul berulang-ulang, maka ianya menjadi sesuatu yg mengganggu, dan kali ini penderita akan mengganggapnya sebagai penyakit.

Jika isunya adalah sesuatu yg berkaitan dgn amal ibadah yg membabitkan dosa dan pahala, seperti merasa seolah-olah air wudhu tidak rata,  maka kesan yg akan dirasakan oleh penderita adalah perasaan was-was, maka penderita akan merasa seolah-olah dia sakit was-was.

Jika isunya sesuatu perkara yg membuatkan dirinya marah, maka kesannya ialah dia akan menjadi sangat sensitif dan susah untuk melupakan perkara yg menimbulkan kemarahan itu tadi kerana idea tentang isu marah itu datang berulang2, walaupun orang yg dimarahi telah meminta maaf dan penderita sudah pun memaafkan.

 Jika isunya adalah sesuatu yg memalukan, maka penderita akan merasa malu dan aib yg teramat sangat kerana idea sesuatu yg membuat dia malu itu akan muncul berulang2, walaupun selepas seminggu dua perkara itu berlaku hingga penderita akan mengelakkan dirinya daripada pergi ke tempat dimana perkara yg memalukan dirinya itu berlaku selama beberapa waktu akibat trauma.

Jika isu yg menggembirakan seperti menerima bonus 6 bulan, juga akan diganggu idea itu kerana datang berulang2 dalam bentuk nak beli apa, nak pergi berjalan ke mana dgn wang yg banyak, dan gangguan "teruja seronok" ini berlaku walau dalam solat, tetapi penderita tak merasakan ianya sesuatu yg menyakitkan kerana ianya seronok.

Jika isu najis, isu yg melibatkan dosa pahala kerana ibadah, maka penderita akan menjadi resah dan takut, was-was sah atau tidak, bersih atau tidak. Maka kerana itu, walau telah mempelajari sebanyak manapun hukum fekah, dan memahaminya dengan baik, tetapi gangguan tetap datang, bukan kerana tidak tahu hukum, bukan kerana tidak faham hukum, tetapi idea tentang isu itu yg berulang-ulang datang walaupun telah diselesaikan berkali-kali.

Permasalahan yg sebenarnya yg perlu diambil tindakan adalah bukannya melakukan perlakuan kompulsif yg kononnya bertujuan memghilangkan keresahan, tetapi MEMAHAMI bahawa gamgguan Obsessif (pop-up) yg "memperlihatkan seolah-olah ada sesuatu yg tidak selesai" itu secara automatik pasti muncul berulang-ulang walaupun telah berulangkali cuba diselesaikan melalui perlakuan kompulsif.

Oleh itu, cuba fahami ini: adakah basuhan itu yg tidak bersih? atau pun SUDAH BERSIH tetapi setelah itu masih muncul lagi memori dan idea tentang basuhan tadi seolah2 belum dibersihkan?

Apakah tindakan yg perlu dilakukan? membersihkan lagi kah atau TIDAK MEMPERDULIKAN lagi idea-idea yg datang berulang2 itu?

Persoalan: Bagaimana pula dgn yg dikatakan was-was adalah dari syaitan yg direjam?

Benar, syaitan sememangnya sentiasa mengganggu semua orang supaya merasa was-was TAK MENGIRA samada manusia yg mempunyai chemical imbalance (abnormal) atau pun yg sihat dan normal. TETAPI sudah temtulah kesan gangguan syaitan itu lebih kuat dan terasa kesannya terhadap manusia yg mengalami chemical imbalance.



Sabtu, 10 Disember 2016

Ringan pada mata yg memandang...

Segelas air itu ringan sahaja, tetapi bagaimana jika dipegang dalam jangkamasa yg  lama, berat air itu tetap sama, tetapi tekanan yg ditanggung oleh tangan itu semakin lama semakin kuat.

Bayangkan jika segelas air itu TERPAKSA dipegang selama sebulan, setahun, malah bertahun-tahun!

Tanpa dapat diletakkan ke bawah, tanpa dapat dibuang isi airnya, sehingga yg memegang gelas itu menjadi lupa kepada berat asal segelas air yg nampaknya ringan pada orang lain.

Begitulah keadaannya mereka yg menderitai tekanan akibat OCD, Anxiety Disorder, dan lain-lain masalah gangguan mental sehingga keperingkat Kemurungan. Bantulah mereka dengan belajar memahami mereka,

Perihatinlah, ringan pada pandangan anda, tetapi berat pada mereka. Terutama jika ada diantara mereka adalah terdiri dari orang-orang yg anda kenali, atau sayangi. Kemurungan tidak akan hilang dengan kekerasan dan paksaan, tetapi ia akan berlalu dengan perhatian dan kasih sayang yg tepat.

Dapatkan Rawatan untuk OCD/ Anxiety/ Depresi melalui Sesi Psikoterapi Minda. Sila hubungi/PM admin untuk keterangan lanjut.



Rabu, 7 Disember 2016

DO YOU HAVE HOPE?


Allah merahsiakan esok dari kita.  Supaya manusia terus boleh "berharapan" / hope.
Memiliki dan menyimpan harapan/hope, adalah kekuatan yg sangat istimewa yg dibekalkan kepada manusia.

Firman Allah:
...... dan hanya DIA yg mengetahui apa yang ada
di dalam rahim, dan tiada seorang pun yang dapat
mengetahui (dengan pasti) apa yang
diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang
dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Mengenal. (Q.S. Luqman : 34)

Kalau semenjak dilahirkanlagi kita telah siap-siap diberitahu bilakah ajal, samada kita ni ada jodoh atau tidak, dan diberitahu berapa banyak sahaja lagi rezki yg kita akan dapat, nescaya manusia akan hilang "hope".  Manusia akan putus asa. no more spinning.

Oleh itu, Ignorance is bliss.

Maka sesiapa yg ada kemurungan akibat OCD, Anxiety Didorder, dll gangguan minda, kena berhati2 sebab, kemurungan adalah sejenis penyakit yg boleh membuatkan manusia hilang "hope" dan mudah berputus asa dalam kehidupan sdgkan Allah menyeru supaya "jangan sekali2 berputus asa dari rahmatNYA (keampunan, pertolongan dan perlindungan).

“janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah”
(QS. Az Zumar : 53)

Ingat: Allah memakbulkan dgn apa yang kita bersangka terhadap takdirNya kepada masa depan kita.

Ocdian: Encik, bolehkah saya sembuh

Admin : Ya, inshaa Allah kamu akan sembun

Ocdian: bagaimana encik tahu saya akan sembuh?

Admin : Saya tidak tahu, tapi saya percaya.
(I dont know, but I believe)

Ocdian: apa yg membuat encik percaya?

Admin : kerana saya menanam harapan.(HOPE) kepada Allah semuga menyembuhkan awak.
(Because I have hope)

Soalan dari admin kepada anda semua;

DO YOU HAVE HOPE?



Isnin, 5 Disember 2016

Entiti halus...


Ini adalah pandangan dari seorang perawat alternatif:


Kemurungan, Insomnia, OCD dan Anxiety..... juga ada kaitan dengan penglibatan PENYEBOK yg mengambil kesempatan terhadap manusia yg sedang dilanda gangguan emosi/mental. Ketika manusia yg menghadapi masalah chemical imbalance, mereka juga mengambil kesempatan hingga menyebabkan penderitaan bertambah.

“Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia di tempat pembuluh peredaran darah. (nerve system)” (HR. Al Bukhari: 7171 dan Muslim: 2175)

Makhluk yang kita panggil 'jin' ini juga mempunyai berbagai kategori dan jenis. Antara kategori yang agak sukar untuk ditangani ialah kategori ifrit (jin yang terpantas dan licik, mahir menyembunyikan diri), maarid (yang sukar dihapuskan kerana nyawanya dijanjikan panjang oleh Allah), dan jenis-jenis jin saka (jin yang mempunyai perjanjian atau kontrak dengan manusia). Lazimnya di zaman sekarang ini, jin-jin saka itu tidak bertuan..atau boleh dikategorikan sebagai 'saka yang tak dituntut'.

Terdapat beberapa kes, punca terjadinya 'singgah' atau 'hinggap' pada seseorang pesakit, kerana ada jin saka yang bertindak 'membuka pintu pagar', mempersilakan jin-jin yang tiada tempat tinggal, menghuni jasad pesakit. Bukan sesuatu yang aneh sekiranya tubuh seorang manusia itu didapati dihuni oleh puluhan bahkan ratusan ekor jin. Dah jadi macam sebuah kampung atau bandar jin! MENYEMAK aja kerjanya.

Ini belum lagi diperkatakan tentang kategori qarin, yang lebih 'halus' jisimnya berbanding jin biasa (jin biasa tidak mampu melihat qarin). Tapi itu topik yang lain.

'Jin biasa' juga ada dua kategori umum, iaitu yang berakal (dan mukallaf), dan terdapat juga haiwan alam jin, yang tidak berakal, sama seperti haiwan di alam manusia (yang sebahagiannya pernah disebut di dalam hadith sebagai binatang ternakan jin).


Sabtu, 3 Disember 2016

INSOMNIA.....nikmat yg hilang


Insomnia atau bahasa melayunya "sukar tidur malam" adalah sejenis disorder yg selalunya dikaitkan dengan depresi / kemurungan. insomnia juga adalah berkaitan dengan gangguan emosi, kebimbangan melampau (anxiety disorder) malah menurut beberapa pakar perubatan alternatif, insomnia juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Dia lah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang ersebut dan mengambil pelajaran daripadanya). (Yunus 10:67)

Hanya orang yang kehilangan nikmat ini sahaja yang menghargai tidur yang lena dan cukup..

JIka insomnia dibiarkan berlarutan, ianya akan menjadi semakin kronik dan akan menjejaskan aspek kehidupan seseorang, dan amat sukar mengubatinya. Antara langkah yg TERPAKSA diambil ialah "menelan ubat tidur' seperti valium, SSRI dan lain-lain jika sudah mencapai tahap kronik.

Rabu, 30 November 2016

8 Things You Should Never [Ever] Say to Someone Struggling With Depression

The most important things you can communicate to someone suffering with depression is:

Acknowledgement:  I see you. I hear you. I believe you that you’re suffering.

Empathy: I sincerely want to understand, as much as I am able to, what you’re going through.

Action:  How can I help? What can we do together to move towards healing?

Comfort: You are not alone.

The truth is, there isn’t much you can say to make me “feel better” when I’m depressed. However, taking the time to listen, sit, and wait with me until THE STORM IS OVER, that is the best thing you could ever do for me.

8 Things You Should Never [Ever] Say to Someone Struggling With Depression

1. “You’re depressed again?”

Yep. I’m depressed again. Thank you so much for that sobering reminder. I’m glad I’m not the only one who remembers how annoying it is that I’m depressed… again.

What it feels like you’re communicating: Here we go again! She seriously needs to move on. This is getting old.

Instead you might say: I’m so sorry, friend. I remember how hard this has been on you in the past. How can I serve you right now?

2. “At least you’re not (fill in the blank)” or, “There are people worse off than you.”

At least you’re not homeless. At least you’re not suicidal. At least you’re not like so-and-so. At least you’ve got a great life. At least you’re not starving in a third world country.

What it feels like you’re communicating: I’m not grateful enough for what I have, or that my depression pales in comparison to something else. Trust me, this is not a reminder an individual struggling with depression needs to hear. Can you imagine what it feels like to have absolutely nothing going “wrong” in your life, and yet you can’t enjoy what’s right in front of you? It’s maddening, trust me. If only we could make our brain chemistry follow our heart’s desire!

Instead you might say: I know you’re suffering and feel trapped. I want to be there for you. This matters. You matter. This is a big deal and I’m with you all the way to the bottom.

3. “Are you reading your Quran & praying enough?”

What it feels like you’re communicating: You aren’t relying on God. You don’t trust God. You don’t have enough Faith. And ultimately, God can’t heal you because you didn’t (fill in the blank).

Instead you might say: I am so sorry you’re feeling depressed. I am going to pray that God will do what only He can do to comfort and protect you during this season. He is with you at The Bottom as much as He is with you at The Top. How else can I pray for you during this time?

4. “I know exactly how you feel.”
That’s literally impossible. L I T E R A L L Y impossible. No one can know exactly how anyone feels, right? Just like there are varying degrees of “Happy”, there are varying degrees of “Depressed”. And by varying, I mean it’s a very, very, broad spectrum.

What it feels like you’re communicating: When you tell someone you know exactly how they feel about something, it removes the mystery of trying to understand how they feel about that “thing”. It halts the journey of saying, “Let me explore this with you” and instead says, “Oh, I’ve been there. It’s no big deal.” It communicates that my pain can be measured; there is a beginning, middle and end. It limits how huge it is to me.

Instead you might say: I wish I could say I know exactly how you feel, but I don’t. I wish I could understand how dark this place is for you, but I know I can’t. I want to understand what you’re going through. Will you help me to sit in this with you? Help me to understand what you’re going through?

5. “You just need to let loose & be positive.”

You’re right. I do. I need to “let loose” and “be positive”. Wait, what does that mean exactly? Am I being uptight and negative? Ohhhh that’s why I’m depressed. My uptightness and negative mindset are causing me to feel like death. I can fix myself by simply taking a girl’s trip, right? I wish!! (No really, I really wish that would fix it!)

What it feels like you’re communicating: You are doing this to yourself by not doing (fill in the blank). You can easily snap out of it if you just (fill in the blank). That means that I am at fault and need to just do better.

Instead you might say: I know you might not feel up for the girl’s trip we have planned this weekend, but what do you feel like doing? How about just you and I do something that sounds relaxing and rejuvenating to you. You name it, and I’m there!

6. “What do you even have to be depressed about?”
Nothing. Everything. I wish I knew! Sometimes an event triggers depression. However, oftentimes it’s simply the chemical imbalance in our brains that causes it.

What it feels like you’re communicating: It’s absolutely ridiculous that you’re depressed. There’s literally nothing that could be that bad to make you feel this way.

Instead you might say: Is there anything going on that triggered your depression that you’d like to talk about? Is there anything making it worse that I can help with? I am always here for you when you want to talk about it.

7.   “You don’t need medication.”
DON’T EVER SAY THIS. DON’T EVER SAY THIS. DON’T EVER SAY THIS. DON’T EVER SAY THIS. DON’T EVER SAY THIS. DON’T EVER SAY THIS. DON’T EVER SAY THIS. DON’T EVER SAY THIS. DON’T EVER SAY THIS. DON’T EVER SAY THIS. DON’T EVER SAY THIS. DON’T EVER SAY THIS. DON’T EVER SAY THIS. DON’T EVER SAY THIS. DON’T EVER SAY THIS. Don’t. Just. DON’T.
Unless you are this person’s primary health care physician, psychologist, psychiatrist or therapist, then please, do not give clinical/medicinal advice. Clinical depression is an extremely complex disease. “Depression has many possible causes, including faulty mood regulation by the brain, genetic vulnerability, stressful life events, medications, and medical problems. Many chemicals are involved, working both inside and outside nerve cells. There are millions, even billions, of chemical reactions that make up the dynamic  system that is responsible for your mood, perceptions, and how you experience life.”  Your well intentioned “advice” could very well put someone in danger. It’s always best to leave medical advice to physicians.

What it feels like you’re communicating: It doesn’t matter. Just DON’T. DO. IT.  <3

Instead you might say: Make sure you talk all of this over with your doctor. I want you to have the best care possible to be safe and healthy.

8. “Happiness is a choice.”
I seriously can’t handle another person saying this. It sounds so cute and perfect and squishy and magical. But guess what, life is just too complex and so is depression to stick a “Happiness Is A Choice” sticker on it.  I do agree that to a certain degree, it is better to try to keep things in a healthy, balanced perspective by “choosing happiness” over “not choosing happiness”. Duh. But what happens when your brain chemistry doesn’t want to choose happiness? Or, what happens when we don’t allow our hearts to grieve hard things in life and we just skip over The Mess so we can be “happy” again?

What it feels like you’re communicating: You don’t want to be happy. You aren’t trying hard enough to be happy. You are choosing misery.

Instead you might say: I hate seeing your heart hurting. What baby steps can we take together to heal? I am with you every step of the way.


Selasa, 29 November 2016

Pagi ini telah diadakan Kempen Kesedaran Umum tentang OCD dan Gangguan Minda Oleh pelajar-pelajar jurusan psikology bertempat di Universiti Islam Antarabangsa. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat! :)









Sabtu, 26 November 2016

Selain berdo'a, kita perlu melakukan ikhtiar...

Firman Allah:
Allah tidak akan mengubah nasib (seseorang atau) sesuatu kaum, sehinggalah mereka itu sendiri berusaha (berikhtiar dan membuat komitmen) untuk mengubah apa yg ada pada diri mereka
(QS Al-Ra'ad : 11)

Alhamdulillah, testimoni peserta Sesi Psikoterapi Minda untuk Was-was, OCD dan Anxiety Disorder. Hubungi admin page untuk menyertai sesi ini.








Isnin, 21 November 2016

TAHUN KE 8

Syukur ke hadrat Allah SWT, Alhamdulillah, dengan izinNya, pada tarikh ini telah genap 8 tahun usia Blog Husnuzzonloa iaiatu bermula dari tarikh 21hb November 2009. Tak sangka masih dapat bertahan hingga ke hari ini, Semuga segala perkongsian dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat dan pencerahan kepada para pembaca. Admin juga memohon maaf jika terdapat egala salah dan silap yg dilakukan disepanjang tahun-tahun perkongsian penulisan blog ini.

Dikesempatan ini admin mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua penginjung blog ini serta yang tetap setia memberi sokongan kepada blog ini. Juga jutaan terimakasih kepada semua penulis jemputan yang telah memberikan sumbangan penulisan mereka kepada blog ini. Jazakallahukhairan.



Inilah dia "HERO" anda!


Di dalam menghadapi penyakit Anxiety, Panick Attack, OCD, dan lain-lain Gangguan Minda ini, kita resah tercari-cari bantuan dan pertolongan yang dapat membantu diri kita, tanpa kita menyedari, bahawa terdapat hanya seorang sahaja yang paling layak membantu diri kita. Mari saya tunjukkan siapakah orangnya, ambil cermin ini dan manusia yang wajahnya dapat anda lihat dalam cermin itulah orang yang paling mampu membantu diri anda.








Jumaat, 4 November 2016

Makan ubat apabila dah sembuh?


Kepada yg telah menyertai Sesi Psikoterapi Minda:

Berfikir dan Bertindak adalah 2 perkara yang berbeza.

Kejayaan tidak akan muncul ketika kita hanya berfikir-fikir utk merangka tentang kejayaan.

 "Kamu adalah apa yang kamu lakukan, BUKAN apa yang kamu  AKAN lakukan".

"Saya dah nampak dan saya dah faham juga masih TIDAK SAMA dengan saya sedang melakukan komitmen dan berikhtiar dengan konsisten"

Segala ilmu yang dipelajari tidak akan berguna jika tidak dipraktikkan. Kejayaan tidak akan datang jika kamu bertangguh dan masih menunggu masa yang sesuai untuk bertindak untuk melakukan apa jua komitmen yg kamu telah pelajari.  Kejayaan hanya akan dirasai oleh mereka yang komited dalam melakukan komitmen dan ikhtiar yg dipelajari.

Jika kamu berfikir dan masih menunggu masa yang betul-betul sesuai barulah kamu akan membuat tindakan, itu sebenarnya bermakna seolah kamu akan menunggu hingga sepanjang hayat kamu!

Makan ubat ketika sakit, bukannya makan ubat ketika dah sembuh.

Khamis, 3 November 2016

Kematian yang tiada bernesan...


Kematian bukanlah sesuatu kehilangan yg besar dalam hidup. Kerana setiap manusia itu pasti akan mati.

Kehilangan dan kerugian yg besar dalam hidup ialah apabila MATINYA sesuatu didalam diri kita ketika KITA MASIH HIDUP.

Sesuatu itu yg mati itu umpama kematian semangat, keyakinan diri, semangat juang, kehilangan mood dlm jangka masa berpanjangan seolah tiada kesudahan, hilang minat pada banyak perkara termasuk untuk menambah ilmu dan amalan yg mana perkataan yg paling mudah ialah: KEMURUNGAN.


Rawati diri dan rawati kehidupan selagi masa hidupmu masih ada.

Rabu, 2 November 2016

Sayangi Diri Anda, Hormati Perasaan Anda...

Hubungan yg harmoni itu memberi kesan mendalam terhadap kesihatan mental. Hubungan yg ideal tidak sepatutnya membuatkan ada satu pihak yg sering makan hati, sering didera emosi hingga salah satu pihak sering serbasalah, stress dan akhirnya "mental torture".

Jgn biarkan perasaan "sayang yg keterlaluan" mengaburi jiwa anda. Hindari "demanding person".

Sayangi diri, Hormati diri, Selfcare. Anda mempunyai nilai dan harga diri yg tinggi untuk diperlecehkan oleh seseorang yg mengaku kononnya sayangkan anda.











Selasa, 1 November 2016

Berusaha untuk berikhtiar

Memetik kata2 VirginRose VR :

"Alhamdulillah, jika berusaha, Inshaa Allah pasti akan dapat rasa hasilnya. Nak rasa hasil mestilah mempraktikkan apa jua kaedah dan langkah perawatan yg dipelajari, bukan sekadar belajar macam2 cara di sana sini tapi tak melakukan apa-apa pun"

Lagi antara testimoni peserta Sesi Psikoterapi Minda anjuran admin:








Isnin, 31 Oktober 2016

Selain OCD, mungkin juga anda...



Kebanyakan penderita OCD "kelihatan" selalu menangguh-nangguh kerja. Suka buat kerja last minutes. Dari hal personal hingga ke hal yg penting. Hingga ada yg ketip kuku pun bertangguh.

Alasan:

takde mood, tak de mood, tunggu mood.

Kalau buat apa kerja pun dgn rasa sangat "terpaksa".  Dah tak ada rasa "passion" dlm melakukan apa sahaja dan keliru mengapa terperangkap dlm keadaan "malas" begini.

Sebenarnya jika anda telah melalui fasa sebegini, ini bermakna, selain OCD, anda juga telah mengalami "KEMURUNGAN / DEPRESSION" dan mood yg anda tunggu itu tak akan pernah datang. Accept the facts thats something has lost from our self.

Rawati diri anda, jika tidak mahu hal ini berpanjangan dan menambah mudarat.

Ahad, 30 Oktober 2016

Eee...Malu la ada gangguan mental!


Dengar aje perkataan "GANGGUAN MENTAL"  rata-rata ramai yg naik bulu roma, takut dan MALU. Tak ada lain pada persepsi masyarakat melainkan : GILA. Apa cerita ni? Cuba fahamkan betul2 dengan tepat seperti ini =

GANGGUAN = KENA GANGGU / TERGANGGU

MENTAL = PEMIKIRAN

Maknanya, Pemikiran Terganggu. Semua orang mengalami gangguan pemikiran, atau terganggu pemikiran bila menghadapi apa2 masalah. Ini normal. Tak perlu kena OCD, tak perlu kena Panic Attack, Tak perlu kena Depression, sesiapa sahaja yg memghadapi apa2 masalah terutama masalah yg agak rumit, pasti agak TERGANGGU PEMIKIRANNYA. Tak mengira samada cikgu ke, ketua kampung, pak menteri, datin, JKK, polis, doktor, surirumah, pelajar atau siapa pun.

Jadi, apa yg nak dimalukan sangat? Hingga nak dapatkan rawatan pun tak jadi sebab malu. Yang sakit malu nak mengadu. yang tak sakit, pandang sinis pada yg sakit.

"Dia tu MENTAL. Hati-hati sikit" maksudnya;
" Dia tu PEMIKIRAN. Hati-hati sikit".
Ada makna ke?

Semua ini sebab skeptikal masyarakat yg salah terhadap perkataan MENTAL. Mental bererti pemikiran, bukan gila. Gila ialah CRAZY, MAD, NUTS.  Bukan juga sakit otak. Otak ialah BRAIN. Ubahla persepsi yg salah ini.



Sabtu, 29 Oktober 2016

Its better to be alone but...

Antara punca kemurungan (antara maknanya bukan semua)

Pepatah Inggris ada mengatakan: It is better to be alone, but not to be lonely. ini bermakna, loneliness (kesunyian) dan kekosongan jiwa merupakan salah satu bencana yg boleh membuatkan seseorang itu mengalami kemurungan. dan rata2, hasil kajian, kebanyakan penderita selalunya pasti pernah mengalami beberapa jenis trauma ini:(bukan semua)

1. Penderaan emosi - kena faham apa maksud penderaan emosi ini, contoh yg paling mudah, mempunyai ibubapa yg kuat berleter. suka mengaibkan anak2 didepan adik beradik lain dan hal ini berlarutan dari kecil ke dewasa (jangkamasa lama). Juga terlalu dibanding2kan keupayaannya dgn adik beradik atau orang lain yg lebih bagus dgn keterlaluan

2. Penderaan fizikal, seksual semasa kecil atau dewasa, buli dsbgnya

3. Perceraian, kematian pasangan atau orang tempat selama ini bergantung, tetapi trauma perceraian lebih teruk.

4. memiliki pasangan suami/isteri yg tidak bertanggung jawab, tidak bertoleransi, tidak cuba memahami, mementingkan keselesaan diri sendiri . Kebanyakan kes adalah isteri yg menjadi surirumah, dimana suami yg bekerja tidak langsung mengambiltahu dan membantu isteri, melainkan hanya mencari duit dan memberi duit kepada isteri kerana pada pemikirannya, duit adalah jawapan segalanya. dan halehwal urusan rumahtangga dan anak2 diserahkan pada isteri sepenuhnya kerana suami memikirkan dia telah menjalankan peranannya mencari duit menanggung hidup keluarga.

5. Terdapat sesuatu kehendak atau keinginan yg dirasakan sangat penting tetapi tidak tertunai walaupun ianya mampu dimiliki, contoh seperti ingin melanjutkan pelajaran dan mempunyai kelulusan yg cemerlang, tetapi keluarga, atau ibubapa tidak bersetuju atau tidak membenarkan. Ataupun, keinginannya ingin mengambil kursus kejuruteraan tetapi ibubapa memaksa dia mengambil jurusan syariah, tahfiz dll yg tidak diminatinya dan hal ini akan menghantui kehidupannnya jika hasil paksaan orang lain itu menyebabkan hidupnya kini susah dan sering terfikir kalaulah aku ...kalaulah mereka dulu benarkan aku ambil jurusan tu, mungkin sekarang ni aku tak macam ni

6. Terjerat dalam masalah kewangan seperti hutang yg meleret2 sehingga tidak mampu diselesaikan lagi. Lebih2 lagi jika melibatkan rakan yg menjamin, ahloong dsbgnya

7. Trauma2 lain seperti mandul, tidak berupaya memiliki zuriat walau telah lama berikhtiar

8. Dibesarkan oleh ibubapa dgn diberikan makan dari hasil sumber yg haram atau syubhah, seperti rasuah, duit nombor ekor, hasil claim overtime yg mana kerjanya tidak dibuat, melainkan membuang masa ditempat kerja memenuhi waktu overtime.

Kesimpulannya, individu kemurungan sebenarnya hanya inginkan kasih sayang, perhatian dan sokongan. Kesan dari jiwa yg ditimpa kemurungan ini, mereka akan selalu berkata perkara yg berlainan maksud, DENGAN HARAPAN SUPAYA DIBERI PERHATIAN UNTUK DIFAHAMI seperti jika katanya YA, maksudnya TIDAK

Jumaat, 28 Oktober 2016

Kemurungan bukan perangai


Kemurungan adalah penyakit, ianya bukan sekadar istilah atau perkataan seperti sekadar murung / sedih. Tetapi ianya adalah penyakit psikiatrik yg serious.

Kemurungan atau istilah perubatannya : Depression adalah masalah kejiwaan yg sering diremehkan terutama dikalangan masyarakat Malaysia sehingga ada ahli keluarga kita yg mengalami kemurungan , tetapi kita tidak tahu dan tidak perasan, akibatnya pesakit tidak dapt menerima bantuan dan rawatan yg sewajarnya.

Malah sering disalahertikan dengan :

PERANGAI DIA MMG MACAM TU.

Kemurungan bukan perangai. Dan ianya adalah penyakit yg boleh diubati. Tetapi memerlukan sokongan dari ahli keluarga, rakan terdekat, walaupun selalu diperingatkan dimana-mana, bahawa : PESAKIT PERLU MEMBINA KEKUATAN SENDIRI kerana tiada siapa yg dapat membantu kecuali diri sendiri.

TETAPI, tanpa sokongan dan maklumat yg tepat, pesakit tidak akan mampu membina kekuatan itu malah akan terus hanyut dan terabai. Istilah melayunya: makan diri dan merana hingga ke akhir hayat.

DAPATKAN RAWATAN DAN PSIKOTERAPI MINDA UNTUK KEMURUNGAN dari Sesi Psikoterapi Minda HusnuzzonLOA.


Sabtu, 15 Oktober 2016

Penutup #OCDWeek

#OCDweek

Bengkel Perkongsian Info dan Soal Jawab "OCD, Dilema Muslim Hari Ini" sempena penutup Minggu Kesedaran OCD bersama kumpulan pelajar antarabangsa dari Malaysia, Singapura dan Indonesia, jurusan psikology dari Universiti Islam Antarabangsa, Gombak bertempat di Bilik Kulliyah  Masjid Jamek Al-Ehsaniah Kg. Melayu, Batu 16, 48000 Rawang, Selangor

Tarikh: 15 Okt 2016 (Sabtu)

 Jam 10.30am-1pm

Bagi sesiapa yg tinggal berhampiran dan ingin turut serta adalah dipersilakan hadir.








Isnin, 10 Oktober 2016

Beza antara OCD dan OCPD

OCD AWARENESS WEEK #OCDweek

-OCD vs OCPD

Nama hampir sama tetapi hakikatnya, ia adalah dua perkara yg berbeza.
OCD - Obsessive Compulsive Disorder
OCPD - Obsessive Compulsive Personality Disorder

OCD adalah sejenis Anxiety Disorder, bersifat EGO DYSTONIC dimana gangguannya tidak direlakan oleh diri penderita.  Akibatnya, OCD cenderung menimbulkan banyak penderitaan kerana gangguan ego dystonic bertentangan dengan konsep diri penderita.

Sedangkan OCPD pula, adalah disorder keperibadian (personality) dan bersifat EGO-SYNTONIC yang bermakna  penerimaan dan kerelaan seseorang bahwa karakteristik dan perilaku yang ditampilkannya itu adalah sesuatu yang sesuai dengan gambaran dirinya sehingga dianggap layak, benar atau wajar. Perfectionist adalah antara perkataan yg paling mudah untuk menjelaskan karektor seseorang OCPD.

Akibatnya, seseorang yg OCD menyedari bahwa perilaku mereka tidak rasional, merasa terseksa oleh obsesi mereka tapi mereka tidak mampu mengelak dari melakukan perlakuan kompulsif (ritual) mereka dan mereka tetap terpaksa melakukan perlakuan kompulsif itu dalam keadaan cemas.

Berbeza pula dengan seseorang OCPD, mereka tidak menganggap adanya sesuatu yang abnormal, bahkan mereka juga mempunyai hujah utk menjelaskan mengapa tindakan mereka rasional. Biasanya agak sukar untuk menegur "keterlampauan" mereka dan mereka merasa selesa dgn obsesi mereka terhadap kesempurnaan.

WALAUBAGAIMANA PUN, tidak dinafikan bahawa terdapat banyak kes dimana seseorang itu memiliki kedua-dua OCD dan OCPD dan sudah semestinya penderitaan mereka lebih berganda berbanding mereka yg mengalami hanya salah satu dari disorder ini.








Ahad, 9 Oktober 2016

9-15 Oct, Minggu Kesedaran OCD

Sokongi Minggu Kesedaran OCD (9 - 15 Oct 2016)

9hb hingga 15hb Oktober adalah Minggu Kesedaran OCD Sedunia

Dilancarkan pada tahun 2009 oleh IOCDF bagi meningkatkan kesedaran serta memberikan pengetahuan kpd umum tentang penyakit ini, dengan matlamat supaya penderita OCD dapat diberikan bantuan awal dan sewajarnya. Ini dapat mengelakkan daripada penyakit lebih kronik sehingga sukar dirawati, jika tidak dirawat di peringkat awal.

Akan tetapi kebanyakan pesakit terpaksa meninggu sehingga 5 hingga 10 tahun atau lebih sebelum pergi memdapatkan rawatan kerana TIADA KESEDARAN UMUM tentang penyakit ini, DIPANDANG SEBAGAI MASALAH REMEH oleh ahli keluarga malahan oleh sesetengah penderita, dan juga STIGMA DAN PERSEPSI YG SALAH oleh masyarakat seperti gila, pemalas, terlalu pembersih, cerewet, gangguan saka, dan sesuatu yg memalukan jika diketahui orang lain.


#OCDweek





International OCD Awareness Week: October 9–15, 2016

Did you know that 1 in 100 adults likely have OCD? And up to 1 in 200 children? That’s a half a million children in the US alone. OCD can be a debilitating disorder, but there is treatment that can help. Unfortunately, it can take up to 14–17 years from the first onset of symptoms for people to get access to effective treatment, due to obstacles such as stigma and a lack of awareness about mental health, and OCD in particular. 

OCD Awareness Week is an international effort to raise awareness and understanding about obsessive compulsive disorder and related disorders, with the goal of helping more people to get timely access to appropriate and effective treatment. Launched in 2009 by the IOCDF, OCD Awareness Week is now celebrated by a number of organizations across the US and around the world, with events such as OCD screening days, lectures, conferences, fundraisers, online Q&As, and more.

Takut dan Cemas...

Takut dan cemas..

Selagi bernama manusia.. Perasaan ini akan selalu hadir..

Tak cukup.. Tak complete.. Terkurang..

“Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.  (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”[101].
(Al Baqarah: 155-156)

Sabar dan tawakal..

Bersama syariat, tarikat, hakikat dan makrifah.. Bersama menjadi satu dalam kesatuan..

InsyaAllah..

Dari Abu Yahya Suhaib bin Sinan radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

“Sangat ajaib keadaan seseorang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik, dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman.

Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya.”

(HR Muslim)

Salam yaa salam

Kecintaan Allah bersama kamu..
Aamiin.. Aamiin..

Jumaat, 7 Oktober 2016

OCD " Dilema Muslim Hari Ini " - UIA


Syukur Alhamdulillah,

Bengkel penerangan "OCD, Dilema Muslim Hari Ini" di Universiti Islam Antarabangsa telah berjalan dengan lancar. Bengkel ini adalah anjuran Fakulti Kejuruteraan dan telah disertai oleh para pelajar fakulti dan juga beberapa orang pensyarah. Terimakasih diucapkan kepada pihak fakulti yang telah sudi menjemput saya untuk menyampaikan serba sedikit perkongsian tentang OCD dan Was-was.









Isnin, 3 Oktober 2016

(DEPRESSION) KEMURUNGAN


-KENALI KEMURUNGAN DAN TIPS MENGATASI

Pengenalan

Kemurungan (depression) adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau wanita, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa, putus atau  putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan  yang bermakna dan gembira. Kehidupan dirasakan sunyi dan kosong. Kemurungan yang berlarutan boleh memberi implikasi yang buruk kepada individu. Selain dari terganggu  emosi, individu berkaitan juga akan terganggu fungsi fizikal dan interaksi sosialnya. Rawatan perubatan dan bantuan psikoterapi  dan kaunseling perlu diberi seawal mungkin kepada  mereka yang terlibat

Punca Kemurungan

-        Mengalami  peristiwa trauma yang tidak dapat diterima oleh pesakit  Antaranya
kehilangan orang yang penting dalam kehidupan secara mendadak (meninggal dunia atau berpisah) dan pesakit tidak bersedia untuk menghadapi keadaan tersebut. Kebiasaannya mereka adalah orang yang amat dikasihi, disayangi atau dicintai
kehilangan maruah diri  tanpa kerelaan hati (mangsa perkosaan / sumbang mahram)

-        Mengalami penyakit berat dan berpanjangan yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan diri. Fungsi diri terbatas dan tidak boleh menjalankan peranan kehidupan yang sewajarnya (peranan sebagai isteri/suami/ahli keluarga)

-        Mengalami masalah berat yang tidak mampu diatasi dan ia menjadi bebanan kehidupan (contoh : kegagalan dalam kerjaya/ kegagalan dalam rumahtangga)

-        Bagi sebilangan wanita,  kedatangan haid, awal kehamilan, selepas melahirkan, dan  pre-monopous juga boleh menyebabkan kemurungan berlaku. Walaupun tidak serius tetapi jika berlaku sesuatu yang mengganggu emosi berlarutan,  individu ini lebih terdedah  kepada kemurungan.

Tanda-tanda Kemurungan

Kesedihan, kepiluan, kesepian (loneliness), jiwa kosong (emptiness) yang berpanjangan
Gangguan tidur, sukar tidur (imsonia) atau . berlebihan tidur
Cepat letih. lesu dan tidak bermaya /bertenaga
Gangguan selera makan, hilang selera atau makan berlebihan ( tanpa kenikmatan)
Amat sensitif , pendiam  dan suka mengasingkan diri
Perasaan pesimistik  Hilang semangat, putus asa/putus harapan
Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan
Rasa bersalah atau menyalahkan diri atas peristiwa buruk yang belaku.
"Rasa hidup tidak bermakna / lebih baik mati" (ini tidak semestinya bermaksud keinginan untuk bunuh diri, tetapi suka jika kematian berlaku pada diri. Ini menyebabkan pesakit tidak cenderung untuk mengurus diri dan dan membiarkan kesihatan dan keselamatan diri terganggu.   Pemikiran dan tindakan percubaan bunuh diri  boleh juga berlaku pada pesakit jika kemurungan berlarutan tanpa bantuan atau rawatan.
Rasa tidak tenteram dan mudah marah
Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan
Terlalu bergantung kepada ubat-ubatan, alcohol atau dadah.

Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit sendi dan gangguan penghazaman, loya serta semput)

Tips Untuk Mengatasi

Dapatkan bantuan segera apabila sedar berlaku  salah satu simpton di atas. Jangan tunggu sehingga semua  simpton tersebut berlaku.  Keadaan mungkin akan lebih sukar untuk dipulihkan. Bertemu dengan pakar perubatan, psikoterapis , kaunselor atau orang-orang yang berkebolehan membantu

Sentiasa hargai, sayangi, dan jaga diri sendiri. Bantulah diri sebaik mungkin dengan  mendekatkan diri  kepada Allah, pasrahkan diri dan redha  dengan ketentuanNya.  Keredhaan dan keikhlasan itu adalah penawar. Allah akan memberi yang terbaik, selagi kita memohon kepadaNya. Akan ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Yakinkan diri kita.

Elakkan bersendirian. Berhubunglah dengan rakan taulan dan saudara-mara yang boleh kita harapkan.Jika harus bersendiri banyakkan ibadat dan mengingati Allah dengan berzikir

Jika terasa ingin menagis, menangislah untuk menghilangkan  sebak di dada. Menangis adalah fitrah manusia.  Apa yang perlu dielakkan adalah menangis dengan ratapan. Ratapan akan didengar  oleh perasaan kita. Ia boleh melemahkan perasaan.

Kuatkan semangat dengan mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kita kepada orang lain. Pada keluarga, rakan taulan, rakan sekerja, dan orang –orang lain yang memerlukan kita. Jika kita  terperangkap dengan kemurungan, ia akan memberi kesan kepada mereka.

Membaca buku-buku yang boleh membina semangat dan motivasi diri
Jangan menyalahkan diri dan menghukum diri kerana kelemahan yang berlaku.
Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa dan tenang.
Tingkatkan kesihatan diri dengan mengambil makanan yang sihat dan teratur.

BELAJAR  SEDIKIT DEMI SEDIKIT UNTUK MENERIMA KEHILANGAN YANG BERLAKU DAN MULAKAN PENGHIDUPAN BARU.  YANG PERGI HANYALAH JASAD, TETAPI , CINTA DAN KASIH SAYANGNYA TETAP ADA DIHATI KITA, TEGUHKAN SEMANGAT DENGAN TERSEBUT.

JIKA HILANG SESUATU YANG BERHARGA PADA DIRI, BINALAH YANG BARU, KERANA SEMUA ITU TERLETAK PADA DIRI SENDIRI.  ORANG YANG PALING PENTING UNTUK BERUSAHA MENGEMBALIKAN KEBAHAGIAN DAN KEHARMONIAN HIDUP KITA ADALAH KITA SENDIRI.

HAJAH KAMALIAH ABU : Ketua Pegawai Psikologi , UiTM  ; 28 September 2011

Ahad, 25 September 2016

Saya Nak Hidup Bahagia

Assalamualaikum


"Saya nak hidup BAHAGIA"

Define BAHAGIA
-happy memanjang?
-ketawa memanjang?
-kaya dan sihat memanjang?

Itu bukan bahagia, itu sesuatu yg mustahil.

Mustahil manusia yg hidup didunia tempat ujian ini hanya happy, ketawa, kaya dan sihat seumur hidup. Dunia tempat ujian, bukan syurga. Malah sakit itu salah satu tanda Allah sayang.

Habis tu? Apa itu bahagia?

- jiwa yg tenang, redha dan aman dalam menempuh kehidupan didunia ini.

1. Sakit pun bahagia apatahlagi jika sihat
2. Miskin pun bahagia apatah lagi kaya
3. Sendirian pun bahagia apatahlagi jika ramai
4. Sibuk pun bahagia (tidak stress) apatah lagi lapang.


Wallahuaklam, semuga bermanfaat untuk difikirkan

Selasa, 20 September 2016

Setiap penyakit itu ada ubatnya...


Sabda Nabi SAW: "setiap penyakit itu ada ubatnya".

Apa pun jua ubat yg kita ikhtiarkan, jika berjaya, ianya hanyalah asbab kesembuhan, kerana hanya Allah Yg Maha Menyembuhkan. Akan tetapi Allah ingin manusia berusaha / membuat komitmen untuk mengatasi setiap sesuatu permasalahan / penyakit. Bukan hanya berdoa semata-mata.

Lagi testimoni pesakit Lintasan Hati yg telah menyertai sessi rawatan:











Ahad, 18 September 2016

Anda Mampu Atasi

ANDA MAMPU ATASI

Semua orang dilahirkan dengan kekuatan yg Allah bekalkan sesuai dgn takdir yang ditulis olehNYA utk hambaNYA itu.

Jika kita ada Anxiety Disorder, maknanya kita memang dilahirkan dgn dibekalkan kekuatan menangani Anxiety.

Jika kita ada OCD, maknanya kita memang dilahirkan dgn dibekalkan kekuatan menangani OCD.

Bukankah Allah telah berfirman:

 "Allah menguji sekadar kemampuan hambaNYA"

Cumanya, kita ini yang TAK PERCAYA / TIDAK MENYEDARI bahawa adanya kekuatan yg dibekalkan oleh DIA. Carilah kekuatan itu, dan sebenarnya kekuatan itu bukan boleh didapati dari orang lain, tetapi dengan menelurusi dalaman diri sendiri.

Bagaimana tu? :

Luangkan masa sendirian bersama Allah dan beri fokus pada cara penyelesaian masalah itu, bukan mengeluh atau memperbesarkan rasa takut pada masalah itu, cuba overcome dgn cara yg paling dirasakan mampu kita atasi, secara sedikit demi sedikit.

Kerana itulah selalu disarankan supaya "bangun malam" utk qiamulail - suatu hal yg sangat malas utk kita lakukan, tetapi sebenarnya, dgn izin Allah, itulah ubat dan kekuatan yg paling mujarab utk apa pun masalah kita. Tapi bukan bangun malam sekali sahaja dan harap semuanya akan pulih. Perlu istiqamah. Inshaa Allah, jika berjaya, kita akan dapat merasai keadaan dimana pergantungan dan bantuan hanyalah dari Allah SWT, bukan lagi bersandar kepada makhluk.

Wallahuaklam


Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]