Selasa, 1 Disember 2015

Lintasan Hati (Inner Vocal TICs)

Assalamualaikum,

Mulai hari ini, Admin akan menggunakan istilah: IVT (INNER VOCAL TICS) sebagai singkatan bagi gangguan LINTASAN HATI kerana terlalu panjang.
IVT adalah symptom gangguan yg berada didalam Syndrome Tourette. Ianya adalah sejenis penyakit. Terdapat 2 jenis gangguan Vocal Tics di dalam Syndrome Tourette iaitu 

1. Inner Vocal ( Suara Dalaman)
2. Outer Vocal (Suara Luaran)
Outer Vocal jarang berlaku dan ianya juga dikenali dgn nama COPROLALIA , iaitu kata-kata yg terkeluar dari mulut penderita tanpa dapat dikawal, yg mana perkataan yg terkeluar itu adalah perkataan yg berupa caci- maki, mencarut, atau kata-kata yg berlawanan dgn etika kehidupan ataupun bunyi yg tidak mempunyai apa-apa makna. Semuga Allah SWT menjauhkan kita semua dari gejala seperti ini.
Hal ini sangat serupa dengan IVT (Lintasan Hati) cuma bezanya ialah, ianya berlaku didalam hati atau fikiran atau kedua-dua hati dan fikiran sahaja, tidak sehingga terkeluar di mulut.

Sabda Nabi SAW:
إن الله عز وجل تجاوز لأمتي ما وسوست به وحدثت به أنفسها ما لم تعمل أو تتكلم به
“Sesungguhnya Allah mema’afkan umatnya apa-apa yang dibisikan (was-waas) dan apa sahaja yang melalui fikirannya, selama-mana dia tidak melakukannya atau berkata mengenainya” [Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]